MB KELANTAN KATA LESEN BALAK TELAH DIBEKUKAN SEJAK 2006, TAPI SURAT PEKELILING INI TUNJUKKAN LESEN DAN KAWASAN PEMBALAKAN BARU SAMPAI TAHUN 2017

Monday 5 January 2015

Para penyokong PAS sekarang ini sedang sibuk mencari jalan untuk 'menyelamatkan' air muka Kerajaan Negeri Kelantan atau sebenarnya lebih tepat lagi Husam Musa yang terdesak kerana diasak oleh pendedahan tentang pembalakan, penggondolan dan penerokaan tanah di Hulu Kelantan yang menjadi salah satu punca banjir besar yang telah mengorbankan 21 orang dan memberi kesan kepada lebih 200,000 orang yang lain.

Beberapa keping gambar telah digunakan untuk menafikan gambar-gambar yang dirakamkan dari udara membabitkan kawasan-kawasan pembalakan gila di Hulu Kelantan. Ada pula yang dengan sengaja membuat penafian dan cuba menyatakan bahawa kawasan pembalakan yang dirakamkan itu adalah di kawasan di negeri-negeri lain.

Menteri Besar Kelantan pula dalam satu kenyataan semalam, menafikan pembalakan dan penerokaan tanah sebagai salah satu punca banjir besar. Sebaliknya dengan menggunakan alasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng, Ahmad Yaakob menyalahkan hujan lebat di Gua Musang.

Katanya lagi, lesen-lesen pembalakan telah dibekukan dari tahun 2006 lagi. Bagaimanapun, berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat terutama seandainya kita melalui jalan Gua Musang-Kota Bharu, kita akan dapat melihat dengan jelas bagaimana bukit-bukit digondolkan dan lori-lori balak berbaris panjang dengan muatan kayu-kayu balak termasuklah yang sebesar paha kanak-kanak. Fenomena tersebut berlaku setiap hari dan sepanjang masa kecuali sewaktu banjir.

Pembekuan lesen hanyalah satu alasan yang cetek kerana pendedahan seterusnya menunjukkan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang telah menjual sebahagian tanah mereka yang berkeluasan lebih 10,000 ekar kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh dua orang pemimpin DAP Perak, turut membuka tender kepada pembalakan bagi tahun 2014 sehingga 2017 untuk tanah berkeluasan 4024.7 ekar.

Siapa pemilik Yayasan Islam Kelantan?

Yayasan Islam Kelantan telah menjual tanah dan memberikan konsesi balak kepada para pembalak yang 'berdaftar'. Juga terlibat dengan LADANG RAKYAT yang turut melibatkan kaum kroni dan tidak memberikan faedah langsung kepada penduduk serta peneroka asal.

Dalam kes banjir besar di Kelantan, peranan Yayasan Islam Kelantan langsung hilang dan tidak kelihatan. Mana timbul pula pertanyaan, ke manakah hasil yang diperolehi oleh Yayasan Islam Kelantan memandangkan tahap syiar Islam di Kelantan berada di tangga tercorot kalau dilihat kepada indeks keruntuhan moral dan sosial di negeri tersebut selain wujudnya terlalu ramai peminta sedekah dan pelangut di kedai kopi yang mengharapkan isteri masing-masing bekerja mencari rezeki menanggung keluarga.

Bagaimana Menteri Besar Kelantan boleh dengan selamba memberitahu Kerajaan Negeri telah membekukan lesen tetapi pada masa yang sama, agensi Kerajaan Negeri pula bertindak sebaliknya.

Surat berkenaan mungkin bertarikh lama, tetapi ia sudah cukup untuk menyangkal pengumuman Menteri Besar Kelantan bahawa lesen-lesen pembalakan telah dibekukan semenjak tahun 2006, apatah lagi pembalakan dan penggondolan bukit-bukau di Hulu Kelantan khususnya dilakukan secara sewenang-wenangnya sehingga ke hari ini.

0 comments:

Post a Comment

MB KELANTAN KATA LESEN BALAK TELAH DIBEKUKAN SEJAK 2006, TAPI SURAT PEKELILING INI TUNJUKKAN LESEN DAN KAWASAN PEMBALAKAN BARU SAMPAI TAHUN 2017

Monday 5 January 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks