Sekeping gambar yang dirakamkan dan disiarkan oleh sebuah akhbar Cina yang menunjukkan Ibrahim Ali tersengih-sengih cuba bersalam dengan Lim Kit Siang, menarik perhatian ramai sekaligus menjadikan PERKASA, sebuah pertubuhan yang diketuai dan ditubuhkan oleh Ibrahim Ali sebagai sasaran.
Dek kerana gambar itulah juga, Lim Kit Siang yang pada awalnya memberikan kenyataan yang muluk-muluk tentang Dr. Mahathir, bertukar mengatakan Dr. Mahathir lemah dan memerlukan DAP-PKR untuk menjatuhkan Najib, bukan sebaliknya.
Begitu juga dengan PKR menerusi kenyataan Presiden mereka yang memperkecil-kecilkan malah menghina pengaruh Dr. Mahathir.
Ibrahim Ali sedang melihat bagaimana kemarahan atas perbuatannya sedang menular di kalangan ahli-ahli PERKASA sendiri. Walaupun Setiausaha Agung PERKASA cuba berputar belit memberikan alasan tentang pembubaran beberapa 'cawangan' PERKASA pada peringkat negeri atau yang lebih rendah, namun yang pasti, apa yang sedang berlaku sekarang sememangnya boleh menyebabkan PERKASA runtuh dan hanyut.
Semuanya kerana hipokrit Ibrahim Ali berdasarkan gambar bersalamnya.
Namun hipokrit yang terbesar sudah tentulah dari DAP. Ibrahim Ali dan PERKASA selama bertahun telah memperlihatkan dan menonjolkan diri mereka sebagai 'pembela Melayu' dengan menggelarkan orang Cina sebagai 'pendatang', malahan dalam satu provokasi yang menyebabkan Ibrahim Ali dilarang memasuki Sarawak ialah ancaman membakar Bible.
Media-media cetak berbahasa Cina kelihatan sepakat dalam membantai DAP untuk isu ini.
Sebahagian besar ahli-ahli PERKASA juga memberikan reaksi negatif sehinggakan Ibrahim Ali digelar sebagai pengkhianat dan dalam satu peristiwa, Ibrahim Ali terpaksa keluar dari group WhatsApp PERKASA kerana tidak tahan telinga diserang bertalu-talu oleh ahli-ahlinya sendiri.
Semuanya kerana Deklarasi Rakyat yang telah MEMBUATKAN IBRAHIM ALI DILANDA KESIALAN sedangkan Deklarasi Rakyat tersebut sebenarnya hanyalah untuk membela Mukhriz Mahathir yang pada ketika itu baru sahaja kehilangan jawatan Menteri Besar Kedah dan Muhyiddin Yassin yang jawatan Timbalan Presiden UMNOnya digantung.
Ramai percaya, deklarasi tersebut sebenarnya adalah reaksi ciplak terdesak untuk menyelamatkan kerjaya politik Mukhriz Mahathir dan Muhyiddin Yassin berbanding 'SELAMATKAN MALAYSIA' yang dijadikan cogankata.
Ini adalah berdasarkan kepada kenyataan Mahathir dan Muhyiddin sendiri. Tidak lama sebelum deklarasi tersebut, Mahathir dan Muhyiddin menyatakan, mereka tidak akan bekerjasama dengan pembangkang sedangkan apa yang beralaku adalah sebaliknya.
SELAMATKAN AKU...bukannya selamatkan Malaysia
ReplyDeletePemakan DEDAk mmg xkan paham deklarasi tu...yealah kang xde dedak lak kn?
ReplyDelete