PELANCARAN TABUNG MILO DI SABAH, NIK ABDUH TETAP SELAR KERAJAAN PUSAT YANG MEMBANTU KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Thursday 8 January 2015

Musibah dan malapetaka yang telah melanda Kelantan tetap tidak menginsafkan sebahagian besar pemimpin dan penyokong PAS. Mereka tetap dengan keegoan yang sangat tebal. Bahkan mereka cuba pula membandingkan musibah dan malapetaka yang melanda Kelantan dengan musibah yang melanda negeri-negeri lain. Malangnya mereka terlupa, jumlah mangsa banjir di Kelantan berkali-kali ganda ramainya berbanding negeri-negeri lain.

Pada 7 Januari 2015 antara jam 8:30 malam sehingga 11:00 malam bertempat di Hotel Yaho, Sembulan, Kota Kinabalu telah berlangsung Mesyuarat Agung Kali Pertama PAS Kawasan Kota Kinabalu. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Ahli Parlimen Pasir Mas merangkap AJK PAS Pusat.

Seramai 45 orang hadir dalam mesyuarat kali pertama itu terdiri daripada AJK PAS Sabah, AJK PAS Kawasan Kota Kinabalu dan ahli-ahli PAS Sabah. Antara mereka termasuklah:

(1) Zulfikar Ab. Mijan - YDP PAS Kawasan Kota Kinabalu merangkap Ahli Lajnah Dakwah PAS Pusat

(2) Wan Azhaniz Wan Ab. Aziz - Timbalan YDP PAS Kawasan Kota Kinabalu merangkap Exco Pemuda PAS Negeri Sabah.

(3) Hendri Hamsah - Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Kinabalu merangkap Sukarelawan Muslim Care.

(4) Zulzaim Hilmee - Mudir Pusat Pendidikan Islam An-Nur, Taman Austral, Kepayan, Kota Kinabalu.

Dalam ucapan perasmiannya, Nik Abduh berkata, musibah banjir yang melanda negeri Kelantan seharusnya perlu direnungi dengan penuh keinsafan. Bagaimanapun, dia menafikan yang banjir di Kelantan berpunca daripada pembalakan haram seperti yang boleh dilihat dengan mata kepala sendiri apatah lagi menerusi kemusnahan besar yang berlaku di kawasan-kawasan terlibat banjir di Kelantan terutama di Daerah Gua Musang dan Kuala Krai.

Biarpun pada masa yang sama, Nik Abduh mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Pusat tetapi dia turut menyelar dan mengecam Kerajaan Pusat kerana lambat menghantar bantuan. Daripada menceritakan tentang kepincangan, ketidakpedulian dan ketidakpekaan PAS yang menjadi Kerajaan Negeri Kelantan dalam mempersiapsiagakan rakyat Kelantan terhadap musibah banjir, Nik Abduh mengalihkan kesalahan tersebut kepada Kerajaan Pusat.

Banjir tidak sahaja melanda Kelantan, tetapi juga Pahang, Terengganu, Johor, Perak dan Sabah. Bagaimanapun, berbanding Kelantan, Kerajaan Negeri yang lain sudah bersiap sedia dari awal dan tidak terlalu bergantung serta berharap kepada Kerajaan Pusat seperti yang dilakukan oleh Kelantan. Malah berbanding PAS, mahupun rakan-rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), sebaik-baik sahaja musibah melanda Kelantan, yang mengepalai bantuan selepas Kerajaan Pusat adalah UMNO dan Barisan Nasional. Pada kemuncak banjir, selain agensi-agensi Kerajaan Pusat, yang giat keluar masuk membantu dan menghantar bekalan makanan adalah UMNO dan Barisan Nasional.

PAS, PKR dan DAP hanya muncul sesudah banjir surut selain cuba merampas kredit daripada kerja keras Kerajaan Pusat, agensi-agensi kerajaan, UMNO-BN, NGO dan orang persendirian. DAP yang mengaut keuntungan ratusan juta ringgit dari Kelantan, sekadar menjadi model dengan modal sedikit bantuan tetapi mempublisitikannya seolah-olah bantuan merekalah yang sedang membantu rakyat Kelantan sekarang.

PAS sendiri sekadar menjadikan musibah banjir sebagai modal untuk mereka mengumpulkan dana pilihanraya. Ini terbukti menerusi penubuhan pelbagai jenis tabung terutama Tabung Banjir yang ditubuhkan oleh Pemuda PAS menerusi pengumuman Suhaizan Kaiat.

Menariknya, tabung-tabung yang ditubuhkan oleh PAS, biasanya tidak akan ke mana-mana. Contoh terbaik adalah Tabung Memali dan Tabung Lahad Datu.

Nik Abduh seharusnya menyalahkan Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS yang terlalu mengutamakan dana pilihanraya berbanding kebajikan rakyat negeri dan penyokong-penyokong mereka sendiri. Isu yang cuba ditimbulkan oleh Nik Abduh kononnya Kerajaan Pusat lambat menghantar bantuan, seharusnya ditujukan kepada partinya sendiri selain memaparkan kedangkalan dan ketidakpekaannya terhadap halangan-halangan seperti arus kuat dan cuaca buruk yang membuatkan bantuan makanan terlewat pada kemuncak banjir.

Malah Nik Abduh juga seharusnya menekankan kesalahan PAS kerana langsung tidak pernah mempunyai perancangan terbaik untuk rakyat Kelantan selain daripada retorik agama semata-mata untuk lari dari tanggungjawab mereka selaku pemerintah.

Namun ia bukanlah sesuatu yang menghairankan jikalau bantuan yang diberikan tidak dihargai kerana memang sudah menjadi resmi untuk berkelakuan seperti yang ditunjukkan oleh Nik Abduh.

1 comment:

PELANCARAN TABUNG MILO DI SABAH, NIK ABDUH TETAP SELAR KERAJAAN PUSAT YANG MEMBANTU KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Thursday 8 January 2015 ·

1 comments:

Anonymous said...
8 January 2015 at 14:23  

Salam Bro,ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks