GELABAH KERANA CUBAAN MENIPU WANG ORANG RAMAI DIKETAHUI, KETUA PEMUDA PAS MENYALAHKAN MAYBANK!

Sunday, 18 January 2015 | 3 comments

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat jelas tidak dapat memberikan alasan atau menjawab pertanyaan berhubung cubaan menipu dan mencuri duit orang ramai yang didermakan kepada Tabung Mangsa Banjir yang diwujudkan oleh Pemuda PAS. Banyak persoalan dihalakan kepada PAS dan Pemuda PAS tetapi Suhaizan Kaiat seperti biasa, mengalihkan 'kesalahan' kepada pihak lain.

PAS bukannya kali pertama bikin tabung derma. Sudah terlalu banyak kali. Malah sudah tidak terkira. Selama ini, tabung-tabung dermanya yang hanya wujud namanya di atas cetakan Harakah, tidak pernah dipersoalkan sekalipun akaun yang mana wang dimasukkan secara talian, tidak pernah mencatatkan nama tabung berkenaan.

Contoh terbaik adalah Tabung Lahad Datu... jangan cerita tentang Tabung Memali yang mengumpulkan puluhan juta ringgit dan wang berkenaan hilang begitu sahaja, manakala orang PAS tidak boleh mempersoalkan ke mana dan bagaimana wang yang dikumpul atas air mata dan darah ahli-ahli mereka sendiri digunakan, dihibahkan atau dimanipulasikan sehingga TIADA SEORANG PUN daripada mereka yang dijadikan umpan untuk menarik derma, menerima wang dari tabung berkenaan.

Mungkin sudah takut, tabung yang diwujudkan kurang mendapat sambutan, Suhaizan Kaiat tampil menjelaskan bahawa dia, Pemuda PAS dan PAS tidak bersalah kerana nama Tabung Mangsa Banjir tidak muncul pada skrin ATM sebaliknya yang muncul hanyalah nama Pemuda PAS.

Katanya, semua itu salah Maybank. Maybank seperti mahu dituduh oleh Suhaizan Kaiat, cuba mensabotaj Pemuda PAS dan PAS kerana hanya memaparkan nama pemegang akaun sahaja, bukannya Tabung yang ditubuhkan.

Senang sungguh Suhaizan Kaiat buat alasan, kan?

Adakah semua tabung-tabung yang PAS wujudkan selama ini terutama sekali Tabung Memali, salah mana-mana bank juga?

Atau sememangnya sudah menjadi tabiat PAS untuk menyonglap wang orang ramai yang diumpan dengan syurga, pahala dan jihad sehingga tanpa segan silu menuduh pihak lain yang bersalah kerana mahu menutup malu setelah TERKANTOI?

JENAKA SUHAIZAN KAIAT... PRESIDEN SENDIRI TIDAK DIBANTU, TETAPI FAHMI ZAINOL CEPAT-CEPAT NAK HULURKAN BANTUAN!

Thursday, 13 November 2014 | 4 comments

PAS atau lebih tepat lagi Pemuda PAS menghadapi zaman suram dan tidak mempunyai masa hadapan di bawah kepimpinan Suhaizan Kaiat yang mengambilalih jawatan tersebut daripada Nasruddin Tantawi.

Dalam banyak isu, Suhaizan Kaiat terlupa langsung yang dia sebenarnya mewakili PAS, berada di dalam PAS dan memperjuangkan idealisme PAS, bukannya Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng.

Di kalangan PAS, Suhaizan Kaiat dikenali sebagai salah seorang Anwariyun. Di kalangan bukan PAS, Suhaizan Kaiat adalah ANJING Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Dalam keadaan apa sekalipun, Suhaizan Kaiat dan konco-konconya dalam PAS akan lebih memihak kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng walaupun yang ditentangnya adalah Presiden partinya sendiri.

Itulah yang berlaku apabila Suhaizan Kaiat dengan bangganya mengumumkan Pemuda PAS akan mengutip derma untuk membantu Fahmi Zainol yang dikatakan sudah pun mendapat bantuan daripada Lim Guan Eng secara peribadi. Fahmi Zainol bersama-sama beberapa orang pelajar Melayu tegar Pakatan Rakyat dan Komunisme seperti Adam Adli sudah disediakan tempat mereka di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

Fahmi Zainol yang sudah tidak berminat untuk belajar tetapi lebih cenderung untuk bermain politik serta mencari tempat dalam Pakatan Rakyat, bakal kehilangan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam yang diperolehinya kerana melanggar peraturan dan terma. Sekaligus membuatkan Fahmi Zainol juga bakal kehilangan tempatnya di Universiti Malaya walaupun pada masa yang sama, dia juga boleh mencari duit lain untuk menggantikan biasiswanya.

Anehnya, ketika Presiden PAS sedang menghadapi saman daripada PKR, Suhaizan Kaiat tidak pula menyuarakan usul yang sama. Malahan, Suhaizan Kaiat turut terlibat dalam konspirasi untuk menyingkirkan Hadi Awang daripada jawatan Presiden parti tersebut.

Usaha-usaha menggulingkan Hadi Awang dan menyingkirkannya dari PAS sedang giat dilakukan oleh gerombolan Anwariyun a.k.a Anwarinas yang turut melibatkan Suhaizan Kaiat.

Suhaizan Kaiat sebenarnya bukanlah pemimpin yang mempunyai otak. Sebaliknya keyakinannya bahawa pasukan pro-Anwar Ibrahim akan berjaya menghapuskan kedudukan dan pengaruh Hadi Awang serta kumpulan pro-ulama dalam PAS pada pemilihan akan datang, hanya akan menyaksikan kedudukannya sendiri terancam. 
Showing posts with label pemuda pas. Show all posts
Showing posts with label pemuda pas. Show all posts

GELABAH KERANA CUBAAN MENIPU WANG ORANG RAMAI DIKETAHUI, KETUA PEMUDA PAS MENYALAHKAN MAYBANK!

Sunday, 18 January 2015 · 3 comments

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat jelas tidak dapat memberikan alasan atau menjawab pertanyaan berhubung cubaan menipu dan mencuri duit orang ramai yang didermakan kepada Tabung Mangsa Banjir yang diwujudkan oleh Pemuda PAS. Banyak persoalan dihalakan kepada PAS dan Pemuda PAS tetapi Suhaizan Kaiat seperti biasa, mengalihkan 'kesalahan' kepada pihak lain.

PAS bukannya kali pertama bikin tabung derma. Sudah terlalu banyak kali. Malah sudah tidak terkira. Selama ini, tabung-tabung dermanya yang hanya wujud namanya di atas cetakan Harakah, tidak pernah dipersoalkan sekalipun akaun yang mana wang dimasukkan secara talian, tidak pernah mencatatkan nama tabung berkenaan.

Contoh terbaik adalah Tabung Lahad Datu... jangan cerita tentang Tabung Memali yang mengumpulkan puluhan juta ringgit dan wang berkenaan hilang begitu sahaja, manakala orang PAS tidak boleh mempersoalkan ke mana dan bagaimana wang yang dikumpul atas air mata dan darah ahli-ahli mereka sendiri digunakan, dihibahkan atau dimanipulasikan sehingga TIADA SEORANG PUN daripada mereka yang dijadikan umpan untuk menarik derma, menerima wang dari tabung berkenaan.

Mungkin sudah takut, tabung yang diwujudkan kurang mendapat sambutan, Suhaizan Kaiat tampil menjelaskan bahawa dia, Pemuda PAS dan PAS tidak bersalah kerana nama Tabung Mangsa Banjir tidak muncul pada skrin ATM sebaliknya yang muncul hanyalah nama Pemuda PAS.

Katanya, semua itu salah Maybank. Maybank seperti mahu dituduh oleh Suhaizan Kaiat, cuba mensabotaj Pemuda PAS dan PAS kerana hanya memaparkan nama pemegang akaun sahaja, bukannya Tabung yang ditubuhkan.

Senang sungguh Suhaizan Kaiat buat alasan, kan?

Adakah semua tabung-tabung yang PAS wujudkan selama ini terutama sekali Tabung Memali, salah mana-mana bank juga?

Atau sememangnya sudah menjadi tabiat PAS untuk menyonglap wang orang ramai yang diumpan dengan syurga, pahala dan jihad sehingga tanpa segan silu menuduh pihak lain yang bersalah kerana mahu menutup malu setelah TERKANTOI?

JENAKA SUHAIZAN KAIAT... PRESIDEN SENDIRI TIDAK DIBANTU, TETAPI FAHMI ZAINOL CEPAT-CEPAT NAK HULURKAN BANTUAN!

Thursday, 13 November 2014 · 4 comments

PAS atau lebih tepat lagi Pemuda PAS menghadapi zaman suram dan tidak mempunyai masa hadapan di bawah kepimpinan Suhaizan Kaiat yang mengambilalih jawatan tersebut daripada Nasruddin Tantawi.

Dalam banyak isu, Suhaizan Kaiat terlupa langsung yang dia sebenarnya mewakili PAS, berada di dalam PAS dan memperjuangkan idealisme PAS, bukannya Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng.

Di kalangan PAS, Suhaizan Kaiat dikenali sebagai salah seorang Anwariyun. Di kalangan bukan PAS, Suhaizan Kaiat adalah ANJING Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Dalam keadaan apa sekalipun, Suhaizan Kaiat dan konco-konconya dalam PAS akan lebih memihak kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng walaupun yang ditentangnya adalah Presiden partinya sendiri.

Itulah yang berlaku apabila Suhaizan Kaiat dengan bangganya mengumumkan Pemuda PAS akan mengutip derma untuk membantu Fahmi Zainol yang dikatakan sudah pun mendapat bantuan daripada Lim Guan Eng secara peribadi. Fahmi Zainol bersama-sama beberapa orang pelajar Melayu tegar Pakatan Rakyat dan Komunisme seperti Adam Adli sudah disediakan tempat mereka di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

Fahmi Zainol yang sudah tidak berminat untuk belajar tetapi lebih cenderung untuk bermain politik serta mencari tempat dalam Pakatan Rakyat, bakal kehilangan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam yang diperolehinya kerana melanggar peraturan dan terma. Sekaligus membuatkan Fahmi Zainol juga bakal kehilangan tempatnya di Universiti Malaya walaupun pada masa yang sama, dia juga boleh mencari duit lain untuk menggantikan biasiswanya.

Anehnya, ketika Presiden PAS sedang menghadapi saman daripada PKR, Suhaizan Kaiat tidak pula menyuarakan usul yang sama. Malahan, Suhaizan Kaiat turut terlibat dalam konspirasi untuk menyingkirkan Hadi Awang daripada jawatan Presiden parti tersebut.

Usaha-usaha menggulingkan Hadi Awang dan menyingkirkannya dari PAS sedang giat dilakukan oleh gerombolan Anwariyun a.k.a Anwarinas yang turut melibatkan Suhaizan Kaiat.

Suhaizan Kaiat sebenarnya bukanlah pemimpin yang mempunyai otak. Sebaliknya keyakinannya bahawa pasukan pro-Anwar Ibrahim akan berjaya menghapuskan kedudukan dan pengaruh Hadi Awang serta kumpulan pro-ulama dalam PAS pada pemilihan akan datang, hanya akan menyaksikan kedudukannya sendiri terancam. 

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks