Bekas Calon DAP, Hew Kuan Yau, Buat U-Turn Dan Sokong Calon BEBAS

Sunday, 18 May 2014

Percakaran dalam kem DAP untuk PRK Parlimen Teluk Intan, sudah mula dikesan. Pencalonan Dyana Sofya di Teluk Intan, ternyata tidak menyenangkan Hew Kuan Yau yang sebelum ini diuar-uarkan sebagai calon paling sesuai untuk Teluk Intan.

Dilaporkan Hew Kuan Yau telah menggunakan nama penduduk setempat untuk memberikan sokongan kepada balu SEAH LEONG PENG yang akan bertanding sebagai CALON BEBAS.

Hew Kuan Yau yang terkenal dengan nama gelaran Superman dilaporkan tidak berpuas hati dan berang dengan keputusan kepimpinan DAP memberikan kelebihan kepada Dyana Sofya bertanding di kerusi selamat DAP itu kerana Hew Kuan Yau dari awal lagi telah berkempen di Teluk Intan.

Lebih membuatkannya berang ialah apabila kepimpinan DAP Pusat memberikan alasan, Hew Kuan Yau tidak sesuai diletakkan di Teluk Intan kerana kebiadapannya selain kata-kata kasar yang sering dituturkannya dalam setiap ceramah tanpa isi-isi yang menunjukkan dia seorang profesional dan intelektual.

Hakikatnya, Hew Kuan Yau tidak dicalonkan kerana tentangan dan ancaman daripada kem Nga Kor Ming yang bermusuh secara peribadi dengan Hew Kuan Yau. Hew Kuan Yau turut tidak disenangi oleh kem Kulasegeran, satu lagi fraksi dalam DAP Perak memandangkan Hew Kuan Yau adalah penyokong kuat Lim Guan Eng.

Balu SEAH LEONG PENG dilaporkan berhasrat untuk bertanding atas tiket BEBAS walaupun mendiang suaminya adalah Ahli Parlimen Teluk Intan dari DAP. Kekecewaannya terhadap Nga Kor Ming yang didakwa sebagai penyebab kematian suaminya, membuatkan wanita itu berpaling kesetiaan daripada DAP.

1 comment:

  1. BRAVO.. DAPigs akan malu besar nanti! kah kah kah kiok

    ReplyDelete

Bekas Calon DAP, Hew Kuan Yau, Buat U-Turn Dan Sokong Calon BEBAS

Sunday, 18 May 2014 ·

Percakaran dalam kem DAP untuk PRK Parlimen Teluk Intan, sudah mula dikesan. Pencalonan Dyana Sofya di Teluk Intan, ternyata tidak menyenangkan Hew Kuan Yau yang sebelum ini diuar-uarkan sebagai calon paling sesuai untuk Teluk Intan.

Dilaporkan Hew Kuan Yau telah menggunakan nama penduduk setempat untuk memberikan sokongan kepada balu SEAH LEONG PENG yang akan bertanding sebagai CALON BEBAS.

Hew Kuan Yau yang terkenal dengan nama gelaran Superman dilaporkan tidak berpuas hati dan berang dengan keputusan kepimpinan DAP memberikan kelebihan kepada Dyana Sofya bertanding di kerusi selamat DAP itu kerana Hew Kuan Yau dari awal lagi telah berkempen di Teluk Intan.

Lebih membuatkannya berang ialah apabila kepimpinan DAP Pusat memberikan alasan, Hew Kuan Yau tidak sesuai diletakkan di Teluk Intan kerana kebiadapannya selain kata-kata kasar yang sering dituturkannya dalam setiap ceramah tanpa isi-isi yang menunjukkan dia seorang profesional dan intelektual.

Hakikatnya, Hew Kuan Yau tidak dicalonkan kerana tentangan dan ancaman daripada kem Nga Kor Ming yang bermusuh secara peribadi dengan Hew Kuan Yau. Hew Kuan Yau turut tidak disenangi oleh kem Kulasegeran, satu lagi fraksi dalam DAP Perak memandangkan Hew Kuan Yau adalah penyokong kuat Lim Guan Eng.

Balu SEAH LEONG PENG dilaporkan berhasrat untuk bertanding atas tiket BEBAS walaupun mendiang suaminya adalah Ahli Parlimen Teluk Intan dari DAP. Kekecewaannya terhadap Nga Kor Ming yang didakwa sebagai penyebab kematian suaminya, membuatkan wanita itu berpaling kesetiaan daripada DAP.

1 comments:

kah kah kah said...
18 May 2014 at 17:41  

BRAVO.. DAPigs akan malu besar nanti! kah kah kah kiok

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks