Kenaikan tambang ERL telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu khususnya yang kuat menyokong segala kemarahan Tun kepada Najib untuk menunjukkan betapa zalimnya pentadbiran Najib yang menekan rakyat menerusi kenaikan tambang.
Tanpa mengambil kira siapa sebenarnya pemilik ERL serta perjanjian-perjanjian berat sebelah yang menyebelahi pemilik ERL, serangan dibuat secara bertali arus sehingga ke peringkat tidak munasabah.
Semasa Tun Mahathir bersara, KDNK Malaysia hanyalah suku daripada yang ada sekarang. Bagaimanapun, selama 22 tahun Mahathir berkuasa, KDNK negara ini meningkat dari USD25 kepada USD90 bilion. Bagaimanapun, antara 2003 sehingga 2015, KDNK negara ini telah meningkat menjadi USD340 bilion.
Legasi Dr. Mahathir sebenarnya banyak mendatangkan masalah kepada penggantinya. Kedua-dua penggantinya terpaksa memulihkan banyak gajah putih yang dicipta pada zaman Mahathir berkuasa.
Contoh terbaik ialah syarikat kroni LRT telah menjadi bankrap menyebabkan Abdullah dan Najib terpaksa meletakkan kedua-dua syarikat LRT tersebut di bawah RAPID Khazanah.
Itulah yang dapat dilihat menerusi dokumen-dokumen yang didedahkan ini membabitkan ERL.
RM97 pengunaan sehala ERL dari KL Sentral to KLIA dalam masa 3 tahun dan RM126 dalam masa 8 tahun
RPK mendedahkan Mahathir dengan sendirinya mengarah Malaysia Airports membayar dari sebahagian pengunaan International dan Domestic "airport tax" dikutip dari setiap pengguna - sama ada menggunakan atau tidak perkhidmatan ERL. Saya ingat hanya pengguna International tetapi melibatkan juga pengguna domestic!
Teruknya, perjanjian konsesi ini ditandatangani oleh MAHB mengikut keperluan ERL. ERL menjangka hasil keuntungan lebih dari RM 1 billion setahun dan RM 2.5 billion pada tahun 2027. Memandangkan pembinaan ERL berjumlah RM 2.4 billion dan YTL sudah mengaut keuntungan dari pembinaan adakah keuntungan yang dibuat melalui perjanjian konsesi ini sebenarnya menguntungkan YTL (kroni Tun) dan membebankan kerajaan dan rakyat pada hari ini!






