NGEH KOO HAM MENGAKU DIA DAN SEPUPUNYA DIBERIKAN TANAH DI KELANTAN SELAMA 50 TAHUN UNTUK DIBALAK!

Tuesday 6 January 2015


Berita lama tetapi masih relevan terutama dalam isu banjir di Kelantan:

Ipoh: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.

ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.

“Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Diberi tanah balak lebih 4,000 hektar

Beliau mengulas dakwaan blog Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata:
“Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi.”

Ugut laporan polis

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956.

Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.

Beliau juga mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun.

5 comments:

  1. Rafizi tak nak melalak ke?

    ReplyDelete
  2. Tauke-tauke balak DAP Ngeh dan Nga adalah evangelis.

    ReplyDelete
  3. Itu semua fitnah semata2 demi menjatuhkan maruah pas,saya langsung tak peduli yang penting syurga saya sudah dijamin oleh yang mulia ulamak tuan guru Nik Aziz.

    ReplyDelete
  4. rumah hancur .. nyawa ada yang dah melayang ... harta benda musnah
    UlarMak keluar fakta untuk selamatkan diri ...
    kapir laknat keluar fakta undang2 sivil untuk selamatkan hak balak ..
    mangsa banjir keluar pinggan kosong tadah bantuan ...
    bila dah kenyang keluar pulak kenyataan .. tak perlu bantuan kerajaan pusat
    Insyallah .... bersedia la untuk bala yang lebih hebat lagi ..
    Take Beerrrrrrrr ....

    ReplyDelete
  5. N.ajis + Ngeh Kor Chee + Ngah Chee Bai + PAS adalah tokeh BALAK sekarang di timpa BALAK...

    LoL

    ReplyDelete

NGEH KOO HAM MENGAKU DIA DAN SEPUPUNYA DIBERIKAN TANAH DI KELANTAN SELAMA 50 TAHUN UNTUK DIBALAK!

Tuesday 6 January 2015 ·


Berita lama tetapi masih relevan terutama dalam isu banjir di Kelantan:

Ipoh: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.

ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.

“Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Diberi tanah balak lebih 4,000 hektar

Beliau mengulas dakwaan blog Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata:
“Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi.”

Ugut laporan polis

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956.

Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.

Beliau juga mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun.

5 comments:

Anonymous said...
6 January 2015 at 12:24  

Rafizi tak nak melalak ke?

Anonymous said...
6 January 2015 at 12:40  

Tauke-tauke balak DAP Ngeh dan Nga adalah evangelis.

Anonymous said...
6 January 2015 at 13:10  

Itu semua fitnah semata2 demi menjatuhkan maruah pas,saya langsung tak peduli yang penting syurga saya sudah dijamin oleh yang mulia ulamak tuan guru Nik Aziz.

Anonymous said...
6 January 2015 at 14:24  

rumah hancur .. nyawa ada yang dah melayang ... harta benda musnah
UlarMak keluar fakta untuk selamatkan diri ...
kapir laknat keluar fakta undang2 sivil untuk selamatkan hak balak ..
mangsa banjir keluar pinggan kosong tadah bantuan ...
bila dah kenyang keluar pulak kenyataan .. tak perlu bantuan kerajaan pusat
Insyallah .... bersedia la untuk bala yang lebih hebat lagi ..
Take Beerrrrrrrr ....

Anonymous said...
6 January 2015 at 15:06  

N.ajis + Ngeh Kor Chee + Ngah Chee Bai + PAS adalah tokeh BALAK sekarang di timpa BALAK...

LoL

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks