BN TUBUH PASUKAN PEGUAM UNTUK SAMAN FITNAH... JANGAN ASYIK 'SELESAI LUAR MAHKAMAH' SUDAHLAH!

Thursday 10 March 2016

Isu lama yang didesak tetapi UMNO terlalu degil, bodoh sombong untuk melakukannya, akhirnya dituruti juga oleh UMNO-BN. Penubuhan sebuah pasukan peguam yang berperanan untuk membantuk Wakil-Wakil Rakyat BN mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana portal berita atau media sosial yang bertindak menfitnah mereka di laman sosial, sekalipun sudah terlambat, jauh lebih baik berbanding langsung tiada sebarang usaha ke arah itu seperti sekarang.

Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pasukan seumpama itu telah sedia dalam UMNO cuma peranannya sahaja tidak diperluaskan bagi memenuhi keperluan Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN BN secara menyeluruh. 

Terdapat beberapa kes fitnah yang melibatkan pasukan peguam UMNO sebelum ini termasuklah kes-kes membabitkan Perdana Menteri dan isteri yang berakhir dengan 'penyelesaian luar mahkamah' serta permohonan maaf semata-mata. Sedangkan di pihak lawan pula, sebarang saman fitnah akan berakhir sama ada kalah atau menang, bayar atau sebaliknya.

“Kepada semua Yang Berhormat dan menteri-menteri, jika mereka merasakan telah difitnah dan portal-portal berita enggan menarik semula atau memperbaiki berita ber­kenaan, tindakan undang-undang adalah antara pilihan yang perlu diambil,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kerajaan juga akan mewujudkan satu entiti dipanggil 'Fact Check' yang berperanan untuk menyemak kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli politik.

Jelas beliau, langkah penubuhan entiti itu adalah bagi memupuk persepsi yang lebih baik dalam perdebatan antara pihak politik di negara ini.

“Kita mahu membawa budaya debat berteraskan polisi, yang seterusnya akan memberi impak positif kepada negara pada masa depan, bukannya isu-isu remeh yang memenatkan kita semua,” katanya.

Terdahulu, semasa berucap da­lam forum berkenaan, Abdul Rahman meminta supaya pihak universiti menjalankan kajian terhadap sikap rakyat Malaysia yang mempercayai sesuatu berita atau isu dengan hanya membaca tajuk­nya sahaja.

“Kerajaan United Kingdom telah menjalankan kajian dengan mendalam supaya dapat membawa mereka yang menyebarkan fitnah ke muka pengadilan,” katanya.

“Sehubungan itu, saya meminta pihak universiti supaya mengkaji bagaimana tajuk itu boleh mempengaruhi minda orang ramai tanpa membaca keseluruhan berita. Ini amat penting buat kerajaan bagi memahami apa yang orang ramai faham dan cari hanya berdasarkan tajuk,” katanya. (agenda daily)

0 comments:

Post a Comment

BN TUBUH PASUKAN PEGUAM UNTUK SAMAN FITNAH... JANGAN ASYIK 'SELESAI LUAR MAHKAMAH' SUDAHLAH!

Thursday 10 March 2016 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks