"Dia Tuhan Ke?" Siti Kasim Pandang Rendah Nasihat Mufti Perak

Tuesday, 4 April 2017 | 0 comments



Tercabar betul seorang peguam apabila seorang mufti menyatakan, dia boleh dirotan 80 kali menurut al Quran sekiranya terbukti bersalah. 

Siti Kasim yang mencetuskan kontroversi ekoran kenyataannya, 'Tuhan wujud menerusi getaran', menyerang Mufti Perak, Harussani Zakaria apabila mufti berkenaan dalam satu kenyataan di Ipoh semalam menyatakan, kenyataan Siti Kasim adalah melampau. 

Katanya, Harussani tidak boleh menfitnahnya. 

"Saya tidak melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada murtad. Dia perlu mendengar keseluruhan temuramah tersebut. Jangan terkeliru dengan fitnah yang dibuat oleh Menara.my, sebuah website fundamentalis yang gemar menyerang sesiapa sahaja yang dilabelkan sebagai liberal."

Menurutnya, adalah fitnah besar apabila menuduh seorang wanita secara salah dan dihukum sebat sebanyak 80 kali  menurut al Quran," katanya menerusi akaun Facebooknya awal pagi tadi, selain menempek ayat al Quran yang menuntut empat saksi.

Semalam, Bernama melaporkan Harusani berkata, Siti Kasim tidak seharusnya menyentuh perkara Tauhid memandangkan dia tidak berkelayakan. Menurut Harussani, tindakan Siti Kasim itu boleh membuatkan dia murtad. 

Menjadi dakwaan tersebut, Siti Kasim berkata, Mufti Perak perlu membawa 'empat orang saksi' kerana 'Syariah tidak menerima bukti video'.

Nasihat Harussani agar Siti Kasim tidak mencampuri urusan agama yang dia sendiri tidak mahir, bahkan menasihatinya agar mempelajari lebih mendalam tentang agama yang dianutinya, membuatkan ego peguam berkenaan tercabar. 

"Dia Tuhan ke? Kita wajib faham akidah kita sendiri. Allah menuntut 'ummat'-Nya menggunakan akal mereka. Jadi nasihat saya kepadanya, dengar nasihat sendiri." (RUJUK SINI)

SITI KASIM Dipanggil JAKIM Untuk Bagi Keterangan Berhubung Kenyataannya, Tuhan Terhasil Dari Getaran

Monday, 3 April 2017 | 1 comments



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil aktivis sosial yang juga peguam, Siti Kasim untuk memberi keterangan sebelum mengambil tindakan berhubung kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini kerana disifatkan mengelirukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagi tindakan undang-undang akan diserahkan kepada pihak berkuasa kerajaan negeri khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam mengikut peruntukan yang bersesuaian termasuk berkaitan akidah.

"Sebagai umat Islam, kita mengambil pendekatan lebih berhemah apabila akan mendapatkan penjelasan beliau (Siti Kasim) terlebih dulu kerana berkemungkinan media tersalah lapor.


"Mungkin juga berlaku kerana kejahilan agama, jadi kita nak tahu daripada mulutnya sendiri dan kita berharap jangan pula dia tidak hadir," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dan Pelancaran Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Perkhidmatan Ambulans dan Pra Hospital, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kontroversi yang dibuat Siti Kasim sejak akhir-akhir ini terutama kenyataannya yang disiarkan portal berita bertajuk 'Melalui Getaran, Kita Menghasilkan Tuhan'.



Showing posts with label jakim. Show all posts
Showing posts with label jakim. Show all posts

"Dia Tuhan Ke?" Siti Kasim Pandang Rendah Nasihat Mufti Perak

Tuesday, 4 April 2017 · 0 comments



Tercabar betul seorang peguam apabila seorang mufti menyatakan, dia boleh dirotan 80 kali menurut al Quran sekiranya terbukti bersalah. 

Siti Kasim yang mencetuskan kontroversi ekoran kenyataannya, 'Tuhan wujud menerusi getaran', menyerang Mufti Perak, Harussani Zakaria apabila mufti berkenaan dalam satu kenyataan di Ipoh semalam menyatakan, kenyataan Siti Kasim adalah melampau. 

Katanya, Harussani tidak boleh menfitnahnya. 

"Saya tidak melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada murtad. Dia perlu mendengar keseluruhan temuramah tersebut. Jangan terkeliru dengan fitnah yang dibuat oleh Menara.my, sebuah website fundamentalis yang gemar menyerang sesiapa sahaja yang dilabelkan sebagai liberal."

Menurutnya, adalah fitnah besar apabila menuduh seorang wanita secara salah dan dihukum sebat sebanyak 80 kali  menurut al Quran," katanya menerusi akaun Facebooknya awal pagi tadi, selain menempek ayat al Quran yang menuntut empat saksi.

Semalam, Bernama melaporkan Harusani berkata, Siti Kasim tidak seharusnya menyentuh perkara Tauhid memandangkan dia tidak berkelayakan. Menurut Harussani, tindakan Siti Kasim itu boleh membuatkan dia murtad. 

Menjadi dakwaan tersebut, Siti Kasim berkata, Mufti Perak perlu membawa 'empat orang saksi' kerana 'Syariah tidak menerima bukti video'.

Nasihat Harussani agar Siti Kasim tidak mencampuri urusan agama yang dia sendiri tidak mahir, bahkan menasihatinya agar mempelajari lebih mendalam tentang agama yang dianutinya, membuatkan ego peguam berkenaan tercabar. 

"Dia Tuhan ke? Kita wajib faham akidah kita sendiri. Allah menuntut 'ummat'-Nya menggunakan akal mereka. Jadi nasihat saya kepadanya, dengar nasihat sendiri." (RUJUK SINI)

SITI KASIM Dipanggil JAKIM Untuk Bagi Keterangan Berhubung Kenyataannya, Tuhan Terhasil Dari Getaran

Monday, 3 April 2017 · 1 comments



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil aktivis sosial yang juga peguam, Siti Kasim untuk memberi keterangan sebelum mengambil tindakan berhubung kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini kerana disifatkan mengelirukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagi tindakan undang-undang akan diserahkan kepada pihak berkuasa kerajaan negeri khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam mengikut peruntukan yang bersesuaian termasuk berkaitan akidah.

"Sebagai umat Islam, kita mengambil pendekatan lebih berhemah apabila akan mendapatkan penjelasan beliau (Siti Kasim) terlebih dulu kerana berkemungkinan media tersalah lapor.


"Mungkin juga berlaku kerana kejahilan agama, jadi kita nak tahu daripada mulutnya sendiri dan kita berharap jangan pula dia tidak hadir," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dan Pelancaran Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Perkhidmatan Ambulans dan Pra Hospital, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kontroversi yang dibuat Siti Kasim sejak akhir-akhir ini terutama kenyataannya yang disiarkan portal berita bertajuk 'Melalui Getaran, Kita Menghasilkan Tuhan'.



 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks