POLIS SELAMA PERAK BUAT MISI KEMANUSIAAN BANJIR KE KELANTAN BERSAMA-SAMA PAS SELAMA

Wednesday 7 January 2015

Bantuan dan perhatian kepada mangsa-mangsa banjir terutama di Kelantan yang telah menyaksikan lebih 200,000 orang terkesan selain kematian melibatkan 21 orang, bukan sahaja dihulurkan secara terus oleh PDRM menerusi bantuan kecemasan awal iaitu dari memujuk penduduk berpindah, mengangkut penduduk ke pusat-pusat pemindahan, mengawal keselamatan dan membuat pemantauan keselamatan, bahkan sehingga selepas banjir surut pun, PDRM masih lagi tetap setia menghulurkan bantuan sekalipun mereka telah DIANJING-ANJINGKAN, DIKURAP-KURAPKAN dan DIHINA DENGAN PELBAGAI GELARAN yang tidak mungkin akan sanggup didengar dengan penuh sabar oleh sesiapa sahaja yang bernama manusia.

Selain daripada pemotongan gaji mengikut pangkat untuk membantu masyarakat yang menjadi mangsa banjir, PDRM juga turut menjayakan misi bantuan kemanusiaan.

Contoh terbaik ialah menerusi tindakan Ibu Pejabat Polis Daerah Selama Perak yang telah menjayakan misi kemanusiaan mangsa banjir di Kelantan.

Pada 6 Januari 2015 lalu, dari jam 8:45 sehingga 9:50 pagi, bertempat di pekarangan parkir IPD Selama, Majlis Pelepasan Konvoi Misi Kemanusiaan Mangsa Banjir di Kelantan telah dilepaskan. Lebih kurang 100 orang telah hadir dalam majlis tersebut.

Antara yang terlibat dalam program berkenaan adalah Kumpulan 4X4 Orange Black, pemimpin-pemimpin PAS Kawasan Taiping dan Larut serta warga kerja IPD Selama. Turut sama adalah DSP Wan Jamil b. Wan Chik yang merupakan Ketua Polis Daerah Selama.

Pemimpin-pemimpin PAS tempatan yang hadir dalam program tersebut adalah:

(1) Ahmad Fakhruddin b. Abdul Aziz yang merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Taiping
(2) Mohd Akmal Haji Kamaruddin, Timbalan YDP PAS Kawasan Larut merangkap Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.
(3) Mohd Shahir Hasan, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut
(4) Abu Husin Mohamad, Naib YDP PAS Kawasan Larut
(5) Zahibi Mat Isa, AJK PAS Kawasan Larut

Majlis ini sebenarnya adalah anjuran ahli-ahli kumpulan 4x4 Orange Black dan mendapat kerjasama dengan IPD Selama. Misi bantuan tersebut melibatkan 13 buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori dari IPD Selama yang akan membawa bekalan makanan, pakaian terpakai serta peralatan memasak. Misi bantuan berkenaan bermula dari 6 Januari 2015 sehingga 8 Januari 2015 iaitu selama 3 hari.

Lokasi utama yang menjadi tumpuan misi ini adalah Kuala Krai.

Nampaknya, walaupun Polis Diraja Malaysia seringkali menjadi mangsa terutama apabila puak-puak PAS berkumpul untuk berarak, berdemonstrasi dan mematuhi arahan serta suruhan para pemimpin PKR dan DAP, tetapi nampaknya dalam isu banjir ini, polis jugalah yang diharapkan oleh PAS terutama PAS Taiping dan Larut untuk menghantar bantuan.

Tidak pula PAS Taiping dan Larut cuba mendapatkan bantuan daripada taukeh-taukeh DAP yang diketuai oleh Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming untuk menghantar bantuan ke Kelantan sekalipun mereka mempunyai jaringan pengangkutan yang mampu mempengaruhi harga barang dan perkhidmatan.

0 comments:

Post a Comment

POLIS SELAMA PERAK BUAT MISI KEMANUSIAAN BANJIR KE KELANTAN BERSAMA-SAMA PAS SELAMA

Wednesday 7 January 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks