MAHATHIR KELUAR UMNO DAN PENUBUHAN SEBUAH PARTI POLITIK BARU BERTERASKAN MAHATHIR!!

Monday 29 February 2016 | 3 comments


Berita tentang keluarnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir langsung tidak menggemparkan, walaupun ada sebilangan 400 orang Ketua-Ketua Cawangan khabarnya akan turut keluar UMNO mengikuti jejak Mahathir.

Kalau melihat kepada berita yang sedang digembar-gemburkan oleh pro-Tun, ternyata negara sedang dalam keadaan huru-hara kerana tindakan Tun Dr. Mahathir keluar UMNO. Bagaimanapun, realitinya, tiada sesiapa pun yang hairan dengan tingkah laku serta gelagat politik Tun Dr. Mahathir yang masih berasakan Malaysia adalah haknya dan semua orang perlu mengikut kehendaknya.

Pengumuman sebelum jam 5:00 petang tadi ternyata langsung tidak disambut sepertimana yang diingini oleh puak-puak pro-Tun. Namun sesuatu yang lebih 'menarik' telah disahkan oleh pihak-pihak tertentu dari dalam kelompok puak pro-Tun sendiri.

SEBUAH PARTI BARU AKAN DITUBUHKAN sebagai medium untuk melawan UMNO.

Pertemuan beberapa orang pemimpin pembangkang beberapa jam sebelum Tun Dr. Mahathir membuat pengumuman keluar dari UMNO mengesahkan khabar-khabar angin sebelum ini yang Tun Dr. Mahathir akan mencipta sebuah parti politik baru untuk melawan UMNO dan menggulingkan Najib Abdul Razak.

Kalau mengikut sejarah, Tun Mahathir pernah beberapa kali bercakap di pentas PAS malahan DAP ketika dia berada di luar UMNO pada zaman Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi. Bagaimanapun, Tun Mahathir tidak pernah keluar dari UMNO untuk menyertai parti lain terutama selepas apa yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putraja Al-Haj, Tun Hussein Onn dan beberapa ramai pemimpin UMNO yang jauh lebih berpengaruh pada tahun 1988 yang menyaksikan UMNO lama diharamkan dan UMNO Baru ditubuhkan bagi memberi kuasa penuh kepada Tun Dr. Mahathir sebagai Presiden parti itu.

Netizen sudah pun memperkatakan tentang penubuhan parti baru oleh Tun Dr. Mahathir dengan menarik penyertaan anggota-anggotanya yang masih setia kepadanya, termasuklah Muhyiddin Yassin dan anaknya, Mukhriz Mahathir, walaupun terdapat berita yang mengatakan, mereka tidak akan keluar dari UMNO.

Sebelum ini ada laporan yang mengatakan, ada pertemuan antara Tun Dr. Mahathir dengan para pemimpin pembangkang bagi mewujudkan sebuah unit pembangkang yang akan menggulingkan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN pada PRU akan datang. Bagaimanapun, laporan tersebut tidak disahkan walaupun beberapa gambar pertemuan antara para pemimpin tersebut dengan Mahathir mula dipaparkan dan didedahkan.

Mampukah Tun Dr. Mahathir menggembelengkan kesemua para pemimpin pembangkang dalam satu barisan demi menjatuhkan Najib Abdul Razak dan menyelamatkan taukeh-taukeh kroni yang kehilangan banyak kepentingan semenjak Najib mengambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Anwar Ibrahim pernah melakukannya... GAGAL!

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang banyak jasa kepada negara ini juga.... GAGAL!

Mahathir Mohamed yang seringkali digambarkan sebagai tidak pernah gagal... SETAKAT INI masih gagal!!!


PERANG GUAN ENG VS AZMIN ALI SUDAH HAMPIR TERCETUS!!!


Kesemua ADUN PKR Pulau Pinang bersatu hati dan menyatakan bahawa mereka menyebelahi dua orang ADUN yang dipecat oleh Lim Guan Eng kerana enggan bersama-sama kerajaan DAP Pulau Pinang menghancurkan alam sekitar dengan dua projek penambakan laut besar yang memberi pulangan hebat kepada pemajunya.


Di Pulau Pinang, Mansor Othman yang merupakan orang pertama menggelarkan Lim Guan Eng sebagai TOKONG menyatakan kesemua ADUN PKR bersatu hati dan menyokong Ong Chin Wen, ADUN Bukit Tengah dan  Cheah Kah Peng, ADUN Kebun Bunga. Malah mereka juga menyatakan sokongan kepada usul yang dibuat oleh ADUN UMNO agar penambakan laut dan pemusnahan tidak dapat diteruskan.

Kemarahan Guan Eng kerana keuntungannya tersekat amat jelas dalam isu ini apabila bertindak bukan sahaja secara membabi buta tapi juga beranggapan bahawa mana-mana ADUN Cina tidak kiralah apa parti mereka perlu akur kepadanya.


Kalau tak kena gaya, Lim Guan Eng boleh kena sesah dengan pengikut sendiri kali ini. Malah melihat kepada penentangan yang dibuat oleh orang Cina sendiri, hayat Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan berapa panjang.

Apatah lagi dengan beberapa 'peperiksaan' yang bakal dijalaninya nanti, Guan Eng dan partinya bukan sahaja bertelanjang bahkan akan bermain taik sendiri seperti yang berlaku kepada Kit Siang sekarang.

MISTERI KEKAYAAN LIM GUAN ENG DAN KEKERAPANNYA TERBANG KE HONG KONG



Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang mungkin tidak menyangka bahawa ketika mereka berasakan sudah berada di puncak dan tiada sesiapa yang berani menyentuh malah mempertikaikan mereka, kini mereka berhadapan dengan realiti yang mereka sendiri takuti.

Tidak seperti di puncak pada tahun 2008-2013, setiap lakonan Lim Guan Eng amat menarik terutama sekali lakonan miskin dan sederhananya yang bukan sahaja untuk menipu orang Melayu, India atau Cina marhein malah turut membantunya menjadikan agama sebagai modal bagi kekuasaannya.

Lain cakap lain buat... itu sikap Lim Guan Eng tetapi selama sepenggal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ditambah pula dengan retorik-retorik dan sentiasa menyalahkan orang lain, masih mampu menyelamatkannya daripada dikecam oleh penyokongnya sendiri.


Beberapa projek membesarkan diri bagi membuktikan dia adalah seorang Ketua Menteri yang hebat, ternyata membuktikan yang segala bentuk projek tersebut adalah untuk kepentingan diri dan isterinya, Betty Chew.

Pendedahan atau lebih dikatakan troll dengan meletakkan nama Lim Guan Eng sebagai orang ke-22 terkaya di Malaysia menimbulkan kemarahan Lim Kit Siang. Lim Guan Eng sendiri tidak pernah berani untuk menyanggah, mengia atau melayan soalan seperti itu selepas apa yang dilakukan oleh anak lelakinya suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun satu perkara yang jelas ialah, Lim Guan Eng dan bapanya tidak pernah dapat menampilkan bukti-bukti serta hujah-hujah untuk membela diri terutama dalam kes-kes seperti ini.

Ia samalah jugalah dengan misterinya berapa kali sebulan Lim Guan Eng buat perjalanan ke Hong Kong dan siapa yang ditemuinya di Hong Kong....


Bidasan Keras Azalina Othman Said Ke Batang Hidung Muhyiddin Pasti Tidak Menyenangkan!

Sunday 28 February 2016 | 3 comments


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Azalina Osman Said tentang bekas Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin amat menarik untuk direnung.

1) Bekas Timbalan Presiden hari ini berkata, dia telah diberi taklimat oleh bekas Peguam Negara ketika kedua-duanya masih berjawatan tentang 'bukti' tuduhan jenayah ke atas Perdana Menteri.

(2) Ini merupakan satu usaha pihak dan golongan tertinggi yang sedang berkonspirasi untuk menggulinglan Perdana Menteri, dalam apa yang kita gelarkan sebagai rampasan kuasa ke atas proses demokrasi dan keputusan yang telah dibuat oleh para pengundi pada PRU lepas.

(3) Pertama, fakta yang menyatakan dan diperakui sendiri bahawa Peguam Negara secara peribadi telah memberikan taklimat dan berkongsi kerahsiaan dengan Tan Sti Muhyiddin Yassin, ahli Kabinet dan juga ahli UMNO,yang mempunyai kepentingan di dalam kes ini, adalah amat tidak beretika selain turut melanggar Akta Rahsia Rasmi.

(4) Kedua, bagaimana seorang Peguam Negara mempunyai 'bukti-bukti kukuh' untuk mendakwa Perdana Menteri sedangkan pada waktu itu siasatan pun belum bermula?

(5) Ketiga, ini merupakan 'bukti' sama yang dipersembahkan oleh Wall Street Jounal apabila media asing itu mendakwa telah melihat dokumen-dokumen rahsia dan menggunakannya sebagai asas bagi mencipta pelbagai sensasi tuduhan dan fitnah ke atas Perdana Menteri.

(6) Dalam mana-mana sistem perundangan, di mana-mana sahaja di seluruh dunia, terdapat prosess standard yang akan dipatuhi. Sekiranya terdapat tuduhan ke atas seseorang, pihak berkuasa akan mengadakan siasatan dan kemudian sekiranya mereka percaya bahawa terdapat jenayah yang telah dilakukan, barulah kertas pertuduhan dirangka.

(7) Namun dalam kes ini, kertas pertuduhan dikatakan telah disiapkan pada Mei 2015 - jauh Sebelum apa yang digelarkan sebagai Special Task Force dibentuk, sebelum siasatan bermula pada Jun 2015 dan sebelum Perdana Menteri dirakambicara pada Disember 2015 oleh SPRM.

(8) Berdasarkan kenyataannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin secara tidak langsuang telah mempersoalkan kredibiliti Peguam Negara masakini dan SPRM.

(9) Untuk rekod Peguam Negara sekarang, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari 2016 telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang salahlaku berhubung wang derma. Di bawah Artikel 145 (4) Perlembagaan Persekutuan, adalah hak prerogatif Peguam Negara untuk memulakan, mengambilalih ataupun menghentikan sebarang prosiding membabitkan tuduhan. Kuasa yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Artikel 145 (3) adalah absolute dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana kuasa termasuklah kehakiman.

Jadi sekiranya mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara dalam mengendalikan pendakwaan mereka tidak mempunyai sebarang asas untuk mencabarnya.

Adalah penting untuk diperhatikan bahawa sebarang keputusan Peguam Negara telah dibuat selepas semua perincian daripada laporan pelbagai sudut oleh SPRM diterima. Jadi secara tidak langsung Tan Sri Muhyiddin bukan sahaja telah melanggar Akta Rahsia Rasmi tetapi juga terbabit secara langsung dalam konspirasi bermotifkan politikal untuk memanipulasi dan  mencabar perundangan negara dalam usaha menggulingkan Perdana Menteri.

(10) Mengapa hanya sekarang Tan Sri Muhyiddin membuat pengakuan seperti itu iaitu hanya selepas dia digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO? Apakah motif dan aganeda tersembunyi Tan Sri Muhyiddin? Bolehkah tindakannya yang terbaharu ini sebagai satu ancaman memandangkan dia mendakwa mempunyai maklumat tentang kegiatan jenayah tetapi tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa sehinggalah ke hari ini?

Dato' Sri Azalina Othman Said
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

AZMIN BAPOK! KALAU BERANI, DIA PECAT SAJA SEMUA ADUN DAP DALAM GLC SELANGOR!!!

Tuesday 23 February 2016 | 1 comments



Guan Eng dah bagi amaran kepada Azmin Ali agar jangan mencampuri urusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ekoran penghambatan dan penghalauan dua orang ADUN PKR daripada jawatan dalam GLC Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kata Guan Eng, apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah di bawah bidang kuasanya. Azmin Ali atau sesiapa sahaja tidak berhak campur tangan atau menyibukkan diri dengan urusan DAP di Pulau Pinang.

Dengan kata lain, DAP dan Lim Guan Eng memberi amaran, kalau tak suka, sila angkat kaki dan biarkan DAP bersendirian di Pulau Pinang.

DAP mungkin boleh bercakap besar di Pulau Pinang kerana mereka menguasai 19 kerusi DUN manakala PKR pula sekadar 10 kerusi DUN dan PAS 1 kerusi DUN. Selebihnya adalah UMNO-BN yang menguasai 10 kerusi DUN.

Jumlah keseluruhan kerusi DUN di Pulau Pinang adalah 40. Di Pulau Pinang, DAP menguasai hampir kesemua jawatan penting GLC. Begitu juga dengan kerusi Ahli Majlis, semuanya dibolot oleh DAP.

Berbeza di Selangor, DAP cuba berlembut agar Azmin Ali tidak mengamalkan sikap yang Guan Eng yang lebih mementingkan diri. Walaupun penguasaan DAP di Selangor sama dengan PAS iaitu 15 kerusi DUN tetapi DAP mempunyai lebih kekuatan dari segi kewangan kerana hampir kesemua jawatan-jawatan penting yang menjana pendapatan mewah, diserahkan kepada DAP.

Persaingan itu jugalah yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock yang cuba melindungi bekas majikannya daripada didakwa di mahkamah kerana penyelewengan dan salah guna kuasa. Ean Yong Hian Wah, sehingga ke hari ini tidak pernah memohon maaf atas apa  yang telah berlaku sebaliknya menyalahkan pihak pihak lain khususnya SPRM untuk menutup jenayah yang dia lakukan.

Agak menarik untuk kita lihat sebenarnya ialah AZMIN ALI TIDAK BERTELUR untuk membalas dan mengajar Lim Guan Eng agar belajar lebih bersopan walaupun dia bergelar TOKONG.

Dengan kuasanya yang ada, Azmin Ali boleh membersihkan Selangor daripada penguasaan DAP sebagaimana DAP tidak berselindung-selindung untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang mengancam kekuasaannya.

Kesombongan Guan Eng sebenarnya hanya boleh diajar dengan kesombongan dan kurang ajar. Manusia sepertinya tidak tahu erti budi bahasa!!!

ANAK DARA IKUT JANTAN LARI, DIKATAKAN KENA CULIK!!!

Monday 22 February 2016 | 0 comments



Dari pagi tadi, berita kononnya seorang wanita muda diculik dengan menggunakan kenderaannya sendiri, telah heboh diperkatakan. WhatsApp dan Telegram merupakan medium yang paling pantas menyebarkan berita tersebut,

Berikut adalah maklumat yang telah sampai ke Telegram dan WhatsApp sepanjang pagi tadi:

Plat kereta tu nampaknya dari Kelantan. Org yg menculik si yadis cantik ini tenru dah mengcam n buat rancangan melakukannya sebelum menculik. Mungin mrk dah kenal gadis ini n rancang melakukannya. Moga mrk tak apa2kan kpdnya. Apa sebenarnya disebaluk penculikan ini hanya para penculij n Allah yg tahu. Yg penting berhati2lah gadis2 n ibubappa terhadap anal2 gadis mrk...

Menjelang petang, satu kenyataan telah dikeluarkan menafikan penculikan tersebut;

dari SINAR HARIAN


SEPANG – Polis menafikan sekeras-kerasnya kononnya berlaku kejadian culik melibatkan seorang remaja perempuan di sebuah kolej di Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku ketika remaja perempuan ini ke kolej tersebut bersama ibu dan adiknya untuk mengambil keputusan peperiksaan.

Menurutnya, tidak beberapa lama kemudian, datang teman lelaki remaja tersebut datang mengambil mangsa.

“Adik remaja tersebut yang melihat kejadian tersebut terus memaklumkan perkara tersebut kepada ibunya.

“Ibu mangsa terkejut dengan tindakan mangsa yang terus meluru menaiki kereta tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, sebentar tadi.

Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan tindakan anaknya itu telah cuba menghubunginya beberapa kali namun gagal.

Katanya, malah, ibu mangsa turut menghubungi ayah kepada teman lelaki anaknya itu untuk memaklumkan perkara tersebut, namun mendakwa dia tidak tahu menahu tentang perkara tersebut berikutan tidak tinggal serumah.

Tambahnya, susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis pada keesokan harinya di Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda, Sepang, untuk tindakan lanjut.

“Siasatan polis mendapati kejadian ini bukanlah kes culik seperti yang tersebar luar di laman sosial facebook.

“Remaja perempuan itu sendiri dengan rela mengikut teman lelakinya tanpa memaklumkan kepada ibunya yang tidak mere stui perhubungan cinta mereka,” katanya.

Abdul Aziz berkata, polis kini giat menjejak teman lelaki mangsa untuk bantu siasatan.

Beliau turut menegaskan kepada pengguna laman sosial supaya lebih berhati-hati dan tidak menimbulkan kegusaran kepada orang awam lain. Pastikan kesahihan sesuatu kejadian dahulu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

GUAN ENG TUNJUK LAGAK... DUA ADUN PKR DIPECATNYA DARI GLC PULAU PINANG!!!

Saturday 20 February 2016 | 0 comments



Lim Guan Eng tunjuk ganas dan keganasannya kurang menarik perhatian kerana dia sekadar menggunakan kuasanya ke atas Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang disifatkannya sebagai 'penikam belakang' dan pengkhianat.

ADUN Bukit Tengah Ong Chin When yang juga merupakan whip PKR dalam sidang DUN, telah dipecat daripada kedudukannya dalam Penang Invest and Island Golf Properties Bhd, salah sebuah anak syarikat Penang Development Corporation.

Sementara itu, ADUN Kebun Bunga dari PKR Cheah Kah Peng awal lagi telah digugurkan dari jawatannya selaku pengarah dalam Penang Hill Corporation.

Ong telah mengesahkan dia menerima surat perlucutan jawatan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. Cheah juga enggan memberikan sebarang komen.

Lim Guan Eng dalam pada yang sama, berkata, kedudukan yang dilantik itu berada di bawah di bawah syarikat di mana dia adalah pengerusi-pengerusinya. Menurut Lim, kedua-dua ADUN PKR itu menimbulkan kemarahannya apabila menyokong usul yang dibentangkan oleh ADUN UMNO Pulau Betong, Muhammad Farid Saad pada November tahun lepas.

"Mereka telah mengkhianati kami apabila mereka mengundi menentang kami. Sekarang, kami hilang kepercayaan bahawa mereka akan bertindak secara profesional dan efektif. Dan sekiranya saya sebagai pengerusi, tidak mempunyai keyakinan kepada anda, maka anda harus tahu apa yang perlu anda lakukan," katanya.

Menurut Lim Guan Eng lagi, tiga orang lagi ADUN PKR, Lee Khai Loon (Machang Bubok) T. Jayabalan (Batu Uban), dan Norlela Ariffin (Penanti) yang turut menyokong usul ADUN UMNO, bagaimanapun tidak terjejas kedudukan mereka.

Ong yang merupakan whip parti dalam sidang DUN berkata, kelima-lima ADUN tersebut memberikan undi di dalam kesedaran mereka. Manakala Cheah dalam satu konvensyen PKR di Selangor berkata, 'ADUN-ADUN PKR akan terus mempertahankankan kepentingan awam."

Ni baru namanya PEMIMPIN....

TAK SEBULU SAJA, TERUS JATUH HUKUM!!!


TAKDAK PASAL CARI FASAL, ANAK LELAKI MUHYIDDIN DIPANGGIL BAGI KETERANGAN DI BUKIT AMAN!!!



Kita fahamlah kekecewaan orang yang pernah berada di puncak kuasa tetapi kemudian kehilangannya. Dan kita juga faham bagaimana kekecewaan tersebut akhirnya akan merapuhkan segala cerita retorik agama tentang sabar dan redho.

Anak lelaki Muhyiddin Yassin, Farhan Muhyddin akan dipanggil untuk memberi keterangan selepas dia menghina pihak PDRM menerusi media sosial.

Blog TV14 melaporkan:


TIDAK habis lagi mengenai isu komen ‘panas’ anak Timbalan Perdana Menteri dalam kes Bangla, ini muncul pula anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan tampil membuat penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Anak lelakinya bernama Farhan Yassin melalui akaun Instagram miliknya baru-baru ini dilaporkan telah memuatnaik gambar logo PDRM yang telah diubahsuai dengan meletakkan logo duit di tengah-tengahnya dipercayai berniat jahat dan menyakitkan hati.

Farhan adalah anak bongsu kepada Muhyiddin itu turut dikatakan melempar kata-kata kesat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika membalas komen yang ditinggalkan oleh rakannya, seperti dilapor portal SuaraTv.

RazzanIsmail: Jangan bagi kebab nampak (dikatakan perkataan ‘kebab’ itu merujuk kepada singkatan @KBAB51 iaitu nama akaun Ketua Polis Negara di laman Twitter)

FarhanYassin: ah kebab leh gimam (pergi mampus).

Bagaimanapun, Farhan telah menerima kritikan dan rasa tidak senang dari kebanyakan pengamal media sosial.

Bagi mereka tindakan tersebut amat biadap dan tidak seharusnya dilakukan oleh seorang warganegara yang mempunyai nilai patriotisme, apatah lagi dari seorang anak pemimpin tertinggi negara.

“Macam ini anak (kepada) pemimpin “ulama”? Terjelir sana-sini.. jijik tengok kelaku org macam ini memalukan diri sendiri.” komen Nur Fukachi di laman Facebook yang turut dilaporkan portal.

“Hope ada org report (buat laporan)” tulis Aisah Mohd Shohari.

Namun, setakat artikel ini ditulis, status Instagramnya itu dikesan telah tiada dipercayai dibuang dari akaunnya tersebut.

Tv14 berharap agar anak Timbalan Presiden Umno tersebut tampil membuat pengakuan pemohonan maaf atas perbuatannya itu. – Tv14

RAFIZI RAMLI AND THE GANGS JUMPA CLARE BROWN NAK TUMBANGKAN NAJIB TAPI TAK MENGAKU?



Rafizi Ramli baru sahaja menafikan pertemuannya dengan Clare Recastle Brown, pemilik dan penulis Sarawak Report yang merupakan anak syarikat Bruno Manser Foundation.

Dalam keadaan sekarang, tiada sesiapa pun yang berani dan mahu dikaitkan dengan Clare Brown walaupun pada pada mulanya Clare Brown seolah-olah seorang nabi yang segala kata-katanya adalah benar dan dipatuhi.


Pendedahan tentang pertemuan Rafizi Ramli dan barisan pemimpin PKR-DAP dengan Clare  Brown cuba dinafikan oleh PKR. Sebaliknya, PKR menggunakan khidmat sibertrooper mereka cuba berbohong dengan menyatakan bahawa gambar Wan Azizah telah dipalsudkan dengan gambar Clare Brown.

Transkrip whatsapp antara Xavier Justo, Tong Koii Ong, Ong Kay Tat, Tony Pua, selain beberapa nama yang mempunyai kaitan rapat dengan Tun Dr. Mahathir telah disebut dan didedahkan. Siasatan pihak berkuasa masih belum lagi mendededahkan isu sebenar membabitkan RM2 juta sebagai upah kepada Xavier untuk dimanipulasikan bagi menjatuhkan Najib Abdul Razak.

PKR dan DAP nampak kelihatan sangat terdesak untuk menggunakan Justo sebagai senjata mereka. Tony Pua yang sebelum ini begitu hebat telah lama senyap tetapi sesekali masih lagi melancarkan serangan menerusi PAC.


Program Rafizi Ramli, Wong Chen dan Nik Nazmi di United Kingdom (UK) anjuran Malaysian Progressives United Kingdom (MPUK) pada hari Sabtu, 30/01/2016 dengan kehadiran Claire Rewcastle-Brown dengan bergambar mesra menjelaskan segalanya.

Semasa tuduhan RM2.6 billion dilakukan oleh Tony Pua sebelum ini, Tony Pua telah mengaku bertemu dengan Claire di London. Terbaru, apabila Wall Street Journal (WSJ) pula membuat tuduhan bahawa RM2.6 billion berkenaan bukannya datang dari keluarga Di Raja Saudi, tidak lama sebelum itu, Setiausaha Agong PKR yang didapati bersalah oleh Mahkamah kerana memfitnah, secara kebetulan bertemu dengan pemilik Sarawak Report ini di London bersama-sama Dyana Sofea. Kebetulan? Anda sendiri fikirkan.

SAMPAIKAN HADIAH LAKI KEPADA BINI PUN, TUN MAHATHIR NAK KONDEM JUGA? TERUK SANGAT DAH NYANYUK ORANG TUA NIH!!!

Thursday 18 February 2016 | 6 comments



Tun Mahathir membuat tuduhan yang kelihatan sangat melulu kali ini, seoah-olah melepaskan geram kerana usaha menggulingkan Najib Abdul Razak belum lagi berhasil. Tun Mahathir menceritakan dengan penuh tragis bagaimana membazirnya keluarga Najib Abdul Razak apabila membeli belah di luar negara.

Cerita Tun Mahathir adalah 16 tong!

Dan seperti biasa, apabila diperkatakan tentang 16 tong, kita seperti ternampak kumpulan penyamun yang baru pulang dari laut membawa hasil rampasan untuk disimpan di dalam gua, sebelum keluar menyamun lagi untuk 16 tong seterusnya.

Kerana itulah, pendapat terus mengukuh bahawa Tun Dr. Mahathir sudah semakin nyanyuk, tidak lagi fokus dan tidak lagi mempunyai usaha untuk memulihkan keyakinan kepada negara ini selagi mana kroni-kroni utamanya yang telah ditarik banyak projek, terus disenaraihitamkan.

Kalau Tun dah mula main tumbuk bawah garis pusat seperti ini, termasuklah menyerang anak perempuan orang lain, menantu lelaki serta isteri orang lain, semata-mata untuk menimbulkan kebencian dan melepaskan rasa dendam, status negarawan dan penghormatan tertinggi yang diberikan kepadanya, apa beza Tun Dr. Mahathir dengan Nga Kor Ming, si Ahli Parlimen Taiping yang cukup kurang ajar, besar kepala dan angkuh itu?

Apakah Tun Dr. Mahathir sama seperti Nga Kor Ming? SUDAH TENTU TIDAK!!!

Tetapi para penyokong Tun dan pensimpati kepada Tun cepat-cepat menyalahkan pihak-pihak yang menyerang kekayaan anak-anak lelaki Tun, kegilaan liberal Marina Mahathir, berbanding keseronokan mereka apabila perkara-perkara yang tiada kaitan negara dikaitkan dengan anak-anak dan keluarga Najib Abdul Razak.

Para penyokong Tun Mahathir tidak pernah berjaya menerangkan bagaimana anak-anak lelaki Mahathir mewarisi kekayaan perniagaan yang sangat luar biasa tanpa menerangkan bagaimana mereka berjaya memperolehinya dalam tempoh sepanjang bapa mereka menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Persoalan tidak pernah dijawab, apakah anak-anak lelaki Mahathir menjadi kaya raya menerusi perniagaan dengan campurtangan Mahathir atau mereka sememangnya mempunyai kebolehan perniagaan yang sangat hebat kerana mereka lahir dari benih Mahathir walaupun haksilnya, kesemua perniagaan mereka dibina ketika mereka berusia awal 30-an dan menerusi perniagaan berkaitan kerajaan serta syarikat-syarikat UMNO dan proksi-prosksi UMNO?

Perbuatan Tun menyerang anak menantu Najib Abdul Razak sememangnya menimbulkan persoalan yang besar. Tun seringkali mengatakan gaya kekayaan yang ditunjukkan oleh keluarga Najib Abdul Razak tidak memberikan bayangan yang baik kepada persepsi. Sedangkan pada masa yang sama, Tun sendiri tidak pernah menegur, memujuk, memarahi bahkan tidak pernah langsung bercakap tentang gaya-gaya jauh lebih kaya yang ditunjukkan oleh anak-anak lelakinya selain gaya kehidupan manusia tidak beragama yang mengagung-agungkan budaya luar biasa liberal.

Tun seperti cuba menekankan bahawa kemewahan yang ditunjukkan oleh menantu Najib Abdul Razak itu adalah wang rakyat Malaysia, sedangkan sehingga dalam tuduhan terbaru, Daniyar menantu Najib tetap mempertahankan bahawa itu adalah wangnya sendiri.

Malah Daniyar menafikan bahawa bukan 16 tong hadiah seperti yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir sebaliknya hanya 16 jambangan kotak hadiah dan ianya merupakan satu adat resam serta budaya orang Kazakh.

Budaya Kazakh tidak akan menghantar bertingkat-tingkat sirih junjung seperti budaya India Kerala!

Ibu Daniyar adalah Maria yang berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, saudara lelaki kepada Presiden Kazakhstan. Bolat sangat kya dan menguasai industri baja serta memiliki beberapa buah bank di negaranya.

Bagaimanapun, kekayaan Maria dan Borat menghadapi masalah apabila Maria dituduh oleh Bolat menculik teman wanita barunya dan melaporkannya kepada pihak berkuasa Kazak. Maria walau bagaimanapun, tidak pernah didakwa dan kekal bebas sehingga ke hari ini.

Mahkamah New York percaya itu hanyalah satu 'hearsay' dan taktik bagi membolehkan Maria diekstradisi ke Kazakhstan untuk proses perceraian mereka.

Semasa sesi pendengaran perceraian mereka di New York, media melaporkan dan mengesahkan pada masa itu, Maira pernah membeli permata bernilai USD75 juta (RM311 juta) dan membayarnya dengan menggunakan wang Bolat.

Mac 12, 2014, penyelesaian perceraian membolehkan Maria menyimpan USD50 juta (RM207 juta) dalam bentuk permata dan USD20 juta (RM83 juta) dalam bentuk rumah di New Jersey yang mana jumlah keseluruhan adalah RM300  juta. Maria bagaimanapun, terpaksa menyerahkan hak penjagaan anak lelakinya kepada Bolat.

Sudah pasti dalam tempoh 10 tahun perkahwinannya dengan Bolat, Maria menyimpan sesuatu tetapi tidak pernah didedahkan.

Daniyar merupakan satu-satunya anak Maria dan kita tidak melihat sebarang isu sekiranya Maira memberikan sejumlah jutaan ringgit kepadanya untuk membelikan hadiah kepada isterinya sendiri. Malah tidak mustahil golongan sosialit yang sangat kaya seperti Maira sama ada untuk perniagaaan ibunya mahupun untuk membuat wang dia tanpa memerlukan projek-projek yang berkaitan dengan kerajaan seperti yang dinikmati oleh anak-anak Mahathir sendiri.

“Saya tidak mempunyai apa-apa urusan atau sebarang bentuk perniagaan dengan kerajaan Malaysia. Saya juga tidak mengambil wang daripada rakyat Malaysia yang tercinta,” kata Daniyar.

“Saya dengan rasa hormat meminta Dr Mahathir berhenti menggunakan perkahwinan saya, isteri saya dan saya sendiri untuk kepentingan politik.

“Saya percaya Dr Mahathir sebagai seorang ahli politik yang bijak, seorang bapa dan suami pandai menilai apa yang salah dan apa yang betul untuk bercakap,”

Zeti Akhtar Tak Berminat Sambung Kontrak Gabenor Bank Negara Malaysia Lagi



Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tidak akan menyambung khidmat untuk satu lagi penggal sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Proses mencari pengganti sedang dibuat Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga BNM yang terdiri daripada pengarah bebas daripada sektor swasta.

“Saya tidak mempunyai kebebasan untuk membincangkan perkara itu. Pengumuman mengenai pengganti saya akan dibuat tidak lama lagi. Ia sudah tentunya akan berlaku,” kata Zeti selepas melancarkan Platform Akaun Pelaburan (IAP), hari ini.

Menurutnya, meskipun proses mencari pengganti beliau sedang dijalankan, beliau tidak menerima sebarang permintaan untuk terus memegang jawatan itu.

“Sudah pastinya Gabenor seterusnya perlu mempunyai latar belakang dan keupayaan berkaitan, terutamanya pada waktu seperti ini, agar peralihan boleh diuruskan dengan baik.

“Individu boleh datang dan pergi,” katanya sambil menambah, beliau merancang
untuk berehat seketika dan kemudiannya mula menulis.

Zeti juga berkata, beliau akan terus menyokong inisiatif pendidikan, seperti Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan Kewangan Islam, Pusat Kepimpinan dan Tadbir Urus dan sekolah perniagaan baru yang akan bermula tahun ini.

“Saya tidak akan memegang apa-apa jawatan sudah tentunya,” katanya.

Mengenai soalan sama ada ahli politik boleh menjadi Gabenor akan datang, Zeti berkata, tidak ada ahli politik yang menganggotai lembaga pengarah mana-mana institusi kewangan, apatah lagi bagi Bank Negara.

“Setiap negara memerlukan organisasi seperti bank pusat yang tidak mempunyai sebarang agenda politik. Ia harus kekal fokus memastikan kestabilan makroekonomi, kewangan dan ekonomi.

“Jadi, dasar ekonomi dan kewangan akan ditumpukan untuk mencapai apa yang
menjadi kepentingan terbaik negara,” katanya sambil menambah, BNM sentiasa
dihormati dan beliau menjangkakan tanggapan ini akan berterusan.

“Saya percaya bank pusat telah menjadi satu organisasi yang kukuh. Ia mempunyai kekuatan institusi, daya tahan dan diasaskan kepada undang-undang yang sah.

“Akta Bank Pusat memberikan kuasa yang luas dan juga kebebasan. Dengan itu,
kami bertanggungjawab bagi keseluruhan mandat, seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Akta tersebut,” katanya.

Mengenai Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Zeti berkata, notis nasihat yang dikeluarkan BNM kepada institusi kewangan bukan bank, bertujuan memastikan institusi ini terus diurus dengan baik dan melaksanakan peranan tujuan penubuhannya dengan berkesan.

“Kami mengeluarkan notis nasihat dari semasa ke semasa. Biasanya, notis-notis ini dikeluarkan sebelum berlaku masalah, jadi sekiranya terjadi masalah, ia boleh ditangani,” katanya.

Jelasnya, Tabung Haji bukan satu-satunya institusi yang menerima notis nasihat daripada BNM, kerana institusi lain turut dikeluarkan notis sama.

“Mereka tidak berada di bawah rangka kerja kawal selia dan rejim kawal selia kami, tetapi apa yang berlaku dalam organisasi mereka mungkin akan membawa implikasi sistemik dan berkait dengan institusi kewangan lain,” katanya.

Mengenai ringgit, Zeti berkata, prestasi mata wang tempatan itu bergantung kepada perkembangan domestik dan antarabangsa.

“Kami akan mengeluarkan data Keluaran Dalam Negara Kasar suku keempat esok.

“Apa yang penting adalah ekonomi terus berkembang. Asas pendasar penting lain ialah kita mempunyai lebihan perdagangan, kita mempunyai lebihan akaun semasa dan rizab kita kukuh.

“Hutang luar kita juga berada pada paras yang sangat terkawal,” katanya sambil menambah, semua ini merupakan faktor-faktor yang menyokong ringgit.

SUMBER

Ni Baru Gila Babi! Bini Diraba Nepal, Najib Abdul Razak Yang Salah!!!!



Isu mulanya memang menarik perhatian ramai tambahan pula perbincangan, bantahan dan perdebatan tentang 1.5 warga Bangladesh yang akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat-peringkat selama 3 tahun, menimbulkan lebih banyak polemik yang lebih sanggup meminta sedekah di tengah-tengah Bandaraya dengan sebiji gitar tong, mengharap isteri bahkan adik- sedara perempuan untuk menyanyi juga turut marah kerana kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh tersebut sedangkan tanpa mereka mempersoalkan diri, antara mereka yang berlagak dengan taraf hidup dan enggan bekerja dalam sektor 3D berbanding 1.5 juta warga Bangladesh yang akan bekerja di negara ini, adakah sama senilai?

Malahan ada antara mereka yang tidak bekerja langsung pun. Atau pun hanya mengharapkan bini bekerja mencari rezeki sedangkan dia pula menganga dan mengangkang di rumah. Itu pun sama sibuk marah, pendatang asing nak masuk ke negara ini dan merebut kerja-kerja kosong yang warga tempatan tak mahu, pandang jijik dan bergaji tidak setimpal dengan masa senggang.

Seorang busker yang agak terkenal di Sogo, menggunakan kesempatan 1.5 juta warga Bangladesh yang akan datang memenuhi sektor 3 D di negara ini dalam tempoh 3 tahun, untuk membalun Najib Abdul Razak apabila isterinya didakwa telah cuba dicabul oleh seorang pendatang dari Nepal.

Lebih menarik lagi ialah, warga Nepal tersebut bukan sahaja sempat diterajang oleh isterinya, tetapi dia juga sedangkan pada waktu itu orang ramai sedang berlegar di situ.

Ceritanya memang viral... namun beberapa persoalan akhirnya timbul, terutama sekali tentang penerusan persembahan busking walaupun kejadian jenayah baru sekejap tadi berlaku dan dia sendiri terlibat menerusi pengakuannya yang lelaki Nepal itu pengsan akibat dua penerajangnya.

Ramai yang cuba mempertahankan tindakan busker tersebut.


Sememangnya tiada sesiapa pun yang menyalahkan dia dalam mempertahankan maruah isterinya, malahan lebih ramai yang memuji tindakan mulianya, tetapi apabila dia menyalahkan Najib Abdul Razak kononnya dia tidak lagi dapat mencari makan di kaki lima, ia sesuatu yang benar-benar menimbulkan rasa meluat.

APA-APA SAHAJA YANG BERLAKU, hatta isteri digesel oleh orang lain pun, NAJIB RAZAK JUGA YANG BERSALAH?

Ia samalah seperti zaman Mahathir dulu, siapa yang jatuhkan nilai Ringgit sebab nak naik jadi PM... jawapannya... Anwar Ibrahim.

Siapa yang cuba menipu untuk membela kroni-kroninya seperti Tong Koii Ong... Anwar Ibrahim!

Serba-serbi Najib walhal Najib tidak suruh pun, tidak paksa pun mereka pergi meminta sedekah dengan bermain muzik dan menyanyi di kaki lima....

Cakap pandai-pandai macam GENJIBUSKER tu, takkan sekadar pandainya berdasarkan emosi bodoh yang tidak menggunakan otak walaupun mengambil masa untuk laporan polis tentang kes tersebut.




PDRM Dan SKMM.. Bila Lagi Nak Ambil Tindakan Kat Kor Ming Yang Kuat Menipu dan Menghasut?



Pada ketika orang UMNO asyik berlaga antara satu sama lain, kuat mempertahankan pemimpin memasing walaupun telah terbukti pemimpin mereka bukanlah pahlawan tetapi sekadar pembawa bunga mangar yang namanya dikenali bukan kerana dia sendiri tetapi kerana bapanya, DAP yang sedang rimas dengan pelbagai isu mereka mencorak laluan tersendiri mengubah situasi tersebut agar berpihak kepada mereka.

DAP secara sengap terus meluru melakukan serangan yang tidak akan dipedulikan oleh orang UMNO-BN.

Cara terbaik yang dilakukan oleh DAP ialah dengan memutarbelitkan berita. Bahkan melakukan hasutan.

Keadaan ini masih berterusan dengan menggunakan kenaifan atau ketololan pemimpin Cina DAP yang sebenarnya amat agresif seperti Nga Khor Ming.

Sudah beberapa kali Nga Kor Ming terkantoi, bahkan dia pernah disaman fitnah tetapi dia dengan bijaknya memberi alasan bukan dia yang menggunakan laman sesawang dalam Facebook sebaliknya sekumpulan penyokongnya di Taiping yang bekerja sepanjang masa memperomosi segala sabdaan-sabdaannya dalam bentuk poster pelbagai bahasa dengan keutamaan adalah Bahasa Cina yang lebih mudah diputarbelit dan diperbohongkan.

Kini Nga Kor Ming atau sesiapa sahaja upahannya yang menggunakan namanya dan sememangnya direstui oleh Nga Kor Ming sendiri, melancarkan pembohongan besar dengan tajuk yang ditipu hidup-hidup berbanding berita sepatutnya.

Sudah terlalu banyak kali perbuatan Ahli Parlimen Taiping itu didedahkan namun nampaknya pihak berkuasa seperti PDRM dan SKMM kelihatan tidak berminat walau sedikit pun untuk mengambil siasatan ke atas Kor Ming yang jelas cuba menghasut dan melakukan fitnah.

Perhatikan sahaja bagaimana poster Nga Kor Ming memutarbelitkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak sambil cuba menimbulkan kebencian Cina-Cina Sarawak kepada Adenan Satem dengan gambaran kononnya Adenan Satem halau semua Cina balik Tongsan!

Itu ke dia perangai Ahli Parlimen Malaysia? Sewajarnya tak payah dihalau sebaliknya dilucutkan sahaja kewarganegaraan si Kor Ming Musibat ni!

MAHATHIR KELUAR UMNO DAN PENUBUHAN SEBUAH PARTI POLITIK BARU BERTERASKAN MAHATHIR!!

Monday 29 February 2016 · 3 comments


Berita tentang keluarnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir langsung tidak menggemparkan, walaupun ada sebilangan 400 orang Ketua-Ketua Cawangan khabarnya akan turut keluar UMNO mengikuti jejak Mahathir.

Kalau melihat kepada berita yang sedang digembar-gemburkan oleh pro-Tun, ternyata negara sedang dalam keadaan huru-hara kerana tindakan Tun Dr. Mahathir keluar UMNO. Bagaimanapun, realitinya, tiada sesiapa pun yang hairan dengan tingkah laku serta gelagat politik Tun Dr. Mahathir yang masih berasakan Malaysia adalah haknya dan semua orang perlu mengikut kehendaknya.

Pengumuman sebelum jam 5:00 petang tadi ternyata langsung tidak disambut sepertimana yang diingini oleh puak-puak pro-Tun. Namun sesuatu yang lebih 'menarik' telah disahkan oleh pihak-pihak tertentu dari dalam kelompok puak pro-Tun sendiri.

SEBUAH PARTI BARU AKAN DITUBUHKAN sebagai medium untuk melawan UMNO.

Pertemuan beberapa orang pemimpin pembangkang beberapa jam sebelum Tun Dr. Mahathir membuat pengumuman keluar dari UMNO mengesahkan khabar-khabar angin sebelum ini yang Tun Dr. Mahathir akan mencipta sebuah parti politik baru untuk melawan UMNO dan menggulingkan Najib Abdul Razak.

Kalau mengikut sejarah, Tun Mahathir pernah beberapa kali bercakap di pentas PAS malahan DAP ketika dia berada di luar UMNO pada zaman Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi. Bagaimanapun, Tun Mahathir tidak pernah keluar dari UMNO untuk menyertai parti lain terutama selepas apa yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putraja Al-Haj, Tun Hussein Onn dan beberapa ramai pemimpin UMNO yang jauh lebih berpengaruh pada tahun 1988 yang menyaksikan UMNO lama diharamkan dan UMNO Baru ditubuhkan bagi memberi kuasa penuh kepada Tun Dr. Mahathir sebagai Presiden parti itu.

Netizen sudah pun memperkatakan tentang penubuhan parti baru oleh Tun Dr. Mahathir dengan menarik penyertaan anggota-anggotanya yang masih setia kepadanya, termasuklah Muhyiddin Yassin dan anaknya, Mukhriz Mahathir, walaupun terdapat berita yang mengatakan, mereka tidak akan keluar dari UMNO.

Sebelum ini ada laporan yang mengatakan, ada pertemuan antara Tun Dr. Mahathir dengan para pemimpin pembangkang bagi mewujudkan sebuah unit pembangkang yang akan menggulingkan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN pada PRU akan datang. Bagaimanapun, laporan tersebut tidak disahkan walaupun beberapa gambar pertemuan antara para pemimpin tersebut dengan Mahathir mula dipaparkan dan didedahkan.

Mampukah Tun Dr. Mahathir menggembelengkan kesemua para pemimpin pembangkang dalam satu barisan demi menjatuhkan Najib Abdul Razak dan menyelamatkan taukeh-taukeh kroni yang kehilangan banyak kepentingan semenjak Najib mengambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Anwar Ibrahim pernah melakukannya... GAGAL!

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang banyak jasa kepada negara ini juga.... GAGAL!

Mahathir Mohamed yang seringkali digambarkan sebagai tidak pernah gagal... SETAKAT INI masih gagal!!!


PERANG GUAN ENG VS AZMIN ALI SUDAH HAMPIR TERCETUS!!!

· 1 comments


Kesemua ADUN PKR Pulau Pinang bersatu hati dan menyatakan bahawa mereka menyebelahi dua orang ADUN yang dipecat oleh Lim Guan Eng kerana enggan bersama-sama kerajaan DAP Pulau Pinang menghancurkan alam sekitar dengan dua projek penambakan laut besar yang memberi pulangan hebat kepada pemajunya.


Di Pulau Pinang, Mansor Othman yang merupakan orang pertama menggelarkan Lim Guan Eng sebagai TOKONG menyatakan kesemua ADUN PKR bersatu hati dan menyokong Ong Chin Wen, ADUN Bukit Tengah dan  Cheah Kah Peng, ADUN Kebun Bunga. Malah mereka juga menyatakan sokongan kepada usul yang dibuat oleh ADUN UMNO agar penambakan laut dan pemusnahan tidak dapat diteruskan.

Kemarahan Guan Eng kerana keuntungannya tersekat amat jelas dalam isu ini apabila bertindak bukan sahaja secara membabi buta tapi juga beranggapan bahawa mana-mana ADUN Cina tidak kiralah apa parti mereka perlu akur kepadanya.


Kalau tak kena gaya, Lim Guan Eng boleh kena sesah dengan pengikut sendiri kali ini. Malah melihat kepada penentangan yang dibuat oleh orang Cina sendiri, hayat Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan berapa panjang.

Apatah lagi dengan beberapa 'peperiksaan' yang bakal dijalaninya nanti, Guan Eng dan partinya bukan sahaja bertelanjang bahkan akan bermain taik sendiri seperti yang berlaku kepada Kit Siang sekarang.

MISTERI KEKAYAAN LIM GUAN ENG DAN KEKERAPANNYA TERBANG KE HONG KONG

· 1 comments



Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang mungkin tidak menyangka bahawa ketika mereka berasakan sudah berada di puncak dan tiada sesiapa yang berani menyentuh malah mempertikaikan mereka, kini mereka berhadapan dengan realiti yang mereka sendiri takuti.

Tidak seperti di puncak pada tahun 2008-2013, setiap lakonan Lim Guan Eng amat menarik terutama sekali lakonan miskin dan sederhananya yang bukan sahaja untuk menipu orang Melayu, India atau Cina marhein malah turut membantunya menjadikan agama sebagai modal bagi kekuasaannya.

Lain cakap lain buat... itu sikap Lim Guan Eng tetapi selama sepenggal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ditambah pula dengan retorik-retorik dan sentiasa menyalahkan orang lain, masih mampu menyelamatkannya daripada dikecam oleh penyokongnya sendiri.


Beberapa projek membesarkan diri bagi membuktikan dia adalah seorang Ketua Menteri yang hebat, ternyata membuktikan yang segala bentuk projek tersebut adalah untuk kepentingan diri dan isterinya, Betty Chew.

Pendedahan atau lebih dikatakan troll dengan meletakkan nama Lim Guan Eng sebagai orang ke-22 terkaya di Malaysia menimbulkan kemarahan Lim Kit Siang. Lim Guan Eng sendiri tidak pernah berani untuk menyanggah, mengia atau melayan soalan seperti itu selepas apa yang dilakukan oleh anak lelakinya suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun satu perkara yang jelas ialah, Lim Guan Eng dan bapanya tidak pernah dapat menampilkan bukti-bukti serta hujah-hujah untuk membela diri terutama dalam kes-kes seperti ini.

Ia samalah jugalah dengan misterinya berapa kali sebulan Lim Guan Eng buat perjalanan ke Hong Kong dan siapa yang ditemuinya di Hong Kong....


Bidasan Keras Azalina Othman Said Ke Batang Hidung Muhyiddin Pasti Tidak Menyenangkan!

Sunday 28 February 2016 · 3 comments


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Azalina Osman Said tentang bekas Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin amat menarik untuk direnung.

1) Bekas Timbalan Presiden hari ini berkata, dia telah diberi taklimat oleh bekas Peguam Negara ketika kedua-duanya masih berjawatan tentang 'bukti' tuduhan jenayah ke atas Perdana Menteri.

(2) Ini merupakan satu usaha pihak dan golongan tertinggi yang sedang berkonspirasi untuk menggulinglan Perdana Menteri, dalam apa yang kita gelarkan sebagai rampasan kuasa ke atas proses demokrasi dan keputusan yang telah dibuat oleh para pengundi pada PRU lepas.

(3) Pertama, fakta yang menyatakan dan diperakui sendiri bahawa Peguam Negara secara peribadi telah memberikan taklimat dan berkongsi kerahsiaan dengan Tan Sti Muhyiddin Yassin, ahli Kabinet dan juga ahli UMNO,yang mempunyai kepentingan di dalam kes ini, adalah amat tidak beretika selain turut melanggar Akta Rahsia Rasmi.

(4) Kedua, bagaimana seorang Peguam Negara mempunyai 'bukti-bukti kukuh' untuk mendakwa Perdana Menteri sedangkan pada waktu itu siasatan pun belum bermula?

(5) Ketiga, ini merupakan 'bukti' sama yang dipersembahkan oleh Wall Street Jounal apabila media asing itu mendakwa telah melihat dokumen-dokumen rahsia dan menggunakannya sebagai asas bagi mencipta pelbagai sensasi tuduhan dan fitnah ke atas Perdana Menteri.

(6) Dalam mana-mana sistem perundangan, di mana-mana sahaja di seluruh dunia, terdapat prosess standard yang akan dipatuhi. Sekiranya terdapat tuduhan ke atas seseorang, pihak berkuasa akan mengadakan siasatan dan kemudian sekiranya mereka percaya bahawa terdapat jenayah yang telah dilakukan, barulah kertas pertuduhan dirangka.

(7) Namun dalam kes ini, kertas pertuduhan dikatakan telah disiapkan pada Mei 2015 - jauh Sebelum apa yang digelarkan sebagai Special Task Force dibentuk, sebelum siasatan bermula pada Jun 2015 dan sebelum Perdana Menteri dirakambicara pada Disember 2015 oleh SPRM.

(8) Berdasarkan kenyataannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin secara tidak langsuang telah mempersoalkan kredibiliti Peguam Negara masakini dan SPRM.

(9) Untuk rekod Peguam Negara sekarang, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari 2016 telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang salahlaku berhubung wang derma. Di bawah Artikel 145 (4) Perlembagaan Persekutuan, adalah hak prerogatif Peguam Negara untuk memulakan, mengambilalih ataupun menghentikan sebarang prosiding membabitkan tuduhan. Kuasa yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Artikel 145 (3) adalah absolute dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana kuasa termasuklah kehakiman.

Jadi sekiranya mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara dalam mengendalikan pendakwaan mereka tidak mempunyai sebarang asas untuk mencabarnya.

Adalah penting untuk diperhatikan bahawa sebarang keputusan Peguam Negara telah dibuat selepas semua perincian daripada laporan pelbagai sudut oleh SPRM diterima. Jadi secara tidak langsung Tan Sri Muhyiddin bukan sahaja telah melanggar Akta Rahsia Rasmi tetapi juga terbabit secara langsung dalam konspirasi bermotifkan politikal untuk memanipulasi dan  mencabar perundangan negara dalam usaha menggulingkan Perdana Menteri.

(10) Mengapa hanya sekarang Tan Sri Muhyiddin membuat pengakuan seperti itu iaitu hanya selepas dia digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO? Apakah motif dan aganeda tersembunyi Tan Sri Muhyiddin? Bolehkah tindakannya yang terbaharu ini sebagai satu ancaman memandangkan dia mendakwa mempunyai maklumat tentang kegiatan jenayah tetapi tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa sehinggalah ke hari ini?

Dato' Sri Azalina Othman Said
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

AZMIN BAPOK! KALAU BERANI, DIA PECAT SAJA SEMUA ADUN DAP DALAM GLC SELANGOR!!!

Tuesday 23 February 2016 · 1 comments



Guan Eng dah bagi amaran kepada Azmin Ali agar jangan mencampuri urusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ekoran penghambatan dan penghalauan dua orang ADUN PKR daripada jawatan dalam GLC Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kata Guan Eng, apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah di bawah bidang kuasanya. Azmin Ali atau sesiapa sahaja tidak berhak campur tangan atau menyibukkan diri dengan urusan DAP di Pulau Pinang.

Dengan kata lain, DAP dan Lim Guan Eng memberi amaran, kalau tak suka, sila angkat kaki dan biarkan DAP bersendirian di Pulau Pinang.

DAP mungkin boleh bercakap besar di Pulau Pinang kerana mereka menguasai 19 kerusi DUN manakala PKR pula sekadar 10 kerusi DUN dan PAS 1 kerusi DUN. Selebihnya adalah UMNO-BN yang menguasai 10 kerusi DUN.

Jumlah keseluruhan kerusi DUN di Pulau Pinang adalah 40. Di Pulau Pinang, DAP menguasai hampir kesemua jawatan penting GLC. Begitu juga dengan kerusi Ahli Majlis, semuanya dibolot oleh DAP.

Berbeza di Selangor, DAP cuba berlembut agar Azmin Ali tidak mengamalkan sikap yang Guan Eng yang lebih mementingkan diri. Walaupun penguasaan DAP di Selangor sama dengan PAS iaitu 15 kerusi DUN tetapi DAP mempunyai lebih kekuatan dari segi kewangan kerana hampir kesemua jawatan-jawatan penting yang menjana pendapatan mewah, diserahkan kepada DAP.

Persaingan itu jugalah yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock yang cuba melindungi bekas majikannya daripada didakwa di mahkamah kerana penyelewengan dan salah guna kuasa. Ean Yong Hian Wah, sehingga ke hari ini tidak pernah memohon maaf atas apa  yang telah berlaku sebaliknya menyalahkan pihak pihak lain khususnya SPRM untuk menutup jenayah yang dia lakukan.

Agak menarik untuk kita lihat sebenarnya ialah AZMIN ALI TIDAK BERTELUR untuk membalas dan mengajar Lim Guan Eng agar belajar lebih bersopan walaupun dia bergelar TOKONG.

Dengan kuasanya yang ada, Azmin Ali boleh membersihkan Selangor daripada penguasaan DAP sebagaimana DAP tidak berselindung-selindung untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang mengancam kekuasaannya.

Kesombongan Guan Eng sebenarnya hanya boleh diajar dengan kesombongan dan kurang ajar. Manusia sepertinya tidak tahu erti budi bahasa!!!

ANAK DARA IKUT JANTAN LARI, DIKATAKAN KENA CULIK!!!

Monday 22 February 2016 · 0 comments



Dari pagi tadi, berita kononnya seorang wanita muda diculik dengan menggunakan kenderaannya sendiri, telah heboh diperkatakan. WhatsApp dan Telegram merupakan medium yang paling pantas menyebarkan berita tersebut,

Berikut adalah maklumat yang telah sampai ke Telegram dan WhatsApp sepanjang pagi tadi:

Plat kereta tu nampaknya dari Kelantan. Org yg menculik si yadis cantik ini tenru dah mengcam n buat rancangan melakukannya sebelum menculik. Mungin mrk dah kenal gadis ini n rancang melakukannya. Moga mrk tak apa2kan kpdnya. Apa sebenarnya disebaluk penculikan ini hanya para penculij n Allah yg tahu. Yg penting berhati2lah gadis2 n ibubappa terhadap anal2 gadis mrk...

Menjelang petang, satu kenyataan telah dikeluarkan menafikan penculikan tersebut;

dari SINAR HARIAN


SEPANG – Polis menafikan sekeras-kerasnya kononnya berlaku kejadian culik melibatkan seorang remaja perempuan di sebuah kolej di Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku ketika remaja perempuan ini ke kolej tersebut bersama ibu dan adiknya untuk mengambil keputusan peperiksaan.

Menurutnya, tidak beberapa lama kemudian, datang teman lelaki remaja tersebut datang mengambil mangsa.

“Adik remaja tersebut yang melihat kejadian tersebut terus memaklumkan perkara tersebut kepada ibunya.

“Ibu mangsa terkejut dengan tindakan mangsa yang terus meluru menaiki kereta tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, sebentar tadi.

Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan tindakan anaknya itu telah cuba menghubunginya beberapa kali namun gagal.

Katanya, malah, ibu mangsa turut menghubungi ayah kepada teman lelaki anaknya itu untuk memaklumkan perkara tersebut, namun mendakwa dia tidak tahu menahu tentang perkara tersebut berikutan tidak tinggal serumah.

Tambahnya, susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis pada keesokan harinya di Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda, Sepang, untuk tindakan lanjut.

“Siasatan polis mendapati kejadian ini bukanlah kes culik seperti yang tersebar luar di laman sosial facebook.

“Remaja perempuan itu sendiri dengan rela mengikut teman lelakinya tanpa memaklumkan kepada ibunya yang tidak mere stui perhubungan cinta mereka,” katanya.

Abdul Aziz berkata, polis kini giat menjejak teman lelaki mangsa untuk bantu siasatan.

Beliau turut menegaskan kepada pengguna laman sosial supaya lebih berhati-hati dan tidak menimbulkan kegusaran kepada orang awam lain. Pastikan kesahihan sesuatu kejadian dahulu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

GUAN ENG TUNJUK LAGAK... DUA ADUN PKR DIPECATNYA DARI GLC PULAU PINANG!!!

Saturday 20 February 2016 · 0 comments



Lim Guan Eng tunjuk ganas dan keganasannya kurang menarik perhatian kerana dia sekadar menggunakan kuasanya ke atas Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang disifatkannya sebagai 'penikam belakang' dan pengkhianat.

ADUN Bukit Tengah Ong Chin When yang juga merupakan whip PKR dalam sidang DUN, telah dipecat daripada kedudukannya dalam Penang Invest and Island Golf Properties Bhd, salah sebuah anak syarikat Penang Development Corporation.

Sementara itu, ADUN Kebun Bunga dari PKR Cheah Kah Peng awal lagi telah digugurkan dari jawatannya selaku pengarah dalam Penang Hill Corporation.

Ong telah mengesahkan dia menerima surat perlucutan jawatan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. Cheah juga enggan memberikan sebarang komen.

Lim Guan Eng dalam pada yang sama, berkata, kedudukan yang dilantik itu berada di bawah di bawah syarikat di mana dia adalah pengerusi-pengerusinya. Menurut Lim, kedua-dua ADUN PKR itu menimbulkan kemarahannya apabila menyokong usul yang dibentangkan oleh ADUN UMNO Pulau Betong, Muhammad Farid Saad pada November tahun lepas.

"Mereka telah mengkhianati kami apabila mereka mengundi menentang kami. Sekarang, kami hilang kepercayaan bahawa mereka akan bertindak secara profesional dan efektif. Dan sekiranya saya sebagai pengerusi, tidak mempunyai keyakinan kepada anda, maka anda harus tahu apa yang perlu anda lakukan," katanya.

Menurut Lim Guan Eng lagi, tiga orang lagi ADUN PKR, Lee Khai Loon (Machang Bubok) T. Jayabalan (Batu Uban), dan Norlela Ariffin (Penanti) yang turut menyokong usul ADUN UMNO, bagaimanapun tidak terjejas kedudukan mereka.

Ong yang merupakan whip parti dalam sidang DUN berkata, kelima-lima ADUN tersebut memberikan undi di dalam kesedaran mereka. Manakala Cheah dalam satu konvensyen PKR di Selangor berkata, 'ADUN-ADUN PKR akan terus mempertahankankan kepentingan awam."

Ni baru namanya PEMIMPIN....

TAK SEBULU SAJA, TERUS JATUH HUKUM!!!


TAKDAK PASAL CARI FASAL, ANAK LELAKI MUHYIDDIN DIPANGGIL BAGI KETERANGAN DI BUKIT AMAN!!!

· 0 comments



Kita fahamlah kekecewaan orang yang pernah berada di puncak kuasa tetapi kemudian kehilangannya. Dan kita juga faham bagaimana kekecewaan tersebut akhirnya akan merapuhkan segala cerita retorik agama tentang sabar dan redho.

Anak lelaki Muhyiddin Yassin, Farhan Muhyddin akan dipanggil untuk memberi keterangan selepas dia menghina pihak PDRM menerusi media sosial.

Blog TV14 melaporkan:


TIDAK habis lagi mengenai isu komen ‘panas’ anak Timbalan Perdana Menteri dalam kes Bangla, ini muncul pula anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan tampil membuat penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Anak lelakinya bernama Farhan Yassin melalui akaun Instagram miliknya baru-baru ini dilaporkan telah memuatnaik gambar logo PDRM yang telah diubahsuai dengan meletakkan logo duit di tengah-tengahnya dipercayai berniat jahat dan menyakitkan hati.

Farhan adalah anak bongsu kepada Muhyiddin itu turut dikatakan melempar kata-kata kesat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika membalas komen yang ditinggalkan oleh rakannya, seperti dilapor portal SuaraTv.

RazzanIsmail: Jangan bagi kebab nampak (dikatakan perkataan ‘kebab’ itu merujuk kepada singkatan @KBAB51 iaitu nama akaun Ketua Polis Negara di laman Twitter)

FarhanYassin: ah kebab leh gimam (pergi mampus).

Bagaimanapun, Farhan telah menerima kritikan dan rasa tidak senang dari kebanyakan pengamal media sosial.

Bagi mereka tindakan tersebut amat biadap dan tidak seharusnya dilakukan oleh seorang warganegara yang mempunyai nilai patriotisme, apatah lagi dari seorang anak pemimpin tertinggi negara.

“Macam ini anak (kepada) pemimpin “ulama”? Terjelir sana-sini.. jijik tengok kelaku org macam ini memalukan diri sendiri.” komen Nur Fukachi di laman Facebook yang turut dilaporkan portal.

“Hope ada org report (buat laporan)” tulis Aisah Mohd Shohari.

Namun, setakat artikel ini ditulis, status Instagramnya itu dikesan telah tiada dipercayai dibuang dari akaunnya tersebut.

Tv14 berharap agar anak Timbalan Presiden Umno tersebut tampil membuat pengakuan pemohonan maaf atas perbuatannya itu. – Tv14

RAFIZI RAMLI AND THE GANGS JUMPA CLARE BROWN NAK TUMBANGKAN NAJIB TAPI TAK MENGAKU?

· 2 comments



Rafizi Ramli baru sahaja menafikan pertemuannya dengan Clare Recastle Brown, pemilik dan penulis Sarawak Report yang merupakan anak syarikat Bruno Manser Foundation.

Dalam keadaan sekarang, tiada sesiapa pun yang berani dan mahu dikaitkan dengan Clare Brown walaupun pada pada mulanya Clare Brown seolah-olah seorang nabi yang segala kata-katanya adalah benar dan dipatuhi.


Pendedahan tentang pertemuan Rafizi Ramli dan barisan pemimpin PKR-DAP dengan Clare  Brown cuba dinafikan oleh PKR. Sebaliknya, PKR menggunakan khidmat sibertrooper mereka cuba berbohong dengan menyatakan bahawa gambar Wan Azizah telah dipalsudkan dengan gambar Clare Brown.

Transkrip whatsapp antara Xavier Justo, Tong Koii Ong, Ong Kay Tat, Tony Pua, selain beberapa nama yang mempunyai kaitan rapat dengan Tun Dr. Mahathir telah disebut dan didedahkan. Siasatan pihak berkuasa masih belum lagi mendededahkan isu sebenar membabitkan RM2 juta sebagai upah kepada Xavier untuk dimanipulasikan bagi menjatuhkan Najib Abdul Razak.

PKR dan DAP nampak kelihatan sangat terdesak untuk menggunakan Justo sebagai senjata mereka. Tony Pua yang sebelum ini begitu hebat telah lama senyap tetapi sesekali masih lagi melancarkan serangan menerusi PAC.


Program Rafizi Ramli, Wong Chen dan Nik Nazmi di United Kingdom (UK) anjuran Malaysian Progressives United Kingdom (MPUK) pada hari Sabtu, 30/01/2016 dengan kehadiran Claire Rewcastle-Brown dengan bergambar mesra menjelaskan segalanya.

Semasa tuduhan RM2.6 billion dilakukan oleh Tony Pua sebelum ini, Tony Pua telah mengaku bertemu dengan Claire di London. Terbaru, apabila Wall Street Journal (WSJ) pula membuat tuduhan bahawa RM2.6 billion berkenaan bukannya datang dari keluarga Di Raja Saudi, tidak lama sebelum itu, Setiausaha Agong PKR yang didapati bersalah oleh Mahkamah kerana memfitnah, secara kebetulan bertemu dengan pemilik Sarawak Report ini di London bersama-sama Dyana Sofea. Kebetulan? Anda sendiri fikirkan.

SAMPAIKAN HADIAH LAKI KEPADA BINI PUN, TUN MAHATHIR NAK KONDEM JUGA? TERUK SANGAT DAH NYANYUK ORANG TUA NIH!!!

Thursday 18 February 2016 · 6 comments



Tun Mahathir membuat tuduhan yang kelihatan sangat melulu kali ini, seoah-olah melepaskan geram kerana usaha menggulingkan Najib Abdul Razak belum lagi berhasil. Tun Mahathir menceritakan dengan penuh tragis bagaimana membazirnya keluarga Najib Abdul Razak apabila membeli belah di luar negara.

Cerita Tun Mahathir adalah 16 tong!

Dan seperti biasa, apabila diperkatakan tentang 16 tong, kita seperti ternampak kumpulan penyamun yang baru pulang dari laut membawa hasil rampasan untuk disimpan di dalam gua, sebelum keluar menyamun lagi untuk 16 tong seterusnya.

Kerana itulah, pendapat terus mengukuh bahawa Tun Dr. Mahathir sudah semakin nyanyuk, tidak lagi fokus dan tidak lagi mempunyai usaha untuk memulihkan keyakinan kepada negara ini selagi mana kroni-kroni utamanya yang telah ditarik banyak projek, terus disenaraihitamkan.

Kalau Tun dah mula main tumbuk bawah garis pusat seperti ini, termasuklah menyerang anak perempuan orang lain, menantu lelaki serta isteri orang lain, semata-mata untuk menimbulkan kebencian dan melepaskan rasa dendam, status negarawan dan penghormatan tertinggi yang diberikan kepadanya, apa beza Tun Dr. Mahathir dengan Nga Kor Ming, si Ahli Parlimen Taiping yang cukup kurang ajar, besar kepala dan angkuh itu?

Apakah Tun Dr. Mahathir sama seperti Nga Kor Ming? SUDAH TENTU TIDAK!!!

Tetapi para penyokong Tun dan pensimpati kepada Tun cepat-cepat menyalahkan pihak-pihak yang menyerang kekayaan anak-anak lelaki Tun, kegilaan liberal Marina Mahathir, berbanding keseronokan mereka apabila perkara-perkara yang tiada kaitan negara dikaitkan dengan anak-anak dan keluarga Najib Abdul Razak.

Para penyokong Tun Mahathir tidak pernah berjaya menerangkan bagaimana anak-anak lelaki Mahathir mewarisi kekayaan perniagaan yang sangat luar biasa tanpa menerangkan bagaimana mereka berjaya memperolehinya dalam tempoh sepanjang bapa mereka menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Persoalan tidak pernah dijawab, apakah anak-anak lelaki Mahathir menjadi kaya raya menerusi perniagaan dengan campurtangan Mahathir atau mereka sememangnya mempunyai kebolehan perniagaan yang sangat hebat kerana mereka lahir dari benih Mahathir walaupun haksilnya, kesemua perniagaan mereka dibina ketika mereka berusia awal 30-an dan menerusi perniagaan berkaitan kerajaan serta syarikat-syarikat UMNO dan proksi-prosksi UMNO?

Perbuatan Tun menyerang anak menantu Najib Abdul Razak sememangnya menimbulkan persoalan yang besar. Tun seringkali mengatakan gaya kekayaan yang ditunjukkan oleh keluarga Najib Abdul Razak tidak memberikan bayangan yang baik kepada persepsi. Sedangkan pada masa yang sama, Tun sendiri tidak pernah menegur, memujuk, memarahi bahkan tidak pernah langsung bercakap tentang gaya-gaya jauh lebih kaya yang ditunjukkan oleh anak-anak lelakinya selain gaya kehidupan manusia tidak beragama yang mengagung-agungkan budaya luar biasa liberal.

Tun seperti cuba menekankan bahawa kemewahan yang ditunjukkan oleh menantu Najib Abdul Razak itu adalah wang rakyat Malaysia, sedangkan sehingga dalam tuduhan terbaru, Daniyar menantu Najib tetap mempertahankan bahawa itu adalah wangnya sendiri.

Malah Daniyar menafikan bahawa bukan 16 tong hadiah seperti yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir sebaliknya hanya 16 jambangan kotak hadiah dan ianya merupakan satu adat resam serta budaya orang Kazakh.

Budaya Kazakh tidak akan menghantar bertingkat-tingkat sirih junjung seperti budaya India Kerala!

Ibu Daniyar adalah Maria yang berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, saudara lelaki kepada Presiden Kazakhstan. Bolat sangat kya dan menguasai industri baja serta memiliki beberapa buah bank di negaranya.

Bagaimanapun, kekayaan Maria dan Borat menghadapi masalah apabila Maria dituduh oleh Bolat menculik teman wanita barunya dan melaporkannya kepada pihak berkuasa Kazak. Maria walau bagaimanapun, tidak pernah didakwa dan kekal bebas sehingga ke hari ini.

Mahkamah New York percaya itu hanyalah satu 'hearsay' dan taktik bagi membolehkan Maria diekstradisi ke Kazakhstan untuk proses perceraian mereka.

Semasa sesi pendengaran perceraian mereka di New York, media melaporkan dan mengesahkan pada masa itu, Maira pernah membeli permata bernilai USD75 juta (RM311 juta) dan membayarnya dengan menggunakan wang Bolat.

Mac 12, 2014, penyelesaian perceraian membolehkan Maria menyimpan USD50 juta (RM207 juta) dalam bentuk permata dan USD20 juta (RM83 juta) dalam bentuk rumah di New Jersey yang mana jumlah keseluruhan adalah RM300  juta. Maria bagaimanapun, terpaksa menyerahkan hak penjagaan anak lelakinya kepada Bolat.

Sudah pasti dalam tempoh 10 tahun perkahwinannya dengan Bolat, Maria menyimpan sesuatu tetapi tidak pernah didedahkan.

Daniyar merupakan satu-satunya anak Maria dan kita tidak melihat sebarang isu sekiranya Maira memberikan sejumlah jutaan ringgit kepadanya untuk membelikan hadiah kepada isterinya sendiri. Malah tidak mustahil golongan sosialit yang sangat kaya seperti Maira sama ada untuk perniagaaan ibunya mahupun untuk membuat wang dia tanpa memerlukan projek-projek yang berkaitan dengan kerajaan seperti yang dinikmati oleh anak-anak Mahathir sendiri.

“Saya tidak mempunyai apa-apa urusan atau sebarang bentuk perniagaan dengan kerajaan Malaysia. Saya juga tidak mengambil wang daripada rakyat Malaysia yang tercinta,” kata Daniyar.

“Saya dengan rasa hormat meminta Dr Mahathir berhenti menggunakan perkahwinan saya, isteri saya dan saya sendiri untuk kepentingan politik.

“Saya percaya Dr Mahathir sebagai seorang ahli politik yang bijak, seorang bapa dan suami pandai menilai apa yang salah dan apa yang betul untuk bercakap,”

Zeti Akhtar Tak Berminat Sambung Kontrak Gabenor Bank Negara Malaysia Lagi

· 0 comments



Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tidak akan menyambung khidmat untuk satu lagi penggal sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Proses mencari pengganti sedang dibuat Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga BNM yang terdiri daripada pengarah bebas daripada sektor swasta.

“Saya tidak mempunyai kebebasan untuk membincangkan perkara itu. Pengumuman mengenai pengganti saya akan dibuat tidak lama lagi. Ia sudah tentunya akan berlaku,” kata Zeti selepas melancarkan Platform Akaun Pelaburan (IAP), hari ini.

Menurutnya, meskipun proses mencari pengganti beliau sedang dijalankan, beliau tidak menerima sebarang permintaan untuk terus memegang jawatan itu.

“Sudah pastinya Gabenor seterusnya perlu mempunyai latar belakang dan keupayaan berkaitan, terutamanya pada waktu seperti ini, agar peralihan boleh diuruskan dengan baik.

“Individu boleh datang dan pergi,” katanya sambil menambah, beliau merancang
untuk berehat seketika dan kemudiannya mula menulis.

Zeti juga berkata, beliau akan terus menyokong inisiatif pendidikan, seperti Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan Kewangan Islam, Pusat Kepimpinan dan Tadbir Urus dan sekolah perniagaan baru yang akan bermula tahun ini.

“Saya tidak akan memegang apa-apa jawatan sudah tentunya,” katanya.

Mengenai soalan sama ada ahli politik boleh menjadi Gabenor akan datang, Zeti berkata, tidak ada ahli politik yang menganggotai lembaga pengarah mana-mana institusi kewangan, apatah lagi bagi Bank Negara.

“Setiap negara memerlukan organisasi seperti bank pusat yang tidak mempunyai sebarang agenda politik. Ia harus kekal fokus memastikan kestabilan makroekonomi, kewangan dan ekonomi.

“Jadi, dasar ekonomi dan kewangan akan ditumpukan untuk mencapai apa yang
menjadi kepentingan terbaik negara,” katanya sambil menambah, BNM sentiasa
dihormati dan beliau menjangkakan tanggapan ini akan berterusan.

“Saya percaya bank pusat telah menjadi satu organisasi yang kukuh. Ia mempunyai kekuatan institusi, daya tahan dan diasaskan kepada undang-undang yang sah.

“Akta Bank Pusat memberikan kuasa yang luas dan juga kebebasan. Dengan itu,
kami bertanggungjawab bagi keseluruhan mandat, seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Akta tersebut,” katanya.

Mengenai Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Zeti berkata, notis nasihat yang dikeluarkan BNM kepada institusi kewangan bukan bank, bertujuan memastikan institusi ini terus diurus dengan baik dan melaksanakan peranan tujuan penubuhannya dengan berkesan.

“Kami mengeluarkan notis nasihat dari semasa ke semasa. Biasanya, notis-notis ini dikeluarkan sebelum berlaku masalah, jadi sekiranya terjadi masalah, ia boleh ditangani,” katanya.

Jelasnya, Tabung Haji bukan satu-satunya institusi yang menerima notis nasihat daripada BNM, kerana institusi lain turut dikeluarkan notis sama.

“Mereka tidak berada di bawah rangka kerja kawal selia dan rejim kawal selia kami, tetapi apa yang berlaku dalam organisasi mereka mungkin akan membawa implikasi sistemik dan berkait dengan institusi kewangan lain,” katanya.

Mengenai ringgit, Zeti berkata, prestasi mata wang tempatan itu bergantung kepada perkembangan domestik dan antarabangsa.

“Kami akan mengeluarkan data Keluaran Dalam Negara Kasar suku keempat esok.

“Apa yang penting adalah ekonomi terus berkembang. Asas pendasar penting lain ialah kita mempunyai lebihan perdagangan, kita mempunyai lebihan akaun semasa dan rizab kita kukuh.

“Hutang luar kita juga berada pada paras yang sangat terkawal,” katanya sambil menambah, semua ini merupakan faktor-faktor yang menyokong ringgit.

SUMBER

Ni Baru Gila Babi! Bini Diraba Nepal, Najib Abdul Razak Yang Salah!!!!

· 0 comments



Isu mulanya memang menarik perhatian ramai tambahan pula perbincangan, bantahan dan perdebatan tentang 1.5 warga Bangladesh yang akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat-peringkat selama 3 tahun, menimbulkan lebih banyak polemik yang lebih sanggup meminta sedekah di tengah-tengah Bandaraya dengan sebiji gitar tong, mengharap isteri bahkan adik- sedara perempuan untuk menyanyi juga turut marah kerana kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh tersebut sedangkan tanpa mereka mempersoalkan diri, antara mereka yang berlagak dengan taraf hidup dan enggan bekerja dalam sektor 3D berbanding 1.5 juta warga Bangladesh yang akan bekerja di negara ini, adakah sama senilai?

Malahan ada antara mereka yang tidak bekerja langsung pun. Atau pun hanya mengharapkan bini bekerja mencari rezeki sedangkan dia pula menganga dan mengangkang di rumah. Itu pun sama sibuk marah, pendatang asing nak masuk ke negara ini dan merebut kerja-kerja kosong yang warga tempatan tak mahu, pandang jijik dan bergaji tidak setimpal dengan masa senggang.

Seorang busker yang agak terkenal di Sogo, menggunakan kesempatan 1.5 juta warga Bangladesh yang akan datang memenuhi sektor 3 D di negara ini dalam tempoh 3 tahun, untuk membalun Najib Abdul Razak apabila isterinya didakwa telah cuba dicabul oleh seorang pendatang dari Nepal.

Lebih menarik lagi ialah, warga Nepal tersebut bukan sahaja sempat diterajang oleh isterinya, tetapi dia juga sedangkan pada waktu itu orang ramai sedang berlegar di situ.

Ceritanya memang viral... namun beberapa persoalan akhirnya timbul, terutama sekali tentang penerusan persembahan busking walaupun kejadian jenayah baru sekejap tadi berlaku dan dia sendiri terlibat menerusi pengakuannya yang lelaki Nepal itu pengsan akibat dua penerajangnya.

Ramai yang cuba mempertahankan tindakan busker tersebut.


Sememangnya tiada sesiapa pun yang menyalahkan dia dalam mempertahankan maruah isterinya, malahan lebih ramai yang memuji tindakan mulianya, tetapi apabila dia menyalahkan Najib Abdul Razak kononnya dia tidak lagi dapat mencari makan di kaki lima, ia sesuatu yang benar-benar menimbulkan rasa meluat.

APA-APA SAHAJA YANG BERLAKU, hatta isteri digesel oleh orang lain pun, NAJIB RAZAK JUGA YANG BERSALAH?

Ia samalah seperti zaman Mahathir dulu, siapa yang jatuhkan nilai Ringgit sebab nak naik jadi PM... jawapannya... Anwar Ibrahim.

Siapa yang cuba menipu untuk membela kroni-kroninya seperti Tong Koii Ong... Anwar Ibrahim!

Serba-serbi Najib walhal Najib tidak suruh pun, tidak paksa pun mereka pergi meminta sedekah dengan bermain muzik dan menyanyi di kaki lima....

Cakap pandai-pandai macam GENJIBUSKER tu, takkan sekadar pandainya berdasarkan emosi bodoh yang tidak menggunakan otak walaupun mengambil masa untuk laporan polis tentang kes tersebut.




PDRM Dan SKMM.. Bila Lagi Nak Ambil Tindakan Kat Kor Ming Yang Kuat Menipu dan Menghasut?

· 0 comments



Pada ketika orang UMNO asyik berlaga antara satu sama lain, kuat mempertahankan pemimpin memasing walaupun telah terbukti pemimpin mereka bukanlah pahlawan tetapi sekadar pembawa bunga mangar yang namanya dikenali bukan kerana dia sendiri tetapi kerana bapanya, DAP yang sedang rimas dengan pelbagai isu mereka mencorak laluan tersendiri mengubah situasi tersebut agar berpihak kepada mereka.

DAP secara sengap terus meluru melakukan serangan yang tidak akan dipedulikan oleh orang UMNO-BN.

Cara terbaik yang dilakukan oleh DAP ialah dengan memutarbelitkan berita. Bahkan melakukan hasutan.

Keadaan ini masih berterusan dengan menggunakan kenaifan atau ketololan pemimpin Cina DAP yang sebenarnya amat agresif seperti Nga Khor Ming.

Sudah beberapa kali Nga Kor Ming terkantoi, bahkan dia pernah disaman fitnah tetapi dia dengan bijaknya memberi alasan bukan dia yang menggunakan laman sesawang dalam Facebook sebaliknya sekumpulan penyokongnya di Taiping yang bekerja sepanjang masa memperomosi segala sabdaan-sabdaannya dalam bentuk poster pelbagai bahasa dengan keutamaan adalah Bahasa Cina yang lebih mudah diputarbelit dan diperbohongkan.

Kini Nga Kor Ming atau sesiapa sahaja upahannya yang menggunakan namanya dan sememangnya direstui oleh Nga Kor Ming sendiri, melancarkan pembohongan besar dengan tajuk yang ditipu hidup-hidup berbanding berita sepatutnya.

Sudah terlalu banyak kali perbuatan Ahli Parlimen Taiping itu didedahkan namun nampaknya pihak berkuasa seperti PDRM dan SKMM kelihatan tidak berminat walau sedikit pun untuk mengambil siasatan ke atas Kor Ming yang jelas cuba menghasut dan melakukan fitnah.

Perhatikan sahaja bagaimana poster Nga Kor Ming memutarbelitkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak sambil cuba menimbulkan kebencian Cina-Cina Sarawak kepada Adenan Satem dengan gambaran kononnya Adenan Satem halau semua Cina balik Tongsan!

Itu ke dia perangai Ahli Parlimen Malaysia? Sewajarnya tak payah dihalau sebaliknya dilucutkan sahaja kewarganegaraan si Kor Ming Musibat ni!

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks