Mampukah Penafian Zuraidah Kamaruddin Yang Adam Rosly Adalah Pegawai Khasnya, Akan Menyelamatkannya Sekali Lagi?

Thursday, 20 April 2017 | 0 comments



Esok, Ketua AMK Ampang, Adam Rosly akan dikenakan 13 pertuduhan oleh SPRM. Rumahnya ala-Disneyland di Ampang juga telah disita malam tadi. Sebelum ini, beberapa hari lepas, SPRM turut memburu aset-aset dan wang tunai Adam lain yang mungkin telah disembunyikan.

Antara tuduhan yang bakal dikenakan kepada Adam Rosly ialah mengikut Seksyen 32 (8) (c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) atas kesalahan memberi keterangan dan dokumen pasu ketika proses siasatan SPRM.

Zuraidah Kamaruddin dalam satu kenyataan menafikan Adam Rosly adalah Pegawai Khasnya.

Sementara itu, BNBBC.my melaporkan Zuraida kini sedang berusaha keras untuk memadamkan rekod-rekod lama perkaitannya dengan Adam selepas Ketua AMK Ampang itu ditahan SPRM.

“Meskipun tiada ‘hitam putih’ atau sebarang dokumen yang membuktikan pelantikan Adam sebagai pegawai Zuraida, namun menurut sumber, semua ahli PKR Ampang tahu tentang hubung kait antara Adam dan Zuraida.

“Penafian Zuraida itu juga dilihat tidak tidak selari dengan segala aktiviti Adam yang sering dimuatnaik dalam laman sosial Facebook dan Instagramnya sejak 2008 mengenai kekayaan beliau.

“Adam bagaimanapun telah memadam akaun tersebut sejak kekecohan mengenai rumah ‘Disneyland’ nya yang terletak di Ampang didakwa bernilai RM7 juta.

“Begitu juga dengan rumah keduanya di Putrajaya yang bernilai RM800 ribu dimana sebelum ini beliau turut memuatnaik dalam akaun yang sama.

“Selain itu, segala aktiviti di Ampang yang beliau menjadi wakil kepada Zuraida turut dimuatnaik sebagai catatan program yang PKR anjurkan,”lapor portal itu.

Pada tahun 2012, sebuah portal berita mendedahkan tentang kekayaan yang dimiliki oleh Zuraidah Kamaruddin yang menurut portal berita tersebut, Zuraidah yang sebelum menjadi Ahli Parlimen Ampang hanya memiliki sebuah Myvi, tiba-tiba mempunyai pelbagai jenis kereta mewah. (RUJUK SINI)

Penangkapan dan pendakwaan ke atas Adam Rosly, sebenarnya memberi kesan yang cukup mendalam kepada Zuraidah Kamaruddin yang tidak dapat menjawab tentang pemilikan kenderaan-kenderaan mewahnya dahulu.

Jamal Mohd Yunos beberapa hari lepas telah pun membuat laporan kepada SPRM dengan mengepilkan bersama-sama dokumen yang menyokong laporannya terhadap salahguna serta penyelewengan yang melibatkan Zuraidah Kamaruddin dan syarikat adik-beradiknya.


Siapa Yang Lebih Gelabah Bila SPRM Kesan Rumah dan Tanah Adam Rosly Untuk Dibekukan?

Monday, 17 April 2017 | 0 comments



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan harta seperti rumah dan tanah untuk proses pembekuan susulan kes penahanan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang Datuk Adam Rosly berhubung kekayaan luar biasa dimilikinya.

Sumber berkata, pihak suruhanjaya berkenaan juga turut merampas lima kereta mewah yang kini diletakkan di pekarangan Ibu Pejabat SPRM bagi siasatan itu.

“Bagaimanapun, butiran lanjut berhubung perkara ini tidak didedahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Pada Jumaat lalu, Adam Rosly ditahan reman lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung kekayaan luar biasa dimilikinya.

Beliau yang berusia 28 tahun itu ditahan untuk disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Pada 10 Februari lalu, SPRM sudah merakam keterangannya berhubung dakwaan kekayaan luar biasa termasuk memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meski pun baru memegang jawatan dalam PKR.

Khamis lalu, beliau ditahan di ibu pejabat SPRM di sini, selepas hadir untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu.


ZURAIDAH KAMARUDDIN Pula Kata Dia Tak Kenal ADAM ROSLY

Sunday, 16 April 2017 | 1 comments



Kesian Adam Rosly....

Setelah diberikan semangat, diberikan pembelaan, malah disokong dijulang, akhirnya dia bersendirian.

Ini adalah kerana, orang yang dikatakan paling rapat dengannya, Zuraidah Kamaruddin mengeluarkan kenyataan yang dia tidak pernah mengenali Adam Rosly sekalipun masa kecoh isu rumah besar dan kekayaan melampau luar biasa Adam Rosly, Zuraidah beriya-iya memberitahu, Adam Rosly kaya kerana hasil pusaka ayahnya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan berjaya.

Zuraidah bagaimanapun, tidak dapat menghadirkan bukti untuk menyokong pembelaannya ke atas Adam Rosly.

Ahli Parlimen Ampang itu ketika menjawab dakwaan bahawa Adam Rosly adalah pegawai khasnya, menafikan tuduhan tersebut. Sebaliknya menurut Zuraidah, Adam Rosly tidak pernah dilantik menjadi Pegawai Khasnya mahupun Pegawai Khas kepada Menteri Besar,  Azmin Ali.

Sebelum itu, orang yang bertanggungjawab menyebabkan Adam Rosly diheret SPRM, Jamal Md Yunos bakal membuat laporan kepada SPRM agar siasatan ke atas Zuraidah Kamaruddin turut dijalankan.

Jamal berkata, kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Adam dalam tempoh hanya beberapa tahun mengetuai AMK Ampang, dikhuatiri mempunyai hubung kait dengan Zuraida. Menurut Jamal, Adam hanya baru beberapa tahun menjadi Ketua AMK dan dengan jawatan tersebut, dia telah terjebak dengan perkara sebegini. Jamal juga yakin, seandainya Adam didapati bersalah, ianya bukan salah Adam semata-mata, tetapi salah ini perlu dipertanggungjawabkan kepada pemimpin PKR yang lian.

Menurutnya lagi, anak muda seperti Adam akan terjebak dengan rasuah dan penyelewengan kuasa setelah melihat bosnya menerima rasuah, misalnya.

Adam Rosly sekarang ini sedang ditahan reman selama lima hari mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Zuraidah dalam reaksinya berhubung tahanan reman Adam Rosly cuba menimbulkan persepsi kononnya SPRM terpaksa menyambung reman kerana masih belum ada bukti terhadap Adam Rosly. Malahan turut mengalu-alukan siasatan SPRM ke atasnya.

"Saya tahu Zuraidah berada dalam keadaan gelabah sekarang. Untuk menyedapkan hatinya dan meyakinkan penyokong kononnya dia tidak terlibat, itulah caranya.


Akhirnya ADAM ROSLY Proksi Zuraidah Kamaruddin Berbaju Oren SPRM

Friday, 14 April 2017 | 0 comments



Ketua AMK Ampang Adam Rosly tiba di kompleks mahkamah di Putrajaya untuk direman berhubung siasatan ke atas kekayaan luar biasanya. 

Dia tiba pada jam 9:25 pagi dengan memakai baju tahanan SPRM berwarna oren dan digiring oleh dua orang pegawai SPRM.

Adam, 29, dibawa menghadap majistret untuk keputusan reman. 



Dia telah ditahan semalam selepas membuat keterangan di hadapan para penyiasat berhubung kekayaan luar biasanya.

Kekayaannya mendapat perhatian tahun lepas selepas musuh politiknya mempersoalkan bagaimana dia mampu mengumpulkan kekayaan dalam tempoh yang singkat selain memiliki sebuah rumah banglo reka bentuk istana. 



Adam bagaimanapun, menafikan dan menolak dakwaan tersebut. Menurutnya dia memperolehi kekayaannya termasuklah wang untuk membeli banglo berharga RM1 juta itu menerusi perniagaan dan harta pusaka.

Dakwa Adam lagi, anugerah yang membawa gelaran Datuk dari Pahang itu juga adalah hasil daripada sumbangannya kepada beberapa projek di negeri itu. 


Di Ampang, ZURAIDAH KAMARUDDIN Berkuasa... Fahamkan Itu!

Saturday, 8 April 2017 | 1 comments



Semalam, satu banner berunsur provokasi terhadap PAS telah dikesan dipasang di persimpangan lampu isyarat Jalan Lembah Jaya, Ampang. Banner berukuran 5' x 4' itu tertera tulisan, 'Ada Tok Lebai Nak Tawan Selangor, Kawasan Sendiri Pun Kalah Tersungkur' yang merujuk kepada kata-kata Azmin Ali terhadap Nik Abduh, Ahli Parlimen PAS Pasir Mas.

Adalah dipercayai, banner tersebut telah dipasang pada awal pagi dan jelas berbaur provokasi serta kebencian melampau terhadap Nik Abduh serta PAS. Kebencian dan provokasi tersebut diperlihatkan setelah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang membacakan usul RUU355 di Parlimen.

Bagaimanapun, pada sebelah tengah hari, banner tersebut telah 'hilang' dan dipercayai telah diturunkan oleh penyokong atau ahli-ahli PAS di kawasan terbabit.

Parlimen Ampang diwakili oleh Zuraidah Kamaruddin, bekas warganegara Singapura/Indonesia yang mendapat kepercayaan para pengundi Ampang untuk menjadi Ahli Parlimen. Parlimen ini mengandungi dua DUN iaitu DUN Bukit Antarabangsa dan DUN Lembah Jaya


DUN Bukit Antarabangsa diwakili oleh Azmin Ali yang juga merupakan Menteri Besar Selangor. Manakala DUN Lembah Jaya diwakili oleh Khasim Abdul Aziz. Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa dipegang oleh PKR manakala DUN Bukit Antarabangsa dipegang oleh PAS.

Suatu ketika, Zuraidah Kamaruddin merupakan 'rakan kongsi' paling rapat dengan Azmin Ali. Bagaimanapun, kerana beberapa perkara yang melibatkan pembahagian kontrak dan tender menerusi Majlis Perbandaran Ampang Jaya, selain perebutan dan fraksi kuasa di dalam PKR, hubungan Azmin Ali dengan Zuraidah Kamaruddin menjadi renggang.

Zuraidah Kamaruddin lebih cenderung mengikut DAP. Apatah lagi DAP sudah pun menyatakan pada PRU akan datang, mereka akan meletakkan calon DAP di DUN Lembah Jaya. Manakala Azmin Ali pula masih lagi bersandar kepada PAS walaupun pada masa yang sama, Azmin Ali cuba untuk memperlihatkan dia lebih natural dan lebih waras.

Ini adalah kerana jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Azmin Ali sekarang adalah hasil daripada budi baik PAS. Apatah lagi setelah calon Menteri Besar dari PAS, Iskandar Abdul Samad menolak jawatan tersebut untuk menjaga hati Azmin Ali dan PKR yang sudah kehilangan majoriti selain pada masa itu, menghormati tahaluf siyasi dengan DAP. Walaupun pada mulanya, PAS tidak bersetuju dan menentang pemecatan serta penyingkiran Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dalam Langkah Kajang yang diatur oleh Rafizi Ramli, tetapi akhirnya PAS terpaksa akur setelah menerima tekanan kuat daripada DAP. Pun begitu, calon Menteri Besar Selangor yang dicadangkan oleh DAP iaitu Wan Azizah Wan Ismail tidak dipersetujui oleh PAS. PAS lebih memilih Azmin Ali.

Disebabkan itulah, Azmin Ali terhutang budi dengan PAS Selangor dan PAS Pusat.


Bagaimanapun, apabila Nik Abduh 'mengusik' mengatakan PAS akan menawan Selangor pada PRU akan datang, Azmin Ali melatah dan segera melabelkan Nik Abduh sebagai LEBAI. Sebagai Menteri Besar Selangor apatah lagi selaku Timbalan Presiden PKR, sudah tentulah Azmin Ali berasa sangat-sangat tercabar lantas mengeluarkan kenyataan yang menjadi tajuk kepada banner yang digantung di persimpangan lampu isyarat Lembah Jaya itu.

Azmin Ali kemudiannya cuba 'membetulkan' semula kenyataan provokasinya apabila dia bersungguh-sungguh memujuk dan mengajak PAS kembali menyertai Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP dan disertai oleh PKR, PAN dan Pribumi Bersatu.

Bagaimanapun, di Parlimen, ketika bacaan usul RUU355, Azmin Ali tidak terlibat. Orang yang paling lantang menentang bersama-sama Lim Kit Siang adalah Zuraidah Kamaruddin.

Taktik sebegini pernah dimainkan pada PRU lepas apabila Zuraidah menuding jari kepada Azmin Ali setelah tender dan kontrak pembersihan sampah serta sisa pepejal di bawah MPAJ didedahkan oleh media sosial. Sekarang pun, Azmin Ali bersendirian dan tidak begitu mempercayai rakan-rakannya dalam PKR.

Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin juga merupakan antara orang yang mendedahkan tentang rasuah serta habuan seks yang berlaku dalam pentadbiran Azmin Ali. Rafizi Ramli telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kepada SPRM setelah diperintahkan oleh partinya. (RUJUK SINI)

Walaupun banner tersebut jelas memprovokasi PAS pada ketika DAP menginginkan kerusi DUN Lembah Jaya tetapi dengan wajah dan kenyataan Azmin Ali digunakan, ia membawa maksud, golongan penyembah DAP dari kalangan pemimpin PKR mahu Azmin Ali dipersalahkan sekiranya ahli-ahli PAS Ampang bangkit 'memberontak'.

Siapa yang mengaut keuntungan besar dalam isu ini?

Rasa-rasanya ramai yang boleh tangkap....

Siapa yang menjad dalang kepada modus operandi yang telah dibuat berkali-kali di Ampang ini?

Itu juga bukan rahsia walaupun Ahli Parlimen Ampang cuba berlagak naif dengan wajah tololnya!


LAGI PENDEDAHAN! Kereta-Kereta Mewah Adam Rosly Atas Nama Cina... Apa Kepentingan Cina-Cina Itu Dengan Adam Rosly?

Thursday, 17 November 2016 | 0 comments



Lagi pendedahan tentang Pegawai Khas Zuraidah Kamaruddin yang merupakan Ahli Parlimen Ampang.

Parlimen Ampang merupakan antara Parlimen terkaya di Malaysia. Dengan kepadatan penduduk dan hartanah bernilai tinggi, pelbagai projek yang juga bernilai tinggi juga perlu disediakan. Dari projek angkat sampah, sehinggalah ke projek-projek pembinaan atau pun pengambilalihan tanah, semuanya menjadi rebutan kontraktor.

Untuk memastikan sebarang 'tender projek' diperolehi, pelbagai cara perlu digunakan, termasuklah membela individu yang mempunyai kuasa atau hampir dengan kuasa di Ampang.

Ampang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya atau MPAJ.


Adam Rosly yang dalam minggu ini menggelenjat kepanasan apabila pendedahan demi pendedahan tentang kekayaannya dibuat, sekali lagi kepanasan apabila pendedahan tentang pemilikan kereta-kereta mewahnya dibuat dan didedahkan oleh Netizen.

Sudah pastilah, yang paling panas adalah Zuraidah Kamaruddin memandangkan Modus Operandi yang sama juga digunakannya dalam pemilikan kereta-kereta mewah seperti yang didedahkan sebelum ini.

Siapa LAM YOKE FONG dan LEE KOK HENG yang bermurah hati 'mendermakan' kereta mewah untuk kegunaan Adam Rosly?



Adakah Lam Yoke Fong itu bapa  Adam Rosly memandangkan Zuraidah Kamaruddin menegaskan bahawa bapa Adam Rosly adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya?

Adakah Lam Yoke Fong rakan kongsi perniagaan serbaneka Adam Rosly sebagaimana didakwa?

Atau Lam Yoke Fong mempunyai kepentingan dalam projek-projek MPAJ dan Zuraidah Kamaruddin?

Pelbagai persoalan timbul kini berhubung kaitan Lam Yoke Fong dengan Adam Rosly dan Zuraidah Kamaruddin!


Rafizi Ramli Pula Campur, Arahkan ADAM ROSLY Isytihar Harta Selepas Kemewahannya Terdedah Menerusi Instagram

Wednesday, 16 November 2016 | 0 comments



Bukan sebuah rumah mewah sahaja yang dimiliki oleh Ketua AMK Ampang, Adam Rosly. Bahkan beberapa buah kediaman mewah lain termasuklah di Putrajaya dan kawasan elit Ampang Saujana. Tidak terkecuali juga adalah beberapa jenis kenderaan mewah yang kebanyakan orang hanya mampu pandang, dan mampu sentuh, bukan mampu memiliki atau membeli.

Pendedahan terbaharu yang berasal daripada sikap menunjuk-nunjuk Adam Rosly menerusi Instagram, amat mengejutkan. Alasan yang diberikan oleh Zuraidah Kamaruddin yang cuba membela pegawai khasnya itu dengan berkata, Adam Rosly yang sebelum ini tinggal di kampung setinggan dan kemudian PPRT, adalah anak orang kaya.






Tetapi dengan pendedahan terbaharu yang dibuat daripada Instagramnya sendiri, ternyata bukan kekayaan bapanya yang digunakan untuk pemilikan harta-harta dan aset tersebut sebagaimana yang didakwa. Sebaliknya. pemilikan tersebut menerusi 'USAHANYA SENDIRI'.

Zuraidah Kamaruddin sudah pasti banyak tahu tentang pemilikan harta ADAM ROSLY memandangkan selain menjadi Ketua AMK Ampang, Adam Rosly juga adalah Pegawai Khasnya, dan Ketua Penerangan AMK Selangor.



Adam Rosly mungkin dilihat sebagai satu liabiliti oleh Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR.

Justeru Rafizi Ramli yang 'bijaksana' mahu Adam Rosly menutup cerita dan mengurangkan bebanan kepada AMK dan PKR dengan menasihatkan agar Adam Rosly mengisytiharkan harta-hartanya. Katanya, itu adalah cara terbaik untuk mengelakkan 'POLIS MEMBAZIR MASA MENYIASAT' kerana masih ada banyak benda lain yang boleh dibuat oleh polis. (RUJUK SINI)




Kenapa Meroyan Sangat Zuraidah? Jamal Dedahkan 'Anak Ikan' Kaya Terlebih Ke?

Tuesday, 15 November 2016 | 1 comments



Bagi mereka yang tinggal di Ampang, nama Zuraidah Kamaruddin bukanlah asing. Tidak sahaja sebagai Ahli Parlimen, tetapi juga keserakahannya mengaut pelbagai projek termasuklah projek potong rumput, membuatkan dia cukup terkenal di kalangan penduduk Ampang.

Agak bernasib baik, Zuraidah Kamaruddin yang dikatakan berasal daripada seorang penjual buah di tepi jalan, masih terselamat daripada siasatan SPRM, walaupun cerita-cerita tentangnya begitu banyak.

Namun, apabila ada pihak membuat pendedahan tentang Ketua AMK Ampang, Adam Rosly, 28, yang memiliki hartanah dan beberapa buah kenderaan mewah, walaupun tidak mempunyai kerjaya tetap, Zuraidah Kamaruddin dilaporkan menggelabah dan meroyan.

Sudah tentulah dia mencari sesuatu yang boleh digunakan untuk melindungi dirinya iaitu kejadian Ketua Gerakan Merah, Jamal Mohd Yunos yang tinggal di Ampang, tetapi menjadi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar 'ditumbuk' di Ampang Point.

Zuraidah Kamaruddin 'mengarahkan' Ketua Polis Negara mengambil tindakan ke atas Jamal kerana ancaman 'cincang' dan 'tumpah darah'. Malah Zuraidah menyifatkan Jamal sebagai binatang buas yang perlu dikurung.

Hakikatnya, siasatan bukan sahaja perlu dibuat ke atas Jamal Mohd Yunos, tetapi juga ke atas Zuraidah Kamaruddin terutama dengan pendedahan terbaharu membabitkan Adam Rosly yang dikatakan merupakan salah seorang proksi utamanya.

Walaupun Zuraidah ketika cuba membersihkan nama Adam Rosly menyatakan, sumber kekayaan Adam Rosly adalah daripada keluarganya, tetapi persoalan yang ditimbulkan tentang Adam Rosly yang tinggal di PPRT sebelum itu, tidak dijawab oleh Zuraidah.


Mewahnya Rumah Mewah KETUA AMK AMPANG Yang Dilaporkan Tidak Bekerja... SPRM Tak Berminat Ke?

Monday, 14 November 2016 | 4 comments



Pendedahan yang dibuat membabitkan Ketua AMK Ampang, sememangnya menggemparkan. Apatah lagi dalam kes ini, Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin turut diseret sekali.

Ada persoalan besar yang muncul.

Bagaimanakah seorang anak muda yang berusia 28 tahun, yang berasal dari kawasan setinggan dan tidak mempunyai ibu bapa atau keluarga yang kaya raya, tiba-tiba sahaja menjadi kaya dan memiliki aset yang nilainya berjuta ringgit.

Sebuah blog pernah mendedahkan isu ini pada tahun Januari 2013 lagi. (RUJUK SINI)


Dua hari sudah, Adam Rosli, Ketua AMK Ampang memiliki hartanah bernilai lebih RM7 juta selain memiliki kenderaan-kenderaan mewah walaupun dia tidak bekerja atau mempunyai perniagaan tetap. Dengan usianya yang masih muda, persoalan tentang bagaimana dia boleh membuat pemilikan sebegitu rupa, ditimbulkan.

Bagaimanapun, Ketua AMK Ampang itu mencabar SPRM agar menyiasatnya kerana dia tidak melakukan sebarang jenayah dan kesalahan, sebaliknya BERJUANG UNTUK RAKYAT.

Daripada jawapan pembelaan yang diberikan oleh anak buahnya, rumah yang ditaksirkan berharga RM7 juta itu dibeli setelah dilelong oleh pihak bank.


Alamat rumah tersebut seperti yang disiarkan oleh 'anak buahnya' adalah, No. 43 (Lot 4157), Jalan Pinang, Kampung Melayu 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

Rumah tersebut terletak di Ampang yang mana rumah teresnya dua tingkatnya sahaja sudah mencecah harga hampir RM1 juta. Justeru, lelongan hartanah yang dimaksudkan itu pasti mencecah harga lebih tinggi dari RM1 juta, tidak sebagaimana yang didakwa oleh 'anak buah' Adam Rosli. Dengan harga RM1 juta, bermakna nilai hartanah di kawasan tersebut hanyalah RM172 sekaki persegi, jauh lebih murah berbanding RM400-RM600 sekaki persegi di kawasan terbabit.

Mengambil kira pendahuluan 10% yang perlu dilunaskan bagi mendapatkan hartanah tersebut, dari mana agaknya dia memperolehi baki RM900,000 untuk melunaskan keseluruhan bayaran? Bank manakah yang memberikan pinjaman?



Begitu juga dengan kereta-kereta mewah yang sudah tentu berharga lebih RM100 ribu miliknya. Bank manakah yang mampu memberikan pinjaman kepada seorang Ketua AMK yang tidak mempunyai sebarang sandaran lain?

Sudah ada laporan yang dibuat kepada SPRM dan pihak polis.

Pada ketika BERSIH dilancarkan kononnya untuk 'membersihkan' negara ini, ternyata di kalangan sendiri pun, masih ada yang tidak bersih dan perlu diberikan perhatian. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan orang yang didakwa sebagai proksi kepada pemimpin PKR yang sedang aktif menjalankan kerja-kerja hasutan untuk BERSIH, Zuraidah Kamaruddin.


Bekas Warganegara Indonesia, Zuraida Kamaruddin Pertikai Kuasa Ketua Polis Negara

Tuesday, 2 September 2014 | 12 comments

Ini bukan kali pertama Zuraida menunjukkan kejahilannya. Walaupun telah menjadi Ahli Parlimen Ampang selama dua penggal, namun bekas warganegara Indonesia yang berjaja buah di tepi jalan itu, masih buta kayu tentang peranan serta fungsi Ketua Polis Negara. Dan melihat serta meneliti kepada kenyataan yang dikeluarkannya, Zuraida Kamaruddin ternyata hanya mengkagumi kuasa yang ada pada Anwar Ibrahim.

Zuraida menyelar Ketua Polis Negara dan menyifatkan Ketua Polis Negara sebagai ahli politik berkuku besi yang menjadikan 120,000 anggota polis di bawahnya sebagai tentera peribadi untuk menyerang serta menakut-nakutkan pembangkang di Malaysia.

Menurut Zuraida lagi, tindakan PDRM di bawah Tan Sri Khalid Abu Bakar menangkap dan menahan serta melokapkan ahli-ahli PPS adalah tidak masuk akal serta gila kuasa. Malah menurutnya lagi, tindakan menyerbu rumah ahli-ahli PPS sekiranya mereka enggan menyerah diri juga merupakan tindakan biadap dan tidak demokratik.

Sebagai warganegara Malaysia, seharusnya Zuraida perlu tahu beberapa perkara berikut tidak boleh sama sekali dipersoalkan sepertimana yang diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu:

PERKARA 161 e

A. Agama Islam sebagai Agama Rasmi dan agama bagi Persekutuan.
B. Kedudukan Istimewa Raja-Raja Melayu dan Bumiputera serta Pribumi Sabah dan Sarawak.
C. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi.
D. Persoalkan hal ehwal Kerakyatan.

PERKARA 149
Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan awam.

PERKARA 150
Pengisytiharan Darurat.

Amat jelas dalam kenyataannya itu, Zuraida sebenarnya mempersoalkan Perkara 149 yang membolehkan dia dikenakan dakwaan di bawah Akta Hasutan 1948, sekaligus turut mempengaruhi status kewarganegaraannya.

PPS merupakan sebuah kumpulan subversif yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng. PDRM bertanggungjawab untuk membasmi kumpulan subversif tersebut dan mengheret mereka ke muka pengadilan.

Apa masalah Zuraida apabila polis menguatkuasakan undang-undang? Mengapa dia terlalu sibuk dengan tugas PDRM dan sangat bimbang sekiranya PDRM meluaskan tindakan tersebut sehingga ke Selangor? Apa sebenarnya yang cuba diselindungi oleh Zuraida yang cuba menjadikan isu tersebut sebagai isu politik? (RUJUK)

Semestinya Ketua Polis akan menggunakan anggota-anggota PDRM untuk memerangi jenayah, justeru apa yang membuatkan Zuraida bebal tentang hal tersebut?

Zuraida yang merupakan salah seorang daripada penghina DYMM Sultan Selangor, seharusnya dikenakan hukuman. Penghinaan yang dibuatnya, perlu dilapor dan dia perlu berada di dalam lokap untuk merasai sendiri natijah daripada perbuatannya itu!!!

ZURAIDAH KAMARUDDIN Cakap Besar Nak Sifarkan Kerusi DUN UMNO

Friday, 22 August 2014 | 15 comments

Semakin menjadi-jadi tahap kebengongan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Terbaru adalah Zuraidah Kamaruddin, bekas penjual buah tepi jalan yang mengugut DYMM Sultan Selangor agar tidak membubarkan DUN Selangor.

Menurut Zuraidah, kalau DYMM Sultan Selangor bubarkan DUN Selangor, seluruh rakyat Selangor akan marah. Semua rakyat Selangor akan memberontak. Lebih malang lagi, 12 kerusi DUN Selangor yang kini dipegang oleh UMNO, akan kehilangan semuanya kepada Pakatan (baca: PKR).

Kata Zuraidah lagi, DYMM Sultan Selangor sepatutnya mengikut Perlembagaan dan tidak bertindak sesuka hati. Menurutnya lagi, tindakan Sultan Selangor membubarkan DUN Selangor adalah NONSENSE, tidak munasabah dan bertentangan dengan Perlembagaan Negeri sedangkan di dalam Perlembagaan Negeri itu terkandung jelas kuasa-kuasa Sultan Selangor termasuklah membubarkan DUN dan melantik Menteri Besar.



Barangkali Zuraidah langsung tidak tahu tentang hal tersebut tetapi sekadar bercakap berdasarkan otak penjual buah di tepi jalan!

Dan yang paling menarik ialah apabila Zuraidah turut memberi amaran, Pakatan Rakyat akan memenangi kesemua 56 kerusi DUN sekiranya DYMM Sultan Selangor membubarkan DUN.

Dengan kata lain, Zuraidah Kamaruddin sebenarnya cuba memberitahu bahawa DYMM Sultan Selangor adalah salah seorang pemimpin UMNO yang perlu sedar bahawa pembubaran DUN Selangor, tidak akan memenangkan UMNO, sebaliknya baginda akan lebih terpukul kerana tiada seorang pun wakil UMNO dalam DUN Selangor!
Showing posts with label zuraida kamaruddin. Show all posts
Showing posts with label zuraida kamaruddin. Show all posts

Mampukah Penafian Zuraidah Kamaruddin Yang Adam Rosly Adalah Pegawai Khasnya, Akan Menyelamatkannya Sekali Lagi?

Thursday, 20 April 2017 · 0 comments



Esok, Ketua AMK Ampang, Adam Rosly akan dikenakan 13 pertuduhan oleh SPRM. Rumahnya ala-Disneyland di Ampang juga telah disita malam tadi. Sebelum ini, beberapa hari lepas, SPRM turut memburu aset-aset dan wang tunai Adam lain yang mungkin telah disembunyikan.

Antara tuduhan yang bakal dikenakan kepada Adam Rosly ialah mengikut Seksyen 32 (8) (c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) atas kesalahan memberi keterangan dan dokumen pasu ketika proses siasatan SPRM.

Zuraidah Kamaruddin dalam satu kenyataan menafikan Adam Rosly adalah Pegawai Khasnya.

Sementara itu, BNBBC.my melaporkan Zuraida kini sedang berusaha keras untuk memadamkan rekod-rekod lama perkaitannya dengan Adam selepas Ketua AMK Ampang itu ditahan SPRM.

“Meskipun tiada ‘hitam putih’ atau sebarang dokumen yang membuktikan pelantikan Adam sebagai pegawai Zuraida, namun menurut sumber, semua ahli PKR Ampang tahu tentang hubung kait antara Adam dan Zuraida.

“Penafian Zuraida itu juga dilihat tidak tidak selari dengan segala aktiviti Adam yang sering dimuatnaik dalam laman sosial Facebook dan Instagramnya sejak 2008 mengenai kekayaan beliau.

“Adam bagaimanapun telah memadam akaun tersebut sejak kekecohan mengenai rumah ‘Disneyland’ nya yang terletak di Ampang didakwa bernilai RM7 juta.

“Begitu juga dengan rumah keduanya di Putrajaya yang bernilai RM800 ribu dimana sebelum ini beliau turut memuatnaik dalam akaun yang sama.

“Selain itu, segala aktiviti di Ampang yang beliau menjadi wakil kepada Zuraida turut dimuatnaik sebagai catatan program yang PKR anjurkan,”lapor portal itu.

Pada tahun 2012, sebuah portal berita mendedahkan tentang kekayaan yang dimiliki oleh Zuraidah Kamaruddin yang menurut portal berita tersebut, Zuraidah yang sebelum menjadi Ahli Parlimen Ampang hanya memiliki sebuah Myvi, tiba-tiba mempunyai pelbagai jenis kereta mewah. (RUJUK SINI)

Penangkapan dan pendakwaan ke atas Adam Rosly, sebenarnya memberi kesan yang cukup mendalam kepada Zuraidah Kamaruddin yang tidak dapat menjawab tentang pemilikan kenderaan-kenderaan mewahnya dahulu.

Jamal Mohd Yunos beberapa hari lepas telah pun membuat laporan kepada SPRM dengan mengepilkan bersama-sama dokumen yang menyokong laporannya terhadap salahguna serta penyelewengan yang melibatkan Zuraidah Kamaruddin dan syarikat adik-beradiknya.


Siapa Yang Lebih Gelabah Bila SPRM Kesan Rumah dan Tanah Adam Rosly Untuk Dibekukan?

Monday, 17 April 2017 · 0 comments



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan harta seperti rumah dan tanah untuk proses pembekuan susulan kes penahanan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang Datuk Adam Rosly berhubung kekayaan luar biasa dimilikinya.

Sumber berkata, pihak suruhanjaya berkenaan juga turut merampas lima kereta mewah yang kini diletakkan di pekarangan Ibu Pejabat SPRM bagi siasatan itu.

“Bagaimanapun, butiran lanjut berhubung perkara ini tidak didedahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Pada Jumaat lalu, Adam Rosly ditahan reman lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung kekayaan luar biasa dimilikinya.

Beliau yang berusia 28 tahun itu ditahan untuk disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Pada 10 Februari lalu, SPRM sudah merakam keterangannya berhubung dakwaan kekayaan luar biasa termasuk memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meski pun baru memegang jawatan dalam PKR.

Khamis lalu, beliau ditahan di ibu pejabat SPRM di sini, selepas hadir untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu.


ZURAIDAH KAMARUDDIN Pula Kata Dia Tak Kenal ADAM ROSLY

Sunday, 16 April 2017 · 1 comments



Kesian Adam Rosly....

Setelah diberikan semangat, diberikan pembelaan, malah disokong dijulang, akhirnya dia bersendirian.

Ini adalah kerana, orang yang dikatakan paling rapat dengannya, Zuraidah Kamaruddin mengeluarkan kenyataan yang dia tidak pernah mengenali Adam Rosly sekalipun masa kecoh isu rumah besar dan kekayaan melampau luar biasa Adam Rosly, Zuraidah beriya-iya memberitahu, Adam Rosly kaya kerana hasil pusaka ayahnya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan berjaya.

Zuraidah bagaimanapun, tidak dapat menghadirkan bukti untuk menyokong pembelaannya ke atas Adam Rosly.

Ahli Parlimen Ampang itu ketika menjawab dakwaan bahawa Adam Rosly adalah pegawai khasnya, menafikan tuduhan tersebut. Sebaliknya menurut Zuraidah, Adam Rosly tidak pernah dilantik menjadi Pegawai Khasnya mahupun Pegawai Khas kepada Menteri Besar,  Azmin Ali.

Sebelum itu, orang yang bertanggungjawab menyebabkan Adam Rosly diheret SPRM, Jamal Md Yunos bakal membuat laporan kepada SPRM agar siasatan ke atas Zuraidah Kamaruddin turut dijalankan.

Jamal berkata, kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Adam dalam tempoh hanya beberapa tahun mengetuai AMK Ampang, dikhuatiri mempunyai hubung kait dengan Zuraida. Menurut Jamal, Adam hanya baru beberapa tahun menjadi Ketua AMK dan dengan jawatan tersebut, dia telah terjebak dengan perkara sebegini. Jamal juga yakin, seandainya Adam didapati bersalah, ianya bukan salah Adam semata-mata, tetapi salah ini perlu dipertanggungjawabkan kepada pemimpin PKR yang lian.

Menurutnya lagi, anak muda seperti Adam akan terjebak dengan rasuah dan penyelewengan kuasa setelah melihat bosnya menerima rasuah, misalnya.

Adam Rosly sekarang ini sedang ditahan reman selama lima hari mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Zuraidah dalam reaksinya berhubung tahanan reman Adam Rosly cuba menimbulkan persepsi kononnya SPRM terpaksa menyambung reman kerana masih belum ada bukti terhadap Adam Rosly. Malahan turut mengalu-alukan siasatan SPRM ke atasnya.

"Saya tahu Zuraidah berada dalam keadaan gelabah sekarang. Untuk menyedapkan hatinya dan meyakinkan penyokong kononnya dia tidak terlibat, itulah caranya.


Akhirnya ADAM ROSLY Proksi Zuraidah Kamaruddin Berbaju Oren SPRM

Friday, 14 April 2017 · 0 comments



Ketua AMK Ampang Adam Rosly tiba di kompleks mahkamah di Putrajaya untuk direman berhubung siasatan ke atas kekayaan luar biasanya. 

Dia tiba pada jam 9:25 pagi dengan memakai baju tahanan SPRM berwarna oren dan digiring oleh dua orang pegawai SPRM.

Adam, 29, dibawa menghadap majistret untuk keputusan reman. 



Dia telah ditahan semalam selepas membuat keterangan di hadapan para penyiasat berhubung kekayaan luar biasanya.

Kekayaannya mendapat perhatian tahun lepas selepas musuh politiknya mempersoalkan bagaimana dia mampu mengumpulkan kekayaan dalam tempoh yang singkat selain memiliki sebuah rumah banglo reka bentuk istana. 



Adam bagaimanapun, menafikan dan menolak dakwaan tersebut. Menurutnya dia memperolehi kekayaannya termasuklah wang untuk membeli banglo berharga RM1 juta itu menerusi perniagaan dan harta pusaka.

Dakwa Adam lagi, anugerah yang membawa gelaran Datuk dari Pahang itu juga adalah hasil daripada sumbangannya kepada beberapa projek di negeri itu. 


Di Ampang, ZURAIDAH KAMARUDDIN Berkuasa... Fahamkan Itu!

Saturday, 8 April 2017 · 1 comments



Semalam, satu banner berunsur provokasi terhadap PAS telah dikesan dipasang di persimpangan lampu isyarat Jalan Lembah Jaya, Ampang. Banner berukuran 5' x 4' itu tertera tulisan, 'Ada Tok Lebai Nak Tawan Selangor, Kawasan Sendiri Pun Kalah Tersungkur' yang merujuk kepada kata-kata Azmin Ali terhadap Nik Abduh, Ahli Parlimen PAS Pasir Mas.

Adalah dipercayai, banner tersebut telah dipasang pada awal pagi dan jelas berbaur provokasi serta kebencian melampau terhadap Nik Abduh serta PAS. Kebencian dan provokasi tersebut diperlihatkan setelah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang membacakan usul RUU355 di Parlimen.

Bagaimanapun, pada sebelah tengah hari, banner tersebut telah 'hilang' dan dipercayai telah diturunkan oleh penyokong atau ahli-ahli PAS di kawasan terbabit.

Parlimen Ampang diwakili oleh Zuraidah Kamaruddin, bekas warganegara Singapura/Indonesia yang mendapat kepercayaan para pengundi Ampang untuk menjadi Ahli Parlimen. Parlimen ini mengandungi dua DUN iaitu DUN Bukit Antarabangsa dan DUN Lembah Jaya


DUN Bukit Antarabangsa diwakili oleh Azmin Ali yang juga merupakan Menteri Besar Selangor. Manakala DUN Lembah Jaya diwakili oleh Khasim Abdul Aziz. Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa dipegang oleh PKR manakala DUN Bukit Antarabangsa dipegang oleh PAS.

Suatu ketika, Zuraidah Kamaruddin merupakan 'rakan kongsi' paling rapat dengan Azmin Ali. Bagaimanapun, kerana beberapa perkara yang melibatkan pembahagian kontrak dan tender menerusi Majlis Perbandaran Ampang Jaya, selain perebutan dan fraksi kuasa di dalam PKR, hubungan Azmin Ali dengan Zuraidah Kamaruddin menjadi renggang.

Zuraidah Kamaruddin lebih cenderung mengikut DAP. Apatah lagi DAP sudah pun menyatakan pada PRU akan datang, mereka akan meletakkan calon DAP di DUN Lembah Jaya. Manakala Azmin Ali pula masih lagi bersandar kepada PAS walaupun pada masa yang sama, Azmin Ali cuba untuk memperlihatkan dia lebih natural dan lebih waras.

Ini adalah kerana jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Azmin Ali sekarang adalah hasil daripada budi baik PAS. Apatah lagi setelah calon Menteri Besar dari PAS, Iskandar Abdul Samad menolak jawatan tersebut untuk menjaga hati Azmin Ali dan PKR yang sudah kehilangan majoriti selain pada masa itu, menghormati tahaluf siyasi dengan DAP. Walaupun pada mulanya, PAS tidak bersetuju dan menentang pemecatan serta penyingkiran Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dalam Langkah Kajang yang diatur oleh Rafizi Ramli, tetapi akhirnya PAS terpaksa akur setelah menerima tekanan kuat daripada DAP. Pun begitu, calon Menteri Besar Selangor yang dicadangkan oleh DAP iaitu Wan Azizah Wan Ismail tidak dipersetujui oleh PAS. PAS lebih memilih Azmin Ali.

Disebabkan itulah, Azmin Ali terhutang budi dengan PAS Selangor dan PAS Pusat.


Bagaimanapun, apabila Nik Abduh 'mengusik' mengatakan PAS akan menawan Selangor pada PRU akan datang, Azmin Ali melatah dan segera melabelkan Nik Abduh sebagai LEBAI. Sebagai Menteri Besar Selangor apatah lagi selaku Timbalan Presiden PKR, sudah tentulah Azmin Ali berasa sangat-sangat tercabar lantas mengeluarkan kenyataan yang menjadi tajuk kepada banner yang digantung di persimpangan lampu isyarat Lembah Jaya itu.

Azmin Ali kemudiannya cuba 'membetulkan' semula kenyataan provokasinya apabila dia bersungguh-sungguh memujuk dan mengajak PAS kembali menyertai Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP dan disertai oleh PKR, PAN dan Pribumi Bersatu.

Bagaimanapun, di Parlimen, ketika bacaan usul RUU355, Azmin Ali tidak terlibat. Orang yang paling lantang menentang bersama-sama Lim Kit Siang adalah Zuraidah Kamaruddin.

Taktik sebegini pernah dimainkan pada PRU lepas apabila Zuraidah menuding jari kepada Azmin Ali setelah tender dan kontrak pembersihan sampah serta sisa pepejal di bawah MPAJ didedahkan oleh media sosial. Sekarang pun, Azmin Ali bersendirian dan tidak begitu mempercayai rakan-rakannya dalam PKR.

Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin juga merupakan antara orang yang mendedahkan tentang rasuah serta habuan seks yang berlaku dalam pentadbiran Azmin Ali. Rafizi Ramli telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kepada SPRM setelah diperintahkan oleh partinya. (RUJUK SINI)

Walaupun banner tersebut jelas memprovokasi PAS pada ketika DAP menginginkan kerusi DUN Lembah Jaya tetapi dengan wajah dan kenyataan Azmin Ali digunakan, ia membawa maksud, golongan penyembah DAP dari kalangan pemimpin PKR mahu Azmin Ali dipersalahkan sekiranya ahli-ahli PAS Ampang bangkit 'memberontak'.

Siapa yang mengaut keuntungan besar dalam isu ini?

Rasa-rasanya ramai yang boleh tangkap....

Siapa yang menjad dalang kepada modus operandi yang telah dibuat berkali-kali di Ampang ini?

Itu juga bukan rahsia walaupun Ahli Parlimen Ampang cuba berlagak naif dengan wajah tololnya!


LAGI PENDEDAHAN! Kereta-Kereta Mewah Adam Rosly Atas Nama Cina... Apa Kepentingan Cina-Cina Itu Dengan Adam Rosly?

Thursday, 17 November 2016 · 0 comments



Lagi pendedahan tentang Pegawai Khas Zuraidah Kamaruddin yang merupakan Ahli Parlimen Ampang.

Parlimen Ampang merupakan antara Parlimen terkaya di Malaysia. Dengan kepadatan penduduk dan hartanah bernilai tinggi, pelbagai projek yang juga bernilai tinggi juga perlu disediakan. Dari projek angkat sampah, sehinggalah ke projek-projek pembinaan atau pun pengambilalihan tanah, semuanya menjadi rebutan kontraktor.

Untuk memastikan sebarang 'tender projek' diperolehi, pelbagai cara perlu digunakan, termasuklah membela individu yang mempunyai kuasa atau hampir dengan kuasa di Ampang.

Ampang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya atau MPAJ.


Adam Rosly yang dalam minggu ini menggelenjat kepanasan apabila pendedahan demi pendedahan tentang kekayaannya dibuat, sekali lagi kepanasan apabila pendedahan tentang pemilikan kereta-kereta mewahnya dibuat dan didedahkan oleh Netizen.

Sudah pastilah, yang paling panas adalah Zuraidah Kamaruddin memandangkan Modus Operandi yang sama juga digunakannya dalam pemilikan kereta-kereta mewah seperti yang didedahkan sebelum ini.

Siapa LAM YOKE FONG dan LEE KOK HENG yang bermurah hati 'mendermakan' kereta mewah untuk kegunaan Adam Rosly?



Adakah Lam Yoke Fong itu bapa  Adam Rosly memandangkan Zuraidah Kamaruddin menegaskan bahawa bapa Adam Rosly adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya?

Adakah Lam Yoke Fong rakan kongsi perniagaan serbaneka Adam Rosly sebagaimana didakwa?

Atau Lam Yoke Fong mempunyai kepentingan dalam projek-projek MPAJ dan Zuraidah Kamaruddin?

Pelbagai persoalan timbul kini berhubung kaitan Lam Yoke Fong dengan Adam Rosly dan Zuraidah Kamaruddin!


Rafizi Ramli Pula Campur, Arahkan ADAM ROSLY Isytihar Harta Selepas Kemewahannya Terdedah Menerusi Instagram

Wednesday, 16 November 2016 · 0 comments



Bukan sebuah rumah mewah sahaja yang dimiliki oleh Ketua AMK Ampang, Adam Rosly. Bahkan beberapa buah kediaman mewah lain termasuklah di Putrajaya dan kawasan elit Ampang Saujana. Tidak terkecuali juga adalah beberapa jenis kenderaan mewah yang kebanyakan orang hanya mampu pandang, dan mampu sentuh, bukan mampu memiliki atau membeli.

Pendedahan terbaharu yang berasal daripada sikap menunjuk-nunjuk Adam Rosly menerusi Instagram, amat mengejutkan. Alasan yang diberikan oleh Zuraidah Kamaruddin yang cuba membela pegawai khasnya itu dengan berkata, Adam Rosly yang sebelum ini tinggal di kampung setinggan dan kemudian PPRT, adalah anak orang kaya.






Tetapi dengan pendedahan terbaharu yang dibuat daripada Instagramnya sendiri, ternyata bukan kekayaan bapanya yang digunakan untuk pemilikan harta-harta dan aset tersebut sebagaimana yang didakwa. Sebaliknya. pemilikan tersebut menerusi 'USAHANYA SENDIRI'.

Zuraidah Kamaruddin sudah pasti banyak tahu tentang pemilikan harta ADAM ROSLY memandangkan selain menjadi Ketua AMK Ampang, Adam Rosly juga adalah Pegawai Khasnya, dan Ketua Penerangan AMK Selangor.



Adam Rosly mungkin dilihat sebagai satu liabiliti oleh Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR.

Justeru Rafizi Ramli yang 'bijaksana' mahu Adam Rosly menutup cerita dan mengurangkan bebanan kepada AMK dan PKR dengan menasihatkan agar Adam Rosly mengisytiharkan harta-hartanya. Katanya, itu adalah cara terbaik untuk mengelakkan 'POLIS MEMBAZIR MASA MENYIASAT' kerana masih ada banyak benda lain yang boleh dibuat oleh polis. (RUJUK SINI)




Kenapa Meroyan Sangat Zuraidah? Jamal Dedahkan 'Anak Ikan' Kaya Terlebih Ke?

Tuesday, 15 November 2016 · 1 comments



Bagi mereka yang tinggal di Ampang, nama Zuraidah Kamaruddin bukanlah asing. Tidak sahaja sebagai Ahli Parlimen, tetapi juga keserakahannya mengaut pelbagai projek termasuklah projek potong rumput, membuatkan dia cukup terkenal di kalangan penduduk Ampang.

Agak bernasib baik, Zuraidah Kamaruddin yang dikatakan berasal daripada seorang penjual buah di tepi jalan, masih terselamat daripada siasatan SPRM, walaupun cerita-cerita tentangnya begitu banyak.

Namun, apabila ada pihak membuat pendedahan tentang Ketua AMK Ampang, Adam Rosly, 28, yang memiliki hartanah dan beberapa buah kenderaan mewah, walaupun tidak mempunyai kerjaya tetap, Zuraidah Kamaruddin dilaporkan menggelabah dan meroyan.

Sudah tentulah dia mencari sesuatu yang boleh digunakan untuk melindungi dirinya iaitu kejadian Ketua Gerakan Merah, Jamal Mohd Yunos yang tinggal di Ampang, tetapi menjadi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar 'ditumbuk' di Ampang Point.

Zuraidah Kamaruddin 'mengarahkan' Ketua Polis Negara mengambil tindakan ke atas Jamal kerana ancaman 'cincang' dan 'tumpah darah'. Malah Zuraidah menyifatkan Jamal sebagai binatang buas yang perlu dikurung.

Hakikatnya, siasatan bukan sahaja perlu dibuat ke atas Jamal Mohd Yunos, tetapi juga ke atas Zuraidah Kamaruddin terutama dengan pendedahan terbaharu membabitkan Adam Rosly yang dikatakan merupakan salah seorang proksi utamanya.

Walaupun Zuraidah ketika cuba membersihkan nama Adam Rosly menyatakan, sumber kekayaan Adam Rosly adalah daripada keluarganya, tetapi persoalan yang ditimbulkan tentang Adam Rosly yang tinggal di PPRT sebelum itu, tidak dijawab oleh Zuraidah.


Mewahnya Rumah Mewah KETUA AMK AMPANG Yang Dilaporkan Tidak Bekerja... SPRM Tak Berminat Ke?

Monday, 14 November 2016 · 4 comments



Pendedahan yang dibuat membabitkan Ketua AMK Ampang, sememangnya menggemparkan. Apatah lagi dalam kes ini, Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin turut diseret sekali.

Ada persoalan besar yang muncul.

Bagaimanakah seorang anak muda yang berusia 28 tahun, yang berasal dari kawasan setinggan dan tidak mempunyai ibu bapa atau keluarga yang kaya raya, tiba-tiba sahaja menjadi kaya dan memiliki aset yang nilainya berjuta ringgit.

Sebuah blog pernah mendedahkan isu ini pada tahun Januari 2013 lagi. (RUJUK SINI)


Dua hari sudah, Adam Rosli, Ketua AMK Ampang memiliki hartanah bernilai lebih RM7 juta selain memiliki kenderaan-kenderaan mewah walaupun dia tidak bekerja atau mempunyai perniagaan tetap. Dengan usianya yang masih muda, persoalan tentang bagaimana dia boleh membuat pemilikan sebegitu rupa, ditimbulkan.

Bagaimanapun, Ketua AMK Ampang itu mencabar SPRM agar menyiasatnya kerana dia tidak melakukan sebarang jenayah dan kesalahan, sebaliknya BERJUANG UNTUK RAKYAT.

Daripada jawapan pembelaan yang diberikan oleh anak buahnya, rumah yang ditaksirkan berharga RM7 juta itu dibeli setelah dilelong oleh pihak bank.


Alamat rumah tersebut seperti yang disiarkan oleh 'anak buahnya' adalah, No. 43 (Lot 4157), Jalan Pinang, Kampung Melayu 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

Rumah tersebut terletak di Ampang yang mana rumah teresnya dua tingkatnya sahaja sudah mencecah harga hampir RM1 juta. Justeru, lelongan hartanah yang dimaksudkan itu pasti mencecah harga lebih tinggi dari RM1 juta, tidak sebagaimana yang didakwa oleh 'anak buah' Adam Rosli. Dengan harga RM1 juta, bermakna nilai hartanah di kawasan tersebut hanyalah RM172 sekaki persegi, jauh lebih murah berbanding RM400-RM600 sekaki persegi di kawasan terbabit.

Mengambil kira pendahuluan 10% yang perlu dilunaskan bagi mendapatkan hartanah tersebut, dari mana agaknya dia memperolehi baki RM900,000 untuk melunaskan keseluruhan bayaran? Bank manakah yang memberikan pinjaman?



Begitu juga dengan kereta-kereta mewah yang sudah tentu berharga lebih RM100 ribu miliknya. Bank manakah yang mampu memberikan pinjaman kepada seorang Ketua AMK yang tidak mempunyai sebarang sandaran lain?

Sudah ada laporan yang dibuat kepada SPRM dan pihak polis.

Pada ketika BERSIH dilancarkan kononnya untuk 'membersihkan' negara ini, ternyata di kalangan sendiri pun, masih ada yang tidak bersih dan perlu diberikan perhatian. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan orang yang didakwa sebagai proksi kepada pemimpin PKR yang sedang aktif menjalankan kerja-kerja hasutan untuk BERSIH, Zuraidah Kamaruddin.


Bekas Warganegara Indonesia, Zuraida Kamaruddin Pertikai Kuasa Ketua Polis Negara

Tuesday, 2 September 2014 · 12 comments

Ini bukan kali pertama Zuraida menunjukkan kejahilannya. Walaupun telah menjadi Ahli Parlimen Ampang selama dua penggal, namun bekas warganegara Indonesia yang berjaja buah di tepi jalan itu, masih buta kayu tentang peranan serta fungsi Ketua Polis Negara. Dan melihat serta meneliti kepada kenyataan yang dikeluarkannya, Zuraida Kamaruddin ternyata hanya mengkagumi kuasa yang ada pada Anwar Ibrahim.

Zuraida menyelar Ketua Polis Negara dan menyifatkan Ketua Polis Negara sebagai ahli politik berkuku besi yang menjadikan 120,000 anggota polis di bawahnya sebagai tentera peribadi untuk menyerang serta menakut-nakutkan pembangkang di Malaysia.

Menurut Zuraida lagi, tindakan PDRM di bawah Tan Sri Khalid Abu Bakar menangkap dan menahan serta melokapkan ahli-ahli PPS adalah tidak masuk akal serta gila kuasa. Malah menurutnya lagi, tindakan menyerbu rumah ahli-ahli PPS sekiranya mereka enggan menyerah diri juga merupakan tindakan biadap dan tidak demokratik.

Sebagai warganegara Malaysia, seharusnya Zuraida perlu tahu beberapa perkara berikut tidak boleh sama sekali dipersoalkan sepertimana yang diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu:

PERKARA 161 e

A. Agama Islam sebagai Agama Rasmi dan agama bagi Persekutuan.
B. Kedudukan Istimewa Raja-Raja Melayu dan Bumiputera serta Pribumi Sabah dan Sarawak.
C. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi.
D. Persoalkan hal ehwal Kerakyatan.

PERKARA 149
Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan awam.

PERKARA 150
Pengisytiharan Darurat.

Amat jelas dalam kenyataannya itu, Zuraida sebenarnya mempersoalkan Perkara 149 yang membolehkan dia dikenakan dakwaan di bawah Akta Hasutan 1948, sekaligus turut mempengaruhi status kewarganegaraannya.

PPS merupakan sebuah kumpulan subversif yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng. PDRM bertanggungjawab untuk membasmi kumpulan subversif tersebut dan mengheret mereka ke muka pengadilan.

Apa masalah Zuraida apabila polis menguatkuasakan undang-undang? Mengapa dia terlalu sibuk dengan tugas PDRM dan sangat bimbang sekiranya PDRM meluaskan tindakan tersebut sehingga ke Selangor? Apa sebenarnya yang cuba diselindungi oleh Zuraida yang cuba menjadikan isu tersebut sebagai isu politik? (RUJUK)

Semestinya Ketua Polis akan menggunakan anggota-anggota PDRM untuk memerangi jenayah, justeru apa yang membuatkan Zuraida bebal tentang hal tersebut?

Zuraida yang merupakan salah seorang daripada penghina DYMM Sultan Selangor, seharusnya dikenakan hukuman. Penghinaan yang dibuatnya, perlu dilapor dan dia perlu berada di dalam lokap untuk merasai sendiri natijah daripada perbuatannya itu!!!

ZURAIDAH KAMARUDDIN Cakap Besar Nak Sifarkan Kerusi DUN UMNO

Friday, 22 August 2014 · 15 comments

Semakin menjadi-jadi tahap kebengongan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Terbaru adalah Zuraidah Kamaruddin, bekas penjual buah tepi jalan yang mengugut DYMM Sultan Selangor agar tidak membubarkan DUN Selangor.

Menurut Zuraidah, kalau DYMM Sultan Selangor bubarkan DUN Selangor, seluruh rakyat Selangor akan marah. Semua rakyat Selangor akan memberontak. Lebih malang lagi, 12 kerusi DUN Selangor yang kini dipegang oleh UMNO, akan kehilangan semuanya kepada Pakatan (baca: PKR).

Kata Zuraidah lagi, DYMM Sultan Selangor sepatutnya mengikut Perlembagaan dan tidak bertindak sesuka hati. Menurutnya lagi, tindakan Sultan Selangor membubarkan DUN Selangor adalah NONSENSE, tidak munasabah dan bertentangan dengan Perlembagaan Negeri sedangkan di dalam Perlembagaan Negeri itu terkandung jelas kuasa-kuasa Sultan Selangor termasuklah membubarkan DUN dan melantik Menteri Besar.



Barangkali Zuraidah langsung tidak tahu tentang hal tersebut tetapi sekadar bercakap berdasarkan otak penjual buah di tepi jalan!

Dan yang paling menarik ialah apabila Zuraidah turut memberi amaran, Pakatan Rakyat akan memenangi kesemua 56 kerusi DUN sekiranya DYMM Sultan Selangor membubarkan DUN.

Dengan kata lain, Zuraidah Kamaruddin sebenarnya cuba memberitahu bahawa DYMM Sultan Selangor adalah salah seorang pemimpin UMNO yang perlu sedar bahawa pembubaran DUN Selangor, tidak akan memenangkan UMNO, sebaliknya baginda akan lebih terpukul kerana tiada seorang pun wakil UMNO dalam DUN Selangor!

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks