Akhirnya LIM KIT SIANG Mati Dengan Mata Terbeliak dan Lidah Terjelir Selepas Meratib Letak Jawatan

Sunday, 13 December 2015 | 2 comments


Dari tahun 1963 ketika dia masih menjadi Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang tidak berhenti-henti meratipkan 'Letak Jawatan'. Hampir setiap hari sehinggalah tercetus peristiwa berdarah 13 Mei 1969, selama beberapa hari, dia mendiamkan diri, berlari ke sana ke mari sambil cuba menafikan dia terlibat mencetuskan peristiwa berdarah itu dan akhirnya ditangkap di Kota Kinabalu sebelum diheret balik ke Semenanjung.

Dia tidak pernah dikenakan sebarang hukuman atau pendakwaan atas Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 walaupun dia merupakan orang yang paling lantang mempersoalkan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia terutama sekali yang berkaitan dengan Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam.

Ketika dia mengetuai Projek Tanjung 1, 2 dan 3 dalam misi menawan Pulau Pinang, Lim Kit Siang juga tidak henti-henti meratibkan agar Presiden MCA ketika itu, Lim Chong Eu meletakkan jawatan kerana gagal memperjuangkan kepentingan kaum Cina walaupun pada zaman itu, orang Cina merupakan hierarki teratas termasuklah menjadi tuan-tuan kepada orang-orang politik. Lim Kit Siang ratibkan Tun Dr. Mahathir letak jawatan dan dia yang paling kuat bertepuk tangan apabila UMNO hancur pada tahun 1988 dalam usaha fraksi-fraksi UMNO mahu berkuasa. Dia yang paling seronok apabila UMNO Baru enggan bersama-sama Semangat 46. Malah dia yang paling kuat menari apabila Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein Onn enggan bersama-sama Mahathir dalam UMNO Baru.

Secara luaran, kuasa politik Malaysia berada di tangan Melayu-Bumiputera. Namun hakikatnya, orang-orang politik Melayu hanyalah patung-patung dan boneka kepada tokey-tokey Cina sama ada yang berada dalam barisan Kerajaan apatah lagi yang berada di barisan pembangkang.

Sepanjang minggu ini sahaja, sudah beberapa kali kita disajikan dengan kenyataan Lim Kit Siang menyeru pemimpin-pemimpin UMNO dan Melayu-Bumiputera meletak jawatan. Terbaru ialah apabila Lim Kit Siang mendesak Fuad Zarkashi pula meletak jawatan atau dipecat. (RUJUK SINI)

Biar apa pun alasan Lim Kit Siang, terutama sekali yang berkaitan dengan RASIS dan Islamisasi, hakikatnya yang tidak dapat ditolak ialah, dakwaan Lim Kit Siang bahawa bukan Melayu dan bukan Islam terancam di negara ini, terlalu jauh daripada kebenaran. Bahkan mereka membolot segala-galanya terutama sekali yang berlaku di Semenanjung.

Di Sabah dan Sarawak walaupun isu agama bukanlah isu besar, tetapi pembolotan dari segi aset dan kekayaan, amat jelas berpihak kepada siapa. Kepentingan yang ditunjukkan oleh DAP di Sabah dan Sarawak lebih banyak berkisar tentang kekayaan kedua-dua negeri itu dan seperti biasa, mereka dengan bijaknya mengalihkan kesalahan kepada UMNO-BN di Putrajaya sekalipun secara mata kasarnya pun, kita akan dapat melihat siapa sebenarnya yang membolot kekayaan di kedua-dua negeri itu.

Bahkan dalam satu insiden berdarah membabitkan Tuai Rumah sebuah rumah panjang, samseng-samseng yang membelasahnya pun bekerja dengan syarikat pembalakan milik bukan Bumiputera, Dan syarikat tersebut bertindak seolah-olah tiada undang-undang apabila mereka cuba merampas tanah untuk pembalakan sehingga termasuk ke kawasan Anak Negeri.

Anehnya, wakil rakyat DAP segera tampil sebagai hero dan segera menyalahkan Kerajaan Negeri pimpinan Adenan Satem, sedangkan bukan juga rahsia bagaimana syarikat-syarikat pembalakan di Sarawak memberikan sokongan dari segi kewangan dan modal kepada DAP di negeri itu.

Sentiasa meratib dan menuduh orang lain bersalah, Lim Kit Siang sendiri tidak pernah berani mahu meletak jawatan walaupun manusia seangkatan dengannya sudah lama pencen politik. Bahkan tidak lagi terlibat dengan politik walaupun ada segelintir daripada mereka yang dipegang oleh tokey-tokey pembiaya dana DAP seperti YTL masih bercakap dengan nada dan gesaan 'LETAK JAWATAN' seperti yang dilaungkan oleh Tun Dr. Mahathir sekarang ini.

Kita menjangkakan lebih banyak desakan agar para pemimpin Kerajaan letak jawatan terutama apabila nama 'YTL' dan 'FRANCIS YEOH' serta tokey-tokey besar yang membolot segala kontrak dan tender mula disebut-sebut selain tindakan lanjut yang menyaksikan penguasaan mereka selama berdekad-dekad mula dikurangkan sedikit demi sedikit.

Kesian Lim Kit Siang... dia akan mati dengan mata terbeliak dan lidah terjelir panjang jikalau berterusan dengan taktik desak orang lain letak jawatan dan dia pula menongkat langit.

MCA PULA PERANGKAP KIT SIANG, 'BUAT DULU KERAJAAN SELAMATKAN MALAYSIA DI PULAU PINANG DAN SELANGOR SEBELUM KE PERINGKAT PUSAT'

Tuesday, 31 March 2015 | 6 comments


Seminggu lepas, Supremo DAP iaitu Lim Kit Siang telah mencadangkan agar UMNO berpakat dengan DAP untuk membentuk sebuah kerajaan campuran yang baru dinamakan sebagai Barisan Selamatkan Malaysia ketika kemuncak masalah yang melanda hubungan antara DAP dan PAS ekoran DUN Kelantan meluluskan enakmen syariah (II) Kelantan.

DAP menyatakan, satu-satunya cara UMNO mahu mengekalkan kuasa adalah dengan bekerjasama dengan mereka dan Perdana Menteri boleh dipilih daripada kalangan UMNO mahupun Pakatan Rakyat. Untuk itu, dua hari lepas dia telah menamakan beberapa orang pemimpin UMNO yang dikatakannya lebih layak sebagai Perdana Menteri termasuklah Nur Jazlan Mohamad dan Nazri Abdul Aziz. Manakala dari pihak Pakatan Rakyat pula, calon-calon Perdana Menterinya adalah Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan beberapa orang yang lain.

Menariknya, Kerajaan 'Selamatkan Malaysia' itu hanya perlu diwujudkan di negeri-negeri yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Disebabkan pemimpin MCA mempersoalkan kewajaran usul Lim Kit Siang. Menurut MCA, Kit Siang seharusnya mengusulkan Kerajaan Selamatkan Malaysia itu di peringkat Negeri Pulau Pinang dan Selangor terlebih dahulu memandangkan kedua-dua negeri berkenaan berada di bawah kawalan DAP, bukannya terus mengadakannya di peringkat Pusat.

Seorang Ahli Majlis Kerja Pusat MCA, Ti  Lian Ker, dia menyokong idea 'bernas' Lim Kit Siang itu. Justeru menurutnya, DAP perlu segera mempraktikkan dan menunjukkan bukti bahawa idea Lim Kit Siang itu benar-benar boleh dipakai, bukannya sekadar muslihat politik murahan untuk menipu masyarakat Cina sekali lagi.

"Saya menyokong usul Kit Siang. Justeru untuk membuktikan keikhlasannya, dia patut mencadangkan agar Kerajaan Selamatkan Malaysia dibentuk terlebih dahulu di Pulau Pinang dan Selangor sebelum dipanjangkan pula ke peringkat Pusat. Tiga tahun lagi, rakyat dan pentadbiran sudah boleh menilai sendiri keputusan dan memutuskan apa tindakan selanjutnya," kata Ti dalam satu kenyataan media semalam.

Seminggu lepas, Lim Kit Siang memulakan cadangan untuk pembentukan kerajaan baru yang dinamakan 'Selamatkan Malaysia' (Save Malaysia) mengandungi Ahli-Ahli Parlimen dari Kerajaan dan Pembangkang dalam usaha untuk menangani tekanan PAS untuk mengimplementasikan hudud di Kelantan yang turut mendapat sokongan daripada UMNO.

Walaupun memberitahu bahawa cadangannya itu adalah bersifat peribadi, Ahli Parlimen paling lapok itu menegaskan bahawa objektif Kerajaan 'Selamatkan Malaysia' adalah untuk untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia dan mendaulatkan undang-undang.

Dua hari lepas juga, dalam usaha meraihkan sokongan daripada kumpulan pengundi tertentu, dia mencadangkan Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk menjadi Perdana Menteri dalam Kerajaan Campurannya.

Antara mereka termasuklah Nancy Shukri, Rosnah Rashid Shirlin dan Rohani Karim. Sebelum ini, dia mencadangkan agar Ahli Parlimen Barisan Nasional seperti Joseph Pairin Kitingan, Salleh Said Keruak, Hajiji Mohd Nor, Masidi Manjun untuk jawatan Ketua Menteri Sabah.

Nama Lajim Ukin telah tercicir sama sekali. 

Secara jelas, nama-nama yang dicadangkan oleh Lim Kit Siang itu sebenarnya bertujuan untuk menimbulkan syak wasangka di kalangan para pemimpin Barisan Nasional, sekaligus menyebabkan Barisan Nasional berpecah belah dan saling syak-mengesyaki antara satu sama lain sepertimana yang telah dilakukan oleh DAP terhadap PAS termasuklah dengan mendalangi pertubuhan parasit yang dikenali sebagai PASMA bertujuan untuk menjahanamkan dan melemahkan PAS.

Barangkali disebabkan itulah, Ti Lian Ker pantas memberikan cadangan agar Lim Kit Siang mengarahkan anaknya, Lim Guan Eng mempraktikkan dan mewujudkan Kerajaan 'Selamatkan Malaysia' di Selangor dan Pulau Pinang terlebih dahulu.

LIM KIT SIANG MABUK KETUM, TAPI MABUKNYA HANYA UNTUK KETUANAN DAP

Monday, 23 March 2015 | 5 comments

Malu dan mahu membalas dendam ke atas PAS, membuatkan Lim Kit Siang mengeluarkan cadangan agar UMNO-BN bergabung dengan DAP dengan syarat, UMNO mengumumkan penentangan ke atas undang-undang hudud.

Alasan Lim Kit Siang ialah, untuk 'menyelamatkan Malaysia' dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan undang-undang negara.

Anehnya, Lim Kit Siang dan DAP sendiri tidak pernah berani mahu mengisytiharkan pendirian Malaysian Malaysia secara terang-terangan yang bertujuan mahu menghapuskan beberapa Artikel dalam Perlembagaan Persekutuan terutama sekali yang membabitkan kedudukan orang Melayu-Bumiputera, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan yang paling penting kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

Terlalu banyak contoh kalau kita hendak berikan tentang bagaimana DAP secara sengaja dan dalam keadaan sedar mahu mengucar-ngacirkan negara ini serta langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan walaupun para pemimpin mereka merupakan antara penggubal undang-undang.

Contoh terbaik ialah bagaimana DAP secara berselindung dan menjadi tangan ghaib, cuba memecahbelahkan negara ini dengan mendalangi kempen memisahkan Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia menerusi bantuan serta dana yang disalurkan kepada kumpulan seperti SSKM yang dipimpin oleh ahli dan penyokong tegar DAP sendiri iaitu Doris Jones.

DAP menempatkan orang Cina tempatan sebagai kepala-kepala dalam unit SSKM manakala masyarakat Bumiputera pula dipergunakan sebagai macai dan barua untuk berdemonstrasi atau melakukan kerja-kerja subversif secara fizikal.

DAP turut mahukan status autonomi diberikan kepada Pulau Pinang dalam usaha mereka untuk memerdekakan Pulau Pinang dari Malaysia walaupun hakikatnya, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Kedah yang perlu diserahkan kembali haknya kepada DYMM Sultan Kedah.

Sekarang, Lim Kit Siang bercakap tentang kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan?

Hanya kerana PAS membentangkan undang-undang hudud dan diluluskan di DUN Kelantan selain bercadang untuk mengusulkan pembentangannya di Dewan Rakyat?

Lim Kit Siang barangkali sudah terlalu gila sehingga tidak tahu apa yang telah dilakukannya sebelum ini terutama sekali yang mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

LIM KIT SIANG TUDUH KETUA POLIS NEGARA TERLALU SIBUK MAIN TWITTER SAMPAI TAK SEDAR ANCAMAN IS

Thursday, 5 March 2015 | 5 comments

Lim Kit Siang cuba mencipta kontroversi dan meneruskan serangan DAP ke atas Ketua Polis Negara yang telah banyak menghalang kerja-kerja jahat DAP yang cuba menimbulkan masalah dalam negara atas nama politik.

DAP dari tahun 1965 sehingga ke hari ini tidak pernah jemu-jemu untuk menimbulkan permusuhan rakyat ke atas PDRM. Pembunuhan anggota-anggota polis seringkali disambut gembira tetapi apabila PDRM melaksanakan operasi membanteras penjenayah dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan, DAP akan segera mengutuskan peguam-peguam terbaik mereka untuk mempertahankan, bahkan membebaskan para penjenayah tersebut.

DAP juga adalah yang paling lantang mengutuk dan mencela PDRM apabila terdapat kes-kes tembak yang kemudian membunuh para suspek jenayah atau kematian suspek jenayah dalam tahanan. Mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mensabitkan kesalahan polis dan Teoh Beng Hock dalam kematian Teoh Beng Hock walaupun hakikatnya Teoh Beng Hock membunuh diri kerana melindungi kegiatan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin DAP sendiri terutama sekali Ean Yong Hian Wah.

Beberapa pendedahan membabitkan IS telah digunakan oleh Lim Kit Siang untuk mengutuk Ketua Polis Negara dan cuba menggambarkan Ketua Polis Negara dan PDRM tidak melaksanakan tugas mereka kerana terlalu asyik bermain dengan Twitter.

Dia cuba menggambarkan Ketua Polis Negara sama dengan dirinya yang terlalu sibuk membuat pelbagai kenyataan, sibuk di Twitter dan sibuk berceramah tanpa menghiraukan rakyat yang diwakilinya di Gelang Patah, sebaliknya menyerahkan semua urusan rakyat yang diwakilinya kepada Barisan Nasional yang menjadi Kerajaan Negeri Johor.

Usaha keras PDRM membanteras dan memburu mereka yang terlibat serta berkait dengan IS termasuklah yang terbaru, memberkas tiga orang suspek yagn mempunyai kaitan dengan IS, langsung tidak dihargai oleh Kit Siang yang takut mati.

Agak aneh, orang yang begitu kuat membela penjenayah, tiba-tiba marahkan Ketua Polis Negara kerana kewujudan dan perekrutan IS di negara ini?

Macam pencuri marah kerana kadar kes mencuri meningkat sebab bila makin ramai mencuri, dia dah tak boleh nak mencuri atau hasil curiannya tidak lagi mewah.

APA HUBUNGAN ISTIMEWA KIT SIANG DENGAN HAKIM MAHKAMAH AGUNG SAMPAI DIA KOMPLEN HAKIM TERSEBUT TIDAK NAIK PANGKAT?

Wednesday, 25 February 2015 | 2 comments

Mungkin sebahagian daripada anda tidak perasan atau mungkin juga sebaliknya, setiap kali Lim Guan Eng terkantoi, terdesak atau tidak boleh menjawab kerana isu-isu besar melibatkan pembohongannya sendiri, Lim Kit Siang pasti akan muncul dengan beberapa isu yang sengaja dicetuskan semata-mata untuk melindungi Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng bukan sahaja sedang berhadapan dengan kemarahan orang Melayu dan sebahagian orang Cina Pulau Pinang kerana dasar-dasar populisnya tetapi menzalimi rakyat marhein, malah hubungan renggang antara DAP dan PAS terutama yang berkaitan dengan hudud, semakin membungkamkan mulut Lim Guan Eng. Sedangkan seperti yang diketahui, Lim Guan Eng adalah seorang yang kuat bercakap tetapi kurang bekerja. Dia akan bercakap apa-apa sahaja di samping cuba memperkecil-kecilkan sesiapa sahaja yang dilihat boleh mengancam populiritinya atau membuka tembelangnya.

Bukan itu sahaja, Lim Guan Eng yang suatu ketika pernah menjadi pemimpin DAP yang paling disayangi PAS, kini terdedah sebagai dalang yang membiayai PASMA, sebuah kumpulan parasit yang kewujudan mereka bertujuan untuk menghancurkan PAS dari dalam. Lim Guan Eng adalah pembiaya PASMA yang memperolehi dana bantuan sebanyak RM500,000 bagi setiap tiga bulan untuk operasi menghancurkan PAS dengan projek utama merampas saf kepimpinan utama PAS dalam pemilihan akan datang.

Demi menyelamatkan air muka Lim Guan Eng yang semakin hari semakin bacul dan pondan sifatnya, Lim Kit Siang cuba membangkitkan isu yang dilihatnya lebih besar iaitu isu institusi kehakiman, sekaligus pada masa yang sama, semakin mengesahkan hasratnya untuk mencampuri bidang kuasa yang bukan di bawah bidangnya.

Lim Kit Siang mempersoalkan tindakan Ketua Hakim Negara, Arifin Zakaria yang tidak menaikkan pangkat Hishamuddin Mohd Yunus yang merupakan hakim Mahkamah Agung. Menurut Lim Kit Siang, tindakan Ketua Hakim Negara itu boleh dipersoalkan.

Bagaimanapun, tindakan Lim Kit Siang mempersoalkan kenaikan pangkat itu juga boleh dipersoalkan. Apa hubungan dan kaitan antara Hishamuddin Mohd Yunus dengan DAP? Apakah hubungan itu sama seperti hubungan Hakim Muhammad Ariff, salah seorang hakim Mahkamah Agung dengan PAS di mana dia sendiri adalah bekas calon PAS untuk DUN Kota Damansara pada tahun 2004 dan telah menjadi hakim untuk beberapa kes yang akhirnya dimenangi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat?

Tindakan Lim Kit Siang menyebut secara terperinci tentang Hishamuddin Mohd Yunus, merupakan satu penunjuk arah bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Apa yang diharapkan sangat oleh Lim Kit Siang yang sudah tentu bersuara bagi pihak anak lelakinya, Lim Guan Eng menerusi tindakan menaikkan pangkat Hihamuddin Mohd Yunus ke Mahkamah Persekutuan?

Apakah Lim Kit Siang turut berada dalam situasi mencaturkan hakim-hakim tertentu sepertimana dalam beberapa kes yang melibatkan hakim-hakim tertentu yang keputusan penghakiman mereka akan berpihak kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP seperti dalam kes saman fitnah Lim Guan Eng?

Tuduhan mencatur hakim sudah lama dibuat oleh DAP tetapi dalam kebanyakan kes DAP menentang Kerajaan, hakim-hakim tertentu memberikan kemenangan kepada DAP walaupun secara jelas, DAP membuat tuntutan tidak berasas. Walaupun wujud juga penglibatan peguam-peguam mewakili kerajaan yang dilihat menjadi faktor kekalahan kerana selain lemah dan kelihatan tidak bersedia, ada pula yang dengan sengaja ponteng daripada menghadiri perbicaraan seperti yang berlaku kepada FELDA dan Utusan Malaysia.

Sistem kehakiman negara ini perlu telus dan dilihat telus. Apabila pemimpin yang berkepentingan terutama sekali apabila anaknya memegang rekod sebagai penyaman fitnah terbesar di Malaysia memerlukan hakim-hakim yang berpihak kepadanya, mula bersuara dan memperkatakan tentang kepincangan sistem kehakiman, maka pastilah ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Pastilah keengganan Ketua Hakim Negara menaikkan pangkat hakim-hakim tertentu yang menjadi perhatian mereka, menimbulkan keresahan sehingga akhirnya menyebabkan mereka cuba mempolitikkan isu ini sepertimana yang dilakukan oleh Lim Kit Siang.

KIT SIANG SEDAR ATAU TIDAK, INI BUKAN NEGARA KOMUNIS?

Monday, 16 February 2015 | 17 comments


Dengan bangganya, Kit Siang memberitahu bahawa dengan menukar kerajaan, maka barulah dapat Anwar Ibrahim dibebaskan.

Secara tidak langsung, Kit Siang memperkenalkan dua perkara yang mana salah satu daripadanya, sedang dipraktikkan di Pulau Pinang, di bawah DAP pimpinan anak lelakinya, Lim Guan Eng.

Anwar sudah tidak ada cara lain untuk dibebaskan melainkan menerusi pengampunan DYMM Yang Di-Pertuan Agong, proses yang sama diamalkan oleh mana-mana negara, sekalipun negara berkenaan tidak bersultan, beraja mahupun berkhalifah.

Kecuali di Pulau Pinang, sesiapa sahaja yang rapat dan baik serta disayangi oleh Lim Guan Eng, maka mereka bebaslah membuat sekehendak hati, sekalipun merampas harta orang miskin dan cuba membunuh orang marhein dengan menamatkan punca pendapatan dan merampas tanah-tanah mereka untuk diserahkan kepada golongan kaya yang mampu membiayai kehidupan mewah dia dan isterinya.

Kit Siang mahu keadaan di negara ini jadi begitu iaitu semuanya perlu tunduk dan akur kepada keluarganya.

Oleh kerana itulah, Kit Siang tidak mengiktiraf kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang menurutnya, memberikan hak kepada orang Melayu-Bumiputera. Lim Kit Siang juga mahu campurtangan dalam semua hal kerana orang Melayu yang diamanahkan untuk menjaga negara ini tidak cukup pandai berbanding orang-orang Cina DAP.

Barangkali Apek bernama Kit Siang itu terlupa bahawa negara ini namanya MALAYSIA, mengamalkan Demokrasi Raja Berperlembagaan, bukannya sebuah Negara Sosialis atau Komunis yang kuasanya berpusat kepada Setiausaha Agung sepertimana yang diamalkan oleh DAP.

Walau ditukar kerajaan sekalipun, berdasarkan kepada sistem pentadbiran negara ini yang memisahkan kuasa Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman yang mana ketiga-tiga badan tersebut berada di bawah DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Eksekutif dan Legislatif tidak boleh mencampuri urusan Kehakiman.

Di bawah Eksekutif terdapatnya Perdana Menteri/Jemaah Menteri/Kabinet, Kementerian dan Jabatan. Manakala di bawah Legislatif atau Perundangan pula terdapat Parlimen, Dewan Negara/Dewan Rakyat dan Rakyat (Pengundi). Manakala di bawah Kehakiman pula terdapat Ketua Hakim Negara dan Mahkamah.

BN yang telah memerintah negara ini semenjak sekian lama, tidak pernah menyatakan bahawa mereka akan mencampuri urusan mahkamah secara terang-terangan sepertimana yang seringkali dilaung-laungkan oleh DAP (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) serta PKR (Anwar Ibrahim dan Wan Azizah).

Makna kata, kalau DAP dan Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran negara ini menerusi pilihanraya, mereka akan terus menukar sistem yang telah digunapakai semenjak 1957 dan menggantikannya dengan kaedah politburo yang cukup popular di negara-negara sosialis dan komunis.

Bukan satu tuduhan melulu, tetapi Lim Kit Siang sendiri yang membuat kenyataan akan membebaskan Anwar Ibrahim jikalau Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih Kerajaan Malaysia dari Barisan Nasional.

HADI AWANG DIHINA DAN DISAMAKAN SEBAGAI ANJING KURAP OLEH PARA PENYOKONG DAP

Monday, 26 January 2015 | 1 comments

Apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyatakan Pilihanraya PBT yang mahu diadakan oleh DAP, bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang negara, tetapi juga akan melebarkan lagi jurang perkauman di negara ini, Lim Kit Siang yang pernah terlibat secara langsung dengan 13 Mei 1969, segera menggunakan peluang untuk untuk memperemeh-remeh serta memperkecil-kecilkan tragedi berdarah tersebut.

Katanya, 13 Mei tidak boleh dijadikan sebagai hantu atau puaka untuk menakut-nakutkan masyarakat di Malaysia. Bahkan katanya juga, tragedi tersebut sepatutnya dilupakan dan rakyat Malaysia bersatu padu membina negara yang lebih harmoni dan lebih aman.

Itu kata Lim Kit Siang yang sehingga ke hari ini tidak pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada waris-waris mangsa keganasan berdarah pada 13 Mei 1969 sama ada mereka berbangsa Melayu, Cina, India mahupun Serani.

Para penyokong DAP juga menyifatkan hujah Hadi Awang sebagai ketinggalan zaman. Hadi Awang dilabelkan sebagai anjing tua yang berada dalam sangkar yang masih terkongkong dengan kenangan silam.

13 Mei merupakan sesuatu yang amat taboo di kalangan penyokong-penyokong DAP. Mereka telah mencuba segala-galanya untuk mengherotkan fakta tragedi tersebut. Daripada menyalahkan kepimpinan UMNO pada waktu itu, sehinggalah cuba menafikan pembabitan DAP dan Lim Kit Siang walaupun mereka tidak mampu menolak bukti bahawa yang terlibat mencetuskan pertumpahan darah dan persengketaan kaum pada tahun 1969 itu adalah DAP dengan kerjasama beberapa pihak lain termasuklah Parti Komunis Malaya dan Parti Buruh serta Parti Rakyat yang sememangnya pro Sosialis dan komunis.

Kita dapat melihat bagaimana DAP dan pecacai-pecacai mereka memperkecil-kecilkan tragedi 13 Mei 1969 dan menyifatkan sesiapa sahaja yang mengungkit tentang tragedi berdarah itu sebagai orang kuno, jumud dan tidak mengikuti perkembangan semasa.

Bagaimanapun, mereka sendiri tidak dapat menafikan tentang layanan buruk yang diberikan oleh DAP kepada orang selain Cina dalam parti itu sendiri. Berapa kerat yang dibenarkan menjawat jawatan-jawatan penting dalam DAP berbanding Cina? Berapa kali dalam DAP, bahasa kebangsaan menjadi bahasa utama berbanding bahasa Cina? Berapa kali dalam ceramah par pemimpin DAP berbangsa Cina kepada kelompok Cina setempat, mereka akan bertutur dalam Bahasa Kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh para pemimpin politik Cina di Indonesia, Thailand, Filipina, mahupun di Australia, Amerika Syarikat dan negara-negara lain?

Siapakah yang paling banyak mempersoalkan tentang Perlembagaan Persekutuan yang melindungi Bahasa Melayu, kedudukan orang-orang Melayu-Bumiputera, raja-raja Melayu dan agama Islam?

Justeru, mengapa pula mereka cuba nak menafikan bahawa Pilihanraya Perbandaran yang sudah tentu bersalahan dengan undang-undang tertinggi negara, akan mendatangkan keburukan lebih besar, terutama menerusi penguasaan bukan Melayu terutamanya Cina yang tidak akan membuka peluang sama sekali kepada orang lain seperti yang mereka lakukan di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur?

Maka tidak hairanlah mengapa beria-ia sangat mereka menghentam Hadi Awang dan Lim Kit Siang pula menyatakan, dia terkejut apabila pemimpin Melayu Islam seperti Hadi Awang ENGGAN TUNDUK SUJUD DAN AKUR kepada kehendak DAP!
Showing posts with label lim kit siang. Show all posts
Showing posts with label lim kit siang. Show all posts

Akhirnya LIM KIT SIANG Mati Dengan Mata Terbeliak dan Lidah Terjelir Selepas Meratib Letak Jawatan

Sunday, 13 December 2015 · 2 comments


Dari tahun 1963 ketika dia masih menjadi Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang tidak berhenti-henti meratipkan 'Letak Jawatan'. Hampir setiap hari sehinggalah tercetus peristiwa berdarah 13 Mei 1969, selama beberapa hari, dia mendiamkan diri, berlari ke sana ke mari sambil cuba menafikan dia terlibat mencetuskan peristiwa berdarah itu dan akhirnya ditangkap di Kota Kinabalu sebelum diheret balik ke Semenanjung.

Dia tidak pernah dikenakan sebarang hukuman atau pendakwaan atas Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 walaupun dia merupakan orang yang paling lantang mempersoalkan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia terutama sekali yang berkaitan dengan Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam.

Ketika dia mengetuai Projek Tanjung 1, 2 dan 3 dalam misi menawan Pulau Pinang, Lim Kit Siang juga tidak henti-henti meratibkan agar Presiden MCA ketika itu, Lim Chong Eu meletakkan jawatan kerana gagal memperjuangkan kepentingan kaum Cina walaupun pada zaman itu, orang Cina merupakan hierarki teratas termasuklah menjadi tuan-tuan kepada orang-orang politik. Lim Kit Siang ratibkan Tun Dr. Mahathir letak jawatan dan dia yang paling kuat bertepuk tangan apabila UMNO hancur pada tahun 1988 dalam usaha fraksi-fraksi UMNO mahu berkuasa. Dia yang paling seronok apabila UMNO Baru enggan bersama-sama Semangat 46. Malah dia yang paling kuat menari apabila Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein Onn enggan bersama-sama Mahathir dalam UMNO Baru.

Secara luaran, kuasa politik Malaysia berada di tangan Melayu-Bumiputera. Namun hakikatnya, orang-orang politik Melayu hanyalah patung-patung dan boneka kepada tokey-tokey Cina sama ada yang berada dalam barisan Kerajaan apatah lagi yang berada di barisan pembangkang.

Sepanjang minggu ini sahaja, sudah beberapa kali kita disajikan dengan kenyataan Lim Kit Siang menyeru pemimpin-pemimpin UMNO dan Melayu-Bumiputera meletak jawatan. Terbaru ialah apabila Lim Kit Siang mendesak Fuad Zarkashi pula meletak jawatan atau dipecat. (RUJUK SINI)

Biar apa pun alasan Lim Kit Siang, terutama sekali yang berkaitan dengan RASIS dan Islamisasi, hakikatnya yang tidak dapat ditolak ialah, dakwaan Lim Kit Siang bahawa bukan Melayu dan bukan Islam terancam di negara ini, terlalu jauh daripada kebenaran. Bahkan mereka membolot segala-galanya terutama sekali yang berlaku di Semenanjung.

Di Sabah dan Sarawak walaupun isu agama bukanlah isu besar, tetapi pembolotan dari segi aset dan kekayaan, amat jelas berpihak kepada siapa. Kepentingan yang ditunjukkan oleh DAP di Sabah dan Sarawak lebih banyak berkisar tentang kekayaan kedua-dua negeri itu dan seperti biasa, mereka dengan bijaknya mengalihkan kesalahan kepada UMNO-BN di Putrajaya sekalipun secara mata kasarnya pun, kita akan dapat melihat siapa sebenarnya yang membolot kekayaan di kedua-dua negeri itu.

Bahkan dalam satu insiden berdarah membabitkan Tuai Rumah sebuah rumah panjang, samseng-samseng yang membelasahnya pun bekerja dengan syarikat pembalakan milik bukan Bumiputera, Dan syarikat tersebut bertindak seolah-olah tiada undang-undang apabila mereka cuba merampas tanah untuk pembalakan sehingga termasuk ke kawasan Anak Negeri.

Anehnya, wakil rakyat DAP segera tampil sebagai hero dan segera menyalahkan Kerajaan Negeri pimpinan Adenan Satem, sedangkan bukan juga rahsia bagaimana syarikat-syarikat pembalakan di Sarawak memberikan sokongan dari segi kewangan dan modal kepada DAP di negeri itu.

Sentiasa meratib dan menuduh orang lain bersalah, Lim Kit Siang sendiri tidak pernah berani mahu meletak jawatan walaupun manusia seangkatan dengannya sudah lama pencen politik. Bahkan tidak lagi terlibat dengan politik walaupun ada segelintir daripada mereka yang dipegang oleh tokey-tokey pembiaya dana DAP seperti YTL masih bercakap dengan nada dan gesaan 'LETAK JAWATAN' seperti yang dilaungkan oleh Tun Dr. Mahathir sekarang ini.

Kita menjangkakan lebih banyak desakan agar para pemimpin Kerajaan letak jawatan terutama apabila nama 'YTL' dan 'FRANCIS YEOH' serta tokey-tokey besar yang membolot segala kontrak dan tender mula disebut-sebut selain tindakan lanjut yang menyaksikan penguasaan mereka selama berdekad-dekad mula dikurangkan sedikit demi sedikit.

Kesian Lim Kit Siang... dia akan mati dengan mata terbeliak dan lidah terjelir panjang jikalau berterusan dengan taktik desak orang lain letak jawatan dan dia pula menongkat langit.

MCA PULA PERANGKAP KIT SIANG, 'BUAT DULU KERAJAAN SELAMATKAN MALAYSIA DI PULAU PINANG DAN SELANGOR SEBELUM KE PERINGKAT PUSAT'

Tuesday, 31 March 2015 · 6 comments


Seminggu lepas, Supremo DAP iaitu Lim Kit Siang telah mencadangkan agar UMNO berpakat dengan DAP untuk membentuk sebuah kerajaan campuran yang baru dinamakan sebagai Barisan Selamatkan Malaysia ketika kemuncak masalah yang melanda hubungan antara DAP dan PAS ekoran DUN Kelantan meluluskan enakmen syariah (II) Kelantan.

DAP menyatakan, satu-satunya cara UMNO mahu mengekalkan kuasa adalah dengan bekerjasama dengan mereka dan Perdana Menteri boleh dipilih daripada kalangan UMNO mahupun Pakatan Rakyat. Untuk itu, dua hari lepas dia telah menamakan beberapa orang pemimpin UMNO yang dikatakannya lebih layak sebagai Perdana Menteri termasuklah Nur Jazlan Mohamad dan Nazri Abdul Aziz. Manakala dari pihak Pakatan Rakyat pula, calon-calon Perdana Menterinya adalah Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan beberapa orang yang lain.

Menariknya, Kerajaan 'Selamatkan Malaysia' itu hanya perlu diwujudkan di negeri-negeri yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Disebabkan pemimpin MCA mempersoalkan kewajaran usul Lim Kit Siang. Menurut MCA, Kit Siang seharusnya mengusulkan Kerajaan Selamatkan Malaysia itu di peringkat Negeri Pulau Pinang dan Selangor terlebih dahulu memandangkan kedua-dua negeri berkenaan berada di bawah kawalan DAP, bukannya terus mengadakannya di peringkat Pusat.

Seorang Ahli Majlis Kerja Pusat MCA, Ti  Lian Ker, dia menyokong idea 'bernas' Lim Kit Siang itu. Justeru menurutnya, DAP perlu segera mempraktikkan dan menunjukkan bukti bahawa idea Lim Kit Siang itu benar-benar boleh dipakai, bukannya sekadar muslihat politik murahan untuk menipu masyarakat Cina sekali lagi.

"Saya menyokong usul Kit Siang. Justeru untuk membuktikan keikhlasannya, dia patut mencadangkan agar Kerajaan Selamatkan Malaysia dibentuk terlebih dahulu di Pulau Pinang dan Selangor sebelum dipanjangkan pula ke peringkat Pusat. Tiga tahun lagi, rakyat dan pentadbiran sudah boleh menilai sendiri keputusan dan memutuskan apa tindakan selanjutnya," kata Ti dalam satu kenyataan media semalam.

Seminggu lepas, Lim Kit Siang memulakan cadangan untuk pembentukan kerajaan baru yang dinamakan 'Selamatkan Malaysia' (Save Malaysia) mengandungi Ahli-Ahli Parlimen dari Kerajaan dan Pembangkang dalam usaha untuk menangani tekanan PAS untuk mengimplementasikan hudud di Kelantan yang turut mendapat sokongan daripada UMNO.

Walaupun memberitahu bahawa cadangannya itu adalah bersifat peribadi, Ahli Parlimen paling lapok itu menegaskan bahawa objektif Kerajaan 'Selamatkan Malaysia' adalah untuk untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia dan mendaulatkan undang-undang.

Dua hari lepas juga, dalam usaha meraihkan sokongan daripada kumpulan pengundi tertentu, dia mencadangkan Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk menjadi Perdana Menteri dalam Kerajaan Campurannya.

Antara mereka termasuklah Nancy Shukri, Rosnah Rashid Shirlin dan Rohani Karim. Sebelum ini, dia mencadangkan agar Ahli Parlimen Barisan Nasional seperti Joseph Pairin Kitingan, Salleh Said Keruak, Hajiji Mohd Nor, Masidi Manjun untuk jawatan Ketua Menteri Sabah.

Nama Lajim Ukin telah tercicir sama sekali. 

Secara jelas, nama-nama yang dicadangkan oleh Lim Kit Siang itu sebenarnya bertujuan untuk menimbulkan syak wasangka di kalangan para pemimpin Barisan Nasional, sekaligus menyebabkan Barisan Nasional berpecah belah dan saling syak-mengesyaki antara satu sama lain sepertimana yang telah dilakukan oleh DAP terhadap PAS termasuklah dengan mendalangi pertubuhan parasit yang dikenali sebagai PASMA bertujuan untuk menjahanamkan dan melemahkan PAS.

Barangkali disebabkan itulah, Ti Lian Ker pantas memberikan cadangan agar Lim Kit Siang mengarahkan anaknya, Lim Guan Eng mempraktikkan dan mewujudkan Kerajaan 'Selamatkan Malaysia' di Selangor dan Pulau Pinang terlebih dahulu.

LIM KIT SIANG MABUK KETUM, TAPI MABUKNYA HANYA UNTUK KETUANAN DAP

Monday, 23 March 2015 · 5 comments

Malu dan mahu membalas dendam ke atas PAS, membuatkan Lim Kit Siang mengeluarkan cadangan agar UMNO-BN bergabung dengan DAP dengan syarat, UMNO mengumumkan penentangan ke atas undang-undang hudud.

Alasan Lim Kit Siang ialah, untuk 'menyelamatkan Malaysia' dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan undang-undang negara.

Anehnya, Lim Kit Siang dan DAP sendiri tidak pernah berani mahu mengisytiharkan pendirian Malaysian Malaysia secara terang-terangan yang bertujuan mahu menghapuskan beberapa Artikel dalam Perlembagaan Persekutuan terutama sekali yang membabitkan kedudukan orang Melayu-Bumiputera, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan yang paling penting kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

Terlalu banyak contoh kalau kita hendak berikan tentang bagaimana DAP secara sengaja dan dalam keadaan sedar mahu mengucar-ngacirkan negara ini serta langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan walaupun para pemimpin mereka merupakan antara penggubal undang-undang.

Contoh terbaik ialah bagaimana DAP secara berselindung dan menjadi tangan ghaib, cuba memecahbelahkan negara ini dengan mendalangi kempen memisahkan Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia menerusi bantuan serta dana yang disalurkan kepada kumpulan seperti SSKM yang dipimpin oleh ahli dan penyokong tegar DAP sendiri iaitu Doris Jones.

DAP menempatkan orang Cina tempatan sebagai kepala-kepala dalam unit SSKM manakala masyarakat Bumiputera pula dipergunakan sebagai macai dan barua untuk berdemonstrasi atau melakukan kerja-kerja subversif secara fizikal.

DAP turut mahukan status autonomi diberikan kepada Pulau Pinang dalam usaha mereka untuk memerdekakan Pulau Pinang dari Malaysia walaupun hakikatnya, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Kedah yang perlu diserahkan kembali haknya kepada DYMM Sultan Kedah.

Sekarang, Lim Kit Siang bercakap tentang kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan?

Hanya kerana PAS membentangkan undang-undang hudud dan diluluskan di DUN Kelantan selain bercadang untuk mengusulkan pembentangannya di Dewan Rakyat?

Lim Kit Siang barangkali sudah terlalu gila sehingga tidak tahu apa yang telah dilakukannya sebelum ini terutama sekali yang mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

LIM KIT SIANG TUDUH KETUA POLIS NEGARA TERLALU SIBUK MAIN TWITTER SAMPAI TAK SEDAR ANCAMAN IS

Thursday, 5 March 2015 · 5 comments

Lim Kit Siang cuba mencipta kontroversi dan meneruskan serangan DAP ke atas Ketua Polis Negara yang telah banyak menghalang kerja-kerja jahat DAP yang cuba menimbulkan masalah dalam negara atas nama politik.

DAP dari tahun 1965 sehingga ke hari ini tidak pernah jemu-jemu untuk menimbulkan permusuhan rakyat ke atas PDRM. Pembunuhan anggota-anggota polis seringkali disambut gembira tetapi apabila PDRM melaksanakan operasi membanteras penjenayah dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan, DAP akan segera mengutuskan peguam-peguam terbaik mereka untuk mempertahankan, bahkan membebaskan para penjenayah tersebut.

DAP juga adalah yang paling lantang mengutuk dan mencela PDRM apabila terdapat kes-kes tembak yang kemudian membunuh para suspek jenayah atau kematian suspek jenayah dalam tahanan. Mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mensabitkan kesalahan polis dan Teoh Beng Hock dalam kematian Teoh Beng Hock walaupun hakikatnya Teoh Beng Hock membunuh diri kerana melindungi kegiatan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin DAP sendiri terutama sekali Ean Yong Hian Wah.

Beberapa pendedahan membabitkan IS telah digunakan oleh Lim Kit Siang untuk mengutuk Ketua Polis Negara dan cuba menggambarkan Ketua Polis Negara dan PDRM tidak melaksanakan tugas mereka kerana terlalu asyik bermain dengan Twitter.

Dia cuba menggambarkan Ketua Polis Negara sama dengan dirinya yang terlalu sibuk membuat pelbagai kenyataan, sibuk di Twitter dan sibuk berceramah tanpa menghiraukan rakyat yang diwakilinya di Gelang Patah, sebaliknya menyerahkan semua urusan rakyat yang diwakilinya kepada Barisan Nasional yang menjadi Kerajaan Negeri Johor.

Usaha keras PDRM membanteras dan memburu mereka yang terlibat serta berkait dengan IS termasuklah yang terbaru, memberkas tiga orang suspek yagn mempunyai kaitan dengan IS, langsung tidak dihargai oleh Kit Siang yang takut mati.

Agak aneh, orang yang begitu kuat membela penjenayah, tiba-tiba marahkan Ketua Polis Negara kerana kewujudan dan perekrutan IS di negara ini?

Macam pencuri marah kerana kadar kes mencuri meningkat sebab bila makin ramai mencuri, dia dah tak boleh nak mencuri atau hasil curiannya tidak lagi mewah.

APA HUBUNGAN ISTIMEWA KIT SIANG DENGAN HAKIM MAHKAMAH AGUNG SAMPAI DIA KOMPLEN HAKIM TERSEBUT TIDAK NAIK PANGKAT?

Wednesday, 25 February 2015 · 2 comments

Mungkin sebahagian daripada anda tidak perasan atau mungkin juga sebaliknya, setiap kali Lim Guan Eng terkantoi, terdesak atau tidak boleh menjawab kerana isu-isu besar melibatkan pembohongannya sendiri, Lim Kit Siang pasti akan muncul dengan beberapa isu yang sengaja dicetuskan semata-mata untuk melindungi Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng bukan sahaja sedang berhadapan dengan kemarahan orang Melayu dan sebahagian orang Cina Pulau Pinang kerana dasar-dasar populisnya tetapi menzalimi rakyat marhein, malah hubungan renggang antara DAP dan PAS terutama yang berkaitan dengan hudud, semakin membungkamkan mulut Lim Guan Eng. Sedangkan seperti yang diketahui, Lim Guan Eng adalah seorang yang kuat bercakap tetapi kurang bekerja. Dia akan bercakap apa-apa sahaja di samping cuba memperkecil-kecilkan sesiapa sahaja yang dilihat boleh mengancam populiritinya atau membuka tembelangnya.

Bukan itu sahaja, Lim Guan Eng yang suatu ketika pernah menjadi pemimpin DAP yang paling disayangi PAS, kini terdedah sebagai dalang yang membiayai PASMA, sebuah kumpulan parasit yang kewujudan mereka bertujuan untuk menghancurkan PAS dari dalam. Lim Guan Eng adalah pembiaya PASMA yang memperolehi dana bantuan sebanyak RM500,000 bagi setiap tiga bulan untuk operasi menghancurkan PAS dengan projek utama merampas saf kepimpinan utama PAS dalam pemilihan akan datang.

Demi menyelamatkan air muka Lim Guan Eng yang semakin hari semakin bacul dan pondan sifatnya, Lim Kit Siang cuba membangkitkan isu yang dilihatnya lebih besar iaitu isu institusi kehakiman, sekaligus pada masa yang sama, semakin mengesahkan hasratnya untuk mencampuri bidang kuasa yang bukan di bawah bidangnya.

Lim Kit Siang mempersoalkan tindakan Ketua Hakim Negara, Arifin Zakaria yang tidak menaikkan pangkat Hishamuddin Mohd Yunus yang merupakan hakim Mahkamah Agung. Menurut Lim Kit Siang, tindakan Ketua Hakim Negara itu boleh dipersoalkan.

Bagaimanapun, tindakan Lim Kit Siang mempersoalkan kenaikan pangkat itu juga boleh dipersoalkan. Apa hubungan dan kaitan antara Hishamuddin Mohd Yunus dengan DAP? Apakah hubungan itu sama seperti hubungan Hakim Muhammad Ariff, salah seorang hakim Mahkamah Agung dengan PAS di mana dia sendiri adalah bekas calon PAS untuk DUN Kota Damansara pada tahun 2004 dan telah menjadi hakim untuk beberapa kes yang akhirnya dimenangi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat?

Tindakan Lim Kit Siang menyebut secara terperinci tentang Hishamuddin Mohd Yunus, merupakan satu penunjuk arah bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Apa yang diharapkan sangat oleh Lim Kit Siang yang sudah tentu bersuara bagi pihak anak lelakinya, Lim Guan Eng menerusi tindakan menaikkan pangkat Hihamuddin Mohd Yunus ke Mahkamah Persekutuan?

Apakah Lim Kit Siang turut berada dalam situasi mencaturkan hakim-hakim tertentu sepertimana dalam beberapa kes yang melibatkan hakim-hakim tertentu yang keputusan penghakiman mereka akan berpihak kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP seperti dalam kes saman fitnah Lim Guan Eng?

Tuduhan mencatur hakim sudah lama dibuat oleh DAP tetapi dalam kebanyakan kes DAP menentang Kerajaan, hakim-hakim tertentu memberikan kemenangan kepada DAP walaupun secara jelas, DAP membuat tuntutan tidak berasas. Walaupun wujud juga penglibatan peguam-peguam mewakili kerajaan yang dilihat menjadi faktor kekalahan kerana selain lemah dan kelihatan tidak bersedia, ada pula yang dengan sengaja ponteng daripada menghadiri perbicaraan seperti yang berlaku kepada FELDA dan Utusan Malaysia.

Sistem kehakiman negara ini perlu telus dan dilihat telus. Apabila pemimpin yang berkepentingan terutama sekali apabila anaknya memegang rekod sebagai penyaman fitnah terbesar di Malaysia memerlukan hakim-hakim yang berpihak kepadanya, mula bersuara dan memperkatakan tentang kepincangan sistem kehakiman, maka pastilah ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Pastilah keengganan Ketua Hakim Negara menaikkan pangkat hakim-hakim tertentu yang menjadi perhatian mereka, menimbulkan keresahan sehingga akhirnya menyebabkan mereka cuba mempolitikkan isu ini sepertimana yang dilakukan oleh Lim Kit Siang.

KIT SIANG SEDAR ATAU TIDAK, INI BUKAN NEGARA KOMUNIS?

Monday, 16 February 2015 · 17 comments


Dengan bangganya, Kit Siang memberitahu bahawa dengan menukar kerajaan, maka barulah dapat Anwar Ibrahim dibebaskan.

Secara tidak langsung, Kit Siang memperkenalkan dua perkara yang mana salah satu daripadanya, sedang dipraktikkan di Pulau Pinang, di bawah DAP pimpinan anak lelakinya, Lim Guan Eng.

Anwar sudah tidak ada cara lain untuk dibebaskan melainkan menerusi pengampunan DYMM Yang Di-Pertuan Agong, proses yang sama diamalkan oleh mana-mana negara, sekalipun negara berkenaan tidak bersultan, beraja mahupun berkhalifah.

Kecuali di Pulau Pinang, sesiapa sahaja yang rapat dan baik serta disayangi oleh Lim Guan Eng, maka mereka bebaslah membuat sekehendak hati, sekalipun merampas harta orang miskin dan cuba membunuh orang marhein dengan menamatkan punca pendapatan dan merampas tanah-tanah mereka untuk diserahkan kepada golongan kaya yang mampu membiayai kehidupan mewah dia dan isterinya.

Kit Siang mahu keadaan di negara ini jadi begitu iaitu semuanya perlu tunduk dan akur kepada keluarganya.

Oleh kerana itulah, Kit Siang tidak mengiktiraf kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang menurutnya, memberikan hak kepada orang Melayu-Bumiputera. Lim Kit Siang juga mahu campurtangan dalam semua hal kerana orang Melayu yang diamanahkan untuk menjaga negara ini tidak cukup pandai berbanding orang-orang Cina DAP.

Barangkali Apek bernama Kit Siang itu terlupa bahawa negara ini namanya MALAYSIA, mengamalkan Demokrasi Raja Berperlembagaan, bukannya sebuah Negara Sosialis atau Komunis yang kuasanya berpusat kepada Setiausaha Agung sepertimana yang diamalkan oleh DAP.

Walau ditukar kerajaan sekalipun, berdasarkan kepada sistem pentadbiran negara ini yang memisahkan kuasa Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman yang mana ketiga-tiga badan tersebut berada di bawah DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Eksekutif dan Legislatif tidak boleh mencampuri urusan Kehakiman.

Di bawah Eksekutif terdapatnya Perdana Menteri/Jemaah Menteri/Kabinet, Kementerian dan Jabatan. Manakala di bawah Legislatif atau Perundangan pula terdapat Parlimen, Dewan Negara/Dewan Rakyat dan Rakyat (Pengundi). Manakala di bawah Kehakiman pula terdapat Ketua Hakim Negara dan Mahkamah.

BN yang telah memerintah negara ini semenjak sekian lama, tidak pernah menyatakan bahawa mereka akan mencampuri urusan mahkamah secara terang-terangan sepertimana yang seringkali dilaung-laungkan oleh DAP (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) serta PKR (Anwar Ibrahim dan Wan Azizah).

Makna kata, kalau DAP dan Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran negara ini menerusi pilihanraya, mereka akan terus menukar sistem yang telah digunapakai semenjak 1957 dan menggantikannya dengan kaedah politburo yang cukup popular di negara-negara sosialis dan komunis.

Bukan satu tuduhan melulu, tetapi Lim Kit Siang sendiri yang membuat kenyataan akan membebaskan Anwar Ibrahim jikalau Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih Kerajaan Malaysia dari Barisan Nasional.

HADI AWANG DIHINA DAN DISAMAKAN SEBAGAI ANJING KURAP OLEH PARA PENYOKONG DAP

Monday, 26 January 2015 · 1 comments

Apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyatakan Pilihanraya PBT yang mahu diadakan oleh DAP, bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang negara, tetapi juga akan melebarkan lagi jurang perkauman di negara ini, Lim Kit Siang yang pernah terlibat secara langsung dengan 13 Mei 1969, segera menggunakan peluang untuk untuk memperemeh-remeh serta memperkecil-kecilkan tragedi berdarah tersebut.

Katanya, 13 Mei tidak boleh dijadikan sebagai hantu atau puaka untuk menakut-nakutkan masyarakat di Malaysia. Bahkan katanya juga, tragedi tersebut sepatutnya dilupakan dan rakyat Malaysia bersatu padu membina negara yang lebih harmoni dan lebih aman.

Itu kata Lim Kit Siang yang sehingga ke hari ini tidak pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada waris-waris mangsa keganasan berdarah pada 13 Mei 1969 sama ada mereka berbangsa Melayu, Cina, India mahupun Serani.

Para penyokong DAP juga menyifatkan hujah Hadi Awang sebagai ketinggalan zaman. Hadi Awang dilabelkan sebagai anjing tua yang berada dalam sangkar yang masih terkongkong dengan kenangan silam.

13 Mei merupakan sesuatu yang amat taboo di kalangan penyokong-penyokong DAP. Mereka telah mencuba segala-galanya untuk mengherotkan fakta tragedi tersebut. Daripada menyalahkan kepimpinan UMNO pada waktu itu, sehinggalah cuba menafikan pembabitan DAP dan Lim Kit Siang walaupun mereka tidak mampu menolak bukti bahawa yang terlibat mencetuskan pertumpahan darah dan persengketaan kaum pada tahun 1969 itu adalah DAP dengan kerjasama beberapa pihak lain termasuklah Parti Komunis Malaya dan Parti Buruh serta Parti Rakyat yang sememangnya pro Sosialis dan komunis.

Kita dapat melihat bagaimana DAP dan pecacai-pecacai mereka memperkecil-kecilkan tragedi 13 Mei 1969 dan menyifatkan sesiapa sahaja yang mengungkit tentang tragedi berdarah itu sebagai orang kuno, jumud dan tidak mengikuti perkembangan semasa.

Bagaimanapun, mereka sendiri tidak dapat menafikan tentang layanan buruk yang diberikan oleh DAP kepada orang selain Cina dalam parti itu sendiri. Berapa kerat yang dibenarkan menjawat jawatan-jawatan penting dalam DAP berbanding Cina? Berapa kali dalam DAP, bahasa kebangsaan menjadi bahasa utama berbanding bahasa Cina? Berapa kali dalam ceramah par pemimpin DAP berbangsa Cina kepada kelompok Cina setempat, mereka akan bertutur dalam Bahasa Kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh para pemimpin politik Cina di Indonesia, Thailand, Filipina, mahupun di Australia, Amerika Syarikat dan negara-negara lain?

Siapakah yang paling banyak mempersoalkan tentang Perlembagaan Persekutuan yang melindungi Bahasa Melayu, kedudukan orang-orang Melayu-Bumiputera, raja-raja Melayu dan agama Islam?

Justeru, mengapa pula mereka cuba nak menafikan bahawa Pilihanraya Perbandaran yang sudah tentu bersalahan dengan undang-undang tertinggi negara, akan mendatangkan keburukan lebih besar, terutama menerusi penguasaan bukan Melayu terutamanya Cina yang tidak akan membuka peluang sama sekali kepada orang lain seperti yang mereka lakukan di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur?

Maka tidak hairanlah mengapa beria-ia sangat mereka menghentam Hadi Awang dan Lim Kit Siang pula menyatakan, dia terkejut apabila pemimpin Melayu Islam seperti Hadi Awang ENGGAN TUNDUK SUJUD DAN AKUR kepada kehendak DAP!

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks