LAGI BERITA DEMO 501 KL: Bas Pengangkut Pendemonstrasi Mula Memasuki Bandaraya Kuala Lumpur

Wednesday 30 April 2014 | 6 comments



Pada pukul 10:00 malam tadi, seramai 41 orang telah berlepas ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas bernombor pendaftaran KAM 250. Bas berkenaan merupakan milik KOLEJ KEJURURAWATAN DAN SAINS KESIHATAN.

Pihak penganjur dikatakan telah menyewa bas bernombor pendaftaran KAM 250 dari jenis HINO itu pada harga RM2000. Bas ini boleh memuatkan seramai 44 orang penumpang. Bagaimanapun,  yang hadir di dalam bas cuma 41 orang yang merupakan para penyokong DAP, PAS dan PKR.

Para penumpang dalam lingkungan usia 17 tahun sehingga 60 tahun. Bas tersebut telah bertolak meninggalkan Alor Star tepat jam 10:00 malam.



Pada waktu yang sama, sebuah lagi bas yang membawa muatan seramai 40 orang penumpang telah berlepas dari Kelaboran, Tumpat. Bas berkenaan dengan nombor pendaftaran WVN 2742 berwarna biru merupakan milik Syarikat Rakyat Travel Sdn. Bhd.

Terkini: Lokasi Demonstrasi 501 KL Masih Lengang


Sekitar Dataran Merdeka

Sehingga berita ini diterima, para peserta demonstrasi masih belum kelihatan berkeliaran di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Walaupun sebahagian daripada mereka, dikesan menginap di hotel-hotel murah serta masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur selain di Markas-Markas PAS, namun kelibat mereka di tengah-tengah Bandaraya bagi memulakan demonstrasi, tidak dapat dikesan.


Sekitar LRT Sogo
 
Kecuali petang tadi, satu flashmob melibatkan beberapa orang pelajar universiti telah dikesan di persimpangan SOGO. Bagaimanapun, flashmob tersebut gagal menarik perhatian orang ramai. Malahan beberapa orang pengunjung pusat membeli belah tersebut mencemuh dan menyatakan flashmob tersebut hanya menyusahkan orang ramai selain perbuatan sia-sia.




Chegu Bard Terpaksa Batalkan Demonstrasi Depan Ibu Pejabat PKR Sebab Hanya Dihadiri 10 Orang Pengikutnya



 
Sepatutnya pada pukul 3:45 petang tadi, satu demonstrasi besar berlaku di hadapan Ibu Pejabat PKR di Tropicana yang dipimpin oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard. Bagaimanapun, disebabkan jumlah kehadiran amat mengecewakan, demonstrasi tersebut dibatalkan sebaliknya hanya penyerahan memorandum bantahan penipuan pengundian sahaja dibuat oleh Chegu Bard.

Yang menerima memorandum tersebut adalah bekas Ketua Wanita MCA, Tan Yee Kew yang kini merupakan Bendahari PKR Selangor dan Timbalan Pengerusi Jawatan Pemilihan Parti.



Difahamkan juga, demonstrasi tersebut turut dibatalkan setelah berlaku pertemuan empat mata antara Chegu Bard dengan Anwar Ibrahim.



Chegu Bard telah mencetuskan polemik berhubung undian kepada Azmin Ali dalam beberapa siri pendedahan tentang penipuan mendapatkan undi oleh penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR itu. Azmin Ali telah dicabar oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

Setakat yang diketahui, Azmin Ali mendahului perlumbaan tersebut.

Dedah Penyelewengan Duit MKK Oleh Pemimpin Pakatan Rakyat di Kedah

Tuesday 29 April 2014 | 0 comments







Dalam kelam-kabut kekecohan dan kecelaruan pemilihan PKR yang sedang berlangsung sekarang di mana Azmin Ali sedang mendahului Khalid Ibrahim dan Saifuddin Nasution, muncul pula satu lagi berita yang tidak kurang hebatnya, jauh di utara iaitu Kedah.

Berlaku kekecohan dan tuduh menuduh berhubung penyelewengan serta penyalahgunaan wang yang sepatutnya dibayar kepada MKK secara bulanan. Beberapa nama telah dipetik sebagai penyeleweng dan penggelap wang berkenaan. Ancaman telah dibuat agar penjelasan diberikan sesegera mungkin atau tindakan akan diambil termasuklah aduan kepada ROS dan SPRM oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat Kedah.

Saifuddin Nasution Boikot PKR Papar Sebab Sokong Khalid Ibrahim, Rafizi Ramli Kutuk Azmin Ali Dengan Gelaran Aiskrim Jamban


Semalam, antara jam 8:00 malam sehingga 10:15 malam, Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai serta Fauziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan telah mengadakan pertemuan dengan AJK PKR Cabang Papar. Lebih kurang 70 orang hadir. Turut hadir adalah Datuk James Gani, Ketua Cabang PKR Papar.

Dalam majlis ini Saifuddin Nasution yang merupakan calon TimbalanPresiden PKR Pusat tidak hadir ke majlis berkenaan kerana Datuk James Ghani adalah 'Line-Up' kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun sebelum itu, pada pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang, Saifuddin Nasution hadir di majlis Temu Mesra Bakal-Bakal Calon PKR Pusat di Sabah yang dipengerusikan oleh Johari Tahir, Ahli PKR dan bekas calon SAPP N.34 Liawan di Restoran Roof Top Garden, Tingkat 4, Hotel Sento, Keningau.


Seramai lebih kurang 85 orang yang terdiri daripada ahli-ahli PKR P.180 Keningau dan P.182 Pensiangan hadir dalam majlis tersebut. Antara yang dikenali adalah:


1). Nurul Izzah Anuar - AP Lembah Pantai
2). Saifuddin Nasution - Setiausaha Agung PKR Pusat.
3). Rafizi Ramli - AP Pandan, Ampang Selangor
4). Fauziah Salleh - AP Kuantan, Pahang
5). Qooi Shiai Leung - AP Alor Setar, Kedah
6). Sim Tze Tzin - AP Bayan Baru, Pulau Pinang
7). Ignatius Dorell Leiking - AP Penampang
8). Stephen Sandor - Ketua Cabang PKR P.180 Keningau
9). Afendy Lukan - Ketua Cabang PKR P.182 Pensiangan

Dalam ucapannya, Stepen Sandor meminta agar hadiri mengundi calon-calon yang sanggup turun padang, khususnya di kawasan pedalaman. Dia turut menyeru agar pilihan hanya dibuat ke atas calon-calon yang berkemampuan memimpin serta memberikan keutamaan kepada tugas. Pemimpin yang dipilih pula nanti harus boleh membawa suara rakyat khususnya di kawasan pedalaman kepada pucuk pimpinan parti.

Rafizi Ramli pula, dalam ucapannya, meminta sokongan penuh diberikan kepada Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden kerana pengalaman luas serta sanggup berjuang di dalam parti dalam apa juga suasana. Lebih menarik lagi ialah, Rafizi Ramli secara terang-terangan menyatakan, jangan ada sokongan diberikan kepada Khalid Ibrahim dan Azmin Ali kerana mereka tidak sehaluan ditambah pula dengan krisis seperti isu air dan rampasan Bible oleh Khalid Ibrahim. Rafizi Ramli turut memberitahu dan menjenakakan Azmin Ali sebagai 'mempunyai masalah tertentu'.

Fauziah Salleh pula berkata, sebagai Ahli Parlimen Kuantan, dia kecewa kerana kerajaan BN telah menolak segala usaha untuk membantah kewujudan kilang Lynas. Sekiranya dia menang dalam perlumbaan jawatan Naib Presiden PKR Pusat, dia berjanji akan menjelajah seluruh Sabah.

Manakala Saifuddin Nasution pula berkata, dia sanggup melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung BN dengan gaji lumayan semata-mata untuk memperjuangkan hak rakyat di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat.


Berdasarkan kepada pemerhatian, sambutan untuk program tersebut tidak menggalakkan. Sepanjang majlis berlangsung pengedaran risalah dan nombor calon oleh mereka yang bertanding dan wakil calon telah dapat dikesan. Selesai majlis tersebut, Nurul Izzah bersama rombongan bergerak ke Daerah Papar untuk meneruskan kempen di sana.

Kehadiran pemimpin parti Pakatan Rakyat seperti Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli serta rombongannya merupakan kempen/ road show mereka untuk melobi sokongan bagi menghadapi pemilihan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat yang akan diadakan tidak lama lagi.

Diperhatikan juga kumpulan yang menyambut mereka iaitu kedua-dua Cabang PKR P.180 Keningau dan P.182 Pensiangan merupakan kumpulan yang menyokong lineup mereka sementara kumpulan yg penyokong lineup YB Azmin Ali tidak hadir dalam majlis tersebut.

Demi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kulai 2, Pemimpin DAP, GERAKAN dan MCA Duduk Makan Semeja

Monday 28 April 2014 | 0 comments

Satu majlis makan malam sempena konsert amal pendidikan telah berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kulai 2 telah diadakan dengan kehadiran seramai 1,800 orang. Majlis telah diadakan pada 27 April antara jam 7:00 malam sehingga 10:30 malam di Dewan Sekolah Menengah Foon Yew Kulai. Majlis tersebut telah dipengerusi oleh Foo Jun Cheng yang merupakan Lembaga Pengelola SJK (C) Kulai 2 dan dirasmikan oleh Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA Pusat merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam.

Hadirin terdiri daripada ahli-ahli MCA Bahagian Kulai, GERAKAN Bahagian Kulai dan DAP Kulai. Antara yang dikenali hadir adalah:

A) Chew Teck Long- wakil pengurus Hai-O Sdn Bhd.
B) Mak Jue Feng - Pengurus Sin Chew Daily Johor.
C). Teo Nie Ching - AP Kulai.
D) Wong Shu Qi - ADUN Senai.
E)  Wee Ka Siong - Timbalan Presiden MCA Pusat.
F) Tang Nai Soon - Pengerusi MCA Bahagian Kulai.


Majlis mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai lebih kurang 1,800 orang masyarakat setempat khususnya kaum Cina telah hadir. Majlis anjuran SJK (C) Kulai 2, Sin Chew Daily bersama Syarikat Hai-O Sdn Bhd. Majlis ini bertujuan mengutip derma daripada masyarakat kaum Cina bagi SJK (C) Kulai 2 bagi membina sebuah dewan kegunaan pelajar. Difahamkan pembinaan Dewan SJK (C) Kulai 2 memerlukan RM1 juta dan kini pihak sekolah telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM858,000.00

Kesemua yang hadir adalah masyarakat Cina tempatan, ahli-ahli politik Cina dari Gerakan, MCA dan DAP serta persatuan-persatuan Cina Daerah Kulai. Pecahan umur hadirin; kanak kanak sebanyak 30%, 21 tahun hingga 40 tahun seramai 40% dan selebihnya 41 tahun ke atas. Kesemua ucapan yang disampaikan oleh penceramah adalah tertumpu dengan pendidikan Cina sahaja.

Sidang Media Bantahan Penyebaran Risalah Agama Kristian Dalam Bahasa Melayu

Pada 27/4/14,antara jam 2:45 petang sehingga 3:30 petang, di 80-01, Jln Besar, Tmn Munshi Ibrahim, TAMPOI, Johor, telah berlangsung satu sidang media membabitkan seramai 50 orang yang terdiri daripada AJK dan ahli PPPMM serta Perkasa Pulai telah hadir.
 
 
Antara yang hadir ialah:-
-A.RAHMAN bin MAHADI-Presiden PPPMM.
-MOHD GHOUTH bin XXX-Naib YDP 1 Perkasa Pulai.
-ROSLI bin OTHMAN -Ketua Penerangan Perkasa Pulai.

Sidang Akhbar tersebut diadakan bertujuan  untuk mendedahkan kegiatan penyebaran risalah berbahasa Melayu yang juga telah menjemput bangsa Melayu untuk hadir  di Dewan Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa No 23-25, Jln Bukit Indah, 15/3, Tmn Bkt Indah, Johor Bahru. 
 
Risalah-risalah berkenaan telah dicetak di luar negara dan telah diedarkan di pusat-pusat tumpuan orang ramai di kawasan Nusa Jaya.
 
Secara tidak langsung  ia telah mencabuli Rukun Negara di bawah Perlembagaan 11(4). Penganjur  meminta Pihak Berkuasa Jakim dan Jab Agama serta PBT mengambil tindakan sewajarnya ke atas rumah kedai yang dijadikan tempat ibadat khususnya gereja.
 
Selepas sesi sidang akhbar hadirin telah berkumpul di hadapan Restoran Adam Maya Cafe berdekatan tempat sidang akhbar dengan mempamerkan sebanyak 4 keping plakad berukuran 4'x4' dan 7 helai bendera kalimah Allah Akbar serta 1 bendera dan kain rentang PPPMM.
 
Seramai 4 orang wartawan dari Bernama, Utusan Malaysia, Sinar dan Berita Harian turut hadir..


Laporan Polis Berhubung Penipuan Undi Untuk Pemilihan PKR


Satu laporan polis telah dibuat oleh Tuan Muhammad Al-Faris bin Tuan Yusof berhubung keputusan pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang MATC Tumpat tidak boleh diisytiharkan keran aada bantahan daripada calon Ketua Cabang Tumpat iaitu Haji Nik Azmi bin Nik Abdullah.

Pengadu yang merupakan pelajar Pondok Najmiah Kampung Genting Pengkalan Kubor Tumpat telah membuat pengakuan bersumpah dan laporan polis kerana diarahkan mengundi dengan memperdayakan petugas melalui agen calon Ketua Cabang Tumpat iaitu Saharun bin Ibrahim.

Saharun bin Ibrahim merupakan bekas calon PKR DUN Pengkalan Kubur pada PRU-13.

Taklimat Khas Tertutup Untuk Rancang Huru-Hara Di Kuala Lumpur Pada 1 Mei

Saturday 26 April 2014 | 0 comments

Satu taklimat khas tertutup konon-kononnya untuk membincangkan RAYUAN KES FITNAH 2 yang membabitkan kes liwat Anwar Ibrahim yang sudah disahkan oleh Mahkamah Rayuan sebagai bukan fitnah sebaliknya benar-benar berlaku, akan diadakan di Auditorium Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya.

Taklimat tersebut hanya untuk pimpinan PKR sahaja dan untuk masuk, perlu menunjukkan bukti jemputan.

Bagaimanapun, siasatan mendapati, taklimat tersebut sebenarnya tidak akan membincangkan RAYUAN KES LIWAT Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, sebaliknya merangka, merancang dan membuat strategi bagi mewujudkan huru-hara di Kuala Lumpur pada 1 Mei nanti setelah PAS memberikan persetujuan untuk menghantar ahli-ahli mereka untuk demonstrasi tersebut.

Admin Page Facebook BLUE WAVE ARMY Adalah Ahli DAP


Selepas pengumuman dan cadangan Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan bahawa satu pasukan siber pro-BN yang dinamakan BLUE WAVE ARMY, satu laman di Facebook telah wujud atas nama BLUE WAVE ARMY.

Siasatan mendapati laman tersebut telah diwujudkan oleh seorang penyokong DAP yang menggunakan akaun Facebook bernama MUIZ RUNCING TEGA.

Terbaru, AMK akan membuat laporan polis berhubung posting terbaru MUIZ RUNCING TEGA menerusi akaun BLUE WAVE ARMY yang menyiarkan 'kematian' Wan Azizah, Presiden PKR.

Seorang Lagi Penganjur Mahasiswa Keadilan Didedahkan

Penganjuran sebuah program yang dinamakan Forum Masa Depan Kehakiman oleh Mahasiswa Keadilan bakal berlangsung pada Selasa 29 April nanti di Dewan Naning 2 bermula jam 8:00 malam sehingga jam 11:00 malam. Dijangkakan kehadiran para pelajar universiti untuk program ini sekitar 100 orang.

Semalam didedahkan kegiatan sekumpulan pelajar UiTM yang diketuai oleh AHMAD DANISH HAIRUDIN menganjur dan melancarkan Majlis Mahasiswa Keadilan Negeri pada 29 April di Hotel Seri Malaysia selain Forum Masa Depan Kehakiman yang disertai oleh Latheefa Koya, Amiruddin Shaari dan Eric Paulsen.

Salah seorang urusetia yang identitinya berjaya diperolehi adalah NUR AZEEM BIN ABDUL RAZAK yang merupakan pelajar Universiti Multimedia Melaka dari jurusan Undang-Undang. NUR AZEEM memulakan pengajian di Universiti Multimedia Melaka semenjak 3 Jun 2011.

Berikut adalah sebahagian daripada butiran peribadinya


Nama: NUR AZEEM BIN ABDUL RAZAK
Alamat: 1-43, JALAN LAKE VIEW, TIARA GOLF AND COUNTRY RESORT, 75450, MELAKA
No. Telefon: 06-2311888 (rumah), 017-6576553

Rasuah dan Salahguna Kuasa Dalam Projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dilaporkan Kepada SPRM

Friday 25 April 2014 | 1 comments

Pagi tadi, lebih kurang dari jam 10:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari, Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) bersama-sama dengan Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) telah membuat aduan tentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada SPRM di pejabat SPRM Pulau Pinang yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang.

Aduan tersebut dibuat berhubung salah guna kuasa serta mengesyaki wujudnya unsur-unsur rasuah dalam projek yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Seramai lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada ahli Pertubuhan Minda Sosial Prihatin dan Kongres Melayu Pulau PInang serta wartawan-wartawan tempatan telah hadir. Antara mereka termasuklah Rahmad bin Isahak, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang serta Ramesh Rao Krishna Naidu yang merupakan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin.

Antara aduan yang dibuat membabitkan Pencerobohan Bukit Relau (Bukit Botak) di mana KMPP dan PMSP membuat aduan bagi mendesak SPRM menyiasat kelulusan kedua projek berkenaan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang didakwa berunsurkan rasuah dan salahguna kuasa serta ketirisan. Turut diadukan adalah membabitkan projek parkir kereta (kupon dan elektronik) yang dilihat dijalankan secara curiga dan penuh putar belit.

Menteri Besar Kedah dan Ahli Parlimen Baling Ziarahi Jenazah Pegawai Polis

Pada jam 12:30 tengah hari, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim telah meluangkan masa menziarahi jenazah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Pangkalan Hulu, ASP Mohd Akram bin Mohd Zain, 46, yang meninggal dunia jam 6:10 pagi tadi di Batu 45, Pulai, Baling, Kedah.

Mukhriz dan Azeez bagaimanapun, berlepas ke Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter pada jam 12:50 tengah hari untuk menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO jam 3:00 petang.


Mahkamah Rayuan Bebaskan Nik Nazmi Daripada Pertuduhan Akta Perhimpunan Aman, Juga Hakim Yang Sama!


Mahkamah Rayuan membatalkan pertuduhan terhadap YB Nik Nazmi - Timbalan Speaker DUN Selangor yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberikan notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas.

Panel 3 hakim diketuai Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan rakyat untuk memberikan 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum protes sebagai tidak berperlembagaan.

Mahkamah Rayuan memutuskan, polis boleh mengenakan sekatan ke atas himpunan aman tetapi tidak boleh menghukum penganjur atau orang yang berhimpun kerana tidak mematuhinya.

Hakim Mohd Arif Mohd Yusuf mempunyai kredibiliti yang agak kontroversi


Mohd Arif Mohd Yusof

Jawatan politik: 
Bekas calon PAS PRU11 (2004) bagi DUN N.39 Kota Damansara

Keputusan PRU11:
Pertandingan 2 penjuru bagi kerusi DUN N.39 Kota Damansara, Mohd Arif Mohd Yusof calon PAS kalah kepada calon BN, Mohd Mokhtar Dahlan dengan jumlah majoriti yang besar.

Keputusan tersebut telah menyebabkan Mohd. Arif mengumumkan persaraan dari politik dan kembali aktif dalam kerjaya perundangan. Dia dilantik sebagai salah seorang hakim di Mahkamah Rayuan.

Banyak kes yang dikendalikannya yang melibatkan pihak BN dan PR telah berpihak kepada PR.

Antara kes-kes kontroversi dan 'pelik' yang melibatkan hakim ini adalah kes seorang individu yang dituduh sebagai blogger RBF Online, kes saman TV3 dan kes memutuskan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam kes RBF Online, hakim ini telah diminta tarik diri oleh peguam serta defendan, namun dia melenting dan enggan berbuat begitu. Akhirnya keputusan berpihak kepada Husam Musa.

Pelajar UiTM Melaka Pro-Pakatan Anjur Majlis Mahasiswa Keadilan Negeri

 Sekumpulan pelajar UiTM Melaka yang diketuai oleh Ahmad Danish Hairudin dari Fakulti Pengajian Pengurusan Sains Dan Polisi akan menganjurkan dan melancarkan Majlis Mahasiswa Keadilan Negeri pada 29 April 2014 di Hotel Seri Malaysia.

Menariknya pengurusan dan pentadbiran UiTM Melaka tutup mata.


LAGI BERITA DEMO 501 KL: Bas Pengangkut Pendemonstrasi Mula Memasuki Bandaraya Kuala Lumpur

Wednesday 30 April 2014 · 6 comments



Pada pukul 10:00 malam tadi, seramai 41 orang telah berlepas ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas bernombor pendaftaran KAM 250. Bas berkenaan merupakan milik KOLEJ KEJURURAWATAN DAN SAINS KESIHATAN.

Pihak penganjur dikatakan telah menyewa bas bernombor pendaftaran KAM 250 dari jenis HINO itu pada harga RM2000. Bas ini boleh memuatkan seramai 44 orang penumpang. Bagaimanapun,  yang hadir di dalam bas cuma 41 orang yang merupakan para penyokong DAP, PAS dan PKR.

Para penumpang dalam lingkungan usia 17 tahun sehingga 60 tahun. Bas tersebut telah bertolak meninggalkan Alor Star tepat jam 10:00 malam.



Pada waktu yang sama, sebuah lagi bas yang membawa muatan seramai 40 orang penumpang telah berlepas dari Kelaboran, Tumpat. Bas berkenaan dengan nombor pendaftaran WVN 2742 berwarna biru merupakan milik Syarikat Rakyat Travel Sdn. Bhd.

Terkini: Lokasi Demonstrasi 501 KL Masih Lengang

· 4 comments


Sekitar Dataran Merdeka

Sehingga berita ini diterima, para peserta demonstrasi masih belum kelihatan berkeliaran di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Walaupun sebahagian daripada mereka, dikesan menginap di hotel-hotel murah serta masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur selain di Markas-Markas PAS, namun kelibat mereka di tengah-tengah Bandaraya bagi memulakan demonstrasi, tidak dapat dikesan.


Sekitar LRT Sogo
 
Kecuali petang tadi, satu flashmob melibatkan beberapa orang pelajar universiti telah dikesan di persimpangan SOGO. Bagaimanapun, flashmob tersebut gagal menarik perhatian orang ramai. Malahan beberapa orang pengunjung pusat membeli belah tersebut mencemuh dan menyatakan flashmob tersebut hanya menyusahkan orang ramai selain perbuatan sia-sia.




Chegu Bard Terpaksa Batalkan Demonstrasi Depan Ibu Pejabat PKR Sebab Hanya Dihadiri 10 Orang Pengikutnya

· 0 comments



 
Sepatutnya pada pukul 3:45 petang tadi, satu demonstrasi besar berlaku di hadapan Ibu Pejabat PKR di Tropicana yang dipimpin oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard. Bagaimanapun, disebabkan jumlah kehadiran amat mengecewakan, demonstrasi tersebut dibatalkan sebaliknya hanya penyerahan memorandum bantahan penipuan pengundian sahaja dibuat oleh Chegu Bard.

Yang menerima memorandum tersebut adalah bekas Ketua Wanita MCA, Tan Yee Kew yang kini merupakan Bendahari PKR Selangor dan Timbalan Pengerusi Jawatan Pemilihan Parti.



Difahamkan juga, demonstrasi tersebut turut dibatalkan setelah berlaku pertemuan empat mata antara Chegu Bard dengan Anwar Ibrahim.



Chegu Bard telah mencetuskan polemik berhubung undian kepada Azmin Ali dalam beberapa siri pendedahan tentang penipuan mendapatkan undi oleh penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR itu. Azmin Ali telah dicabar oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

Setakat yang diketahui, Azmin Ali mendahului perlumbaan tersebut.

Dedah Penyelewengan Duit MKK Oleh Pemimpin Pakatan Rakyat di Kedah

Tuesday 29 April 2014 · 0 comments







Dalam kelam-kabut kekecohan dan kecelaruan pemilihan PKR yang sedang berlangsung sekarang di mana Azmin Ali sedang mendahului Khalid Ibrahim dan Saifuddin Nasution, muncul pula satu lagi berita yang tidak kurang hebatnya, jauh di utara iaitu Kedah.

Berlaku kekecohan dan tuduh menuduh berhubung penyelewengan serta penyalahgunaan wang yang sepatutnya dibayar kepada MKK secara bulanan. Beberapa nama telah dipetik sebagai penyeleweng dan penggelap wang berkenaan. Ancaman telah dibuat agar penjelasan diberikan sesegera mungkin atau tindakan akan diambil termasuklah aduan kepada ROS dan SPRM oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat Kedah.

Saifuddin Nasution Boikot PKR Papar Sebab Sokong Khalid Ibrahim, Rafizi Ramli Kutuk Azmin Ali Dengan Gelaran Aiskrim Jamban

· 0 comments


Semalam, antara jam 8:00 malam sehingga 10:15 malam, Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai serta Fauziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan telah mengadakan pertemuan dengan AJK PKR Cabang Papar. Lebih kurang 70 orang hadir. Turut hadir adalah Datuk James Gani, Ketua Cabang PKR Papar.

Dalam majlis ini Saifuddin Nasution yang merupakan calon TimbalanPresiden PKR Pusat tidak hadir ke majlis berkenaan kerana Datuk James Ghani adalah 'Line-Up' kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun sebelum itu, pada pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang, Saifuddin Nasution hadir di majlis Temu Mesra Bakal-Bakal Calon PKR Pusat di Sabah yang dipengerusikan oleh Johari Tahir, Ahli PKR dan bekas calon SAPP N.34 Liawan di Restoran Roof Top Garden, Tingkat 4, Hotel Sento, Keningau.


Seramai lebih kurang 85 orang yang terdiri daripada ahli-ahli PKR P.180 Keningau dan P.182 Pensiangan hadir dalam majlis tersebut. Antara yang dikenali adalah:


1). Nurul Izzah Anuar - AP Lembah Pantai
2). Saifuddin Nasution - Setiausaha Agung PKR Pusat.
3). Rafizi Ramli - AP Pandan, Ampang Selangor
4). Fauziah Salleh - AP Kuantan, Pahang
5). Qooi Shiai Leung - AP Alor Setar, Kedah
6). Sim Tze Tzin - AP Bayan Baru, Pulau Pinang
7). Ignatius Dorell Leiking - AP Penampang
8). Stephen Sandor - Ketua Cabang PKR P.180 Keningau
9). Afendy Lukan - Ketua Cabang PKR P.182 Pensiangan

Dalam ucapannya, Stepen Sandor meminta agar hadiri mengundi calon-calon yang sanggup turun padang, khususnya di kawasan pedalaman. Dia turut menyeru agar pilihan hanya dibuat ke atas calon-calon yang berkemampuan memimpin serta memberikan keutamaan kepada tugas. Pemimpin yang dipilih pula nanti harus boleh membawa suara rakyat khususnya di kawasan pedalaman kepada pucuk pimpinan parti.

Rafizi Ramli pula, dalam ucapannya, meminta sokongan penuh diberikan kepada Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden kerana pengalaman luas serta sanggup berjuang di dalam parti dalam apa juga suasana. Lebih menarik lagi ialah, Rafizi Ramli secara terang-terangan menyatakan, jangan ada sokongan diberikan kepada Khalid Ibrahim dan Azmin Ali kerana mereka tidak sehaluan ditambah pula dengan krisis seperti isu air dan rampasan Bible oleh Khalid Ibrahim. Rafizi Ramli turut memberitahu dan menjenakakan Azmin Ali sebagai 'mempunyai masalah tertentu'.

Fauziah Salleh pula berkata, sebagai Ahli Parlimen Kuantan, dia kecewa kerana kerajaan BN telah menolak segala usaha untuk membantah kewujudan kilang Lynas. Sekiranya dia menang dalam perlumbaan jawatan Naib Presiden PKR Pusat, dia berjanji akan menjelajah seluruh Sabah.

Manakala Saifuddin Nasution pula berkata, dia sanggup melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung BN dengan gaji lumayan semata-mata untuk memperjuangkan hak rakyat di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat.


Berdasarkan kepada pemerhatian, sambutan untuk program tersebut tidak menggalakkan. Sepanjang majlis berlangsung pengedaran risalah dan nombor calon oleh mereka yang bertanding dan wakil calon telah dapat dikesan. Selesai majlis tersebut, Nurul Izzah bersama rombongan bergerak ke Daerah Papar untuk meneruskan kempen di sana.

Kehadiran pemimpin parti Pakatan Rakyat seperti Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli serta rombongannya merupakan kempen/ road show mereka untuk melobi sokongan bagi menghadapi pemilihan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat yang akan diadakan tidak lama lagi.

Diperhatikan juga kumpulan yang menyambut mereka iaitu kedua-dua Cabang PKR P.180 Keningau dan P.182 Pensiangan merupakan kumpulan yang menyokong lineup mereka sementara kumpulan yg penyokong lineup YB Azmin Ali tidak hadir dalam majlis tersebut.

Demi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kulai 2, Pemimpin DAP, GERAKAN dan MCA Duduk Makan Semeja

Monday 28 April 2014 · 0 comments

Satu majlis makan malam sempena konsert amal pendidikan telah berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kulai 2 telah diadakan dengan kehadiran seramai 1,800 orang. Majlis telah diadakan pada 27 April antara jam 7:00 malam sehingga 10:30 malam di Dewan Sekolah Menengah Foon Yew Kulai. Majlis tersebut telah dipengerusi oleh Foo Jun Cheng yang merupakan Lembaga Pengelola SJK (C) Kulai 2 dan dirasmikan oleh Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA Pusat merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam.

Hadirin terdiri daripada ahli-ahli MCA Bahagian Kulai, GERAKAN Bahagian Kulai dan DAP Kulai. Antara yang dikenali hadir adalah:

A) Chew Teck Long- wakil pengurus Hai-O Sdn Bhd.
B) Mak Jue Feng - Pengurus Sin Chew Daily Johor.
C). Teo Nie Ching - AP Kulai.
D) Wong Shu Qi - ADUN Senai.
E)  Wee Ka Siong - Timbalan Presiden MCA Pusat.
F) Tang Nai Soon - Pengerusi MCA Bahagian Kulai.


Majlis mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai lebih kurang 1,800 orang masyarakat setempat khususnya kaum Cina telah hadir. Majlis anjuran SJK (C) Kulai 2, Sin Chew Daily bersama Syarikat Hai-O Sdn Bhd. Majlis ini bertujuan mengutip derma daripada masyarakat kaum Cina bagi SJK (C) Kulai 2 bagi membina sebuah dewan kegunaan pelajar. Difahamkan pembinaan Dewan SJK (C) Kulai 2 memerlukan RM1 juta dan kini pihak sekolah telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM858,000.00

Kesemua yang hadir adalah masyarakat Cina tempatan, ahli-ahli politik Cina dari Gerakan, MCA dan DAP serta persatuan-persatuan Cina Daerah Kulai. Pecahan umur hadirin; kanak kanak sebanyak 30%, 21 tahun hingga 40 tahun seramai 40% dan selebihnya 41 tahun ke atas. Kesemua ucapan yang disampaikan oleh penceramah adalah tertumpu dengan pendidikan Cina sahaja.

Sidang Media Bantahan Penyebaran Risalah Agama Kristian Dalam Bahasa Melayu

· 0 comments

Pada 27/4/14,antara jam 2:45 petang sehingga 3:30 petang, di 80-01, Jln Besar, Tmn Munshi Ibrahim, TAMPOI, Johor, telah berlangsung satu sidang media membabitkan seramai 50 orang yang terdiri daripada AJK dan ahli PPPMM serta Perkasa Pulai telah hadir.
 
 
Antara yang hadir ialah:-
-A.RAHMAN bin MAHADI-Presiden PPPMM.
-MOHD GHOUTH bin XXX-Naib YDP 1 Perkasa Pulai.
-ROSLI bin OTHMAN -Ketua Penerangan Perkasa Pulai.

Sidang Akhbar tersebut diadakan bertujuan  untuk mendedahkan kegiatan penyebaran risalah berbahasa Melayu yang juga telah menjemput bangsa Melayu untuk hadir  di Dewan Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa No 23-25, Jln Bukit Indah, 15/3, Tmn Bkt Indah, Johor Bahru. 
 
Risalah-risalah berkenaan telah dicetak di luar negara dan telah diedarkan di pusat-pusat tumpuan orang ramai di kawasan Nusa Jaya.
 
Secara tidak langsung  ia telah mencabuli Rukun Negara di bawah Perlembagaan 11(4). Penganjur  meminta Pihak Berkuasa Jakim dan Jab Agama serta PBT mengambil tindakan sewajarnya ke atas rumah kedai yang dijadikan tempat ibadat khususnya gereja.
 
Selepas sesi sidang akhbar hadirin telah berkumpul di hadapan Restoran Adam Maya Cafe berdekatan tempat sidang akhbar dengan mempamerkan sebanyak 4 keping plakad berukuran 4'x4' dan 7 helai bendera kalimah Allah Akbar serta 1 bendera dan kain rentang PPPMM.
 
Seramai 4 orang wartawan dari Bernama, Utusan Malaysia, Sinar dan Berita Harian turut hadir..


Laporan Polis Berhubung Penipuan Undi Untuk Pemilihan PKR

· 0 comments


Satu laporan polis telah dibuat oleh Tuan Muhammad Al-Faris bin Tuan Yusof berhubung keputusan pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang MATC Tumpat tidak boleh diisytiharkan keran aada bantahan daripada calon Ketua Cabang Tumpat iaitu Haji Nik Azmi bin Nik Abdullah.

Pengadu yang merupakan pelajar Pondok Najmiah Kampung Genting Pengkalan Kubor Tumpat telah membuat pengakuan bersumpah dan laporan polis kerana diarahkan mengundi dengan memperdayakan petugas melalui agen calon Ketua Cabang Tumpat iaitu Saharun bin Ibrahim.

Saharun bin Ibrahim merupakan bekas calon PKR DUN Pengkalan Kubur pada PRU-13.

Taklimat Khas Tertutup Untuk Rancang Huru-Hara Di Kuala Lumpur Pada 1 Mei

Saturday 26 April 2014 · 0 comments

Satu taklimat khas tertutup konon-kononnya untuk membincangkan RAYUAN KES FITNAH 2 yang membabitkan kes liwat Anwar Ibrahim yang sudah disahkan oleh Mahkamah Rayuan sebagai bukan fitnah sebaliknya benar-benar berlaku, akan diadakan di Auditorium Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya.

Taklimat tersebut hanya untuk pimpinan PKR sahaja dan untuk masuk, perlu menunjukkan bukti jemputan.

Bagaimanapun, siasatan mendapati, taklimat tersebut sebenarnya tidak akan membincangkan RAYUAN KES LIWAT Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, sebaliknya merangka, merancang dan membuat strategi bagi mewujudkan huru-hara di Kuala Lumpur pada 1 Mei nanti setelah PAS memberikan persetujuan untuk menghantar ahli-ahli mereka untuk demonstrasi tersebut.

Admin Page Facebook BLUE WAVE ARMY Adalah Ahli DAP

· 0 comments


Selepas pengumuman dan cadangan Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan bahawa satu pasukan siber pro-BN yang dinamakan BLUE WAVE ARMY, satu laman di Facebook telah wujud atas nama BLUE WAVE ARMY.

Siasatan mendapati laman tersebut telah diwujudkan oleh seorang penyokong DAP yang menggunakan akaun Facebook bernama MUIZ RUNCING TEGA.

Terbaru, AMK akan membuat laporan polis berhubung posting terbaru MUIZ RUNCING TEGA menerusi akaun BLUE WAVE ARMY yang menyiarkan 'kematian' Wan Azizah, Presiden PKR.

Seorang Lagi Penganjur Mahasiswa Keadilan Didedahkan

· 0 comments

Penganjuran sebuah program yang dinamakan Forum Masa Depan Kehakiman oleh Mahasiswa Keadilan bakal berlangsung pada Selasa 29 April nanti di Dewan Naning 2 bermula jam 8:00 malam sehingga jam 11:00 malam. Dijangkakan kehadiran para pelajar universiti untuk program ini sekitar 100 orang.

Semalam didedahkan kegiatan sekumpulan pelajar UiTM yang diketuai oleh AHMAD DANISH HAIRUDIN menganjur dan melancarkan Majlis Mahasiswa Keadilan Negeri pada 29 April di Hotel Seri Malaysia selain Forum Masa Depan Kehakiman yang disertai oleh Latheefa Koya, Amiruddin Shaari dan Eric Paulsen.

Salah seorang urusetia yang identitinya berjaya diperolehi adalah NUR AZEEM BIN ABDUL RAZAK yang merupakan pelajar Universiti Multimedia Melaka dari jurusan Undang-Undang. NUR AZEEM memulakan pengajian di Universiti Multimedia Melaka semenjak 3 Jun 2011.

Berikut adalah sebahagian daripada butiran peribadinya


Nama: NUR AZEEM BIN ABDUL RAZAK
Alamat: 1-43, JALAN LAKE VIEW, TIARA GOLF AND COUNTRY RESORT, 75450, MELAKA
No. Telefon: 06-2311888 (rumah), 017-6576553

Rasuah dan Salahguna Kuasa Dalam Projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dilaporkan Kepada SPRM

Friday 25 April 2014 · 1 comments

Pagi tadi, lebih kurang dari jam 10:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari, Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) bersama-sama dengan Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) telah membuat aduan tentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada SPRM di pejabat SPRM Pulau Pinang yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang.

Aduan tersebut dibuat berhubung salah guna kuasa serta mengesyaki wujudnya unsur-unsur rasuah dalam projek yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Seramai lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada ahli Pertubuhan Minda Sosial Prihatin dan Kongres Melayu Pulau PInang serta wartawan-wartawan tempatan telah hadir. Antara mereka termasuklah Rahmad bin Isahak, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang serta Ramesh Rao Krishna Naidu yang merupakan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin.

Antara aduan yang dibuat membabitkan Pencerobohan Bukit Relau (Bukit Botak) di mana KMPP dan PMSP membuat aduan bagi mendesak SPRM menyiasat kelulusan kedua projek berkenaan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang didakwa berunsurkan rasuah dan salahguna kuasa serta ketirisan. Turut diadukan adalah membabitkan projek parkir kereta (kupon dan elektronik) yang dilihat dijalankan secara curiga dan penuh putar belit.

Menteri Besar Kedah dan Ahli Parlimen Baling Ziarahi Jenazah Pegawai Polis

· 0 comments

Pada jam 12:30 tengah hari, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim telah meluangkan masa menziarahi jenazah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Pangkalan Hulu, ASP Mohd Akram bin Mohd Zain, 46, yang meninggal dunia jam 6:10 pagi tadi di Batu 45, Pulai, Baling, Kedah.

Mukhriz dan Azeez bagaimanapun, berlepas ke Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter pada jam 12:50 tengah hari untuk menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO jam 3:00 petang.


Mahkamah Rayuan Bebaskan Nik Nazmi Daripada Pertuduhan Akta Perhimpunan Aman, Juga Hakim Yang Sama!

· 4 comments


Mahkamah Rayuan membatalkan pertuduhan terhadap YB Nik Nazmi - Timbalan Speaker DUN Selangor yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberikan notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas.

Panel 3 hakim diketuai Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan rakyat untuk memberikan 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum protes sebagai tidak berperlembagaan.

Mahkamah Rayuan memutuskan, polis boleh mengenakan sekatan ke atas himpunan aman tetapi tidak boleh menghukum penganjur atau orang yang berhimpun kerana tidak mematuhinya.

Hakim Mohd Arif Mohd Yusuf mempunyai kredibiliti yang agak kontroversi


Mohd Arif Mohd Yusof

Jawatan politik: 
Bekas calon PAS PRU11 (2004) bagi DUN N.39 Kota Damansara

Keputusan PRU11:
Pertandingan 2 penjuru bagi kerusi DUN N.39 Kota Damansara, Mohd Arif Mohd Yusof calon PAS kalah kepada calon BN, Mohd Mokhtar Dahlan dengan jumlah majoriti yang besar.

Keputusan tersebut telah menyebabkan Mohd. Arif mengumumkan persaraan dari politik dan kembali aktif dalam kerjaya perundangan. Dia dilantik sebagai salah seorang hakim di Mahkamah Rayuan.

Banyak kes yang dikendalikannya yang melibatkan pihak BN dan PR telah berpihak kepada PR.

Antara kes-kes kontroversi dan 'pelik' yang melibatkan hakim ini adalah kes seorang individu yang dituduh sebagai blogger RBF Online, kes saman TV3 dan kes memutuskan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam kes RBF Online, hakim ini telah diminta tarik diri oleh peguam serta defendan, namun dia melenting dan enggan berbuat begitu. Akhirnya keputusan berpihak kepada Husam Musa.

Pelajar UiTM Melaka Pro-Pakatan Anjur Majlis Mahasiswa Keadilan Negeri

· 0 comments

 Sekumpulan pelajar UiTM Melaka yang diketuai oleh Ahmad Danish Hairudin dari Fakulti Pengajian Pengurusan Sains Dan Polisi akan menganjurkan dan melancarkan Majlis Mahasiswa Keadilan Negeri pada 29 April 2014 di Hotel Seri Malaysia.

Menariknya pengurusan dan pentadbiran UiTM Melaka tutup mata.


 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks