Mat Sabu Diseru Agar Tidak Buang Masa Siasat Sebaliknya Ahli-Ahli PAS Kampung Banjar Akan Buat Laporan Polis Terhadapnya

Monday 12 May 2014



Kontroversi berhubung pilihanraya kecil di Bukit Gelugor semakin panas pada hari pertama kempen sebaik-baik selesai proses penamaan calon. Tumpuan diberikan kepada Mohamed Nabi Bux yang sebelum ini telah dituduh sebagai ahli UMNO yang menyamar sebagai ahli PAS dan akan dikenakan tindakan undang-undang. Mohamed Ali Bux bagaimanapun, menunjukkan dan membuktikan yang dia adalah seorang ahli PAS menerusi pemilikan sijil keahlian yang ditandatangani oleh Allahyarham Fadzhil Nor selaku Presiden PAS.


Dalam kenyataan medianya, Mohammed Nabi Bux memohon para pengundi di Bukit Gelugor yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk mengundinya kerana dia akan memperjuangkan perlaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang.

Menurutnya lagi, dia berpegang teguh terhadap prinsip parti dan Islam dalam memperjuangkan perlaksanaan Hukum Hudud dan ia merupakan antara sebab utama dia bertanding di PRK P.51 Bukit Gelugor.

Mohamed Nabi Bux turut memuji dan menyanjung Lim Guan Eng yang telah banyak memberikan sokongan moral kepada para pemimpin PAS dalam usaha mewujudkan Negara Islam serta hukum hudud di Kelantan. Bahkan dia cukup yakin, Lim Guan Eng akan menyambut baik perlaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang apabila DAP bersama-sama PAS memerintah negara ini pada masa akan datang.



Selain itu, dia turut memohon agar kaum Cina terus memberikan kepercayaan dan yakin terhadap Lim Guan Eng yang mahu bekerjasama dengan PAS dalam perlaksanaan hudud di Pulau Pinang. Oleh kerana itu, katanya, para pengundi harus berfikir secara bijaksana dan memilihnya kerana dia PASTI AKAN DAPAT memberikan khidmat terbaik kepada rakyat berbanding calon-calon lain sekiranya ditakdirkan menang.
Pun begitu, Mohamed Nabi Bux menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Mat Sabu dan Mahfuz Omar kepadanya. Bahkan menurutnya, dia masih ahli PAS yang sama dan tidak pernah berubah serta akan membuktikan yang tuduhan Mat Sabu itu adalah dusta semata-mata. Menurutnya, dia tidak pernah menjadi ahli UMNO di mana-mana Cawangan di Malaysia sepanjang hayatnya.

Malah, Mohamed Nabi Bux turut meminta agar Mat Sabu dan Mahfuz Omar tidak membuang masa kononnya mahu menyiasat perkara membabitkannya, serta membuat laporan polis. Sebaliknya, dia sendiri akan membawa ahli-ahli PAS Cawangan Kampung Banjar untuk membuat satu laporan polis terhadap Mat Sabu dan Mahfuz Omar.

2 comments:

  1. Mat sabu buat sijil umno superimpose.

    ReplyDelete
  2. CALON PAS MENYAMAR "BEBAS" SEBENARNYA MERUPAKAN SEORANG MANUSIA "YANG SUDAH TIDAK SEDAR DIRI" DIA SUDAH TIDAK KENAL DIRINYA SIAPA. DALAM KEADAAN INI, MENGIKUT SYARAK SOLAT DAN AMAL-AMALNYA TIDAK SAH KERANA DIA DIDALAM KEADAAN "MABOK" ATAU TIDAK SEDAR DIRI. CUBA TANYA OSTAD PAS.....DAH TAHU JADI AHLI PAS YANG MERUPAKAK SEKUTU (SYIRIK) DAP/PKR, MENGAPA KAU TENTANG DAP.....BAHLOOOOOOOL?

    ReplyDelete

Mat Sabu Diseru Agar Tidak Buang Masa Siasat Sebaliknya Ahli-Ahli PAS Kampung Banjar Akan Buat Laporan Polis Terhadapnya

Monday 12 May 2014 ·



Kontroversi berhubung pilihanraya kecil di Bukit Gelugor semakin panas pada hari pertama kempen sebaik-baik selesai proses penamaan calon. Tumpuan diberikan kepada Mohamed Nabi Bux yang sebelum ini telah dituduh sebagai ahli UMNO yang menyamar sebagai ahli PAS dan akan dikenakan tindakan undang-undang. Mohamed Ali Bux bagaimanapun, menunjukkan dan membuktikan yang dia adalah seorang ahli PAS menerusi pemilikan sijil keahlian yang ditandatangani oleh Allahyarham Fadzhil Nor selaku Presiden PAS.


Dalam kenyataan medianya, Mohammed Nabi Bux memohon para pengundi di Bukit Gelugor yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk mengundinya kerana dia akan memperjuangkan perlaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang.

Menurutnya lagi, dia berpegang teguh terhadap prinsip parti dan Islam dalam memperjuangkan perlaksanaan Hukum Hudud dan ia merupakan antara sebab utama dia bertanding di PRK P.51 Bukit Gelugor.

Mohamed Nabi Bux turut memuji dan menyanjung Lim Guan Eng yang telah banyak memberikan sokongan moral kepada para pemimpin PAS dalam usaha mewujudkan Negara Islam serta hukum hudud di Kelantan. Bahkan dia cukup yakin, Lim Guan Eng akan menyambut baik perlaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang apabila DAP bersama-sama PAS memerintah negara ini pada masa akan datang.



Selain itu, dia turut memohon agar kaum Cina terus memberikan kepercayaan dan yakin terhadap Lim Guan Eng yang mahu bekerjasama dengan PAS dalam perlaksanaan hudud di Pulau Pinang. Oleh kerana itu, katanya, para pengundi harus berfikir secara bijaksana dan memilihnya kerana dia PASTI AKAN DAPAT memberikan khidmat terbaik kepada rakyat berbanding calon-calon lain sekiranya ditakdirkan menang.
Pun begitu, Mohamed Nabi Bux menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Mat Sabu dan Mahfuz Omar kepadanya. Bahkan menurutnya, dia masih ahli PAS yang sama dan tidak pernah berubah serta akan membuktikan yang tuduhan Mat Sabu itu adalah dusta semata-mata. Menurutnya, dia tidak pernah menjadi ahli UMNO di mana-mana Cawangan di Malaysia sepanjang hayatnya.

Malah, Mohamed Nabi Bux turut meminta agar Mat Sabu dan Mahfuz Omar tidak membuang masa kononnya mahu menyiasat perkara membabitkannya, serta membuat laporan polis. Sebaliknya, dia sendiri akan membawa ahli-ahli PAS Cawangan Kampung Banjar untuk membuat satu laporan polis terhadap Mat Sabu dan Mahfuz Omar.

2 comments:

Anonymous said...
12 May 2014 at 15:45  

Mat sabu buat sijil umno superimpose.

Anonymous said...
12 May 2014 at 15:59  

CALON PAS MENYAMAR "BEBAS" SEBENARNYA MERUPAKAN SEORANG MANUSIA "YANG SUDAH TIDAK SEDAR DIRI" DIA SUDAH TIDAK KENAL DIRINYA SIAPA. DALAM KEADAAN INI, MENGIKUT SYARAK SOLAT DAN AMAL-AMALNYA TIDAK SAH KERANA DIA DIDALAM KEADAAN "MABOK" ATAU TIDAK SEDAR DIRI. CUBA TANYA OSTAD PAS.....DAH TAHU JADI AHLI PAS YANG MERUPAKAK SEKUTU (SYIRIK) DAP/PKR, MENGAPA KAU TENTANG DAP.....BAHLOOOOOOOL?

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks