ADUN DAP Dari Likas Diugut Lagi, Kali Ini Gambar dan Video Bogel Pula

Friday 23 May 2014

16 Ogos 2013, Junz Wong atau nama sebenarnya Wong Hong Jun, ADUN Likas dari DAP telah membuat laporan polis setelah menerima sekeping nota berbaur ugutan berserta 50 keping wang kertas pengebumian tradisional kaum Cina sehari sebelum itu. Nota dan wang kertas tersebut telah dihantar ke Pejabat DAP di Bundusan pada jam 8:00 pagi dan hanya dibuat apabila dia tiba di pejabat tersebut pada jam 11:30 pagi.

19 Mei 2014, lebih kurang jam 10:00 pagi, Junz Wong menerima pautan video dan gambar di dalam Youtube melalui lama Facebook dari orang yang tidak dikenali. Video dan gambar tersebut dikatakan berunsur lucah di mana gambar dan video bogel yang diubahsuai daripada mukanya namun menggunakan badan orang lain.

Dalam nota di dalam Facebook, pengugut dikatakan memberitahu, gambar dan video tersebut akan dihantar kepada ahli-ahli keluarga serta rakan-rakannya serta orang awam sekiranya Junz Wong tidak memberikan wang sebanyak RM5,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Western Union atas nama Luis Mercado.

Hasil siasatan mendapati alamat penama berkenaan adalah di Bandar Makati, Filipina.

Junz Wong turut mengadu, dia turut diugut dengan perkara yang sama menerusi Facebook pada 22 Mei dan 23 Mei. Sekaligus mendorongnya untuk membuat laporan polis.

Agak aneh juga memandangkan ADUN Likas ini kerap benar menerima ugutan daripada orang yang tidak dikenali. Apa sebenarnya yang telah dilakukannya sehinggakan dia begitu terdedah kepada ugutan-ugutan tersebut.

Dalam nota yang dihantar oleh pengugut pada 16 Ogos 2013, pengugut menyatakan:

"Jalan anda ke masa depan, anda perlu lebih wang untuk berbelanja... Lebih ramai wanita muda... minuman... seks dll jadi ini adalah untuk anda". (RUJUK SINI)

0 comments:

Post a Comment

ADUN DAP Dari Likas Diugut Lagi, Kali Ini Gambar dan Video Bogel Pula

Friday 23 May 2014 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks