GELABAH KERANA CUBAAN MENIPU WANG ORANG RAMAI DIKETAHUI, KETUA PEMUDA PAS MENYALAHKAN MAYBANK!

Sunday 18 January 2015

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat jelas tidak dapat memberikan alasan atau menjawab pertanyaan berhubung cubaan menipu dan mencuri duit orang ramai yang didermakan kepada Tabung Mangsa Banjir yang diwujudkan oleh Pemuda PAS. Banyak persoalan dihalakan kepada PAS dan Pemuda PAS tetapi Suhaizan Kaiat seperti biasa, mengalihkan 'kesalahan' kepada pihak lain.

PAS bukannya kali pertama bikin tabung derma. Sudah terlalu banyak kali. Malah sudah tidak terkira. Selama ini, tabung-tabung dermanya yang hanya wujud namanya di atas cetakan Harakah, tidak pernah dipersoalkan sekalipun akaun yang mana wang dimasukkan secara talian, tidak pernah mencatatkan nama tabung berkenaan.

Contoh terbaik adalah Tabung Lahad Datu... jangan cerita tentang Tabung Memali yang mengumpulkan puluhan juta ringgit dan wang berkenaan hilang begitu sahaja, manakala orang PAS tidak boleh mempersoalkan ke mana dan bagaimana wang yang dikumpul atas air mata dan darah ahli-ahli mereka sendiri digunakan, dihibahkan atau dimanipulasikan sehingga TIADA SEORANG PUN daripada mereka yang dijadikan umpan untuk menarik derma, menerima wang dari tabung berkenaan.

Mungkin sudah takut, tabung yang diwujudkan kurang mendapat sambutan, Suhaizan Kaiat tampil menjelaskan bahawa dia, Pemuda PAS dan PAS tidak bersalah kerana nama Tabung Mangsa Banjir tidak muncul pada skrin ATM sebaliknya yang muncul hanyalah nama Pemuda PAS.

Katanya, semua itu salah Maybank. Maybank seperti mahu dituduh oleh Suhaizan Kaiat, cuba mensabotaj Pemuda PAS dan PAS kerana hanya memaparkan nama pemegang akaun sahaja, bukannya Tabung yang ditubuhkan.

Senang sungguh Suhaizan Kaiat buat alasan, kan?

Adakah semua tabung-tabung yang PAS wujudkan selama ini terutama sekali Tabung Memali, salah mana-mana bank juga?

Atau sememangnya sudah menjadi tabiat PAS untuk menyonglap wang orang ramai yang diumpan dengan syurga, pahala dan jihad sehingga tanpa segan silu menuduh pihak lain yang bersalah kerana mahu menutup malu setelah TERKANTOI?

3 comments:

  1. Minta pihak berkuasa siasat segera... Tgkap ini org kalau btol salah

    ReplyDelete
  2. Masih ramai yang mudah ditipu oleh puak-puak begini atas nama Islam, jihad, pahala, janji syorga....Mereka ini lah sebenarnya puak setan yang mencabar ALLAH dengan pelbagai hokum hakam demi kepentngan diri dan politik sempit. Mereka buta melihat yang bala banjir ada lah pentunjuk Allah untuk mereka celik. Ada kah mereka akan celik atau mereka ini akan terus mencari ruang untuk songlap duit rakyat? Puak-puak mereka ini sememangnya di arah dan mempunyai modus operandi untuk sentiasa kutip derma untuk parti dan macam2. Mereka menjawab lah kepada Allah dan biar mereka terima bala Allah.

    ReplyDelete
  3. PAS DGN TABUNG NYA,DAP DAN PKR DGN MAKAN MALAM AMAL NYA .TAPI MODUS OPERANDI NYA SAMA!MENYONGLAP DUIT ORANG RAMAI.

    ReplyDelete

GELABAH KERANA CUBAAN MENIPU WANG ORANG RAMAI DIKETAHUI, KETUA PEMUDA PAS MENYALAHKAN MAYBANK!

Sunday 18 January 2015 ·

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat jelas tidak dapat memberikan alasan atau menjawab pertanyaan berhubung cubaan menipu dan mencuri duit orang ramai yang didermakan kepada Tabung Mangsa Banjir yang diwujudkan oleh Pemuda PAS. Banyak persoalan dihalakan kepada PAS dan Pemuda PAS tetapi Suhaizan Kaiat seperti biasa, mengalihkan 'kesalahan' kepada pihak lain.

PAS bukannya kali pertama bikin tabung derma. Sudah terlalu banyak kali. Malah sudah tidak terkira. Selama ini, tabung-tabung dermanya yang hanya wujud namanya di atas cetakan Harakah, tidak pernah dipersoalkan sekalipun akaun yang mana wang dimasukkan secara talian, tidak pernah mencatatkan nama tabung berkenaan.

Contoh terbaik adalah Tabung Lahad Datu... jangan cerita tentang Tabung Memali yang mengumpulkan puluhan juta ringgit dan wang berkenaan hilang begitu sahaja, manakala orang PAS tidak boleh mempersoalkan ke mana dan bagaimana wang yang dikumpul atas air mata dan darah ahli-ahli mereka sendiri digunakan, dihibahkan atau dimanipulasikan sehingga TIADA SEORANG PUN daripada mereka yang dijadikan umpan untuk menarik derma, menerima wang dari tabung berkenaan.

Mungkin sudah takut, tabung yang diwujudkan kurang mendapat sambutan, Suhaizan Kaiat tampil menjelaskan bahawa dia, Pemuda PAS dan PAS tidak bersalah kerana nama Tabung Mangsa Banjir tidak muncul pada skrin ATM sebaliknya yang muncul hanyalah nama Pemuda PAS.

Katanya, semua itu salah Maybank. Maybank seperti mahu dituduh oleh Suhaizan Kaiat, cuba mensabotaj Pemuda PAS dan PAS kerana hanya memaparkan nama pemegang akaun sahaja, bukannya Tabung yang ditubuhkan.

Senang sungguh Suhaizan Kaiat buat alasan, kan?

Adakah semua tabung-tabung yang PAS wujudkan selama ini terutama sekali Tabung Memali, salah mana-mana bank juga?

Atau sememangnya sudah menjadi tabiat PAS untuk menyonglap wang orang ramai yang diumpan dengan syurga, pahala dan jihad sehingga tanpa segan silu menuduh pihak lain yang bersalah kerana mahu menutup malu setelah TERKANTOI?

3 comments:

Anonymous said...
19 January 2015 at 00:28  

Minta pihak berkuasa siasat segera... Tgkap ini org kalau btol salah

Anonymous said...
19 January 2015 at 00:59  

Masih ramai yang mudah ditipu oleh puak-puak begini atas nama Islam, jihad, pahala, janji syorga....Mereka ini lah sebenarnya puak setan yang mencabar ALLAH dengan pelbagai hokum hakam demi kepentngan diri dan politik sempit. Mereka buta melihat yang bala banjir ada lah pentunjuk Allah untuk mereka celik. Ada kah mereka akan celik atau mereka ini akan terus mencari ruang untuk songlap duit rakyat? Puak-puak mereka ini sememangnya di arah dan mempunyai modus operandi untuk sentiasa kutip derma untuk parti dan macam2. Mereka menjawab lah kepada Allah dan biar mereka terima bala Allah.

Unknown said...
19 January 2015 at 12:09  

PAS DGN TABUNG NYA,DAP DAN PKR DGN MAKAN MALAM AMAL NYA .TAPI MODUS OPERANDI NYA SAMA!MENYONGLAP DUIT ORANG RAMAI.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks