MCA Tarik Diri Daripada Bertanding Di Bukit Gelugor, Azam Perkuatkan Tentangan Terhadap Hudud

Saturday 10 May 2014

Beberapa jam selepas DAP mengumumkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor hanya diperuntukkan untuk ahli keluarga mendiang Karpal Singh, MCA menerusi Setiausaha Agungnya, Ong Ka Chuan mengumumkan, parti tersebut tidak akan bertanding di PRK Bukit Gelugor. Sebaliknya MCA akan memberikan sepenuh tumpuan terhadap isu hudud.

Pada PRU13 yang lalu, calon BN dari MCA, Teh Beng Yeam kalah besar kepada calon DAP, Karpal Singh dengan majoriti sebanyak 42,778 undi.

Sebelum itu, semalam (9 Mei 2014) di Pejabat MCA Bukit Gelugor, Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun sudah pun membayangkan kesukaran MCA untuk bertanding di situ bagi mengelakkan malu besar memandangkan sehingga sekarang, MCA belum lagi dapat dipulihkan selepas kekalahan besar pada PRU-13 lalu. Chew Mei Fun sendiri kalah dengan majoriti yang agak besar di DUN Kajang, sekalipun dibantu oleh UMNO untuk merampas kerusi DUN tersebut daripada dimenangi semula oleh PKR menerusi calonnya, Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR.

Kebelakangan ini, MCA begitu giat dan teruja untuk melakukan gerak kerja menentang hudud. Perhimpunan yang dibuat oleh MCA di Sungai Petani dua hari lepas (8 Mei) kelihatan begitu berjaya. Buat kali pertama MCA berjaya mengumpulkan ramai orang Cina di pekarangan letak kereta Pasaraya Econsave, Sungai Petani untuk menyatakan bantahan terhadap hukuman hudud yang bakal dibentangkan oleh PAS Kelantan di Parlimen.

Bersama-sama DAP dan GERAKAN, MCA telah bersumpah akan memastikan hudud tidak dilaksanakan di negara ini. Bagaimanapun, MCA cuba bermain politik apabila turut mengejek Lim Guan Eng yang sehingga kini hanya dua kali membuat pengumuman bahawa DAP tidak bersetuju perlaksanaan hudud di Malaysia mahupun di Kelantan dan menganggap hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat.

Menurut Mei Fun, hukum hudud akan memberikan kesan kepada Perlembagaan negara yang mana akan wujud dua undang-undang yang saling bertentangan antara satu sama lain iaitu undang-undang Syariah dan sivil. Dia turut mempersoalkan bagaimana atau kaedah apa yang akan digunakan untuk hukum hudud digunapakai dalam kes-kes jenayah.

Menurutnya lagi, perlaksanaan hukuman hudud akan memberi kesan secara langsung kepada masyarakat bukan beragama Islam di negara ini, sama ada dari segi pendidikan, kebudayaan mahupun ekonomi.

MCA Pulau Pinang dengan kerjasama Biro Politik MCA akan menganjurkan seminar mengenai hukum hudud dan kesannya kepada penduduk bukan beragama Islam pada 11 Mei 2014 jam 2:00 petang sehingga 5:00 petang di Tingkat 5, Kompleks Farlim, Bandar Baru Ayer Hitam, Pulau Pinang secara percuma.

Menurut Mei Fun lagi, hudud bukanlah agenda dalam politik BN mahupun PR. Sebaliknya PR khususnya DAP cuba mengaitkan isu tersebut secara langsung dengan BN. Dia turut mempertikaikan tindakan Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP yang bersekongkol dan melindungi PAS mengenai hukum hudud sebaliknya lebih banyak menghentam Barisan Nasional mengenai isu terbabit. Lim Guan Eng juga didesak untuk memberikan penjelasan kepada rakyat bukan beragama Islam di Pulau Pinang berkenaan perlaksanaan hukum hudud.

Chew Mei Fun turut menegaskanya, MCA hanya anti terhadap perlaksanaan hukum hudud, dan bukannya anti Islam.

Bagaimanapun, rata-rata penyokong Barisan Nasional yang beragama Islam, amat kecewa dengan keagresifan MCA menentang Hudud tetapi pada masa yang sama, cukup bacul apabila berhadapan dengan isu-isu penghinaan terhadap agama Islam, khususnya membabitkan tuntutan kaum Kristian DAP.

2 comments:

  1. Last election I voted for MCA but not next time around. Better still MCA just get out of BN and PAS get out of PR. That would be easier for UMNO & PAS to implement Hudud.

    ReplyDelete

MCA Tarik Diri Daripada Bertanding Di Bukit Gelugor, Azam Perkuatkan Tentangan Terhadap Hudud

Saturday 10 May 2014 ·

Anonymous said...
10 May 2014 at 20:32  

Last election I voted for MCA but not next time around. Better still MCA just get out of BN and PAS get out of PR. That would be easier for UMNO & PAS to implement Hudud.

Anonymous said...
10 May 2014 at 21:19  

ya betol. setuju

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks