KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN LIM GUAN ENG SEKELUARGA KINI JADI PERHATIAN SELURUH NEGARA

Wednesday, 21 January 2015

Selama ini, terutama semenjak 1996, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang memperkenalkan diri mereka sebagai golongan zuhud, golongan marhein, golongan yang membenci kemewahan dan golongan sosialis tegar yang amat membenci kapitalis.

Walaupun telah didedahkan bahawa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sekeluarga sekadar pelakon wayang opera, tetapi tentera-tentera upahan mereka berjaya melindungi kejalangan tersebut menerusi pelbagai serangan ke atas para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mereka lebih aktif memperlekehkan para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dengan bantuan para tentera upahan sehingga akhirnya label yang mereka berikan itu, melekat kukuh serta dipercayai dan diterima ramai, termasuklah di kalangan orang Melayu-Bumiputera sendiri.

Hakikatnya, penyelewengan yang dibuat oleh Lim sekeluarga terutama selepas mereka berjaya menguasai Pulau Pinang dan Selangor, tidak lagi dapat disorok-sorok sekalipun mereka cuba berlakon seolah-olah mereka adalah pemimpin rakyat.

Lim Guan Eng sudah terasa kehangatan apabila kemewahan yang dipertontonkan oleh isterinya secara umum, mula mengaitkan mereka dengan skandal kewangan melibatkan syarikat dan entiti pemaju hartanah. Apatah lagi menerusi perlantikan isterinya yang mempunyai kuasa terus ke atas tanah-tanah dan hartanah di seluruh Pulau Pinang, menambahkan lagi syak wasangka, walaupun pada masa yang sama, Lim Guan Eng cuba menggunakan kebijaksanaan akauntan dan auditor untuk menipu imbangan perakaunan serta laporan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Secara jelas, Lim Guan Eng mengikut jejak langkah keluarga Lee Kuan Yew yang telah memiliknegarakan Singapura untuk keluarga mereka sendiri, terutama yang berkaitan dengan perumahan, hartanah dan tanah di seluruh Singapura, sehinggakan syarikat guaman tunggal yang menguruskan isu-isu tanah dan hartanah di negara seberang tambak itu.

Dengan menggunakan Tan Kok Ping yang merupakan taikun hartanah yang cuba menguasai industri tanah dan hartanah di Pulau Pinang (BACA DI SINI) beberapa isu lain termasuklah tender terbuka yang 'tertutup' membabitkan tapak bekas kelab lumba kuda Pulau Pinang yang diserahkan kepada Berjaya Group serta syarikat 'serta-merta' dari China yang mendapat projek berbilion ringgit untuk terowong bawah laut Pulau Pinang, merupakan sebahagian daripada sumber kekayaan melampau Lim Guan Eng sekeluarga. Begitu juga dengan penarahan bukit-bukau serta perampasan tanah-tanah wakaf yang menjadi perkampungan orang Melayu tetapi tidak berdokumen untuk dimusnahkan dan diserahkan kepada syarikat-syarikat pemaju kroni Lim Guan Eng bagi pembangunan hartanah yang sangat mewah dan mahal, SPRM seharusnya melakukan siasatan secara terperinci dan tidak perlu bergantung kepada laporan awam semata-mata.

Dengan pendapatan dan perolehan selain pelaburan ke dalam Pulau Pinang yang menjunam di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, perbelanjaan besar oleh Lim Guan Eng untuk kepentingan dirinya, dilihat sebagai satu bentuk penyelewengan dan perompakan besar.

Menariknya, bapanya, Lim Kit Siang serta para pemimpin DAP yang lain cuba mengalihkan isu ini dengan mengungkit-ungkit cerita tahun 1999 yang membabitkan Tun Daim-Mahathir sebagai cara mengambil kesempatan daripada keributan yang sedang berlaku sekarang ini. Isu tahun 1999 yang telah terbukti, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim sebagai penipu besar, kembali diulang-ulang bagi meyakinkan generasi muda yang malas membuat ulangkaji untuk mempercayai tohmahan bahawa DAP jujur, lurus, telus dan terpuji, manakala UMNO-BN pula sangat korup.

Barangkali kerana itulah, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tidak mampu langsung untuk mempertahankan Betty Chew dan berharap isu-isu yang mendedahkan gaya hidup mewah Betty Chew tidak akan bertahan lama atau dilupakan menerusi ungkitan kisah Daim-Mahathir pada tahun 1999. 

0 comments:

Post a Comment

KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN LIM GUAN ENG SEKELUARGA KINI JADI PERHATIAN SELURUH NEGARA

Wednesday, 21 January 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks