SEKITAR BICARA SAMAN NFCORP TERHADAP NURUL IZZAH DAN PKR: PENGERUSI NFCORP TUDUH RAFIZI RAMLI BERNIAT JAHANAMKAN DIA DAN KELUARGANYA

Monday 5 January 2015

Pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCCorp) Mohamad Salleh Ismail hari ini menafikan menyalahgunakan dana awam RM250 juta Pusat Fidlot Nasional (NFC) untuk mendapatkan pinjaman bank untuk membeli lapan unit kondominium di KL Eco City.

Sebaliknya, beliau memberitahu mahkamah bahawa pendedahan yang dibuat oleh mantan pengarah strategik PKR Rafizi dan PKR bertujuan untuk menjatuhkan beliau, NFCCorp, mantan menteri wanita Datuk Sharizat Jalil dan kerajaan BN.

Perbicaraan penuh kes Saman Mohamad Salleh terhadap ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan mantan setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berhubung pembelian lapan unit kondominium dijalankan di Makhamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam saman itu, Salleh berkata Nurul Izzah dalam sidang media bersama Rafizi pada 7 Mac 2012 membuat kenyataan berhubung pendedahan Rafizi yang mendakwa beliau (Salleh) menggunakan dana awam NFCorp untuk mendapat pinjaman daripada Public Bank agar dapat membeli lapan unit kondominium di KL Eco City.

“Walaupun masa itu tarikh pilihan raya negara masih belum ditentukan, namun ia telah terdekat dan ini sememangnya satu serangan terhadap saya, isteri saya dan kerajaan.

“Saya sangat sedih, seluruh projek saya telah musnah, keluarga saya juga, setiap orang seperti sudah mempercayai (dakwaan Rafizi),” kata Salleh sebagai saksi pertama kepada mahkamah.

Menjawab soalan peguamnya Tan Sri Shafie Abdullah sama ada beliau menyalahgunakan wang dana seperti didakwa oleh PKR, Salleh menafikan sekeras-kerasnya.

“Tidak ada langsung, saya langsung tidak sentuh wang dalam NFC”, katanya.

Salleh berkata, Public Bank memang ada menawarkan pinjaman kepadanya untuk membeli lapan kondominium di KL Eco City tetapi tawaran ini tidak berjaya akhirnya.

“Public Bank telah menarik balik tawaran pinjaman pada 4 Januari 2012 sebelum sidang media yang diadakan oleh Rafizi dan PKR pada 7 Mac 2012,” jelasnya.

Beliau berkata, kesemua pinjaman yang dibuat olehnya terhadap bank adalah melalui gadaian hartanah dan bukannya melalui gadaian dana awam.

0 comments:

Post a Comment

SEKITAR BICARA SAMAN NFCORP TERHADAP NURUL IZZAH DAN PKR: PENGERUSI NFCORP TUDUH RAFIZI RAMLI BERNIAT JAHANAMKAN DIA DAN KELUARGANYA

Monday 5 January 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks