BERLAGAK SEPERTI SAMSENG DAN ENGGAN PATUH PERINTAH MAHKAMAH RAYUAN, AHLI PARLIMEN DAP SEGAMBUT HAMPIR HILANG PEJABAT!

Thursday 22 January 2015

Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa pejabat Ahli Parlimen Segambut-DAP, Lim Lip Eng hampir disita selepas mengingkari arahan Mahkamah Rayuan.

Persidennya, Ramesh Rao berkata mahkamah Rayuan telah memberi kebenaran kepada bekas ahli DAP, Yap Kwan Meng untuk menyita pejabat Lip Eng kerana enggan membayar sebanyak RM27,000 selepas kalah dalam kes saman malu.

Sebelum ini Lip Eng telah menyaman bekas ahli DAP atas tuduhan memfitnah, namun mahkamah Rayuan telah memutuskan Kwan Meng tidak bersalah di atas tuduhan tersebut. Mahkamah juga telah memerintahkan Lip Eng membayar RM500 atas ganti rugi kos mahkamah kepada Kwan Meng.

Namun isu ini jadi berpanjangan selama lapan bulan selepas Lip Eng enggan membayar arahan mahkamah itu.

Ramesh berkata, “Pada 16 Disember lepas kita telah datang sendiri ke pejabat Lip Eng untuk menuntut hak dan duit Kwan Meng, namun beliau angkuh dan mencabar untuk menyamannya.

“Kami tiada cara lain dan terpaksa mengupah peguam untuk membawa kes ini kembali. Dan menambah Kwan Meng terpaksa meminjam Ahlong untuk membayar duit peguam itu kerana tiada wang.

“Ini satu perkara yang menyusahkan rakyat biasa, sedangkan kita tahu beliau seorang pengamal undang-undang,” jelasnya.

Ramesh juga berkata ini merupakan kali pertama di dalam sejarah rakyat biasa dibenarkan menyita Ahli Parlimen DAP.

Beliau mendakwa, reaksi Lip Eng sangat terkejut dengan arahan mahkamah yang ditunjukkan oleh Kwan Meng dan beliau akur dan membayar wang tersebut pada jam 11.30 pagi di pejabatnya.

“Lip Eng membayar dalam bentuk cek dengan memberi syarat supaya Kwan Meng tidak menyerangnya lagi sama ada melalui media-media sosial.

“Isteri kepada Ahli Parlimen Segambut juga turut meminta tolong supaya tidak menyerang suaminya lagi,” tambah Ramesh.

Sementara itu, Kwan Meng menegaskan yang beliau tidak akan menyerang Lip Eng sekiranya perkara tersebut tidak dibawa ke mahkamah.

“Ini kerana saya tidak bersalah dan tuduhan Lip Eng sebelum ini yang mengatakan saya memfitnahnya adalah tidak berasas.

“Saya harap selepas ini Lip Eng dapat belajar daripada kesilapannya dan tidak mengingkari arahan mahkamah lagi,” katanya. (SUMBER)

0 comments:

Post a Comment

BERLAGAK SEPERTI SAMSENG DAN ENGGAN PATUH PERINTAH MAHKAMAH RAYUAN, AHLI PARLIMEN DAP SEGAMBUT HAMPIR HILANG PEJABAT!

Thursday 22 January 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks