SEKOLAH VERNAKULAR CINA Kurang Ajar di Kuala Kedah... Buang Bendera Malaysia Ke Dalam Tong Sampah

Saturday, 17 October 2015 | 6 comments


Sukar untuk golongan yang berasal daripada aliran vernakular Cina untuk menerima hakikat bahawa sistem pendidikan mereka sebenarnya mengajarkan dan menyemaikan sikap chauvinistik serta rasisme yang sangat melampau, selain bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain termasuklah negara di mana sekolah-sekolah tersebut dibenarkan wujud.

Satu pendedahan telah dibuat di media-media sosial membabitkan perbuatan sebuah sekolah aliran Cina di Kuala Kedah yang telah menghina bendera Malaysia dengan mencampakkan bendera tersebut ke dalam tong sampah dan sengaja dibiarkan terdedah dengan niat tertentu.

Peristiwa dilaporkan berlaku pada 16 Oktober pada jam lebih kurang 5:00 petang di Sekolah Menengah Keat Hwa 2, Taman Sri Abadi, Jalan Kuala Kedah, Alor Star.


Perbuatan menghina bendera Malaysia itu telah mendapat kecaman daripada Netizen, sekaligus membenarkan dakwaan selama ini bahawa sekolah-sekolah aliran Cina telah memupuk perasaan tidak hormatkan negara sehingga melahirkan generasi yang berpendidikan aliran Cina sebagai bangsa yang tidak mengenang budi, kurang ajar dan sangat biadap. Malah lebih teruk lagi, langsung tidak boleh berbahasa Kebangsaan sekalipun sudah empat generasi berada di negara ini.

Sekolah berkenaan sebenarnya diapit oleh perkampungan-perkampungan serta taman-taman perumahan yang bermajoritikan orang Melayu. Kelompok masyarakat Cina di sepanjang Jalan Kuala Kedah, sebenarnya tidaklah seramai mana sebelum taman-taman perumahan yang mengambil tapak-tapak sawah padi terbina.

Cubaan untuk mendapatkan penjelasan daripada sekolah terbabit, tidak dapat diperolehi memandangkan sekolah tersebut masih tutup ketika wakil kami pergi.

Bagaimanapun, jawapan daripada pentadbiran sekolah seperti sudah boleh dijangka iaitu sama ada mereka menafikan perbuatan tersebut perbuatan mereka atau salah seorang pekerja sekolah melakukannya kerana jahil.

Kejahilan seringkali dijadikan alasan memandangkan mereka bukannya sekolah aliran kebangsaan. Gambaran yang diberikan seolah-olah sekolah-sekolah aliran Cina terpisah terus daripada aliran pendidikan kebangsaan.

LIM GUAN ENG Terlupa, Sekolah Vernakular Sememangnya Adalah Politik Yang Melahirkan DAP

Friday, 24 October 2014 | 4 comments

Tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia dalam mana-mana Artikel, sub-artikel mahupun klausa yang membolehkan kewujudan sekolah-sekolah vernakular menjadi inspirasi dan aspirasi sebuah negara bernama Malaysia. Sebaliknya, kewujudan sekolah-sekolah vernakular adalah kerana kerana politik yang dibawa dari tanah leluhur (dalam kes ini, China dan India).

Sekolah-sekolah vernakular yang sepatutnya telah dihapuskan sebaik-baik sahaja negara ini bebas daripada belenggu penjajahan, bagaimanapun, dibenarkan wujud memandangkan kebanyakan kaum imigran dari India dan China pada waktu itu, masih gagal bercakap dan memahami Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan. Bagaimanapun berdasarkan kepada Dasar Pelajaran Razak dan Dasar Pelajaran Rahman Talib, sekolah-sekolah vernakular perlu dihapuskan bagi membolehkan hanya satu aliran pendidikan sahaja dibenarkan di negara ini.

Manakala sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah pondok pula mempunyai peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia, sekaligus tidak boleh diganggu, dipertikaikan atau dihalang oleh mana-mana pihak termasuklah oleh lembaga pengelola sekolah-sekolah vernakular.

Buta perut dan gagal fahami Perlembagaan negara sendiri, mendorong ramai yang melihat kewujudan sekolah-sekolah vernakular di serata Malaysia sebagai 'PERKARA BIASA'. Namun perubahan masa membuatkan masyarakat hari ini lebih peka dengan apa yang berlaku dalam negara sendiri. Semakan dan kajian dalam Perlembagaan Malaysia mendapati, sekolah-sekolah vernakular tidak kebal daripada kritikan atau desakan agar dibubarkan, dilupuskan mahupun dipaksa tutup oleh pihak berkuasa.

Seringkali golongan berkenaan menggunakan hujah bahawa menutup sekolah-sekolah vernakular bererti menghalang pembelajaran dan amalan Bahasa Ibunda serta kebudayaan bangsa imigran tersebut, untuk menghalalkan tindakan di bawah Akta Hasutan.

Sesuatu yang mereka langsung terlupa ialah, pendidikan bahasa dan kebudayaan sebenarnya boleh diwujudkan di sekolah-sekolah kebangsaan yang telah menggabungkan sekolah aliran Melayu dan Inggeris pada zaman setelah merdeka. Sebarang kurikulum di sekolah-sekolah vernakular sebenarnya sudah pun ada di sekolah-sekolah kebangsaan.

 Malangnya kerana kepentingan politik, sekolah-sekolah vernakular terpaksa dibenarkan terus wujud sungguhpun sekolah-sekolah tersebut lebih banyak membiakkan perpecahan kaum dan semangat perkauman yang sangat menebal.

Bayangkan dari tahun 1957 sehingga 2014, masih ramai anak-anak imigran yang belum mahir menguasai Bahasa Kebangsaan, gagal memahami dan menghormati agama Islam yang merupakan agama rasmi, tidak berterima kasih kerana mempunyai peluang untuk tinggal dan jauh lebih bebas berbanding rakan-rakan imigran mereka di negara-negara lain dengan keistimewaan hak yang tidak dimiliki oleh imigran-imigran di negara selain Malaysia.

Justeru, apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sekolah-sekolah vernakular tidak seharusnya dijadikan bahan politik, sepatutnya Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu sedar bahawa, saranannya itu tidak lebih daripada cakap-cakap politik yang sebenarnya mahu melihat polarisasi kaum di Malaysia terus melebar. Kegagalan untuk berasimilasi dengan negara ini, merupakan kejayaan terbesar kepada DAP.

Ini adalah kerana, selagi sekolah vernakular wujud, selagi itulah DAP akan dapat bertahan. Apabila sekolah-sekolah vernakular diperkukuhkan dan kerajaan pula sentiasa tunduk serta tertipu, DAP dan cita-citanya untuk menguasai Malaysia, akan tercapai dengan mudah.

Orang seperti Lim Guan Eng atau mana-mana individu yang terus mempertahankan kewujudan sekolah-sekolah vernakular sepatutnya ditangkap dan dihukum di bawah Akta Hasutan kerana mereka sebenarnya menghasut rakyat negara ini agar berpecah belah, bukan sebaliknya!

Lembaga Pengelola Sekolah Cina di Pulau Sebang, Melaka HARAMKAN MELAYU Daripada Mengajar!

Thursday, 17 July 2014 | 10 comments

Pada Mei 2014, blog ini telah mendedahkan perihal permusuhan dan penentangan Ahli-Ahli Lembaga Pengelola sebuah sekolah Cina di Pulau Sebang, Melaka (BACA DI SINI). Mereka bukan sahaja menentang, bahkan dengan menggunakan bantuan pemimpin DAP, mereka telah mengadakan demonstrasi di luar pintu pagar sekolah dan cuba menghalang seorang guru berbangsa Melayu daripada menjalankan tugasnya sebagai Penolong Kanan di sekolah terbabit.

Sekolah tersebut bukanlah sekolah persendirian, sebaliknya merupakan sekolah bantuan modal kerajaan. Dengan kata lain, menerusi bantuan modal daripada kerajaan, Lembaga Pengelola Sekolah sepatutnya tidak lagi berhak campurtangan kerana kegagalan mereka mengekalkan modal dan kebersendirian sekolah terbabit.

Namun berlainan berbanding sekolah-sekolah kebangsaan dan aliran kebangsaan, sekolah-sekolah Cina atau lebih tepat lagi vernakular berasakan mereka adalah tuan besar di negara ini. Mereka sangat berbangga sekiranya pelajar-pelajar bukan Cina belajar dengan kuota yang ditentukan, tetapi sistem pelajaran kebangsaan tidak boleh diadaptasikan ke dalam pendidikan vernakular yang sangat mereka banggakan, kononnya sebagai menjaga warisan dan bimbang kepupusan, walaupun hakikatnya yang hampir pupus adalah budaya kebangsaan, termasuklah Bahasa Kebangsaan!

Justeru apabila apabila Lembaga Pengruusan Sekolah Menengah Cina Pulau Sebang mengadakan mensyuarat malam tadi di Bangunan Pesatuan Hai Nam, Tampin, agenda mereka sangat jelas iaitu menghapuskan segala yang berbentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan. Alasan yang digunakan sangat mudah dan kelihatan logik iaitu Guru Penolong Kanan perlu dari aliran Cina.

Lembaga Pengurusan Sekolah Cina itu juga turut menggunakan khidmat Dong Zong dan DAP dalam usaha menakut-nakutkan Kementerian Pelajaran. Kekalahan MCA dalam PRU-12 dan PRU-13 telah menjadikan mereka menukar sokongan kepada DAP, Dong Zong dan apa-apa sahaja yang boleh menakut-nakutkan Kerajaan Melayu.


Kenyataan yang dibuat oleh Lee Chin Yun, Pengerusi LPS Sekolah Menengah Cina Pulau Sebang sudah cukup untuk menceritakan permusuhan mendalam mereka terhadap sistem pelajaran kebangsaan dan orang Melayu. Yang mereka mahukan hanyalah DUIT dan beberapa kemudahan lain. Mereka tidak mahukan Melayu, LPS juga tidak mahukan guru-guru Melayu dan LPS tidak mahu Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran menjajah sekolah-sekolah Cina.

Terang-terang Lee Chin Yun berkata, SMC Pulau Sebang adalah sekolah bantuan modal kerajaan dan kerajaan oleh itu perlu patuh dengan syarat yang mereka berikan iaitu Guru Besar dan Penolong Kanan mesti datangnya dari aliran Cina atau lebih tepat lagi Cina kerana walaupun Melayu itu datang dari aliran Cina, dia tidak akan dikira kerana yang dikirakan hanyalah Cina.

Alasan-alasan lain oleh Lee Chin Yun hanyalah sekadar alasan kerana dia kerap menekankan perlunya CINA di Sekolah Menengah Cina Pulau Sebang. Cuma yang tidak dikatakannya ialah, KERAJAAN PERLU MENARIK BALIK BANTUAN MODAL dan melucutkan status sekolah tersebut menjadi sekolah persendirian Lembaga Pengurusan Sekolah!

Ahli Lembaga Pengelola Sekolah Cina Berdemonstrasi Bantah Kemasukan Guru Melayu di Pulau Sebang, Melaka

Monday, 12 May 2014 | 3 comments


Menjelang PRK Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan yang ditandingi oleh calon-calon dari DAP, kesempatan tersebut telah digunakan oleh Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Pulau Sebang, Melaka untuk membuat satu demonstrasi menentang Kementerian Pelajaran dan guru-guru Melayu.

Demonstrasi tersebut telah dibuat dari jam 6:00 pagi tadi sehingga jam 7:00 pagi di hadapan SMJK Pulau sebang berhubung isu Guru Penolong Kanan (GPK) 1 yang bukan dari aliran Cina ditugaskan di sekolah berkenaan. Bantahan dianjurkan oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) SMJK yang diketuai oleh LEE KHEE YOON, Pengerusi LPS SMJK Pulau Sebang.

LEE KHEE YOON merupakan salah seorang pemimpin DAP tempatan.


Bantahan tersebut telah dihadiri seramai lebih kurang 30 orang Cina. Antara yang dikenali termasuklah:

(1) YANG YIN CHONG - Pengerusi Dong Zhong Negeri Melaka
(2) LIM MENG KING - Setiausaha Dong Zhong Negeri Melaka
(3) LEE YON HUA - Presiden Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Malaysia.
(4) KHOO  PAOY TIONG - ADUN Ayer Keroh
(5) GINIE LIM SIEW LIN - Naib Ketua PKR Cabang Alor Gajah
(6) VEERAPAN A/L SUPARMANIAM - ADUN Repah

Dalam tunjuk perasaan itu, kumpulan terbabit telah menaikkan dua sepanduk besar berukuran 2x6 kaki yang mengandungi tulisan dwi-bahasa iaitu Cina dan Melayu. Antara isi kandungan kain rentang tersebut adalah:

(a) KAMI MEMBANTAH GUU YANG TIDAK BERKELAYAKAN BAHASA CINA SEBAGAI GURU PENOLONG KANAN 1 SMJK PULAU SEBANG.

(b) TETAP MEMBANTAH JABATAN PELAJARAN NEGERI MEAKA MENGHANTAR SEORANG GURU PENOLONG KANAN 1 YANG TIDAK MEMPUNYAI ALIRAN CINA KE SMJK PULAU SEBANG.

Pengerusi Dong Zhong Negeri Melaka, Yan Yin Chong dalam ucapannya berkata, apa yang mereka lakukan adalah mempertahankan hak sekolah tersebut dan hanya menuntut agar guru yang beraliran Cina sahaja dibenarkan bertugas di sekolah berkenaan. Dia juga mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina TETAPI TELAH DIJAJAH oleh Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru Melayu.


Menurutnya lagi, disebabkan lebih ramai guru Melayu di sekolah itu, maka seluruh warisan, pendidikan dan kebudayaan serta kesenian orang Cina telah terhakis secara perlahan-lahan. Bukan itu sahaja, Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran mempunyai niat jahat untuk menghapuskan Cina dan seluruh sistem pendidikan Cina apabila secara beransur-ansur menjadikan sekolah-sekolah Cina sebagai sekolah campuran.

Pendapat Pengerusi Dong Zhong Melaka itu dipersetujui oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Pulau Sebang, Lee Khee Yoon yang berkata, LPS SMJK Pulau Sebang berpendirian, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka seharusnya akur dengan tuntutan mereka agar dihantar seorang Guru Penolong Kanan 1 yang beraliran Cina.

Manakala Lee Yoon Hua pula berkata, sekolah-sekolah Cina perlu dipertahankan kerana wujud perjanjian semenjak tahun 1961 manakala demonstrasi yang dilakukan pagi tadi, tidak mempunyai sebarang maksud politik mahupun bertujuan perkauman walaupun yang dinyatakan adalah hak-hak Cina dan tentangan terhadap guru-guru Melayu. Malah dia turut menggesa agar orang Melayu turut bangun menentang dan mempertahankan hak-hak sekolah Cina.

Sependapat dengan Pengerusi Dong Zhong Melaka, Pengerusi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Malaysia itu juga kecewa kerana Kementerian Pelajaran telah beransur-ansur menjadikan SJKC sebagai sekolah campuran.

Hari ini, jam 7:40 pagi tadi, Pengetua Sekolah SMJK Pulau Sebang, TEE KIM THIENG telah mengadakan pertemuan dengan semua guru-guru sekolah. Dalam pertemuan tersebut, Pengetua yang bimbang peruntukan daripada Kementerian Pelajaran disekat, telah memaklumkan bahawa sekolah tidak akan turut serta atau terlibat dengan bantahan Lembaga Pengelola Sekolah di luar pintu pagar sekolah. Sebaliknya, menurut pengetua itu lagi, sebagai penjawat awam, mereka seharusnya mengikut segala perancangan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Cikgu Md. Nor bin Md. Yusof yang dibantah oleh Lembaga Pengelola Sekolah.

Cikgu Md. Nor bin Md. Yusof telah dihantar ke SMJK Pulau Sebang sebagai Penolong Kanan 1 untuk menggantikan Cikgu Hj. Radzuan bin Kamaruddin yang sudah bersara pada 28 Februari 2014 lalu. Sama seperti Cikgu Radzuan, Cikgu Md. Nor juga tidak fasih berbahasa Cina. Cikgu Md. Nor telah melapor diri untuk memulakan tugas di SMJK Pulau Sebang pada 2 Mei 2014 lalu.

SMJK Pulau Sebang merupakan SEKOLAH BANTUAN MODAL KERAJAAN yang mempunyai 69 orang guru. Terdapat seramai 40 orang guru Melayu, 19 orang Cina dan 9 orang India bertugas di sekolah berkenaan. Pelajar-pelajarnya pula adalah seramai 993 orang dengan pecahannya 72 orang Melayu, 743 orang Cina dan 178 orang India.

Demi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kulai 2, Pemimpin DAP, GERAKAN dan MCA Duduk Makan Semeja

Monday, 28 April 2014 | 0 comments

Satu majlis makan malam sempena konsert amal pendidikan telah berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kulai 2 telah diadakan dengan kehadiran seramai 1,800 orang. Majlis telah diadakan pada 27 April antara jam 7:00 malam sehingga 10:30 malam di Dewan Sekolah Menengah Foon Yew Kulai. Majlis tersebut telah dipengerusi oleh Foo Jun Cheng yang merupakan Lembaga Pengelola SJK (C) Kulai 2 dan dirasmikan oleh Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA Pusat merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam.

Hadirin terdiri daripada ahli-ahli MCA Bahagian Kulai, GERAKAN Bahagian Kulai dan DAP Kulai. Antara yang dikenali hadir adalah:

A) Chew Teck Long- wakil pengurus Hai-O Sdn Bhd.
B) Mak Jue Feng - Pengurus Sin Chew Daily Johor.
C). Teo Nie Ching - AP Kulai.
D) Wong Shu Qi - ADUN Senai.
E)  Wee Ka Siong - Timbalan Presiden MCA Pusat.
F) Tang Nai Soon - Pengerusi MCA Bahagian Kulai.


Majlis mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai lebih kurang 1,800 orang masyarakat setempat khususnya kaum Cina telah hadir. Majlis anjuran SJK (C) Kulai 2, Sin Chew Daily bersama Syarikat Hai-O Sdn Bhd. Majlis ini bertujuan mengutip derma daripada masyarakat kaum Cina bagi SJK (C) Kulai 2 bagi membina sebuah dewan kegunaan pelajar. Difahamkan pembinaan Dewan SJK (C) Kulai 2 memerlukan RM1 juta dan kini pihak sekolah telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM858,000.00

Kesemua yang hadir adalah masyarakat Cina tempatan, ahli-ahli politik Cina dari Gerakan, MCA dan DAP serta persatuan-persatuan Cina Daerah Kulai. Pecahan umur hadirin; kanak kanak sebanyak 30%, 21 tahun hingga 40 tahun seramai 40% dan selebihnya 41 tahun ke atas. Kesemua ucapan yang disampaikan oleh penceramah adalah tertumpu dengan pendidikan Cina sahaja.
Showing posts with label sekolah vernakular. Show all posts
Showing posts with label sekolah vernakular. Show all posts

SEKOLAH VERNAKULAR CINA Kurang Ajar di Kuala Kedah... Buang Bendera Malaysia Ke Dalam Tong Sampah

Saturday, 17 October 2015 · 6 comments


Sukar untuk golongan yang berasal daripada aliran vernakular Cina untuk menerima hakikat bahawa sistem pendidikan mereka sebenarnya mengajarkan dan menyemaikan sikap chauvinistik serta rasisme yang sangat melampau, selain bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain termasuklah negara di mana sekolah-sekolah tersebut dibenarkan wujud.

Satu pendedahan telah dibuat di media-media sosial membabitkan perbuatan sebuah sekolah aliran Cina di Kuala Kedah yang telah menghina bendera Malaysia dengan mencampakkan bendera tersebut ke dalam tong sampah dan sengaja dibiarkan terdedah dengan niat tertentu.

Peristiwa dilaporkan berlaku pada 16 Oktober pada jam lebih kurang 5:00 petang di Sekolah Menengah Keat Hwa 2, Taman Sri Abadi, Jalan Kuala Kedah, Alor Star.


Perbuatan menghina bendera Malaysia itu telah mendapat kecaman daripada Netizen, sekaligus membenarkan dakwaan selama ini bahawa sekolah-sekolah aliran Cina telah memupuk perasaan tidak hormatkan negara sehingga melahirkan generasi yang berpendidikan aliran Cina sebagai bangsa yang tidak mengenang budi, kurang ajar dan sangat biadap. Malah lebih teruk lagi, langsung tidak boleh berbahasa Kebangsaan sekalipun sudah empat generasi berada di negara ini.

Sekolah berkenaan sebenarnya diapit oleh perkampungan-perkampungan serta taman-taman perumahan yang bermajoritikan orang Melayu. Kelompok masyarakat Cina di sepanjang Jalan Kuala Kedah, sebenarnya tidaklah seramai mana sebelum taman-taman perumahan yang mengambil tapak-tapak sawah padi terbina.

Cubaan untuk mendapatkan penjelasan daripada sekolah terbabit, tidak dapat diperolehi memandangkan sekolah tersebut masih tutup ketika wakil kami pergi.

Bagaimanapun, jawapan daripada pentadbiran sekolah seperti sudah boleh dijangka iaitu sama ada mereka menafikan perbuatan tersebut perbuatan mereka atau salah seorang pekerja sekolah melakukannya kerana jahil.

Kejahilan seringkali dijadikan alasan memandangkan mereka bukannya sekolah aliran kebangsaan. Gambaran yang diberikan seolah-olah sekolah-sekolah aliran Cina terpisah terus daripada aliran pendidikan kebangsaan.

LIM GUAN ENG Terlupa, Sekolah Vernakular Sememangnya Adalah Politik Yang Melahirkan DAP

Friday, 24 October 2014 · 4 comments

Tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia dalam mana-mana Artikel, sub-artikel mahupun klausa yang membolehkan kewujudan sekolah-sekolah vernakular menjadi inspirasi dan aspirasi sebuah negara bernama Malaysia. Sebaliknya, kewujudan sekolah-sekolah vernakular adalah kerana kerana politik yang dibawa dari tanah leluhur (dalam kes ini, China dan India).

Sekolah-sekolah vernakular yang sepatutnya telah dihapuskan sebaik-baik sahaja negara ini bebas daripada belenggu penjajahan, bagaimanapun, dibenarkan wujud memandangkan kebanyakan kaum imigran dari India dan China pada waktu itu, masih gagal bercakap dan memahami Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan. Bagaimanapun berdasarkan kepada Dasar Pelajaran Razak dan Dasar Pelajaran Rahman Talib, sekolah-sekolah vernakular perlu dihapuskan bagi membolehkan hanya satu aliran pendidikan sahaja dibenarkan di negara ini.

Manakala sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah pondok pula mempunyai peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia, sekaligus tidak boleh diganggu, dipertikaikan atau dihalang oleh mana-mana pihak termasuklah oleh lembaga pengelola sekolah-sekolah vernakular.

Buta perut dan gagal fahami Perlembagaan negara sendiri, mendorong ramai yang melihat kewujudan sekolah-sekolah vernakular di serata Malaysia sebagai 'PERKARA BIASA'. Namun perubahan masa membuatkan masyarakat hari ini lebih peka dengan apa yang berlaku dalam negara sendiri. Semakan dan kajian dalam Perlembagaan Malaysia mendapati, sekolah-sekolah vernakular tidak kebal daripada kritikan atau desakan agar dibubarkan, dilupuskan mahupun dipaksa tutup oleh pihak berkuasa.

Seringkali golongan berkenaan menggunakan hujah bahawa menutup sekolah-sekolah vernakular bererti menghalang pembelajaran dan amalan Bahasa Ibunda serta kebudayaan bangsa imigran tersebut, untuk menghalalkan tindakan di bawah Akta Hasutan.

Sesuatu yang mereka langsung terlupa ialah, pendidikan bahasa dan kebudayaan sebenarnya boleh diwujudkan di sekolah-sekolah kebangsaan yang telah menggabungkan sekolah aliran Melayu dan Inggeris pada zaman setelah merdeka. Sebarang kurikulum di sekolah-sekolah vernakular sebenarnya sudah pun ada di sekolah-sekolah kebangsaan.

 Malangnya kerana kepentingan politik, sekolah-sekolah vernakular terpaksa dibenarkan terus wujud sungguhpun sekolah-sekolah tersebut lebih banyak membiakkan perpecahan kaum dan semangat perkauman yang sangat menebal.

Bayangkan dari tahun 1957 sehingga 2014, masih ramai anak-anak imigran yang belum mahir menguasai Bahasa Kebangsaan, gagal memahami dan menghormati agama Islam yang merupakan agama rasmi, tidak berterima kasih kerana mempunyai peluang untuk tinggal dan jauh lebih bebas berbanding rakan-rakan imigran mereka di negara-negara lain dengan keistimewaan hak yang tidak dimiliki oleh imigran-imigran di negara selain Malaysia.

Justeru, apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sekolah-sekolah vernakular tidak seharusnya dijadikan bahan politik, sepatutnya Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu sedar bahawa, saranannya itu tidak lebih daripada cakap-cakap politik yang sebenarnya mahu melihat polarisasi kaum di Malaysia terus melebar. Kegagalan untuk berasimilasi dengan negara ini, merupakan kejayaan terbesar kepada DAP.

Ini adalah kerana, selagi sekolah vernakular wujud, selagi itulah DAP akan dapat bertahan. Apabila sekolah-sekolah vernakular diperkukuhkan dan kerajaan pula sentiasa tunduk serta tertipu, DAP dan cita-citanya untuk menguasai Malaysia, akan tercapai dengan mudah.

Orang seperti Lim Guan Eng atau mana-mana individu yang terus mempertahankan kewujudan sekolah-sekolah vernakular sepatutnya ditangkap dan dihukum di bawah Akta Hasutan kerana mereka sebenarnya menghasut rakyat negara ini agar berpecah belah, bukan sebaliknya!

Lembaga Pengelola Sekolah Cina di Pulau Sebang, Melaka HARAMKAN MELAYU Daripada Mengajar!

Thursday, 17 July 2014 · 10 comments

Pada Mei 2014, blog ini telah mendedahkan perihal permusuhan dan penentangan Ahli-Ahli Lembaga Pengelola sebuah sekolah Cina di Pulau Sebang, Melaka (BACA DI SINI). Mereka bukan sahaja menentang, bahkan dengan menggunakan bantuan pemimpin DAP, mereka telah mengadakan demonstrasi di luar pintu pagar sekolah dan cuba menghalang seorang guru berbangsa Melayu daripada menjalankan tugasnya sebagai Penolong Kanan di sekolah terbabit.

Sekolah tersebut bukanlah sekolah persendirian, sebaliknya merupakan sekolah bantuan modal kerajaan. Dengan kata lain, menerusi bantuan modal daripada kerajaan, Lembaga Pengelola Sekolah sepatutnya tidak lagi berhak campurtangan kerana kegagalan mereka mengekalkan modal dan kebersendirian sekolah terbabit.

Namun berlainan berbanding sekolah-sekolah kebangsaan dan aliran kebangsaan, sekolah-sekolah Cina atau lebih tepat lagi vernakular berasakan mereka adalah tuan besar di negara ini. Mereka sangat berbangga sekiranya pelajar-pelajar bukan Cina belajar dengan kuota yang ditentukan, tetapi sistem pelajaran kebangsaan tidak boleh diadaptasikan ke dalam pendidikan vernakular yang sangat mereka banggakan, kononnya sebagai menjaga warisan dan bimbang kepupusan, walaupun hakikatnya yang hampir pupus adalah budaya kebangsaan, termasuklah Bahasa Kebangsaan!

Justeru apabila apabila Lembaga Pengruusan Sekolah Menengah Cina Pulau Sebang mengadakan mensyuarat malam tadi di Bangunan Pesatuan Hai Nam, Tampin, agenda mereka sangat jelas iaitu menghapuskan segala yang berbentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan. Alasan yang digunakan sangat mudah dan kelihatan logik iaitu Guru Penolong Kanan perlu dari aliran Cina.

Lembaga Pengurusan Sekolah Cina itu juga turut menggunakan khidmat Dong Zong dan DAP dalam usaha menakut-nakutkan Kementerian Pelajaran. Kekalahan MCA dalam PRU-12 dan PRU-13 telah menjadikan mereka menukar sokongan kepada DAP, Dong Zong dan apa-apa sahaja yang boleh menakut-nakutkan Kerajaan Melayu.


Kenyataan yang dibuat oleh Lee Chin Yun, Pengerusi LPS Sekolah Menengah Cina Pulau Sebang sudah cukup untuk menceritakan permusuhan mendalam mereka terhadap sistem pelajaran kebangsaan dan orang Melayu. Yang mereka mahukan hanyalah DUIT dan beberapa kemudahan lain. Mereka tidak mahukan Melayu, LPS juga tidak mahukan guru-guru Melayu dan LPS tidak mahu Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran menjajah sekolah-sekolah Cina.

Terang-terang Lee Chin Yun berkata, SMC Pulau Sebang adalah sekolah bantuan modal kerajaan dan kerajaan oleh itu perlu patuh dengan syarat yang mereka berikan iaitu Guru Besar dan Penolong Kanan mesti datangnya dari aliran Cina atau lebih tepat lagi Cina kerana walaupun Melayu itu datang dari aliran Cina, dia tidak akan dikira kerana yang dikirakan hanyalah Cina.

Alasan-alasan lain oleh Lee Chin Yun hanyalah sekadar alasan kerana dia kerap menekankan perlunya CINA di Sekolah Menengah Cina Pulau Sebang. Cuma yang tidak dikatakannya ialah, KERAJAAN PERLU MENARIK BALIK BANTUAN MODAL dan melucutkan status sekolah tersebut menjadi sekolah persendirian Lembaga Pengurusan Sekolah!

Ahli Lembaga Pengelola Sekolah Cina Berdemonstrasi Bantah Kemasukan Guru Melayu di Pulau Sebang, Melaka

Monday, 12 May 2014 · 3 comments


Menjelang PRK Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan yang ditandingi oleh calon-calon dari DAP, kesempatan tersebut telah digunakan oleh Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Pulau Sebang, Melaka untuk membuat satu demonstrasi menentang Kementerian Pelajaran dan guru-guru Melayu.

Demonstrasi tersebut telah dibuat dari jam 6:00 pagi tadi sehingga jam 7:00 pagi di hadapan SMJK Pulau sebang berhubung isu Guru Penolong Kanan (GPK) 1 yang bukan dari aliran Cina ditugaskan di sekolah berkenaan. Bantahan dianjurkan oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) SMJK yang diketuai oleh LEE KHEE YOON, Pengerusi LPS SMJK Pulau Sebang.

LEE KHEE YOON merupakan salah seorang pemimpin DAP tempatan.


Bantahan tersebut telah dihadiri seramai lebih kurang 30 orang Cina. Antara yang dikenali termasuklah:

(1) YANG YIN CHONG - Pengerusi Dong Zhong Negeri Melaka
(2) LIM MENG KING - Setiausaha Dong Zhong Negeri Melaka
(3) LEE YON HUA - Presiden Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Malaysia.
(4) KHOO  PAOY TIONG - ADUN Ayer Keroh
(5) GINIE LIM SIEW LIN - Naib Ketua PKR Cabang Alor Gajah
(6) VEERAPAN A/L SUPARMANIAM - ADUN Repah

Dalam tunjuk perasaan itu, kumpulan terbabit telah menaikkan dua sepanduk besar berukuran 2x6 kaki yang mengandungi tulisan dwi-bahasa iaitu Cina dan Melayu. Antara isi kandungan kain rentang tersebut adalah:

(a) KAMI MEMBANTAH GUU YANG TIDAK BERKELAYAKAN BAHASA CINA SEBAGAI GURU PENOLONG KANAN 1 SMJK PULAU SEBANG.

(b) TETAP MEMBANTAH JABATAN PELAJARAN NEGERI MEAKA MENGHANTAR SEORANG GURU PENOLONG KANAN 1 YANG TIDAK MEMPUNYAI ALIRAN CINA KE SMJK PULAU SEBANG.

Pengerusi Dong Zhong Negeri Melaka, Yan Yin Chong dalam ucapannya berkata, apa yang mereka lakukan adalah mempertahankan hak sekolah tersebut dan hanya menuntut agar guru yang beraliran Cina sahaja dibenarkan bertugas di sekolah berkenaan. Dia juga mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina TETAPI TELAH DIJAJAH oleh Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru Melayu.


Menurutnya lagi, disebabkan lebih ramai guru Melayu di sekolah itu, maka seluruh warisan, pendidikan dan kebudayaan serta kesenian orang Cina telah terhakis secara perlahan-lahan. Bukan itu sahaja, Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran mempunyai niat jahat untuk menghapuskan Cina dan seluruh sistem pendidikan Cina apabila secara beransur-ansur menjadikan sekolah-sekolah Cina sebagai sekolah campuran.

Pendapat Pengerusi Dong Zhong Melaka itu dipersetujui oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Pulau Sebang, Lee Khee Yoon yang berkata, LPS SMJK Pulau Sebang berpendirian, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka seharusnya akur dengan tuntutan mereka agar dihantar seorang Guru Penolong Kanan 1 yang beraliran Cina.

Manakala Lee Yoon Hua pula berkata, sekolah-sekolah Cina perlu dipertahankan kerana wujud perjanjian semenjak tahun 1961 manakala demonstrasi yang dilakukan pagi tadi, tidak mempunyai sebarang maksud politik mahupun bertujuan perkauman walaupun yang dinyatakan adalah hak-hak Cina dan tentangan terhadap guru-guru Melayu. Malah dia turut menggesa agar orang Melayu turut bangun menentang dan mempertahankan hak-hak sekolah Cina.

Sependapat dengan Pengerusi Dong Zhong Melaka, Pengerusi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Malaysia itu juga kecewa kerana Kementerian Pelajaran telah beransur-ansur menjadikan SJKC sebagai sekolah campuran.

Hari ini, jam 7:40 pagi tadi, Pengetua Sekolah SMJK Pulau Sebang, TEE KIM THIENG telah mengadakan pertemuan dengan semua guru-guru sekolah. Dalam pertemuan tersebut, Pengetua yang bimbang peruntukan daripada Kementerian Pelajaran disekat, telah memaklumkan bahawa sekolah tidak akan turut serta atau terlibat dengan bantahan Lembaga Pengelola Sekolah di luar pintu pagar sekolah. Sebaliknya, menurut pengetua itu lagi, sebagai penjawat awam, mereka seharusnya mengikut segala perancangan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Cikgu Md. Nor bin Md. Yusof yang dibantah oleh Lembaga Pengelola Sekolah.

Cikgu Md. Nor bin Md. Yusof telah dihantar ke SMJK Pulau Sebang sebagai Penolong Kanan 1 untuk menggantikan Cikgu Hj. Radzuan bin Kamaruddin yang sudah bersara pada 28 Februari 2014 lalu. Sama seperti Cikgu Radzuan, Cikgu Md. Nor juga tidak fasih berbahasa Cina. Cikgu Md. Nor telah melapor diri untuk memulakan tugas di SMJK Pulau Sebang pada 2 Mei 2014 lalu.

SMJK Pulau Sebang merupakan SEKOLAH BANTUAN MODAL KERAJAAN yang mempunyai 69 orang guru. Terdapat seramai 40 orang guru Melayu, 19 orang Cina dan 9 orang India bertugas di sekolah berkenaan. Pelajar-pelajarnya pula adalah seramai 993 orang dengan pecahannya 72 orang Melayu, 743 orang Cina dan 178 orang India.

Demi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kulai 2, Pemimpin DAP, GERAKAN dan MCA Duduk Makan Semeja

Monday, 28 April 2014 · 0 comments

Satu majlis makan malam sempena konsert amal pendidikan telah berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kulai 2 telah diadakan dengan kehadiran seramai 1,800 orang. Majlis telah diadakan pada 27 April antara jam 7:00 malam sehingga 10:30 malam di Dewan Sekolah Menengah Foon Yew Kulai. Majlis tersebut telah dipengerusi oleh Foo Jun Cheng yang merupakan Lembaga Pengelola SJK (C) Kulai 2 dan dirasmikan oleh Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA Pusat merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam.

Hadirin terdiri daripada ahli-ahli MCA Bahagian Kulai, GERAKAN Bahagian Kulai dan DAP Kulai. Antara yang dikenali hadir adalah:

A) Chew Teck Long- wakil pengurus Hai-O Sdn Bhd.
B) Mak Jue Feng - Pengurus Sin Chew Daily Johor.
C). Teo Nie Ching - AP Kulai.
D) Wong Shu Qi - ADUN Senai.
E)  Wee Ka Siong - Timbalan Presiden MCA Pusat.
F) Tang Nai Soon - Pengerusi MCA Bahagian Kulai.


Majlis mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai lebih kurang 1,800 orang masyarakat setempat khususnya kaum Cina telah hadir. Majlis anjuran SJK (C) Kulai 2, Sin Chew Daily bersama Syarikat Hai-O Sdn Bhd. Majlis ini bertujuan mengutip derma daripada masyarakat kaum Cina bagi SJK (C) Kulai 2 bagi membina sebuah dewan kegunaan pelajar. Difahamkan pembinaan Dewan SJK (C) Kulai 2 memerlukan RM1 juta dan kini pihak sekolah telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM858,000.00

Kesemua yang hadir adalah masyarakat Cina tempatan, ahli-ahli politik Cina dari Gerakan, MCA dan DAP serta persatuan-persatuan Cina Daerah Kulai. Pecahan umur hadirin; kanak kanak sebanyak 30%, 21 tahun hingga 40 tahun seramai 40% dan selebihnya 41 tahun ke atas. Kesemua ucapan yang disampaikan oleh penceramah adalah tertumpu dengan pendidikan Cina sahaja.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks