CINA SINGAPURA BIADAP, NAIK ANGIN APABILA CUBAAN RASUAH ANGGOTA POLIS GAGAL!

Friday 30 October 2015 | 4 comments


Kejadian dilaporkan berlaku di CIQ Johor Bahru membabitkan pasangan Cina Singapura!

Apa masalah apek Singapura ini apabila anggota polis menahan kenderaan dan meminta lesennya? 

Atau sememangnya dia jenis yang tidak tahu menghormati orang lain kerana beranggapan, anggota-anggota polis Malaysia adalah spesies yang boleh dianjing-anjingkannya. 

Berdasarkan klip video yang dirakam sendiri oleh pasangannya, Cina Singapura itu melakukan dua kesalahan yang membolehkan dia diheret ke lokap dan dibicarakan sebelum dipenjarakan. 

Kesalahan paling besarnya adalah cubaan merasuah anggota-anggota polis yang sedang menjalankan tugas mereka. Kegagalan rasuahnya telah menyebabkan apek Singapura itu naik angin dan terus melakukan provokasi. Kesalahan kedua pula adalah menghalang penjawat awam melaksanakan tanggungjawab mereka. 

Sama ada apek Singapura itu memang jenis bangang tidak bertempat atau angkuh kerana yang menahannya adalah anggota polis Melayu yang pada kebiasaannya Melayu di Singapura adalah Pribumi Merempat Kelas Paling Cokia di bumi sendiri, anda boleh menilai sendiri gelagatnya berdasarkan rakaman yang dibuatnya sendiri.




(AKTA POLIS 1967)

Kuasa pegawai polis untuk memeriksa lesen, kenderaan, & lain2 :

1) Mana-mana pegawai polis boleh
(a) memberhentikan dan menahan mana-mana orang
(i) yang dilihatnya sedang melakukan apa-apa perbuatan atau ada dalam miliknya apa-apa benda; atau
(ii) yang dia ada alasan yang munasabah bagi mengesyaki sedang melakukan apa-apa perbuatan atau ada dalam miliknya apa-apa benda;yang baginya lesen, permit atau kebenaran yang diperlukan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa, bagi maksud menghendaki orang mengemukakan lesen, permit atau kebenaran itu;

(b) Memberhenti dan memeriksa tanpa waran mana-mana kenderaan atau vesel yang disyakinya atas alasan yang munasabah sedang digunakan dalam melakukan apa-apa kesalahan terhadap mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa:Dengan syarat bahawa kenderaan atau vesel itu tidak boleh, tertakluk kepada subseksyen (4), ditahan lebih lama daripada semunasabahnya perlu untuk menyempurnakan pemeriksaan itu.

(2) Seseorang yang tidak mengemukakan lesen, permit atau kebenaran di bawah subseksyen (1)(a) apabila diminta berbuat demikian oleh seorang pegawai polis boleh ditangkap tanpa waran melainkan dia memberi kepada pegawai polis itu nama dan alamatnya dan, selainnya, memuaskan hati pegawai polis itu yang dia akan mematuhi dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang mungkin diambil terhadapnya.

3) Seseorang yang tidak mematuhi apa-apa isyarat munasabah yang diberikan oleh seorang pegawai polis, menghendaki mana-mana orang memberhentikan apa-apa kenderaan atau vesel di bawah subseksyen (1) atau menghalang mana-mana pegawai polis dalam melaksanakan tugasnya di bawah subseksyen itu, adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran, menangkap orang itu melainkan dia memberi nama dan alamatnya dan, selainnya, memuaskan hati pegawai polis yang dia akan mematuhi dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang mungkin diambil terhadapnya.

(4) Mana-mana pegawai polis boleh menyebabkan mana-mana kenderaan atau vesel, yang dia ada alasan-alasan yang munasabah untuk mengesyaki telah digunakan dalam melakukan suatu kesalahan terhadap mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa atau sebagai keterangan mengenai apa-apa kesalahan yang telah dilakukan, dipindahkan ke ibu pejabat Daerah Polis yang berhampiran sekali atau ke tempat lain yang sesuai, dan Pegawai Penjaga Daerah Polis itu boleh dengan itu menyebabkan kenderaan atau vesel itu ditahan di situ, sementara menunggu penyiasatan, bagi tempoh tidak melebihi empat puluh lapan jam, atau jika, dalam tempoh itu, prosiding dimulakan mengenai apa-apa kesalahan di mana kenderaan atau vesel itu boleh dilucuthakkan di bawah mana-mana undang-undang atau boleh dengan sewajarnya dikemukakan sebagai keterangan, sehingga keputusan muktamad prosiding itu:

Dengan syarat bahawa Pegawai Penjaga Daerah Polis itu boleh, walau apa pun subseksyen ini, mengarahkan supaya kenderaan atau vesel itu dilepaskan jika dia berpuas hati bahawa pemunya atau orang yang menjaga kenderaan atau vesel itu akan mengemukakan kenderaan atau vesel itu dengan sewajarnya di hadapan mahkamah apabila dikehendaki, dan bagi maksud itu boleh menghendaki pemunya atau orang itu menyempurnakan suatu bon atau mendepositkan apa-apa sekuriti yang difikirkannya munasabah.

LAGI BUDAK PEREMPUAN PANTAI TIMUR BERGOCOH DAN DISEBARKAN DI FACEBOOK!

Thursday 29 October 2015 | 1 comments



Kerana pulut santan binasa, kerana mulut, klip videonya terpampang dalam Facebook...

Gaya baru dan kaedah baru untuk menunjukkan kehebatan gadis-gadis Melayu yang tidak lagi berbaju kurung tetapi berseluar jeans dan bergocoh di tempat awam, lebih tepat lagi di atas jalan. 

Berdasarkan daripada perbualan kalut yang kedengaran dari klip video tersebut, jelas, loghat yang digunakan oleh gadis-gadis tersebut adalah dari negeri di Pantai Timur. 

Tidak begitu jelas motif pergaduhan, tetapi pada bahagian akhir klip video, remaja perempuan bernama Laila yang berbadan lebih besar, menuding muka remaja yang dibelasahnya kerana mengata kakaknya.

Suara-suara sokongan dan hasutan kedengaran jelas di belakang rakaman, menandakan, kejadian ini melibatkan kumpulan. Seorang remaja lelaki masuk campur dan akhirnya meleraikan pergaduhan tersebut. 


Semakin lama semakin hebat budak-budak perempuan di Pantai Timur.

Minggu lepas, tiga orang remaja perempuan dimasukkan ke lokap kerana mengasari dan membelasah seorang mangsa dalam satu drama perebutan seorang jantan. Mangsa dalam satu perbualan menjelaskan dia tidak bersalah dan tidak ada kena-mengena langsung dengan apa yang diperbalahkan tetapi telah dituduh mempunyai hubungan asmara dengan lelaki yang direbut oleh remaja perempuan yang mengaku mempunyai iras Neelofa dan membelasahnya sehingga patah kuku. 

Selepas ini, apa lagi klip video yang akan dipaparkan atau terpapar di media sosial?



DIKEJAR, KERETA DISEPAK DAN DISIMBAH CECAIR, DI BALAI POLIS PENGADU DIPEROLOK-OLOKKAN!

Wednesday 28 October 2015 | 4 comments



Al-kisah road trip kami sekeluarga baru-baru ini. Kami memandu dari kelantan-hatyai-krabi-hatyai-penang-perak-kl-johor dan pulang ke kelantan.

Alhamdullilah semuanya dipermudahkan walaupun travel dengan 2 kanak2.

Namun otw balik dari johor melalui mersing ke kelantan, di daerah Kahang sesuatu yang tak disangka berlaku. Kakak ipar mengambil alih tugas memandu dari suami aku sekejap. Tiba-tiba ada 3 motosikal mengekori kereta kami. Mengacah2 dari belakang. Mereka memakai topi keledar cover muka. Tapi dari saiz badan, nampak macam budak2 sekolah menengah saja. Sampai satu tempat disimbahnya cecair ke cermin depan keretA.

Mereka memecut laju selepas itu. Namun, mereka tunggu kami ditepi jalan. Kami dikejar lagi. Disimbah sekali lagi. Suami sudah mula berang dan ingin mengambil alih memandu. Tetapi kakak tidak benarkan. Risau kalau diikut darah muda lelaki.

Mereka kejar lagi. Risau dengan keselamatan, aku menelefon 999.

Dalam ketar suara aku, suara dihujung talian berkata 'bertenang puan. Nanti puan berhenti di balai polis berdekatan'.

Tapi ini kali pertama aku lalui jalan ini. Mana tahu dimana balai polis. Kalau apa-apa terjadi sebelum sampai di balai polis??

Mereka terus mengejar. Takut memang takut. Tak Tahu apa yang mereka mahu.
Kami sampai di lampu isyarat. Alamak lampu merah!. Mereka sempat mengejar kami. Lalu disepaknya kedua-dua belah kereta kami. Gila!
Mereka memecut laju kedepan, tapi berhenti disatu tempat. Siap sengih lagi. Kami dapat no plat salah sebuah motor itu, JNT 6305.

Kami teruskan perjalanan dan berhenti di balai polis Kahan. Setelah membuat laporan, saya meminta untuk disambungkan kepada pegawai yang akan mengambil kes saya. Saya disambungkan kepada Inspektor Rizal dari IPD Kluang.


Panjang perbualan kami. Namun antaranya berbunyi begini.

S: jadi, pihak tuan tidak dapat pergi cari suspek itu sekarang, memandangkan kita ada no plat salah seorangnya,jadi kita boleh kesan alamatnya? Saya risau kalau mereka tidak ditahan sekarang, mereka mungkin mengekori saya lagi sekejap lagi. Keselamatan kami sekeluarga dalam ancaman.
P: saya tahu apa yang saya kena buat puan.
S: tapi adakah tuan akan ambil tindakan segera?
P: saya tahu apa yang saya kena buat tuan.
S:........tapi kalau tuan tidak dapat beri kepastian bahawa tuan akan mencari suspek, saya masih risau tentang keselamatan kami.
P: keselamatan puan saya tak boleh jamin. Puan bawalah apa-apa senjata dalam kereta.
S.??????. Tuan, saya telefon 999 dan datang buat aduan kerena saya takut dan mengharapkan ada bantuan atau penyelesaian dari pihak tuan. Kalau inilah caranya, saya rasa tak ada guna saya datang minta bantuan polis.
P: oh, kalau puan nak bantuan, puan boleh telefon bomba atau ambulan.
S: (speechless).
Tuan, kalau lah pihak tuan respons segera masa saya telefon 999 tadi, rasanya tak sempat mereka rosakkan kereta saya. Mereka pun mungkin dah boleh diberkas sekarang.
P: ehhh puan. Kami bukan superman. Bila dipanggil terus ada.
S. Baiklah

Kalaulah ini sikap pegawainya, maka tak perlulah pelik kenapa jenayag makin berleluasa. Kes budak sekolah, road bully macamni pun kau takleh settlekan segera, tak yah cerita kes-kes besar lain. Kalau dibangku sekolah mereka sudah berani buat begini, besar nanti jangan mereka yang mengacukan pistol kat kepala kau sudah.

Beribu batu perjalanan kami, dibumi Malaysia juga keselamatan kami diancam. (SUMBER)



MALAY PIG! MALAY BITCH!... Kenakan Hukuman Berat dan Halau keluar Dari Negara Ini!

Tuesday 27 October 2015 | 11 comments


Di dalam klip video yang disebarkan menerusi Facebook, seorang warga asing, jelas cuba menunjukan samseng sambil menengking dan memaki hamun seorang pemandu warga tempatan yang mahu dipukulnya. Kata-katanya amat jelas di dalam klip video tersebut.

'MALAY PIG'
'MALAY BITCH'

Dan tidak ketinggalan juga, warga Britain yang menjadi pengarah sebuah agensi pekerjaan turut menghina dan memaki hamun Malaysia serta Najib Abdul Razak.

Tidak cukup dengan itu, teman wanitanya, seorang wanita berbangsa Filipina pula berlagak dengan mengaku sebagai anak duta dan berlagak besar kepala kononnya, pemandu yang cermin keretanya telah ditumbuk dan cermin sisi keretanya telah dipecahkan mengancam akan menggunakan kekerasan undang-undang kerana dia adalah anak duta dan mempunyai KABEL BESAR di kalangan pegawai polis. (RUJUK SINI)

Hari ini warga asing yang mencari rezeki di Malaysia itu telah dihadapkan ke mahkamah dengan dua tuduhan jenayah. Mcgruer Kenneth George, 40, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan tersebut.

Dalam tuduhan pertama, dia didakwa mengugut pemandu Myvi, Dzulzalali Iqram Osman, 30, seorang jurutera dengan niat untuk mendatangkan kecederaan. Manakala tuduhan kedua pula, dia didakwa telah memecahkan cermin hadapan kereta Myvi milik Moeznimanwaty Osman, 39. Kenneth didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di KM305 Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Lumpur ke Seremban antara jam 6:24 petang dan 6:30 petang pada 25 Oktober.

Dia diwakili oleh peguam Diar Isda Yasmin Ismail yang telah merayu agar mahkamah tidak menahan pasportnya memandangkan dia memerlukan pasport tersebut untuk urusan syarikat. Menurut Diar Isda lagi, anak guamnya itu telah memberikan kerjasama dan telah tinggal di negara ini semenjak tahun 2002.

Majistret Aina Azhra Ariffin mengarakan tertuduh untuk menyerahkan pasportnya dan menetapkan wang jaminan sebanyak RM11,000 dengan dua penjamin warga Malaysia untuk kedua-dua tuduhan. Sebutan di mahkamah telah ditetapkan pada 4 Disember.

Melampau betul warga asing. Mereka cari makan di negara ini tetapi berlagak seperti mereka adalah tuan besar di sini. Seharusnya orang putih itu dikenakan hukuman berat dan kemudian dihalau keluar dari negara ini serta diharamkan sama sekali memasuki atau mempunyai sebarang urusan lagi di negara ini. Biarkan dia berkarat di negara asalnya.

Begitu juga dengan 'anak duta' tidak sedar diri yang berlagak besar kepala kerana berboyfriendkan orang putih. Halau sahaja keluar dari negara ini memandangkan gertakannya itu sebenarnya merupakan satu penghinaan kepada PDRM kerana memberikan gambaran para pegawai polis Malaysia mudah disogok dan dirasuah unutk mengambil tindakan ke atas orang yang tidak bersalah.

Klip video yang sedang tersebar itu jelas menunjukkan perangai biadap warga asing tersebut yang jelas, mereka menggunakan kemudahan yang dibiayai oleh rakyat Malaysia!!!


YUKTES VIJAY Dedah Bagaimana AININA Pujuk Dia Supaya Mengaku Diliwat Oleh Anwar Ibrahim

Monday 26 October 2015 | 4 comments



Bekas pembantu peguam Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay dalam postingnya di Facebook, membuat pendedahan yang agak menggemparkan.

Dia menceritakan bagaimana Ainina Saaduddin telah memujuknya agar membuat perakuan yang dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim dengan menjanjikan kemewahan dan kesenangan sekiranya, Yuktes bersetuju dengan cadangan tersebut.


Ainana Saaduddin dikatakan salah seorang kroni Tun Mahathir dan merupakan antara yang lantang mengecam Najib dan kepimpinan UMNO walaupun pada masa yang sama, beberapa pihak pula mendedahkan Ainina naik angin apabila beberapa projeknya di Langkawi, tidak disokong oleh UMNO Pusat.

Bekas anggota Wanita UMNO Langkawi itu menyertai Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang melakukan serangan dalam usaha menjatuhkan dan menggulingkan Najib Abdul Razak daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Pendedahan berani yang dibuat oleh bekas pembantu peguam Anwar Ibrahim itu, tidak seharusnya dipandang ringan. Apatah lagi, dalam isu liwat sebelum ini pun, para penyokong Anwar Ibrahim tegak-tegak menuduh Najib Abdul Razak yang mendalanginya.

WARAN TANGKAP Untuk Pelakon 'Tunjuk Tetek'!

Thursday 22 October 2015 | 0 comments


Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas pelakon dan model Zarina Anjoulie kerana gagal menghadirkan diri di mahkamah untuk berhadapan dengan tuduhan dadah.

Majistret Mohd Nazri Omran telah mengeluarkan arahan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwaraya Siti Fatimah Yahya memperolehi waran penangkapan ke atas Zarina, yang nama sebenarnya adalah Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 29.

Ini adalah kali ketiga Zarina gagal menghadirkan diri ke mahkamah tanpa sebarang alasan semenjak diperintahkan oleh mahkamah untuk membela diri ke atas tuduhan yang dikenakan kepadanya.

Menurut Siti Fatimah, waran tangkap tersebut adalah perlu memandangkan tertuduh telah membazirkan masa dan kewangan mahkamah.

"Suspek turut sering menukar peguam. Bagaimanapun, peguam barunya yang sepatutnya muncul mewakili pelakon itu juga tidak muncul," katanya.

Mahkamah telah menetapkan 5 November sebagai tarikh sebutan.

Penjamin Zarina yang enggan namanya didedahkan kepada media, telah memberitahu mahkamah, dia juga gagal menghubungi Zarina kerana dia hanyalah rakan biasanya dan Zarina seringkali menukar nombor telefon.


Sementara itu, seorang rakan Zarina, Mohamad Fakruzaim Mohamad Fawzi, 29, yang didakwa bersama-samanya telah muncul di mahkamah.

Zarina dan Mohamad Fakruzaim telah didakwa mengambil methamphetamine.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di pejabat narkotik balai polis Damansara pada 8:10 malam pada 30 Disember 2012.


SUSPEK Bogel Rakyat China Telah Ditahan oleh Polis Sabah


Seorang warganegara China berusia 33 tahun yang berbogel bersama-sama rakannya yang lain di sebuah pulau di perairan Semporna telah ditahan oleh polis Sabah semalam.

Berdasarkan laporan media, lelaki tersebut dikenalpasti berdasarkan daripada gambar-gambarnya yang dirakamkannya bersama-sama dengan yang lain dalam keadaan bogel, yang kemudiannya menjadi viral.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Salehhuddin Abdul Rahman mengesahkan yang suspek telah diberkas pada jam 11:15 malam tadi di sebuah bilik sewa di Semporna.

"Suspek pernah melawat Semporna beberapa kali dan membawa kumpulan-kumpulan pelancong China untuk menyelam di pulau-pulau berhampiran Semporna," katanya.

Suspek akan direman sehingga 25 Oktober untuk memudahkan siasatan di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Kesalahan tersebut boleh menyebabkan penjara sehingga tiga bulan atau didenda atau kedua-duanya sekali jikalau didapati bersalah.

Gambar-gambar suspek bersama dengan beberapa orang lelaki sedang berbogel telah beredar di laman-laman sosial. Polis telah menerima beberapa laporan semalam tentang gelagat pelancong-pelancong dari China yang berbogel di sebuah pulau berhampiran Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna, Peter Umbuas berkata, polis sekarang sedang menyiasat di mana gambar tersebut dirakamkan dan siapakah di dalam gambar-gambar tersebut yang telah kembali ke China. Menurutnya lagi, PDRM juga mendapatkan bantuan Interpol untuk mengenalpasti kesemua suspek dan bekerjasama dengan pihak Jabatan Imigresen bagi mengenalpasti bila mereka masuk ke Sabah.

BAR ARAK DAN MAKSIAT SEKAT LALUAN KAKILIMA KE PUSAT PENGAJIAN ISLAM... Kenapa DBKL Tutup Mata?


Beberapa hari lepas, berita tentang anggota PBT di Selangor ke mahkamah kerana terlibat menjadi dalang kepada pertumbuhan rumah-rumah urut dan pusat-pusat judi di sebuah daerah di Selangor, telah terpampang di media-media massa dan sosial di negara ini. Sekaligus menyerlahkan tentang kepincangan fungsi penguatkuasaan daripada pihak kerajaan kerana RASUAH.

Itu di Selangor...

Bagaimana pula dengan di Kuala Lumpur yang ditadbir oleh DBKL?

Satu pendedahan telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook tentang perangai pengurusan sebuah bar yang sememangnya teras perniagaan mereka adalah arak yang menghalang laluan pejalan kaki di kaki lima premis mereka.

Adakah undang-undang kecil PBT berkenaan penggunaan kaki lima telah diluluskan dan dipinda oleh DBKL? Adakah sekarang ini mana-mana bar boleh menggunakan kaki lima dan menghalang laluan?

Atau semuanya ini kerana ada 'udang di sebalik batu'?

DBKL harus jawab benda nih...





No telefon DBKL ..
1800883255

Minta jasa baik saudara-saudara muslim untuk call dan buat aduan berkenaan bar-bar yang membuat binaan menyekat laluan pejalan kaki ke Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta'lim.

Binaan yang mereka buat memburukkan pandangan dan menyemarakkan syiar maksiat ..

Maklumat penting:

1) Lokasi .. Lorong Rahim Kajai 14

2) Bar berkaitan .. Star Cafe .. 42 East ..

3) Kesalahan yang dilihat .. membuat binaan menghalang jalan dan memasang papan tanda secara sesuka hati ..

Harap semua dapat membantu dan beramai-ramai buat laporan agar tindakan akan diambil ..




Firman Allah:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
{Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).}
[Al-Maaidah : 2]

Sabda Nabi -صلى الله عليه وسلم-:
«ﻣﻦ ﺭﺃﻯ ﻣﻨﻜﻢ ﻣﻨﻜﺮا ﻓﻠﻴﻐﻴﺮﻩ ﺑﻴﺪﻩ، ﻓﺈﻥ ﻟﻢ ﻳﺴﺘﻄﻊ ﻓﺒﻠﺴﺎﻧﻪ، ﻓﺈﻥ ﻟﻢ ﻳﺴﺘﻄﻊ ﻓﺒﻘﻠﺒﻪ، ﻭﺫﻟﻚ ﺃﺿﻌﻒ اﻹﻳﻤﺎﻥ»
«Sesiapa yang melihat dari kalangan kalian satu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu, maka dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah Iman.»
[Al-Bukhari & Muslim]

wassalamualaikum warahmatullah.


Cina Macai DAPIGS Menyamar Sebagai POLIS... Kenapa Tiada Tindakan Undang-Undang Ke Atasnya?


Ada klausa dalam peraturan dan undang-undang yang tidak membenarkan pihak awam menggunapakai logo, jata mahupun tulisan PDRM atau POLIS pada sebarang instrumen. Namun nampaknya, undang-undang dan peraturan tersebut tidak terpakai di kalangan golongan bukan Melayu terutama sekali Cina yang majoriti mereka adalah penyokong DAP.

Adakah ini bermakna sebagai Cina maka mereka bebas berbuat segala-galanya tanpa peduli dengan sebarang undang-undang yang wujud di negara ini?


Adakah kerana mereka Cina dan menyokong DAP, mereka bebas untuk berlagak sebagai TUAN di negara ini dan segala tindak tanduk mereka tidak boleh dipersoalkan?

Apakah dengan hanya menubuhkan sebuah persatuan yang kononnya mencegah jenayah, maka mereka boleh berlagak dan mempunyai lesen sebagai POLIS PERSENDIRIAN, sedangkan pada masa yang sama, mereka sendiri perlu disiasat kerana kegiatan yang amat mencurigakan.

Di Pulau Pinang, Pasukan Peronda Sukarela atau PPS yang pernah menimbulkan masalah di kalangan orang awam apabila pasukan tersebut sebenarnya tidak lebih daripada sebuah KONGSI GELAP atau TONTO untuk melindungi penjenayah daripada tindakan undang-undang, telah diarahkan agar dibubarkan dan PPS itu sendiri dilabelkan sebagai entiti haram.



PPS mendapat sokongan yang sangat kuat daripada DAP. Bagaimana pula dengan Persatuan Cegah Jenayah dan Anti Dadah yang beroperasi di Selangor atau lebih tepat lagi di daerah Ampang ini?

Adakah mereka bebas daripada undang-undang kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil ke atas mereka walaupun secara jelas, mereka telah menyamar sebagai anggota POLIS.


SEKOLAH VERNAKULAR CINA Kurang Ajar di Kuala Kedah... Buang Bendera Malaysia Ke Dalam Tong Sampah

Saturday 17 October 2015 | 6 comments


Sukar untuk golongan yang berasal daripada aliran vernakular Cina untuk menerima hakikat bahawa sistem pendidikan mereka sebenarnya mengajarkan dan menyemaikan sikap chauvinistik serta rasisme yang sangat melampau, selain bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain termasuklah negara di mana sekolah-sekolah tersebut dibenarkan wujud.

Satu pendedahan telah dibuat di media-media sosial membabitkan perbuatan sebuah sekolah aliran Cina di Kuala Kedah yang telah menghina bendera Malaysia dengan mencampakkan bendera tersebut ke dalam tong sampah dan sengaja dibiarkan terdedah dengan niat tertentu.

Peristiwa dilaporkan berlaku pada 16 Oktober pada jam lebih kurang 5:00 petang di Sekolah Menengah Keat Hwa 2, Taman Sri Abadi, Jalan Kuala Kedah, Alor Star.


Perbuatan menghina bendera Malaysia itu telah mendapat kecaman daripada Netizen, sekaligus membenarkan dakwaan selama ini bahawa sekolah-sekolah aliran Cina telah memupuk perasaan tidak hormatkan negara sehingga melahirkan generasi yang berpendidikan aliran Cina sebagai bangsa yang tidak mengenang budi, kurang ajar dan sangat biadap. Malah lebih teruk lagi, langsung tidak boleh berbahasa Kebangsaan sekalipun sudah empat generasi berada di negara ini.

Sekolah berkenaan sebenarnya diapit oleh perkampungan-perkampungan serta taman-taman perumahan yang bermajoritikan orang Melayu. Kelompok masyarakat Cina di sepanjang Jalan Kuala Kedah, sebenarnya tidaklah seramai mana sebelum taman-taman perumahan yang mengambil tapak-tapak sawah padi terbina.

Cubaan untuk mendapatkan penjelasan daripada sekolah terbabit, tidak dapat diperolehi memandangkan sekolah tersebut masih tutup ketika wakil kami pergi.

Bagaimanapun, jawapan daripada pentadbiran sekolah seperti sudah boleh dijangka iaitu sama ada mereka menafikan perbuatan tersebut perbuatan mereka atau salah seorang pekerja sekolah melakukannya kerana jahil.

Kejahilan seringkali dijadikan alasan memandangkan mereka bukannya sekolah aliran kebangsaan. Gambaran yang diberikan seolah-olah sekolah-sekolah aliran Cina terpisah terus daripada aliran pendidikan kebangsaan.

Selepas 6 Hari Mogok Lapar Tapi Tak Mati, Matthias Chang Isytihar Diri Dilindungi 'ALLAH'

Friday 16 October 2015 | 2 comments

Kurang perhatian dan tidak dipedulikan walaupun telah berusaha untuk menarik perhatian, Matthias Chang yang berazam sebelum ini untuk mogok lapar sampai mati, mengisytiharkan 'kemenangan' di pihaknya kerana 'dia telah dilindungi Allah'.

Sebelum ini, bekas SETPOL Tun Mahathir, Matthias Chang berkata, dia akan mogok lapar sampai mati dan siapa yang mati dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang. Mogok laparnya 'sehingga mati' berlangsung tidak sampai 6 hari pun.

Semalam, secara tiba-tiba dia menamatkan mogok laparnya dan mengisytiharkan sendiri dirinya sebagai pemenang.

Dan disebabkan dia tidak mati, itu dianggap sebagai bukti 'Allah' telah melindunginya. 

Sepatutnya Tun Mahathir mendapatkan seorang pembantu yang lebih berkualiti kalau tidak pun seorang yang lebih waras untuk bersama-samanya berjuang menggulingkan Najib Abdul Razak.

Dalam kenyataannya, Matthias Chang berkata, kenyataan yang dia tidak mengalami sebarang kecederaan atau berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius adalah bukti Allah telah memelihara dan melindunginya.

"Dalam keadaan itu, saya telah menunjukkan kewajaran tindakan saya, keadilan, kebenaran dan maruah manakala Najib gagal melakukannya. Oleh kerana itu, saya tidak perlu meneruskan lagi mogok lapar saya. Malah saya dengan ini mengisytiharkan yang saya telah direstui dan dilindungi oleh Allah," katanya. "Saya dan Datuk Paduka Khairuddin bin Abu Hassan, telah membuktikan kebaculan, kemunafikan dan penyelewengan kuasa oleh rejim Najib." (RUJUK SINI)

SIRIH PULANG KE GAGANG, Kemasukan Saifuddin Abdullah Ke PKR, Mengesahkan Jangkaan Tahun 2005

Thursday 15 October 2015 | 2 comments


Hampir 10 tahun yang diambil oleh Saifuddin Abdullah, bekas Ahli Parlimen Temerloh dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk meninggalkan UMNO dan menyertai pasukan sebenarnya iaitu PKR.

Hari ini, merungkai segala-galanya berhubung tindak-tanduk Saifuddin selama ini yang bolehlah diibaratkan sebagai telunjuk mencucuk mata dan gunting dalam lipatan.

Tiada apa-apa yang dihairankan tentang Saifuddin Abdullah. Dia merupakan pemimpin yang telah ditolak oleh akar umbi sendiri. Cerita-cerita tentang kebobrokan Saifuddin Abdullah amat ketara pada PRK Kerdau 2011 apabila terlalu banyak pihak menceritakan bagaimana dia cuba memainkan peranan sebagai gergaji dua mata.

Impak yang diterimanya adalah penolakannya sebagai calon UMNO-BN di PRU-13 pada tahun 2013 di Parlimen Temerloh.


Apa pun, Saifuddin Abdullah yang menafikan dia akan menyertai PKR pada September lalu, menyertai BARISAN KUMUHAN yang ditolak akar umbi seperti Zaid Ibrahim untuk menyertai PKR, sebuah kumpulan serpihan UMNO yang wujud kerana membela Anwar Ibrahim bagi jenayah liwat yang dilakukannya.

Tahniah kepada Saifuddin Abdullah walaupun dia terpaksa mengambil masa selama 10 tahun untuk keluar dari selimut hipokritnya. Barangkali setelah kering darah dihisapnya dan tiada lagi darah dibekalkan kepadanya, dia cuba pula bertenggek pada PKR.

Dan sama seperti BARISAN KUMUHAN yang lain, besar kemungkinan juga, Saifuddin Abdullah tidak akan lama dalam PKR sebelum melompat ke dahan yang lain pula.



UNDI TIDAK PERCAYA, SABOTAJ, PINDAH TEMPAT DUDUK DAN LARI PINTU BELAKANG... Antara Taktik Malukan Najib Semasa Pembentangan Bajet

Wednesday 14 October 2015 | 0 comments


Usul untuk undi tidak percaya, dikatakan tidak dibuat lebih awal. Ada sumber menyatakan, usul tersebut akan dibuat secara tergempar atau dalam bahasa yang lebih mudah, semasa sidang Dewan Rakyat diadakan. Bagaimanapun, berdasarkan beberapa usul yang sudah sedia menunggu, usul tergempar tersebut akan dipengaruhi oleh kuasa Speaker.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, akan ditolak!

Dipercayai sekurang-kurangnya empat kerusi Parlimen BN akan 'melayang'.

Kerusi-kerusi tersebut adalah Pagoh, Semporna, Gua Musang dan Kulim-Bandar Baru dikatakan sudah tidak selamat dan tidak berpihak kepada Najib lagi. Walaupun tidak keluar UMNO atau Barisan Nasional tetapi pembentangan bajet akan digunakan untuk mewujudkan gelombang dan tekanan agar Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sidang Dewan Rakyat kali ini akan bermula 19 Oktober sehingga 5 Disember. Lebih tepat lagi selama 25 hari. Pembentangan bajet pula akan dibuat pada 23 Oktober. Perbahasan dijangka berlangsung selama 4 hari bermula dari 26 Oktober sehingga 29 Oktober.

Undian akan dibuat pada tempoh 4 hari inilah!

Dijangkakan kumpulan pro-tun di pihak BN akan menyertai 'pakatan' dengan pembangkang dalam mengutarakan dan menimbulkan pelbagai isu termasuklah membabitkan integriti Najib Abdul Razak, 1MDB dan RM2.6 bilion. Selain itu, mereka juga akan mempersoalkan tentang perlaksanaan undang-undang ke atas Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan, dua orang co-hort Mahathir di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukannya SOSMA sambil mempersoalkan intergriti Peguam Negara.

Sebelum ini pun, beberapa Ahli Parlimen BN kecewa apabila rakan-rakan mereka sendiri bertindak 'keluar ikut pintu belakang' apabila sesuatu isu dibangkitkan atau diusulkan. Malahan ada yang datang sekadar untuk mengambil elaun tetapi tidak berada di dalam Dewan untuk berbahas.

Berapa ramai yang akan bertindak enggan mengundi, memulaukan sesi pengundian dan ponteng dalam usaha memalukan Najib Abdul Razak? Berapa ramai pula dari kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan berpindah meja ke blok pembangkang? Dan berapa ramai pula yang akan berpusing mencari pintu belakang untuk keluar semasa sesi pengundian bagi meluluskan bajet?

Semua kemungkinan tersebut bakal berlaku sama ada secara berperingkat-peringkat selama 25 hari persidangan atau secara serentak, sekaligus menjadikan sesi Dewan Rakyat kali ini, akan lebih gamat manakala blok pembangkang pula akan berasa mereka lebih kuat kerana beberapa orang Ahli Parlimen BN dijangkakan menyertai mereka di Dewan Rakyat.

Berapa ramaikah daripada 133 orang Ahli Parlimen BN akan bertindak mensabotaj pembentangan kali ini?


XAVIER JUSTO Rayu Ringankan Hukuman dan Bakal Dedahkan Petualang Sebenar Yang Gunakannya Jatuhkan Najib serta Malaysia


Melihat kepada kesungguhan pihak-pihak tertentu di Malaysia yang sekarang ini sedang mempergiatkan usaha menjatuhkan Najib Abdul Razak daripada jawatan Perdana Menteri sehingga terpaksa menggunakan isu kenaikan kadar tol yang mana mereka sendiri terlibat dalam membuat keputusan memberikan keistimewaan tersebut kepada kaum kroni, ramai yang sudah dapat menjangkakan bahawa ia sebenarnya mempunyai kaitan dengan Xavier Justo, bekas eksekutif PetroSaudi yang sedang menjalani hukuman penjara 3 tahun kerana perasugut bekas majikannya di Thailand.

Transkrip perbualan WhatsApp antara Justo dengan pemain utamanya, Claire Rewcastle-Brown yang juga mempunyai hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, selain pengakuan bertulisnya setebal 11 mukasurat, sudah tentulah memanaskan banyak pihak terutama sekali pihak yang terlibat secara langsung menggunkan data-data curi daripada Xavier Justo untuk tujuan mensabotaj ekonomi negara dan mewujudkan ketidakstabilan politik Malaysia bagi menjaga periuk belanga kaum kroni yang terjejas, ekoran dasar Najib yang enggan tunduk kepada tuntutan kapitalis yang dicipta selama lebih 22 tahun.

Kini, apa yang ditakuti oleh golongan tersebut, semakin mewujudkan stigma dan fobia yang keterlaluan.

Xavier Justo telah menfailkan rayuan bagi meringankan hukumannya di mahkamah di Thailand hari ini. Menurutnya, dia wajar menerima hukuman yang lebih ringan memandangkan dia bukanlah orangnya yang telah meminda dokumen-dokumen yang didedahkan oleh beberapa pihak sebelum ini untuk menfitnah Najib Abdul Razak dan 1MDB.

Untuk menyokong dakwaannya itu, Justo telah menyerahkan dokumen setebal 59 muka surat sebagai bukti wujudnya pindaan dan perubahan oleh pihak terbabit.


Justo sudah tentu sedar, bahawa penjara di Thailand bukanlah sebuah tempat yang selesa. Justeru, tidak mungkin dia berani untuk berbohong dengan 59 muka surat bukti pindaan kerana dia tahu, hukuman yang menantinya sekiranya dia didapati berbohong adalah lebih berat.

Menurut peguam Xavier, Worrasit Piriyawiboon, 59 muka surat bukti wujudnya pindaan tersebut telah diserahkan kepada mahkamah dua hari sebelum berakhirnya tarikh rayuan. Antara alasan rayuan tersebut ialah, Justo tidak membuat sebarang pindaan pada dokumen-dokumen yang dicurinya daripada PetroSaudi International dan itu merupakan kesalahannya yang pertama.

Worrasit berkata, sebarang kerosakan pada imej Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pihak ketiga yang telah meminda dan menggubah dokumen yang mereka telah terima daripada Justo.

Menurutnya lagi, Justo tidak terlibat dalam pemalsuan dan pindaan pada dokumen-dokumen terbabit.

"Mereka yang telah melakukan pindaan pada dokumen-dokumen itu yang perlu dipertanggungjawab dan berhadapan dengan tindakan undang-undang," kata Worrasit kepada BERNAMA selepas menfailkan rayuan Justo hari ini.

Worrasit berkata, pada pandangannya, peranan Justo di dalam kes itu tidaklah serius berbanding perbuatan meminda dan memalsukan dokumen tersebut oleh pihak ketiga.

TAHU PULAK TAKUT! Cina Biadap Yang Maki Penguatkuasa Wanita 'ANJING', Tukar Nombor Pendaftaran Keretanya


Walaupun telah diyakinkan oleh Lim Guan Eng bahawa Melayu sudah dibeli dengan nilai RM200 seorang dan laporan polis ditarik balik, sebelum dibuat kembali selepas tembelang pecah, nampaknya pemuda Cina ahli DAP yang memaki hamun penguatkuasa MBPP kerana menyita tayar kenderaannya, tetap ketakutan dan bimbang.

Dilaporkan, dia telah ke Puspakom untuk menukar nombor pendaftaran keretanya daripada PLH 2242  menjadi PMG 4424.

Bagaimanapun, perkara ini tidak dapat disahkan dan sekadar laporan menerusi Facebook semata-mata.

Tindakan pemuda tersebut bersama-sama dengan seorang lagi kawannya berkurang ajar dan bersikap biadap dengan tiga orang penguatkuasa wanita kerajaan tempatan yang sedang menjalankan tugas telah mengundang reaksi negatif daripada netizen.




Klip video pendek yang menunjukkan salah seorang daripada mereka memanggil 'ANJING' kepada salah seorang anggota penguatkuasa tersebut selepas melemparkan wang ke atas lantai dan kemudian dipungut oleh anggota penguatkuasa tersebut, menyebabkan netizen mula mencari asal usul mereka. Malahan ada pula yang mencatatkan nombor pendaftaran pemuda Cina berkenaan.

Tindakan pantas daripada Lim Guan Eng untuk mengurangkan kemarahan rakyat kepadanya selepas isu pembunuhan anjing-anjing terbiar, dilihat agak berjaya memandangkan ketiga-tiga anggota penguatkuasa itu pula menjadi sasaran kerana maruah mereka mudah dibeli dengan harga RM200.

Namun yang pasti, pemuda Cina biadap itu yang sedang berhadapan dengan tindakan mahkamah kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tanggungjawab, sudah pun ketakutan dan sedar, implikasi yang bakal mereka terima...

BANK NEGARA CUAI.. Keras Teguran Peguam Negara!

Tuesday 13 October 2015 | 0 comments


Kenyataan rasmi yang dibuat oleh Peguam Negara petang tadi berkenaan, pastinya membuatkan beberapa pihak termasuklah Gabenor Bank Negara Malaysia, kepanasan dan terpukul.

Ini merupakan kenyataan 'paling keras' membabitkan integriti Bank Negara Malaysia dan para pegawainya yang selama ini tidak pernah diusik oleh sesiapa pun.

Peguam Negara yang baru telah melangkah kebiasaan tersebut dengan membuat bidasan keras ke atas BNM yang dilihat keterlaluan dalam isu 1MDB walaupun hakikatnya, kekhilafan tersebut datangnya daripada mereka sendiri.

Dalam kenyataan tersebut, Peguam Negara menyatakan, keputusan untuk tidak mendakwa pegawai-pegawai 1MDB adalah kerana tiada kesalahan yang dilakukan, ekoran Bank Negara sendiri telah dimaklumkan tentang perubahan dan tidak menghalang perubahan tersebut.

1MDB telah mematuhi prosedur dalam mendapatkan tiga kelulusan Bank Negara bagi pelaburan pada 29 September 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.

Bank Negara kemudiannya hanya mengambil tiga hari untuk meluluskan permohonan tersebut.

Apabila 1MDB meminta wang disalurkan ke akaun berlainan berbanding permohonan asal, Deutsche Bank (Malaysia) telah merujuk perkara berkenaan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimanapun, Bank Negara Malaysia memberi maklum balas dengan menasihati Deutsche Bank (Malaysia) bahawa ia adalah keputusan perniagaan dan pihak mereka tidak berniat untuk mendapatkan penjelasan lanjut selaagi ia tidak lari dari tujuan asal permohonan.

Bank Negara sebaga Pengawal Kewangan, tidak menghalang pemindahan terbabit mahupun mengarahkan Deutsche Bank (Malaysia) supaya menasihati 1MDB mendapatkan semula kebenaran. Secara idak langsung, adalah jelas, tiada sebarang permohonan maklumat lanjut daripada Bank Negara Malaysia pada waktu itu.

Menurut Peguam Negara lagi, permintaan Bank Negara Malaysia untuk mendakwa 1MDB kerana gagal memberikan beberapa maklumat tertentu, tidak dapat dipenuhi kerana 1MDB hanya perlu memberikan maklumat-maklumat terbabit SEKIRANYA DIMINTA oleh Bank Negara Malaysia pada ketika itu.

BNM bagaimanapun tidak meminta 1MDB berbuat begitu pada waktu itu.  Apatah lagi borang-borang berkaitan pemindahan dalam kes ini tidak memerlukan pemohonan menyatakan nombor akaun bank dan penerima penyaluran tersebut yang membolehkan BNM mengesahkan ke mana dana tersebut berakhir.

Secara tidak langsung dan secara jelas Bank Negara Malaysia tidak menghalang sebarang perubahan terbabit sungguhpun telah dari awal dimaklumkan oleh Deutsche Bank. Hanya setelah isu 1MDB bertukar menjadi isu panas, barulah keluar beberapa kenyataan 'panas'.

Kenyataan-kenyataan tersebut seolah-olah cuba menutup kelemahan, kealpaan dan kekhilafan pihak Bank Negara Malaysia sendiri yang kemudiannya cuba memindahkan kesalahan tersebut kepada 1MDB menerusi tindakan undang-undang.

Baca apa yang terkandung di dalam kenyataan rasmi Peguam Negara di bawah.




PEGUAM NEGARA Bidas BANK NEGARA dan Puak Fitnah SOSMA


Ada dua pengumuman rasmi yang dibuat oleh Pejabat Peguam Negara dan Peguam Negara sendiri hari ini. Kedua-dua pengumuman rasmi itu nyata tidak menyebelahi kumpulan yang sedang cuba mendapatkan sokongan sekaligus menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak menerusi jalan-jalan fitnah.

Pengumuman pertama adalah membabitkan dakwaan ke atas Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang, dua orang konco Tun Dr. Mahathir yang dikatakan sebelum ini, telah ditahan di bawah SOSMA.




Dalam sidang media yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir yang ditemani oleh Sanusi Junid, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Ong Tee Kiat dan Tengku Razaleigh Hamzah, desakan dibuat agar Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang dibebaskan daripada tahanan SOSMA. SOSMA disifatkan sebagai undang-undang yang kejam.

Manakala Muhyiddin Yassin yang merupakan antara orang yang telah meluluskan SOSMA pula, dalam majlis yang sama, berpendapat tindakan penahanan Khairuddin dan Matthias Chang di bawah SOSMA adalah keterlaluan.


Secara tidak langsung, kumpulan ENAM PENCEN tersebut cuba menggambarkan SOSMA yang boleh dicabar di mahkamah itu, merupakan hukuman yang jauh lebih kejam berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah digunakan oleh kepimpinan Mahathir untuk menutup mulut para penentangnya atas alasan mempertahankan negara dan keselamatan.

Berbanding SOSMA, ISA memperuntukkan tahanan tanpa bicara selama 60 hari yang boleh dipanjangkan menjadi 2 tahun. Kecuali pada zaman Abdullah Badawi yang telah meliberalkan ISA, undang-undang pencegahan tersebut tidak boleh dicabar di mahkamah. Sedangkan SOSMA pula dibenarkan dicabar di mahkamah.


Kerana itulah, Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan mahu mencabar SOSMA dengan harbeas carpus kemudian membatalkannya setelah 'terbongkar rahsia' mereka sebenarnya ditahan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana cubaan sabotaj sistem kewangan negara dan perbankan Malaysia.

Ketiadaan sebarang kenyataan rasmi daripada Pejabat Peguam Negara sebelum ini, telah menimbulkan pelbagai teori dan tohmahan terutama dari kalangan pro-Tun kononnya kerajaan telah menyalahgunakan SOSMA sepertimana kepimpinan terdahulu menyalahgunakan ISA sehingga Akta Keselamatan Dalam Negeri yang banyak berjasa kepada negara ini, terpaksa dihapuskan dan digantikan dengan SOSMA.

Pengisytiharan sekaligus pengesahan oleh Peguam Negara, telah menyanggah tohmahan kumpulan ENAM PENCEN dan para penyokong mereka terhadap Kerajaan dan pihak berkuasa.

'CELAKA ANWAR YEO', BUKAN 'CELAKA MELAYU', DAKWA ANTHONY LOKE!

Wednesday 7 October 2015 | 1 comments


Anthony Loke nafi yang dia mengungkapkan makian berbunyi 'CELAKA MELAYU' sebaliknya yang dimakinya adalah 'CELAKA ANWAR YEO'.

Anwar Yeo seperti didakwa oleh Anthony Loke adalah pemaju yang memajukan tanah di Kampung Ulu Temiang. Pembangunan tanah tersebut menyebabkan penduduk di perkampungan tersebut ditempatkan semula oleh Kerajaan Negeri Sembilan dan diberikan pampasan sebanyak RM3,500 bagi setiap rumah berbanding RM12,000 yang dituntut oleh penduduk.

Anthony Loke cuba menonjolkan diri sebagai HERO yang menyelamatkan penduduk kampung tersebut daripada kehilangan perkampungan mereka. Malah turut mengungkit yang dia telah menempatkan mereka di hotel-hotel bajet dengan menggunakan wang koceknya sendiri.

Gambaran yang cuba diberikan oleh Anthony Loke ialah KEKEJAMAN dan KESERAKAHAN Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO di Negeri Sembilan, yang sampai hati menghalau orang kampung dari rumah dan perkampungan mereka tanpa sebarang pampasan yang sesuai serta rumah ganti.

Anthony Loke cuba menjadikan pemaju hartanah sebagai 'musuh' rakyat sedangkan dasar DAP seperti yang terlihat di Pulau Pinang dan Selangor amat jelas, pemaju didahulukan, rakyat diterajang-terajang. Hanya kerana di Negeri Sembilan, Anthony Loke mahu melihat DAP menjadi juara, dia muncul untuk membela nasib penduduk Kampung Ulu Temiang, walaupun hakikatnya, nasib mereka jauh lebih baik berbanding orang-orang Melayu di Pulau Pinang yang dihalau dari rumah dan perkampungan mereka dengan sehelai sepinggang tanpa sebarang pampasan.

Anthony Loke telah dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya itu. Dia bagaimanapun menafikan sambil berkata, dia hairan bagaimana isu perkauman itu boleh timbul sedangkan isu perkauman adalah isu yang paling tidak munasabah. Kononnya dia hanya berjuang menentang ketamakan pemaju hartanah.

Bagus punya spin... mulanya CELAKA MELAYU, kemudian bertukar menjadi CELAKA FRU, tetapi selepas itu, CELAKA ANWAR YEO.

Di Pulau Pinang, Melayu terus dihalau dari perkampungan mereka. 25 buah perkampungan Melayu hilang lenyap di Pulau Pinang, langsung tidak disebut oleh Anthony Loke yang merupakan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP!


KHAIRUDDIN ABU HASSAN Dah Selamat... Masuk Lokap SOSMA Kembali!

Tuesday 6 October 2015 | 1 comments


Dua minggu lepas, kumpulan penentang Najib atau lebih dikenali sebagai Pro-Tun, kecoh apabila Khairuddin Abu Hassan, bekas pemegang status muflis yang tidak sampai setahun berjaya keluar dari status terbaik selepas membuat laporan polis ke atas 1MDB dan Najib Abdul Razak, disyaki menghidap demam denggi ketika di lokap SOSMA.

Sudah ada cakap-cakap dan khabar-khabar angin, kononnya Khairuddin hendak 'disenyapkan' dengan menjadikan demam denggi sebagai puncanya. Bagaimanapun, ekoran tindakan undang-undang yang kerap diambil oleh Najib ke atas fitnah-fitnah seperti itu, membuatkan cakap-cakap tersebut sekadar berlegar-legar dalam kumpulan WhatsApp kelompok tersebut.

Hari ini, Khairuddin Abu Hassan 'dibebaskan' dari Hospital Kuala Lumpur setelah demam dengginya pulih. Dia bagaimanapun, dibawa kembali ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan akan terus ditahan sehinggalah kesnya didengar di mahkamah pada 13 Oktober nanti.

Khairuddin telah mencabar penahanannya di bawah SOSMA di mana dia ditahan pada 23 September lalu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Dia telah ditahan di bawah undang-undang tersebut selepas dia sendiri mengesahkan cuba mendapatkan bantuan daripada kuasa asing untuk mencampuri urusan dan kedaulatan Malaysia, atas alasan mencari kebenaran dalam isu 1MDB. Khairuddin dan kumpulannya mendakwa, tindakan tersebut tidak berkaitan dengan keganasan dan tindak-tanduk Khairuddin pula tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada negara.

Semenjak Disember lepas, Khairuddin Abu Hassan sendiri yang melaporkan, dia telah membuat laporan ke atas 1MDB di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom. Dia telah ditahan pada 18 September ketika cuba melarikan diri ke Amerika Syarikat. Ketika ditahan, dia mendakwa dia dalam perjalanan untuk bertemu dengan pegawai-pegawai FBI.

Tiada sebarang sumber dari FBI atau mana-mana badan berkuasa negara-negara terbabit yang mengesahkan, Khairuddin telah membuat laporan kepada mereka. Malah Grand Jury Amerika Syarikat yang juga dikatakan telah menerima laporan Khairuddin juga, mengesahkan tiada laporan diterima.

Nama Khairuddin Abu Hassan dikatakan muncul dalam transkrip perbualan WhatsApps melibatkan Xavier Justo, Claire, Ong Kay Tat, Tony Pua dan beberapa orang yang lain selain dalam pengakuan bertulis Xavier Justo yang kini menjalani hukuman penjara selama 3 tahun di Thailand setelah mengaku bersalah memerasugut bekas majikannya, PetroSaudi.

CELAKA MELAYU... Tapi Didakwa Sebagai CELAKA FRU Ketika Anthony Loke Ditolak Ke Trak Polis


CELAKA MELAYU...
atau...
CELAKA FRU?

Hakikatnya Anthony Loke yang merupakan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke dan ADUN Temiang, Ng Chin Tsai telah ditahan oleh polis kerana menghalang pihak berkuasa daripada menjalankan tugas merobohkan rumah-rumah di Kampung Ulu Temiang, awal pagi tadi.

Anthony Loke telah ditahan bersama-sama 14 orang penduduk kampung yang lain kerana enggan keluar, walaupun telah diberi amaran oleh pihak berkuasa.

Kesemua mereka telah dibawa Balai Polis Seremban menaiki trak polis pada jam lebih kurang 8:25 pagi.

Ketika dibawa menaiki trak itulah, Anthony Loke mengeluarkan kata-kata yang tidak begitu jelas, tetapi yang pasti perkataan 'CELAKA...' amat jelas. Perkataan kedua, tidak dapat dipastikan sama ada ianya bermaksud MELAYU atau FRU walaupun kumpulan penyokongnya menyatakan, Anthony Loke menyumpah seranah FRU.

Ini adalah kerana lidah kerasnya, sukar membezakan perkataan MELAYU dan FRU sehingga kedengarannya tidak jelas.

Anthony Loke dan DAP cuba menjadi juara dalam isu pengambilan tanah dan pengeluaran penduduk dari tanah milik persendirian di Kampung Ulu Temiang.


Bagaimanapun, dalam isu perampasan tanah dan pengusiran penduduk 25 perkampungan Melayu yang melibatkan DAP dan Lim Guan Eng secara langsung, tidak dipedulikan oleh DAP, mahupun oleh Anthony Loke. Tetapi dalam isu Kampung Ulu Temiang yang melibatkan Kerajaan Negeri Sembilan yang didokongi oleh UMNO-BN, bukan main hero lagi Anthony Loke dan DAP.

Berikut adalah senarai perkampungan Melayu di Pulau Pinang yang telah DILUPUSKAN di bawah pentadbiran DAP!

(1) Kampung Permatang Tok Suboh
(2) Kampung Buah Pala
(3) Kampung Pokok Assam
(4) Kampung Dodol
(5) Kampung Binjal
(6) Kampung Batu Uban
(7) Kampung Tanjung Tokong
(8) Kampung Bagan Dalam
(9) Kampung Permatang Tepi Laut
(10) Kampung Pulau Jelutong
(11) Kampung Batu Maung
(12) Kampung Lima Kongsi
(13) Kampung Teluk Kumbar
(14) Kampung Dalca
(15) Kampung Sungai Nibong Kechil
(16) Kampung Tengah
(17) Kampung Terang
(18) Kampung Pondok Upeh
(19) Kampung Padang Benggali
(20) Kampung Teluk Air Tawar
(21) Kampung Gagah
(22) Kampung Nelayan
(23) Kampung Selut
(24) Kampung Siam.

Memasuki senarai terakhir adalah Kampung Mutiara di Batu Feringgi yang bakal menjadi korban. Dianggarkan 1,000 penduduk di kampung itu terlibat dengan proses pengusiran terbabit.

Mungkin apa yang terkandung dalam perjuangan DAP dalam isu ini terkandung dalam JERITAN ANTHONY LOKE.... CELAKA MELAYU @ FRU!!!


PAKATAN BARU Mengandungi PAS Akan Ditubuhkan Di Selangor Bagi Menyingkirkan DAP dan Menggulingkan Keluarga Anwar?


Apa yang telah dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1988, nampaknya berulang semula. Cuma kali ini skalanya lebih kecil kerana ia hanya melibatkan PKR, PAS dan DAP di Selangor bagi tujuan pengekalan kuasa.

DAP di peringkat Kebangsaan dan Pulau Pinang telah memutuskan semua bentuk hubungan dengan PAS apabila PAS berkeras untuk membentangkan undang-undang persendirian membabitkan hukuman hudud di Kelantan. DAP dari awal lagi telah menentang sebarang undang-undang syariah yang dianggap sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan meskipun Perlembagaan yang sama juga mengiktiraf kewujudan Undang-Undang Syariah bagi menguruskan halehwal masyarakat beragama Islam di negara ini.

'Kejayaan' DAP dalam dua PRU lalu kerana pengaruh dan kewujudan PAS dalam Pakatan Rakyat yang kini telah pun dilupuskan bagi memberi laluan kepada kumpulan serpihan PAS yang kehilangan jawatan, Parti Amanah Negara, menimbulkan persoalan besar tentang keberadaan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor.

PAS merupakan salah satu daripada unit di dalam pentadbiran campuran Selangor memandang tiada sebarang parti yang menang majoriti untuk menjadi parti tunggal pemerintah Selangor.

Tindakan tergesa-gesa Wan Azizah dan puak-puaknya yang diketuai oleh Rafizi Ramli mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan yang mengandungi PKR-DAP-PAN, telah menimbulkan tentangan senyap di Selangor. Ini adalah kerana pembentukan Pakatan Harapan di peringkat pusat, akan menjejaskan kewujudan Kerajaan Negeri Selangor yang bersifat campuran di mana PAS ada di dalamnya.

PAS awal-awal lagi telah menyatakan bahawa mereka tidak akan meninggalkan pentadbiran Selangor, sekaligus membuatkan Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor perlu memikirkan sesuatu yang lebih bersifat drastik untuk menangani kemelut yang serba memalukan, kesan daripada tindakan gopoh Wan Azizah hasil nasihat Rafizi Ramli.

Walaupun Azmin Ali cuba menafikan pembabitannya dalam usaha membuat undi tidak percaya dan menggulingkan Wan Azizah, namun banyak sumber-sumber di Selangor yang telah mengesahkan bahawa usaha-usaha untuk membentuk sebuah pakatan baru, sedang dirangka sekarang yang antara lain, turut melibatkan Azmin Ali sendiri.

Namun ada sesuatu yang lebih menarik apabila selain Pakatan Baru di Selangor, wujud juga Pakatan Ketiga yang bersifat lebih menyeluruh apabila menggabungkan parti-parti yang tidak dipandang oleh DAP selain PAS. Pakatan ketiga tersebut diwujudkan untuk memastikan PKR atau lebih tepat lagi Azmin Ali, diangkat sebagai pemimpin yang lebih ke hadapan memandangkan dia keluar dari pengaruh dan kekangan DAP.

Pakatan ketiga tersebut terdiri daripada puak pro-Azmin dari PKR yang akan menubuhkan parti baru, Parti Sosialis Malaysia, Parti Cinta Malaysia, Hindraf Makkal Sakti dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Perpecahan PKR sudah dijangka lebih awal memandangkan Wan Azizah yang dikawal oleh suaminya di dalam penjara dan Rafizi Ramli yang bertindak sebagai penasihat ulungnya, membuat banyak kesilapan dan tidak mampu memimpin. Malah Wan Azizah tanpa air mata sebagai modalnya, tidak berguna langsung untuk PKR.

Parti serpihan PKR itu akan dilancarkan dalam tempoh 3 bulan dan merupakan parti pelbagai kaum. Besar kemungkinan juga, bekas Menteri Besar Selangor yang digulingkan oleh Rafizi Ramli dengan LANGKAH KAJANGnya yang terkangkang, Khalid Ibrahim akan menyertai parti tersebut.

Khalid bagaimanapun, tidak akan memegang sebarang jawatan penting dalam parti itu.

Pihak Berkuasa Perlu Siasat Motif Sebenar Syarikat Penerbitan Besar Terbitkan Buku Ajaran Bertentangan Islam Dalam Bahasa Melayu

Monday 5 October 2015 | 1 comments


Syarikat Penerbitan Pelangi yang beribu pejabat di Johor, bukannya sebuah syarikat penerbitan kecil. Syarikat penerbitan ini yang mempunyai banyak anak syarikat penerbitan yang lain, turut mempunyai cawangan-cawangannya di luar negara, terutama sekali di Singapura.

Beberapa buah syarikat penerbitan sebelum ini yang menggunakan Bahasa Melayu, dan digunakan untuk peringkat rendah serta tadika, pernah dipertikaikan kerana mengandungi unsur-unsur Kristianisasi yang berlebihan dalam buku-buku terbitan mereka.




Beberapa pendedahan sebelum ini, menunjukkan perbuatan tersebut seperti disengajakan dan seolah-olah mencabar undang-undang negara ini yang memerlukan beberapa gadis panduan untuk penerbitan dipatuhi terutama yang berkaitan dengan agama.

Penerbitan Kristianisasi yang menggunakan Bahasa Melayu adalah dibenarkan di Sabah dan Sarawak, di mana Bahasa Melayu merupakan lingua franca di kalangan masyarakat Bumiputera kedua-dua negeri tersebut yang menganuti agama tersebut.


Perkara berkenaan sudah difahami dan diterima secara menyeluruh. Bagaimanapun, sesuatu yang telah difahami, dituruti dan dipatuhi sebelum ini iaitu penggunaan frasa 'UNTUK PENGANUT KRISTIAN SAHAJA' yang perlu dicatatkan pada kulit luar atau hadapan penerbitan tersebut, kini seolah-olah sengaja diabaikan.

Sebagai sebuah syarikat penerbitan yang besar, yang turut mendapat projek pembekalan buku daripada Kerajaan mahupun agensi-agensi Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri, Kumpulan Penerbitan Pelangi yang mempunyai pelbagai anak-anak syarikat, seharusnya lebih peka dan lebih mudah mematuhi arahan tersebut.

Sebuah buku yang mengandungi ajaran yang kononnya dipetik daripada Bible, telah ditemui di bahagian tengah Sarawak.



Tiada yang bersalahan dengan buku tersebut seandainya terdapat pengkelasan dan pemberitahuan bahawa buku tersebut mengandungi ajaran Triniti dan hanya untuk penganut Kristian semata-mata kerana Undang-Undang Penerbitan di bawah Akta Percetakan dan Mesin Cetak mencatatkannya dipatuhi.

Difahamkan, buku ini telah diperolehi di sebuah sekolah di Kuching dari seorang murid Darjah 5. Bagaimanapun, sumber menyatakan, buku ini telah dibeli di luar dan tidak digunakan sebagai alat bantuan mengajar.



Antara lain, buku tersebut mengandungi ilustrasi yang menunjukkan:

1. Kaki Allah yang menyerupai kaki manusia sedang menendang Adam dan Hawa dari syurga.
2. Sepasang Dewi Tanah dan Dewa Lelaki sedang melahirkan 3 orang manusia. 

Mungkin bagi agama Kristian atau Katholik, isi kandungannya tidak salah dan bertentangan tetapi penerbit seharusnya lebih peka dan memberitahu bahawa buku yang berorientasikan pelajar-pelajar peringkat rendah itu, sebenarnya adalah untuk bahan bacaan pelajar-pelajar beragama Kristian sahaja.

Tanpa label seperti yang dituntut oleh undang-undang, tidak salah kalau dikatakan Penerbitan Pelangi berniat dan secara sengaja mahu memasarkan buku tersebut secara terbuka kepada semua orang, termasuklah umat Islam.



Persoalannya sekarang, adakah kerana wujudnya tentangan terhadap undang-undang di Malaysia yang tidak membenarkan penggunaan Kalimah ALLAH bagi bukan beragama Islam, dan kelonggaran undang-undang tersebut di Sarawak dan Sabah, maka, penerbitan yang berpejabat di Johor itu, bebas berbuat sekehendak hati?

Pihak berkuasa seharusnya menjalankan siasatan dan mencari motif sebenar syarikat penerbitan yang banyak memperolehi projek-projek pembekalan daripada Kerajaan itu!


CINA SINGAPURA BIADAP, NAIK ANGIN APABILA CUBAAN RASUAH ANGGOTA POLIS GAGAL!

Friday 30 October 2015 · 4 comments


Kejadian dilaporkan berlaku di CIQ Johor Bahru membabitkan pasangan Cina Singapura!

Apa masalah apek Singapura ini apabila anggota polis menahan kenderaan dan meminta lesennya? 

Atau sememangnya dia jenis yang tidak tahu menghormati orang lain kerana beranggapan, anggota-anggota polis Malaysia adalah spesies yang boleh dianjing-anjingkannya. 

Berdasarkan klip video yang dirakam sendiri oleh pasangannya, Cina Singapura itu melakukan dua kesalahan yang membolehkan dia diheret ke lokap dan dibicarakan sebelum dipenjarakan. 

Kesalahan paling besarnya adalah cubaan merasuah anggota-anggota polis yang sedang menjalankan tugas mereka. Kegagalan rasuahnya telah menyebabkan apek Singapura itu naik angin dan terus melakukan provokasi. Kesalahan kedua pula adalah menghalang penjawat awam melaksanakan tanggungjawab mereka. 

Sama ada apek Singapura itu memang jenis bangang tidak bertempat atau angkuh kerana yang menahannya adalah anggota polis Melayu yang pada kebiasaannya Melayu di Singapura adalah Pribumi Merempat Kelas Paling Cokia di bumi sendiri, anda boleh menilai sendiri gelagatnya berdasarkan rakaman yang dibuatnya sendiri.




(AKTA POLIS 1967)

Kuasa pegawai polis untuk memeriksa lesen, kenderaan, & lain2 :

1) Mana-mana pegawai polis boleh
(a) memberhentikan dan menahan mana-mana orang
(i) yang dilihatnya sedang melakukan apa-apa perbuatan atau ada dalam miliknya apa-apa benda; atau
(ii) yang dia ada alasan yang munasabah bagi mengesyaki sedang melakukan apa-apa perbuatan atau ada dalam miliknya apa-apa benda;yang baginya lesen, permit atau kebenaran yang diperlukan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa, bagi maksud menghendaki orang mengemukakan lesen, permit atau kebenaran itu;

(b) Memberhenti dan memeriksa tanpa waran mana-mana kenderaan atau vesel yang disyakinya atas alasan yang munasabah sedang digunakan dalam melakukan apa-apa kesalahan terhadap mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa:Dengan syarat bahawa kenderaan atau vesel itu tidak boleh, tertakluk kepada subseksyen (4), ditahan lebih lama daripada semunasabahnya perlu untuk menyempurnakan pemeriksaan itu.

(2) Seseorang yang tidak mengemukakan lesen, permit atau kebenaran di bawah subseksyen (1)(a) apabila diminta berbuat demikian oleh seorang pegawai polis boleh ditangkap tanpa waran melainkan dia memberi kepada pegawai polis itu nama dan alamatnya dan, selainnya, memuaskan hati pegawai polis itu yang dia akan mematuhi dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang mungkin diambil terhadapnya.

3) Seseorang yang tidak mematuhi apa-apa isyarat munasabah yang diberikan oleh seorang pegawai polis, menghendaki mana-mana orang memberhentikan apa-apa kenderaan atau vesel di bawah subseksyen (1) atau menghalang mana-mana pegawai polis dalam melaksanakan tugasnya di bawah subseksyen itu, adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran, menangkap orang itu melainkan dia memberi nama dan alamatnya dan, selainnya, memuaskan hati pegawai polis yang dia akan mematuhi dengan sewajarnya apa-apa saman atau prosiding lain yang mungkin diambil terhadapnya.

(4) Mana-mana pegawai polis boleh menyebabkan mana-mana kenderaan atau vesel, yang dia ada alasan-alasan yang munasabah untuk mengesyaki telah digunakan dalam melakukan suatu kesalahan terhadap mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa atau sebagai keterangan mengenai apa-apa kesalahan yang telah dilakukan, dipindahkan ke ibu pejabat Daerah Polis yang berhampiran sekali atau ke tempat lain yang sesuai, dan Pegawai Penjaga Daerah Polis itu boleh dengan itu menyebabkan kenderaan atau vesel itu ditahan di situ, sementara menunggu penyiasatan, bagi tempoh tidak melebihi empat puluh lapan jam, atau jika, dalam tempoh itu, prosiding dimulakan mengenai apa-apa kesalahan di mana kenderaan atau vesel itu boleh dilucuthakkan di bawah mana-mana undang-undang atau boleh dengan sewajarnya dikemukakan sebagai keterangan, sehingga keputusan muktamad prosiding itu:

Dengan syarat bahawa Pegawai Penjaga Daerah Polis itu boleh, walau apa pun subseksyen ini, mengarahkan supaya kenderaan atau vesel itu dilepaskan jika dia berpuas hati bahawa pemunya atau orang yang menjaga kenderaan atau vesel itu akan mengemukakan kenderaan atau vesel itu dengan sewajarnya di hadapan mahkamah apabila dikehendaki, dan bagi maksud itu boleh menghendaki pemunya atau orang itu menyempurnakan suatu bon atau mendepositkan apa-apa sekuriti yang difikirkannya munasabah.

LAGI BUDAK PEREMPUAN PANTAI TIMUR BERGOCOH DAN DISEBARKAN DI FACEBOOK!

Thursday 29 October 2015 · 1 comments



Kerana pulut santan binasa, kerana mulut, klip videonya terpampang dalam Facebook...

Gaya baru dan kaedah baru untuk menunjukkan kehebatan gadis-gadis Melayu yang tidak lagi berbaju kurung tetapi berseluar jeans dan bergocoh di tempat awam, lebih tepat lagi di atas jalan. 

Berdasarkan daripada perbualan kalut yang kedengaran dari klip video tersebut, jelas, loghat yang digunakan oleh gadis-gadis tersebut adalah dari negeri di Pantai Timur. 

Tidak begitu jelas motif pergaduhan, tetapi pada bahagian akhir klip video, remaja perempuan bernama Laila yang berbadan lebih besar, menuding muka remaja yang dibelasahnya kerana mengata kakaknya.

Suara-suara sokongan dan hasutan kedengaran jelas di belakang rakaman, menandakan, kejadian ini melibatkan kumpulan. Seorang remaja lelaki masuk campur dan akhirnya meleraikan pergaduhan tersebut. 


Semakin lama semakin hebat budak-budak perempuan di Pantai Timur.

Minggu lepas, tiga orang remaja perempuan dimasukkan ke lokap kerana mengasari dan membelasah seorang mangsa dalam satu drama perebutan seorang jantan. Mangsa dalam satu perbualan menjelaskan dia tidak bersalah dan tidak ada kena-mengena langsung dengan apa yang diperbalahkan tetapi telah dituduh mempunyai hubungan asmara dengan lelaki yang direbut oleh remaja perempuan yang mengaku mempunyai iras Neelofa dan membelasahnya sehingga patah kuku. 

Selepas ini, apa lagi klip video yang akan dipaparkan atau terpapar di media sosial?



DIKEJAR, KERETA DISEPAK DAN DISIMBAH CECAIR, DI BALAI POLIS PENGADU DIPEROLOK-OLOKKAN!

Wednesday 28 October 2015 · 4 comments



Al-kisah road trip kami sekeluarga baru-baru ini. Kami memandu dari kelantan-hatyai-krabi-hatyai-penang-perak-kl-johor dan pulang ke kelantan.

Alhamdullilah semuanya dipermudahkan walaupun travel dengan 2 kanak2.

Namun otw balik dari johor melalui mersing ke kelantan, di daerah Kahang sesuatu yang tak disangka berlaku. Kakak ipar mengambil alih tugas memandu dari suami aku sekejap. Tiba-tiba ada 3 motosikal mengekori kereta kami. Mengacah2 dari belakang. Mereka memakai topi keledar cover muka. Tapi dari saiz badan, nampak macam budak2 sekolah menengah saja. Sampai satu tempat disimbahnya cecair ke cermin depan keretA.

Mereka memecut laju selepas itu. Namun, mereka tunggu kami ditepi jalan. Kami dikejar lagi. Disimbah sekali lagi. Suami sudah mula berang dan ingin mengambil alih memandu. Tetapi kakak tidak benarkan. Risau kalau diikut darah muda lelaki.

Mereka kejar lagi. Risau dengan keselamatan, aku menelefon 999.

Dalam ketar suara aku, suara dihujung talian berkata 'bertenang puan. Nanti puan berhenti di balai polis berdekatan'.

Tapi ini kali pertama aku lalui jalan ini. Mana tahu dimana balai polis. Kalau apa-apa terjadi sebelum sampai di balai polis??

Mereka terus mengejar. Takut memang takut. Tak Tahu apa yang mereka mahu.
Kami sampai di lampu isyarat. Alamak lampu merah!. Mereka sempat mengejar kami. Lalu disepaknya kedua-dua belah kereta kami. Gila!
Mereka memecut laju kedepan, tapi berhenti disatu tempat. Siap sengih lagi. Kami dapat no plat salah sebuah motor itu, JNT 6305.

Kami teruskan perjalanan dan berhenti di balai polis Kahan. Setelah membuat laporan, saya meminta untuk disambungkan kepada pegawai yang akan mengambil kes saya. Saya disambungkan kepada Inspektor Rizal dari IPD Kluang.


Panjang perbualan kami. Namun antaranya berbunyi begini.

S: jadi, pihak tuan tidak dapat pergi cari suspek itu sekarang, memandangkan kita ada no plat salah seorangnya,jadi kita boleh kesan alamatnya? Saya risau kalau mereka tidak ditahan sekarang, mereka mungkin mengekori saya lagi sekejap lagi. Keselamatan kami sekeluarga dalam ancaman.
P: saya tahu apa yang saya kena buat puan.
S: tapi adakah tuan akan ambil tindakan segera?
P: saya tahu apa yang saya kena buat tuan.
S:........tapi kalau tuan tidak dapat beri kepastian bahawa tuan akan mencari suspek, saya masih risau tentang keselamatan kami.
P: keselamatan puan saya tak boleh jamin. Puan bawalah apa-apa senjata dalam kereta.
S.??????. Tuan, saya telefon 999 dan datang buat aduan kerena saya takut dan mengharapkan ada bantuan atau penyelesaian dari pihak tuan. Kalau inilah caranya, saya rasa tak ada guna saya datang minta bantuan polis.
P: oh, kalau puan nak bantuan, puan boleh telefon bomba atau ambulan.
S: (speechless).
Tuan, kalau lah pihak tuan respons segera masa saya telefon 999 tadi, rasanya tak sempat mereka rosakkan kereta saya. Mereka pun mungkin dah boleh diberkas sekarang.
P: ehhh puan. Kami bukan superman. Bila dipanggil terus ada.
S. Baiklah

Kalaulah ini sikap pegawainya, maka tak perlulah pelik kenapa jenayag makin berleluasa. Kes budak sekolah, road bully macamni pun kau takleh settlekan segera, tak yah cerita kes-kes besar lain. Kalau dibangku sekolah mereka sudah berani buat begini, besar nanti jangan mereka yang mengacukan pistol kat kepala kau sudah.

Beribu batu perjalanan kami, dibumi Malaysia juga keselamatan kami diancam. (SUMBER)



MALAY PIG! MALAY BITCH!... Kenakan Hukuman Berat dan Halau keluar Dari Negara Ini!

Tuesday 27 October 2015 · 11 comments


Di dalam klip video yang disebarkan menerusi Facebook, seorang warga asing, jelas cuba menunjukan samseng sambil menengking dan memaki hamun seorang pemandu warga tempatan yang mahu dipukulnya. Kata-katanya amat jelas di dalam klip video tersebut.

'MALAY PIG'
'MALAY BITCH'

Dan tidak ketinggalan juga, warga Britain yang menjadi pengarah sebuah agensi pekerjaan turut menghina dan memaki hamun Malaysia serta Najib Abdul Razak.

Tidak cukup dengan itu, teman wanitanya, seorang wanita berbangsa Filipina pula berlagak dengan mengaku sebagai anak duta dan berlagak besar kepala kononnya, pemandu yang cermin keretanya telah ditumbuk dan cermin sisi keretanya telah dipecahkan mengancam akan menggunakan kekerasan undang-undang kerana dia adalah anak duta dan mempunyai KABEL BESAR di kalangan pegawai polis. (RUJUK SINI)

Hari ini warga asing yang mencari rezeki di Malaysia itu telah dihadapkan ke mahkamah dengan dua tuduhan jenayah. Mcgruer Kenneth George, 40, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan tersebut.

Dalam tuduhan pertama, dia didakwa mengugut pemandu Myvi, Dzulzalali Iqram Osman, 30, seorang jurutera dengan niat untuk mendatangkan kecederaan. Manakala tuduhan kedua pula, dia didakwa telah memecahkan cermin hadapan kereta Myvi milik Moeznimanwaty Osman, 39. Kenneth didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di KM305 Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Lumpur ke Seremban antara jam 6:24 petang dan 6:30 petang pada 25 Oktober.

Dia diwakili oleh peguam Diar Isda Yasmin Ismail yang telah merayu agar mahkamah tidak menahan pasportnya memandangkan dia memerlukan pasport tersebut untuk urusan syarikat. Menurut Diar Isda lagi, anak guamnya itu telah memberikan kerjasama dan telah tinggal di negara ini semenjak tahun 2002.

Majistret Aina Azhra Ariffin mengarakan tertuduh untuk menyerahkan pasportnya dan menetapkan wang jaminan sebanyak RM11,000 dengan dua penjamin warga Malaysia untuk kedua-dua tuduhan. Sebutan di mahkamah telah ditetapkan pada 4 Disember.

Melampau betul warga asing. Mereka cari makan di negara ini tetapi berlagak seperti mereka adalah tuan besar di sini. Seharusnya orang putih itu dikenakan hukuman berat dan kemudian dihalau keluar dari negara ini serta diharamkan sama sekali memasuki atau mempunyai sebarang urusan lagi di negara ini. Biarkan dia berkarat di negara asalnya.

Begitu juga dengan 'anak duta' tidak sedar diri yang berlagak besar kepala kerana berboyfriendkan orang putih. Halau sahaja keluar dari negara ini memandangkan gertakannya itu sebenarnya merupakan satu penghinaan kepada PDRM kerana memberikan gambaran para pegawai polis Malaysia mudah disogok dan dirasuah unutk mengambil tindakan ke atas orang yang tidak bersalah.

Klip video yang sedang tersebar itu jelas menunjukkan perangai biadap warga asing tersebut yang jelas, mereka menggunakan kemudahan yang dibiayai oleh rakyat Malaysia!!!


YUKTES VIJAY Dedah Bagaimana AININA Pujuk Dia Supaya Mengaku Diliwat Oleh Anwar Ibrahim

Monday 26 October 2015 · 4 comments



Bekas pembantu peguam Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay dalam postingnya di Facebook, membuat pendedahan yang agak menggemparkan.

Dia menceritakan bagaimana Ainina Saaduddin telah memujuknya agar membuat perakuan yang dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim dengan menjanjikan kemewahan dan kesenangan sekiranya, Yuktes bersetuju dengan cadangan tersebut.


Ainana Saaduddin dikatakan salah seorang kroni Tun Mahathir dan merupakan antara yang lantang mengecam Najib dan kepimpinan UMNO walaupun pada masa yang sama, beberapa pihak pula mendedahkan Ainina naik angin apabila beberapa projeknya di Langkawi, tidak disokong oleh UMNO Pusat.

Bekas anggota Wanita UMNO Langkawi itu menyertai Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang melakukan serangan dalam usaha menjatuhkan dan menggulingkan Najib Abdul Razak daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Pendedahan berani yang dibuat oleh bekas pembantu peguam Anwar Ibrahim itu, tidak seharusnya dipandang ringan. Apatah lagi, dalam isu liwat sebelum ini pun, para penyokong Anwar Ibrahim tegak-tegak menuduh Najib Abdul Razak yang mendalanginya.

WARAN TANGKAP Untuk Pelakon 'Tunjuk Tetek'!

Thursday 22 October 2015 · 0 comments


Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas pelakon dan model Zarina Anjoulie kerana gagal menghadirkan diri di mahkamah untuk berhadapan dengan tuduhan dadah.

Majistret Mohd Nazri Omran telah mengeluarkan arahan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwaraya Siti Fatimah Yahya memperolehi waran penangkapan ke atas Zarina, yang nama sebenarnya adalah Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 29.

Ini adalah kali ketiga Zarina gagal menghadirkan diri ke mahkamah tanpa sebarang alasan semenjak diperintahkan oleh mahkamah untuk membela diri ke atas tuduhan yang dikenakan kepadanya.

Menurut Siti Fatimah, waran tangkap tersebut adalah perlu memandangkan tertuduh telah membazirkan masa dan kewangan mahkamah.

"Suspek turut sering menukar peguam. Bagaimanapun, peguam barunya yang sepatutnya muncul mewakili pelakon itu juga tidak muncul," katanya.

Mahkamah telah menetapkan 5 November sebagai tarikh sebutan.

Penjamin Zarina yang enggan namanya didedahkan kepada media, telah memberitahu mahkamah, dia juga gagal menghubungi Zarina kerana dia hanyalah rakan biasanya dan Zarina seringkali menukar nombor telefon.


Sementara itu, seorang rakan Zarina, Mohamad Fakruzaim Mohamad Fawzi, 29, yang didakwa bersama-samanya telah muncul di mahkamah.

Zarina dan Mohamad Fakruzaim telah didakwa mengambil methamphetamine.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di pejabat narkotik balai polis Damansara pada 8:10 malam pada 30 Disember 2012.


SUSPEK Bogel Rakyat China Telah Ditahan oleh Polis Sabah

· 0 comments


Seorang warganegara China berusia 33 tahun yang berbogel bersama-sama rakannya yang lain di sebuah pulau di perairan Semporna telah ditahan oleh polis Sabah semalam.

Berdasarkan laporan media, lelaki tersebut dikenalpasti berdasarkan daripada gambar-gambarnya yang dirakamkannya bersama-sama dengan yang lain dalam keadaan bogel, yang kemudiannya menjadi viral.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Salehhuddin Abdul Rahman mengesahkan yang suspek telah diberkas pada jam 11:15 malam tadi di sebuah bilik sewa di Semporna.

"Suspek pernah melawat Semporna beberapa kali dan membawa kumpulan-kumpulan pelancong China untuk menyelam di pulau-pulau berhampiran Semporna," katanya.

Suspek akan direman sehingga 25 Oktober untuk memudahkan siasatan di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Kesalahan tersebut boleh menyebabkan penjara sehingga tiga bulan atau didenda atau kedua-duanya sekali jikalau didapati bersalah.

Gambar-gambar suspek bersama dengan beberapa orang lelaki sedang berbogel telah beredar di laman-laman sosial. Polis telah menerima beberapa laporan semalam tentang gelagat pelancong-pelancong dari China yang berbogel di sebuah pulau berhampiran Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna, Peter Umbuas berkata, polis sekarang sedang menyiasat di mana gambar tersebut dirakamkan dan siapakah di dalam gambar-gambar tersebut yang telah kembali ke China. Menurutnya lagi, PDRM juga mendapatkan bantuan Interpol untuk mengenalpasti kesemua suspek dan bekerjasama dengan pihak Jabatan Imigresen bagi mengenalpasti bila mereka masuk ke Sabah.

BAR ARAK DAN MAKSIAT SEKAT LALUAN KAKILIMA KE PUSAT PENGAJIAN ISLAM... Kenapa DBKL Tutup Mata?

· 1 comments


Beberapa hari lepas, berita tentang anggota PBT di Selangor ke mahkamah kerana terlibat menjadi dalang kepada pertumbuhan rumah-rumah urut dan pusat-pusat judi di sebuah daerah di Selangor, telah terpampang di media-media massa dan sosial di negara ini. Sekaligus menyerlahkan tentang kepincangan fungsi penguatkuasaan daripada pihak kerajaan kerana RASUAH.

Itu di Selangor...

Bagaimana pula dengan di Kuala Lumpur yang ditadbir oleh DBKL?

Satu pendedahan telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook tentang perangai pengurusan sebuah bar yang sememangnya teras perniagaan mereka adalah arak yang menghalang laluan pejalan kaki di kaki lima premis mereka.

Adakah undang-undang kecil PBT berkenaan penggunaan kaki lima telah diluluskan dan dipinda oleh DBKL? Adakah sekarang ini mana-mana bar boleh menggunakan kaki lima dan menghalang laluan?

Atau semuanya ini kerana ada 'udang di sebalik batu'?

DBKL harus jawab benda nih...





No telefon DBKL ..
1800883255

Minta jasa baik saudara-saudara muslim untuk call dan buat aduan berkenaan bar-bar yang membuat binaan menyekat laluan pejalan kaki ke Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta'lim.

Binaan yang mereka buat memburukkan pandangan dan menyemarakkan syiar maksiat ..

Maklumat penting:

1) Lokasi .. Lorong Rahim Kajai 14

2) Bar berkaitan .. Star Cafe .. 42 East ..

3) Kesalahan yang dilihat .. membuat binaan menghalang jalan dan memasang papan tanda secara sesuka hati ..

Harap semua dapat membantu dan beramai-ramai buat laporan agar tindakan akan diambil ..




Firman Allah:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
{Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).}
[Al-Maaidah : 2]

Sabda Nabi -صلى الله عليه وسلم-:
«ﻣﻦ ﺭﺃﻯ ﻣﻨﻜﻢ ﻣﻨﻜﺮا ﻓﻠﻴﻐﻴﺮﻩ ﺑﻴﺪﻩ، ﻓﺈﻥ ﻟﻢ ﻳﺴﺘﻄﻊ ﻓﺒﻠﺴﺎﻧﻪ، ﻓﺈﻥ ﻟﻢ ﻳﺴﺘﻄﻊ ﻓﺒﻘﻠﺒﻪ، ﻭﺫﻟﻚ ﺃﺿﻌﻒ اﻹﻳﻤﺎﻥ»
«Sesiapa yang melihat dari kalangan kalian satu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu, maka dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah Iman.»
[Al-Bukhari & Muslim]

wassalamualaikum warahmatullah.


Cina Macai DAPIGS Menyamar Sebagai POLIS... Kenapa Tiada Tindakan Undang-Undang Ke Atasnya?

· 2 comments


Ada klausa dalam peraturan dan undang-undang yang tidak membenarkan pihak awam menggunapakai logo, jata mahupun tulisan PDRM atau POLIS pada sebarang instrumen. Namun nampaknya, undang-undang dan peraturan tersebut tidak terpakai di kalangan golongan bukan Melayu terutama sekali Cina yang majoriti mereka adalah penyokong DAP.

Adakah ini bermakna sebagai Cina maka mereka bebas berbuat segala-galanya tanpa peduli dengan sebarang undang-undang yang wujud di negara ini?


Adakah kerana mereka Cina dan menyokong DAP, mereka bebas untuk berlagak sebagai TUAN di negara ini dan segala tindak tanduk mereka tidak boleh dipersoalkan?

Apakah dengan hanya menubuhkan sebuah persatuan yang kononnya mencegah jenayah, maka mereka boleh berlagak dan mempunyai lesen sebagai POLIS PERSENDIRIAN, sedangkan pada masa yang sama, mereka sendiri perlu disiasat kerana kegiatan yang amat mencurigakan.

Di Pulau Pinang, Pasukan Peronda Sukarela atau PPS yang pernah menimbulkan masalah di kalangan orang awam apabila pasukan tersebut sebenarnya tidak lebih daripada sebuah KONGSI GELAP atau TONTO untuk melindungi penjenayah daripada tindakan undang-undang, telah diarahkan agar dibubarkan dan PPS itu sendiri dilabelkan sebagai entiti haram.



PPS mendapat sokongan yang sangat kuat daripada DAP. Bagaimana pula dengan Persatuan Cegah Jenayah dan Anti Dadah yang beroperasi di Selangor atau lebih tepat lagi di daerah Ampang ini?

Adakah mereka bebas daripada undang-undang kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil ke atas mereka walaupun secara jelas, mereka telah menyamar sebagai anggota POLIS.


SEKOLAH VERNAKULAR CINA Kurang Ajar di Kuala Kedah... Buang Bendera Malaysia Ke Dalam Tong Sampah

Saturday 17 October 2015 · 6 comments


Sukar untuk golongan yang berasal daripada aliran vernakular Cina untuk menerima hakikat bahawa sistem pendidikan mereka sebenarnya mengajarkan dan menyemaikan sikap chauvinistik serta rasisme yang sangat melampau, selain bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain termasuklah negara di mana sekolah-sekolah tersebut dibenarkan wujud.

Satu pendedahan telah dibuat di media-media sosial membabitkan perbuatan sebuah sekolah aliran Cina di Kuala Kedah yang telah menghina bendera Malaysia dengan mencampakkan bendera tersebut ke dalam tong sampah dan sengaja dibiarkan terdedah dengan niat tertentu.

Peristiwa dilaporkan berlaku pada 16 Oktober pada jam lebih kurang 5:00 petang di Sekolah Menengah Keat Hwa 2, Taman Sri Abadi, Jalan Kuala Kedah, Alor Star.


Perbuatan menghina bendera Malaysia itu telah mendapat kecaman daripada Netizen, sekaligus membenarkan dakwaan selama ini bahawa sekolah-sekolah aliran Cina telah memupuk perasaan tidak hormatkan negara sehingga melahirkan generasi yang berpendidikan aliran Cina sebagai bangsa yang tidak mengenang budi, kurang ajar dan sangat biadap. Malah lebih teruk lagi, langsung tidak boleh berbahasa Kebangsaan sekalipun sudah empat generasi berada di negara ini.

Sekolah berkenaan sebenarnya diapit oleh perkampungan-perkampungan serta taman-taman perumahan yang bermajoritikan orang Melayu. Kelompok masyarakat Cina di sepanjang Jalan Kuala Kedah, sebenarnya tidaklah seramai mana sebelum taman-taman perumahan yang mengambil tapak-tapak sawah padi terbina.

Cubaan untuk mendapatkan penjelasan daripada sekolah terbabit, tidak dapat diperolehi memandangkan sekolah tersebut masih tutup ketika wakil kami pergi.

Bagaimanapun, jawapan daripada pentadbiran sekolah seperti sudah boleh dijangka iaitu sama ada mereka menafikan perbuatan tersebut perbuatan mereka atau salah seorang pekerja sekolah melakukannya kerana jahil.

Kejahilan seringkali dijadikan alasan memandangkan mereka bukannya sekolah aliran kebangsaan. Gambaran yang diberikan seolah-olah sekolah-sekolah aliran Cina terpisah terus daripada aliran pendidikan kebangsaan.

Selepas 6 Hari Mogok Lapar Tapi Tak Mati, Matthias Chang Isytihar Diri Dilindungi 'ALLAH'

Friday 16 October 2015 · 2 comments

Kurang perhatian dan tidak dipedulikan walaupun telah berusaha untuk menarik perhatian, Matthias Chang yang berazam sebelum ini untuk mogok lapar sampai mati, mengisytiharkan 'kemenangan' di pihaknya kerana 'dia telah dilindungi Allah'.

Sebelum ini, bekas SETPOL Tun Mahathir, Matthias Chang berkata, dia akan mogok lapar sampai mati dan siapa yang mati dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang. Mogok laparnya 'sehingga mati' berlangsung tidak sampai 6 hari pun.

Semalam, secara tiba-tiba dia menamatkan mogok laparnya dan mengisytiharkan sendiri dirinya sebagai pemenang.

Dan disebabkan dia tidak mati, itu dianggap sebagai bukti 'Allah' telah melindunginya. 

Sepatutnya Tun Mahathir mendapatkan seorang pembantu yang lebih berkualiti kalau tidak pun seorang yang lebih waras untuk bersama-samanya berjuang menggulingkan Najib Abdul Razak.

Dalam kenyataannya, Matthias Chang berkata, kenyataan yang dia tidak mengalami sebarang kecederaan atau berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius adalah bukti Allah telah memelihara dan melindunginya.

"Dalam keadaan itu, saya telah menunjukkan kewajaran tindakan saya, keadilan, kebenaran dan maruah manakala Najib gagal melakukannya. Oleh kerana itu, saya tidak perlu meneruskan lagi mogok lapar saya. Malah saya dengan ini mengisytiharkan yang saya telah direstui dan dilindungi oleh Allah," katanya. "Saya dan Datuk Paduka Khairuddin bin Abu Hassan, telah membuktikan kebaculan, kemunafikan dan penyelewengan kuasa oleh rejim Najib." (RUJUK SINI)

SIRIH PULANG KE GAGANG, Kemasukan Saifuddin Abdullah Ke PKR, Mengesahkan Jangkaan Tahun 2005

Thursday 15 October 2015 · 2 comments


Hampir 10 tahun yang diambil oleh Saifuddin Abdullah, bekas Ahli Parlimen Temerloh dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk meninggalkan UMNO dan menyertai pasukan sebenarnya iaitu PKR.

Hari ini, merungkai segala-galanya berhubung tindak-tanduk Saifuddin selama ini yang bolehlah diibaratkan sebagai telunjuk mencucuk mata dan gunting dalam lipatan.

Tiada apa-apa yang dihairankan tentang Saifuddin Abdullah. Dia merupakan pemimpin yang telah ditolak oleh akar umbi sendiri. Cerita-cerita tentang kebobrokan Saifuddin Abdullah amat ketara pada PRK Kerdau 2011 apabila terlalu banyak pihak menceritakan bagaimana dia cuba memainkan peranan sebagai gergaji dua mata.

Impak yang diterimanya adalah penolakannya sebagai calon UMNO-BN di PRU-13 pada tahun 2013 di Parlimen Temerloh.


Apa pun, Saifuddin Abdullah yang menafikan dia akan menyertai PKR pada September lalu, menyertai BARISAN KUMUHAN yang ditolak akar umbi seperti Zaid Ibrahim untuk menyertai PKR, sebuah kumpulan serpihan UMNO yang wujud kerana membela Anwar Ibrahim bagi jenayah liwat yang dilakukannya.

Tahniah kepada Saifuddin Abdullah walaupun dia terpaksa mengambil masa selama 10 tahun untuk keluar dari selimut hipokritnya. Barangkali setelah kering darah dihisapnya dan tiada lagi darah dibekalkan kepadanya, dia cuba pula bertenggek pada PKR.

Dan sama seperti BARISAN KUMUHAN yang lain, besar kemungkinan juga, Saifuddin Abdullah tidak akan lama dalam PKR sebelum melompat ke dahan yang lain pula.



UNDI TIDAK PERCAYA, SABOTAJ, PINDAH TEMPAT DUDUK DAN LARI PINTU BELAKANG... Antara Taktik Malukan Najib Semasa Pembentangan Bajet

Wednesday 14 October 2015 · 0 comments


Usul untuk undi tidak percaya, dikatakan tidak dibuat lebih awal. Ada sumber menyatakan, usul tersebut akan dibuat secara tergempar atau dalam bahasa yang lebih mudah, semasa sidang Dewan Rakyat diadakan. Bagaimanapun, berdasarkan beberapa usul yang sudah sedia menunggu, usul tergempar tersebut akan dipengaruhi oleh kuasa Speaker.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, akan ditolak!

Dipercayai sekurang-kurangnya empat kerusi Parlimen BN akan 'melayang'.

Kerusi-kerusi tersebut adalah Pagoh, Semporna, Gua Musang dan Kulim-Bandar Baru dikatakan sudah tidak selamat dan tidak berpihak kepada Najib lagi. Walaupun tidak keluar UMNO atau Barisan Nasional tetapi pembentangan bajet akan digunakan untuk mewujudkan gelombang dan tekanan agar Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sidang Dewan Rakyat kali ini akan bermula 19 Oktober sehingga 5 Disember. Lebih tepat lagi selama 25 hari. Pembentangan bajet pula akan dibuat pada 23 Oktober. Perbahasan dijangka berlangsung selama 4 hari bermula dari 26 Oktober sehingga 29 Oktober.

Undian akan dibuat pada tempoh 4 hari inilah!

Dijangkakan kumpulan pro-tun di pihak BN akan menyertai 'pakatan' dengan pembangkang dalam mengutarakan dan menimbulkan pelbagai isu termasuklah membabitkan integriti Najib Abdul Razak, 1MDB dan RM2.6 bilion. Selain itu, mereka juga akan mempersoalkan tentang perlaksanaan undang-undang ke atas Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan, dua orang co-hort Mahathir di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukannya SOSMA sambil mempersoalkan intergriti Peguam Negara.

Sebelum ini pun, beberapa Ahli Parlimen BN kecewa apabila rakan-rakan mereka sendiri bertindak 'keluar ikut pintu belakang' apabila sesuatu isu dibangkitkan atau diusulkan. Malahan ada yang datang sekadar untuk mengambil elaun tetapi tidak berada di dalam Dewan untuk berbahas.

Berapa ramai yang akan bertindak enggan mengundi, memulaukan sesi pengundian dan ponteng dalam usaha memalukan Najib Abdul Razak? Berapa ramai pula dari kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan berpindah meja ke blok pembangkang? Dan berapa ramai pula yang akan berpusing mencari pintu belakang untuk keluar semasa sesi pengundian bagi meluluskan bajet?

Semua kemungkinan tersebut bakal berlaku sama ada secara berperingkat-peringkat selama 25 hari persidangan atau secara serentak, sekaligus menjadikan sesi Dewan Rakyat kali ini, akan lebih gamat manakala blok pembangkang pula akan berasa mereka lebih kuat kerana beberapa orang Ahli Parlimen BN dijangkakan menyertai mereka di Dewan Rakyat.

Berapa ramaikah daripada 133 orang Ahli Parlimen BN akan bertindak mensabotaj pembentangan kali ini?


XAVIER JUSTO Rayu Ringankan Hukuman dan Bakal Dedahkan Petualang Sebenar Yang Gunakannya Jatuhkan Najib serta Malaysia

· 0 comments


Melihat kepada kesungguhan pihak-pihak tertentu di Malaysia yang sekarang ini sedang mempergiatkan usaha menjatuhkan Najib Abdul Razak daripada jawatan Perdana Menteri sehingga terpaksa menggunakan isu kenaikan kadar tol yang mana mereka sendiri terlibat dalam membuat keputusan memberikan keistimewaan tersebut kepada kaum kroni, ramai yang sudah dapat menjangkakan bahawa ia sebenarnya mempunyai kaitan dengan Xavier Justo, bekas eksekutif PetroSaudi yang sedang menjalani hukuman penjara 3 tahun kerana perasugut bekas majikannya di Thailand.

Transkrip perbualan WhatsApp antara Justo dengan pemain utamanya, Claire Rewcastle-Brown yang juga mempunyai hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, selain pengakuan bertulisnya setebal 11 mukasurat, sudah tentulah memanaskan banyak pihak terutama sekali pihak yang terlibat secara langsung menggunkan data-data curi daripada Xavier Justo untuk tujuan mensabotaj ekonomi negara dan mewujudkan ketidakstabilan politik Malaysia bagi menjaga periuk belanga kaum kroni yang terjejas, ekoran dasar Najib yang enggan tunduk kepada tuntutan kapitalis yang dicipta selama lebih 22 tahun.

Kini, apa yang ditakuti oleh golongan tersebut, semakin mewujudkan stigma dan fobia yang keterlaluan.

Xavier Justo telah menfailkan rayuan bagi meringankan hukumannya di mahkamah di Thailand hari ini. Menurutnya, dia wajar menerima hukuman yang lebih ringan memandangkan dia bukanlah orangnya yang telah meminda dokumen-dokumen yang didedahkan oleh beberapa pihak sebelum ini untuk menfitnah Najib Abdul Razak dan 1MDB.

Untuk menyokong dakwaannya itu, Justo telah menyerahkan dokumen setebal 59 muka surat sebagai bukti wujudnya pindaan dan perubahan oleh pihak terbabit.


Justo sudah tentu sedar, bahawa penjara di Thailand bukanlah sebuah tempat yang selesa. Justeru, tidak mungkin dia berani untuk berbohong dengan 59 muka surat bukti pindaan kerana dia tahu, hukuman yang menantinya sekiranya dia didapati berbohong adalah lebih berat.

Menurut peguam Xavier, Worrasit Piriyawiboon, 59 muka surat bukti wujudnya pindaan tersebut telah diserahkan kepada mahkamah dua hari sebelum berakhirnya tarikh rayuan. Antara alasan rayuan tersebut ialah, Justo tidak membuat sebarang pindaan pada dokumen-dokumen yang dicurinya daripada PetroSaudi International dan itu merupakan kesalahannya yang pertama.

Worrasit berkata, sebarang kerosakan pada imej Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pihak ketiga yang telah meminda dan menggubah dokumen yang mereka telah terima daripada Justo.

Menurutnya lagi, Justo tidak terlibat dalam pemalsuan dan pindaan pada dokumen-dokumen terbabit.

"Mereka yang telah melakukan pindaan pada dokumen-dokumen itu yang perlu dipertanggungjawab dan berhadapan dengan tindakan undang-undang," kata Worrasit kepada BERNAMA selepas menfailkan rayuan Justo hari ini.

Worrasit berkata, pada pandangannya, peranan Justo di dalam kes itu tidaklah serius berbanding perbuatan meminda dan memalsukan dokumen tersebut oleh pihak ketiga.

TAHU PULAK TAKUT! Cina Biadap Yang Maki Penguatkuasa Wanita 'ANJING', Tukar Nombor Pendaftaran Keretanya

· 1 comments


Walaupun telah diyakinkan oleh Lim Guan Eng bahawa Melayu sudah dibeli dengan nilai RM200 seorang dan laporan polis ditarik balik, sebelum dibuat kembali selepas tembelang pecah, nampaknya pemuda Cina ahli DAP yang memaki hamun penguatkuasa MBPP kerana menyita tayar kenderaannya, tetap ketakutan dan bimbang.

Dilaporkan, dia telah ke Puspakom untuk menukar nombor pendaftaran keretanya daripada PLH 2242  menjadi PMG 4424.

Bagaimanapun, perkara ini tidak dapat disahkan dan sekadar laporan menerusi Facebook semata-mata.

Tindakan pemuda tersebut bersama-sama dengan seorang lagi kawannya berkurang ajar dan bersikap biadap dengan tiga orang penguatkuasa wanita kerajaan tempatan yang sedang menjalankan tugas telah mengundang reaksi negatif daripada netizen.




Klip video pendek yang menunjukkan salah seorang daripada mereka memanggil 'ANJING' kepada salah seorang anggota penguatkuasa tersebut selepas melemparkan wang ke atas lantai dan kemudian dipungut oleh anggota penguatkuasa tersebut, menyebabkan netizen mula mencari asal usul mereka. Malahan ada pula yang mencatatkan nombor pendaftaran pemuda Cina berkenaan.

Tindakan pantas daripada Lim Guan Eng untuk mengurangkan kemarahan rakyat kepadanya selepas isu pembunuhan anjing-anjing terbiar, dilihat agak berjaya memandangkan ketiga-tiga anggota penguatkuasa itu pula menjadi sasaran kerana maruah mereka mudah dibeli dengan harga RM200.

Namun yang pasti, pemuda Cina biadap itu yang sedang berhadapan dengan tindakan mahkamah kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tanggungjawab, sudah pun ketakutan dan sedar, implikasi yang bakal mereka terima...

BANK NEGARA CUAI.. Keras Teguran Peguam Negara!

Tuesday 13 October 2015 · 0 comments


Kenyataan rasmi yang dibuat oleh Peguam Negara petang tadi berkenaan, pastinya membuatkan beberapa pihak termasuklah Gabenor Bank Negara Malaysia, kepanasan dan terpukul.

Ini merupakan kenyataan 'paling keras' membabitkan integriti Bank Negara Malaysia dan para pegawainya yang selama ini tidak pernah diusik oleh sesiapa pun.

Peguam Negara yang baru telah melangkah kebiasaan tersebut dengan membuat bidasan keras ke atas BNM yang dilihat keterlaluan dalam isu 1MDB walaupun hakikatnya, kekhilafan tersebut datangnya daripada mereka sendiri.

Dalam kenyataan tersebut, Peguam Negara menyatakan, keputusan untuk tidak mendakwa pegawai-pegawai 1MDB adalah kerana tiada kesalahan yang dilakukan, ekoran Bank Negara sendiri telah dimaklumkan tentang perubahan dan tidak menghalang perubahan tersebut.

1MDB telah mematuhi prosedur dalam mendapatkan tiga kelulusan Bank Negara bagi pelaburan pada 29 September 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.

Bank Negara kemudiannya hanya mengambil tiga hari untuk meluluskan permohonan tersebut.

Apabila 1MDB meminta wang disalurkan ke akaun berlainan berbanding permohonan asal, Deutsche Bank (Malaysia) telah merujuk perkara berkenaan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimanapun, Bank Negara Malaysia memberi maklum balas dengan menasihati Deutsche Bank (Malaysia) bahawa ia adalah keputusan perniagaan dan pihak mereka tidak berniat untuk mendapatkan penjelasan lanjut selaagi ia tidak lari dari tujuan asal permohonan.

Bank Negara sebaga Pengawal Kewangan, tidak menghalang pemindahan terbabit mahupun mengarahkan Deutsche Bank (Malaysia) supaya menasihati 1MDB mendapatkan semula kebenaran. Secara idak langsung, adalah jelas, tiada sebarang permohonan maklumat lanjut daripada Bank Negara Malaysia pada waktu itu.

Menurut Peguam Negara lagi, permintaan Bank Negara Malaysia untuk mendakwa 1MDB kerana gagal memberikan beberapa maklumat tertentu, tidak dapat dipenuhi kerana 1MDB hanya perlu memberikan maklumat-maklumat terbabit SEKIRANYA DIMINTA oleh Bank Negara Malaysia pada ketika itu.

BNM bagaimanapun tidak meminta 1MDB berbuat begitu pada waktu itu.  Apatah lagi borang-borang berkaitan pemindahan dalam kes ini tidak memerlukan pemohonan menyatakan nombor akaun bank dan penerima penyaluran tersebut yang membolehkan BNM mengesahkan ke mana dana tersebut berakhir.

Secara tidak langsung dan secara jelas Bank Negara Malaysia tidak menghalang sebarang perubahan terbabit sungguhpun telah dari awal dimaklumkan oleh Deutsche Bank. Hanya setelah isu 1MDB bertukar menjadi isu panas, barulah keluar beberapa kenyataan 'panas'.

Kenyataan-kenyataan tersebut seolah-olah cuba menutup kelemahan, kealpaan dan kekhilafan pihak Bank Negara Malaysia sendiri yang kemudiannya cuba memindahkan kesalahan tersebut kepada 1MDB menerusi tindakan undang-undang.

Baca apa yang terkandung di dalam kenyataan rasmi Peguam Negara di bawah.




PEGUAM NEGARA Bidas BANK NEGARA dan Puak Fitnah SOSMA

· 1 comments


Ada dua pengumuman rasmi yang dibuat oleh Pejabat Peguam Negara dan Peguam Negara sendiri hari ini. Kedua-dua pengumuman rasmi itu nyata tidak menyebelahi kumpulan yang sedang cuba mendapatkan sokongan sekaligus menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak menerusi jalan-jalan fitnah.

Pengumuman pertama adalah membabitkan dakwaan ke atas Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang, dua orang konco Tun Dr. Mahathir yang dikatakan sebelum ini, telah ditahan di bawah SOSMA.




Dalam sidang media yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir yang ditemani oleh Sanusi Junid, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Ong Tee Kiat dan Tengku Razaleigh Hamzah, desakan dibuat agar Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang dibebaskan daripada tahanan SOSMA. SOSMA disifatkan sebagai undang-undang yang kejam.

Manakala Muhyiddin Yassin yang merupakan antara orang yang telah meluluskan SOSMA pula, dalam majlis yang sama, berpendapat tindakan penahanan Khairuddin dan Matthias Chang di bawah SOSMA adalah keterlaluan.


Secara tidak langsung, kumpulan ENAM PENCEN tersebut cuba menggambarkan SOSMA yang boleh dicabar di mahkamah itu, merupakan hukuman yang jauh lebih kejam berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah digunakan oleh kepimpinan Mahathir untuk menutup mulut para penentangnya atas alasan mempertahankan negara dan keselamatan.

Berbanding SOSMA, ISA memperuntukkan tahanan tanpa bicara selama 60 hari yang boleh dipanjangkan menjadi 2 tahun. Kecuali pada zaman Abdullah Badawi yang telah meliberalkan ISA, undang-undang pencegahan tersebut tidak boleh dicabar di mahkamah. Sedangkan SOSMA pula dibenarkan dicabar di mahkamah.


Kerana itulah, Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan mahu mencabar SOSMA dengan harbeas carpus kemudian membatalkannya setelah 'terbongkar rahsia' mereka sebenarnya ditahan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana cubaan sabotaj sistem kewangan negara dan perbankan Malaysia.

Ketiadaan sebarang kenyataan rasmi daripada Pejabat Peguam Negara sebelum ini, telah menimbulkan pelbagai teori dan tohmahan terutama dari kalangan pro-Tun kononnya kerajaan telah menyalahgunakan SOSMA sepertimana kepimpinan terdahulu menyalahgunakan ISA sehingga Akta Keselamatan Dalam Negeri yang banyak berjasa kepada negara ini, terpaksa dihapuskan dan digantikan dengan SOSMA.

Pengisytiharan sekaligus pengesahan oleh Peguam Negara, telah menyanggah tohmahan kumpulan ENAM PENCEN dan para penyokong mereka terhadap Kerajaan dan pihak berkuasa.

'CELAKA ANWAR YEO', BUKAN 'CELAKA MELAYU', DAKWA ANTHONY LOKE!

Wednesday 7 October 2015 · 1 comments


Anthony Loke nafi yang dia mengungkapkan makian berbunyi 'CELAKA MELAYU' sebaliknya yang dimakinya adalah 'CELAKA ANWAR YEO'.

Anwar Yeo seperti didakwa oleh Anthony Loke adalah pemaju yang memajukan tanah di Kampung Ulu Temiang. Pembangunan tanah tersebut menyebabkan penduduk di perkampungan tersebut ditempatkan semula oleh Kerajaan Negeri Sembilan dan diberikan pampasan sebanyak RM3,500 bagi setiap rumah berbanding RM12,000 yang dituntut oleh penduduk.

Anthony Loke cuba menonjolkan diri sebagai HERO yang menyelamatkan penduduk kampung tersebut daripada kehilangan perkampungan mereka. Malah turut mengungkit yang dia telah menempatkan mereka di hotel-hotel bajet dengan menggunakan wang koceknya sendiri.

Gambaran yang cuba diberikan oleh Anthony Loke ialah KEKEJAMAN dan KESERAKAHAN Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO di Negeri Sembilan, yang sampai hati menghalau orang kampung dari rumah dan perkampungan mereka tanpa sebarang pampasan yang sesuai serta rumah ganti.

Anthony Loke cuba menjadikan pemaju hartanah sebagai 'musuh' rakyat sedangkan dasar DAP seperti yang terlihat di Pulau Pinang dan Selangor amat jelas, pemaju didahulukan, rakyat diterajang-terajang. Hanya kerana di Negeri Sembilan, Anthony Loke mahu melihat DAP menjadi juara, dia muncul untuk membela nasib penduduk Kampung Ulu Temiang, walaupun hakikatnya, nasib mereka jauh lebih baik berbanding orang-orang Melayu di Pulau Pinang yang dihalau dari rumah dan perkampungan mereka dengan sehelai sepinggang tanpa sebarang pampasan.

Anthony Loke telah dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya itu. Dia bagaimanapun menafikan sambil berkata, dia hairan bagaimana isu perkauman itu boleh timbul sedangkan isu perkauman adalah isu yang paling tidak munasabah. Kononnya dia hanya berjuang menentang ketamakan pemaju hartanah.

Bagus punya spin... mulanya CELAKA MELAYU, kemudian bertukar menjadi CELAKA FRU, tetapi selepas itu, CELAKA ANWAR YEO.

Di Pulau Pinang, Melayu terus dihalau dari perkampungan mereka. 25 buah perkampungan Melayu hilang lenyap di Pulau Pinang, langsung tidak disebut oleh Anthony Loke yang merupakan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP!


KHAIRUDDIN ABU HASSAN Dah Selamat... Masuk Lokap SOSMA Kembali!

Tuesday 6 October 2015 · 1 comments


Dua minggu lepas, kumpulan penentang Najib atau lebih dikenali sebagai Pro-Tun, kecoh apabila Khairuddin Abu Hassan, bekas pemegang status muflis yang tidak sampai setahun berjaya keluar dari status terbaik selepas membuat laporan polis ke atas 1MDB dan Najib Abdul Razak, disyaki menghidap demam denggi ketika di lokap SOSMA.

Sudah ada cakap-cakap dan khabar-khabar angin, kononnya Khairuddin hendak 'disenyapkan' dengan menjadikan demam denggi sebagai puncanya. Bagaimanapun, ekoran tindakan undang-undang yang kerap diambil oleh Najib ke atas fitnah-fitnah seperti itu, membuatkan cakap-cakap tersebut sekadar berlegar-legar dalam kumpulan WhatsApp kelompok tersebut.

Hari ini, Khairuddin Abu Hassan 'dibebaskan' dari Hospital Kuala Lumpur setelah demam dengginya pulih. Dia bagaimanapun, dibawa kembali ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan akan terus ditahan sehinggalah kesnya didengar di mahkamah pada 13 Oktober nanti.

Khairuddin telah mencabar penahanannya di bawah SOSMA di mana dia ditahan pada 23 September lalu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Dia telah ditahan di bawah undang-undang tersebut selepas dia sendiri mengesahkan cuba mendapatkan bantuan daripada kuasa asing untuk mencampuri urusan dan kedaulatan Malaysia, atas alasan mencari kebenaran dalam isu 1MDB. Khairuddin dan kumpulannya mendakwa, tindakan tersebut tidak berkaitan dengan keganasan dan tindak-tanduk Khairuddin pula tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada negara.

Semenjak Disember lepas, Khairuddin Abu Hassan sendiri yang melaporkan, dia telah membuat laporan ke atas 1MDB di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom. Dia telah ditahan pada 18 September ketika cuba melarikan diri ke Amerika Syarikat. Ketika ditahan, dia mendakwa dia dalam perjalanan untuk bertemu dengan pegawai-pegawai FBI.

Tiada sebarang sumber dari FBI atau mana-mana badan berkuasa negara-negara terbabit yang mengesahkan, Khairuddin telah membuat laporan kepada mereka. Malah Grand Jury Amerika Syarikat yang juga dikatakan telah menerima laporan Khairuddin juga, mengesahkan tiada laporan diterima.

Nama Khairuddin Abu Hassan dikatakan muncul dalam transkrip perbualan WhatsApps melibatkan Xavier Justo, Claire, Ong Kay Tat, Tony Pua dan beberapa orang yang lain selain dalam pengakuan bertulis Xavier Justo yang kini menjalani hukuman penjara selama 3 tahun di Thailand setelah mengaku bersalah memerasugut bekas majikannya, PetroSaudi.

CELAKA MELAYU... Tapi Didakwa Sebagai CELAKA FRU Ketika Anthony Loke Ditolak Ke Trak Polis

· 2 comments


CELAKA MELAYU...
atau...
CELAKA FRU?

Hakikatnya Anthony Loke yang merupakan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke dan ADUN Temiang, Ng Chin Tsai telah ditahan oleh polis kerana menghalang pihak berkuasa daripada menjalankan tugas merobohkan rumah-rumah di Kampung Ulu Temiang, awal pagi tadi.

Anthony Loke telah ditahan bersama-sama 14 orang penduduk kampung yang lain kerana enggan keluar, walaupun telah diberi amaran oleh pihak berkuasa.

Kesemua mereka telah dibawa Balai Polis Seremban menaiki trak polis pada jam lebih kurang 8:25 pagi.

Ketika dibawa menaiki trak itulah, Anthony Loke mengeluarkan kata-kata yang tidak begitu jelas, tetapi yang pasti perkataan 'CELAKA...' amat jelas. Perkataan kedua, tidak dapat dipastikan sama ada ianya bermaksud MELAYU atau FRU walaupun kumpulan penyokongnya menyatakan, Anthony Loke menyumpah seranah FRU.

Ini adalah kerana lidah kerasnya, sukar membezakan perkataan MELAYU dan FRU sehingga kedengarannya tidak jelas.

Anthony Loke dan DAP cuba menjadi juara dalam isu pengambilan tanah dan pengeluaran penduduk dari tanah milik persendirian di Kampung Ulu Temiang.


Bagaimanapun, dalam isu perampasan tanah dan pengusiran penduduk 25 perkampungan Melayu yang melibatkan DAP dan Lim Guan Eng secara langsung, tidak dipedulikan oleh DAP, mahupun oleh Anthony Loke. Tetapi dalam isu Kampung Ulu Temiang yang melibatkan Kerajaan Negeri Sembilan yang didokongi oleh UMNO-BN, bukan main hero lagi Anthony Loke dan DAP.

Berikut adalah senarai perkampungan Melayu di Pulau Pinang yang telah DILUPUSKAN di bawah pentadbiran DAP!

(1) Kampung Permatang Tok Suboh
(2) Kampung Buah Pala
(3) Kampung Pokok Assam
(4) Kampung Dodol
(5) Kampung Binjal
(6) Kampung Batu Uban
(7) Kampung Tanjung Tokong
(8) Kampung Bagan Dalam
(9) Kampung Permatang Tepi Laut
(10) Kampung Pulau Jelutong
(11) Kampung Batu Maung
(12) Kampung Lima Kongsi
(13) Kampung Teluk Kumbar
(14) Kampung Dalca
(15) Kampung Sungai Nibong Kechil
(16) Kampung Tengah
(17) Kampung Terang
(18) Kampung Pondok Upeh
(19) Kampung Padang Benggali
(20) Kampung Teluk Air Tawar
(21) Kampung Gagah
(22) Kampung Nelayan
(23) Kampung Selut
(24) Kampung Siam.

Memasuki senarai terakhir adalah Kampung Mutiara di Batu Feringgi yang bakal menjadi korban. Dianggarkan 1,000 penduduk di kampung itu terlibat dengan proses pengusiran terbabit.

Mungkin apa yang terkandung dalam perjuangan DAP dalam isu ini terkandung dalam JERITAN ANTHONY LOKE.... CELAKA MELAYU @ FRU!!!


PAKATAN BARU Mengandungi PAS Akan Ditubuhkan Di Selangor Bagi Menyingkirkan DAP dan Menggulingkan Keluarga Anwar?

· 0 comments


Apa yang telah dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1988, nampaknya berulang semula. Cuma kali ini skalanya lebih kecil kerana ia hanya melibatkan PKR, PAS dan DAP di Selangor bagi tujuan pengekalan kuasa.

DAP di peringkat Kebangsaan dan Pulau Pinang telah memutuskan semua bentuk hubungan dengan PAS apabila PAS berkeras untuk membentangkan undang-undang persendirian membabitkan hukuman hudud di Kelantan. DAP dari awal lagi telah menentang sebarang undang-undang syariah yang dianggap sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan meskipun Perlembagaan yang sama juga mengiktiraf kewujudan Undang-Undang Syariah bagi menguruskan halehwal masyarakat beragama Islam di negara ini.

'Kejayaan' DAP dalam dua PRU lalu kerana pengaruh dan kewujudan PAS dalam Pakatan Rakyat yang kini telah pun dilupuskan bagi memberi laluan kepada kumpulan serpihan PAS yang kehilangan jawatan, Parti Amanah Negara, menimbulkan persoalan besar tentang keberadaan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor.

PAS merupakan salah satu daripada unit di dalam pentadbiran campuran Selangor memandang tiada sebarang parti yang menang majoriti untuk menjadi parti tunggal pemerintah Selangor.

Tindakan tergesa-gesa Wan Azizah dan puak-puaknya yang diketuai oleh Rafizi Ramli mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan yang mengandungi PKR-DAP-PAN, telah menimbulkan tentangan senyap di Selangor. Ini adalah kerana pembentukan Pakatan Harapan di peringkat pusat, akan menjejaskan kewujudan Kerajaan Negeri Selangor yang bersifat campuran di mana PAS ada di dalamnya.

PAS awal-awal lagi telah menyatakan bahawa mereka tidak akan meninggalkan pentadbiran Selangor, sekaligus membuatkan Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor perlu memikirkan sesuatu yang lebih bersifat drastik untuk menangani kemelut yang serba memalukan, kesan daripada tindakan gopoh Wan Azizah hasil nasihat Rafizi Ramli.

Walaupun Azmin Ali cuba menafikan pembabitannya dalam usaha membuat undi tidak percaya dan menggulingkan Wan Azizah, namun banyak sumber-sumber di Selangor yang telah mengesahkan bahawa usaha-usaha untuk membentuk sebuah pakatan baru, sedang dirangka sekarang yang antara lain, turut melibatkan Azmin Ali sendiri.

Namun ada sesuatu yang lebih menarik apabila selain Pakatan Baru di Selangor, wujud juga Pakatan Ketiga yang bersifat lebih menyeluruh apabila menggabungkan parti-parti yang tidak dipandang oleh DAP selain PAS. Pakatan ketiga tersebut diwujudkan untuk memastikan PKR atau lebih tepat lagi Azmin Ali, diangkat sebagai pemimpin yang lebih ke hadapan memandangkan dia keluar dari pengaruh dan kekangan DAP.

Pakatan ketiga tersebut terdiri daripada puak pro-Azmin dari PKR yang akan menubuhkan parti baru, Parti Sosialis Malaysia, Parti Cinta Malaysia, Hindraf Makkal Sakti dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Perpecahan PKR sudah dijangka lebih awal memandangkan Wan Azizah yang dikawal oleh suaminya di dalam penjara dan Rafizi Ramli yang bertindak sebagai penasihat ulungnya, membuat banyak kesilapan dan tidak mampu memimpin. Malah Wan Azizah tanpa air mata sebagai modalnya, tidak berguna langsung untuk PKR.

Parti serpihan PKR itu akan dilancarkan dalam tempoh 3 bulan dan merupakan parti pelbagai kaum. Besar kemungkinan juga, bekas Menteri Besar Selangor yang digulingkan oleh Rafizi Ramli dengan LANGKAH KAJANGnya yang terkangkang, Khalid Ibrahim akan menyertai parti tersebut.

Khalid bagaimanapun, tidak akan memegang sebarang jawatan penting dalam parti itu.

Pihak Berkuasa Perlu Siasat Motif Sebenar Syarikat Penerbitan Besar Terbitkan Buku Ajaran Bertentangan Islam Dalam Bahasa Melayu

Monday 5 October 2015 · 1 comments


Syarikat Penerbitan Pelangi yang beribu pejabat di Johor, bukannya sebuah syarikat penerbitan kecil. Syarikat penerbitan ini yang mempunyai banyak anak syarikat penerbitan yang lain, turut mempunyai cawangan-cawangannya di luar negara, terutama sekali di Singapura.

Beberapa buah syarikat penerbitan sebelum ini yang menggunakan Bahasa Melayu, dan digunakan untuk peringkat rendah serta tadika, pernah dipertikaikan kerana mengandungi unsur-unsur Kristianisasi yang berlebihan dalam buku-buku terbitan mereka.




Beberapa pendedahan sebelum ini, menunjukkan perbuatan tersebut seperti disengajakan dan seolah-olah mencabar undang-undang negara ini yang memerlukan beberapa gadis panduan untuk penerbitan dipatuhi terutama yang berkaitan dengan agama.

Penerbitan Kristianisasi yang menggunakan Bahasa Melayu adalah dibenarkan di Sabah dan Sarawak, di mana Bahasa Melayu merupakan lingua franca di kalangan masyarakat Bumiputera kedua-dua negeri tersebut yang menganuti agama tersebut.


Perkara berkenaan sudah difahami dan diterima secara menyeluruh. Bagaimanapun, sesuatu yang telah difahami, dituruti dan dipatuhi sebelum ini iaitu penggunaan frasa 'UNTUK PENGANUT KRISTIAN SAHAJA' yang perlu dicatatkan pada kulit luar atau hadapan penerbitan tersebut, kini seolah-olah sengaja diabaikan.

Sebagai sebuah syarikat penerbitan yang besar, yang turut mendapat projek pembekalan buku daripada Kerajaan mahupun agensi-agensi Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri, Kumpulan Penerbitan Pelangi yang mempunyai pelbagai anak-anak syarikat, seharusnya lebih peka dan lebih mudah mematuhi arahan tersebut.

Sebuah buku yang mengandungi ajaran yang kononnya dipetik daripada Bible, telah ditemui di bahagian tengah Sarawak.



Tiada yang bersalahan dengan buku tersebut seandainya terdapat pengkelasan dan pemberitahuan bahawa buku tersebut mengandungi ajaran Triniti dan hanya untuk penganut Kristian semata-mata kerana Undang-Undang Penerbitan di bawah Akta Percetakan dan Mesin Cetak mencatatkannya dipatuhi.

Difahamkan, buku ini telah diperolehi di sebuah sekolah di Kuching dari seorang murid Darjah 5. Bagaimanapun, sumber menyatakan, buku ini telah dibeli di luar dan tidak digunakan sebagai alat bantuan mengajar.



Antara lain, buku tersebut mengandungi ilustrasi yang menunjukkan:

1. Kaki Allah yang menyerupai kaki manusia sedang menendang Adam dan Hawa dari syurga.
2. Sepasang Dewi Tanah dan Dewa Lelaki sedang melahirkan 3 orang manusia. 

Mungkin bagi agama Kristian atau Katholik, isi kandungannya tidak salah dan bertentangan tetapi penerbit seharusnya lebih peka dan memberitahu bahawa buku yang berorientasikan pelajar-pelajar peringkat rendah itu, sebenarnya adalah untuk bahan bacaan pelajar-pelajar beragama Kristian sahaja.

Tanpa label seperti yang dituntut oleh undang-undang, tidak salah kalau dikatakan Penerbitan Pelangi berniat dan secara sengaja mahu memasarkan buku tersebut secara terbuka kepada semua orang, termasuklah umat Islam.



Persoalannya sekarang, adakah kerana wujudnya tentangan terhadap undang-undang di Malaysia yang tidak membenarkan penggunaan Kalimah ALLAH bagi bukan beragama Islam, dan kelonggaran undang-undang tersebut di Sarawak dan Sabah, maka, penerbitan yang berpejabat di Johor itu, bebas berbuat sekehendak hati?

Pihak berkuasa seharusnya menjalankan siasatan dan mencari motif sebenar syarikat penerbitan yang banyak memperolehi projek-projek pembekalan daripada Kerajaan itu!


 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks