Klip video empat orang lelaki Melayu yang mendakwa mereka adalah IS Malaysia mengancam mahu meletupkan mercun di pekarangan mahkamah pada 18 Februari nanti sebelum melakukan keganasan yang lebih dahsyat, menjadi viral. Ada pula pihak yang menggelakkan PDRM apabila PDRM memberikan perhatian serius kepada ancaman berkenaan dengan alasan itu hanyalah TROLL semata-mata.
Ancaman kekacauan tidak boleh sama sekali dianggap sebagai satu perbuatan jenaka meskipun mereka belum melakukannya. Walaupun beralasan kononnya pada malam 18 Februari nanti adalah malam Tahun Baru Cina pembakaran mercun adalah lazim dan tidak ada sesiapa di mahkamah, niat memuatnaikkan video tersebut sebenarnya sudah boleh dibaca.
Barangkali kerana gentar apabila PDRM memberikan perhatian serius kepada perbuatan ancaman tersebut, mereka terpaksa menggunakan alasan troll untuk mengelak daripada dikenakan tindakan.
Siapakah di sebalik topeng-topeng berkenaan?
Nama-nama seperti ADAM ADLI, FAHMI REDZA, AHMAD ABDUL JALIL dan DANIAL HAZIQ MD SAHLAN mempunyai kaitan rapat dengan gerakan anarki di Malaysia. Seorang lagi adalah pemuda dari Pulau Pinang yang terlibat dalam pergaduhan dengan Unit Amal dalam Perhimpunan Anti-GST tidak lama dahulu. Setiap kali demonstrasi jalanan, setiap kali itulah juga mereka akan hadir.
Adakah kesemua mereka terbabit dalam 'troll' ini?





