RESTORAN MAKANAN KOREA di Pavilion Salahkan Imigresen Sebab Buat Operasi Tahan Pekerja Asing Haram Mereka

Tuesday, 2 May 2017 | 1 comments



Pada 28 April lalu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato' Sri Mustafar Ali sendiri mengetuai operasi penguatkuasaan dan menangani pekerja asing di sebuah restoran makanan Korea, Kyochon di Pavillion, Kuala Lumpur.

Hasilnya 28 orang pekerja warga asing dan seorang penyelia warga tempatan berjaya ditahan dalam Operasi Bersepadu membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Suruhanjaya Syaikat Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


Warganegara Malaysia yang bekerja di premis tersebut ditahan kerana melindungi pekerja warga asing. Manakala kesemua warga asing yang ditahan terdiri daripada 12 orang warga Bangladesh, 8 orang warga Filipina, 3 orang warga Myanmar, 2 orang warga Indonesia, 2 orang warga Nepal dan seoang warga Pakistan dengan pelbagai kesalahaan seperti gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah serta tamat tempoh.

Pemilik restoran tersebut kemudiannya mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook rasmi restoran tersebut di Malaysia dengan menyalahkan pihak berkuasa Malaysia kerana menahan pekerja-pekerja asing mereka. Antara tuduhan yang dilemparkan menerusi Facebook rasmi restoran berkenaan ialah, pihak berkuasa telah melayan secara kejam dan tidak berperikemanusiaan ke atas para pekerja mereka. Turut didakwa ialah, kesemua pekerja tersebut adalah sah, mempunyai permit kerja dan tidak seharusnya dilayan seperti penjenayah. (RUJUK SINI)


Pembohongan yang dilakukan oleh pemilik Restoran Kyochon itu dibidas oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato' Seri Mustafar Ali kerana gambaran situasi yang dipaparkan oleh pemilik restoran tersebut, langsung tidak berasas sebaliknya terlalu mementingkan diri sendiri tanpa sedikit pun hormat serta mematuhi undang-undang negara.

Pihak berkuasa tidak seharusnya dipersalahkan kerana menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang diperuntukkan. Sebaliknya pemilik restoran tersebut harus bersikap lebih matang dan sedar, yang mereka telah melakukan kesalahan dan sedia menerima akibat.



Restoran Kyochon cuba menyalahkan pihak berkuasa atas kesalahan meeka sendiri yang mengakibatkan pengunjung restoran mereka berhadapan dengan kesukaran. Dalam operasi yang dijalankan di pusat beli belah Pavilion itu, pihak pengurusan dan keselamatan mereka sendiri telah memperingatkan penyewa-penyewa premis supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan.

Sarang PATI di Lahad Datu Digempur, 35 Orang Ditahan Kerana Tiada Dokumen Pengenalan Diri Yang Sah

Monday, 10 April 2017 | 0 comments



Ada perubahan besar semenjak Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia bertukar. Semenjak bulan Ogos 2016 sehinggalah sekarang, Jabatan Imigresen Malaysia di bawah kepimpinan Ybhg Datuk Seri Haji Mustafar Haji Ali sudah berubah secara drastik terutama yang membabitkan operasi pembanterasan pendatang-pendatang asing tanpa izin serta operasi mengesan kad pengenalan palsu yang berleluasa di kalangan pendatang.

Awal pagi 8 April 2017, seramai 35 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah berjaya ditahan dalam Operasi Bersepadu yang melibatkan pegawai-pegawai serta anggota-anggota daripada IPD Lahad Datu, Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) dan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) di Kampung Panji, Lahad Datu.

Seramai 104 orang individu telah diperiksa dalam operasi tersebut yang bermula seawal jam 2:30 pagi.



Daripada jumlah yang diperiksa, seramai 35 orang PATI yang terdiri daripada 24 orang warga Filipina dan 11 orang warga Indonesia telah ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Operasi telah mensasarkan kawasan perumahan setinggan PATI dalam kawasan bandar yang sering menjadi tumpuan orang ramai.


Mereka yang ditahan telah dibawa ke IPD Lahad Datu untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Diharapkan operasi-operasi sebegini akan terus dipergiatkan selain kawalan ke atas pintu masuk sempadan diperketatkan bagi mengekang pencerobohan oleh PATI serta anasir-anasir subversif yang bertujuan merosakkan keharmonian dan kesejahteraan negara ini.


KAWAL PELAJAR NEGRO AFRIKA? Tidakkah Sudah Terlambat Kerana Kelemahan Imigresen dan Ketamakan IPTS Sendiri?

Monday, 28 December 2015 | 4 comments



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri mengesahkan dan mendedahkan tentang wanita-wanita Malaysia yang sanggup dikahwini oleh pelajar-pelajar dan orang Afrika, bagi membolehkan warga Afrika itu memperolehi kewarganegaraan, malah berniaga di negara ini. (RUJUK SINI)

Sudah banyak pendedahan dan pertanyaan dibuat berhubung status kebanyakan warga Afrika di negara ini. Alasan yang diberikan ialah, mereka adalah pelajar-pelajar asing di IPTS di negara ini.

Namun jikalau kita perhatikan dan amat-amati, kebanyakan daripada mereka langsung tidak mempunyai ciri-ciri sebagai pelajar. Malah dalam beberapa kes, termasuklah dua orang yang ditangkap melacur di Pulau Pinang baru-baru ini, dikatakan pelajar di IPTS di Lembah Kelang tetapi dikesan bergiat dalam tempoh yang agak lama.

Turut didedahkan ialah bagaimana 'pelajar-pelajar' Afrika tersebut dikatakan sepatutnya menghadiri kelas bahasa tetapi mereka tidak pernah berbuat begitu sebaliknya ada yang terlibat dengan dadah, blackmoney mahupun love scam yang telah mendatangkan kerugian beratus-ratus juta ringgit di kalangan rakyat Malaysia.

Apa yang sudah berlaku kepada penapisan di Imigresen?

Adakah cukup dengan hanya 'lesen' pas pelajar, maka mereka dilepaskan?


Atau kerana kegilaan mahu menarik pelancong dan pelajar-pelajar asing ke IPTS-IPTS di seluruh Malaysia, terutama sekali di Lembah Kelang, maka mereka dibenarkan bebas sebebas-bebasnya, dan kemudian menggunakan alasan 'kelemahan pentadbiran' untuk menghalalkan pula kelemahan dan kelalaian pengurusan Imigresen di negara ini?

Kalau kemasukan warga Afrika boleh bocor dan sekarang mengundang pelbagai masalah, hanya dengan beralasankan 'keuntungan' IPTS-IPTS tertentu, bagaimanakah agaknya Kementerian dan Jabatan-Jabatan tertentu yang berkaitan, mampu menangani masalah pendatang dan imigran yang cukup ramai di negara ini Persiaran Multimedia tempat di mana terdapatnya restoran Arab yang terletak tidak jauh dari Universiti Lim Kok Weng, dan perhatikan sahaja setiap warga Afrika yang melepak di situ.

Kemudian, buatlah rumusan sendiri sama ada mereka benar-benar pelajar asing seperti yang dikhabarkan atau mereka sebenarnya hanya berlesenkan pas pelajar untuk buat kerja lain!


MEMALUKAN!!! Jabatan Imigresen Enggan Uruskan PATI Yang Ditangkap Oleh PDRM Dengan Alasan Paling Bodoh!

Thursday, 28 May 2015 | 27 comments


Antara agensi penting yang memastikan keselamatan serta pembendungan jenayah yang dilakukan oleh warga asing adalah Imigresen. Imigresen merupakan pihak yang berada di setiap pintu masuk negara ini, mendokumentasi, mempunyai kuasa untuk membenarkan atau menghalang mana-mana orang asing daripada memasuki negara ini. Malah Imigresen juga memastikan warga asing di dalam negara ini, mempunyai dokumen pengenalan diri dan patuh kepada undang-undang di negara ini.

Bagaimanapun, dalam satu pendedahan, dilihat tiada kesungguhan daripada salah satu Jabatan Imigresen di negara ini untuk membendung PATI atau Pendatang Tanpa Izin.

Ianya berlaku di Sabah!



Berdasarkan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Sabah sendiri, ternyata jumlah tangkapan ke atas PATI yang dibuat oleh Imigresen, terlalu kecil jikalau dibandingkan dengan tangkapan PATI oleh PDRM di Sabah sahaja.

Lebih malang lagi ialah apabila jabatan berkenaan seperti tidak mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh PDRM dengan memberikan pelbagai alasan, termasuklah alasan standard, 'kurang kakitangan'.

Melihat kepada isi kandungan kenyataan tersebut, persepsi yang mungkin boleh ditimbulkan ialah ketiadaan kesungguhan dan keinginan untuk memikul amanah.

Bayangkanlah bagaimana jikalau sebuah jabatan penting seperti Imigresen, memindahkan tanggungjawab mereka kepada PDRM, enggan mengambil kes-kes PATI yang berjaya ditangkap dan ditahan oleh PDRM kerana kononnya ingin menghabiskan kertas siasatan Imigresen sendiri. Kemudian meminta agar PDRM menyelesaikan sendiri masalah PATI walaupun sebenarnya PDRM sekadar membantu Imigresen yang ternyata tidak cekap dan tidak mampu dalam segala hal.

Kalau sudah semuanya tidak boleh, mungkin juga elok jikalau IMIGRESEN DIMANSUHKAN atau ditempatkan di bawah PDRM. Apatah lagi jumlah tangkapan yang dibuat oleh PDRM, jauh lebih banyak dan lebih berkesan berbanding imigresen.


Malah dalam apa juga keadaan, di mana-mana sahaja, yang kelihatan bersungguh-sungguh menjaga negara adalah PDRM berbanding Imigresen yang operasi mereka cuma kelihatan dalam kaca televisyen seminggu sekali.

Sabah walaupun sama seperti negeri-negeri lain di Semenanjung dan Sarawak yang berhadapan dengan kerenah PATI, namun situasinya jauh lebih berbeza memandangkan Sabah kerap dijadikan 'pangkalan' PATI sehinggakan beberapa kes penculikan melibatkan warga asing berlaku di Sabah. Malah warga asing boleh dilihat di mana-mana sahaja di Sabah dalam kadar yang sangat mudah.

Menariknya, tidak sahaja di Sabah, di seluruh Malaysia, di mana-mana sahaja warga asing kelihatan begitu bebas berkampung, membiak dan mencipta komuniti mereka sendiri.

Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Jabatan Imigresen menjadikan PATI begitu mudah berada dalam negara ini sebagaimana yang kita dapat lihat sekarang?

APA KESUDAHAN DRAMA PEMBATALAN PASPORT ALVIN TAN? BATAL KEMUDIAN MAAFKAN MACAM HISHAMUDDIN RAIS JUGA KE?

Monday, 8 December 2014 | 5 comments


Sepatutnya hari ini Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Imigresen membatalkan pasport antarabangsa Alvin Tan, blogger lucah yang telah melarikan diri ke Amerika Syarikat kerana takut dengan tindakan undang-undang.

Selepas melarikan diri ke Amerika Syarikat, Alvin Tan dengan penuh lagak mengecam, mengutuk dan memaki hamun sesiapa sahaja yang disukainya terutama sekali Ketua Polis Negara, pemimpin UMNO dan Sultan-Sultan Melayu.

Dari semasa ke semasa pelbagai ugutan yang dibuat ke atas Alvin Tan, namun tidak satu pun yang benar-benar menakutkannya. Bahkan Alvin Tan terus mengejek-ngejek dan mencabar pihak berkuasa di negara ini agar mengambil tindakan ke atasnya.

Siapa yang berada di belakang Alvin Tan sehingga dia jadi begitu berani?

Semalam, Menteri Dalam Negeri kata, setidak-tidaknya hari ini tindakan membatalkan pasport Alvin Tan kerana sikap biadapnya dan perlanggaran undang-undang yang dilakukannya.


Hari ini, ramai yang menanti-nantikan tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Zahid Hamidi sendiri. Adakah kenyataan Zahid Hamidi sekadar satu kenyataan yang dibuat dalam keadaan marah atau KDN benar-benar mengambil keputusan membatalkan pasport antarabangsa Alvin Tan, sekaligus menjadikan Alvin Tan terpaksa memohon suaka politik dari Amerika Syarikat atau berpindah ke negara lain dengan pasport terhad keluaran negara Uncle Sam itu atau terpaksa pulang ke Malaysia.

Dan selepas pembatalan pasport antarabangsa Alvin Tan, apa pula tindakan susulan daripada KDN memandangkan Alvin Tan sudah tentu akan berusaha sedaya mungkin untuk tidak balik ke Malaysia bagi berhadapan dengan tindakan undang-undang?

Kita tunggu sahajalah kerana dalam bab ini pun, elemen-elemen drama dan teaternya pun agak kuat.

INDONESIA KUATKUASAKAN PERINTAH KARAMKAN KAPAL NELAYAN MALAYSIA BILA NAK KUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG IMIGRESEN KE ATAS PENDATANG INDONESIA PULA?

Thursday, 20 November 2014 | 27 comments

Dasar Jokowi untuk menjaga kepentingan negaranya, menyaksikan perintah mengaramkan kapal-kapal nelayan Malaysia yang memasuki perairan negara itu secara haram atau tidak disengajakan, pasti akan menimbulkan kejengkelan memandangkan Malaysia menampungkan belasan juta rakyat Indonesia di serata Malaysia sama ada sebagai pekerja halal atau pun pendatang haram.

Pentadbiran baru Presiden Indonesia merancang untuk mewujudkan pengawal-pengawal laut yang menjaga sempadan negara itu daripada dicerobohi oleh kapal-kapal dari negara jiran, terutama sekali kapal-kapal nelayan. Bagaimanapun, pada masa yang sama, pentadbiran baru Indonesia itu tidak pula mengulas berhubung kemasukan rakyat mereka secara haram ke wilayah-wilayah Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan di samping ada pula yang menjalankan aktiviti jenayah.

Melihat kepada kesungguhan pihak Indonesia menjaga sempadan mereka dan bersedia untuk mengambil tindakan keras ke atas penceroboh terutama nelayan-nelayan dari Malaysia, satu persoalan pula timbul.

Sehingga bila pihak berkuasa Imigresen Malaysia benar-benar hendak menjaga keselamatan dalam negara ini?

Apa yang Kerajaan Malaysia takut sangat untuk menyapu bersih pendatang-pendatang haram di negara ini? Apa yang susah sangat nak mencari pendatang-pendatang haram yang hidup berkelompok dan berlagak seperti maharaja seperti yang mereka lakukan di Cameron Highland?

Mengapa Kerajaan Malaysia terlalu berlembut dalam hal pendatang asing? Bukankah tindakan dan amalan pihak berkuasa Malaysia ini hanya akan menyusahkan negara ini pada kemudian hari?

Atau sebenarnya ada pihak-pihak atasan yang bertindak sebagai dalang kerana pemerdagangan manusia merupakan untung yang sangat besar?
Showing posts with label jabatan imigresen. Show all posts
Showing posts with label jabatan imigresen. Show all posts

RESTORAN MAKANAN KOREA di Pavilion Salahkan Imigresen Sebab Buat Operasi Tahan Pekerja Asing Haram Mereka

Tuesday, 2 May 2017 · 1 comments



Pada 28 April lalu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato' Sri Mustafar Ali sendiri mengetuai operasi penguatkuasaan dan menangani pekerja asing di sebuah restoran makanan Korea, Kyochon di Pavillion, Kuala Lumpur.

Hasilnya 28 orang pekerja warga asing dan seorang penyelia warga tempatan berjaya ditahan dalam Operasi Bersepadu membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Suruhanjaya Syaikat Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


Warganegara Malaysia yang bekerja di premis tersebut ditahan kerana melindungi pekerja warga asing. Manakala kesemua warga asing yang ditahan terdiri daripada 12 orang warga Bangladesh, 8 orang warga Filipina, 3 orang warga Myanmar, 2 orang warga Indonesia, 2 orang warga Nepal dan seoang warga Pakistan dengan pelbagai kesalahaan seperti gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah serta tamat tempoh.

Pemilik restoran tersebut kemudiannya mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook rasmi restoran tersebut di Malaysia dengan menyalahkan pihak berkuasa Malaysia kerana menahan pekerja-pekerja asing mereka. Antara tuduhan yang dilemparkan menerusi Facebook rasmi restoran berkenaan ialah, pihak berkuasa telah melayan secara kejam dan tidak berperikemanusiaan ke atas para pekerja mereka. Turut didakwa ialah, kesemua pekerja tersebut adalah sah, mempunyai permit kerja dan tidak seharusnya dilayan seperti penjenayah. (RUJUK SINI)


Pembohongan yang dilakukan oleh pemilik Restoran Kyochon itu dibidas oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato' Seri Mustafar Ali kerana gambaran situasi yang dipaparkan oleh pemilik restoran tersebut, langsung tidak berasas sebaliknya terlalu mementingkan diri sendiri tanpa sedikit pun hormat serta mematuhi undang-undang negara.

Pihak berkuasa tidak seharusnya dipersalahkan kerana menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang diperuntukkan. Sebaliknya pemilik restoran tersebut harus bersikap lebih matang dan sedar, yang mereka telah melakukan kesalahan dan sedia menerima akibat.



Restoran Kyochon cuba menyalahkan pihak berkuasa atas kesalahan meeka sendiri yang mengakibatkan pengunjung restoran mereka berhadapan dengan kesukaran. Dalam operasi yang dijalankan di pusat beli belah Pavilion itu, pihak pengurusan dan keselamatan mereka sendiri telah memperingatkan penyewa-penyewa premis supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan.

Sarang PATI di Lahad Datu Digempur, 35 Orang Ditahan Kerana Tiada Dokumen Pengenalan Diri Yang Sah

Monday, 10 April 2017 · 0 comments



Ada perubahan besar semenjak Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia bertukar. Semenjak bulan Ogos 2016 sehinggalah sekarang, Jabatan Imigresen Malaysia di bawah kepimpinan Ybhg Datuk Seri Haji Mustafar Haji Ali sudah berubah secara drastik terutama yang membabitkan operasi pembanterasan pendatang-pendatang asing tanpa izin serta operasi mengesan kad pengenalan palsu yang berleluasa di kalangan pendatang.

Awal pagi 8 April 2017, seramai 35 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah berjaya ditahan dalam Operasi Bersepadu yang melibatkan pegawai-pegawai serta anggota-anggota daripada IPD Lahad Datu, Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) dan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) di Kampung Panji, Lahad Datu.

Seramai 104 orang individu telah diperiksa dalam operasi tersebut yang bermula seawal jam 2:30 pagi.



Daripada jumlah yang diperiksa, seramai 35 orang PATI yang terdiri daripada 24 orang warga Filipina dan 11 orang warga Indonesia telah ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Operasi telah mensasarkan kawasan perumahan setinggan PATI dalam kawasan bandar yang sering menjadi tumpuan orang ramai.


Mereka yang ditahan telah dibawa ke IPD Lahad Datu untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Diharapkan operasi-operasi sebegini akan terus dipergiatkan selain kawalan ke atas pintu masuk sempadan diperketatkan bagi mengekang pencerobohan oleh PATI serta anasir-anasir subversif yang bertujuan merosakkan keharmonian dan kesejahteraan negara ini.


KAWAL PELAJAR NEGRO AFRIKA? Tidakkah Sudah Terlambat Kerana Kelemahan Imigresen dan Ketamakan IPTS Sendiri?

Monday, 28 December 2015 · 4 comments



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri mengesahkan dan mendedahkan tentang wanita-wanita Malaysia yang sanggup dikahwini oleh pelajar-pelajar dan orang Afrika, bagi membolehkan warga Afrika itu memperolehi kewarganegaraan, malah berniaga di negara ini. (RUJUK SINI)

Sudah banyak pendedahan dan pertanyaan dibuat berhubung status kebanyakan warga Afrika di negara ini. Alasan yang diberikan ialah, mereka adalah pelajar-pelajar asing di IPTS di negara ini.

Namun jikalau kita perhatikan dan amat-amati, kebanyakan daripada mereka langsung tidak mempunyai ciri-ciri sebagai pelajar. Malah dalam beberapa kes, termasuklah dua orang yang ditangkap melacur di Pulau Pinang baru-baru ini, dikatakan pelajar di IPTS di Lembah Kelang tetapi dikesan bergiat dalam tempoh yang agak lama.

Turut didedahkan ialah bagaimana 'pelajar-pelajar' Afrika tersebut dikatakan sepatutnya menghadiri kelas bahasa tetapi mereka tidak pernah berbuat begitu sebaliknya ada yang terlibat dengan dadah, blackmoney mahupun love scam yang telah mendatangkan kerugian beratus-ratus juta ringgit di kalangan rakyat Malaysia.

Apa yang sudah berlaku kepada penapisan di Imigresen?

Adakah cukup dengan hanya 'lesen' pas pelajar, maka mereka dilepaskan?


Atau kerana kegilaan mahu menarik pelancong dan pelajar-pelajar asing ke IPTS-IPTS di seluruh Malaysia, terutama sekali di Lembah Kelang, maka mereka dibenarkan bebas sebebas-bebasnya, dan kemudian menggunakan alasan 'kelemahan pentadbiran' untuk menghalalkan pula kelemahan dan kelalaian pengurusan Imigresen di negara ini?

Kalau kemasukan warga Afrika boleh bocor dan sekarang mengundang pelbagai masalah, hanya dengan beralasankan 'keuntungan' IPTS-IPTS tertentu, bagaimanakah agaknya Kementerian dan Jabatan-Jabatan tertentu yang berkaitan, mampu menangani masalah pendatang dan imigran yang cukup ramai di negara ini Persiaran Multimedia tempat di mana terdapatnya restoran Arab yang terletak tidak jauh dari Universiti Lim Kok Weng, dan perhatikan sahaja setiap warga Afrika yang melepak di situ.

Kemudian, buatlah rumusan sendiri sama ada mereka benar-benar pelajar asing seperti yang dikhabarkan atau mereka sebenarnya hanya berlesenkan pas pelajar untuk buat kerja lain!


MEMALUKAN!!! Jabatan Imigresen Enggan Uruskan PATI Yang Ditangkap Oleh PDRM Dengan Alasan Paling Bodoh!

Thursday, 28 May 2015 · 27 comments


Antara agensi penting yang memastikan keselamatan serta pembendungan jenayah yang dilakukan oleh warga asing adalah Imigresen. Imigresen merupakan pihak yang berada di setiap pintu masuk negara ini, mendokumentasi, mempunyai kuasa untuk membenarkan atau menghalang mana-mana orang asing daripada memasuki negara ini. Malah Imigresen juga memastikan warga asing di dalam negara ini, mempunyai dokumen pengenalan diri dan patuh kepada undang-undang di negara ini.

Bagaimanapun, dalam satu pendedahan, dilihat tiada kesungguhan daripada salah satu Jabatan Imigresen di negara ini untuk membendung PATI atau Pendatang Tanpa Izin.

Ianya berlaku di Sabah!



Berdasarkan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Sabah sendiri, ternyata jumlah tangkapan ke atas PATI yang dibuat oleh Imigresen, terlalu kecil jikalau dibandingkan dengan tangkapan PATI oleh PDRM di Sabah sahaja.

Lebih malang lagi ialah apabila jabatan berkenaan seperti tidak mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh PDRM dengan memberikan pelbagai alasan, termasuklah alasan standard, 'kurang kakitangan'.

Melihat kepada isi kandungan kenyataan tersebut, persepsi yang mungkin boleh ditimbulkan ialah ketiadaan kesungguhan dan keinginan untuk memikul amanah.

Bayangkanlah bagaimana jikalau sebuah jabatan penting seperti Imigresen, memindahkan tanggungjawab mereka kepada PDRM, enggan mengambil kes-kes PATI yang berjaya ditangkap dan ditahan oleh PDRM kerana kononnya ingin menghabiskan kertas siasatan Imigresen sendiri. Kemudian meminta agar PDRM menyelesaikan sendiri masalah PATI walaupun sebenarnya PDRM sekadar membantu Imigresen yang ternyata tidak cekap dan tidak mampu dalam segala hal.

Kalau sudah semuanya tidak boleh, mungkin juga elok jikalau IMIGRESEN DIMANSUHKAN atau ditempatkan di bawah PDRM. Apatah lagi jumlah tangkapan yang dibuat oleh PDRM, jauh lebih banyak dan lebih berkesan berbanding imigresen.


Malah dalam apa juga keadaan, di mana-mana sahaja, yang kelihatan bersungguh-sungguh menjaga negara adalah PDRM berbanding Imigresen yang operasi mereka cuma kelihatan dalam kaca televisyen seminggu sekali.

Sabah walaupun sama seperti negeri-negeri lain di Semenanjung dan Sarawak yang berhadapan dengan kerenah PATI, namun situasinya jauh lebih berbeza memandangkan Sabah kerap dijadikan 'pangkalan' PATI sehinggakan beberapa kes penculikan melibatkan warga asing berlaku di Sabah. Malah warga asing boleh dilihat di mana-mana sahaja di Sabah dalam kadar yang sangat mudah.

Menariknya, tidak sahaja di Sabah, di seluruh Malaysia, di mana-mana sahaja warga asing kelihatan begitu bebas berkampung, membiak dan mencipta komuniti mereka sendiri.

Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Jabatan Imigresen menjadikan PATI begitu mudah berada dalam negara ini sebagaimana yang kita dapat lihat sekarang?

APA KESUDAHAN DRAMA PEMBATALAN PASPORT ALVIN TAN? BATAL KEMUDIAN MAAFKAN MACAM HISHAMUDDIN RAIS JUGA KE?

Monday, 8 December 2014 · 5 comments


Sepatutnya hari ini Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Imigresen membatalkan pasport antarabangsa Alvin Tan, blogger lucah yang telah melarikan diri ke Amerika Syarikat kerana takut dengan tindakan undang-undang.

Selepas melarikan diri ke Amerika Syarikat, Alvin Tan dengan penuh lagak mengecam, mengutuk dan memaki hamun sesiapa sahaja yang disukainya terutama sekali Ketua Polis Negara, pemimpin UMNO dan Sultan-Sultan Melayu.

Dari semasa ke semasa pelbagai ugutan yang dibuat ke atas Alvin Tan, namun tidak satu pun yang benar-benar menakutkannya. Bahkan Alvin Tan terus mengejek-ngejek dan mencabar pihak berkuasa di negara ini agar mengambil tindakan ke atasnya.

Siapa yang berada di belakang Alvin Tan sehingga dia jadi begitu berani?

Semalam, Menteri Dalam Negeri kata, setidak-tidaknya hari ini tindakan membatalkan pasport Alvin Tan kerana sikap biadapnya dan perlanggaran undang-undang yang dilakukannya.


Hari ini, ramai yang menanti-nantikan tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Zahid Hamidi sendiri. Adakah kenyataan Zahid Hamidi sekadar satu kenyataan yang dibuat dalam keadaan marah atau KDN benar-benar mengambil keputusan membatalkan pasport antarabangsa Alvin Tan, sekaligus menjadikan Alvin Tan terpaksa memohon suaka politik dari Amerika Syarikat atau berpindah ke negara lain dengan pasport terhad keluaran negara Uncle Sam itu atau terpaksa pulang ke Malaysia.

Dan selepas pembatalan pasport antarabangsa Alvin Tan, apa pula tindakan susulan daripada KDN memandangkan Alvin Tan sudah tentu akan berusaha sedaya mungkin untuk tidak balik ke Malaysia bagi berhadapan dengan tindakan undang-undang?

Kita tunggu sahajalah kerana dalam bab ini pun, elemen-elemen drama dan teaternya pun agak kuat.

INDONESIA KUATKUASAKAN PERINTAH KARAMKAN KAPAL NELAYAN MALAYSIA BILA NAK KUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG IMIGRESEN KE ATAS PENDATANG INDONESIA PULA?

Thursday, 20 November 2014 · 27 comments

Dasar Jokowi untuk menjaga kepentingan negaranya, menyaksikan perintah mengaramkan kapal-kapal nelayan Malaysia yang memasuki perairan negara itu secara haram atau tidak disengajakan, pasti akan menimbulkan kejengkelan memandangkan Malaysia menampungkan belasan juta rakyat Indonesia di serata Malaysia sama ada sebagai pekerja halal atau pun pendatang haram.

Pentadbiran baru Presiden Indonesia merancang untuk mewujudkan pengawal-pengawal laut yang menjaga sempadan negara itu daripada dicerobohi oleh kapal-kapal dari negara jiran, terutama sekali kapal-kapal nelayan. Bagaimanapun, pada masa yang sama, pentadbiran baru Indonesia itu tidak pula mengulas berhubung kemasukan rakyat mereka secara haram ke wilayah-wilayah Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan di samping ada pula yang menjalankan aktiviti jenayah.

Melihat kepada kesungguhan pihak Indonesia menjaga sempadan mereka dan bersedia untuk mengambil tindakan keras ke atas penceroboh terutama nelayan-nelayan dari Malaysia, satu persoalan pula timbul.

Sehingga bila pihak berkuasa Imigresen Malaysia benar-benar hendak menjaga keselamatan dalam negara ini?

Apa yang Kerajaan Malaysia takut sangat untuk menyapu bersih pendatang-pendatang haram di negara ini? Apa yang susah sangat nak mencari pendatang-pendatang haram yang hidup berkelompok dan berlagak seperti maharaja seperti yang mereka lakukan di Cameron Highland?

Mengapa Kerajaan Malaysia terlalu berlembut dalam hal pendatang asing? Bukankah tindakan dan amalan pihak berkuasa Malaysia ini hanya akan menyusahkan negara ini pada kemudian hari?

Atau sebenarnya ada pihak-pihak atasan yang bertindak sebagai dalang kerana pemerdagangan manusia merupakan untung yang sangat besar?

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks