OPERASI JUDI KEMBALI MENGGANAS DI KOTA KINABALU

Wednesday, 21 January 2015 | 2 comments

Di sebalik ikrar Ketua Polis Negara untuk membersihkan negara ini daripada sindiket perjudian dan mesin-mesin judi, ada pihak yang langsung tidak gentar malah tanpa takut-takut meneruskan operasi haram tersebut secara terbuka atau pun berselindung di sebalik label PUSAT HIBURAN KELUARGA.

Malah janji KPN bahawa mana-mana daerah yang masih ada mesin judi, tindakan akan diambil ke atas OCPD dengan ditukarkan ke bahagian lain, juga tidak cukup kukuh untuk memastikan daerah masing-masing bebas daripada pusat-pusat judi haram.

Di Kota Kinabalu semalam, polis Daerah Kota Kinabalu dari Cawangan D7, IPK Sabah dan D7 IPD Kota Kinabalu telah berjaya membuat rampasan dan tangkapan di sebuah kedai runcit yang beralamat di No.30, Tingkat Bawah, Jalan Tugu, Kampung Air Kota Kinabalu Sabah kerana disyaki menjalankan kegiatan mesin perjudian haram.

Antara yang dirampas adalah 10 unit tablet berjenama ACER, 1 unit telefon bimbit jenama LENOVO, 1 unit WIFI jenama 'TM' dan wang tunai bernilai RM370.

Empat orang penjaga premis dan dua orang pelanggan turut ditangkap.

Beberapa nama turut menjadi perbualan termasuklah 'Poh Cai' yang bergerak bebas di Tawau dan mempunyai kaitan dengan sindiket perjudian. Malah kenderaannya, NINJA KING berwarna maroon berharga ratusan ribu ringgit, juga banyak diperkatakan di Tawau.

Sehingga setakat ini, 'Poh Cai' yang dikatakan Kepala Judi Tawau, dilihat bebas tanpa sebarang tindakan. Beberapa operasi 'yang gagal' juga telah dilakukan dan tidak lagi diteruskan walaupun orang ramai di Tawau melaporkan tentang pusat-pusat judi haram di bandar berkenaan.

ANEH DAN PELIK!!! Sebaik-baik Laporan SPRM 'Mengamuk', Serta-Merta Tempat Perjudian di Seluruh Sabah Ditutup!

Sunday, 26 October 2014 | 4 comments

Siapa tangan ghaib di belakang pusat-pusat perjudian haram yang sangat berleluasa di Sabah?

Ekoran pendedahan media massa tentang 'amukan' SPRM selepas beberapa orang pegawai SPRM sendiri ditangkap kerana disyaki terlibat dengan rasuah, suruhanjaya tersebut mula membongkar beberapa kegiatan rasuah yang membabitkan anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis.

Sebelum ini, di Kota Kinabalu sahaja terdapat lebih dari 80 pusat perjudian haram, bahkan hampir semua bandar-bandar besar di Sabah seperti Penampang, Tawau, Sandakan dan Keningau mempunyai antara 50 sehingga 60 pusat perjudian haram.

Namun selepas SPRM mengamuk, tiba-tiba sahaja pusat-pusat perjudian haram tersebut tutup dan seolah-olah telah bungkus!

Siapa sebenarnya yang menjadi dalang dan tangan ghaib di belakang pusat-pusat perjudian tersebut? Apakah tangan-tangan ghaib dan tok-tok dalang yang mungkin mempunyai pangkat besar dalam institusi penguatkuasaan undang-undang berasa terancam sekiranya, mereka akan menerima nasib yang sama seperti rakan-rakan mereka yang ditangkap kerana rasuah membabitkan balak, minyak diesel seludup dan sebagainya?

Apakah penutupan-penutupan tersebut sekadar satu tindakan berlakon, memandangkan maklumat juga memaklumkan bahawa pusat-pusat judi haram tersebut, masih beroperasi biarpun secara 'curi-curi'?

Selama ini, pendedahan membabitkan perjudian haram, pelacuran, pemerdagangan manusia, seludup diesel, penyeludupan barangan keperluan bersubsidi, pembalakan haram, perlombongan haram dan sebagainya, lebih banyak tertumpu di Semenanjung, manakala Sabah dan Sarawak seringkali 'diabaikan'.

Siapa sebenarnya yang menjadi dalang?

Isu seterusnya akan mendedahkan tentang modus operandi, gambar-gambar pusat perjudian haram yang mempunyai kaitan dengan 'dalang-dalang' berkenaan serta individu-individu yang bertindak sebagai pelindung kepada kegiatan-kegiatan haram berkenaan menerusi bukti-bukti bergambar.

Nantikan pendedahan selanjutnya.
Showing posts with label judi. Show all posts
Showing posts with label judi. Show all posts

OPERASI JUDI KEMBALI MENGGANAS DI KOTA KINABALU

Wednesday, 21 January 2015 · 2 comments

Di sebalik ikrar Ketua Polis Negara untuk membersihkan negara ini daripada sindiket perjudian dan mesin-mesin judi, ada pihak yang langsung tidak gentar malah tanpa takut-takut meneruskan operasi haram tersebut secara terbuka atau pun berselindung di sebalik label PUSAT HIBURAN KELUARGA.

Malah janji KPN bahawa mana-mana daerah yang masih ada mesin judi, tindakan akan diambil ke atas OCPD dengan ditukarkan ke bahagian lain, juga tidak cukup kukuh untuk memastikan daerah masing-masing bebas daripada pusat-pusat judi haram.

Di Kota Kinabalu semalam, polis Daerah Kota Kinabalu dari Cawangan D7, IPK Sabah dan D7 IPD Kota Kinabalu telah berjaya membuat rampasan dan tangkapan di sebuah kedai runcit yang beralamat di No.30, Tingkat Bawah, Jalan Tugu, Kampung Air Kota Kinabalu Sabah kerana disyaki menjalankan kegiatan mesin perjudian haram.

Antara yang dirampas adalah 10 unit tablet berjenama ACER, 1 unit telefon bimbit jenama LENOVO, 1 unit WIFI jenama 'TM' dan wang tunai bernilai RM370.

Empat orang penjaga premis dan dua orang pelanggan turut ditangkap.

Beberapa nama turut menjadi perbualan termasuklah 'Poh Cai' yang bergerak bebas di Tawau dan mempunyai kaitan dengan sindiket perjudian. Malah kenderaannya, NINJA KING berwarna maroon berharga ratusan ribu ringgit, juga banyak diperkatakan di Tawau.

Sehingga setakat ini, 'Poh Cai' yang dikatakan Kepala Judi Tawau, dilihat bebas tanpa sebarang tindakan. Beberapa operasi 'yang gagal' juga telah dilakukan dan tidak lagi diteruskan walaupun orang ramai di Tawau melaporkan tentang pusat-pusat judi haram di bandar berkenaan.

ANEH DAN PELIK!!! Sebaik-baik Laporan SPRM 'Mengamuk', Serta-Merta Tempat Perjudian di Seluruh Sabah Ditutup!

Sunday, 26 October 2014 · 4 comments

Siapa tangan ghaib di belakang pusat-pusat perjudian haram yang sangat berleluasa di Sabah?

Ekoran pendedahan media massa tentang 'amukan' SPRM selepas beberapa orang pegawai SPRM sendiri ditangkap kerana disyaki terlibat dengan rasuah, suruhanjaya tersebut mula membongkar beberapa kegiatan rasuah yang membabitkan anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis.

Sebelum ini, di Kota Kinabalu sahaja terdapat lebih dari 80 pusat perjudian haram, bahkan hampir semua bandar-bandar besar di Sabah seperti Penampang, Tawau, Sandakan dan Keningau mempunyai antara 50 sehingga 60 pusat perjudian haram.

Namun selepas SPRM mengamuk, tiba-tiba sahaja pusat-pusat perjudian haram tersebut tutup dan seolah-olah telah bungkus!

Siapa sebenarnya yang menjadi dalang dan tangan ghaib di belakang pusat-pusat perjudian tersebut? Apakah tangan-tangan ghaib dan tok-tok dalang yang mungkin mempunyai pangkat besar dalam institusi penguatkuasaan undang-undang berasa terancam sekiranya, mereka akan menerima nasib yang sama seperti rakan-rakan mereka yang ditangkap kerana rasuah membabitkan balak, minyak diesel seludup dan sebagainya?

Apakah penutupan-penutupan tersebut sekadar satu tindakan berlakon, memandangkan maklumat juga memaklumkan bahawa pusat-pusat judi haram tersebut, masih beroperasi biarpun secara 'curi-curi'?

Selama ini, pendedahan membabitkan perjudian haram, pelacuran, pemerdagangan manusia, seludup diesel, penyeludupan barangan keperluan bersubsidi, pembalakan haram, perlombongan haram dan sebagainya, lebih banyak tertumpu di Semenanjung, manakala Sabah dan Sarawak seringkali 'diabaikan'.

Siapa sebenarnya yang menjadi dalang?

Isu seterusnya akan mendedahkan tentang modus operandi, gambar-gambar pusat perjudian haram yang mempunyai kaitan dengan 'dalang-dalang' berkenaan serta individu-individu yang bertindak sebagai pelindung kepada kegiatan-kegiatan haram berkenaan menerusi bukti-bukti bergambar.

Nantikan pendedahan selanjutnya.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks