Menariknya, upacara tersebut dibuat pada hari Jumaat, di hadapan Mufti Negeri Selangor, disaksikan oleh DYMM Sultan Selangor dan di Istana Selangor.
Secara simboliknya, bertepatan sebagaimana teori sebelum ini yang mendedahkan, Azmin Ali akan memastikan DAP-Kristian menang ke atas Islam di Selangor, telah terbukti.
Upacara yang berlaku hari ini memberi simbol dan petunjuk bahawa Islam, Melayu dan Istana telah menyerah kalah seluruhnya kepada DAP-Kristian yang digerakkan menerusi Persatuan Kristian dan Gereja walaupun sebenarnya mereka sebenarnya hanyalah berselindung di sebalik agama Kristian bagi mencapai maksud politik mereka yang lebih besar.
DAP dalam rancangan mega mereka, merancang mahu menggantikan Menteri Besar Selangor dari kalangan Melayu-Islam kepada Melayu-liberal. Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang meletakkan atau mewajibkan Menteri Besar dilantik dari kalangan orang Melayu dan beragama Islam, akan cuba dibuang. Jikalau tidak berjaya, DAP akan memastikan kumpulan ADUN-ADUN bukan beragama Islam, mesti mengatasi jumlah yang beragama Islam. Manakala Ahli-Ahli Majlis PBT pula, akan didominasi sepenuhnya oleh kumpulan mereka.
DAP-Kristian mempunyai tempoh sepanjang tiga tahun untuk merealisasikan perkara tersebut. Mereka telah berjaya dalam hal BIBLE dan sedang hampir berjaya untuk KALIMAH ALLAH. Tidak mustahil dalam tempoh tiga tahun ini, DAP berjaya mencapai keseluruhan rancangan mereka.

