Pendedahan mengejutkan yang dibuat oleh bekas Menteri Besar Terengganu yang dipaksa melepaskan jawatan setahun lalu membabitkan 1MDB, sebenarnya sudah menjadi pencetus atau motivasi kepada pengurusan dan pentadbiran 1MDB untuk membuka mulut.
Namun, dengan menggunakan alasan 1MDB telah dipolitikkan, pengurusan 1MDB enggan membuka mulut sebaliknya dilihat seperti membenarkan segala tohmahan dan fitnah yang dibuat oleh banyak termasuklah dari kalangan mereka yang bergelar pemimpin UMNO-Barisan Nasional.
Contoh paling klasik ialah apabila kesalahfahaman berhubung urusniaga Tabung Haji Properties dengan TRX di atas sebidang tanah kecil bernilai RM188 juta telah menimbulkan panik sehingga muncul pula gerakan agar kebanyakan penyimpan di Tabung Haji mengeluarkan simpanan masing-masing dengan alasan, Tabung Haji telah menyalahgunakan wang simpanan mereka, selain mengembalikan nostalgia penggelapan dan penjarahan wang penyimpan sepertimana yang dilakukan oleh sebuah koperasi milik penuh PAS iaitu KOHILAL.
Bagaimanapun, sepanjang lebih sedekad melabur, biarpun ada pelaburannya yang merugikan, terutama sekali pada zaman Tun Dr. Mahathir berkuasa sebagai Perdana Menteri, Tabung Haji tidak pernah gagal memasukkan bonus dan dividen ke dalam akaun para penyimpan mereka, sekaligus membolehkan penyimpan mereka menunaikan haji di Makkah dengan bayaran lebih rendah berbanding jemaah-jemaah Haji di negara-negara lain.
Namun, sama seperti kes-kes melibatkan 1MDB yang lain, pengurusan agensi pelaburan milik penuh kerajaan itu langsung tidak bersuara, menjawab atau pun memberikan reaksi. Sebaliknya hanya beberapa penjelasan yang sangat ringkas dan bersifat melepaskan batok di tangga dan kemudian membiarkan Perdana Menteri yang merupakan penaung 1MDB untuk menanggung semua masalah melibatkan 1MDB.
Jawapan-jawapan tentang 1MDB semuanya berada di tangan pengurusan tertinggi 1MDB. Setakat bersetuju untuk SPRM menyiasat individu di dalam 1MDB tetapi enggan menjawab apa yang sedang berlaku dalam 1MDB tidak akan dapat menghilangkan persepsi negatif rakyat terhadap 1MDB.
Seharusnya pengurusan 1MDB bersikap lebih berani dan lebih aktif tanpa menggunakan alasan POLITIK dan TELAH DIPOLITIKKAN untuk mengelak daripada tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan kepada mereka.
Apatah lagi, setiap kali Tony Pua atau Rafizi Ramli membuat 'tekaan', tidak lama kemudian 'tekaan' tersebut menjadi fakta dan ianya benar-benar berlaku, sebagaimana yang berlaku kepada Tabung Haji, TNB dan beberapa agensi kerajaan yang lain.
Alasan yang diberikan oleh para penyokong bahawa penjualan daripada agensi kerajaan kepada agensi kerajaan tidak cukup berkredibel melainkan pengurusan 1MDB yang menjawabnya.
Sehingga setakat ini, semua jawapan hanya diberikan oleh pihak luar yang sebenarnya tidak banyak tahu pun tentang operasi 1MDB yang sebenar!
Sebabnya mudah kenapa mereka (1MDB) masih belum menjawab - mereka sendiri pun tak tahu macam mana nak jawab pada rakyat kerana 1MDB benar benar berada didalam keadaan "huru hara" ibarat kapal yang menanti masa untuk tenggelam.
ReplyDeleteSuka ko Le Labu oi
ReplyDeleteSusah sangat ke soalannya?? Dari 2013 tak jawab2 lagi ni!!!
ReplyDeleteIni ibarat bertanyakan soal azan kpd bilal . kenapa bilal tak datang masjid untuk azan hari ini. tetapi bilal memilih tok imam untuk memberikan jawapan kpd kariah . dan yg paling teruk , pengurusi masjid sendiri kena menjawab bagi pihak bilal . sedangkan dia sendiri tak memegang amanah sebagai tukang azan .
ReplyDelete