Beranikah Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor Mencontohi Menteri Besar Terengganu Turunkan Harga Rumah?

Sunday, 13 July 2014 | 1 comments


Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri untuk menurunkan harga rumah mampu milik di negeri itu dari RM73,000 kepada hanya RM68,000.

Dia berucap ketika majlis berbuka puasa dan penyerahan surat perlantikan Jawatankuasa Kemajuan Kampung di Daerah Dungun, malam tadi.

"Dengan ini, bayaran bulanan untuk setiap rumah telah dikurangkan kepada RM189 berbanding RM323 dengan harapan, ia akan dapat mengurangkan bebanan kewangan pembeli rumah. Selain itu, yuran perkhidmatan sebanyak 5.5% yang dikuatkuasakan sebelum ini, turut dimansuhkan."

Terengganu banyak memberikan tumpuan kepada pembangunan negeri dan menyediakan rumah-rumah mampu milik kepada rakyatnya pada zaman Ahmad Said yang sekarang ini diteruskan oleh Ahmad Razif. Di bawah pentadbiran Ahmad Said, pembangunan untuk rumah-rumah mampu milik diberikan keutamaan dan pada masa yang sama, pembangunan sahsiah dan rohani tidak dikecualikan.

Pentadbiran Ahmad Said penggal lepas telah berjaya membawa masuk pelaburan asing ke Terengganu sebanyak RM16 bilion, jauh mengatasi pelaburan ke Pulau Pinang dan Selangor yang kerap didabikdadakan oleh para penyokong Pakatan Rakyat bahawa pentabdiran Pakatan Rakyat lebih baik berbanding UMNO-BN. 
Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

Beranikah Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor Mencontohi Menteri Besar Terengganu Turunkan Harga Rumah?

Sunday, 13 July 2014 · 1 comments


Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri untuk menurunkan harga rumah mampu milik di negeri itu dari RM73,000 kepada hanya RM68,000.

Dia berucap ketika majlis berbuka puasa dan penyerahan surat perlantikan Jawatankuasa Kemajuan Kampung di Daerah Dungun, malam tadi.

"Dengan ini, bayaran bulanan untuk setiap rumah telah dikurangkan kepada RM189 berbanding RM323 dengan harapan, ia akan dapat mengurangkan bebanan kewangan pembeli rumah. Selain itu, yuran perkhidmatan sebanyak 5.5% yang dikuatkuasakan sebelum ini, turut dimansuhkan."

Terengganu banyak memberikan tumpuan kepada pembangunan negeri dan menyediakan rumah-rumah mampu milik kepada rakyatnya pada zaman Ahmad Said yang sekarang ini diteruskan oleh Ahmad Razif. Di bawah pentadbiran Ahmad Said, pembangunan untuk rumah-rumah mampu milik diberikan keutamaan dan pada masa yang sama, pembangunan sahsiah dan rohani tidak dikecualikan.

Pentadbiran Ahmad Said penggal lepas telah berjaya membawa masuk pelaburan asing ke Terengganu sebanyak RM16 bilion, jauh mengatasi pelaburan ke Pulau Pinang dan Selangor yang kerap didabikdadakan oleh para penyokong Pakatan Rakyat bahawa pentabdiran Pakatan Rakyat lebih baik berbanding UMNO-BN. 

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks