NGA-NGEH Paksa HUSAM MUSA Pusing Cerita Tentang Punca Banjir Kelantan dan ROYALTI Minyak

Saturday 3 January 2015

Semasa banjir besar melanda dan lebih 200,000 orang rakyat Kelantan, khususnya di Gua Musang, Kuala Krai, Tumpat bertempik sorak seperti kaum Nabi Luth yang sedang menerima belerang berapi dari langit dan air panas dari perut bumi, Husam Musa hilang terus. Langsung tidak bersuara. Husam Musa tidak diketahui di mana bersembunyi.

Husam Musa hanya muncul apabila cerita kayu-kayu balak menghentam dan menghancurkan rumah penduduk. Bimbang mangsa-mangsa banjir mempersalahkan projek pembalakan mega yang berlaku di Hulu Kelantan, Husam Musa terpaksa mencari jalan untuk berbohong dan menyelamatkan dirinya.

Projek pembalakan mega di Hulu Kelantan begitu berleluasa ketika zaman Husam Musa menjadi Exco Kanan merangkap 'Menteri Besar dalam pendalangan'.

Antara yang paling banyak mendapat projek pembalakan adalah Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming menerusi syarikat mereka, Upaya Padu Sdn. Bhd. yang telah dianugerahkan lebih 10,000 ekar tanah untuk dibalak dan dijadikan 'ladang rakyat' kononnya.

Dalam satu kenyataan, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming mengaku mereka telah diberikan tanah balak di Gua Musang sejurus selepas Nizar Jamaluddin dipersetujui sebagai Menteri Besar Perak selepas Pilihanraya Umum 2008. (BACA DI SINI)

Berbanding negeri-negeri lain, Kelantan mencatatkan kerugian dan kemusnahan terbesar. Kerajaan Negeri Kelantan sendiri mengenalpasti punca kemusnahan besar itu adalah daripada pembalakan tidak terkawal di Hulu Kelantan.

Anehnya, Husam Musa pula bertindak sebaliknya dengan menyalahkan Kerajaan Persekutuan yang menurutnya tidak bersedia untuk berhadapan dengan banjir besar di Kelantan. Dia turut menyalahkan ROYALTI MINYAK yang tidak diperolehi oleh Kelantan sebagai punca banjir. Dia turut menyalahkan UMNO-BN kerana menganaktirikan Kelantan walhal dalam kejadian banjir terbaru ini, Kelantan bukan sahaja menerima bantuan istimewa bahkan perhatian luar biasa, jauh lebih besar berbanding Terengganu dan Pahang yang turut dilanda banjir walaupun tidak sebesar Kelantan.

Husam Musa dua malam sudah telah mengadakan satu forum yang mempertikaikan peranan Kerajaan Persekutuan dan bantuan yang diberikan. Menurutnya, PETRONAS perlu memberikan RM3 bilion kepada Kelantan untuk Kelantan membangunkan semula negeri tersebut.

Yang melakukan pemusnahan alam adalah Husam Musa and the gang. Yang membalak di Hulu Kelantan adalah kroni-kroni Husam Musa termasuklah Ngeh dan Nga serta konsesi-konsesi lain yang turut melibatkan Takiyuddin Hassan dan Nik Amar.

Sudahlah alam sekitar dimusnahkan, sekarang yang perlu membayar gantirugi adalah Kerajaan Persekutuan?

Mengapa Husam Musa langsung tidak berani bercakap tentang BALAK DI HULU KELANTAN? Mengapa Husam Musa hanya berani bercakap tentang ROYALTI MINYAK yang kes tersebut telah disebut di mahkamah dan dia kalah dalam tuntutan bodohnya itu?

Apakah Husam Musa cuba menyembunyikan peranan Ngeh-Nga dan kaum kroninya dalam skandal pembalakan dan pemusnahan alam sekitar di Hulu Kelantan dengan cubaan melakukan pembohongan sehinggakan para penganut ajaran PAS totok menyalahkan kunci air, menyalahkan Kerajaan Persekutuan tidak menyalurkan bantuan, menyalahkan petugas-petugas awam yang lambat menghantar bantuan dan sebagainya tanpa menyalahkan punca utama banjir lumpur besar yang telah membunuh 21 orang rakyat Kelantan?

2 comments:

  1. Haa totok n the geng sila jawab

    ReplyDelete
  2. husam buat hal dlm senyap...nampak baik jer tp bahaya kpd parti.

    ReplyDelete

NGA-NGEH Paksa HUSAM MUSA Pusing Cerita Tentang Punca Banjir Kelantan dan ROYALTI Minyak

Saturday 3 January 2015 ·

Anonymous said...
3 January 2015 at 15:48  

Haa totok n the geng sila jawab

Anonymous said...
3 December 2015 at 22:46  

husam buat hal dlm senyap...nampak baik jer tp bahaya kpd parti.

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks