Proses Pengundian Pemilihan PKR Semakin Kecoh dan Kalut

Sunday 4 May 2014

 Pengundian sedang berjalan di Pulau Pinang untuk pemilihan pucuk pimpinan PKR. Bagaimanapun, ia tidak selancar yang cuba digambarkan oleh para pemimpin parti tersebut. Sebaliknya di seluruh negara, banyak keputusan pemilihan di Cabang, dipertikaikan oleh ahli-ahli sendiri termasuklah Cabang Batang Sadong di Sarawak yang telah digantung kerana melakukan penipuan.

Proses pengundian di Bukit Katil dan Kemaman sebelum ini dicemari dengan insiden memalukan. Manakala di beberapa tempat yang lain, proses pengundian PKR tidak ubah seperti sebuah pasar basah di negara mundur yang penuh dengan luahan kemarahan, tidak puas hati, malah membaling kerusi kerana tidak berpuas hati dengan keputusan.

Petugas-petugas telah dipersoalkan kewibawaan serta integriti mereka. Terdapat sejumlah besar laporan tentang petugas-petugas yang telah menyeleweng dan bersikap berat sebelah dengan berkempen bagi calon-calon tertentu. Malah terdapat juga laporan yang menyatakan ramai yang tidak dibenarkan mengundi kerana dibimbangi calon-calon tertentu kalah.

Ini bukanlah kejadian pertama dalam pemilihan PKR. Pada pemilihan yang lepas, PKR akhirnya kehilangan ramai pemimpin awal kerana proses pemilihan yang dilihat mempunyai terlalu banyak campurtangan pemimpin-pemimpin atasan PKR termasuklah oleh Anwar Ibrahim sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Proses Pengundian Pemilihan PKR Semakin Kecoh dan Kalut

Sunday 4 May 2014 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks