KETUA POLIS NEGARA Keluarkan Amaran Kepada Anggota PPS... Serah Diri Atau Rumah Mereka Bakal Diserbu

Sunday 31 August 2014 | 24 comments

Ramai yang menyambut baik langkah berani yang ditunjukkan oleh Ketua Polis Negara dalam isu PPS setelah Lim Guan Eng mengisytiharkan PERANG HABIS-HABISAN terhadap PDRM dua malam sudah. Tanpa banyak retorik walaupun bakal berhadapan dengan KERENAH LUAR BIASA PEJABAT PEGUAM NEGARA, hari ini, PDRM mengambil tindakan drastik apabila menahan anggota-anggota PPS yang berbaris di hadapan Lim Guan Eng sempena perarakan hari kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang.

Malam tadi, Lim Guan Eng yang telah sedia maklum dengan tindakan yang bakal diambil oleh PDRM, menghasut anggota-anggota PPS agar tidak takut dan tunduk kepada undang-undang. Sebaliknya Lim Guan Eng berjanji, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, dia akan menggunakan peruntukan serta wang rakyat Pulau Pinang untuk membela setiap orang anggota PPS yang ditahan oleh polis.

Ketua Polis Negara telah mengeluarkan arahan terbaru kepada anggota-anggota PPS yang masih lagi bebas, SERAH DIRI atau RUMAH MEREKA AKAN DISERBU.


Kenyataan terbaru KPN itu akan menyemarakkan lagi kemarahan DAP dan Lim Guan Eng. Sekaligus akan membuatkan Lim Guan Eng dan DAP melakukan provokasi serta mencipta pelbagai alasan untuk menentang dan memburuk-burukkan PDRM.

Di laman Twitter dan Facebook, para pemimpin dan penyokong-penyokong DAP sudah pun memulakan gerakan berkenaan selain mempersoalkan kuasa PDRM menahan anggota-anggota PPS yang disifatkan sebagai membantu pihak polis menjaga keamanan di Pulau Pinang.

POLIS Sahut Cabaran Guan Eng, 154 Anggota PPS Ditahan dan Ditangkap Hari Ini



Selama dua hari berturut-turut, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara agar mengambil tindakan ke atas Pasukan Peronda Sukarela yang merupakan kumpulan samseng dan separuh militia yang diwujudkan oleh DAP Pulau Pinang untuk menjaga Lim Guan Eng selain melakukan kerja-kerja DAP.

Hari ini, polis mula bertindak. 154 orang anggota PPS yang menyertai perarakan Hari Kemerdekaan Ke-57 Pulau Pinang, telah ditahan pada jam lebih kurang 10:00 pagi tadi di hadapan DUN Pulau Pinang setelah mereka selesai berarak melepasi pentas utama.


131 lelaki Cina, 7 wanita Cina, 10 lelaki Melayu dan 6 lelaki India yang memakai seragam ungu PPS telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara telah memberi amaran, PDRM akan menangkap anggota-anggota PPS sekiranya mereka menyertai sebarang aktiviti melibatkan PPS. Amaran Ketua Polis Negara itu bagaimanapun membuatkan Lim Guan Eng berang dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berikrar akan menggunakan sepenuh kekuatan guaman serta wang Kerajaan Negeri untuk membela 10,000 orang anggota PPS. Malah Lim Guan Eng juga berikrar akan menentang polis dengan kuasa yang ada padanya.


Antara pemimpin DAP yang turut datang ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk mencabar pihak polis adalah:

(1) Phee Boon Poh
(2) RSN Rayer
(3) Wong Hon Wai
(4) Sim Tze Tzin
(5) Cheah Kah Peng
(6) Lee Khai Loon.



Semalam, Lim Guan Eng cuba menimbulkan kegemparan dengan lakonan tahap rendah menerusi peristiwa bom api di halaman rumah yang menurutnya, merupakan satu ancaman dan ugutan. Bagaimanapun, tempat jatuhan bom api (molotov cocktail) itu agak menarik perhatian kerana ia menyimpang jauh berbanding mengenai kereta mewah Lim Guan Eng.

PAS Selangor Akhirnya Akur, Demi 'Budi' Anwar Ibrahim Nobatkan Hadi Awang, Calonkan Nama Pemimpin PKR

Thursday 28 August 2014 | 17 comments

Satu mesyuarat tertutup telah diadakan oleh PAS Selangor malam tadi antara jam 8:45 malam sehingga jam 9:30 malam. Mesyuarat diadakan antara Iskandar Abdul Samad yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Khalid Samad AJK PAS Pusat telah merumuskan satu perkara penting demi memastikan kelangsungan PAS di dalam Pakatan Rakyat dan demi memastikan DAP dan PKR tidak memulau atau marahkan PAS.

Atau lebih tepat lagi jikalau dikatakan, kelangsungan untuk memastikan kaum Anwarinas dalam PAS Selangor tidak bertindak menghuru-harakan parti itu.

Dalam mesyuarat berkenaan, keputusan dicapai yang PAS Selangor tidak akan menyenaraikan mana-mana Wakil Rakyat dari PAS untuk jawatan Menteri Besar Selangor walaupun titah DYMM Sultan Selangor, ketiga-tiga parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat, wajib menyerahkan sekurang-kurangnya dua nama ADUN masing-masing kepada baginda.

PAS Selangor bagaimanapun, akan menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga nama ADUN dari PKR sebagai calon Menteri Besar Selangor. Kesemua nama tersebut akan diserahkan kepada Istana Selangor sebelum 3 September nanti.

Mesyuarat malam tadi memperlihatkan dominasi Khalid Samad ke atas Mustafa Ali dan Iskandar Samad yang gagal menyanggah hujah-hujah yang dibentangkannya bagi mewajarkan PAS tidak turut meletakkan calon parti tersebut. Khalid Samad telah mengancam untuk menghuru-harakan PAS Selangor dengan menarik seramai mungkin ahli-ahli PAS menyeberangi ke dalam PKR sekiranya PAS Selangor terus berdegil enggan mematuhi tuntutan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.

Difahamkan dalam perbincangan semalam, Khalid Samad telah menyebut nama-nama ADUN PAS yang akan berpaling tadah dengan menjadikan PAS sebagai parti paling minoriti di Selangor menerusi penguasaan tidak lebih dari 4 kerusi DUN sekiranya terus berdegil enggan patuh kepada arahan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

RSN RAYER Tak Mengaku Bersalah Untuk Semua Pertuduhan Dalam Kes 'UMNO CELAKA'

Wednesday 27 August 2014 | 3 comments


Selepas bercakap besar, selepas begitu angkuh dan selepas kononnya dia tidak takut langsung dengan undang-undang Malaysia, hari ini, RSN Rayer yang ditemani oleh Lim Guan Eng, terketar-ketar dan tergagap-gagap ketika memberitahu dia tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen.

Rayer ketika zaman persekolahannya dahulu merupakan mangsa buli dan dera kawan-kawan sekolahnya, hari ini terpaksa menumpang berani dengan kehadiran Lim Guan Eng dan anak-anak Karpal Singh. Bagaimanapun, dia kelihatan cuak dan cuba mengelak apabila melihat ramai orang Melayu berkumpul.

Barangkali dia bimbang kejadian yang menimpa Khalid Samad semalam di pekarangan Mahkamah Shah Alam akan berlaku ke atasnya pula.

Berikut adalah beritanya:


ADUN Seri Delima RSN Rayer hari ini didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan selepas mengeluarkan kenyataan 'celaka celaka UMNO' pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

Bagi pertuduhan pertama, Rayer mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zulhazmi Abdullah dan dibenarkan diikat jamin RM13,000.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.

Beliau kemudiannya dibawa ke Mahkamah Sesyen lain dan didakwa diatas pertuduhan lain dibawah akta sama ekoran mengulangi kenyataan 'celaka UMNO' ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, 22 Mei lepas.

Rayer sekali lagi mengaku tidak bersalah diatas pertuduhan tersebut dan diminta untuk dibicarakan.

Pengakuan kedua itu direkodkan dihadapan Hakim Zanariah Hussain.

Beliau juga berdepan dengan dakwaan alternatif di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuat ucapan yang mengganggu ketenteraman awam.

Rayer turut minta dibicarakan untuk dakwaan alternatif itu.

MODEL Separuh Bogel Di Ipoh Mengaku Salah Dan Didenda RM400 Setiap Seorang


Jam 12:05 tengah hari tadi, dalam perbicaraan kes dua orang model mengenakan pakaian busana pengantin yang menjolok mata di Ipoh di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret 3, Ipoh, kedua-duanya mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM400 setiap seorang.

Kedua-duanya dilaporkan telah membayar denda.

Perbicaraan hanya melibatkan kedua-dua model berkenaan, tidak penganjur, tidak jurukamera, mahupun mereka yang terlibat dalam produksi berkenaan.

Kes kedua-dua model berpakaian menjolok mata itu, menimbulkan kemarahan kepada sebahagian rakyat Malaysia kerana menganggap, kedua-duanya sengaja mencabar pihak berkuasa dan agama Islam yang menjadi Agama Rasmi Persekutuan.

AZMIN ALI 'Bocor' Rahsia Rundingan Dengan Hadi Awang Dalam Usaha Tutup Malu Nama Wan Azizah Ditolak Sultan Selangor Kali Kedua

Barangkali kerana terlalu malu dan cuba menyelamatkan air muka Wan Azizah dan Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah 'membocorkan rahsia yang pasti akan menjustifikasikan penyingkiran PAS dari Pakatan Rakyat.

Dengan 30 ADUN dalam tangan sepertimana yang didakwa oleh Anwar Ibrahim, penyingkiran PAS dari Pakatan Rakyat Selangor tidak akan memberi sebarang kesan kepada PKR-DAP di Selangor.

Azmin telah melaporkan kepada pucuk pimpinan PKR dan DAP bahawa Presiden PAS, Hadi Awang telah menawarkan kepadanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya dia bersetuju menyertai PAS bersama-sama dua orang ADUN PKR yang lain.

Para pemimpin PKR dan DAP yang telah mengetahui perkara itu memberitahu, Azmin sendiri telah memaklumkan kepada Anwar Ibrahim tentang tawaran Hadi Awang dan Azmin Ali telah diminta untuk berkongsi maklumat tersebut dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kononnya Azmin Ali telah mengesahkan yang dia menolak tawaran Hadi.

"Azmin memberitahu Anwar tentang tawaran Hadi... dia akan menjadi Menteri Besar sekiranya dia melompat ke dalam PAS bersama-sama dua orang ADUN PKR. Secara dasarnya membentuk Kerajaan Alternatif... tidak pasti sama ada ini melibatkan kerjasama dengan UMNO Selangor tetapi idea ini membolehkan Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor antara tiga sehingga enam bulan dan selepas itu, barulah Azmin Ali mengambilalih jawatan berkenaan," kata salah seorang pemimpin PKR yang enggan namanya disiarkan.

Sumber DAP turut mengesahkan berita tersebut dan berkata, perincian tentang perbincangan antara Hadi Awang dengan Azmin Ali telah pun diketahui oleh Lim Kit Siang pada minggu lepas.

Setiausaha Politik Hadi Awang bagaimanapun, menafikan berita tersebut dan mengutuk pembohongan yang dilakukan oleh PKR dan DAP dalam usaha mereka untuk menutup malu selepas nama Wan Azizah ditolak buat kali kedua oleh DYMM Sultan Selangor selain penangguhan perletakan jawatan Khalid Ibrahim yang tidak mempunyai tarikh akhir.

PDRM Bakal Ambil Tindakan Ke Atas Pasukan Peronda Sukarela Lim Guan Eng

Tuesday 26 August 2014 | 8 comments

Pendaftar Pertubuhan telah mengesahkan bahawa kumpulan samseng berbaju ungu yang diketuai oleh Phee Boon Poh dan dibiayai pula oleh Lim Guan Eng dengan menggunakan wang rakyat negeri Pulau Pinang, adalah sebuah pertubuhan haram.

Kumpulan samseng yang turut bertindak sebagai pengawal peribadi Lim Guan Eng itu juga sebelum ini telah membelasah seorang ahli perniagaan yang juga seorang pencinta alam sekitar selain penentang tegar Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Farlim pada 18 Ogos lalu. 10 orang anggota PPS telah menyerang hendap Ong Eu Soon selepas ahli perniagaan tersebut keluar dari tokong ketika menghadiri majlis makan malam.

Sebagai tindak balas kepada laporan polis yagn dibuat oleh Ong Eu Soon, Phee Boon Poh telah mengarahkan dua orang daripada 10 orang anggota PPS yang menyerang dan mencederakan Ong Eu Soon untuk membuat laporan polis, kononnya mereka diserang oleh Ong Eu Soon sehingga menyebabkan lebam pada tangan salah seorang daripada mereka.

Phee Boon Poh dalam usaha menyelamatkan Lim Guan Eng, menafikan pembabitan dan pengetahuan Lim Guan Eng tentang PPS. Bagaimanapun, bukti menunjukkan sebaliknya terutama sekali surat pentauliahan selain peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada PPS yang mempunyai peranan utama Lim Guan Eng di dalamnya. 

Justeru, tekanan dibuat agar Lim Guan Eng tidak terus bersikap mendiamkan diri apabila terdesak, sebaliknya perlu menjelaskan perkara yang sebenar serta sanggup pula berhadapan dengan tindakan undang-undang ekoran menubuhkan pertubuhan haram dengan tujuan subversif dan menimbulkan ketakutan kepada orang awam.

Ramai yang mulai mempersoalkan peranan serta kewujudan PPS. Kalau hendak dikatakan PPS ditubuhkan untuk menjaga keselamatan dan mengurangkan kadar jenayah, PPS sebenarnya yang menjadi penyumbang utama perlanggaran undang-undang di seluruh Pulau Pinang. Ditambah pula dengan dua insiden mendatangkan kecederaan kepada orang awam, menunjukkan PPS ditubuhkan bukan untuk tujuan itu sebaliknya sebagai gestapo bagi pihak Lim Guan Eng.



Desakan juga dibuat agar Lim Guan Eng mendedahkan jumlah sebenar keanggotaan PPS mengikut pecahan kaum dan sumber kewangan yang disalurkan, selain kebenaran siapa yang membolehkan PPS membawa peralatan senjata seperti kayu, rotan dan cota selain menggunapakai jata Kerajaan Negeri pada vest anggota-anggota tersebut.

Kenyataan Phee Boon Poh yang cuba menuding jari kepada Kerajaan Pusat untuk menghalalkan penubuhan PPS, kononnya selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No.20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara (Semakan 2012) juga sangat tidak berasas.

Ini adalah kerana arahan MKN itu hanya bersifat sementara dalam menghadapi bencana alam, bukannya bersifat jangka panjang dan mencuri fungsi pasukan keselamatan seperti yang dibuat pada PPS oleh DAP Pulau Pinang.


Justeru keputusan PDRM untuk menyiasat PPS di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966, amat dialu-alukan. Apatah lagi Pasukan Peronda Sukarela milik Lim Guan Eng itu semakin menunjukkan sikap agresif dan subversif mereka kerana sering berasakan, undang-undang Malaysia tidak terpakai di Pulau Pinang dan DAP boleh berbuat sekehendak hati, termasuklah mencederakan sesiapa sahaja yang menentang projek-projek mega Lim Guan Eng yang jelas mempunyai motif komisyen untuk kocek sendiri!

NGA KOR MING Kerahkan Sultan Selangor Ikut Kehendak Lim Kit Siang Dan Anwar Ibrahim


Sikap biadap Nga Kor Ming memang tidak perlu diperkatakan. Setiap yang keluar daripada kenyataannya, semuanya menjurus ke arah kebencian terhadap Melayu, Islam dan Bumiputera.

Hina DYMM Yang Di-Pertuan Agong...
Hina Islam...
Hina Bahasa Melayu...
Hina Hak Melayu dan Bumiputera...
Hina Syarikat-Syarikat Melayu...
Hina Usahawan dan Perniagaan Melayu...
Hina Kakitangan dan Penguatkuasa Melayu...
Hina Parti-Parti dan Kesatuan Melayu...

Semua itu telah dilakukan oleh Nga Kor Ming semenjak namanya dikenali di persada politik Malaysia bermula dari tahun 2008. Apa lagi yang tidak dihinanya. Asalkan ada elemen Melayu-Islam dan Bumiputera, semuanya akan dihina. Dan orang ini jugalah yang mempertikaikan penyaluran peruntukan untuk masjid-masjid, surau-surau dan sekolah-sekolah agama, padahal ianya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor turut mendapat perhatian Nga Kor Ming. Sudah tentulah perhatian Nga Kor Ming adalah pada DYMM Sultan Selangor memandangkan kuasa memilih, memperkenan dan melantik Menteri Besar Selangor adalah hak dan kuasa mutlak Sultan Selangor.

Apakah kenyataan  yang dikeluarkan oleh Nga Kor Ming ini sebenarnya mahu memberitahu rakyat Selangor bahawa Selangor telah dijajah oleh DAP dan Sultan Selangor sudah tidak ada sebarang kuasa, melainkan terpaksa mendengar dan akur dengan sebarang perintah Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim?

Apakah Nga Kor Ming mahu memberitahu bahawa sebarang keputusan DYMM Sultan Selangor yang tidak berkenan di hati Lim Kit Siang/Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim merupakan satu perlanggaran undang-undang?

Nampak benar gelojoh DAP yang baru menang sedikit tetapi bercita-cita besar untuk menghalau dan menghapuskan Melayu!!!


INNER CIRCLE ANWAR IBRAHIM Dedah Mesyuarat Memburuk-burukkan Setiausaha Agung PAS Pada 17 Ogos



Kemelut Pakatan Rakyat di Selangor belum lagi berkesudahan. Kemarahan kepada PAS yang kelihatan hampir pasti akan merampas jawatan Menteri Besar Selangor dari PKR, telah membuatkan golongan yagn rapat dengan Anwar Ibrahim, mengeluarkan pelbagai cerita aneh, terutama sekali yang memburuk-burukkan PAS. 
 
Sasaran utama mereka adalah Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. 
 
Berikut adalah pendedahan yang dibuat oleh dua orang Inner Circle Anwar Ibrahim kepada BULETIN 247.
 
---- *** ----

Pada petang 17 Ogos pertemuan Majlis Pimpinan Rakyat, Mustafa Ali tidak setuju dengan satu nama dan minta keputusan di bawa balik ke PAS Pusat untuk dibincangkan semula, tapi Mat Sabu berkeras, Salehudin Ayub dan Dr Hatta diam..(tanda setuju)...lalu PKR, DAP, bertegas mahu nama DSWA sahaja.... 25 Ogos 2014 PAS Pusatbincang semula samada keputusan yg dibuat oleh delegasi PAS itu boleh diterima atau ditolak...dan jika ditolak akan berulang semula penamaan baru untuk calon MB Selangor....mungkin selepas itu ayam daging atau ayam telor tak boleh jadi wakil PAS lagi.
 

KRONOLOGI MUSTAFA ALI

●17hb Ogos 2014

■10 pagi. Mesyuarat JKPP bersetuju
1. DS Wan Azizah
2. Azmin

■4 petang. Majlis Pimpinan PR bersetuju selepas Azmin menarik diri:
1. DS Wan Azizah kekal.

2. Pimpinan juga bersetuju 3 peguam dari ketiga-tiga parti membuat surat untuk menyatakan sokongan kepada Wan Azizah sebagai MB untuk di hantar kepada Sultan Selangor.

●22hb Ogos 2014.

☆Mustafa Ali (U Turn) enggan menandatangani surat yg di buat Peguam ke tiga-tiga parti.

☆Malangnya telah berlaku perjumpaan Presiden PAS TG Hj Hadi dengan Timbalan Presiden PKR Azmin untuk memujuk Azmin bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan:

PAS (13) + TSKI + AZMIN + 3 Orang PKR Lompat = 18 Orang

Baki Yang seterusnya datang dari mana..?

Telah wujud pakatan di dalam kelam iaitu tambahan dari BN(12)

JUMLAH KESELURUHAN
18 + 12 = 30

Pakatan Kerajaan Perpaduan diyakini dapat di bentuk bersama-sama dengan Azmin.

1. Azmin diberikan masa menanti selama 6 bulan untuk TSKI menghabiskan tempoh pemerintahan sebagai MB di Selangor.

2. Azmin akan mengambil alih selepas 6 bulan sebagai MB Selangor.

3. Azmin yang mempunyai sentimen peribadi dengan TSKI akhirnya memaklumkan kepada Pimpinan PKR pertemuan beliau dengan TG Hj Hadi. RAHSIA TERBONGKAR.

4. Mesyuarat JKPP dicipta khas pada 25 Ogos 2014, Isnin untuk sekali membuat U TURN keatas perjanjian yang telah di buat.

5. Segala perancangan ini diatur oleh Mustafa Ali.

PERSOLAN WALA'.
KEPADA SIAPA SEBENARNYA WALA'..?

Ketua dan yang mengetuai misi ini ialah:
1. Mustafa Ali. (Ketua Perancang)
2. TG Hj Hadi. (Pengikut Rancangan)
3. Dr Samsuri SETPOL Presiden (Pengikut Rancangan)

A. Sedarkah ahli-ahli PAS dan PIMPINAN PAS yang sebenar-benar mengatur rancangan ialah Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS yang bukannya Ulama. Beliau telah mempergunakan Presiden sebagai mencatur bagi kerja politik ini.

B. Beliau ialah Bekas Ketua Pemuda PAS 1978 yang pernah mengemudikan Pemuda bersama TG Hj Hadi yang pada ketika itu AJK beliau. TG Hadi masih mengguna pakai Mustafa Ali sebagai orang yang pernah menjadi Ketua beliau suatu ketika dahulu.

C. Presiden hanya mengikut cakap Mustafa Ali sehinggakan beberapa kes yang telah di kenal pasti.

i). Pemerintahan PAS Terengganu. Kesemuanya dilakukan oleh Mustafa Ali sehinggakan Terengganu terlepas ketangan BN 2004.

Pencaturan politik Mustafa Ali menguasai keadaaan. Bukan TG Hj Hadi yang menjadi Menteri Besar tetapi Mustafa Ali yang mengawal pentadbiran.

ii). Pencaturan politik Perak juga berlaku sehingga Kerajaan Perak tumbang di tangan BN

iii). Tanyalah kepada orang-orang yang terlibat di dalam kemelut di Kedah. Siapakah yang terlibat di peringkat pusat sehinggakan kemelut Kedah gagal di tandatangani? Mustafa Ali juga sebagai pencatur sehingga kecundang kerajaan PAS Kedah.

iv). Kes Selangor selaku isu terkini. Mustafa Ali kini cuba menjuarai politik PAS dengan membuat percaturan keatas Presiden PAS sehinggakan politik Selangor menjadi kelam kabut.

D. Perlukah kita wala' kepada pencatur politik buat Presiden yang di belakangnya Mustafa Ali selaku penyusun bidak-bidak catur.

E. Ahli dan Penyokong PAS harus sedar hakikat politik dalaman PAS pada ketika ini. Kelicikan Mustafa Ali mesti di hentikan.

F. Semenjak Tahun 1978~ 2014 (36 Tahun). Mustafa Ali masih kekal bergayut sebagai Dewan Harian tanpa gagal.

G. Pengarah Pilihanraya PAS Pusat di tubuhkan hanya untuk memasukkan Mustafa Ali sebagai Ahli Dewan Harian. Bukankah kuat pegangan politik beliau di dalam PAS Pusat..?

H. Politik beliau sentiasa segar (Ever Green) kebelakangan ini apabila mempergunakan Presiden untuk sebarang percaturan.

I. Politik Mustafa Ali seperti juga politik Marwan Al Hakam. Sentiasa kekal berselindung sepanjang zaman.

SIAPAKAH MARWAN AL HAKAM....??

1. Pernah di lantik sebagai Gabenor Madinah zaman pemerintahan Saidina Ustman Al Affan.

2. Pencatur politik zaman Saidina Ustman sehingga berlaku kekalutan politik pada ketika itu yang akhirnya berakhir dengan kematian Khalifah.

3. Di antara pencatur yang terlibat sehingga tercetusnya Peperangan Jamal.

4. Pencaturan politiknya yang sentiasa di lihat Ever Green berjaya mengambil alih Tanpuk Pemerintahan Kerajaan Khalifah Bani Umaiyah 623H~685H.

5. Jawatan Khalifah akhirnya berjaya di serahkan kepada anaknya iaitu Abdul Malik Bin Marwan.

6. Politik Marwan yang licik telah menyebabkan beliau mampu bertahan dari zaman Saidina Ustman Al Affan menjadi khalifah sehinggalah beliau sendiri menguasai tampuk pemerintahan Khalifah Kerajaan Bani Umaiyah. Puluhan tahun menjadi pencatur politik sehingga meletakkan beliau di atas singgah sana.

KESIMPULAN :

Poiltik Mustafa Ali harus di hentikan serta merta jika ingin melihat Pakatan Rakyat berjaya mengemudikan perjalanan ke Putra Jaya.

Pakatan Rakyat yang berkecamuk pada ketika ini ialah hasil usaha Mustafa Ali yang telah mempergunakan Presiden PAS demi survival politiknya.

ANWAR IBRAHIM Perlu Jelaskan, Apa Motif Dia Ke Tel Aviv Pada 20 Ogos Lalu!!!

Monday 25 August 2014 | 12 comments


Sebelum ini hanya desas-desus dan itenary yang dipaparkan. Kini keratan tiket penerbangan Royal Jordan Air ke Tel Aviv pada 20 Ogos yang memaparkan nama Anwar Ibrahim, tarikh perjalanan dan nombor tempat duduk pula didedahkan. (RUJUK POSTING INI)

Anwar Ibrahim mengambil kesempatan daripada perhimpunan Kesatuan Ulama Sedunia yang menyaksikan Presiden PAS, Hadi Awang dilantik sebagai salah seorang daripada Naib Ketua oleh Yusof Qardawi yang diangkat sebagai Ketua Kesatuan Ulama Sedunia yang berlangsung di Istanbul.

Kepada para penyokongnya, Anwar memberitahu kononnya dia telah mempengaruhi Yusof Qardawi dan pemergiannya ke Istanbul adalah untuk memastikan Hadi Awang benar-benar dilantik ke jawatan tersebut.

Yang tidak diberitahu oleh Anwar Ibrahim ialah, dia hanya transit di Istanbul selama beberapa jam sahaja, sebelum menaiki pesawat Royal Jordan Air dari Istanbul ke Tel Aviv pada 20 Ogos.

Kaitan Anwar Ibrahim dengan Zionis telah lama diperkatakan terutama sekali bantuan kewangan dan latihan yang diterimanya menerusi badan-badan utama propaganda Zionis dunia. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim sentiasa berhelah dan menyatakan bahawa semua itu hanyalah fitnah semata-mata.


Kini, menjelang hari-hari terakhir sebelum dia disumbat masuk ke penjara, Anwar Ibrahim ke Israel, sebuah negara yang tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Malaysia, malahan pada pasport antarabangsa Malaysia tertera jelas ayat yang tidak  membenarkan mana-mana rakyat Malaysia menggunakan pasport tersebut untuk masuk ke Israel.

Anwar Ibrahim perlu menjelaskan kepada umum dan kepada rakyat Malaysia, apa yang telah membawanya ke Israel dan mengapa dia tergesa-gesa ke Tel Aviv dan kemudian balik semula ke Malaysia? Apa urusan Anwar Ibrahim di Tel Aviv?

PENGURUS Cinabeng DAP RASIS Hong Leong Bank Tak Mengaku Salah

Sunday 24 August 2014 | 20 comments



 


JOHOR BAHARU: Seorang pengurus bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Ahad di atas tuduhan mengucapkan ayat berbaur perkauman kepada seorang pekerjanya empat bulan lalu.

Liau Choy Wan, 44 didakwa dengan sengaja mengucapkan ayat berbaur perkauman itu yang membangkitkan kemarahan pekerjanya, Zulkefli Zainal, 49 dan mengetahui perbuatan itu mampu menjejaskan keamanan.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan di Hong Leong Bank Berhad, Aras 5, Wisma Tiong Hua, Jalan Kris, Taman Seri Tebrau di sini pada pukul 6 petang, 8 April lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Md Zahar Ngah yang mewakili Choy Wan memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain memberitahu jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 September ini untuk sebutan semula kes.

SUMBER: THE STAR ONLINE

ANWAR IBRAHIM Cakap Besar, Kononnya Dialah Yang Pengaruhi Qardawi Untuk Lantik Hadi Awang Sebagai Naib Ketua

Saturday 23 August 2014 | 15 comments

Sekarang ini, orang PKR sedang bercakap besar. Kata mereka, kalau bukan kerana bantuan, pengaruh dan usaha bersungguh-sungguh Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Hadi Awang tidak akan dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

Kata mereka lagi, Hadi Awang bukannya kenal baik dengan Yusof Qaradawi. Yang kenal baik dan akrab dengan Qardawi adalah Anwar Ibrahim. Malah Qardawi sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang menyokong Anwar Ibrahim dalam menghadapi isu liwat.

Jadi, orang PAS tidak seharusnya berasa bangga dengan perlantikan Hadi Awang itu kerana tanpa jasa baik Anwar Ibrahim, maka Hadi Awang tidak akan diangkat ke jawatan tersebut.

Pecacai PKR menjustifikasikan pemergian Anwar Ibrahim ke Turki pada 20 Ogos lalu yang kemudian, dalam tempoh beberapa jam kemudian, telah berangkat ke Tel Aviv. [

Untuk menutup malu, PKR cuba mencari pelbagai helah dan kebetulan pula, Hadi Awang telah dilantik oleh Yusof Qardawi sebagai salah seorang daripada tiga orang Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, maka alasan itulah yang digunakan untuk bermegah-megah.

Hakikatnya, Anwar Ibrahim tidak sempat bertemu dengan Yusof Qardawi kerana difahamkan Yusof Qardawi enggan bertemu dengannya. Sebaliknya, Anwar ke Istanbul selain destinasi awalnya adalah Tel Aviv adalah untuk memujuk Hadi Awang agar bersetuju dengannya melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor, bukannya Azmin Ali.

Disebabkan semuanya gagal, dan perlu bergegas ke Tel Aviv untuk mengambil dana, Anwar Ibrahim terlepas peluang tersebut. Itulah sebabnya, PAS mengambil keputusan 'menggantung' sebarang urusan dengan PKR dalam isu perlantikan Wan Azizah apabila 13 orang ADUN PAS Selangor enggan menurunkan tandatangan ke atas surat perjanjian dan taat setia kepada Wan Azizah.

Memandangkan keadaan semakin gawat, manakala keputusan perlantikan Menteri Besar Selangor kelihatan lebih memihak kepada PAS Selangor, Anwar Ibrahim terpaksa mengarahkan konco-konconya mencipta pelbagai cerita agar maruah Hadi Awang terus tercemar, selain mengangkat Anwar Ibrahim sebagai individu terpenting dan sangat berpengaruh sehinggakan Hadi Awang yang tidak mempunyai sebarang pengaruh dunia pun, boleh dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

SAM KETOT Terus Belasah dan Hina Presiden PAS Dalam Ucapan Dasar Ketua AMK

Barangkali berang dengan kegagalan PKR mendapat persetujuan daripada 13 orang ADUN PAS Selangor yang lain untuk memberikan ikrar taat setia serta sokongan kepada Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, Naib Presiden PKR yang baru, Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot menjadikan Hadi Awang, Presiden PAS sebagai bahan sesahannya.

Menurutnya, dalam isu kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor, PAS yang perlu dipersalahkan. Malah PAS sebenarnya yang menjadi punca isu tersebut berpanjangan.

Ini adalah kerana PAS gagal memberikan komitmen utama kepada PKR dan Anwar Ibrahim untuk melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Tindakan PAS itu juga telah menyebabkan Pakatan Rakyat hampir berpecah belah. Manakala Hadi Awang selaku Presiden PAS pula, terlalu jahil dan terlalu sombong untuk mengakui bahawa Anwar Ibrahim lebih berwibawa dan lebih hebat berbandingnya.

Sam Ketot juga menempelak Hadi Awang kerana bukan sahaja menolak cadangan PKR menamakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 23 Julai lalu, tetapi turut tidak hadir mesyuarat dan hanya diwakili oleh Timbalannya, Mat Sabu serta Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.

Sedangkan kedua-dua orang itu, dilihat tidak mampu memberikan keputusan akhir kerana semua keputusan terletak di tangan Hadi Awang.

Tindakan yang dilakukan oleh Hadi Awang, dilihat oleh Sam Ketot sebagai memperkecil-kecilkan Anwar Ibrahim dan menghina Wan Azizah. Malah Sam Ketot secara terbuka menyelar PAS kerana beranggapan PAS lebih penting dari PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua AMK pada Kongres Nasional ke-10 di Shah Alam semalam. Ini merupakan kali kedua Shamsul menggunakan pentas Kongres AMK untuk ‘membelasah’ Hadi. Tahun lalu, Ahli Parlimen Bukit Katil itu menyelar Hadi kerana mencerca calon PKR ketika berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Kenapa ANWAR IBRAHIM Ke Israel Selepas Singgah Sebentar di Istanbul?


Desas desus yang bertiup kencang dalam media sosial mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menaiki jet peribadi ke Israel di saat negara meratapi ketibaan jenazah MH17.

Menurut sumber dalaman PKR pula, Anwar hanya berada di Israel pada 20 Ogos sahaja. Selepas itu beliau telah melangkah ke Israel. Berita ini cukup panas untuk rakyat Malaysia memandangkan Israel sedang melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Malahan mereka juga menuduh Malaysia menjadi “base” untuk melatih militan untuk memerangi Israel.

Tambahan pula insiden tembakan MH17 ada juga sedikit dikaitkan dengan Israel. Walau apa pun berita ini sememangnya mengundang kemarahan rakyat terhadap Anwar yang dilihat sebagai amat mengagungkan Israel. Beliau seolah-olah bertindak mewakili Israel ataupun proxy Israel di Malaysia pula.

Menurut Masterdedah :

“PADA TAHUN 2012, ANWAR PERNAH PERGI KE TURKI. KEMUDIAN ANWAR DIPERCAYAI LESAP SELAMA 6 JAM ANTARA JAM 3.05 PETANG HINGGA 9.50 MINIT MALAM PADA 5 FEBRUARI 2012.

APA DIA BUAT MASUK ISRAEL? DALAM ATURCARA YANG DIKELUARKAN ANWAR KATA DIA PI UMRAH DENGAN WAN AZIZAH PADA MASA TERSEBUT IAITU PADA JAM 2.00 PETANG, 5 FEBRUARI .

BILA DISEMAK TIDAK ADA SATU PESAWAT PUN YANG BERLEPAS DARI TURKI PADA JAM 8.00 MALAM (4 FEB 2012) KE MEKAH DAN SAMPAI PADA JAM 2.00 PETANG DI SANA. SO ANWAR HILANG KE MANA?

BESAR KEMUNGKINAN ANWAR DIKATAKAN PERGI KE ISRAEL MENERUSI TEL AVIV MENGGUNAKAN TIGA PESAWAT BERIKUT:

1) ESB-IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05
IST – TLV by Private Flight.

2) ESB – IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05

3) IST – TLV by Turkish Airlines TA 2175. Depart 00.55. Arrival 0.305

and boarding to Mecca (Jeddah) from Tel Aviv, thru transit at Amman (AMM) with

4) TLV – AMM by Royal Jordanian RJ343. Depart 09.50. Arrival 12.05.

5) IST-ESB by Domestic flihgt TA2170. Depart 18.00. arrival 19.00

Daripada data pesawat ini, dipercayai ada kemungkinan besar Anwar Ibrahim telah menghabiskan selama 6 jam di Tel Aviv, Israel antara jam 3.00 petang hingga jam 9.50 malam.

KEMUDIAN ANWAR BALIK SEMULA UNTUK BERPIDATO DI TURKI DALAM KONGRES PENDIDIKAN ISLAM SEDUNIA.

SO PERJALANAN YANG SAMA DIPERCAYAI DIAMBIL OLEH ANWAR KETIKA KE TURKI PADA 20 OGOS 2014 LEPAS.


SUMBER: PRU-14 

KONGRES AMK Tegang, 9 Exco Yang Baru Dipilih Bertindak Keluar Dewan Persidangan

Friday 22 August 2014 | 0 comments


SHAH ALAM 22 Ogos - Sedikit ketegangan tercetus di penghujung Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ke 10 selepas sembilan exco yang baru dipilih pada pemilihan Mei lalu bertindak keluar dari dewan persidangan selepas menerima watikah perlantikan.

Kesembilan-sembilan exco terbabit meninggalkan meja persidangan masing-masing sejurus selesai sesi bergambar dan tidak menghiraukan arahan Speaker yang meminta mereka untuk berada di tempat masing-masing.

Salah seorang ahli AMK ketika kejadian telah memberitahu Rakyat News, tindakan keluar tersebut berlaku selepas exco-exco yang keluar terbabit dikatakan 'tidak sebulu' dengan Ketua AMK yang baru, Nik Nazmi Nik Ahmad.

AMK dikatakan berpecah kepada tiga kumpulan besar dan ketiga-tiga kumpulan tersebut dipimpin oleh ketua tersendiri serta dipercayai tidak boleh bekerjasama bersama-sama.

Nik Nazmi yang ditemui selepas itu menjelaskan, beliau tidak menganggap tindakan tersebut sebagai suatu isu yang besar kerana baginya apa yang penting untuk beliau sekarang adalah untuk berkhidmat untuk rakyat.

Katanya, setiap ahli exco yang telah dilantik sepatutnya melupakan kekecewaan dan sentiasa melangkah ke hadapan sekaligus memperkukuhkan lagi parti.

"Banyak lagi kerja untuk dilakukan oleh kita (AMK), jadi mesej saya senang, mari kita buat kerja, ketegangan yang tercetus akibat pemilihan itu sepatutnya kita lupakan sahaja.

"Saya jangkakan ia tidak akan kekal sebegini untuk tempoh yang lama, kalau hendak merajuk pun berapa lama, kita perlu terus melangkah ke hadapan kerana terdapat banyak lagi isu rakyat yang perlu kita selesaikan," katanya.

SUMBER: RAKYAT NEWS

ZURAIDAH KAMARUDDIN Cakap Besar Nak Sifarkan Kerusi DUN UMNO

Semakin menjadi-jadi tahap kebengongan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Terbaru adalah Zuraidah Kamaruddin, bekas penjual buah tepi jalan yang mengugut DYMM Sultan Selangor agar tidak membubarkan DUN Selangor.

Menurut Zuraidah, kalau DYMM Sultan Selangor bubarkan DUN Selangor, seluruh rakyat Selangor akan marah. Semua rakyat Selangor akan memberontak. Lebih malang lagi, 12 kerusi DUN Selangor yang kini dipegang oleh UMNO, akan kehilangan semuanya kepada Pakatan (baca: PKR).

Kata Zuraidah lagi, DYMM Sultan Selangor sepatutnya mengikut Perlembagaan dan tidak bertindak sesuka hati. Menurutnya lagi, tindakan Sultan Selangor membubarkan DUN Selangor adalah NONSENSE, tidak munasabah dan bertentangan dengan Perlembagaan Negeri sedangkan di dalam Perlembagaan Negeri itu terkandung jelas kuasa-kuasa Sultan Selangor termasuklah membubarkan DUN dan melantik Menteri Besar.



Barangkali Zuraidah langsung tidak tahu tentang hal tersebut tetapi sekadar bercakap berdasarkan otak penjual buah di tepi jalan!

Dan yang paling menarik ialah apabila Zuraidah turut memberi amaran, Pakatan Rakyat akan memenangi kesemua 56 kerusi DUN sekiranya DYMM Sultan Selangor membubarkan DUN.

Dengan kata lain, Zuraidah Kamaruddin sebenarnya cuba memberitahu bahawa DYMM Sultan Selangor adalah salah seorang pemimpin UMNO yang perlu sedar bahawa pembubaran DUN Selangor, tidak akan memenangkan UMNO, sebaliknya baginda akan lebih terpukul kerana tiada seorang pun wakil UMNO dalam DUN Selangor!

RAFIZI RAMLI Rupa-Rupanya Bodoh dan Buta Bahasa Inggeris!


Mungkin sebab dah terdesak sangat untuk menipu dan mengelak, akhirnya Rafizi Ramli mendedahkan kebahlolannya terutama sekali dalam Bahasa Inggeris. Rafizi Ramli cuba membodohkan orang lain, tetapi yang sebenarnya dialah yang bodoh dan tidak faham Bahasa Inggeris. 

Ternyata, menjadi Pengarah Strategik tidak memberikan jaminan bahawa seseorang itu akan menjadi lebih pandai. Justeru, tidak hairanlah mengapa Rafizi Ramli kalah dalam perebutan menjadi Ketua Cabang Kemaman dan hanya memperolehi undi kecil dari Cabang Pandan di mana Parlimen Pandan diwakilinya.

Antara alasan Rafizi menafikan dokumen KAJANG MOVE yang telah didedahkan oleh satu pihak yang sakit hati dengan PKR ialah perkataan 'EYES ONLY'. 

Kata Rafizi, dokumen tersebut adalah palsu memandangkan penulis dokumen palsu tersebut tidak mahir berbahasa Inggeris kerana menggunakan 'EYES ONLY' sedangkan sepatutnya 'P&C' atau 'PRIVATE AND CONFIDENTIAL'. 

Di sinilah kebodohan dan kebebalan luar biasa ditunjukkan oleh Rafizi Ramli. Penggunaan P&C atau PRIVATE AND CONFIDENTIAL adalah untuk kegunaan awam. Berbanding FOR YOUR EYES ONLY atau EYES ONLY yang lebih bertepatan untuk digunakan bagi TOP SECRET atau kategori yang lebih tinggi. 

Rafizi Ramli bersama-sama kebebalannya, cuba memutarbelitkan penggunaan ungkapan tersebut. Barangkali sewaktu kelas Bahasa Inggeris dahulu, Rafizi Ramli yang perasan bijak, tidak pernah masuk ke kelas. Jadi, dia tidak faham bahawa EYES ONLY digunakan secara meluas di seluruh dunia. EYES ONLY merujuk kepada mata si penerima sahaja dan tidak boleh dikongsi.

Walaupun secara umumnya, pengertiannya hampir sama dengan CONFIDENTIAL bagaimanapun CONFIDENTIAL tidak terhad pada sepasang mata sahaja dan ia biasanya digunakan untuk tujuan perniagaan.

Dokumen-dokumen yang sangat sensitif dan merupakan mempunyai kerahsiaan tahap tinggi, biasanya tertera perkataan EYES ONLY memandangkan orang yang menerimanya dilarang keras daripada menyebarkan atau berkongsikan rahsia tersebut dengan orang lain.

EYES ONLY juga seringkali digunakan untuk mesyuarat dalaman bagi membincangkan isu-isu penting yang hanya membabitkan beberapa orang individu penting dan dengan arahan jelas bahawa dokumen berkenaan tidak boleh dipanjangkan kepada mana-mana individu di luar lingkungan tersebut atau di luar bilik mesyuarat. Ini adalah kerana dokumen tersebut mengandungi isu-isu yang sangat sensitif.

Dalam keadaan ini, EYES ONLY lebih tepat digunakan untuk membawa mesej jelas berbanding PRIVATE AND CONFIDENTIAL.

Motif utama Rafizi Ramli adalah untuk mengelirukan pemikiran masyarakat awam dengan permainan Bahasa Inggerisnya dengan harapan, rakyat atau penyokongnya dapat menerima hujah bodohnya itu tanpa sebarang sanggahan.

Jangan terkejut sekiranya ada lepasan universiti dari luar negara yang percaya hidup-hidup dengan cakap kaki temberang dan kaki fitnah nombor dua selepas Anwar Ibrahim itu. Dan jangan juga terkejut apabila ada di kalangan mereka nanti yang bersungguh-sungguh mempertahankan Rafizi sambil menyatakan Rafizi betul, EYES ONLY salah!

Atau Rafizi Ramli barangkali malu nak cakap, UNGKAPAN yang digunakan dalam PKR hanyalah, 'ASS ONLY'!!!

KHALID SAMAD Perlu Dikenakan LARANGAN Memasuki, Bermastautin dan Bekerja di Selangor!

Bukan tidak ada larangan yang dikenakan kepada individu kelahiran negeri lain untuk memasuki, tinggal, bekerja mahupun sekadar menggunakan laluan di sesebuah negeri. Bagaimanapun, disebabkan ianya tidak begitu dipraktikkan dan kebanyakan rakyat Malaysia pula beranggapan, semua negeri adalah sama dan berada di dalam Persekutuan Malaysia, perkara berkenaan tidak pernah dipedulikan.

Malangnya, mereka terlupa bahawa Malaysia terdiri daripada 11 buah negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu, dengan Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu. Satu lagi adalah Wilayah Persekutuan yang merupakan satu-satunya wilayah milik Kerajaan Persekutuan merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Setiap negeri mempunyai rang undang-undangnya sendiri. Setiap negeri juga mempunyai Undang-Undang Tubuh Negeri. Dan 9 buah negeri mempunyai raja mereka sendiri yang memberi isyarat bahawa apa-apa sahaja yang berlaku dalam negeri tersebut baik yang membabitkan hal ehwal orang Islam, mahupun bukan Islam, yang miskin mahupun yang kaya, semuanya berada di bawah bidang kuasa Sultan.

Selangor merupakan salah sebuah negeri itu. Bagaimanapun, oleh kerana Selangor telah lama dijadikan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai kawah ekonomi negara, ramailah yang datang ke Selangor untuk bekerja dan berhijrah. Walaupun sebahagian daripada mereka telah menjadi penduduk Selangor, tetapi kerakyatan mereka tetap tertakluk kepada negeri masing-masing.

Khalid Samad barangkali terlupa tentang perkara itu apabila dia terlalu teruja dengan sistem Presiden yang cuba dimajukan oleh Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim sudah terlalu lama bercita-cita mahu menjadi Presiden pertama Malaysia, jauh sebelum tahun 1974 lagi apabila dia sangat terpengaruh dengan fahaman Sosialis yang kemudian dirasuah oleh sistem kapitalis membuatkan dia terlalu menyanjungi Amerika Syarikat.

Anwar Ibrahim mahu menghilangkan latar belakang dan susur galur keturunannya yang dianggap cukup hina. Ditambah pula dengan catatan sejarah terkini yang menyaksikan dia gagal menepis sama sekali apa yang disifatkannya sebagai fitnah dan konspirasi dalam kes meliwat bekas pemandu peribadi isterinya dan bekas pembantu peribadinya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid Samad agar kuasa Sultan Selangor disekat dan dihalang, amat biadap dan seharusnya membolehkan dia menanggung natijah daripada kejahatan mulutnya sendiri. Walaupun kemudiannya dia menyatakan, itu bukanlah pendapatnya tetapi pendapat orang ramai di Internet, sebenarnya itulah pendapat Khalid Samad. Khalid Samad yang menuturkannya dan Khalid Samad juga yang membuat kenyataan di media.

Tindakan harus dikenakan kepada Khalid Samad. Dia tidak seharusnya dibiarkan lagi berada di Selangor. Malah jawatannya selaku Ahli Parlimen Shah Alam, seharusnya dilepaskan memandangkan Shah Alam terletak di Selangor dan Selangor sepenuhnya berada di bawah bidang kuasa DYMM Sultan Selangor.

Krisis Perlembagaan 1993 yang seringkali digunakan sebagai senjata oleh Pakatan Rakyat untuk bersikap biadap dan kurang ajar kepada Raja-Raja Melayu dan dimomok-momokkan kononnya perbuatan kurang ajar dan biadap mereka itu adalah hasil kerja UMNO, sebenarnya tidak lagi terpakai memandangkan Pindaan Perlembagaan 1993 membabitkan kuasa Raja-Raja langsung tidak membuang atau menjadikan Raja-Raja Melayu sebagai patung dan boneka. Sebaliknya, Raja-Raja Melayu dari 9 buah negeri di Semenanjung, masih berkuasa penuh seperti sebelum 1993 dan 1983.

Perlu diingat, Angkatan Tentera Malaysia dan Rejimen Askar Melayu Diraja, masih lagi pemerintah tertingginya adalah DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Begitu juga dengan PDRM dan apa-apa sahaja yang ada perkataan DIRAJA..

Jangan sampai Khalid Samad tidak dapat membezakan yang mana bumi dan yang mana langit semata-mata kerana kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim!

MH17: Senarai lokasi penghantaran, persemadian jenazah.

Thursday 21 August 2014 | 0 comments


PUTRAJAYA:
------------------------
1. Ahmad Hakimi Hanapi (L)- Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 2

2. Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20

KUALA LUMPUR:
------------------------------
-
1. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Tanah Perkuburan Batu Muda, Gombak.

2. Dora Shahila Kassim (P) - Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara.

3. Mabel Anthony Samy (P) - (Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi).

4. Paul Rajasingam / Sivagnanam (L) - (Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi).

SELANGOR:
---------------------
1. Foo Ming Lee (L) - Nirvana Memorial Park, Shah Alam.

2. Karamjit Singh Karnail Singh (L) - Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.

3. Ng Qing Zheng (L) - Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.

4. Angeline Premila Rajandaran (P) - Jenazah dihantar ke Bandar Bukit Tinggi 2, Klang.

NEGERI SEMBILAN:
----------------------------------
1. Mastura Mustafa (P) - Tanah Perkuburan Paroi, Negeri Sembilan.

2. Lee Hui Pin (P) - Taman Peringatan Nilai.

JOHOR:
-------------------
1. Elisabeth Ng Lyeti (P) - 14-21, Lorong Perkasa, Jalan Haji Jaib, Muar.

2. Mohd Ali Md Salim (L) - Tanah Perkuburan Kg.Raja, Muar.

3. Hasni Hardi Parlan (L) - Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Segamat.

PERAK:
---------------
1. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama, Tambun.

2. Chong Yee Pheng (P) - Paradise Memorial Park, Chemor.

3. Azrina Yakob (P) - Tanah Perkuburan Masjid AL Hidayah, Taiping

SARAWAK:
--------------------
1. Ariza Ghazalee (P) - Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching.

2. Muhammad Afif Tambi (L) - Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching.

PEKERJA TNB Hampir Putus Tangan Kerana Ditetak, Gara-Gara Potong Bekalan Elektrik Rumah Pelanggan


SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.

“Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam. Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di Kuala Lumpur untuk pembedahan.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

SEORANG Rakyat Malaysia Yang Berjuang Menentang Rejim Assad di Syria, Terbunuh

Wednesday 20 August 2014 | 6 comments



Berita kematiannya dimaklumkan seorang rakyat Malaysia lain yang turut berada di sana menerusi Facebook.

Abu Turab dikatakan gugur ketika mempertahankan Kampung Syar’aya selepas bertempur selama satu jam.

Difahamkan, Allahyarham yang sering membaca al-Quran dan solat malam sempat mengucap dua kalimah syahadah sambil memberi isyarat jari telunjuk sebanyak sepuluh kali sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Adalah satu rahsia terbuka, terdapat rakyat Malaysia yang kini berada di Syria atas misi menjadi mujahidin dan mengejar mati syahid selepas negara berkenaan berada di bawah pemerintahan Bashar Assad.

Walau pun ada yang mengaitkan perjuangan rakyat Malaysia di sana dengan kumpulan militan tertentu seperti al-Qaeda, Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) dan Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis); perkara ini dinafikan beberapa rakyat Malaysia yang berada di sana yang menggelarkan mereka sebagai ‘pejuang jihad bebas’.

Sumber mynewshub.my

TAKZIAH! ADUN BN PENGKALAN KUBOR MENINGGAL DUNIA

 



AZMIN ALI Buat-Buat Terkejut Namanya Disyorkan Oleh PAS Sebagai Calon Menteri Besar

Sunday 17 August 2014 | 9 comments


Setelah sekian lama mendiamkan diri walaupun dia adalah salah seorang daripada dalang yang menghuru-harakan Selangor, akhirnya Azmin Ali bersuara.

Katanya, dia 'TERKEJUT' apabila PAS mengumumkan namanya sebagai Menteri Besar Selangor bersama-sama Wan Azizah.

Dalam satu kenyataan yang dibuatnya sebelum ini, Azmin Ali cuba menunjukkan marah apabila dia dikatakan tidak bersetuju menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim.

Azmin Ali merupakan dalang utama gerakan menggulingkan Khalid Ibrahim dari tahun 2008 lagi. Cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor, bagaimanapun tidak tercapai apabila namanya tidak diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor sewaktu Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan Selangor di bawah pentadbiran mereka pada 2013 lalu. Bagaimanapun, Azmin Ali tidak pernah berhenti berharap untuk jawatan tersebut dan pelbagai kaedah dan cara dilakukan untuk tujuan tersebut.

Menariknya, Azmin Ali tidak pernah mendabik dada atau muncul menunjukkan dia adalah dalang sebenar. Sebaliknya dengan menggunakan orang lain, terutama sekali Anwar Ibrahim, Azmin Ali cuba menguasai pentadbiran Selangor dengan kaedah yang tidak mempersalahkannya.

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Azmin Ali buat-buat terkejut walaupun dia benar-benar mengharapkan jawatan Menteri Besar Selangor berada dalam genggamannya memandangkan dia adalah pemimpin PKR paling senior berbanding orang lain, termasuklah Wan Azizah sendiri.

PAS Tarik Balik Sokongan Ke Atas Khalid Ibrahim dan Sokong Wan Azizah

Seperti yang dijangka oleh kebanyakan pihak berdasarkan beberapa situasi, termasuklah amaran keras kepada Saari Sungib dan Hasnol Baharuddin yang tidak dikuatkuasakan, PAS akhirnya membuat U-Turn apabila hasil mesyuarat AJK PAS Pusat mengumumkan bahawa TELAH SEBULAT SUARA untuk menarik kembali sokongan kepada Khalid Ibrahim dan memberikan sokongan kepada Wan Azizah serta Azmin Ali.

Walaupun PAS telah dimaki hamun dan dicerca ekoran lambat membuat keputusan sama ada membiarkan PKR dan DAP terus menjajah parti tersebut, akhirnya keputusan yang dipengaruhi oleh kumpulan Anwarinas dalam Jawatankuasa PAS Pusat menyebelahi Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, keputusan yang dibuat oleh PAS agar mereka diterima di dalam Pakatan Rakyat itu, tidak efektif sehinggalah DYMM Sultan Selangor kembali pada 27 Ogos nanti. Penyenaraian nama Wan Azizah dan Azmin Ali juga bukanlah mutlak memandangkan Khalid Ibrahim masih mempunyai satu lagi pilihan iaitu, membubarkan DUN Selangor atas nasihat DYMM Sultan Selangor. 

CUBAAN Kali Kedua DAP Buat Demonstrasi Desak Khalid Ibrahim, TETAP JUGA GAGAL!!!

Saturday 16 August 2014 | 6 comments

Pagi tadi, kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Riben Hitam telah membuat satu demonstrasi bermula dari jam 11:15 pagi sehingga 12:20 tengah hari di hadapan Pusat Khidmat ADUN Cempaka, beralamat di No.03-1A, Jalan Hilir 1, Taman Sri Angsana Hilir, Ampang untuk mendesak Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Kumpulan Riben Hitam merupakan kumpulan NGO tidak berdaftar yang pro-DAP dan PKR.



Demonstrasi tersebut gagal sepenuhnya apabila ia hanya dihadiri seramai 17 orang dengan 16 orang daripada mereka adalah Cina dan seorang lelaki Melayu. Mereka yang dikenali berdemonstrasi adalah:

(1) Faizal Mustafar - Koordinator Riben Hitam
(2) Chen Kui Lin - Koordinator Riben Hitam.

Walaupun demonstrasi tersebut gagal sepenuhnya, namun kumpulan kecil itu tetap juga mengadakan sidang media. Dalam sidang media yang diadakan yang mendapat liputan dari China Press serta Guan Ming, Chen Kui Lin yang menjadi jurucakap memberitahu, Khalid Ibrahim perlu duduk bersama-sama kepimpinan PKR untuk menyelesaikan krisis jawatan Menteri Besar.


Menurutnya lagi, kempen Riben Hitam merupakan kempen rakyat walaupun tidak mendapat sambutan. Kempen itu dibuat untuk mendesak Khalid letak jawatan untuk menghormati hak rakyat. Dan menurut Chen Kui Lin lagi, calon yang paling sesuai untuk jawatan Menteri Besar yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah Wan Azizah.

Chen Kui Lin juga menyatakan, Khalid tidak sewajarnya memecat keenam-enam Exco dari PKR dan DAP.

Faizal Mustafar pula menyatakan, mereka akan mengadakan aktiviti yang sama, di Ibu Pejabat PAS Pusat pada 17 Ogos 2014 jam 9:00 pagi untuk mendesak agar PAS kembali tunduk dan patuh kepada arahan DAP dan PKR.

Menurutnya lagi, sebagai pengundi dan pembayar cukai yang menyokong Pakatan Rakyat, dia mahukan Khalid yagn sekarang ini merupakan ADUN Bebas, meletak jawatan Menteri Besar dan mengembalikan jawatan tersebut kepada Pakatan Rakyat.



Bagaimanapun, tindakan Riben Hitam pada masa akan datang, bergantung kepada hasil mesyuarat PAS Pusat sama ada parti tersebut mahu kembali diperintah oleh PKR dan DAP atau terus menyokong Khalid Ibrahim dan menyuarakan pendirian mereka secara bebas. Jikalau PAS berdegil untuk terus menyuarakan pendirian mereka dan berpegang kepada prinsip mereka, Riben Hitam akan mempergiatkan kempen demonstrasi.

Aktiviti ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan daripada ahli, penyokong Pakatan Rakyat mahupun masyarakat tempatan biarpun sebarang SMS promosi program telah dibuat secara besar-besaran di kawasan ini. Pengguna jalanraya dan masyarakat tempata yang melintasi mereka pula sekadar melihat aktiviti kempen tersebut dengan perasaan dingin walaupun ahli-ahli kumpulan pendemonstrasi tersebut terjerit-jerit penuh berseangat.

Masyarakat tempatan langsung tidak tertarik memandangakn sebahagian besar ahli kumpulan pendemonstrasi tersebut adalah berketurunan Cina yang sebahagian besarnya adalah kawasan luar. Tiada penyokong PAS tempatan yang hadir di kawasan tersebut memandangkan ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad lebih awal telah mengeluarkan nasihat agar para penyokong PAS tidak terlibat bagi mengelakkan berlakunya ketegangan.

KETUA POLIS NEGARA Keluarkan Amaran Kepada Anggota PPS... Serah Diri Atau Rumah Mereka Bakal Diserbu

Sunday 31 August 2014 · 24 comments

Ramai yang menyambut baik langkah berani yang ditunjukkan oleh Ketua Polis Negara dalam isu PPS setelah Lim Guan Eng mengisytiharkan PERANG HABIS-HABISAN terhadap PDRM dua malam sudah. Tanpa banyak retorik walaupun bakal berhadapan dengan KERENAH LUAR BIASA PEJABAT PEGUAM NEGARA, hari ini, PDRM mengambil tindakan drastik apabila menahan anggota-anggota PPS yang berbaris di hadapan Lim Guan Eng sempena perarakan hari kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang.

Malam tadi, Lim Guan Eng yang telah sedia maklum dengan tindakan yang bakal diambil oleh PDRM, menghasut anggota-anggota PPS agar tidak takut dan tunduk kepada undang-undang. Sebaliknya Lim Guan Eng berjanji, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, dia akan menggunakan peruntukan serta wang rakyat Pulau Pinang untuk membela setiap orang anggota PPS yang ditahan oleh polis.

Ketua Polis Negara telah mengeluarkan arahan terbaru kepada anggota-anggota PPS yang masih lagi bebas, SERAH DIRI atau RUMAH MEREKA AKAN DISERBU.


Kenyataan terbaru KPN itu akan menyemarakkan lagi kemarahan DAP dan Lim Guan Eng. Sekaligus akan membuatkan Lim Guan Eng dan DAP melakukan provokasi serta mencipta pelbagai alasan untuk menentang dan memburuk-burukkan PDRM.

Di laman Twitter dan Facebook, para pemimpin dan penyokong-penyokong DAP sudah pun memulakan gerakan berkenaan selain mempersoalkan kuasa PDRM menahan anggota-anggota PPS yang disifatkan sebagai membantu pihak polis menjaga keamanan di Pulau Pinang.

POLIS Sahut Cabaran Guan Eng, 154 Anggota PPS Ditahan dan Ditangkap Hari Ini

· 2 comments



Selama dua hari berturut-turut, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara agar mengambil tindakan ke atas Pasukan Peronda Sukarela yang merupakan kumpulan samseng dan separuh militia yang diwujudkan oleh DAP Pulau Pinang untuk menjaga Lim Guan Eng selain melakukan kerja-kerja DAP.

Hari ini, polis mula bertindak. 154 orang anggota PPS yang menyertai perarakan Hari Kemerdekaan Ke-57 Pulau Pinang, telah ditahan pada jam lebih kurang 10:00 pagi tadi di hadapan DUN Pulau Pinang setelah mereka selesai berarak melepasi pentas utama.


131 lelaki Cina, 7 wanita Cina, 10 lelaki Melayu dan 6 lelaki India yang memakai seragam ungu PPS telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara telah memberi amaran, PDRM akan menangkap anggota-anggota PPS sekiranya mereka menyertai sebarang aktiviti melibatkan PPS. Amaran Ketua Polis Negara itu bagaimanapun membuatkan Lim Guan Eng berang dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berikrar akan menggunakan sepenuh kekuatan guaman serta wang Kerajaan Negeri untuk membela 10,000 orang anggota PPS. Malah Lim Guan Eng juga berikrar akan menentang polis dengan kuasa yang ada padanya.


Antara pemimpin DAP yang turut datang ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk mencabar pihak polis adalah:

(1) Phee Boon Poh
(2) RSN Rayer
(3) Wong Hon Wai
(4) Sim Tze Tzin
(5) Cheah Kah Peng
(6) Lee Khai Loon.



Semalam, Lim Guan Eng cuba menimbulkan kegemparan dengan lakonan tahap rendah menerusi peristiwa bom api di halaman rumah yang menurutnya, merupakan satu ancaman dan ugutan. Bagaimanapun, tempat jatuhan bom api (molotov cocktail) itu agak menarik perhatian kerana ia menyimpang jauh berbanding mengenai kereta mewah Lim Guan Eng.

PAS Selangor Akhirnya Akur, Demi 'Budi' Anwar Ibrahim Nobatkan Hadi Awang, Calonkan Nama Pemimpin PKR

Thursday 28 August 2014 · 17 comments

Satu mesyuarat tertutup telah diadakan oleh PAS Selangor malam tadi antara jam 8:45 malam sehingga jam 9:30 malam. Mesyuarat diadakan antara Iskandar Abdul Samad yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Khalid Samad AJK PAS Pusat telah merumuskan satu perkara penting demi memastikan kelangsungan PAS di dalam Pakatan Rakyat dan demi memastikan DAP dan PKR tidak memulau atau marahkan PAS.

Atau lebih tepat lagi jikalau dikatakan, kelangsungan untuk memastikan kaum Anwarinas dalam PAS Selangor tidak bertindak menghuru-harakan parti itu.

Dalam mesyuarat berkenaan, keputusan dicapai yang PAS Selangor tidak akan menyenaraikan mana-mana Wakil Rakyat dari PAS untuk jawatan Menteri Besar Selangor walaupun titah DYMM Sultan Selangor, ketiga-tiga parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat, wajib menyerahkan sekurang-kurangnya dua nama ADUN masing-masing kepada baginda.

PAS Selangor bagaimanapun, akan menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga nama ADUN dari PKR sebagai calon Menteri Besar Selangor. Kesemua nama tersebut akan diserahkan kepada Istana Selangor sebelum 3 September nanti.

Mesyuarat malam tadi memperlihatkan dominasi Khalid Samad ke atas Mustafa Ali dan Iskandar Samad yang gagal menyanggah hujah-hujah yang dibentangkannya bagi mewajarkan PAS tidak turut meletakkan calon parti tersebut. Khalid Samad telah mengancam untuk menghuru-harakan PAS Selangor dengan menarik seramai mungkin ahli-ahli PAS menyeberangi ke dalam PKR sekiranya PAS Selangor terus berdegil enggan mematuhi tuntutan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.

Difahamkan dalam perbincangan semalam, Khalid Samad telah menyebut nama-nama ADUN PAS yang akan berpaling tadah dengan menjadikan PAS sebagai parti paling minoriti di Selangor menerusi penguasaan tidak lebih dari 4 kerusi DUN sekiranya terus berdegil enggan patuh kepada arahan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

RSN RAYER Tak Mengaku Bersalah Untuk Semua Pertuduhan Dalam Kes 'UMNO CELAKA'

Wednesday 27 August 2014 · 3 comments


Selepas bercakap besar, selepas begitu angkuh dan selepas kononnya dia tidak takut langsung dengan undang-undang Malaysia, hari ini, RSN Rayer yang ditemani oleh Lim Guan Eng, terketar-ketar dan tergagap-gagap ketika memberitahu dia tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen.

Rayer ketika zaman persekolahannya dahulu merupakan mangsa buli dan dera kawan-kawan sekolahnya, hari ini terpaksa menumpang berani dengan kehadiran Lim Guan Eng dan anak-anak Karpal Singh. Bagaimanapun, dia kelihatan cuak dan cuba mengelak apabila melihat ramai orang Melayu berkumpul.

Barangkali dia bimbang kejadian yang menimpa Khalid Samad semalam di pekarangan Mahkamah Shah Alam akan berlaku ke atasnya pula.

Berikut adalah beritanya:


ADUN Seri Delima RSN Rayer hari ini didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan selepas mengeluarkan kenyataan 'celaka celaka UMNO' pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

Bagi pertuduhan pertama, Rayer mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zulhazmi Abdullah dan dibenarkan diikat jamin RM13,000.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.

Beliau kemudiannya dibawa ke Mahkamah Sesyen lain dan didakwa diatas pertuduhan lain dibawah akta sama ekoran mengulangi kenyataan 'celaka UMNO' ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, 22 Mei lepas.

Rayer sekali lagi mengaku tidak bersalah diatas pertuduhan tersebut dan diminta untuk dibicarakan.

Pengakuan kedua itu direkodkan dihadapan Hakim Zanariah Hussain.

Beliau juga berdepan dengan dakwaan alternatif di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuat ucapan yang mengganggu ketenteraman awam.

Rayer turut minta dibicarakan untuk dakwaan alternatif itu.

MODEL Separuh Bogel Di Ipoh Mengaku Salah Dan Didenda RM400 Setiap Seorang

· 2 comments


Jam 12:05 tengah hari tadi, dalam perbicaraan kes dua orang model mengenakan pakaian busana pengantin yang menjolok mata di Ipoh di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret 3, Ipoh, kedua-duanya mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM400 setiap seorang.

Kedua-duanya dilaporkan telah membayar denda.

Perbicaraan hanya melibatkan kedua-dua model berkenaan, tidak penganjur, tidak jurukamera, mahupun mereka yang terlibat dalam produksi berkenaan.

Kes kedua-dua model berpakaian menjolok mata itu, menimbulkan kemarahan kepada sebahagian rakyat Malaysia kerana menganggap, kedua-duanya sengaja mencabar pihak berkuasa dan agama Islam yang menjadi Agama Rasmi Persekutuan.

AZMIN ALI 'Bocor' Rahsia Rundingan Dengan Hadi Awang Dalam Usaha Tutup Malu Nama Wan Azizah Ditolak Sultan Selangor Kali Kedua

· 5 comments

Barangkali kerana terlalu malu dan cuba menyelamatkan air muka Wan Azizah dan Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah 'membocorkan rahsia yang pasti akan menjustifikasikan penyingkiran PAS dari Pakatan Rakyat.

Dengan 30 ADUN dalam tangan sepertimana yang didakwa oleh Anwar Ibrahim, penyingkiran PAS dari Pakatan Rakyat Selangor tidak akan memberi sebarang kesan kepada PKR-DAP di Selangor.

Azmin telah melaporkan kepada pucuk pimpinan PKR dan DAP bahawa Presiden PAS, Hadi Awang telah menawarkan kepadanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya dia bersetuju menyertai PAS bersama-sama dua orang ADUN PKR yang lain.

Para pemimpin PKR dan DAP yang telah mengetahui perkara itu memberitahu, Azmin sendiri telah memaklumkan kepada Anwar Ibrahim tentang tawaran Hadi Awang dan Azmin Ali telah diminta untuk berkongsi maklumat tersebut dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kononnya Azmin Ali telah mengesahkan yang dia menolak tawaran Hadi.

"Azmin memberitahu Anwar tentang tawaran Hadi... dia akan menjadi Menteri Besar sekiranya dia melompat ke dalam PAS bersama-sama dua orang ADUN PKR. Secara dasarnya membentuk Kerajaan Alternatif... tidak pasti sama ada ini melibatkan kerjasama dengan UMNO Selangor tetapi idea ini membolehkan Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor antara tiga sehingga enam bulan dan selepas itu, barulah Azmin Ali mengambilalih jawatan berkenaan," kata salah seorang pemimpin PKR yang enggan namanya disiarkan.

Sumber DAP turut mengesahkan berita tersebut dan berkata, perincian tentang perbincangan antara Hadi Awang dengan Azmin Ali telah pun diketahui oleh Lim Kit Siang pada minggu lepas.

Setiausaha Politik Hadi Awang bagaimanapun, menafikan berita tersebut dan mengutuk pembohongan yang dilakukan oleh PKR dan DAP dalam usaha mereka untuk menutup malu selepas nama Wan Azizah ditolak buat kali kedua oleh DYMM Sultan Selangor selain penangguhan perletakan jawatan Khalid Ibrahim yang tidak mempunyai tarikh akhir.

PDRM Bakal Ambil Tindakan Ke Atas Pasukan Peronda Sukarela Lim Guan Eng

Tuesday 26 August 2014 · 8 comments

Pendaftar Pertubuhan telah mengesahkan bahawa kumpulan samseng berbaju ungu yang diketuai oleh Phee Boon Poh dan dibiayai pula oleh Lim Guan Eng dengan menggunakan wang rakyat negeri Pulau Pinang, adalah sebuah pertubuhan haram.

Kumpulan samseng yang turut bertindak sebagai pengawal peribadi Lim Guan Eng itu juga sebelum ini telah membelasah seorang ahli perniagaan yang juga seorang pencinta alam sekitar selain penentang tegar Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Farlim pada 18 Ogos lalu. 10 orang anggota PPS telah menyerang hendap Ong Eu Soon selepas ahli perniagaan tersebut keluar dari tokong ketika menghadiri majlis makan malam.

Sebagai tindak balas kepada laporan polis yagn dibuat oleh Ong Eu Soon, Phee Boon Poh telah mengarahkan dua orang daripada 10 orang anggota PPS yang menyerang dan mencederakan Ong Eu Soon untuk membuat laporan polis, kononnya mereka diserang oleh Ong Eu Soon sehingga menyebabkan lebam pada tangan salah seorang daripada mereka.

Phee Boon Poh dalam usaha menyelamatkan Lim Guan Eng, menafikan pembabitan dan pengetahuan Lim Guan Eng tentang PPS. Bagaimanapun, bukti menunjukkan sebaliknya terutama sekali surat pentauliahan selain peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada PPS yang mempunyai peranan utama Lim Guan Eng di dalamnya. 

Justeru, tekanan dibuat agar Lim Guan Eng tidak terus bersikap mendiamkan diri apabila terdesak, sebaliknya perlu menjelaskan perkara yang sebenar serta sanggup pula berhadapan dengan tindakan undang-undang ekoran menubuhkan pertubuhan haram dengan tujuan subversif dan menimbulkan ketakutan kepada orang awam.

Ramai yang mulai mempersoalkan peranan serta kewujudan PPS. Kalau hendak dikatakan PPS ditubuhkan untuk menjaga keselamatan dan mengurangkan kadar jenayah, PPS sebenarnya yang menjadi penyumbang utama perlanggaran undang-undang di seluruh Pulau Pinang. Ditambah pula dengan dua insiden mendatangkan kecederaan kepada orang awam, menunjukkan PPS ditubuhkan bukan untuk tujuan itu sebaliknya sebagai gestapo bagi pihak Lim Guan Eng.



Desakan juga dibuat agar Lim Guan Eng mendedahkan jumlah sebenar keanggotaan PPS mengikut pecahan kaum dan sumber kewangan yang disalurkan, selain kebenaran siapa yang membolehkan PPS membawa peralatan senjata seperti kayu, rotan dan cota selain menggunapakai jata Kerajaan Negeri pada vest anggota-anggota tersebut.

Kenyataan Phee Boon Poh yang cuba menuding jari kepada Kerajaan Pusat untuk menghalalkan penubuhan PPS, kononnya selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No.20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara (Semakan 2012) juga sangat tidak berasas.

Ini adalah kerana arahan MKN itu hanya bersifat sementara dalam menghadapi bencana alam, bukannya bersifat jangka panjang dan mencuri fungsi pasukan keselamatan seperti yang dibuat pada PPS oleh DAP Pulau Pinang.


Justeru keputusan PDRM untuk menyiasat PPS di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966, amat dialu-alukan. Apatah lagi Pasukan Peronda Sukarela milik Lim Guan Eng itu semakin menunjukkan sikap agresif dan subversif mereka kerana sering berasakan, undang-undang Malaysia tidak terpakai di Pulau Pinang dan DAP boleh berbuat sekehendak hati, termasuklah mencederakan sesiapa sahaja yang menentang projek-projek mega Lim Guan Eng yang jelas mempunyai motif komisyen untuk kocek sendiri!

NGA KOR MING Kerahkan Sultan Selangor Ikut Kehendak Lim Kit Siang Dan Anwar Ibrahim

· 6 comments


Sikap biadap Nga Kor Ming memang tidak perlu diperkatakan. Setiap yang keluar daripada kenyataannya, semuanya menjurus ke arah kebencian terhadap Melayu, Islam dan Bumiputera.

Hina DYMM Yang Di-Pertuan Agong...
Hina Islam...
Hina Bahasa Melayu...
Hina Hak Melayu dan Bumiputera...
Hina Syarikat-Syarikat Melayu...
Hina Usahawan dan Perniagaan Melayu...
Hina Kakitangan dan Penguatkuasa Melayu...
Hina Parti-Parti dan Kesatuan Melayu...

Semua itu telah dilakukan oleh Nga Kor Ming semenjak namanya dikenali di persada politik Malaysia bermula dari tahun 2008. Apa lagi yang tidak dihinanya. Asalkan ada elemen Melayu-Islam dan Bumiputera, semuanya akan dihina. Dan orang ini jugalah yang mempertikaikan penyaluran peruntukan untuk masjid-masjid, surau-surau dan sekolah-sekolah agama, padahal ianya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor turut mendapat perhatian Nga Kor Ming. Sudah tentulah perhatian Nga Kor Ming adalah pada DYMM Sultan Selangor memandangkan kuasa memilih, memperkenan dan melantik Menteri Besar Selangor adalah hak dan kuasa mutlak Sultan Selangor.

Apakah kenyataan  yang dikeluarkan oleh Nga Kor Ming ini sebenarnya mahu memberitahu rakyat Selangor bahawa Selangor telah dijajah oleh DAP dan Sultan Selangor sudah tidak ada sebarang kuasa, melainkan terpaksa mendengar dan akur dengan sebarang perintah Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim?

Apakah Nga Kor Ming mahu memberitahu bahawa sebarang keputusan DYMM Sultan Selangor yang tidak berkenan di hati Lim Kit Siang/Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim merupakan satu perlanggaran undang-undang?

Nampak benar gelojoh DAP yang baru menang sedikit tetapi bercita-cita besar untuk menghalau dan menghapuskan Melayu!!!


INNER CIRCLE ANWAR IBRAHIM Dedah Mesyuarat Memburuk-burukkan Setiausaha Agung PAS Pada 17 Ogos

· 2 comments



Kemelut Pakatan Rakyat di Selangor belum lagi berkesudahan. Kemarahan kepada PAS yang kelihatan hampir pasti akan merampas jawatan Menteri Besar Selangor dari PKR, telah membuatkan golongan yagn rapat dengan Anwar Ibrahim, mengeluarkan pelbagai cerita aneh, terutama sekali yang memburuk-burukkan PAS. 
 
Sasaran utama mereka adalah Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. 
 
Berikut adalah pendedahan yang dibuat oleh dua orang Inner Circle Anwar Ibrahim kepada BULETIN 247.
 
---- *** ----

Pada petang 17 Ogos pertemuan Majlis Pimpinan Rakyat, Mustafa Ali tidak setuju dengan satu nama dan minta keputusan di bawa balik ke PAS Pusat untuk dibincangkan semula, tapi Mat Sabu berkeras, Salehudin Ayub dan Dr Hatta diam..(tanda setuju)...lalu PKR, DAP, bertegas mahu nama DSWA sahaja.... 25 Ogos 2014 PAS Pusatbincang semula samada keputusan yg dibuat oleh delegasi PAS itu boleh diterima atau ditolak...dan jika ditolak akan berulang semula penamaan baru untuk calon MB Selangor....mungkin selepas itu ayam daging atau ayam telor tak boleh jadi wakil PAS lagi.
 

KRONOLOGI MUSTAFA ALI

●17hb Ogos 2014

■10 pagi. Mesyuarat JKPP bersetuju
1. DS Wan Azizah
2. Azmin

■4 petang. Majlis Pimpinan PR bersetuju selepas Azmin menarik diri:
1. DS Wan Azizah kekal.

2. Pimpinan juga bersetuju 3 peguam dari ketiga-tiga parti membuat surat untuk menyatakan sokongan kepada Wan Azizah sebagai MB untuk di hantar kepada Sultan Selangor.

●22hb Ogos 2014.

☆Mustafa Ali (U Turn) enggan menandatangani surat yg di buat Peguam ke tiga-tiga parti.

☆Malangnya telah berlaku perjumpaan Presiden PAS TG Hj Hadi dengan Timbalan Presiden PKR Azmin untuk memujuk Azmin bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan:

PAS (13) + TSKI + AZMIN + 3 Orang PKR Lompat = 18 Orang

Baki Yang seterusnya datang dari mana..?

Telah wujud pakatan di dalam kelam iaitu tambahan dari BN(12)

JUMLAH KESELURUHAN
18 + 12 = 30

Pakatan Kerajaan Perpaduan diyakini dapat di bentuk bersama-sama dengan Azmin.

1. Azmin diberikan masa menanti selama 6 bulan untuk TSKI menghabiskan tempoh pemerintahan sebagai MB di Selangor.

2. Azmin akan mengambil alih selepas 6 bulan sebagai MB Selangor.

3. Azmin yang mempunyai sentimen peribadi dengan TSKI akhirnya memaklumkan kepada Pimpinan PKR pertemuan beliau dengan TG Hj Hadi. RAHSIA TERBONGKAR.

4. Mesyuarat JKPP dicipta khas pada 25 Ogos 2014, Isnin untuk sekali membuat U TURN keatas perjanjian yang telah di buat.

5. Segala perancangan ini diatur oleh Mustafa Ali.

PERSOLAN WALA'.
KEPADA SIAPA SEBENARNYA WALA'..?

Ketua dan yang mengetuai misi ini ialah:
1. Mustafa Ali. (Ketua Perancang)
2. TG Hj Hadi. (Pengikut Rancangan)
3. Dr Samsuri SETPOL Presiden (Pengikut Rancangan)

A. Sedarkah ahli-ahli PAS dan PIMPINAN PAS yang sebenar-benar mengatur rancangan ialah Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS yang bukannya Ulama. Beliau telah mempergunakan Presiden sebagai mencatur bagi kerja politik ini.

B. Beliau ialah Bekas Ketua Pemuda PAS 1978 yang pernah mengemudikan Pemuda bersama TG Hj Hadi yang pada ketika itu AJK beliau. TG Hadi masih mengguna pakai Mustafa Ali sebagai orang yang pernah menjadi Ketua beliau suatu ketika dahulu.

C. Presiden hanya mengikut cakap Mustafa Ali sehinggakan beberapa kes yang telah di kenal pasti.

i). Pemerintahan PAS Terengganu. Kesemuanya dilakukan oleh Mustafa Ali sehinggakan Terengganu terlepas ketangan BN 2004.

Pencaturan politik Mustafa Ali menguasai keadaaan. Bukan TG Hj Hadi yang menjadi Menteri Besar tetapi Mustafa Ali yang mengawal pentadbiran.

ii). Pencaturan politik Perak juga berlaku sehingga Kerajaan Perak tumbang di tangan BN

iii). Tanyalah kepada orang-orang yang terlibat di dalam kemelut di Kedah. Siapakah yang terlibat di peringkat pusat sehinggakan kemelut Kedah gagal di tandatangani? Mustafa Ali juga sebagai pencatur sehingga kecundang kerajaan PAS Kedah.

iv). Kes Selangor selaku isu terkini. Mustafa Ali kini cuba menjuarai politik PAS dengan membuat percaturan keatas Presiden PAS sehinggakan politik Selangor menjadi kelam kabut.

D. Perlukah kita wala' kepada pencatur politik buat Presiden yang di belakangnya Mustafa Ali selaku penyusun bidak-bidak catur.

E. Ahli dan Penyokong PAS harus sedar hakikat politik dalaman PAS pada ketika ini. Kelicikan Mustafa Ali mesti di hentikan.

F. Semenjak Tahun 1978~ 2014 (36 Tahun). Mustafa Ali masih kekal bergayut sebagai Dewan Harian tanpa gagal.

G. Pengarah Pilihanraya PAS Pusat di tubuhkan hanya untuk memasukkan Mustafa Ali sebagai Ahli Dewan Harian. Bukankah kuat pegangan politik beliau di dalam PAS Pusat..?

H. Politik beliau sentiasa segar (Ever Green) kebelakangan ini apabila mempergunakan Presiden untuk sebarang percaturan.

I. Politik Mustafa Ali seperti juga politik Marwan Al Hakam. Sentiasa kekal berselindung sepanjang zaman.

SIAPAKAH MARWAN AL HAKAM....??

1. Pernah di lantik sebagai Gabenor Madinah zaman pemerintahan Saidina Ustman Al Affan.

2. Pencatur politik zaman Saidina Ustman sehingga berlaku kekalutan politik pada ketika itu yang akhirnya berakhir dengan kematian Khalifah.

3. Di antara pencatur yang terlibat sehingga tercetusnya Peperangan Jamal.

4. Pencaturan politiknya yang sentiasa di lihat Ever Green berjaya mengambil alih Tanpuk Pemerintahan Kerajaan Khalifah Bani Umaiyah 623H~685H.

5. Jawatan Khalifah akhirnya berjaya di serahkan kepada anaknya iaitu Abdul Malik Bin Marwan.

6. Politik Marwan yang licik telah menyebabkan beliau mampu bertahan dari zaman Saidina Ustman Al Affan menjadi khalifah sehinggalah beliau sendiri menguasai tampuk pemerintahan Khalifah Kerajaan Bani Umaiyah. Puluhan tahun menjadi pencatur politik sehingga meletakkan beliau di atas singgah sana.

KESIMPULAN :

Poiltik Mustafa Ali harus di hentikan serta merta jika ingin melihat Pakatan Rakyat berjaya mengemudikan perjalanan ke Putra Jaya.

Pakatan Rakyat yang berkecamuk pada ketika ini ialah hasil usaha Mustafa Ali yang telah mempergunakan Presiden PAS demi survival politiknya.

ANWAR IBRAHIM Perlu Jelaskan, Apa Motif Dia Ke Tel Aviv Pada 20 Ogos Lalu!!!

Monday 25 August 2014 · 12 comments


Sebelum ini hanya desas-desus dan itenary yang dipaparkan. Kini keratan tiket penerbangan Royal Jordan Air ke Tel Aviv pada 20 Ogos yang memaparkan nama Anwar Ibrahim, tarikh perjalanan dan nombor tempat duduk pula didedahkan. (RUJUK POSTING INI)

Anwar Ibrahim mengambil kesempatan daripada perhimpunan Kesatuan Ulama Sedunia yang menyaksikan Presiden PAS, Hadi Awang dilantik sebagai salah seorang daripada Naib Ketua oleh Yusof Qardawi yang diangkat sebagai Ketua Kesatuan Ulama Sedunia yang berlangsung di Istanbul.

Kepada para penyokongnya, Anwar memberitahu kononnya dia telah mempengaruhi Yusof Qardawi dan pemergiannya ke Istanbul adalah untuk memastikan Hadi Awang benar-benar dilantik ke jawatan tersebut.

Yang tidak diberitahu oleh Anwar Ibrahim ialah, dia hanya transit di Istanbul selama beberapa jam sahaja, sebelum menaiki pesawat Royal Jordan Air dari Istanbul ke Tel Aviv pada 20 Ogos.

Kaitan Anwar Ibrahim dengan Zionis telah lama diperkatakan terutama sekali bantuan kewangan dan latihan yang diterimanya menerusi badan-badan utama propaganda Zionis dunia. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim sentiasa berhelah dan menyatakan bahawa semua itu hanyalah fitnah semata-mata.


Kini, menjelang hari-hari terakhir sebelum dia disumbat masuk ke penjara, Anwar Ibrahim ke Israel, sebuah negara yang tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Malaysia, malahan pada pasport antarabangsa Malaysia tertera jelas ayat yang tidak  membenarkan mana-mana rakyat Malaysia menggunakan pasport tersebut untuk masuk ke Israel.

Anwar Ibrahim perlu menjelaskan kepada umum dan kepada rakyat Malaysia, apa yang telah membawanya ke Israel dan mengapa dia tergesa-gesa ke Tel Aviv dan kemudian balik semula ke Malaysia? Apa urusan Anwar Ibrahim di Tel Aviv?

PENGURUS Cinabeng DAP RASIS Hong Leong Bank Tak Mengaku Salah

Sunday 24 August 2014 · 20 comments



 


JOHOR BAHARU: Seorang pengurus bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Ahad di atas tuduhan mengucapkan ayat berbaur perkauman kepada seorang pekerjanya empat bulan lalu.

Liau Choy Wan, 44 didakwa dengan sengaja mengucapkan ayat berbaur perkauman itu yang membangkitkan kemarahan pekerjanya, Zulkefli Zainal, 49 dan mengetahui perbuatan itu mampu menjejaskan keamanan.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan di Hong Leong Bank Berhad, Aras 5, Wisma Tiong Hua, Jalan Kris, Taman Seri Tebrau di sini pada pukul 6 petang, 8 April lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Md Zahar Ngah yang mewakili Choy Wan memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain memberitahu jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 September ini untuk sebutan semula kes.

SUMBER: THE STAR ONLINE

ANWAR IBRAHIM Cakap Besar, Kononnya Dialah Yang Pengaruhi Qardawi Untuk Lantik Hadi Awang Sebagai Naib Ketua

Saturday 23 August 2014 · 15 comments

Sekarang ini, orang PKR sedang bercakap besar. Kata mereka, kalau bukan kerana bantuan, pengaruh dan usaha bersungguh-sungguh Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Hadi Awang tidak akan dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

Kata mereka lagi, Hadi Awang bukannya kenal baik dengan Yusof Qaradawi. Yang kenal baik dan akrab dengan Qardawi adalah Anwar Ibrahim. Malah Qardawi sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang menyokong Anwar Ibrahim dalam menghadapi isu liwat.

Jadi, orang PAS tidak seharusnya berasa bangga dengan perlantikan Hadi Awang itu kerana tanpa jasa baik Anwar Ibrahim, maka Hadi Awang tidak akan diangkat ke jawatan tersebut.

Pecacai PKR menjustifikasikan pemergian Anwar Ibrahim ke Turki pada 20 Ogos lalu yang kemudian, dalam tempoh beberapa jam kemudian, telah berangkat ke Tel Aviv. [

Untuk menutup malu, PKR cuba mencari pelbagai helah dan kebetulan pula, Hadi Awang telah dilantik oleh Yusof Qardawi sebagai salah seorang daripada tiga orang Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, maka alasan itulah yang digunakan untuk bermegah-megah.

Hakikatnya, Anwar Ibrahim tidak sempat bertemu dengan Yusof Qardawi kerana difahamkan Yusof Qardawi enggan bertemu dengannya. Sebaliknya, Anwar ke Istanbul selain destinasi awalnya adalah Tel Aviv adalah untuk memujuk Hadi Awang agar bersetuju dengannya melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor, bukannya Azmin Ali.

Disebabkan semuanya gagal, dan perlu bergegas ke Tel Aviv untuk mengambil dana, Anwar Ibrahim terlepas peluang tersebut. Itulah sebabnya, PAS mengambil keputusan 'menggantung' sebarang urusan dengan PKR dalam isu perlantikan Wan Azizah apabila 13 orang ADUN PAS Selangor enggan menurunkan tandatangan ke atas surat perjanjian dan taat setia kepada Wan Azizah.

Memandangkan keadaan semakin gawat, manakala keputusan perlantikan Menteri Besar Selangor kelihatan lebih memihak kepada PAS Selangor, Anwar Ibrahim terpaksa mengarahkan konco-konconya mencipta pelbagai cerita agar maruah Hadi Awang terus tercemar, selain mengangkat Anwar Ibrahim sebagai individu terpenting dan sangat berpengaruh sehinggakan Hadi Awang yang tidak mempunyai sebarang pengaruh dunia pun, boleh dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

SAM KETOT Terus Belasah dan Hina Presiden PAS Dalam Ucapan Dasar Ketua AMK

· 5 comments

Barangkali berang dengan kegagalan PKR mendapat persetujuan daripada 13 orang ADUN PAS Selangor yang lain untuk memberikan ikrar taat setia serta sokongan kepada Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, Naib Presiden PKR yang baru, Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot menjadikan Hadi Awang, Presiden PAS sebagai bahan sesahannya.

Menurutnya, dalam isu kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor, PAS yang perlu dipersalahkan. Malah PAS sebenarnya yang menjadi punca isu tersebut berpanjangan.

Ini adalah kerana PAS gagal memberikan komitmen utama kepada PKR dan Anwar Ibrahim untuk melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Tindakan PAS itu juga telah menyebabkan Pakatan Rakyat hampir berpecah belah. Manakala Hadi Awang selaku Presiden PAS pula, terlalu jahil dan terlalu sombong untuk mengakui bahawa Anwar Ibrahim lebih berwibawa dan lebih hebat berbandingnya.

Sam Ketot juga menempelak Hadi Awang kerana bukan sahaja menolak cadangan PKR menamakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 23 Julai lalu, tetapi turut tidak hadir mesyuarat dan hanya diwakili oleh Timbalannya, Mat Sabu serta Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.

Sedangkan kedua-dua orang itu, dilihat tidak mampu memberikan keputusan akhir kerana semua keputusan terletak di tangan Hadi Awang.

Tindakan yang dilakukan oleh Hadi Awang, dilihat oleh Sam Ketot sebagai memperkecil-kecilkan Anwar Ibrahim dan menghina Wan Azizah. Malah Sam Ketot secara terbuka menyelar PAS kerana beranggapan PAS lebih penting dari PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua AMK pada Kongres Nasional ke-10 di Shah Alam semalam. Ini merupakan kali kedua Shamsul menggunakan pentas Kongres AMK untuk ‘membelasah’ Hadi. Tahun lalu, Ahli Parlimen Bukit Katil itu menyelar Hadi kerana mencerca calon PKR ketika berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Kenapa ANWAR IBRAHIM Ke Israel Selepas Singgah Sebentar di Istanbul?

· 10 comments


Desas desus yang bertiup kencang dalam media sosial mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menaiki jet peribadi ke Israel di saat negara meratapi ketibaan jenazah MH17.

Menurut sumber dalaman PKR pula, Anwar hanya berada di Israel pada 20 Ogos sahaja. Selepas itu beliau telah melangkah ke Israel. Berita ini cukup panas untuk rakyat Malaysia memandangkan Israel sedang melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Malahan mereka juga menuduh Malaysia menjadi “base” untuk melatih militan untuk memerangi Israel.

Tambahan pula insiden tembakan MH17 ada juga sedikit dikaitkan dengan Israel. Walau apa pun berita ini sememangnya mengundang kemarahan rakyat terhadap Anwar yang dilihat sebagai amat mengagungkan Israel. Beliau seolah-olah bertindak mewakili Israel ataupun proxy Israel di Malaysia pula.

Menurut Masterdedah :

“PADA TAHUN 2012, ANWAR PERNAH PERGI KE TURKI. KEMUDIAN ANWAR DIPERCAYAI LESAP SELAMA 6 JAM ANTARA JAM 3.05 PETANG HINGGA 9.50 MINIT MALAM PADA 5 FEBRUARI 2012.

APA DIA BUAT MASUK ISRAEL? DALAM ATURCARA YANG DIKELUARKAN ANWAR KATA DIA PI UMRAH DENGAN WAN AZIZAH PADA MASA TERSEBUT IAITU PADA JAM 2.00 PETANG, 5 FEBRUARI .

BILA DISEMAK TIDAK ADA SATU PESAWAT PUN YANG BERLEPAS DARI TURKI PADA JAM 8.00 MALAM (4 FEB 2012) KE MEKAH DAN SAMPAI PADA JAM 2.00 PETANG DI SANA. SO ANWAR HILANG KE MANA?

BESAR KEMUNGKINAN ANWAR DIKATAKAN PERGI KE ISRAEL MENERUSI TEL AVIV MENGGUNAKAN TIGA PESAWAT BERIKUT:

1) ESB-IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05
IST – TLV by Private Flight.

2) ESB – IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05

3) IST – TLV by Turkish Airlines TA 2175. Depart 00.55. Arrival 0.305

and boarding to Mecca (Jeddah) from Tel Aviv, thru transit at Amman (AMM) with

4) TLV – AMM by Royal Jordanian RJ343. Depart 09.50. Arrival 12.05.

5) IST-ESB by Domestic flihgt TA2170. Depart 18.00. arrival 19.00

Daripada data pesawat ini, dipercayai ada kemungkinan besar Anwar Ibrahim telah menghabiskan selama 6 jam di Tel Aviv, Israel antara jam 3.00 petang hingga jam 9.50 malam.

KEMUDIAN ANWAR BALIK SEMULA UNTUK BERPIDATO DI TURKI DALAM KONGRES PENDIDIKAN ISLAM SEDUNIA.

SO PERJALANAN YANG SAMA DIPERCAYAI DIAMBIL OLEH ANWAR KETIKA KE TURKI PADA 20 OGOS 2014 LEPAS.


SUMBER: PRU-14 

KONGRES AMK Tegang, 9 Exco Yang Baru Dipilih Bertindak Keluar Dewan Persidangan

Friday 22 August 2014 · 0 comments


SHAH ALAM 22 Ogos - Sedikit ketegangan tercetus di penghujung Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ke 10 selepas sembilan exco yang baru dipilih pada pemilihan Mei lalu bertindak keluar dari dewan persidangan selepas menerima watikah perlantikan.

Kesembilan-sembilan exco terbabit meninggalkan meja persidangan masing-masing sejurus selesai sesi bergambar dan tidak menghiraukan arahan Speaker yang meminta mereka untuk berada di tempat masing-masing.

Salah seorang ahli AMK ketika kejadian telah memberitahu Rakyat News, tindakan keluar tersebut berlaku selepas exco-exco yang keluar terbabit dikatakan 'tidak sebulu' dengan Ketua AMK yang baru, Nik Nazmi Nik Ahmad.

AMK dikatakan berpecah kepada tiga kumpulan besar dan ketiga-tiga kumpulan tersebut dipimpin oleh ketua tersendiri serta dipercayai tidak boleh bekerjasama bersama-sama.

Nik Nazmi yang ditemui selepas itu menjelaskan, beliau tidak menganggap tindakan tersebut sebagai suatu isu yang besar kerana baginya apa yang penting untuk beliau sekarang adalah untuk berkhidmat untuk rakyat.

Katanya, setiap ahli exco yang telah dilantik sepatutnya melupakan kekecewaan dan sentiasa melangkah ke hadapan sekaligus memperkukuhkan lagi parti.

"Banyak lagi kerja untuk dilakukan oleh kita (AMK), jadi mesej saya senang, mari kita buat kerja, ketegangan yang tercetus akibat pemilihan itu sepatutnya kita lupakan sahaja.

"Saya jangkakan ia tidak akan kekal sebegini untuk tempoh yang lama, kalau hendak merajuk pun berapa lama, kita perlu terus melangkah ke hadapan kerana terdapat banyak lagi isu rakyat yang perlu kita selesaikan," katanya.

SUMBER: RAKYAT NEWS

ZURAIDAH KAMARUDDIN Cakap Besar Nak Sifarkan Kerusi DUN UMNO

· 15 comments

Semakin menjadi-jadi tahap kebengongan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Terbaru adalah Zuraidah Kamaruddin, bekas penjual buah tepi jalan yang mengugut DYMM Sultan Selangor agar tidak membubarkan DUN Selangor.

Menurut Zuraidah, kalau DYMM Sultan Selangor bubarkan DUN Selangor, seluruh rakyat Selangor akan marah. Semua rakyat Selangor akan memberontak. Lebih malang lagi, 12 kerusi DUN Selangor yang kini dipegang oleh UMNO, akan kehilangan semuanya kepada Pakatan (baca: PKR).

Kata Zuraidah lagi, DYMM Sultan Selangor sepatutnya mengikut Perlembagaan dan tidak bertindak sesuka hati. Menurutnya lagi, tindakan Sultan Selangor membubarkan DUN Selangor adalah NONSENSE, tidak munasabah dan bertentangan dengan Perlembagaan Negeri sedangkan di dalam Perlembagaan Negeri itu terkandung jelas kuasa-kuasa Sultan Selangor termasuklah membubarkan DUN dan melantik Menteri Besar.



Barangkali Zuraidah langsung tidak tahu tentang hal tersebut tetapi sekadar bercakap berdasarkan otak penjual buah di tepi jalan!

Dan yang paling menarik ialah apabila Zuraidah turut memberi amaran, Pakatan Rakyat akan memenangi kesemua 56 kerusi DUN sekiranya DYMM Sultan Selangor membubarkan DUN.

Dengan kata lain, Zuraidah Kamaruddin sebenarnya cuba memberitahu bahawa DYMM Sultan Selangor adalah salah seorang pemimpin UMNO yang perlu sedar bahawa pembubaran DUN Selangor, tidak akan memenangkan UMNO, sebaliknya baginda akan lebih terpukul kerana tiada seorang pun wakil UMNO dalam DUN Selangor!

RAFIZI RAMLI Rupa-Rupanya Bodoh dan Buta Bahasa Inggeris!

· 8 comments


Mungkin sebab dah terdesak sangat untuk menipu dan mengelak, akhirnya Rafizi Ramli mendedahkan kebahlolannya terutama sekali dalam Bahasa Inggeris. Rafizi Ramli cuba membodohkan orang lain, tetapi yang sebenarnya dialah yang bodoh dan tidak faham Bahasa Inggeris. 

Ternyata, menjadi Pengarah Strategik tidak memberikan jaminan bahawa seseorang itu akan menjadi lebih pandai. Justeru, tidak hairanlah mengapa Rafizi Ramli kalah dalam perebutan menjadi Ketua Cabang Kemaman dan hanya memperolehi undi kecil dari Cabang Pandan di mana Parlimen Pandan diwakilinya.

Antara alasan Rafizi menafikan dokumen KAJANG MOVE yang telah didedahkan oleh satu pihak yang sakit hati dengan PKR ialah perkataan 'EYES ONLY'. 

Kata Rafizi, dokumen tersebut adalah palsu memandangkan penulis dokumen palsu tersebut tidak mahir berbahasa Inggeris kerana menggunakan 'EYES ONLY' sedangkan sepatutnya 'P&C' atau 'PRIVATE AND CONFIDENTIAL'. 

Di sinilah kebodohan dan kebebalan luar biasa ditunjukkan oleh Rafizi Ramli. Penggunaan P&C atau PRIVATE AND CONFIDENTIAL adalah untuk kegunaan awam. Berbanding FOR YOUR EYES ONLY atau EYES ONLY yang lebih bertepatan untuk digunakan bagi TOP SECRET atau kategori yang lebih tinggi. 

Rafizi Ramli bersama-sama kebebalannya, cuba memutarbelitkan penggunaan ungkapan tersebut. Barangkali sewaktu kelas Bahasa Inggeris dahulu, Rafizi Ramli yang perasan bijak, tidak pernah masuk ke kelas. Jadi, dia tidak faham bahawa EYES ONLY digunakan secara meluas di seluruh dunia. EYES ONLY merujuk kepada mata si penerima sahaja dan tidak boleh dikongsi.

Walaupun secara umumnya, pengertiannya hampir sama dengan CONFIDENTIAL bagaimanapun CONFIDENTIAL tidak terhad pada sepasang mata sahaja dan ia biasanya digunakan untuk tujuan perniagaan.

Dokumen-dokumen yang sangat sensitif dan merupakan mempunyai kerahsiaan tahap tinggi, biasanya tertera perkataan EYES ONLY memandangkan orang yang menerimanya dilarang keras daripada menyebarkan atau berkongsikan rahsia tersebut dengan orang lain.

EYES ONLY juga seringkali digunakan untuk mesyuarat dalaman bagi membincangkan isu-isu penting yang hanya membabitkan beberapa orang individu penting dan dengan arahan jelas bahawa dokumen berkenaan tidak boleh dipanjangkan kepada mana-mana individu di luar lingkungan tersebut atau di luar bilik mesyuarat. Ini adalah kerana dokumen tersebut mengandungi isu-isu yang sangat sensitif.

Dalam keadaan ini, EYES ONLY lebih tepat digunakan untuk membawa mesej jelas berbanding PRIVATE AND CONFIDENTIAL.

Motif utama Rafizi Ramli adalah untuk mengelirukan pemikiran masyarakat awam dengan permainan Bahasa Inggerisnya dengan harapan, rakyat atau penyokongnya dapat menerima hujah bodohnya itu tanpa sebarang sanggahan.

Jangan terkejut sekiranya ada lepasan universiti dari luar negara yang percaya hidup-hidup dengan cakap kaki temberang dan kaki fitnah nombor dua selepas Anwar Ibrahim itu. Dan jangan juga terkejut apabila ada di kalangan mereka nanti yang bersungguh-sungguh mempertahankan Rafizi sambil menyatakan Rafizi betul, EYES ONLY salah!

Atau Rafizi Ramli barangkali malu nak cakap, UNGKAPAN yang digunakan dalam PKR hanyalah, 'ASS ONLY'!!!

KHALID SAMAD Perlu Dikenakan LARANGAN Memasuki, Bermastautin dan Bekerja di Selangor!

· 5 comments

Bukan tidak ada larangan yang dikenakan kepada individu kelahiran negeri lain untuk memasuki, tinggal, bekerja mahupun sekadar menggunakan laluan di sesebuah negeri. Bagaimanapun, disebabkan ianya tidak begitu dipraktikkan dan kebanyakan rakyat Malaysia pula beranggapan, semua negeri adalah sama dan berada di dalam Persekutuan Malaysia, perkara berkenaan tidak pernah dipedulikan.

Malangnya, mereka terlupa bahawa Malaysia terdiri daripada 11 buah negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu, dengan Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu. Satu lagi adalah Wilayah Persekutuan yang merupakan satu-satunya wilayah milik Kerajaan Persekutuan merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Setiap negeri mempunyai rang undang-undangnya sendiri. Setiap negeri juga mempunyai Undang-Undang Tubuh Negeri. Dan 9 buah negeri mempunyai raja mereka sendiri yang memberi isyarat bahawa apa-apa sahaja yang berlaku dalam negeri tersebut baik yang membabitkan hal ehwal orang Islam, mahupun bukan Islam, yang miskin mahupun yang kaya, semuanya berada di bawah bidang kuasa Sultan.

Selangor merupakan salah sebuah negeri itu. Bagaimanapun, oleh kerana Selangor telah lama dijadikan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai kawah ekonomi negara, ramailah yang datang ke Selangor untuk bekerja dan berhijrah. Walaupun sebahagian daripada mereka telah menjadi penduduk Selangor, tetapi kerakyatan mereka tetap tertakluk kepada negeri masing-masing.

Khalid Samad barangkali terlupa tentang perkara itu apabila dia terlalu teruja dengan sistem Presiden yang cuba dimajukan oleh Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim sudah terlalu lama bercita-cita mahu menjadi Presiden pertama Malaysia, jauh sebelum tahun 1974 lagi apabila dia sangat terpengaruh dengan fahaman Sosialis yang kemudian dirasuah oleh sistem kapitalis membuatkan dia terlalu menyanjungi Amerika Syarikat.

Anwar Ibrahim mahu menghilangkan latar belakang dan susur galur keturunannya yang dianggap cukup hina. Ditambah pula dengan catatan sejarah terkini yang menyaksikan dia gagal menepis sama sekali apa yang disifatkannya sebagai fitnah dan konspirasi dalam kes meliwat bekas pemandu peribadi isterinya dan bekas pembantu peribadinya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid Samad agar kuasa Sultan Selangor disekat dan dihalang, amat biadap dan seharusnya membolehkan dia menanggung natijah daripada kejahatan mulutnya sendiri. Walaupun kemudiannya dia menyatakan, itu bukanlah pendapatnya tetapi pendapat orang ramai di Internet, sebenarnya itulah pendapat Khalid Samad. Khalid Samad yang menuturkannya dan Khalid Samad juga yang membuat kenyataan di media.

Tindakan harus dikenakan kepada Khalid Samad. Dia tidak seharusnya dibiarkan lagi berada di Selangor. Malah jawatannya selaku Ahli Parlimen Shah Alam, seharusnya dilepaskan memandangkan Shah Alam terletak di Selangor dan Selangor sepenuhnya berada di bawah bidang kuasa DYMM Sultan Selangor.

Krisis Perlembagaan 1993 yang seringkali digunakan sebagai senjata oleh Pakatan Rakyat untuk bersikap biadap dan kurang ajar kepada Raja-Raja Melayu dan dimomok-momokkan kononnya perbuatan kurang ajar dan biadap mereka itu adalah hasil kerja UMNO, sebenarnya tidak lagi terpakai memandangkan Pindaan Perlembagaan 1993 membabitkan kuasa Raja-Raja langsung tidak membuang atau menjadikan Raja-Raja Melayu sebagai patung dan boneka. Sebaliknya, Raja-Raja Melayu dari 9 buah negeri di Semenanjung, masih berkuasa penuh seperti sebelum 1993 dan 1983.

Perlu diingat, Angkatan Tentera Malaysia dan Rejimen Askar Melayu Diraja, masih lagi pemerintah tertingginya adalah DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Begitu juga dengan PDRM dan apa-apa sahaja yang ada perkataan DIRAJA..

Jangan sampai Khalid Samad tidak dapat membezakan yang mana bumi dan yang mana langit semata-mata kerana kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim!

MH17: Senarai lokasi penghantaran, persemadian jenazah.

Thursday 21 August 2014 · 0 comments


PUTRAJAYA:
------------------------
1. Ahmad Hakimi Hanapi (L)- Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 2

2. Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20

KUALA LUMPUR:
------------------------------
-
1. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Tanah Perkuburan Batu Muda, Gombak.

2. Dora Shahila Kassim (P) - Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara.

3. Mabel Anthony Samy (P) - (Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi).

4. Paul Rajasingam / Sivagnanam (L) - (Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi).

SELANGOR:
---------------------
1. Foo Ming Lee (L) - Nirvana Memorial Park, Shah Alam.

2. Karamjit Singh Karnail Singh (L) - Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.

3. Ng Qing Zheng (L) - Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.

4. Angeline Premila Rajandaran (P) - Jenazah dihantar ke Bandar Bukit Tinggi 2, Klang.

NEGERI SEMBILAN:
----------------------------------
1. Mastura Mustafa (P) - Tanah Perkuburan Paroi, Negeri Sembilan.

2. Lee Hui Pin (P) - Taman Peringatan Nilai.

JOHOR:
-------------------
1. Elisabeth Ng Lyeti (P) - 14-21, Lorong Perkasa, Jalan Haji Jaib, Muar.

2. Mohd Ali Md Salim (L) - Tanah Perkuburan Kg.Raja, Muar.

3. Hasni Hardi Parlan (L) - Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Segamat.

PERAK:
---------------
1. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama, Tambun.

2. Chong Yee Pheng (P) - Paradise Memorial Park, Chemor.

3. Azrina Yakob (P) - Tanah Perkuburan Masjid AL Hidayah, Taiping

SARAWAK:
--------------------
1. Ariza Ghazalee (P) - Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching.

2. Muhammad Afif Tambi (L) - Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching.

PEKERJA TNB Hampir Putus Tangan Kerana Ditetak, Gara-Gara Potong Bekalan Elektrik Rumah Pelanggan

· 20 comments


SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.

“Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam. Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di Kuala Lumpur untuk pembedahan.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

SEORANG Rakyat Malaysia Yang Berjuang Menentang Rejim Assad di Syria, Terbunuh

Wednesday 20 August 2014 · 6 comments



Berita kematiannya dimaklumkan seorang rakyat Malaysia lain yang turut berada di sana menerusi Facebook.

Abu Turab dikatakan gugur ketika mempertahankan Kampung Syar’aya selepas bertempur selama satu jam.

Difahamkan, Allahyarham yang sering membaca al-Quran dan solat malam sempat mengucap dua kalimah syahadah sambil memberi isyarat jari telunjuk sebanyak sepuluh kali sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Adalah satu rahsia terbuka, terdapat rakyat Malaysia yang kini berada di Syria atas misi menjadi mujahidin dan mengejar mati syahid selepas negara berkenaan berada di bawah pemerintahan Bashar Assad.

Walau pun ada yang mengaitkan perjuangan rakyat Malaysia di sana dengan kumpulan militan tertentu seperti al-Qaeda, Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) dan Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis); perkara ini dinafikan beberapa rakyat Malaysia yang berada di sana yang menggelarkan mereka sebagai ‘pejuang jihad bebas’.

Sumber mynewshub.my

TAKZIAH! ADUN BN PENGKALAN KUBOR MENINGGAL DUNIA

· 0 comments

 



AZMIN ALI Buat-Buat Terkejut Namanya Disyorkan Oleh PAS Sebagai Calon Menteri Besar

Sunday 17 August 2014 · 9 comments


Setelah sekian lama mendiamkan diri walaupun dia adalah salah seorang daripada dalang yang menghuru-harakan Selangor, akhirnya Azmin Ali bersuara.

Katanya, dia 'TERKEJUT' apabila PAS mengumumkan namanya sebagai Menteri Besar Selangor bersama-sama Wan Azizah.

Dalam satu kenyataan yang dibuatnya sebelum ini, Azmin Ali cuba menunjukkan marah apabila dia dikatakan tidak bersetuju menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim.

Azmin Ali merupakan dalang utama gerakan menggulingkan Khalid Ibrahim dari tahun 2008 lagi. Cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor, bagaimanapun tidak tercapai apabila namanya tidak diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor sewaktu Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan Selangor di bawah pentadbiran mereka pada 2013 lalu. Bagaimanapun, Azmin Ali tidak pernah berhenti berharap untuk jawatan tersebut dan pelbagai kaedah dan cara dilakukan untuk tujuan tersebut.

Menariknya, Azmin Ali tidak pernah mendabik dada atau muncul menunjukkan dia adalah dalang sebenar. Sebaliknya dengan menggunakan orang lain, terutama sekali Anwar Ibrahim, Azmin Ali cuba menguasai pentadbiran Selangor dengan kaedah yang tidak mempersalahkannya.

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Azmin Ali buat-buat terkejut walaupun dia benar-benar mengharapkan jawatan Menteri Besar Selangor berada dalam genggamannya memandangkan dia adalah pemimpin PKR paling senior berbanding orang lain, termasuklah Wan Azizah sendiri.

PAS Tarik Balik Sokongan Ke Atas Khalid Ibrahim dan Sokong Wan Azizah

· 23 comments

Seperti yang dijangka oleh kebanyakan pihak berdasarkan beberapa situasi, termasuklah amaran keras kepada Saari Sungib dan Hasnol Baharuddin yang tidak dikuatkuasakan, PAS akhirnya membuat U-Turn apabila hasil mesyuarat AJK PAS Pusat mengumumkan bahawa TELAH SEBULAT SUARA untuk menarik kembali sokongan kepada Khalid Ibrahim dan memberikan sokongan kepada Wan Azizah serta Azmin Ali.

Walaupun PAS telah dimaki hamun dan dicerca ekoran lambat membuat keputusan sama ada membiarkan PKR dan DAP terus menjajah parti tersebut, akhirnya keputusan yang dipengaruhi oleh kumpulan Anwarinas dalam Jawatankuasa PAS Pusat menyebelahi Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, keputusan yang dibuat oleh PAS agar mereka diterima di dalam Pakatan Rakyat itu, tidak efektif sehinggalah DYMM Sultan Selangor kembali pada 27 Ogos nanti. Penyenaraian nama Wan Azizah dan Azmin Ali juga bukanlah mutlak memandangkan Khalid Ibrahim masih mempunyai satu lagi pilihan iaitu, membubarkan DUN Selangor atas nasihat DYMM Sultan Selangor. 

CUBAAN Kali Kedua DAP Buat Demonstrasi Desak Khalid Ibrahim, TETAP JUGA GAGAL!!!

Saturday 16 August 2014 · 6 comments

Pagi tadi, kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Riben Hitam telah membuat satu demonstrasi bermula dari jam 11:15 pagi sehingga 12:20 tengah hari di hadapan Pusat Khidmat ADUN Cempaka, beralamat di No.03-1A, Jalan Hilir 1, Taman Sri Angsana Hilir, Ampang untuk mendesak Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Kumpulan Riben Hitam merupakan kumpulan NGO tidak berdaftar yang pro-DAP dan PKR.



Demonstrasi tersebut gagal sepenuhnya apabila ia hanya dihadiri seramai 17 orang dengan 16 orang daripada mereka adalah Cina dan seorang lelaki Melayu. Mereka yang dikenali berdemonstrasi adalah:

(1) Faizal Mustafar - Koordinator Riben Hitam
(2) Chen Kui Lin - Koordinator Riben Hitam.

Walaupun demonstrasi tersebut gagal sepenuhnya, namun kumpulan kecil itu tetap juga mengadakan sidang media. Dalam sidang media yang diadakan yang mendapat liputan dari China Press serta Guan Ming, Chen Kui Lin yang menjadi jurucakap memberitahu, Khalid Ibrahim perlu duduk bersama-sama kepimpinan PKR untuk menyelesaikan krisis jawatan Menteri Besar.


Menurutnya lagi, kempen Riben Hitam merupakan kempen rakyat walaupun tidak mendapat sambutan. Kempen itu dibuat untuk mendesak Khalid letak jawatan untuk menghormati hak rakyat. Dan menurut Chen Kui Lin lagi, calon yang paling sesuai untuk jawatan Menteri Besar yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah Wan Azizah.

Chen Kui Lin juga menyatakan, Khalid tidak sewajarnya memecat keenam-enam Exco dari PKR dan DAP.

Faizal Mustafar pula menyatakan, mereka akan mengadakan aktiviti yang sama, di Ibu Pejabat PAS Pusat pada 17 Ogos 2014 jam 9:00 pagi untuk mendesak agar PAS kembali tunduk dan patuh kepada arahan DAP dan PKR.

Menurutnya lagi, sebagai pengundi dan pembayar cukai yang menyokong Pakatan Rakyat, dia mahukan Khalid yagn sekarang ini merupakan ADUN Bebas, meletak jawatan Menteri Besar dan mengembalikan jawatan tersebut kepada Pakatan Rakyat.



Bagaimanapun, tindakan Riben Hitam pada masa akan datang, bergantung kepada hasil mesyuarat PAS Pusat sama ada parti tersebut mahu kembali diperintah oleh PKR dan DAP atau terus menyokong Khalid Ibrahim dan menyuarakan pendirian mereka secara bebas. Jikalau PAS berdegil untuk terus menyuarakan pendirian mereka dan berpegang kepada prinsip mereka, Riben Hitam akan mempergiatkan kempen demonstrasi.

Aktiviti ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan daripada ahli, penyokong Pakatan Rakyat mahupun masyarakat tempatan biarpun sebarang SMS promosi program telah dibuat secara besar-besaran di kawasan ini. Pengguna jalanraya dan masyarakat tempata yang melintasi mereka pula sekadar melihat aktiviti kempen tersebut dengan perasaan dingin walaupun ahli-ahli kumpulan pendemonstrasi tersebut terjerit-jerit penuh berseangat.

Masyarakat tempatan langsung tidak tertarik memandangakn sebahagian besar ahli kumpulan pendemonstrasi tersebut adalah berketurunan Cina yang sebahagian besarnya adalah kawasan luar. Tiada penyokong PAS tempatan yang hadir di kawasan tersebut memandangkan ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad lebih awal telah mengeluarkan nasihat agar para penyokong PAS tidak terlibat bagi mengelakkan berlakunya ketegangan.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks