Dengan bantuan daripada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, selain bantuan daripada beberapa pihak luar negara, Jeffry Kitingan memulakan langkah yang kemudiannya disambut seronok oleh golongan pencinta Pakatan Rakyat serta pemuja kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Ditokok pula dengan isu-isu agama membabitkan Islam-Kristian yang sedikit meruncing sekalipun tidak diakui oleh pemerintah dan pihak berkuasa di Sabah.
Terbaru, pada 3 Januari lalu antara jam 9:00 pagi sehingga 3:00 petang, bertempat di Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Alamesra Kota Kinabalu, Sabah, telah berlangsung satu seminar atau lebih tepat lagi kalau dikatakan sebagai HASUTAN dan MENGAPI-APIKAN KEBENCIAN ANTARA AGAMA bertajuk SEMINAR TERTUTUP ISLAMISASI yang dianjurkan oleh SIB Kota Kinabalu. Penceramah yang ditampilkan adalah SAIFUDDIN IBRAHIM yang merupakan bekas pensyarah al Quran dan Ketua Sekolah Tinggi Muhammadiah Indonesia.
Seminar tersebut dihadiri lebih kurang 200 orang dari kalangan ahli-ahli komuniti Gereja SIB dari Tamparuli, Tuaran, Tenom, Papar dan Kota Kinabalu serta para pelajar UMS yang beragama Kristian SIB.
Antara yang turut hadir adalah Pastor Alexsius yang merupakan Pastor Gereja SIB Kota Kinabalu dan Pastor Rafael yang merupakan Pastor Gereja Alamesra.
Sepanjang seminar berlangsung, penceramah menyampaikan hujah berdasarkan slaid yang telah disiapkan dan pihak penganjur tidak membenarkan para peserta seminar membuat rakaman audio video sepanjang sesi selain para peserta dikenakan bayaran sebanyak RM15 untuk menyertai seminar berkenaan. Pengumuman seminar berkenaan hanya dibuat menerusi aplikasi WhatsApp.
Secara keseluruhan, penerangan seminar ini adalah lebih kepada perbandingan kandungan kitab al Quran dan Bible berdasarkan kesaksian penceramah dan menyentuh mengenai perkara sensitif yang berlaku di Malaysia termasuklah isu penggunaan kalimah Allah. Ceramah ini dilihat lebih cenderung kepada menghasut agar berlaku perpecahan, permusuhan dan perang saudara selain mewujudkan sentimen untuk menghancurkan Persekutuan Malaysia yang disifatkan penjajahan dan Islamisasi ke atas penganut-penganut Kristian di Sabah khususnya dan seluruh Malaysia, amnya.
Barangkali kerana itulah, Jeffry Kitingan segera mengalihkan perhatian dengan menjadikan dirinya sebagai umpan untuk dihentam sekaligus menyelamatkan penceramah Kristian dari Indonesia yang dalam ceramahnya, turut menegaskan tentang ISLAM MENGGALAKKAN UMATNYA MEMBUNUH ORANG BUKAN ISLAM.
0 comments:
Post a Comment