Hindraf, MIC dan terkni, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang yang kuat menyokong Tamil Eelam, P.Ramasamy membantah keras kedatangan Zakir Naik. Zakir Naik yang seringkali menggunakan perbandingan antara agama terutama sekali membabitkan Islam dengan Hindu, telah membuatkan ramai tokoh-tokoh Hindu terutama di India, memusuhinya kerana mereka tidak dapat menjawab bagi membenarkan ajaran agama mereka. Apatah lagi Zakir Naik sendiri adalah seorang 'ahli kitab' Hindu yang jauh lebih berpengetahuan daripada sami-sami besar Hindu yang cuba berdebat dengannya.
Ceramah Zakir Naik di Malaysia tidak seperti di India. Ini adalah kerana Malaysia mempunyai latarbelakang budaya, sosial, agama dan bahasa yang pelbagai, yang perlu dihormati bagi membolehkan negara ini terus berada dalam keadaan aman, walaupun pada masa yang sama, bilangan kuil dan tokong Hindu jauh mengatasi nisbah penduduk beragama Hindu di negara ini!!!
Label-label negatif yang diberikan kepada Zakir Naik dari kalangan musuh-musuh Islam itu, amat keterlaluan. Mereka langsung tidak menghormati lagi Perlembagaan Malaysia yang telah meletakkan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.
Malah, label yang diberikan oleh P.Ramasamy pula jelas menunjukkan kebencian DAP kepada umat Islam apabila menukar nama Zakir Naik menjadi Syaitan Naik - sesuatu yang tidak sewajarnya keluar daripada mulut seorang pemimpin politik di negara ini.
Bagaimana sekiranya, umat Islam dan pemimpin politik beragama Islam melabelkan mana-mana sami besar Hindu yang datang ke negara ini dengan nama SYAITAN, adakah P.Ramasamy akan duduk diam? Atau dia akan menyalahkan kerajaan dan lebih-lebih lagi UMNO?
Agak menarik jugalah kerana, orang yang sangat benci dengan Islam dan umat Islam seperti P.Ramasamy masih lagi mahu bergelar rakyat Malaysia. Sepatutnya orang sepertinya berpindah ke negara bermajoriti agama yang dianutinya atau mana-mana negara yang disenanginya sambil membuang semua dokumen pengenalan diri sebagai rakyat Malaysia.
Bukankah negara ini sendiri berpangkal kepada perkataan Malay (Melayu). Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan adalah masyarakat yang beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat serta adat resam Melayu.
Sangat benci dengan Islam dan umat Islam tapi tak malu terus hidup di bumi orang Islam!!!




