KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRK TELUK INTAN

Saturday 31 May 2014 | 3 comments

Keputusan undi PDM Ladang Selaba...

BN - 220 undi
DAP - 156 undi
Rosak - 17 undi
Majoriti - 64 undi

KEPUTUSAN AWAL SELEPAS PUSAT MENGUNDI DITUTUP.

____________________________________

N.56 CHANGKAT JONG
PDM KG BANJAR
PUSAT MENGUNDI SK TEBOK BANJAR

SAL 1: BN: 148, DAP: 116, ROSAK: 5
SAL 2: BN: 200, DAP: 248, ROSAK: 6
SAL 3: BN: 188, DAP: 222, ROSAK: 2
SAL 4: BN: 123, DAP: 196, ROSAK: 3
SAL 5: BN: 135 , DAP: 199, ROSAK: 1

Keputusan
BN    : 794
DAP : 981
Maj:- Dap 187
Pru 13 :- 484
Undi rosak 17.

_____________________________________

Keputusan ldg sussex

Bn 147
Dap 63
Rosak 7
Majoriti 84

_____________________________________

Keputusan Kg Sg Samak

BN 486
DAP 186
Rosak 6
Majoriti 300

_____________________________________

N.56 CHANGKAT JONG
PDM KG SELABAK
KEPUTUSAN AWAL/TIDAK RASMI

SALURAN 1
BN - 235
DAP - 39
ROSAK - 6

SALURAN 2
BN - 334
DAP - 102
ROSAK - 13

SALURAN 3  =
BN - 296
DAP - 86
ROSAK - 3

SALURAN 4 =
BN - 266
DAP -74
ROSAK - 0

RUMUSAN KESELURUHAN.
BN - 1131
DAP - 304
ROSAK - 22
MAJORITI - BN 805#

TURN OUT = 1457 (75.5%)

_____________________________________

N.55 PASIR BEDAMAR
PDM KAMPONG GURU
PUSAT UNDI : SEK,KEB,PEREMPUAN METHODIST JALAN CHANGKAT JONG TELUK INTAN

SALURAN 1 : DAP (119)         BN (88) ROSAK (8)
SALURAN 2 : DAP(212)          BN (161) ROSAK (4)
SALURAN 3 : DAP (207)         BN (123) ROSAK (2)
SALURAN 4 : DAP (217)         BN (79)
JUMLAH  : DAP (755)            BN (451)
MAJORITI : MENANG DAP (304)
JUMLAH ROSAK :  14  UNDI

_____________________________________

N.56 CHANGKAT JONG

PDM NOVA SCOTIA

KEPUTUSAN TIDAK RASMI :-

SAL 1 : BN: 132, DAP: 94, UNDI ROSAK : 9.

MAJORITI : 38

_____________________________________

N.55 PASIR BEDAMAR
PDM JLN SPEEDY
PUSAT MENGUNDI SMK SAINT ANTHONY, TELUK INTAN.

SAL 1: 208
(BN:90,DAP: 118 )

SAL 2: 254
(BN: 93, DAP: 161)

SAL 3: 223
(BN: 73,  DAP: 150 )

BN      -256
DAP    -429
Rosak -2

Jum    - 687.

_____________________________________

PDM Jalan Canal
S1 DAP 116  BN 98 Rosak 7
S2 DAP 219 BN 139 Rosak 6
S3 DAP 173 BN 130  Rosak 1
   BN : 367
   DAP : 508
   Rosak : 14
   Majoriti : -141
   PRU 13 : -322

_____________________________________

PDM Ulu Bernam
BN 388
DAP 122
Rosak 17
Majoriti BN 266#

_____________________________________

Pusat Mengundi - SK  DATO LAKSAMANA RAJA MAHKOTA , JLN M/ LELA, TELUK INTAN.
5 saluran

Laporan penutup tdk rasmi

Saluran 1
BN  - 164
DAP- 70
rosak - 11

Saluran  2
BN  -285
DAP-228

Saluran 3
BN  -253
DAP-228

Saluran 4
BN  -228
DAP-192

Saluran 5
BN  -198
DAP-201
Rosak - 2

BN - 1128
DAP - 919
majoriti - 201

_____________________________________

PDM TAMAN CICELY
Keputusan tidak rasmi
SALURAN 1
BN : 112
DAP : 88
ROSAK : 7

SALURAN 2
BN : 201
DAP : 184
ROSAK : 9

SALURAN 3
BN : 194
DAP : 211
ROSAK : 8

SALURAN 4
BN : 157
DAP : 211
ROSAK : -

SALURAN 5
BN : 130
DAP : 206
ROSAK : 2

SALURAN 6
BN : 141
DAP : 192
ROSAK : -

Jumlah undi
BN : 935
DAP : 1092
Rosak : 26
Majoriti : - 157
Turn out : 2,082 ( 65.47%)

Peraih Undi PAS Terpaksa Guna Kangkung Untuk Tolak BN di Teluk Intan


Terdesak demi mendapatkan undi daripada Melayu, saki-baki peraih undi PAS yang berkampung di PDM Batak Rabit, peraih-peraih undi dari PAS menggunakan KANGKUNG sebagai daya penarik untuk pengundi-pengundi Melayu mengundi DAP.

Taktik provokasi sudah mula kelihatan di kawasan-kawasan PDM bermajoriti Melayu. Selain daripada PAS, PKR turut menghantar SAMM pimpinan Chegu Bard untuk melakukan provokasi bagi memudahkan DAP mengaut undi sebanyak-banyaknya daripada orang Melayu.

Jam 3:07 petang tadi, sekumpulan ahli SAMM datang ke barung PR menyanyikan lagu-lagu provokasi UMNO bertujuan untuk menaikkan kemarahan dan seterusnya mencetuskan pergaduhan dengan para penyokong Barisan Nasional di barung BN yang berada tidak jauh dari barung Pakatan Rakyat itu.

UPDATE PRK TELUK INTAN: Pergaduhan Tercetus, Bas DAP Dari Pahang Bawa Pengundi Hantu

Satu pergaduhan dilaporkan telah berlaku di PDM Eastern Garden yang bermajoritikan Cina apabila sebuah bas yang membawa pengundi-pengundi dari Pahang dan dikesan bukan orang tempatan tetapi beralamat di Teluk Intan, tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Convent Eastern Garden.

Hampir kesemua pengundi berusia lebih 50-an. Dan kesemua pengundi di dalam bas tersebut memakai sticker Roket di baju.

Menariknya, kebanyakan daripada pengundi berkenaan, LANGSUNG TIDAK TAHU BERBAHASA MELAYU atau memahami sebarang arahan dalam BAHASA MELAYU. Mereka juga tercangak-cangak dan bergerak dalam kumpulan bagaikan kambing yang sedang digembalakan.


Beberapa pertanyaan tidak dapat dijawab. Malah para pengundi tersebut dikawal oleh dua orang yang cuba bertindak ganas apabila kumpulan pengundi 'Dari Pahang' itu dihampiri.

PRESIDEN PAS JATUH SAKIT DAN SEKARANG BERADA DI HOSPITAL DI ISTANBUL, TURKI!

Friday 30 May 2014 | 6 comments

SEMOGA DIPERMUDAHKAN!

DAP Terpaksa Guna Gambar Siti Nurhaliza Untuk Brla DYANA SOFYA

DAP sudah semakin terdesak apabila kenyataan Dyana Sofya yang sebenarnya mengutarakan pandangan dan cita-cita DAP mahu menghapuskan Rejimen Askar Melayu Diraja, tersebar dan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

DAP menerusi Kua Kia Song pernah menimbulkan polemik mempersoalkan kewujudan RAMD. Begitu juga dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy turut mempersoalkan kewujudan RAMD.

Sedar dengan keadaan itu, para pecacai Pakatan Rakyat mencari-cari bukti bahawa Dyana Sofya tidak memusuhi RAMD dan akhirnya menemui sekeping gambar yang kemudiannya dikatakan gambar Dyana Sofya.

Malangnya gambar yang digunakan itu adalah gambar Dato Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor yang pernah menganggotai Askar Wataniah.

MUDAH SAJA... Nafikan dan Kata Ianya Berita Palsu Lepas Viral

Wednesday 28 May 2014 | 1 comments

DAP semakin melampau dalam perang siber dan propaganda untuk pilihanraya.

Kaedah yang digunakan adalah dengan mencipta provokasi dan kemudian apabila orang awam meluahkan kemarahan dan tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, satu pengumuman akan dibuat iaitu menafikan provokasi itu dari DAP sebaliknya menuding kepada UMNO dan Barisan Nasional yang diketahui bebal dan lembap.

Pagi tadi satu kenyataan telah dikeluarkan atas nama Dyana Sofya mempertikaikan tentang kewujudan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Pertikaian tersebut bukanlah sesuatu yang baru kepada DAP memandangkan DAP memang mempertikaika  kewujudan RAMD semenjak dari awal penubuhan parti tersebut. Penafian Dyana sebenarnya hanya memperlihatkan sisi pembohongannya yang sudah melekat kukuh pada paras wajah dan perilakunya.

Ia samalah apabila DAP cuba menafikan mereka mahu menghapuskan Melayu, Bumiputera dan Islam dari Malaysia sedangkan hakikatnya konsep perjuangan DAP adalah MALAYSIAN MALAYSIA yang meniadakan Melayu, Bumiputera dan Islam.

Apa lagi pembohongan yang akan digunakan oleh DAP?

Buat dulu kemudian nafi...

DYMM SULTAN PERAK MANGKAT!


Dengan dukcitanya adalah dimaklumkan bahawa Al marhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah telah mangkat sebentar tadi.


Sekian.


28hb Mei,2014
1.38pm

Berapa JUMLAH BAYARAN Yang Diterima Ibu Dyana Sofya Untuk Isytihar Keluar dari PERKASA?

Tuesday 27 May 2014 | 10 comments


PERKASA merupakan badan yang cukup dibenci oleh DAP dan pertubuhan-pertubuhan serta persatuan-persatuan Cina kerana kononnya ekstremis Melayu dan mahu menghapuskan Cina di Tanah Melayu. Mana-mana pihak yang dikaitkan dengan PERKASA akan diboikot oleh Cina termasuklah UMNO dan Barisan Nasional menyaksikan kebanyakan calon-calon Barisan Nasional dari parti-parti komponen di Semenanjung kalah dengan majoriti besar pada PRU-13 lalu.

Dyana Sofya sebelum ini memberitahu bahawa dia dan ibunya tidak pernah menjadi ahli PERKASA. Bagaimanapun, pendedahan membuktikan sebaliknya. Bahkan Dyana Sofya sendiri berjaya belajar di UiTM dengan bantuan Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah UiTM. Ibrahim Ali dan ibunya, Yammy Daud difahamkan mempunyai hubungan 'istimewa' dan sangat akrab.


Bukti-bukti juga menunjukkan Dyana Sofya terlibat secara aktif dalam PERKASA sehinggalah dia menyertai DAP dan menjadi pembantu khas Lim Kit Siang.

Apabila pendedahan tersebut menelanjangkan pembohongan Dyana Sofya yang diarahkan untuk berbuat begitu bagi menyelamatkan undi-undi Cina kepada DAP, calon DAP Teluk Intan itu cuba pula untuk menipu dengan memberitahu, DIA TIDAK PASTI ibunya masih ahli PERKASA atau sebaliknya.

Hari ini, Yammy Daud yang cukup terkenal dengan pelbagai projek dan oportunis yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi wang, mengisytiharkan keluar dari PERKASA bagi mengurangkan tekanan ke atas anaknya.


Berapa banyakkah bayaran yang diterima oleh Yammy Daud, ibu Dyana Sofya untuk membuat pengisytiharan keluar dari PERKASA kali ini?

Yammy Daud tidak akan berbuat begitu kalau tidak didorong oleh motif kewangan!

Ceramah Pakatan Sudah Mula Tumpu India dan Melayu

Monday 26 May 2014 | 1 comments

Pakatan Rakyat mula menumpukan perhatian bagi kerja-kerja kempen dan ceramah di Teluk Intan selepas berakhirnya PRK Bukit Gelugor.

Sebelum ini, Pakatan khususnya DAP hanya menumpukan kepada pengundi Cina di kawasan bandar dan selepas yakin pengundi Cina Teluk Intan secara solid menyokong dan akan mengundi DAP, parti berkenaan memulakan kempen secara giat dengan bantuan PAS dan PKR di kawasan PDM Melayu dan India. 

Hari ini 26 MEI 2014, pada jam 9:15 malam, berlangsung ceramah politik DAP di Taman Desa Aman, Batu 6, Jalan Maharajalela, PDM Nova Scotia.

Hadir lebih kurang 180 orang termasuk Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah.

Secara purata pecahan hadirin adalah seperti berikut: India 60%.Melayu 35% dan Cina 5%.

Difahamkan Anwar Ibrahim dan Hadi Awang hadir tetapi jumlah hadirin tidak meningkat sebagaimana yang diharapkan.

(EDISI UPDATE) LANGGAR DAN BUNUH ANGGOTA POLIS: Penjenayah Bakar Kereta!

Barangkali sedar yang mereka kini jadi buruan dan kenderaan yang digunakan untuk membunuh seorang anggota polis dari Unit Peronda Balai Polis Batu Kurau dan mencedera parahkan seorang anggota yang lain, penjenayah-penjenayah berkenaan bertindak memusnahkan bahan bukti.

Kenderaan yang digunakan untuk membunuh salah seorang anggota polis tersebut, telah ditemui sedang terbakar di Lunas menghala ke aras utara atau lebih tepat lagi dalam kebun pisang.

Dalam kejadian tersebut, penjenayah-penjenayah telah mencuri sebuah kereta jenis Toyota Wish bernombor pendaftaran WRV 5308 dan menyamun sebuah van rokok. Dua orang anggota polis yang mendapat berita berkenaan telah berusaha mengejar dan menahan suspek. Bagaimanapun, mereka telah dilanggar dan salah seorang daripada anggota polis tersebut mati serta-merta di tempat kejadian.

Anggota polis yang terbunuh itu sepatutnya melangsungkan perkahwinannya beberapa hari sahaja lagi.

DUA ANGGOTA POLIS, Seorang Terbunuh dan Seorang Lagi Cedera Parah, Diserang Penjenayah di Parit Buntar


PDRM seringkali diserang dan difitnah oleh pelbagai pihak, khususnya DAP dan PKR kerana seringkali menggagalkan usaha mereka untuk memecahbelahkan perpaduan kaum serta mewujudkan ketidakstabilan di negara ini. Walaupun dari banyak segi, terutama dengan bantuan Pejabat Peguam Negara yang lemah selain hakim-hakim mahkamah yang sebahagian daripada merupakan penyokong tegar Pakatan Rakyat, namun semangat anggota-anggota PDRM tidak pernah menurun untuk memastikan rakyat Malaysia hidup aman damai dan sejahtera.

Pada ketika para peguam PKR dan DAP sibuk membela para penjenayah, anggota-anggota PDRM yang sentiasa difitnah oleh para penyokong PKR dan DAP itu pula, menggadaikan nyawa dengna hanya satu misi iaitu memastikan orang awam di Malaysia terhindar daripada natijah jenayah.

Itu yang berlaku kepada dua orang anggota polis di Parit Buntar apabila satu kes samun berlaku. Suspek merupakan tiga orang lelaki rakyat Malaysia dan menaiki sebuah kereta Toyota Wisha berwarna perak (silver) dengan nombor pendaftaran WRV 5308.

Kereta yang dinaiki ketiga-tiga suspek telah melanggar dua orang anggota polis yang sedang meronda dari Balai Polis Kuala Kurau. Perlanggaran tersebut telah menyebabkan menyebabkan salah seorang anggota polis tersebut meninggal dunia di tempat kejadian, manaka seorang lagi mengalami kecederaan parah.

Anggota polis yang terbunuh itu, sepatutnya melangsungkan perkahwinannya pada minggu hadapan.

Suspek-suspek bagaimanapun melarikan diri selepas membunuh anggota-anggota polis tersebut. Saksi-saksi memberitahu kereta berkenaan menghala ke arah Alor Pongsu.

Sesiapa yang melihat kenderaan tersebut, sila maklumkan kepada pihak berkuasa dengan sesegera mungkin.

ADUN DAP Dari Likas Diugut Lagi, Kali Ini Gambar dan Video Bogel Pula

Friday 23 May 2014 | 0 comments

16 Ogos 2013, Junz Wong atau nama sebenarnya Wong Hong Jun, ADUN Likas dari DAP telah membuat laporan polis setelah menerima sekeping nota berbaur ugutan berserta 50 keping wang kertas pengebumian tradisional kaum Cina sehari sebelum itu. Nota dan wang kertas tersebut telah dihantar ke Pejabat DAP di Bundusan pada jam 8:00 pagi dan hanya dibuat apabila dia tiba di pejabat tersebut pada jam 11:30 pagi.

19 Mei 2014, lebih kurang jam 10:00 pagi, Junz Wong menerima pautan video dan gambar di dalam Youtube melalui lama Facebook dari orang yang tidak dikenali. Video dan gambar tersebut dikatakan berunsur lucah di mana gambar dan video bogel yang diubahsuai daripada mukanya namun menggunakan badan orang lain.

Dalam nota di dalam Facebook, pengugut dikatakan memberitahu, gambar dan video tersebut akan dihantar kepada ahli-ahli keluarga serta rakan-rakannya serta orang awam sekiranya Junz Wong tidak memberikan wang sebanyak RM5,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Western Union atas nama Luis Mercado.

Hasil siasatan mendapati alamat penama berkenaan adalah di Bandar Makati, Filipina.

Junz Wong turut mengadu, dia turut diugut dengan perkara yang sama menerusi Facebook pada 22 Mei dan 23 Mei. Sekaligus mendorongnya untuk membuat laporan polis.

Agak aneh juga memandangkan ADUN Likas ini kerap benar menerima ugutan daripada orang yang tidak dikenali. Apa sebenarnya yang telah dilakukannya sehinggakan dia begitu terdedah kepada ugutan-ugutan tersebut.

Dalam nota yang dihantar oleh pengugut pada 16 Ogos 2013, pengugut menyatakan:

"Jalan anda ke masa depan, anda perlu lebih wang untuk berbelanja... Lebih ramai wanita muda... minuman... seks dll jadi ini adalah untuk anda". (RUJUK SINI)

Hangat di Teluk Intan, Tidak Sehangat Di Hadapan Ibu Pejabat PKR di Tropicana

Tuesday 20 May 2014 | 0 comments

Isu pemilihan dan proses pengundian Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih jauh daripada selesai. Walaupun Anwar Ibrahim yang sekarang ini melarikan diri ke Langkawi bersama-sama anggota keluarganya dengan menyewa tiga buah hotel mewah menggunakan nama seorang lelaki lain telah cuba menuduh UMNO dan PDRM terlibat, hakikatnya kebenaran yang terserlah ialah, yang samseng dan sentiasa tidak berpuas hati serta menimbulkan kekacauan itu adalah ahli-ahli PKR sendiri.



Terbaru, lebih kurang jam 8:15 malam tadi di pekarangan Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, 20 sehingga 30 orang ahli-ahli PKR yang dipercayai penyokong kepada Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang juga calon Timbalan Presiden PKR, telah memasang 11 banner yang mendesak agar Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR dan Azmin Ali, penyandang jawatan Timbalan Presiden dipecat dari parti. Turut didesak agar dipecat adalah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang dituduh sebagai talibarut UMNO.





Proses pemilihan dan pilihanraya PKR tercemar apabila beberapa penipuan dan penyelewengan khususnya melibatkan undi kepada Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin dikesan. Lebih 25 Cabang PKR di seluruh negara telah digantung dan sebahagian pula tidak diiktiraf.

Pelakon Utama 'TANAH KUBUR' Tak Datang Ke Teluk Intan Ke Untuk Bagi Sokongan Kepada DAP?

Ingat lagi gambar ini?

Pelakon drama bersiri 'TANAH KUBUR', Nasir Bilal Khan sebelum ini dikesan berada di Sungai Limau sewaktu PRK DUN Sungai Limau tidak lama dahulu untuk sama-sama berkempen bagi memastikan kemenangan calon PAS. Walau bagaimanapun, Nasir Bilal Khan yang berselindung di sebalik bendera dan lambang PAS, tidak berceramah atau terbabit secara langsung, namun kehadirannya dilihat sebagai daya penarik masyarakat Melayu khususnya kepada calon PAS pada waktu itu.

Pada PRU-13 yang lalu, ramai pelakon dan penyanyi, terutama sekali yang sudah tidak lagi menerima tawaran berlakon dan menyanyi, menceburkan diri ke dalam politik. Antara mereka termasuklah Hairy Othman dan Dayang Ku Intan serta Abby Abadi. Bagaimanapun, selepas PRU-13, mereka ditinggalkan dan tidak dipedulikan.

PAS sebelum ini giat mempopularkan undang-undang hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan. Bagaimanapun, PAS menerima tentangan kuat daripada DAP, malah DAP turut menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat. DAP turut mempertikaikan PAS serta menuduh PAS sengaja mahu mensabotaj peluang DAP menang dengan majoriti besar di kedua-dua PRK.

Di PRK Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan, tidak terkesan sehingga setakat ini mana-mana pelakon atau penyanyi suam-suam kuku yang datang berkempen untuk DAP.

Ustaz Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang, Keluarkan Fatwa Berhubung PRK Teluk Intan

Badrul Amin Bahron yang merupakan bekas warganegara Indonesia yang kemudian diberikan kerakyatan dan pendidikannya ditanggung oleh Kerajaan Sabah, sudah lama menyepikan diri selepas kes rumahtangganya terdedah, ekoran perceraiannya dengan isteri kedua bernama Ina Fiona selepas dia ditangkap khalwat dengan seorang wanita bernama Zati Iwani yang pada waktu itu berstatus isteri orang di dalam sebuah bilik hotel di Kuantan, Pahang pada tahun 2012.

Dia telah ditangkap oleh pegawai penguatkuasa bersama-sama dengan suami Zati Iwani pada jam 3:00 pagi. Alasan yang diberikannya ketika ditangkap ialah, dia sedang memberikan kaunseling. Bagi meraih simpati, Badrul Amin menyatakan dia telah dipukul, diterajang dan ditumbuk oleh suami Zati Iwani. Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati Badrul Amin tidak mengalami sebarang kecederaan mahupun lebam atau bengkak bagi membuktikan kata-katanya.

Ina Fiona diceraikan selepas wanita tersebut enggan berlakon bersama-sama Badrul Amin ketika ustaz PKR itu menghadirkan diri ke Mahkamah Syariah.

Selepas menceraikan Ina Fiona, Badrul Amin mengahwini Zati Iwani.

Badrul Amin yang turut terkenal sebagai penjilat tegar Anwar Ibrahim dan pernah melantik Anwar Ibrahim sebagai IMAM MAHDI, telah mengeluarkan fatwanya yang tersendiri berhubung PRK Teluk Intan dan PRK Bukit Gelugor. Seperti biasa, fatwanya itu sudah tentu berpihak kepada Pakatan Rakyat dengan beralasankan agama.

Calon BEBAS Bukit Gelugor Dilanggar Kereta Rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang di Hadapan Bangunan DUN Pulau Pinang

Jam 1:00 tengah hari tadi, Abu Backer Sidek, calon BEBAS P.51 Bukit Gelugor telah dilanggar oleh kereta rasmi yang membawa Lim Guan Eng di luar pintu pagar bangunan DUN Pulau Pinang dan kini calon BEBAS itu sedang diberikan rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Dalam perkembangan tersebut, Abu Backer yang berada di luar bangunan DUN Pulau Pinang dikatakan berhasrat untuk bersemuka dengan Lim Guan Eng sebaik-baik sahaja Sidang DUN Pulau Pinang berakhir.




Lebih kurang jam 2:00 petang, kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu bergerak ke pintu pagar bangunan DUN. Abu Backer yang berada di luar, terus meluru dan berusaha menahan kenderaan tersebut. Bagaimanapun beberapa anggota keselamatan yang berada di situ, segera menahan Abu Backer Sidek dan cuba menghalangnya daripada mengganggu laluan Ketua Menteri.

Abu Backer enggan berganjak. Pada ketika kereta yang membawa Lim Guan Eng itu melanggarnya, Abu Backer sempat diselamatkan oleh anggota-anggota keselamatan. Beberapa orang saksi menyatakan, Lim Guan Eng yang berada di dalam kereta, kemudiannya mengarahkan pemandunya meneruskan perjalanan dan langsung tidak menurunkan tingkap atau menjenguk Abu Backer. Wajahnya kelihatan selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.




Perlanggaran tersebut menyebabkan Abu Backer terlentang dan mengalami kecederaan. Sehingga jam 2:40 petang, Abu Backer masih terbaring di atas jalanraya itu. Hanya pada 2:30 petang sahaja, barulah Abu Backer dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk diberikan rawatan.

Penyokong PR Menyamar Pakai Baju 1Malaysia, Cantas Kain Rentang BN



Masalah ini berlaku setiap kali PRK atau PRU. Beberapa pasukan pencantas akan bertugas pada sepanjang tempoh berkempen meronda setiap kawasan yang diletakkan banner atau kain pemidang yang dirasakan menggugat kepercayaan penyokong mereka kepada pihak lawan.

Itu jugalah yang berlaku di Teluk Intan. Beberapa bidang kain rentang yang memperkatakan tentang GST dan SST serta bertulisan KAMI MAHU HUDUD, UMNO + PAS - DAP, menjadi sasaran yang paling laku untuk dicantas dan disabotaj.


Semalam, dua pasukan cantas yang masing-masing memakai baju T berwarna biru dan berlambang 1Malaysia, dipercayai pekerja dan penyokong Pakatan Rakyat yang sedang menyamar, menjalankan tugas-tugas mencantas.


Salah seorang daripada mereka dikesan di PDM Seri Setia, menaiki motosikal berwarna merah dengan nombor pendaftaran AHP 6774. Manakala seorang individu lain yang menaiki sebuah kereta Proton Putra bernombor pendaftaran PDV 906 telah pergi ke setiap bilik gerakan PDM Barisan Nasional di beberapa lokasi untuk merakam gambar.

Kedua-dua individu tersebut adalah MELAYU.


Sebab Jadi Calon DAP, Waktu Maghrib Pun Boleh Bantai Ceramah

Monday 19 May 2014 | 7 comments

Oleh kerana DAP menentang Islam, Melayu dan Bumiputera, segala 'peraturan' dan adat resam membabitkan Islam, Melayu dan Bumiputera ditentang habis-habisan oleh DAP. Tidak boleh dibuat secara terang-terangan, DAP melakukannya secara diam-diam.

Dalam budaya Melayu-Islam di Malaysia, waktu maghrib adalah waktu yang mewajibkan setiap orang berada dalam rumah. Tidak ada sebarang aktiviti berat-berat sepanjang tempoh dua jam itu.

Namun bagi DAP, apa sangatlah dengan waktu maghrib. Waktu maghrib bagi DAP bukanlah waktu yang perlu dihormati. Orang Islam yang biasanya menunggu-nunggu waktu Maghrib perlu diajar bahawa, menganuti DAP lebih penting daripada menunaikan solat Maghrib dan berjamaah sama ada dengan ahli keluarga mahupun dengan masyarakat setempat.

Justeru mendengar ceramah DAP adalah lebih penting daripada menunaikan fardu kifayah. Manakala waktu Isyak pula boleh dilewat-lewatkan kerana ceramah DAP lebih manfaat daripada menunaikan solat Isyak pada waktunya.

Pijak Bendera Barisan Nasional dan Kereta Diconteng Kerana Double-Park di Teluk Intan






Dia Melayu. Dia ahli PKR. Dia begitu bersemangat untuk memenangkan calon DAP yang merupakan rakan sekongkol PKR. Dia mahu mencetuskan provokasi agar pergaduhan berlaku dan nama baik DAP akan terangkat. Tanpa dia sedar, dia hanyalah Melayu yang dipergunakan untuk menjayakan misi DAP untuk jadi penguasa dan menghapuskan Artikel 152, Artikel 153 dan Artikel 159 Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengikut konsep MALAYSIA MALAYSIA yang dibawa oleh DAP. 


Di sebalik 'keseronokan' dan keterujaan para penyokong berpusu-pusu ke pusat penamaan calon, terdapat mereka yang cenderung untuk menyusahkan orang lain dan melanggar peraturan. Barangkali sokongan yang keterlaluan yang diberikan, membuatkan mereka berasa, mereka sudah cukup kebal daripada undang-undang dan tidak wajar dikenakan sebarang tindakan sekalipun menyusahkan orang lain, khususnya pengguna jalan raya. Hasilnya ialah, contengan pada badan kereta yang sudah tentu akan menyakitkan hati, dan besar kemungkinan boleh menyebabkan pergaduhan.


Dalam apa-apa juga acara politik yang berlangsung di negara ini, yang paling kuat menyertainya adalah orang Melayu. Kebanyakan pesara sektor awam, akhirnya akan menjadi penyokong Pakatan Rakyat kerana beranggapan, mereka lebih bijak, mereka lebih pandai dan mereka lebih berwawasan. Ruang serta waktu lapang diisi dengan kegiatan-kegiatan politik yang menurut tanggapan mereka, mereka adalah untuk perjuangan mendapatkan sebuah negara yang lebih berkebajikan walaupun sebenarnya, gelagat yang mereka tunjukkan boleh mencetuskan kerosakan yang lebih besar. 

Majoriti golongan ini adalah MELAYU!

Kalaupun ada Cina yang sangat ektrim dengan politik, golongan tersebut samalah seperti lelaki yang berpakaian dan berbasikal serba merah di bawah ini, meronda sekitar Jalan Sultan Abdullah, Teluk Intan sambil membawa bendera DAP yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai orang yang fikirannya cacat!



KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRK TELUK INTAN

Saturday 31 May 2014 · 3 comments

Keputusan undi PDM Ladang Selaba...

BN - 220 undi
DAP - 156 undi
Rosak - 17 undi
Majoriti - 64 undi

KEPUTUSAN AWAL SELEPAS PUSAT MENGUNDI DITUTUP.

____________________________________

N.56 CHANGKAT JONG
PDM KG BANJAR
PUSAT MENGUNDI SK TEBOK BANJAR

SAL 1: BN: 148, DAP: 116, ROSAK: 5
SAL 2: BN: 200, DAP: 248, ROSAK: 6
SAL 3: BN: 188, DAP: 222, ROSAK: 2
SAL 4: BN: 123, DAP: 196, ROSAK: 3
SAL 5: BN: 135 , DAP: 199, ROSAK: 1

Keputusan
BN    : 794
DAP : 981
Maj:- Dap 187
Pru 13 :- 484
Undi rosak 17.

_____________________________________

Keputusan ldg sussex

Bn 147
Dap 63
Rosak 7
Majoriti 84

_____________________________________

Keputusan Kg Sg Samak

BN 486
DAP 186
Rosak 6
Majoriti 300

_____________________________________

N.56 CHANGKAT JONG
PDM KG SELABAK
KEPUTUSAN AWAL/TIDAK RASMI

SALURAN 1
BN - 235
DAP - 39
ROSAK - 6

SALURAN 2
BN - 334
DAP - 102
ROSAK - 13

SALURAN 3  =
BN - 296
DAP - 86
ROSAK - 3

SALURAN 4 =
BN - 266
DAP -74
ROSAK - 0

RUMUSAN KESELURUHAN.
BN - 1131
DAP - 304
ROSAK - 22
MAJORITI - BN 805#

TURN OUT = 1457 (75.5%)

_____________________________________

N.55 PASIR BEDAMAR
PDM KAMPONG GURU
PUSAT UNDI : SEK,KEB,PEREMPUAN METHODIST JALAN CHANGKAT JONG TELUK INTAN

SALURAN 1 : DAP (119)         BN (88) ROSAK (8)
SALURAN 2 : DAP(212)          BN (161) ROSAK (4)
SALURAN 3 : DAP (207)         BN (123) ROSAK (2)
SALURAN 4 : DAP (217)         BN (79)
JUMLAH  : DAP (755)            BN (451)
MAJORITI : MENANG DAP (304)
JUMLAH ROSAK :  14  UNDI

_____________________________________

N.56 CHANGKAT JONG

PDM NOVA SCOTIA

KEPUTUSAN TIDAK RASMI :-

SAL 1 : BN: 132, DAP: 94, UNDI ROSAK : 9.

MAJORITI : 38

_____________________________________

N.55 PASIR BEDAMAR
PDM JLN SPEEDY
PUSAT MENGUNDI SMK SAINT ANTHONY, TELUK INTAN.

SAL 1: 208
(BN:90,DAP: 118 )

SAL 2: 254
(BN: 93, DAP: 161)

SAL 3: 223
(BN: 73,  DAP: 150 )

BN      -256
DAP    -429
Rosak -2

Jum    - 687.

_____________________________________

PDM Jalan Canal
S1 DAP 116  BN 98 Rosak 7
S2 DAP 219 BN 139 Rosak 6
S3 DAP 173 BN 130  Rosak 1
   BN : 367
   DAP : 508
   Rosak : 14
   Majoriti : -141
   PRU 13 : -322

_____________________________________

PDM Ulu Bernam
BN 388
DAP 122
Rosak 17
Majoriti BN 266#

_____________________________________

Pusat Mengundi - SK  DATO LAKSAMANA RAJA MAHKOTA , JLN M/ LELA, TELUK INTAN.
5 saluran

Laporan penutup tdk rasmi

Saluran 1
BN  - 164
DAP- 70
rosak - 11

Saluran  2
BN  -285
DAP-228

Saluran 3
BN  -253
DAP-228

Saluran 4
BN  -228
DAP-192

Saluran 5
BN  -198
DAP-201
Rosak - 2

BN - 1128
DAP - 919
majoriti - 201

_____________________________________

PDM TAMAN CICELY
Keputusan tidak rasmi
SALURAN 1
BN : 112
DAP : 88
ROSAK : 7

SALURAN 2
BN : 201
DAP : 184
ROSAK : 9

SALURAN 3
BN : 194
DAP : 211
ROSAK : 8

SALURAN 4
BN : 157
DAP : 211
ROSAK : -

SALURAN 5
BN : 130
DAP : 206
ROSAK : 2

SALURAN 6
BN : 141
DAP : 192
ROSAK : -

Jumlah undi
BN : 935
DAP : 1092
Rosak : 26
Majoriti : - 157
Turn out : 2,082 ( 65.47%)

Peraih Undi PAS Terpaksa Guna Kangkung Untuk Tolak BN di Teluk Intan

· 0 comments


Terdesak demi mendapatkan undi daripada Melayu, saki-baki peraih undi PAS yang berkampung di PDM Batak Rabit, peraih-peraih undi dari PAS menggunakan KANGKUNG sebagai daya penarik untuk pengundi-pengundi Melayu mengundi DAP.

Taktik provokasi sudah mula kelihatan di kawasan-kawasan PDM bermajoriti Melayu. Selain daripada PAS, PKR turut menghantar SAMM pimpinan Chegu Bard untuk melakukan provokasi bagi memudahkan DAP mengaut undi sebanyak-banyaknya daripada orang Melayu.

Jam 3:07 petang tadi, sekumpulan ahli SAMM datang ke barung PR menyanyikan lagu-lagu provokasi UMNO bertujuan untuk menaikkan kemarahan dan seterusnya mencetuskan pergaduhan dengan para penyokong Barisan Nasional di barung BN yang berada tidak jauh dari barung Pakatan Rakyat itu.

UPDATE PRK TELUK INTAN: Pergaduhan Tercetus, Bas DAP Dari Pahang Bawa Pengundi Hantu

· 0 comments

Satu pergaduhan dilaporkan telah berlaku di PDM Eastern Garden yang bermajoritikan Cina apabila sebuah bas yang membawa pengundi-pengundi dari Pahang dan dikesan bukan orang tempatan tetapi beralamat di Teluk Intan, tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Convent Eastern Garden.

Hampir kesemua pengundi berusia lebih 50-an. Dan kesemua pengundi di dalam bas tersebut memakai sticker Roket di baju.

Menariknya, kebanyakan daripada pengundi berkenaan, LANGSUNG TIDAK TAHU BERBAHASA MELAYU atau memahami sebarang arahan dalam BAHASA MELAYU. Mereka juga tercangak-cangak dan bergerak dalam kumpulan bagaikan kambing yang sedang digembalakan.


Beberapa pertanyaan tidak dapat dijawab. Malah para pengundi tersebut dikawal oleh dua orang yang cuba bertindak ganas apabila kumpulan pengundi 'Dari Pahang' itu dihampiri.

PRESIDEN PAS JATUH SAKIT DAN SEKARANG BERADA DI HOSPITAL DI ISTANBUL, TURKI!

Friday 30 May 2014 · 6 comments

SEMOGA DIPERMUDAHKAN!

DAP Terpaksa Guna Gambar Siti Nurhaliza Untuk Brla DYANA SOFYA

· 0 comments

DAP sudah semakin terdesak apabila kenyataan Dyana Sofya yang sebenarnya mengutarakan pandangan dan cita-cita DAP mahu menghapuskan Rejimen Askar Melayu Diraja, tersebar dan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

DAP menerusi Kua Kia Song pernah menimbulkan polemik mempersoalkan kewujudan RAMD. Begitu juga dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy turut mempersoalkan kewujudan RAMD.

Sedar dengan keadaan itu, para pecacai Pakatan Rakyat mencari-cari bukti bahawa Dyana Sofya tidak memusuhi RAMD dan akhirnya menemui sekeping gambar yang kemudiannya dikatakan gambar Dyana Sofya.

Malangnya gambar yang digunakan itu adalah gambar Dato Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor yang pernah menganggotai Askar Wataniah.

MUDAH SAJA... Nafikan dan Kata Ianya Berita Palsu Lepas Viral

Wednesday 28 May 2014 · 1 comments

DAP semakin melampau dalam perang siber dan propaganda untuk pilihanraya.

Kaedah yang digunakan adalah dengan mencipta provokasi dan kemudian apabila orang awam meluahkan kemarahan dan tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, satu pengumuman akan dibuat iaitu menafikan provokasi itu dari DAP sebaliknya menuding kepada UMNO dan Barisan Nasional yang diketahui bebal dan lembap.

Pagi tadi satu kenyataan telah dikeluarkan atas nama Dyana Sofya mempertikaikan tentang kewujudan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Pertikaian tersebut bukanlah sesuatu yang baru kepada DAP memandangkan DAP memang mempertikaika  kewujudan RAMD semenjak dari awal penubuhan parti tersebut. Penafian Dyana sebenarnya hanya memperlihatkan sisi pembohongannya yang sudah melekat kukuh pada paras wajah dan perilakunya.

Ia samalah apabila DAP cuba menafikan mereka mahu menghapuskan Melayu, Bumiputera dan Islam dari Malaysia sedangkan hakikatnya konsep perjuangan DAP adalah MALAYSIAN MALAYSIA yang meniadakan Melayu, Bumiputera dan Islam.

Apa lagi pembohongan yang akan digunakan oleh DAP?

Buat dulu kemudian nafi...

DYMM SULTAN PERAK MANGKAT!

· 0 comments


Dengan dukcitanya adalah dimaklumkan bahawa Al marhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah telah mangkat sebentar tadi.


Sekian.


28hb Mei,2014
1.38pm

Berapa JUMLAH BAYARAN Yang Diterima Ibu Dyana Sofya Untuk Isytihar Keluar dari PERKASA?

Tuesday 27 May 2014 · 10 comments


PERKASA merupakan badan yang cukup dibenci oleh DAP dan pertubuhan-pertubuhan serta persatuan-persatuan Cina kerana kononnya ekstremis Melayu dan mahu menghapuskan Cina di Tanah Melayu. Mana-mana pihak yang dikaitkan dengan PERKASA akan diboikot oleh Cina termasuklah UMNO dan Barisan Nasional menyaksikan kebanyakan calon-calon Barisan Nasional dari parti-parti komponen di Semenanjung kalah dengan majoriti besar pada PRU-13 lalu.

Dyana Sofya sebelum ini memberitahu bahawa dia dan ibunya tidak pernah menjadi ahli PERKASA. Bagaimanapun, pendedahan membuktikan sebaliknya. Bahkan Dyana Sofya sendiri berjaya belajar di UiTM dengan bantuan Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah UiTM. Ibrahim Ali dan ibunya, Yammy Daud difahamkan mempunyai hubungan 'istimewa' dan sangat akrab.


Bukti-bukti juga menunjukkan Dyana Sofya terlibat secara aktif dalam PERKASA sehinggalah dia menyertai DAP dan menjadi pembantu khas Lim Kit Siang.

Apabila pendedahan tersebut menelanjangkan pembohongan Dyana Sofya yang diarahkan untuk berbuat begitu bagi menyelamatkan undi-undi Cina kepada DAP, calon DAP Teluk Intan itu cuba pula untuk menipu dengan memberitahu, DIA TIDAK PASTI ibunya masih ahli PERKASA atau sebaliknya.

Hari ini, Yammy Daud yang cukup terkenal dengan pelbagai projek dan oportunis yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi wang, mengisytiharkan keluar dari PERKASA bagi mengurangkan tekanan ke atas anaknya.


Berapa banyakkah bayaran yang diterima oleh Yammy Daud, ibu Dyana Sofya untuk membuat pengisytiharan keluar dari PERKASA kali ini?

Yammy Daud tidak akan berbuat begitu kalau tidak didorong oleh motif kewangan!

Ceramah Pakatan Sudah Mula Tumpu India dan Melayu

Monday 26 May 2014 · 1 comments

Pakatan Rakyat mula menumpukan perhatian bagi kerja-kerja kempen dan ceramah di Teluk Intan selepas berakhirnya PRK Bukit Gelugor.

Sebelum ini, Pakatan khususnya DAP hanya menumpukan kepada pengundi Cina di kawasan bandar dan selepas yakin pengundi Cina Teluk Intan secara solid menyokong dan akan mengundi DAP, parti berkenaan memulakan kempen secara giat dengan bantuan PAS dan PKR di kawasan PDM Melayu dan India. 

Hari ini 26 MEI 2014, pada jam 9:15 malam, berlangsung ceramah politik DAP di Taman Desa Aman, Batu 6, Jalan Maharajalela, PDM Nova Scotia.

Hadir lebih kurang 180 orang termasuk Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah.

Secara purata pecahan hadirin adalah seperti berikut: India 60%.Melayu 35% dan Cina 5%.

Difahamkan Anwar Ibrahim dan Hadi Awang hadir tetapi jumlah hadirin tidak meningkat sebagaimana yang diharapkan.

(EDISI UPDATE) LANGGAR DAN BUNUH ANGGOTA POLIS: Penjenayah Bakar Kereta!

· 2 comments

Barangkali sedar yang mereka kini jadi buruan dan kenderaan yang digunakan untuk membunuh seorang anggota polis dari Unit Peronda Balai Polis Batu Kurau dan mencedera parahkan seorang anggota yang lain, penjenayah-penjenayah berkenaan bertindak memusnahkan bahan bukti.

Kenderaan yang digunakan untuk membunuh salah seorang anggota polis tersebut, telah ditemui sedang terbakar di Lunas menghala ke aras utara atau lebih tepat lagi dalam kebun pisang.

Dalam kejadian tersebut, penjenayah-penjenayah telah mencuri sebuah kereta jenis Toyota Wish bernombor pendaftaran WRV 5308 dan menyamun sebuah van rokok. Dua orang anggota polis yang mendapat berita berkenaan telah berusaha mengejar dan menahan suspek. Bagaimanapun, mereka telah dilanggar dan salah seorang daripada anggota polis tersebut mati serta-merta di tempat kejadian.

Anggota polis yang terbunuh itu sepatutnya melangsungkan perkahwinannya beberapa hari sahaja lagi.

DUA ANGGOTA POLIS, Seorang Terbunuh dan Seorang Lagi Cedera Parah, Diserang Penjenayah di Parit Buntar

· 8 comments


PDRM seringkali diserang dan difitnah oleh pelbagai pihak, khususnya DAP dan PKR kerana seringkali menggagalkan usaha mereka untuk memecahbelahkan perpaduan kaum serta mewujudkan ketidakstabilan di negara ini. Walaupun dari banyak segi, terutama dengan bantuan Pejabat Peguam Negara yang lemah selain hakim-hakim mahkamah yang sebahagian daripada merupakan penyokong tegar Pakatan Rakyat, namun semangat anggota-anggota PDRM tidak pernah menurun untuk memastikan rakyat Malaysia hidup aman damai dan sejahtera.

Pada ketika para peguam PKR dan DAP sibuk membela para penjenayah, anggota-anggota PDRM yang sentiasa difitnah oleh para penyokong PKR dan DAP itu pula, menggadaikan nyawa dengna hanya satu misi iaitu memastikan orang awam di Malaysia terhindar daripada natijah jenayah.

Itu yang berlaku kepada dua orang anggota polis di Parit Buntar apabila satu kes samun berlaku. Suspek merupakan tiga orang lelaki rakyat Malaysia dan menaiki sebuah kereta Toyota Wisha berwarna perak (silver) dengan nombor pendaftaran WRV 5308.

Kereta yang dinaiki ketiga-tiga suspek telah melanggar dua orang anggota polis yang sedang meronda dari Balai Polis Kuala Kurau. Perlanggaran tersebut telah menyebabkan menyebabkan salah seorang anggota polis tersebut meninggal dunia di tempat kejadian, manaka seorang lagi mengalami kecederaan parah.

Anggota polis yang terbunuh itu, sepatutnya melangsungkan perkahwinannya pada minggu hadapan.

Suspek-suspek bagaimanapun melarikan diri selepas membunuh anggota-anggota polis tersebut. Saksi-saksi memberitahu kereta berkenaan menghala ke arah Alor Pongsu.

Sesiapa yang melihat kenderaan tersebut, sila maklumkan kepada pihak berkuasa dengan sesegera mungkin.

ADUN DAP Dari Likas Diugut Lagi, Kali Ini Gambar dan Video Bogel Pula

Friday 23 May 2014 · 0 comments

16 Ogos 2013, Junz Wong atau nama sebenarnya Wong Hong Jun, ADUN Likas dari DAP telah membuat laporan polis setelah menerima sekeping nota berbaur ugutan berserta 50 keping wang kertas pengebumian tradisional kaum Cina sehari sebelum itu. Nota dan wang kertas tersebut telah dihantar ke Pejabat DAP di Bundusan pada jam 8:00 pagi dan hanya dibuat apabila dia tiba di pejabat tersebut pada jam 11:30 pagi.

19 Mei 2014, lebih kurang jam 10:00 pagi, Junz Wong menerima pautan video dan gambar di dalam Youtube melalui lama Facebook dari orang yang tidak dikenali. Video dan gambar tersebut dikatakan berunsur lucah di mana gambar dan video bogel yang diubahsuai daripada mukanya namun menggunakan badan orang lain.

Dalam nota di dalam Facebook, pengugut dikatakan memberitahu, gambar dan video tersebut akan dihantar kepada ahli-ahli keluarga serta rakan-rakannya serta orang awam sekiranya Junz Wong tidak memberikan wang sebanyak RM5,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Western Union atas nama Luis Mercado.

Hasil siasatan mendapati alamat penama berkenaan adalah di Bandar Makati, Filipina.

Junz Wong turut mengadu, dia turut diugut dengan perkara yang sama menerusi Facebook pada 22 Mei dan 23 Mei. Sekaligus mendorongnya untuk membuat laporan polis.

Agak aneh juga memandangkan ADUN Likas ini kerap benar menerima ugutan daripada orang yang tidak dikenali. Apa sebenarnya yang telah dilakukannya sehinggakan dia begitu terdedah kepada ugutan-ugutan tersebut.

Dalam nota yang dihantar oleh pengugut pada 16 Ogos 2013, pengugut menyatakan:

"Jalan anda ke masa depan, anda perlu lebih wang untuk berbelanja... Lebih ramai wanita muda... minuman... seks dll jadi ini adalah untuk anda". (RUJUK SINI)

Hangat di Teluk Intan, Tidak Sehangat Di Hadapan Ibu Pejabat PKR di Tropicana

Tuesday 20 May 2014 · 0 comments

Isu pemilihan dan proses pengundian Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih jauh daripada selesai. Walaupun Anwar Ibrahim yang sekarang ini melarikan diri ke Langkawi bersama-sama anggota keluarganya dengan menyewa tiga buah hotel mewah menggunakan nama seorang lelaki lain telah cuba menuduh UMNO dan PDRM terlibat, hakikatnya kebenaran yang terserlah ialah, yang samseng dan sentiasa tidak berpuas hati serta menimbulkan kekacauan itu adalah ahli-ahli PKR sendiri.



Terbaru, lebih kurang jam 8:15 malam tadi di pekarangan Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, 20 sehingga 30 orang ahli-ahli PKR yang dipercayai penyokong kepada Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang juga calon Timbalan Presiden PKR, telah memasang 11 banner yang mendesak agar Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR dan Azmin Ali, penyandang jawatan Timbalan Presiden dipecat dari parti. Turut didesak agar dipecat adalah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang dituduh sebagai talibarut UMNO.





Proses pemilihan dan pilihanraya PKR tercemar apabila beberapa penipuan dan penyelewengan khususnya melibatkan undi kepada Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin dikesan. Lebih 25 Cabang PKR di seluruh negara telah digantung dan sebahagian pula tidak diiktiraf.

Pelakon Utama 'TANAH KUBUR' Tak Datang Ke Teluk Intan Ke Untuk Bagi Sokongan Kepada DAP?

· 3 comments

Ingat lagi gambar ini?

Pelakon drama bersiri 'TANAH KUBUR', Nasir Bilal Khan sebelum ini dikesan berada di Sungai Limau sewaktu PRK DUN Sungai Limau tidak lama dahulu untuk sama-sama berkempen bagi memastikan kemenangan calon PAS. Walau bagaimanapun, Nasir Bilal Khan yang berselindung di sebalik bendera dan lambang PAS, tidak berceramah atau terbabit secara langsung, namun kehadirannya dilihat sebagai daya penarik masyarakat Melayu khususnya kepada calon PAS pada waktu itu.

Pada PRU-13 yang lalu, ramai pelakon dan penyanyi, terutama sekali yang sudah tidak lagi menerima tawaran berlakon dan menyanyi, menceburkan diri ke dalam politik. Antara mereka termasuklah Hairy Othman dan Dayang Ku Intan serta Abby Abadi. Bagaimanapun, selepas PRU-13, mereka ditinggalkan dan tidak dipedulikan.

PAS sebelum ini giat mempopularkan undang-undang hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan. Bagaimanapun, PAS menerima tentangan kuat daripada DAP, malah DAP turut menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat. DAP turut mempertikaikan PAS serta menuduh PAS sengaja mahu mensabotaj peluang DAP menang dengan majoriti besar di kedua-dua PRK.

Di PRK Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan, tidak terkesan sehingga setakat ini mana-mana pelakon atau penyanyi suam-suam kuku yang datang berkempen untuk DAP.

Ustaz Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang, Keluarkan Fatwa Berhubung PRK Teluk Intan

· 4 comments

Badrul Amin Bahron yang merupakan bekas warganegara Indonesia yang kemudian diberikan kerakyatan dan pendidikannya ditanggung oleh Kerajaan Sabah, sudah lama menyepikan diri selepas kes rumahtangganya terdedah, ekoran perceraiannya dengan isteri kedua bernama Ina Fiona selepas dia ditangkap khalwat dengan seorang wanita bernama Zati Iwani yang pada waktu itu berstatus isteri orang di dalam sebuah bilik hotel di Kuantan, Pahang pada tahun 2012.

Dia telah ditangkap oleh pegawai penguatkuasa bersama-sama dengan suami Zati Iwani pada jam 3:00 pagi. Alasan yang diberikannya ketika ditangkap ialah, dia sedang memberikan kaunseling. Bagi meraih simpati, Badrul Amin menyatakan dia telah dipukul, diterajang dan ditumbuk oleh suami Zati Iwani. Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati Badrul Amin tidak mengalami sebarang kecederaan mahupun lebam atau bengkak bagi membuktikan kata-katanya.

Ina Fiona diceraikan selepas wanita tersebut enggan berlakon bersama-sama Badrul Amin ketika ustaz PKR itu menghadirkan diri ke Mahkamah Syariah.

Selepas menceraikan Ina Fiona, Badrul Amin mengahwini Zati Iwani.

Badrul Amin yang turut terkenal sebagai penjilat tegar Anwar Ibrahim dan pernah melantik Anwar Ibrahim sebagai IMAM MAHDI, telah mengeluarkan fatwanya yang tersendiri berhubung PRK Teluk Intan dan PRK Bukit Gelugor. Seperti biasa, fatwanya itu sudah tentu berpihak kepada Pakatan Rakyat dengan beralasankan agama.

Calon BEBAS Bukit Gelugor Dilanggar Kereta Rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang di Hadapan Bangunan DUN Pulau Pinang

· 5 comments

Jam 1:00 tengah hari tadi, Abu Backer Sidek, calon BEBAS P.51 Bukit Gelugor telah dilanggar oleh kereta rasmi yang membawa Lim Guan Eng di luar pintu pagar bangunan DUN Pulau Pinang dan kini calon BEBAS itu sedang diberikan rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Dalam perkembangan tersebut, Abu Backer yang berada di luar bangunan DUN Pulau Pinang dikatakan berhasrat untuk bersemuka dengan Lim Guan Eng sebaik-baik sahaja Sidang DUN Pulau Pinang berakhir.




Lebih kurang jam 2:00 petang, kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu bergerak ke pintu pagar bangunan DUN. Abu Backer yang berada di luar, terus meluru dan berusaha menahan kenderaan tersebut. Bagaimanapun beberapa anggota keselamatan yang berada di situ, segera menahan Abu Backer Sidek dan cuba menghalangnya daripada mengganggu laluan Ketua Menteri.

Abu Backer enggan berganjak. Pada ketika kereta yang membawa Lim Guan Eng itu melanggarnya, Abu Backer sempat diselamatkan oleh anggota-anggota keselamatan. Beberapa orang saksi menyatakan, Lim Guan Eng yang berada di dalam kereta, kemudiannya mengarahkan pemandunya meneruskan perjalanan dan langsung tidak menurunkan tingkap atau menjenguk Abu Backer. Wajahnya kelihatan selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.




Perlanggaran tersebut menyebabkan Abu Backer terlentang dan mengalami kecederaan. Sehingga jam 2:40 petang, Abu Backer masih terbaring di atas jalanraya itu. Hanya pada 2:30 petang sahaja, barulah Abu Backer dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk diberikan rawatan.

Penyokong PR Menyamar Pakai Baju 1Malaysia, Cantas Kain Rentang BN

· 2 comments



Masalah ini berlaku setiap kali PRK atau PRU. Beberapa pasukan pencantas akan bertugas pada sepanjang tempoh berkempen meronda setiap kawasan yang diletakkan banner atau kain pemidang yang dirasakan menggugat kepercayaan penyokong mereka kepada pihak lawan.

Itu jugalah yang berlaku di Teluk Intan. Beberapa bidang kain rentang yang memperkatakan tentang GST dan SST serta bertulisan KAMI MAHU HUDUD, UMNO + PAS - DAP, menjadi sasaran yang paling laku untuk dicantas dan disabotaj.


Semalam, dua pasukan cantas yang masing-masing memakai baju T berwarna biru dan berlambang 1Malaysia, dipercayai pekerja dan penyokong Pakatan Rakyat yang sedang menyamar, menjalankan tugas-tugas mencantas.


Salah seorang daripada mereka dikesan di PDM Seri Setia, menaiki motosikal berwarna merah dengan nombor pendaftaran AHP 6774. Manakala seorang individu lain yang menaiki sebuah kereta Proton Putra bernombor pendaftaran PDV 906 telah pergi ke setiap bilik gerakan PDM Barisan Nasional di beberapa lokasi untuk merakam gambar.

Kedua-dua individu tersebut adalah MELAYU.


Sebab Jadi Calon DAP, Waktu Maghrib Pun Boleh Bantai Ceramah

Monday 19 May 2014 · 7 comments

Oleh kerana DAP menentang Islam, Melayu dan Bumiputera, segala 'peraturan' dan adat resam membabitkan Islam, Melayu dan Bumiputera ditentang habis-habisan oleh DAP. Tidak boleh dibuat secara terang-terangan, DAP melakukannya secara diam-diam.

Dalam budaya Melayu-Islam di Malaysia, waktu maghrib adalah waktu yang mewajibkan setiap orang berada dalam rumah. Tidak ada sebarang aktiviti berat-berat sepanjang tempoh dua jam itu.

Namun bagi DAP, apa sangatlah dengan waktu maghrib. Waktu maghrib bagi DAP bukanlah waktu yang perlu dihormati. Orang Islam yang biasanya menunggu-nunggu waktu Maghrib perlu diajar bahawa, menganuti DAP lebih penting daripada menunaikan solat Maghrib dan berjamaah sama ada dengan ahli keluarga mahupun dengan masyarakat setempat.

Justeru mendengar ceramah DAP adalah lebih penting daripada menunaikan fardu kifayah. Manakala waktu Isyak pula boleh dilewat-lewatkan kerana ceramah DAP lebih manfaat daripada menunaikan solat Isyak pada waktunya.

Pijak Bendera Barisan Nasional dan Kereta Diconteng Kerana Double-Park di Teluk Intan

· 0 comments






Dia Melayu. Dia ahli PKR. Dia begitu bersemangat untuk memenangkan calon DAP yang merupakan rakan sekongkol PKR. Dia mahu mencetuskan provokasi agar pergaduhan berlaku dan nama baik DAP akan terangkat. Tanpa dia sedar, dia hanyalah Melayu yang dipergunakan untuk menjayakan misi DAP untuk jadi penguasa dan menghapuskan Artikel 152, Artikel 153 dan Artikel 159 Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengikut konsep MALAYSIA MALAYSIA yang dibawa oleh DAP. 


Di sebalik 'keseronokan' dan keterujaan para penyokong berpusu-pusu ke pusat penamaan calon, terdapat mereka yang cenderung untuk menyusahkan orang lain dan melanggar peraturan. Barangkali sokongan yang keterlaluan yang diberikan, membuatkan mereka berasa, mereka sudah cukup kebal daripada undang-undang dan tidak wajar dikenakan sebarang tindakan sekalipun menyusahkan orang lain, khususnya pengguna jalan raya. Hasilnya ialah, contengan pada badan kereta yang sudah tentu akan menyakitkan hati, dan besar kemungkinan boleh menyebabkan pergaduhan.


Dalam apa-apa juga acara politik yang berlangsung di negara ini, yang paling kuat menyertainya adalah orang Melayu. Kebanyakan pesara sektor awam, akhirnya akan menjadi penyokong Pakatan Rakyat kerana beranggapan, mereka lebih bijak, mereka lebih pandai dan mereka lebih berwawasan. Ruang serta waktu lapang diisi dengan kegiatan-kegiatan politik yang menurut tanggapan mereka, mereka adalah untuk perjuangan mendapatkan sebuah negara yang lebih berkebajikan walaupun sebenarnya, gelagat yang mereka tunjukkan boleh mencetuskan kerosakan yang lebih besar. 

Majoriti golongan ini adalah MELAYU!

Kalaupun ada Cina yang sangat ektrim dengan politik, golongan tersebut samalah seperti lelaki yang berpakaian dan berbasikal serba merah di bawah ini, meronda sekitar Jalan Sultan Abdullah, Teluk Intan sambil membawa bendera DAP yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai orang yang fikirannya cacat!



 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks