Maruah Anggota Polis dan PDRM Hanyalah RM100, Jauh Berbeza Berbanding Maruah Hakim dan Peguam

Tuesday 26 May 2015

Berita yang disiarkan oleh BERNAMA pada 25 Mei 2015 sememangnya satu PENGHINAAN BESAR kepada anggota dan pegawai polis, malah lebih tepat lagi merupakan satu KEJIAN ke atas PDRM secara keseluruhannya.

Memang benar, si pesalah itu didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dengan hukumannya pula sekadar denda tidak melebihi RM100:

Seksyen 14 - Kelakuan Aib
Sesiapa pun yang menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan, mengugut, aib atau menghina atau berkelakuan dengan cara yang mengugut atau menghina atau menampalkan atau melekatkan atau mempamerkan sebarang kertas bertulis atau lukisan yang kurang sopan mengugut aib atau menghinakan dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan atau di mana keamanan mungkin terganggu boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM100.


Namun sebenarnya, pendakwaraya mempunyai pilihan untuk mengenakan tuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang hukumannya adalah penjara tiga bulan dan denda RM1000.

Seksyen 186 - Menghalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya
Barang siapa dengan sengaja menghalang seseorang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau dengan denda yang boleh sampai seribu ringgit atau dengan kedua-duanya
.

Seksyen 14  Akta Kesalahan Kecil itu sudah berusia 6o tahun. Pada tahun 1955 dahulu, nilai RM100 mungkin sangat besar bagi orang awam terutama apabila pendapatan purata sekitar RM180 atau lebih rendah diperolehi. Namun tahun 2015, RM100 hanyalah nilai 'celah gigi' yang langsung tidak mendatangka sebarang kesan.

Barangkali kerana denda yang tersangat rendah itulah yang membuatkan PDRM sentiasa dihina dan seringkali dilabelkan dengan pelbagai label-label negatif seperti POLIS ANJING KERAJAAN dan sebagainya.

Berbeza pula dengan hakim dan peguam yang mempunyai peruntukan undang-undang yang membolehkan subjek yang melakukan penghinaan didenda beribu-ribu kalau tidak pun berpuluh-puluh ribu ringgit mahupun dipenjarakan dengan alasan menghina institusi.

Adakah PDRM tidak dianggap sebagai institusi sehinggakan denda RM100 masih lagi dikuatkuasakan dan sesiapa sahaja bebas menghina anggota dan pegawai polis yang menjalankan tugas?






1 comment:

  1. Takpelah biarlah kat dunia maruah anggota polis dinilaikan dengan RM100 ,tetapi sekira nawaitu setiap anggota polis yang beragama islam adalah demi menjamin keselamatan negara ,biarlah Allah saja yang nilaikan pengorbanan mereka nanti di akhirat.Begitu juga setiap agensi lain seperti tentera,imigresen dan kastam.tetapkan iman dan jujurlah ketika menjalankan tugas ,kerana tugas kalian amat murni demi kedaulatan negara.tanpa kalian negara akan mudah di serang dan diceroboh.

    ReplyDelete

Maruah Anggota Polis dan PDRM Hanyalah RM100, Jauh Berbeza Berbanding Maruah Hakim dan Peguam

Tuesday 26 May 2015 ·

Berita yang disiarkan oleh BERNAMA pada 25 Mei 2015 sememangnya satu PENGHINAAN BESAR kepada anggota dan pegawai polis, malah lebih tepat lagi merupakan satu KEJIAN ke atas PDRM secara keseluruhannya.

Memang benar, si pesalah itu didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dengan hukumannya pula sekadar denda tidak melebihi RM100:

Seksyen 14 - Kelakuan Aib
Sesiapa pun yang menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan, mengugut, aib atau menghina atau berkelakuan dengan cara yang mengugut atau menghina atau menampalkan atau melekatkan atau mempamerkan sebarang kertas bertulis atau lukisan yang kurang sopan mengugut aib atau menghinakan dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan atau di mana keamanan mungkin terganggu boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM100.


Namun sebenarnya, pendakwaraya mempunyai pilihan untuk mengenakan tuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang hukumannya adalah penjara tiga bulan dan denda RM1000.

Seksyen 186 - Menghalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya
Barang siapa dengan sengaja menghalang seseorang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau dengan denda yang boleh sampai seribu ringgit atau dengan kedua-duanya
.

Seksyen 14  Akta Kesalahan Kecil itu sudah berusia 6o tahun. Pada tahun 1955 dahulu, nilai RM100 mungkin sangat besar bagi orang awam terutama apabila pendapatan purata sekitar RM180 atau lebih rendah diperolehi. Namun tahun 2015, RM100 hanyalah nilai 'celah gigi' yang langsung tidak mendatangka sebarang kesan.

Barangkali kerana denda yang tersangat rendah itulah yang membuatkan PDRM sentiasa dihina dan seringkali dilabelkan dengan pelbagai label-label negatif seperti POLIS ANJING KERAJAAN dan sebagainya.

Berbeza pula dengan hakim dan peguam yang mempunyai peruntukan undang-undang yang membolehkan subjek yang melakukan penghinaan didenda beribu-ribu kalau tidak pun berpuluh-puluh ribu ringgit mahupun dipenjarakan dengan alasan menghina institusi.

Adakah PDRM tidak dianggap sebagai institusi sehinggakan denda RM100 masih lagi dikuatkuasakan dan sesiapa sahaja bebas menghina anggota dan pegawai polis yang menjalankan tugas?






1 comments:

Anonymous said...
2 June 2015 at 21:12  

Takpelah biarlah kat dunia maruah anggota polis dinilaikan dengan RM100 ,tetapi sekira nawaitu setiap anggota polis yang beragama islam adalah demi menjamin keselamatan negara ,biarlah Allah saja yang nilaikan pengorbanan mereka nanti di akhirat.Begitu juga setiap agensi lain seperti tentera,imigresen dan kastam.tetapkan iman dan jujurlah ketika menjalankan tugas ,kerana tugas kalian amat murni demi kedaulatan negara.tanpa kalian negara akan mudah di serang dan diceroboh.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks