RUPA-RUPANYA ARAHAN DARI WAN AZIZAH, MESYUARAT AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT MAHU DIBUAT DI PENJARA DENGAN ANWAR IBRAHIM

Tuesday, 31 March 2015 | 4 comments

Penjara Sungai Buloh telah memberikan penegasan bahawa perjumpaan hanya pada hari Isnin, Rabu, Khamis / Ahad atau hari kelepasan am, Jumaat dan Sabtu. Perjumpaan pula hanya boleh dibuat membabitkan 5 orang dalam satu-satu masa selama 45 minit.

Bagaimanapun, PKR menerusi Wan Azizah telah membuktikan bagaimana tidak tegasnya Penjara Sungai Buloh mempertahankan polisi dan peraturan mereka sendiri apabila ianya melibatkan Anwar Ibrahim. Malah pada masa yang sama, turut membenarkan tentang tuduhan yang dilemparkan bahawa Penjara Sungai Buloh sedang berhadapan dengan pelbagai masalah kerana layanan istimewa yang diberikan kepada Anwar Ibrahim.


Hari ini hari Selasa. Dengan kata lain, tiada sebarang lawatan untuk banduan di Sungai Buloh hari ini.

Namun kenyataan yang diberikan oleh Presiden PKR yang penuh yakin, pertemuan dan mesyuarat antara para pemimpin atau lebih tepat lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan Anwar Ibrahim akan diadakan di Kompleks Penjara Sungai Buloh, membuktikan segala dakwaan yang dibuat ke atas Penjara Sungai Buloh berhubung layanan hebat kepada Anwar Ibrahim, adalah benar.

Kalau bukan kerana pendedahan dibuat lebih awal, barangkali tadi dengan bangganya, Wan Azizah mengumumkan kejayaan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertemu dan bermesyuarat dengan BANDUAN JENAYAH LIWAT bernama Anwar Ibrahim.



Walaupun ada yang mengatakan, Wan Azizah sengaja buat fitnah ke atas Penjara Sungai Buloh dan kemudian cuba pula menaikkan sentimen di kalangan para penyokong menjelang PRK Permatang Pauh, hakikatnya kehadiran ramai Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk bermesyuarat dengan Anwar Ibrahim tengah hari tadi, membuktikan sama ada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu memang benar-benar bodoh dan yakin Penjara Sungai Buloh akan berpihak kepada mereka, atau sebenarnya Penjara Sungai Buloh sudah terlalu lemah dan tidak lagi mampu untuk melaksanakan dan menegakkan undang-undang.

Kita boleh perhatikan sendiri bagaimana PKR bising kerana hanya tiga orang Ahli Parlimen Pakatan yang dibenarkan memasuki pejabat Pengarah Penjara Sungai Buloh manakala yang lain pula terpaksa berjemur di tengah panas.

Sama ada PKR cuba mencari publisiti murahan dengan cubaan mengacau ganggu perlaksanaan undang-undang atau sememangnya cuba meraih simpati, yang pasti selagi Anwar Ibrahim diberikan keistimewaan dan tidak dilayan seperti penjenayah dan banduan lain, perkara sebegini akan terus berlaku!


ANWAR BAKAL DITEMPATKAN DI SEL 'ISTIMEWANYA' KEMBALI SELEPAS PERTEMUAN AZMIN ALI DAN PENGARAH PENJARA SUNGAI BULOH

Friday, 27 February 2015 | 11 comments


25 Februari lalu, Azmin Ali telah melakukan lawatan ke atas Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh dengan menggunakan 'kabel' bernama DATO NARANDER SINGH, yang berjawatan Timbalan Komisioner Penjara. Sekaligus lawatan tersebut telah melanggar peraturan penjara yang menyatakan banduan baru hanya dibenarkan dilawati oleh ahli keluarga sekali dalam tempoh 4 minggu sahaja.

Anwar mula dimasukkan ke penjara pada 10 Februari 2015.

Azmin Ali bukanlah ahli keluarga Anwar Ibrahim dan lawatan oleh ahli keluarganya telah dibuat pada 13 Februari 2015. Sepatutnya sehingga 7 Mac, tiada sebarang lawatan lagi untuk Anwar Ibrahim.

Difahamkan, selepas pertemuan dengan Azmin Ali, Narander Singh bersetuju untuk menempatkan Anwar Ibrahim ke dalam sel 'istimewa' yang dikhaskan untuk pesakit yang menjadi tempat kediamannya sewaktu menjalani hukuman penjara 14 tahun kerana salahguna kuasa dan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya. Sel tersebut lebih luas dan lebih privasi manakala sel-sel biasa yang menempatkan Anwar Ibrahim sekarang berkeluasan 12 x 8 kaki.

Dalam sel 'istimewa' itu, Anwar akan dibekalkan dengan katil, kerusi, meja, televisyen, bahkan besar kemungkinan juga telefon bimbit sebagaimana yang diperolehinya dahulu. Sekaligus menepati sebagaimana yang didesak oleh para peguam dan ahli keluarganya.

Sedikit rentetan peristiwa yang agak menarik untuk diperhatikan dan dinilai membabitkan tindakan Pengarah Penjara Sungai Buloh selepas Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara itu.

Pada 24 Februari 2015,kakitangan penjara telah bersetuju lampu jalan di hadapan penjara dimatikan dan dawai berduri atau penghadang untuk peserta candle night vigil dianjakkan 5 meter ke hadapan dari tempat asal, menjadikan jarak lebih kurang 35 meter dari pintu pagar utama penjara. Sekaligus mewujudkan ruang yang sempit untuk peserta candle light vigil berhimpun.

25 Februari, Azmin Ali datang ke Penjara Sungai Buloh dan bermesyuarat dengan Pengarah Penjara Sungai Buloh.

Hari yang sama, iaitu pada sebelah malam, dawai berduri atau penghadang telah dianjakkan ke tempat asal iaitu 5 meter ke belakang dari jarak yang telah dipersetujui sehari sebelumnya. Sekaligus mewujudkan ruang yang lebih luas untuk para peserta nyalaan lilin berhimpun.

Ada beberapa isu yang membabitkan tindakan Pengarah Penjara Sungai Buloh ini yang boleh dipertikaikan, termasuklah pengurangan kawalan keselamatan di pos pengawal di mana di hadapan pos pengawal tersebut terdapat sebuah pondok yang membolehkan pihak keselamatan membuat pemantauan.

Awal tahun 2015, seorang penolong pengarah berbangsa Melayu telah ditukarkan kerana tidak sebulu dengan pengarah Penjara Sungai Buloh ini. Menurut cerita, Narander tidak membenarkan daging lembu dibawa masuk ke kawasan penjara. Penolong Pengarah tersebut pula seorang yang mesra dengan kakitangan dan sering mengadakan kenduri atau majlis makan-makan di surau penjara. 


Persoalannnya, apakah justifikasi yang dibuat oleh Narander Singh dalam memberikan keistimewaan dan membuka ruang sebesar-besarnya kepada para penyokong Anwar Ibrahim? Adakah dia akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini membabitkan rusuhan dan pecah masuk ke penjara tersebut menerusi tindakannya memberikan ruang itu kepada Anwar dan para penyokongnya?

Atau adakah ini merupakan salah satu daripada polisi Penjara Sungai Buloh yang mana Pengarahnya boleh berbuat sesuka hati dengan melanggar peraturan penjara semata-mata kerana salah seorang banduan di penjara tersebut adalah Anwar Ibrahim?

Apa hubungan Anwar Ibrahim dengan Pengarah Penjara Sungai Buloh sehingga mewujudkan hubungan yang cukup istimewa itu?

Ada mana-mana pihak yang boleh memberikan jawapan atau penafian terutama sekali berhubung layanan istimewa yang bakal diberikan kepada Anwar?

PENGARAH PENJARA SUNGAI BULOH PERLU BERIKAN JAWAPAN TERBARU EKORAN LAWATAN AZMIN ALI KE ATAS ANWAR IBRAHIM!

Wednesday, 25 February 2015 | 5 comments


Sebelum ini, Jabatan Penjara terutama sekali Penjara Sungai Buluh menafikan ada memberi layanan istimewa kepada Anwar Ibrahim. Diceritakan kepada awam bahawa Anwar Ibrahim dilayan sama seperti banduan-banduan yang lain.

Namun dari semasa ke semasa, maklumat yang didatangkan pula, amat bertentangn daripada realiti yang dikatakan oleh Penjara Sungai Buluh. Anwar Ibrahim dilihat menikmati keistimewaan yang tidak dinikmati oleh banduan-banduan lain.

Semuanya kerana alasan yang diberikan oleh PKR, parti yang diketua-umumkan oleh Anwar Ibrahim sendiri iaitu Anwar Ibrahim adalah TAHANAN POLITIK, bukannya BANDUAN JENAYAH walaupun sabit kesalahannya adalah JENAYAH LIWAT.

Difahamkan jam 8:00 pagi tadi, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor telah pergi ke Penjara Sungai Buluh. Azmin Ali dikatakan telah bertemu dengan Pengarah Penjara Sungai Buluh dan kemudiannya telah dibawa melawat Anwar Ibrahim.

Sumber menyatakan lawatan yang dibuat oleh Azmin Ali bukanlah lawatan rasmi sebaliknya hanya semata-mata untuk melawat BANDUAN BERNAMA ANWAR IBRAHIM.

Peraturan melawat banduan adalah jelas. Anwar Ibrahim sebagai banduan baru, hanya dibenarkan mendapatkan lawatan dari AHLI KELUARGA SAHAJA dalam tempoh 4 minggu selepas dimasukkan ke penjara.

Anwar Ibrahim baru sahaja masuk penjara selama 2 minggu. Dalam tempoh dua minggu itu, sudah beberapa lawatan dibuat ke atasnya, termasuklah dari kalangan peguam, mahupun dari kalangan ahli keluarganya.

Sepatutnya pihak penjara tidak melayan kedatangan Azmin kerana Azmin bukanlah dari kalangan orang yang boleh dipertimbangkan untuk melawat banduan seperti Anwar Ibrahim.

Persoalannya sekarang, adakah Anwar Ibrahim sudah dibenarkan menerima pelawat sekarang, sekaligus peraturan-peraturan penjara tidak terpakai lagi?

Atau sebenarnya, Pengarah Penjara Sungai Buluh adalah KUNCI UTAMANYA. Cukup dengan menggunakannya, lawatan ke atas Anwar dibenarkan tak kira siapa pun?

Mana Ketua Pengarah Penjara Malaysia? Anda perlu menjawab persoalan ini!!!


Showing posts with label penjara. Show all posts
Showing posts with label penjara. Show all posts

RUPA-RUPANYA ARAHAN DARI WAN AZIZAH, MESYUARAT AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT MAHU DIBUAT DI PENJARA DENGAN ANWAR IBRAHIM

Tuesday, 31 March 2015 · 4 comments

Penjara Sungai Buloh telah memberikan penegasan bahawa perjumpaan hanya pada hari Isnin, Rabu, Khamis / Ahad atau hari kelepasan am, Jumaat dan Sabtu. Perjumpaan pula hanya boleh dibuat membabitkan 5 orang dalam satu-satu masa selama 45 minit.

Bagaimanapun, PKR menerusi Wan Azizah telah membuktikan bagaimana tidak tegasnya Penjara Sungai Buloh mempertahankan polisi dan peraturan mereka sendiri apabila ianya melibatkan Anwar Ibrahim. Malah pada masa yang sama, turut membenarkan tentang tuduhan yang dilemparkan bahawa Penjara Sungai Buloh sedang berhadapan dengan pelbagai masalah kerana layanan istimewa yang diberikan kepada Anwar Ibrahim.


Hari ini hari Selasa. Dengan kata lain, tiada sebarang lawatan untuk banduan di Sungai Buloh hari ini.

Namun kenyataan yang diberikan oleh Presiden PKR yang penuh yakin, pertemuan dan mesyuarat antara para pemimpin atau lebih tepat lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan Anwar Ibrahim akan diadakan di Kompleks Penjara Sungai Buloh, membuktikan segala dakwaan yang dibuat ke atas Penjara Sungai Buloh berhubung layanan hebat kepada Anwar Ibrahim, adalah benar.

Kalau bukan kerana pendedahan dibuat lebih awal, barangkali tadi dengan bangganya, Wan Azizah mengumumkan kejayaan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertemu dan bermesyuarat dengan BANDUAN JENAYAH LIWAT bernama Anwar Ibrahim.



Walaupun ada yang mengatakan, Wan Azizah sengaja buat fitnah ke atas Penjara Sungai Buloh dan kemudian cuba pula menaikkan sentimen di kalangan para penyokong menjelang PRK Permatang Pauh, hakikatnya kehadiran ramai Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk bermesyuarat dengan Anwar Ibrahim tengah hari tadi, membuktikan sama ada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu memang benar-benar bodoh dan yakin Penjara Sungai Buloh akan berpihak kepada mereka, atau sebenarnya Penjara Sungai Buloh sudah terlalu lemah dan tidak lagi mampu untuk melaksanakan dan menegakkan undang-undang.

Kita boleh perhatikan sendiri bagaimana PKR bising kerana hanya tiga orang Ahli Parlimen Pakatan yang dibenarkan memasuki pejabat Pengarah Penjara Sungai Buloh manakala yang lain pula terpaksa berjemur di tengah panas.

Sama ada PKR cuba mencari publisiti murahan dengan cubaan mengacau ganggu perlaksanaan undang-undang atau sememangnya cuba meraih simpati, yang pasti selagi Anwar Ibrahim diberikan keistimewaan dan tidak dilayan seperti penjenayah dan banduan lain, perkara sebegini akan terus berlaku!


ANWAR BAKAL DITEMPATKAN DI SEL 'ISTIMEWANYA' KEMBALI SELEPAS PERTEMUAN AZMIN ALI DAN PENGARAH PENJARA SUNGAI BULOH

Friday, 27 February 2015 · 11 comments


25 Februari lalu, Azmin Ali telah melakukan lawatan ke atas Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh dengan menggunakan 'kabel' bernama DATO NARANDER SINGH, yang berjawatan Timbalan Komisioner Penjara. Sekaligus lawatan tersebut telah melanggar peraturan penjara yang menyatakan banduan baru hanya dibenarkan dilawati oleh ahli keluarga sekali dalam tempoh 4 minggu sahaja.

Anwar mula dimasukkan ke penjara pada 10 Februari 2015.

Azmin Ali bukanlah ahli keluarga Anwar Ibrahim dan lawatan oleh ahli keluarganya telah dibuat pada 13 Februari 2015. Sepatutnya sehingga 7 Mac, tiada sebarang lawatan lagi untuk Anwar Ibrahim.

Difahamkan, selepas pertemuan dengan Azmin Ali, Narander Singh bersetuju untuk menempatkan Anwar Ibrahim ke dalam sel 'istimewa' yang dikhaskan untuk pesakit yang menjadi tempat kediamannya sewaktu menjalani hukuman penjara 14 tahun kerana salahguna kuasa dan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya. Sel tersebut lebih luas dan lebih privasi manakala sel-sel biasa yang menempatkan Anwar Ibrahim sekarang berkeluasan 12 x 8 kaki.

Dalam sel 'istimewa' itu, Anwar akan dibekalkan dengan katil, kerusi, meja, televisyen, bahkan besar kemungkinan juga telefon bimbit sebagaimana yang diperolehinya dahulu. Sekaligus menepati sebagaimana yang didesak oleh para peguam dan ahli keluarganya.

Sedikit rentetan peristiwa yang agak menarik untuk diperhatikan dan dinilai membabitkan tindakan Pengarah Penjara Sungai Buloh selepas Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara itu.

Pada 24 Februari 2015,kakitangan penjara telah bersetuju lampu jalan di hadapan penjara dimatikan dan dawai berduri atau penghadang untuk peserta candle night vigil dianjakkan 5 meter ke hadapan dari tempat asal, menjadikan jarak lebih kurang 35 meter dari pintu pagar utama penjara. Sekaligus mewujudkan ruang yang sempit untuk peserta candle light vigil berhimpun.

25 Februari, Azmin Ali datang ke Penjara Sungai Buloh dan bermesyuarat dengan Pengarah Penjara Sungai Buloh.

Hari yang sama, iaitu pada sebelah malam, dawai berduri atau penghadang telah dianjakkan ke tempat asal iaitu 5 meter ke belakang dari jarak yang telah dipersetujui sehari sebelumnya. Sekaligus mewujudkan ruang yang lebih luas untuk para peserta nyalaan lilin berhimpun.

Ada beberapa isu yang membabitkan tindakan Pengarah Penjara Sungai Buloh ini yang boleh dipertikaikan, termasuklah pengurangan kawalan keselamatan di pos pengawal di mana di hadapan pos pengawal tersebut terdapat sebuah pondok yang membolehkan pihak keselamatan membuat pemantauan.

Awal tahun 2015, seorang penolong pengarah berbangsa Melayu telah ditukarkan kerana tidak sebulu dengan pengarah Penjara Sungai Buloh ini. Menurut cerita, Narander tidak membenarkan daging lembu dibawa masuk ke kawasan penjara. Penolong Pengarah tersebut pula seorang yang mesra dengan kakitangan dan sering mengadakan kenduri atau majlis makan-makan di surau penjara. 


Persoalannnya, apakah justifikasi yang dibuat oleh Narander Singh dalam memberikan keistimewaan dan membuka ruang sebesar-besarnya kepada para penyokong Anwar Ibrahim? Adakah dia akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini membabitkan rusuhan dan pecah masuk ke penjara tersebut menerusi tindakannya memberikan ruang itu kepada Anwar dan para penyokongnya?

Atau adakah ini merupakan salah satu daripada polisi Penjara Sungai Buloh yang mana Pengarahnya boleh berbuat sesuka hati dengan melanggar peraturan penjara semata-mata kerana salah seorang banduan di penjara tersebut adalah Anwar Ibrahim?

Apa hubungan Anwar Ibrahim dengan Pengarah Penjara Sungai Buloh sehingga mewujudkan hubungan yang cukup istimewa itu?

Ada mana-mana pihak yang boleh memberikan jawapan atau penafian terutama sekali berhubung layanan istimewa yang bakal diberikan kepada Anwar?

PENGARAH PENJARA SUNGAI BULOH PERLU BERIKAN JAWAPAN TERBARU EKORAN LAWATAN AZMIN ALI KE ATAS ANWAR IBRAHIM!

Wednesday, 25 February 2015 · 5 comments


Sebelum ini, Jabatan Penjara terutama sekali Penjara Sungai Buluh menafikan ada memberi layanan istimewa kepada Anwar Ibrahim. Diceritakan kepada awam bahawa Anwar Ibrahim dilayan sama seperti banduan-banduan yang lain.

Namun dari semasa ke semasa, maklumat yang didatangkan pula, amat bertentangn daripada realiti yang dikatakan oleh Penjara Sungai Buluh. Anwar Ibrahim dilihat menikmati keistimewaan yang tidak dinikmati oleh banduan-banduan lain.

Semuanya kerana alasan yang diberikan oleh PKR, parti yang diketua-umumkan oleh Anwar Ibrahim sendiri iaitu Anwar Ibrahim adalah TAHANAN POLITIK, bukannya BANDUAN JENAYAH walaupun sabit kesalahannya adalah JENAYAH LIWAT.

Difahamkan jam 8:00 pagi tadi, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor telah pergi ke Penjara Sungai Buluh. Azmin Ali dikatakan telah bertemu dengan Pengarah Penjara Sungai Buluh dan kemudiannya telah dibawa melawat Anwar Ibrahim.

Sumber menyatakan lawatan yang dibuat oleh Azmin Ali bukanlah lawatan rasmi sebaliknya hanya semata-mata untuk melawat BANDUAN BERNAMA ANWAR IBRAHIM.

Peraturan melawat banduan adalah jelas. Anwar Ibrahim sebagai banduan baru, hanya dibenarkan mendapatkan lawatan dari AHLI KELUARGA SAHAJA dalam tempoh 4 minggu selepas dimasukkan ke penjara.

Anwar Ibrahim baru sahaja masuk penjara selama 2 minggu. Dalam tempoh dua minggu itu, sudah beberapa lawatan dibuat ke atasnya, termasuklah dari kalangan peguam, mahupun dari kalangan ahli keluarganya.

Sepatutnya pihak penjara tidak melayan kedatangan Azmin kerana Azmin bukanlah dari kalangan orang yang boleh dipertimbangkan untuk melawat banduan seperti Anwar Ibrahim.

Persoalannya sekarang, adakah Anwar Ibrahim sudah dibenarkan menerima pelawat sekarang, sekaligus peraturan-peraturan penjara tidak terpakai lagi?

Atau sebenarnya, Pengarah Penjara Sungai Buluh adalah KUNCI UTAMANYA. Cukup dengan menggunakannya, lawatan ke atas Anwar dibenarkan tak kira siapa pun?

Mana Ketua Pengarah Penjara Malaysia? Anda perlu menjawab persoalan ini!!!


 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks