YAMMY SAMAT Kata Anaknya Lebih Selamat Dijaga Cina DAP

Thursday, 5 June 2014 | 7 comments


Surat tunjuk sebab telah diberikan kepada Yammy Samat, ibu Dyana Sofya oleh UMNO Pusat. Yammy Samat bagaimanapun, menafikan dia turut berkempen bersama-sama anaknya dalam PRK Teluk Intan, sebaliknya mendakwa, dia hanya menemani anaknya berceramah terutama di kawasan-kawasan Melayu kerana BIMBANGKAN KESELAMATAN anaknya.

Menurut Yammy Samat lagi, dia hanya beberapa kali sahaja bersama-sama Dyana Sofya berkempen di kawasan-kawasan Cina Teluk Intan kerana yakin anaknya tidak akan diapa-apakan. Malahan, nalurinya itulah yang membenarkan Dyana Sofya bekerja dengan Lim Kit Siang di Gelang Patah kerana dia cukup yakin, Lim Kit Siang akan menjaga anak perempuannya itu.

Agak menarik apabila Yammy Samat cuba mengaitkan Melayu dengan keganasan. Pandangannya itu merupakan cubaan untuk memperlekeh-lekehkan Melayu memandangkan Melayu merupakan golongan yang paling mudah diajak berdemonstrasi dan bertindak ganas, sebagaimana yang berjaya dibuktikan oleh Pakatan Rakyat dalam setiap demonstrasi yang dianjurkan.


Bagaimanapun, terdapat banyak bukti yang menunjukkan Yammy Samat tidak sebagaimana yang didakwanya. Dia terlibat secara langsung berkempen untuk anaknya mewakili DAP di Teluk Intan. Malahan keanggotaannya dalam UMNO turut digunakan untuk mempengaruhi ahli-ahli UMNO Teluk Intan untuk mengundi Dyana Sofya.

Kegilaan Yammy Samat untuk menarik perhatian, telah membuatkan terlalu banyak gambarnya dirakamkan sedang berkempen untuk Dyana Sofya. Kegilaan Yammy Samat untuk mendapatkan perhatian lensa kamera juga turut membuktikan dia adalah seorang pembohong dan pengkhianat.

Cerita Buruk Sofya Dyana dan Keluarganya, Kembali Tersebar!

Wednesday, 4 June 2014 | 50 comments

Pada 16 Mei lalu, blog THE SELANGOR CHRONICLE telah mendedahkan tentang calon DAP untuk PRK Teluk Intan, Dyana Sofya yang tinggal serumah tanpa nikah dengan teman lelakinya di Taman Melawati. Rumah yang disewa oleh abangnya yang juga merupakan salah seorang penjawat awam di MIDA yang sekarang ini ditugaskan di United Kingdom, telah dijadikan sebagai sarang kedua-duanya untuk tinggal berdua-duaan.

Dikhabarkan, hubungan antara Dyana Sofya dengan Fairuz Azhan Amiruddin direstui oleh ibu Dyana, Yammy Samat. Malah ibu serta bapa Dyana Sofya juga tidak menghalang serta melarang tingkah laku kedua-duanya yang tinggal serumah.

Kejadian tersebut berlaku antara tahun 2011 sehingga 2012 ketika Dyana masih lagi belajar di UiTM. Hubungan antara Dyana Sofya dan Fairuz Azhan Amiruddin putus sekitar 2013 walaupun kedua-duanya pernah dipublisitikan dan diberikan promosi apabila mengisytiharkan menyertai DAP di tangan Lim Kit Siang.

Ketika PRU-13 dan Lim Kit Siang menjadi calon Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya telah dilantik sebagai pegawai khas Lim Kit Siang. Pada masa yang sama, Dyana Sofya menjalinkan hubungan dengan seorang pemuda Cina bernama OOI CHIO SEONG yang menggunakan telefon bernombor 012-3179775.

Ooi Chio Seong merupakan Pembantu Khas Lim Kit Siang di Gelang Patah.



Oii Chio Seong dan Dyana Sofya tinggal serumah di Gelang Patah. Alamat rumahnya adalah No.98, Jalan JASA 41, Taman Rini Hill Mutiara Rini.

Setiap permainan ada dalangnya. Dalam kes Dyana Sofya, dalang sebenarnya adalah YAMMY SAMAT, ibunya sendiri.

Yammy Samat pernah bertanding sebagai Ketua Wanita Bahagian Ipoh Barat. Disebabkan kalah dan segala permohonan untuk mendapatkan projek-projek baru, tidak lagi dilayan, Yammy Samat cuba bermain politik ugut. Anaknya, Dyana Sofya, yang merupakan satu-satunya anak perempuan daripada 4 orang anaknya telah diarahkan menyertai DAP.

Menariknya, bapa Dyana, hanyalah pepatung dan langsung tidak mempunyai sebarang kuasa. Ini adalah kerana, segala perbelanjaan keluarga tersebut ditanggung oleh isterinya, Yammy Samat yang kuat main projek politik. Bapa Dyana Sofya ini pernah belajar sampai peringkat MASTER di universiti seberang laut atas pinjaman MARA tetapi sehingga kini, hutang tersebut tidak pernah dibayar.

Yammy Samat diketahui merupakan orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah dan rapat dengan pemimpin veteran UMNO itu untuk meraih projek-projek buatnya. Yammy Samat merupakan anak keempat daripada lapan beradik. Hubungan Yammy dengan adik-beradiknya yang lain, tidak begitu mesra malah ada di kalangan keluarga yang menganggap, Yammy bukanlah 'sebahagian' daripada mereka.

Ini adalah kerana Yammy merupakan 'anak derhaka' dan suka mencari gaduh dengan semua orang terutama sekali di kalangan adik-beradiknya. Yammy yang kuat mencari projek, lebih dikenali sebagai KONTRAKTOR ATAS ANGIN dan tidak memiliki sebarang lesen pun. Paling menarik ialah, perangai Yammy yang suka bermegah-megah.

Antara yang cuba dimegahkan oleh Yammy adalah pemilikan Hotel Tower Regency yang dimiliki oleh saudaranya yang dikenali sebagai Simon. Walaupun tidak mempunyai sebarang saham di dalam pemilikan hotel tersebut, di kalangan kawan-kawannya, Yammy mengaku hotel tersebut adalah kepunyaannya.

Maka tidak hairanlah apabila Yammy Samat amat bangga apabila dia dikenali sebagai IBU DYANA SOFYA kerana dia cukup optimis, anaknya akan menang di Teluk Intan dan dia boleh menyapu projek-projek di Teluk Intan atas platform anaknya.

Agak malang kerana Dyana Sofya gagal dalam buruan menjadi Ahli Parlimen apabila kalah dan banyak perkara aib membabitkan keluarga Yammy Samat mulai terbongkar satu persatu, termasuklah perangai buruk Dyana Sofya yang menjadi kegilaan golongan muda setelah dicalonkan sebagai calon DAP di PRK Teluk Intan.

Yammy Daud, Si Ibu Oportunis Yang Suka Mengambil Kesempatan

Monday, 2 June 2014 | 1 comments

Apabila Dyana Sofya diumumkan sebagai calon DAP untuk PRK Teluk Intan, sebenarnya ia perkara biasa. Taktik DAP ialah menggunakan anak-anak muda sebagai umpan, apatah lagi kuasa mengundi anak muda yang sekarang ini merupakan kuasa majoriti, perlu diambil kesempatan dengan seberapa baik yang mungkin.

Tak kisahlah sama ada Dyana Sofya pernah belajar di UiTM yang dikhususkan untuk Melayu-Bumiputera atau pun mengesyorkan agar UiTM dimansuhkan atau dibuka kepada bukan Melayu-Bumiputera kerana itu memang tugas setiap ahli DAP untuk memperjuangkan penghapusan Melayu-Bumiputera-Islam serta menaikkan Cina-Chauvinist atas konsep Malaysian Malaysia.

Namun individu paling menarik sepanjang PRK Teluk Intan adalah Yammy Daud, ibu Dyana Sofya yang sentiasa ada di mana-mana bersama anaknya itu, bahkan dia yang lebih sibuk di hadapan wartawan dan jurugambar. Dia cukup berang kalau wartawan dan jurugambar tidak kenal, dia adalah ibu Dyana Sofya. Dalam sidang media, dia akan berada di samping anaknya itu. Malah ada masanya, menjadi jurucakap Dyana Sofya.

Keahliannya dalam UMNO dan jawatan yang pernah disandangnya sehingga membuatkan dia kaya-raya serta menjadikan suaminya sebagai pak turut, seringkali dijadikan alasan untuk membela anaknya. Kononnya dia juga bersama-sama anaknya, memperjuangkan ketidakadilan UMNO walaupun pada masa yang sama, apa yang dinikmati olehnya dan Dyana Sofya sehingga dicalonkan sebagai wakil DAP untuk pilihanraya kecil itu adalah kerana JASA UMNO kepada mereka sekeluarga.

Apa yang tidak dilakonkan oleh Yammy Daud... dari acara menyolek anaknya, sehinggalah tersengih-sengih berlakon mengelap peluh di muka anaknya, sehinggalah berbaju merah dengan gambar Dyana Sofya tertera pada bahagian hadapan dan tangisan kononnya terharu kerana sokongan yang diberikan masyarakat pengundi kepada anaknya.

Sikap oportunisnya akhirnya memakan diri dan korban. Anaknya berhadapan dengan kekalahan kerana faktor yang ada pada Yammy Daud. PERKASA, keahlian dan kekayaannya menerusi UMNO, sikap bermuka-muka dan gagal menyerlahkan pendirian politiknya yang sebenar serta kecenderungan menggunakan anak untuk memperolehi keuntungan politik di Teluk Intan, akhirnya menyebabkan Dyana Sofya yang diletakkan sebagai BINTANG BARU tersungkur kalah walaupun DAP berjaya mewujudkan gelombang besar dalam ceramah-ceramah mega mereka selain sokongan besar daripada golongan muda kepada Dyana Sofya.

Sehinggakan ada yang berkata, Wan Azizah Wan Ismail pun tak seteruk Yammy Daud!
Showing posts with label yammy daud. Show all posts
Showing posts with label yammy daud. Show all posts

YAMMY SAMAT Kata Anaknya Lebih Selamat Dijaga Cina DAP

Thursday, 5 June 2014 · 7 comments


Surat tunjuk sebab telah diberikan kepada Yammy Samat, ibu Dyana Sofya oleh UMNO Pusat. Yammy Samat bagaimanapun, menafikan dia turut berkempen bersama-sama anaknya dalam PRK Teluk Intan, sebaliknya mendakwa, dia hanya menemani anaknya berceramah terutama di kawasan-kawasan Melayu kerana BIMBANGKAN KESELAMATAN anaknya.

Menurut Yammy Samat lagi, dia hanya beberapa kali sahaja bersama-sama Dyana Sofya berkempen di kawasan-kawasan Cina Teluk Intan kerana yakin anaknya tidak akan diapa-apakan. Malahan, nalurinya itulah yang membenarkan Dyana Sofya bekerja dengan Lim Kit Siang di Gelang Patah kerana dia cukup yakin, Lim Kit Siang akan menjaga anak perempuannya itu.

Agak menarik apabila Yammy Samat cuba mengaitkan Melayu dengan keganasan. Pandangannya itu merupakan cubaan untuk memperlekeh-lekehkan Melayu memandangkan Melayu merupakan golongan yang paling mudah diajak berdemonstrasi dan bertindak ganas, sebagaimana yang berjaya dibuktikan oleh Pakatan Rakyat dalam setiap demonstrasi yang dianjurkan.


Bagaimanapun, terdapat banyak bukti yang menunjukkan Yammy Samat tidak sebagaimana yang didakwanya. Dia terlibat secara langsung berkempen untuk anaknya mewakili DAP di Teluk Intan. Malahan keanggotaannya dalam UMNO turut digunakan untuk mempengaruhi ahli-ahli UMNO Teluk Intan untuk mengundi Dyana Sofya.

Kegilaan Yammy Samat untuk menarik perhatian, telah membuatkan terlalu banyak gambarnya dirakamkan sedang berkempen untuk Dyana Sofya. Kegilaan Yammy Samat untuk mendapatkan perhatian lensa kamera juga turut membuktikan dia adalah seorang pembohong dan pengkhianat.

Cerita Buruk Sofya Dyana dan Keluarganya, Kembali Tersebar!

Wednesday, 4 June 2014 · 50 comments

Pada 16 Mei lalu, blog THE SELANGOR CHRONICLE telah mendedahkan tentang calon DAP untuk PRK Teluk Intan, Dyana Sofya yang tinggal serumah tanpa nikah dengan teman lelakinya di Taman Melawati. Rumah yang disewa oleh abangnya yang juga merupakan salah seorang penjawat awam di MIDA yang sekarang ini ditugaskan di United Kingdom, telah dijadikan sebagai sarang kedua-duanya untuk tinggal berdua-duaan.

Dikhabarkan, hubungan antara Dyana Sofya dengan Fairuz Azhan Amiruddin direstui oleh ibu Dyana, Yammy Samat. Malah ibu serta bapa Dyana Sofya juga tidak menghalang serta melarang tingkah laku kedua-duanya yang tinggal serumah.

Kejadian tersebut berlaku antara tahun 2011 sehingga 2012 ketika Dyana masih lagi belajar di UiTM. Hubungan antara Dyana Sofya dan Fairuz Azhan Amiruddin putus sekitar 2013 walaupun kedua-duanya pernah dipublisitikan dan diberikan promosi apabila mengisytiharkan menyertai DAP di tangan Lim Kit Siang.

Ketika PRU-13 dan Lim Kit Siang menjadi calon Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya telah dilantik sebagai pegawai khas Lim Kit Siang. Pada masa yang sama, Dyana Sofya menjalinkan hubungan dengan seorang pemuda Cina bernama OOI CHIO SEONG yang menggunakan telefon bernombor 012-3179775.

Ooi Chio Seong merupakan Pembantu Khas Lim Kit Siang di Gelang Patah.



Oii Chio Seong dan Dyana Sofya tinggal serumah di Gelang Patah. Alamat rumahnya adalah No.98, Jalan JASA 41, Taman Rini Hill Mutiara Rini.

Setiap permainan ada dalangnya. Dalam kes Dyana Sofya, dalang sebenarnya adalah YAMMY SAMAT, ibunya sendiri.

Yammy Samat pernah bertanding sebagai Ketua Wanita Bahagian Ipoh Barat. Disebabkan kalah dan segala permohonan untuk mendapatkan projek-projek baru, tidak lagi dilayan, Yammy Samat cuba bermain politik ugut. Anaknya, Dyana Sofya, yang merupakan satu-satunya anak perempuan daripada 4 orang anaknya telah diarahkan menyertai DAP.

Menariknya, bapa Dyana, hanyalah pepatung dan langsung tidak mempunyai sebarang kuasa. Ini adalah kerana, segala perbelanjaan keluarga tersebut ditanggung oleh isterinya, Yammy Samat yang kuat main projek politik. Bapa Dyana Sofya ini pernah belajar sampai peringkat MASTER di universiti seberang laut atas pinjaman MARA tetapi sehingga kini, hutang tersebut tidak pernah dibayar.

Yammy Samat diketahui merupakan orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah dan rapat dengan pemimpin veteran UMNO itu untuk meraih projek-projek buatnya. Yammy Samat merupakan anak keempat daripada lapan beradik. Hubungan Yammy dengan adik-beradiknya yang lain, tidak begitu mesra malah ada di kalangan keluarga yang menganggap, Yammy bukanlah 'sebahagian' daripada mereka.

Ini adalah kerana Yammy merupakan 'anak derhaka' dan suka mencari gaduh dengan semua orang terutama sekali di kalangan adik-beradiknya. Yammy yang kuat mencari projek, lebih dikenali sebagai KONTRAKTOR ATAS ANGIN dan tidak memiliki sebarang lesen pun. Paling menarik ialah, perangai Yammy yang suka bermegah-megah.

Antara yang cuba dimegahkan oleh Yammy adalah pemilikan Hotel Tower Regency yang dimiliki oleh saudaranya yang dikenali sebagai Simon. Walaupun tidak mempunyai sebarang saham di dalam pemilikan hotel tersebut, di kalangan kawan-kawannya, Yammy mengaku hotel tersebut adalah kepunyaannya.

Maka tidak hairanlah apabila Yammy Samat amat bangga apabila dia dikenali sebagai IBU DYANA SOFYA kerana dia cukup optimis, anaknya akan menang di Teluk Intan dan dia boleh menyapu projek-projek di Teluk Intan atas platform anaknya.

Agak malang kerana Dyana Sofya gagal dalam buruan menjadi Ahli Parlimen apabila kalah dan banyak perkara aib membabitkan keluarga Yammy Samat mulai terbongkar satu persatu, termasuklah perangai buruk Dyana Sofya yang menjadi kegilaan golongan muda setelah dicalonkan sebagai calon DAP di PRK Teluk Intan.

Yammy Daud, Si Ibu Oportunis Yang Suka Mengambil Kesempatan

Monday, 2 June 2014 · 1 comments

Apabila Dyana Sofya diumumkan sebagai calon DAP untuk PRK Teluk Intan, sebenarnya ia perkara biasa. Taktik DAP ialah menggunakan anak-anak muda sebagai umpan, apatah lagi kuasa mengundi anak muda yang sekarang ini merupakan kuasa majoriti, perlu diambil kesempatan dengan seberapa baik yang mungkin.

Tak kisahlah sama ada Dyana Sofya pernah belajar di UiTM yang dikhususkan untuk Melayu-Bumiputera atau pun mengesyorkan agar UiTM dimansuhkan atau dibuka kepada bukan Melayu-Bumiputera kerana itu memang tugas setiap ahli DAP untuk memperjuangkan penghapusan Melayu-Bumiputera-Islam serta menaikkan Cina-Chauvinist atas konsep Malaysian Malaysia.

Namun individu paling menarik sepanjang PRK Teluk Intan adalah Yammy Daud, ibu Dyana Sofya yang sentiasa ada di mana-mana bersama anaknya itu, bahkan dia yang lebih sibuk di hadapan wartawan dan jurugambar. Dia cukup berang kalau wartawan dan jurugambar tidak kenal, dia adalah ibu Dyana Sofya. Dalam sidang media, dia akan berada di samping anaknya itu. Malah ada masanya, menjadi jurucakap Dyana Sofya.

Keahliannya dalam UMNO dan jawatan yang pernah disandangnya sehingga membuatkan dia kaya-raya serta menjadikan suaminya sebagai pak turut, seringkali dijadikan alasan untuk membela anaknya. Kononnya dia juga bersama-sama anaknya, memperjuangkan ketidakadilan UMNO walaupun pada masa yang sama, apa yang dinikmati olehnya dan Dyana Sofya sehingga dicalonkan sebagai wakil DAP untuk pilihanraya kecil itu adalah kerana JASA UMNO kepada mereka sekeluarga.

Apa yang tidak dilakonkan oleh Yammy Daud... dari acara menyolek anaknya, sehinggalah tersengih-sengih berlakon mengelap peluh di muka anaknya, sehinggalah berbaju merah dengan gambar Dyana Sofya tertera pada bahagian hadapan dan tangisan kononnya terharu kerana sokongan yang diberikan masyarakat pengundi kepada anaknya.

Sikap oportunisnya akhirnya memakan diri dan korban. Anaknya berhadapan dengan kekalahan kerana faktor yang ada pada Yammy Daud. PERKASA, keahlian dan kekayaannya menerusi UMNO, sikap bermuka-muka dan gagal menyerlahkan pendirian politiknya yang sebenar serta kecenderungan menggunakan anak untuk memperolehi keuntungan politik di Teluk Intan, akhirnya menyebabkan Dyana Sofya yang diletakkan sebagai BINTANG BARU tersungkur kalah walaupun DAP berjaya mewujudkan gelombang besar dalam ceramah-ceramah mega mereka selain sokongan besar daripada golongan muda kepada Dyana Sofya.

Sehinggakan ada yang berkata, Wan Azizah Wan Ismail pun tak seteruk Yammy Daud!

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks