Calon BEBAS Bukit Gelugor Dilanggar Kereta Rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang di Hadapan Bangunan DUN Pulau Pinang

Tuesday, 20 May 2014 | 5 comments

Jam 1:00 tengah hari tadi, Abu Backer Sidek, calon BEBAS P.51 Bukit Gelugor telah dilanggar oleh kereta rasmi yang membawa Lim Guan Eng di luar pintu pagar bangunan DUN Pulau Pinang dan kini calon BEBAS itu sedang diberikan rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Dalam perkembangan tersebut, Abu Backer yang berada di luar bangunan DUN Pulau Pinang dikatakan berhasrat untuk bersemuka dengan Lim Guan Eng sebaik-baik sahaja Sidang DUN Pulau Pinang berakhir.




Lebih kurang jam 2:00 petang, kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu bergerak ke pintu pagar bangunan DUN. Abu Backer yang berada di luar, terus meluru dan berusaha menahan kenderaan tersebut. Bagaimanapun beberapa anggota keselamatan yang berada di situ, segera menahan Abu Backer Sidek dan cuba menghalangnya daripada mengganggu laluan Ketua Menteri.

Abu Backer enggan berganjak. Pada ketika kereta yang membawa Lim Guan Eng itu melanggarnya, Abu Backer sempat diselamatkan oleh anggota-anggota keselamatan. Beberapa orang saksi menyatakan, Lim Guan Eng yang berada di dalam kereta, kemudiannya mengarahkan pemandunya meneruskan perjalanan dan langsung tidak menurunkan tingkap atau menjenguk Abu Backer. Wajahnya kelihatan selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.




Perlanggaran tersebut menyebabkan Abu Backer terlentang dan mengalami kecederaan. Sehingga jam 2:40 petang, Abu Backer masih terbaring di atas jalanraya itu. Hanya pada 2:30 petang sahaja, barulah Abu Backer dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk diberikan rawatan.

UMNO Tidak Bertanding Di Bukit Gelugor, Tapi Poster Calon PCM Disabotaj

Sunday, 18 May 2014 | 0 comments


Setiap kali laporan dibuat berhubung sabotaj terhadap barang-barang pilihanraya, Pakatan Rakyat akan segera menuding kepada UMNO. Kononnya UMNO yang melakukannya walaupun UMNO tidak bertanding di situ. Tujuannya adalah untuk membantu calon Barisan Nasional.

Namun di Bukit Gelugor, UMNO tidak bertanding. Barisan Nasional juga tidak meletakkan sebarang calon di situ.

Billboard calon PCM yang berukuran 6 x 8 kaki berhubung isu rumah yang terletak di persimpangan lampu isyarat Jalan Cy Choy dan Jalan Lembah bersebelahan dengan Apartment Mutiara Court telah didapati disabotaj oleh pihak-pihak tertentu dengan menggunakan benda tajam.

Apa pula alasan yang akan diberikan oleh Pakatan Rakyat berhubung perkara ini? Adakah DAP akan menyatakan bahawa perbuatan sabotaj tersebut dilakukan oleh orang upahan calon dari PCM, Huan Cheng Guan bagi menarik simpati?

Penceramah DAP di Bukit Gelugor Selewengkan Tafsiran Al Quran Untuk Pengaruhi Undi Melayu-Islam

Thursday, 15 May 2014 | 6 comments

Para pemimpin DAP sudah tahu bagaimana hendak membuatkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS menyayangi dan menyanjungi mereka. Caranya samalah seperti mana Inggeris masuk ke negara ini selepas kegagalan Siam, Portugis dan Belanda untuk menawan keseluruhan Tanah Melayu.

Orang Melayu biasanya cukup totok dengan agama Islam walaupun ada sesetengah daripada mereka, mengucap kalimah syahadah tidak lancar atau tidak pernah bersolat mahupun mengerjakan suruhan Islam yang lain. Namun, apabila disentuh tentang Islam, mereka boleh melenting dan sanggup bermandi darah.
Inggeris telah mengkaji kelemahan orang Melayu berdasarkan kepada kegagalan Siam, Portugis dan Belanda. Justeru, Inggeris berbaik-baik dengan segelintir golongan yang dilihat alim serta mengupah orang-orang tertentu seperi Munsyi Abdullah untuk mengelirukan akidah umat Islam.

Bagaimanapun, Munsyi Abdullah yang diupah oleh Stamford Raffles, hanya mampu memperkukuhkan dakwaan dan kepercayaan bahawa orang Melayu adalah kaum yang pemalas, serta memberikan taat setia yang tidak terhingga kepada kaum feudal. Manakala kaedah menterjemahkan BIBLE ke Bahasa Melayu dengan penggantian istilah GOD kepada kalimah ALLAH tidak berjaya dan ditolak oleh orang Melayu termasuklah yang buta huruf.

DAP pada zaman moden ini telah menggunakan kaedah yang digunapakai oleh kaum Orientalis, termasuklah cubaan menyusup ke dalam kumpulan Tarikat seperti yang dilakukan oleh Snouck Gronje di Acheh yang akhirnya menyaksikan Acheh berjaya dijajah oleh Belanda akhirnya. Bagaimanapun, kaedah DAP lebih jelas ke arah liberalisme dengan menggunakan senjata KETERBUKAAN.

Ini bukan kali pertama pemimpin DAP menggunakan ayat-ayat al Quran dan terjemahan ayat-ayat al Quran untuk diucapkan di hadapan khalayak ramai Melayu-Islam. Anehnya, orang Melayu yang mendengar ucapan-ucapan sebegini akhirnya disambut dengan teriakan takbir.

Klip video di atas adalah ulah pemimpin DAP yang terbaru.

Mat Sabu Diseru Agar Tidak Buang Masa Siasat Sebaliknya Ahli-Ahli PAS Kampung Banjar Akan Buat Laporan Polis Terhadapnya

Monday, 12 May 2014 | 2 comments



Kontroversi berhubung pilihanraya kecil di Bukit Gelugor semakin panas pada hari pertama kempen sebaik-baik selesai proses penamaan calon. Tumpuan diberikan kepada Mohamed Nabi Bux yang sebelum ini telah dituduh sebagai ahli UMNO yang menyamar sebagai ahli PAS dan akan dikenakan tindakan undang-undang. Mohamed Ali Bux bagaimanapun, menunjukkan dan membuktikan yang dia adalah seorang ahli PAS menerusi pemilikan sijil keahlian yang ditandatangani oleh Allahyarham Fadzhil Nor selaku Presiden PAS.


Dalam kenyataan medianya, Mohammed Nabi Bux memohon para pengundi di Bukit Gelugor yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk mengundinya kerana dia akan memperjuangkan perlaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang.

Menurutnya lagi, dia berpegang teguh terhadap prinsip parti dan Islam dalam memperjuangkan perlaksanaan Hukum Hudud dan ia merupakan antara sebab utama dia bertanding di PRK P.51 Bukit Gelugor.

Mohamed Nabi Bux turut memuji dan menyanjung Lim Guan Eng yang telah banyak memberikan sokongan moral kepada para pemimpin PAS dalam usaha mewujudkan Negara Islam serta hukum hudud di Kelantan. Bahkan dia cukup yakin, Lim Guan Eng akan menyambut baik perlaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang apabila DAP bersama-sama PAS memerintah negara ini pada masa akan datang.



Selain itu, dia turut memohon agar kaum Cina terus memberikan kepercayaan dan yakin terhadap Lim Guan Eng yang mahu bekerjasama dengan PAS dalam perlaksanaan hudud di Pulau Pinang. Oleh kerana itu, katanya, para pengundi harus berfikir secara bijaksana dan memilihnya kerana dia PASTI AKAN DAPAT memberikan khidmat terbaik kepada rakyat berbanding calon-calon lain sekiranya ditakdirkan menang.
Pun begitu, Mohamed Nabi Bux menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Mat Sabu dan Mahfuz Omar kepadanya. Bahkan menurutnya, dia masih ahli PAS yang sama dan tidak pernah berubah serta akan membuktikan yang tuduhan Mat Sabu itu adalah dusta semata-mata. Menurutnya, dia tidak pernah menjadi ahli UMNO di mana-mana Cawangan di Malaysia sepanjang hayatnya.

Malah, Mohamed Nabi Bux turut meminta agar Mat Sabu dan Mahfuz Omar tidak membuang masa kononnya mahu menyiasat perkara membabitkannya, serta membuat laporan polis. Sebaliknya, dia sendiri akan membawa ahli-ahli PAS Cawangan Kampung Banjar untuk membuat satu laporan polis terhadap Mat Sabu dan Mahfuz Omar.

Azmin Ali dan Wan Azizah Mesra Di Penamaan Calon PRK Bukit Gelugor



Pukul 8:02 pagi:
Sekumpulan penyokong DAP berjumlah lebih kurang 100 orang berkumpul di Padang Kota. Turut dikesan sejumlah 50 orang ahli DAP dari Kedah dan 20 orang ahli PAS dari Kedah dan Kelantan turut serta dalam perkumpulan tersebut.

Turut dilihat di lokasi adalah satu banner DAP yang tertulis, TUNTUT ROYALTI, BANTAH GST UNDI DAP dikesan diamerkan oleh kumpulan DAP. Goh Lian San, ADUN Tengkera dari Melaka dikesan berada di lokasi.



Pukul 8:04 pagi:
Calon Bebas dari Parti Cinta Malaysia, Dato' Huan Cheng Guan bersama-sama beberapa orang ahli dan penyokongnya, bersarapan di Peace & Joy Cafe, Lebuh China, Pulau Pinang.



Pukul 8:06 pagi:
Menjelang penamaan calon PRK P51 Bukit Gelugor di Dewan Sri Pinang, dua orang pemimpin PKR, Wan Azizah dan Azmin Ali tiba di Padang Kota.



Pukul 8:13 pagi:
Calon BEBAS dari PCM bersembahyang di Tokong Kuan Yin bersama-smaa 16 orang penyokongnya.


Turut dikesan, sekumpulan ahli-ahli PAS begitu bangga apabila beberapa orang pemimpin tempatan DAP menjulang bendera Parti Islam Se-Malaysia di Padang Kota.



Showing posts with label prk bukit gelugor. Show all posts
Showing posts with label prk bukit gelugor. Show all posts

Calon BEBAS Bukit Gelugor Dilanggar Kereta Rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang di Hadapan Bangunan DUN Pulau Pinang

Tuesday, 20 May 2014 · 5 comments

Jam 1:00 tengah hari tadi, Abu Backer Sidek, calon BEBAS P.51 Bukit Gelugor telah dilanggar oleh kereta rasmi yang membawa Lim Guan Eng di luar pintu pagar bangunan DUN Pulau Pinang dan kini calon BEBAS itu sedang diberikan rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Dalam perkembangan tersebut, Abu Backer yang berada di luar bangunan DUN Pulau Pinang dikatakan berhasrat untuk bersemuka dengan Lim Guan Eng sebaik-baik sahaja Sidang DUN Pulau Pinang berakhir.




Lebih kurang jam 2:00 petang, kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu bergerak ke pintu pagar bangunan DUN. Abu Backer yang berada di luar, terus meluru dan berusaha menahan kenderaan tersebut. Bagaimanapun beberapa anggota keselamatan yang berada di situ, segera menahan Abu Backer Sidek dan cuba menghalangnya daripada mengganggu laluan Ketua Menteri.

Abu Backer enggan berganjak. Pada ketika kereta yang membawa Lim Guan Eng itu melanggarnya, Abu Backer sempat diselamatkan oleh anggota-anggota keselamatan. Beberapa orang saksi menyatakan, Lim Guan Eng yang berada di dalam kereta, kemudiannya mengarahkan pemandunya meneruskan perjalanan dan langsung tidak menurunkan tingkap atau menjenguk Abu Backer. Wajahnya kelihatan selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.




Perlanggaran tersebut menyebabkan Abu Backer terlentang dan mengalami kecederaan. Sehingga jam 2:40 petang, Abu Backer masih terbaring di atas jalanraya itu. Hanya pada 2:30 petang sahaja, barulah Abu Backer dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk diberikan rawatan.

UMNO Tidak Bertanding Di Bukit Gelugor, Tapi Poster Calon PCM Disabotaj

Sunday, 18 May 2014 · 0 comments


Setiap kali laporan dibuat berhubung sabotaj terhadap barang-barang pilihanraya, Pakatan Rakyat akan segera menuding kepada UMNO. Kononnya UMNO yang melakukannya walaupun UMNO tidak bertanding di situ. Tujuannya adalah untuk membantu calon Barisan Nasional.

Namun di Bukit Gelugor, UMNO tidak bertanding. Barisan Nasional juga tidak meletakkan sebarang calon di situ.

Billboard calon PCM yang berukuran 6 x 8 kaki berhubung isu rumah yang terletak di persimpangan lampu isyarat Jalan Cy Choy dan Jalan Lembah bersebelahan dengan Apartment Mutiara Court telah didapati disabotaj oleh pihak-pihak tertentu dengan menggunakan benda tajam.

Apa pula alasan yang akan diberikan oleh Pakatan Rakyat berhubung perkara ini? Adakah DAP akan menyatakan bahawa perbuatan sabotaj tersebut dilakukan oleh orang upahan calon dari PCM, Huan Cheng Guan bagi menarik simpati?

Penceramah DAP di Bukit Gelugor Selewengkan Tafsiran Al Quran Untuk Pengaruhi Undi Melayu-Islam

Thursday, 15 May 2014 · 6 comments

Para pemimpin DAP sudah tahu bagaimana hendak membuatkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS menyayangi dan menyanjungi mereka. Caranya samalah seperti mana Inggeris masuk ke negara ini selepas kegagalan Siam, Portugis dan Belanda untuk menawan keseluruhan Tanah Melayu.

Orang Melayu biasanya cukup totok dengan agama Islam walaupun ada sesetengah daripada mereka, mengucap kalimah syahadah tidak lancar atau tidak pernah bersolat mahupun mengerjakan suruhan Islam yang lain. Namun, apabila disentuh tentang Islam, mereka boleh melenting dan sanggup bermandi darah.
Inggeris telah mengkaji kelemahan orang Melayu berdasarkan kepada kegagalan Siam, Portugis dan Belanda. Justeru, Inggeris berbaik-baik dengan segelintir golongan yang dilihat alim serta mengupah orang-orang tertentu seperi Munsyi Abdullah untuk mengelirukan akidah umat Islam.

Bagaimanapun, Munsyi Abdullah yang diupah oleh Stamford Raffles, hanya mampu memperkukuhkan dakwaan dan kepercayaan bahawa orang Melayu adalah kaum yang pemalas, serta memberikan taat setia yang tidak terhingga kepada kaum feudal. Manakala kaedah menterjemahkan BIBLE ke Bahasa Melayu dengan penggantian istilah GOD kepada kalimah ALLAH tidak berjaya dan ditolak oleh orang Melayu termasuklah yang buta huruf.

DAP pada zaman moden ini telah menggunakan kaedah yang digunapakai oleh kaum Orientalis, termasuklah cubaan menyusup ke dalam kumpulan Tarikat seperti yang dilakukan oleh Snouck Gronje di Acheh yang akhirnya menyaksikan Acheh berjaya dijajah oleh Belanda akhirnya. Bagaimanapun, kaedah DAP lebih jelas ke arah liberalisme dengan menggunakan senjata KETERBUKAAN.

Ini bukan kali pertama pemimpin DAP menggunakan ayat-ayat al Quran dan terjemahan ayat-ayat al Quran untuk diucapkan di hadapan khalayak ramai Melayu-Islam. Anehnya, orang Melayu yang mendengar ucapan-ucapan sebegini akhirnya disambut dengan teriakan takbir.

Klip video di atas adalah ulah pemimpin DAP yang terbaru.

Mat Sabu Diseru Agar Tidak Buang Masa Siasat Sebaliknya Ahli-Ahli PAS Kampung Banjar Akan Buat Laporan Polis Terhadapnya

Monday, 12 May 2014 · 2 comments



Kontroversi berhubung pilihanraya kecil di Bukit Gelugor semakin panas pada hari pertama kempen sebaik-baik selesai proses penamaan calon. Tumpuan diberikan kepada Mohamed Nabi Bux yang sebelum ini telah dituduh sebagai ahli UMNO yang menyamar sebagai ahli PAS dan akan dikenakan tindakan undang-undang. Mohamed Ali Bux bagaimanapun, menunjukkan dan membuktikan yang dia adalah seorang ahli PAS menerusi pemilikan sijil keahlian yang ditandatangani oleh Allahyarham Fadzhil Nor selaku Presiden PAS.


Dalam kenyataan medianya, Mohammed Nabi Bux memohon para pengundi di Bukit Gelugor yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk mengundinya kerana dia akan memperjuangkan perlaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang.

Menurutnya lagi, dia berpegang teguh terhadap prinsip parti dan Islam dalam memperjuangkan perlaksanaan Hukum Hudud dan ia merupakan antara sebab utama dia bertanding di PRK P.51 Bukit Gelugor.

Mohamed Nabi Bux turut memuji dan menyanjung Lim Guan Eng yang telah banyak memberikan sokongan moral kepada para pemimpin PAS dalam usaha mewujudkan Negara Islam serta hukum hudud di Kelantan. Bahkan dia cukup yakin, Lim Guan Eng akan menyambut baik perlaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang apabila DAP bersama-sama PAS memerintah negara ini pada masa akan datang.



Selain itu, dia turut memohon agar kaum Cina terus memberikan kepercayaan dan yakin terhadap Lim Guan Eng yang mahu bekerjasama dengan PAS dalam perlaksanaan hudud di Pulau Pinang. Oleh kerana itu, katanya, para pengundi harus berfikir secara bijaksana dan memilihnya kerana dia PASTI AKAN DAPAT memberikan khidmat terbaik kepada rakyat berbanding calon-calon lain sekiranya ditakdirkan menang.
Pun begitu, Mohamed Nabi Bux menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Mat Sabu dan Mahfuz Omar kepadanya. Bahkan menurutnya, dia masih ahli PAS yang sama dan tidak pernah berubah serta akan membuktikan yang tuduhan Mat Sabu itu adalah dusta semata-mata. Menurutnya, dia tidak pernah menjadi ahli UMNO di mana-mana Cawangan di Malaysia sepanjang hayatnya.

Malah, Mohamed Nabi Bux turut meminta agar Mat Sabu dan Mahfuz Omar tidak membuang masa kononnya mahu menyiasat perkara membabitkannya, serta membuat laporan polis. Sebaliknya, dia sendiri akan membawa ahli-ahli PAS Cawangan Kampung Banjar untuk membuat satu laporan polis terhadap Mat Sabu dan Mahfuz Omar.

Azmin Ali dan Wan Azizah Mesra Di Penamaan Calon PRK Bukit Gelugor

· 3 comments



Pukul 8:02 pagi:
Sekumpulan penyokong DAP berjumlah lebih kurang 100 orang berkumpul di Padang Kota. Turut dikesan sejumlah 50 orang ahli DAP dari Kedah dan 20 orang ahli PAS dari Kedah dan Kelantan turut serta dalam perkumpulan tersebut.

Turut dilihat di lokasi adalah satu banner DAP yang tertulis, TUNTUT ROYALTI, BANTAH GST UNDI DAP dikesan diamerkan oleh kumpulan DAP. Goh Lian San, ADUN Tengkera dari Melaka dikesan berada di lokasi.



Pukul 8:04 pagi:
Calon Bebas dari Parti Cinta Malaysia, Dato' Huan Cheng Guan bersama-sama beberapa orang ahli dan penyokongnya, bersarapan di Peace & Joy Cafe, Lebuh China, Pulau Pinang.



Pukul 8:06 pagi:
Menjelang penamaan calon PRK P51 Bukit Gelugor di Dewan Sri Pinang, dua orang pemimpin PKR, Wan Azizah dan Azmin Ali tiba di Padang Kota.



Pukul 8:13 pagi:
Calon BEBAS dari PCM bersembahyang di Tokong Kuan Yin bersama-smaa 16 orang penyokongnya.


Turut dikesan, sekumpulan ahli-ahli PAS begitu bangga apabila beberapa orang pemimpin tempatan DAP menjulang bendera Parti Islam Se-Malaysia di Padang Kota.



 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks