POLIS MUSNAHKAN BOM BUATAN SENDIRI DI AQUARIA KLCC SEHARI SELEPAS ZAHID HAMIDI DEDAHKAN PLOT PENCULIKAN MILITAN IS KE ATAS PERDANA MENTERI

Wednesday, 9 March 2016

Pada ketika para penyokong Pakatun dan Pakatan Harapan mentertawakan kenyataan Zahid Hamidi tentang ancaman Militan Daesh untuk menculik Perdana Menteri, dia sendiri dan Hishamuddin Hussein Onn, PDRM yang telah bertungkus lumus menjaga keselamatan negara ini sehinggakan puak-puak berkenaan berasakan ancaman keselamatan adalah sesuatu yang kelakar, sekali lagi telah menjalankan tugas mereka dengan berkesan.

Komander oerasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Fuad Omar memberitahu, dua biji bom buatan sendiri telah berjaya dimusnahkan oleh robot yang dikendalikan oleh skuad pemusnah bom lebih kurang jam 7:45 malam tadi. 

"Bom-bom berkenaan berbentuk jug. Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku," katanya ketika dihubungi. 

Ketua Polis Dang Wangi, Zainol Samah berkata, butiran lanjut akan diberikan kepada media tidak lama lagi. 

Fuad berkata, pembantu Aquria KLCC telah melihat jag-jag tersebut lebih kurang jam 5:30 petang dan memindahkan kedua-dua bom tersebut berhampiran tempat pembuangan sampah sebelum menghubungi  Kuala Lumpur Convention Centre. 

Pihak keselamatan KLCC mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan menghubungi polis  yang kemudian menghantar sepasukan skuad pemusnah bom. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dipanggil untuk bersedia ketika bom-bom tersebut dimusnahkan. 

Fuad berkata, kedua-dua bom tersebut telah diletupkan di taman di hadapan Convention Centre selepas orang ramai disuraikan dan dikeluarkan dari kawasan letupan. 

Anggota serta pegawai polis masih lagi berada di lokasi untuk menyiasat material yang digunakan untuk pembuatan bom berkenaan, katanya. 

Insiden tersebut berlaku selepas sehari Menteri Dalam Negeri merangkap Timbalan Perdana Menteri mendedahkan tentang militan IS yang merancang menculik Perdana Menteri, Najib Abdul Razak. 

Selama beberapa bulan, polis telah mengetatkan kawalan dan rondaan di kawasan-kawasan utama pelancongan seperti KLCC, ekoran amaran tentang kemungkinan serangan pengganas di Kuala Lumpur. 

Bulan lepas, Australia memberi amaran kepada warganya tentang serangan ganas yang mungkin berlaku di Kuala Lumpur. 

Bagaimanapun, PDRM berkata, mereka tidak mempunyai sebarang maklumat tentang itu dan memberi jaminan kepada awam bahawa Ibu Kota Malaysia dalam keadaan selamat.

BERITA MUTAKHIR!

Dua objek ditemui di Aquaria KLCC bukan bom sebaliknya bahan ujikaji yang digunakan pelajar ketika lawatan di situ-Ketua Polis KL

Polis sahkan objek yang ditemui di Aquaria KLCC petang tadi bukan bom tetapi bahan uji kaji yang dibawa pelajar ketika lawatan.

0 comments:

Post a Comment

POLIS MUSNAHKAN BOM BUATAN SENDIRI DI AQUARIA KLCC SEHARI SELEPAS ZAHID HAMIDI DEDAHKAN PLOT PENCULIKAN MILITAN IS KE ATAS PERDANA MENTERI

Wednesday, 9 March 2016 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks