SUDAH TERLAMBAT BUAT MUHYIDDIN UNTUK MENGUNGKIT JAWATANNYA DALAM UMNO!!!

Sunday 13 March 2016


Jawatan Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri, sudah lama menjadi sejarah. Jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO pula telah digantung oleh Ahli-Ahli Majlis Tertinggi. Manakala jawatannya sebagai Ketua Bahagian Pagoh pula berada dalam keadaan terumbang-ambing apabila para pemimpin UMNO Bahagian mula menunjukkan sifat-sifat memberontak dan tidak lagi menyokongnya, selepas Muhyiddin bersama-sama Dr. Mahathir bekerjasama dengan Lim Kit Siang dan para pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan Najib, sekaligus pada masa yang sama turut menumbangkan UMNO walaupun Muhyiddin berkeras, Deklarasi Mahathir-Kit Siang hanya untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak bukan UMNO-BN sebagai Kerajaan.

Sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, beberapa perkara yang melibatkan Muhyiddin dipersoalkan dan tiada sebarang jawapan diberikan. Muhyiddin juga dilihat lebih cuba menonjolkan dirinya sebagai mempunyai fikiran yang berbeza dengan Najib, malah pada masa-masa yang tertentu, lebih mementingkan diri dan politiknya berbanding ketua dan parti, sepertimana yang berlaku dalam isu 'MALAY FIRST' yang cuba menonjolkannya sebagai PEJUANG MELAYU sejati tetapi apabila diserang oleh pihak musuh terutama sekali oleh DAP, Muhyiddin mengambil sikap berdiam diri.

Sekarang, Muhyiddin cuba mengungkit kononnya kegagalannya sebagai Timbalan Presiden UMNO adalah kerana dia telah disekat daripada menjalankan tugasnya sebelum dia digantung. Satu dakwaan yang terlahir daripada orang kecewa kerana kehilangan jawatan memandangkan maklumat-maklumat tentang percanggahan Muhyiddin dengan ketuanya, malah keghairahan mencari sokongan, boleh diperolehi dengan mudah menerusi carian Internet. 

Muhyiddin juga mengatakan, tindakan yang diambil ke atasnya oleh UMNO adalah luar biasa dan tidak pernah dibuat oleh UMNO atau parti-parti politik lain. Tidak dapat dipastikan sama ada Muhyiddin benar-benar memaksudkan kata-katanya atau dia mempunyai niat menipu memandangkan antara tindakan popular ke atas Timbalan Presiden UMNO, berlaku sebanyak tiga kali dalam UMNO sepanjang pentadbiran Dr. Mahathir bermula dengan Musa Hitam, Abdul Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim. Begitu juga tindakan yang diambil oleh Tunku Abdul Rahman ke atas beberapa orang pemimpin UMNO seperti Panglima Bukit Gantang malah ke atas Mahathir sendiri. DAP dengan Lee Lam Thye, manakala PKR cukup terkenal dengan Khalid Ibrahim, Zaid Ibrahim dan sebagainya. PAS pula dengan Asri Muda dan Nakhaie Ahmad. Begitu juga parti-parti politik di Sabah dan Sarawak, juga mempunyai tradisi yang sama tindakan yang diambil ke atas ahli-ahli mahupun pemimpin-pemimpin parti yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan.

Jadi apa yang dihairankan oleh Muhyiddin?

Muhyiddin cuba menggambarkan dirinya sebagai pejuang rakyat dan pembela keadilan kerana mengkritik Najib Abdul Razak dengan deposit RM2.6 bilion wang derma yang telah disahkan oleh SPRM daripada keluarga diraja Arab Saudi pada tahun 2013. Namun Muhyiddin tidak pula mempersoalkan, desakan ke atasnya yang membabitkan beberapa projek kerajaan yang dibuat dan dikendalikannya seperti Bestari.Net (YTL) selain skandal tanah rezab Melayu di Johor dan pemilikan projek-projek kerajaan serta kekayaan luar biasa anak lelakinya.  

Begitu juga dengan cerita PEJABAT BERHABUK di KEMENTERIAN PELAJARAN. Polisi dan dasarnya yang membebankan para guru, sekaligus menimbulkan tentangan daripada para guru yang terbeban dengan kerja-kerja di luar bidang tugas, turut dikaitkan dengan kegagalan dan kelemahan Muhyiddin. 

Sekarang, Muhyiddin bercakap untuk menyalahkan orang lain?

Mengapa sewaktu ada kuasa dahulu, Muhyiddin tidak sedar?

Muhyiddin atau mana-mana pemimpin seharusnya sedar, ini bukan zaman maklumat hanya diperolehi daripada akhbar-akhbar yang dibenarkan permit penerbitannya, stesen-stesen televisyen dan radio yang dikawal sepenuhnya, majalah atau bahan bacaan yang tertakluk di bawah bidang kuasa KDN. Sumber maklumat terutama daripada media alternatif terlalu banyak. 

Justeru, pembohongan seperti yang dilakukan oleh Muhyiddin seharusnya lebih memalukannya berbanding cubaan untuk membetulkan diri setelah melakukan kesalahan. Sekarang, para pembaca dan orang ramai amat skeptikal, bahkan berkecenderungan untuk mengorek sehingga ke akar umbi.

Tak malukah?


1 comment:

  1. Ingat kes soalan upsr bocor beberapa tahun lepas? Dari oversea dia arahkan salah seorang dari kerusi lembaga peperiksaan digantung tugas. Peh, dia lupa tu dia ada gantung orang tanpa meneliti sebarang fail di opis atau duduk di meja menteri pendidikan. Main remote dari jauh. Kini bila dia pulak digantung kerana peranan yang bercanggah dengan arahan presiden, dia pulak meroyan. Dia rasa peranan dia mengutuk presiden adalah selaras dengan tugas dia sebagai timbalan presiden... Bukan bantu presiden tapi lawan presiden! Realistik la, siapa tak setuju dengan presiden, pandai2lah bawak diri. Salah seorang wajib dikeluarkan dan yang paling tak kukuh dan akan tersingkir pastinya timbalan presiden. Itu normal beb. Satu lagi lawak bekas timbalan presiden ialah deklarasi dibuat dan ditandatangani adalah untuk mengelakkan pemerintahan bn sekarang jatuh ke tangan pembangkang paska pru14. Kah!kah!kah! Apa punya mabuk da. Kan ke yang hadir tandatangan deklarasi tu termasuk pemimpin pembangkang, dap, pas, pan dan pkr! Adakah pembangkang begitu bodoh untuk pastikan bn kekal berkuasa paska pru14? Tak tahulah siapa ysng bodoh. Adakah bekas tpm yg bodoh atau cuba membodohkan rakyat? Kalau dah tersilap langkah, boleh la u-turn sikit2 atau diamkan diri sementara, daripada terus bersilat berkuntau menegakkan benang basah..

    ReplyDelete

SUDAH TERLAMBAT BUAT MUHYIDDIN UNTUK MENGUNGKIT JAWATANNYA DALAM UMNO!!!

Sunday 13 March 2016 ·


Jawatan Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri, sudah lama menjadi sejarah. Jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO pula telah digantung oleh Ahli-Ahli Majlis Tertinggi. Manakala jawatannya sebagai Ketua Bahagian Pagoh pula berada dalam keadaan terumbang-ambing apabila para pemimpin UMNO Bahagian mula menunjukkan sifat-sifat memberontak dan tidak lagi menyokongnya, selepas Muhyiddin bersama-sama Dr. Mahathir bekerjasama dengan Lim Kit Siang dan para pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan Najib, sekaligus pada masa yang sama turut menumbangkan UMNO walaupun Muhyiddin berkeras, Deklarasi Mahathir-Kit Siang hanya untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak bukan UMNO-BN sebagai Kerajaan.

Sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, beberapa perkara yang melibatkan Muhyiddin dipersoalkan dan tiada sebarang jawapan diberikan. Muhyiddin juga dilihat lebih cuba menonjolkan dirinya sebagai mempunyai fikiran yang berbeza dengan Najib, malah pada masa-masa yang tertentu, lebih mementingkan diri dan politiknya berbanding ketua dan parti, sepertimana yang berlaku dalam isu 'MALAY FIRST' yang cuba menonjolkannya sebagai PEJUANG MELAYU sejati tetapi apabila diserang oleh pihak musuh terutama sekali oleh DAP, Muhyiddin mengambil sikap berdiam diri.

Sekarang, Muhyiddin cuba mengungkit kononnya kegagalannya sebagai Timbalan Presiden UMNO adalah kerana dia telah disekat daripada menjalankan tugasnya sebelum dia digantung. Satu dakwaan yang terlahir daripada orang kecewa kerana kehilangan jawatan memandangkan maklumat-maklumat tentang percanggahan Muhyiddin dengan ketuanya, malah keghairahan mencari sokongan, boleh diperolehi dengan mudah menerusi carian Internet. 

Muhyiddin juga mengatakan, tindakan yang diambil ke atasnya oleh UMNO adalah luar biasa dan tidak pernah dibuat oleh UMNO atau parti-parti politik lain. Tidak dapat dipastikan sama ada Muhyiddin benar-benar memaksudkan kata-katanya atau dia mempunyai niat menipu memandangkan antara tindakan popular ke atas Timbalan Presiden UMNO, berlaku sebanyak tiga kali dalam UMNO sepanjang pentadbiran Dr. Mahathir bermula dengan Musa Hitam, Abdul Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim. Begitu juga tindakan yang diambil oleh Tunku Abdul Rahman ke atas beberapa orang pemimpin UMNO seperti Panglima Bukit Gantang malah ke atas Mahathir sendiri. DAP dengan Lee Lam Thye, manakala PKR cukup terkenal dengan Khalid Ibrahim, Zaid Ibrahim dan sebagainya. PAS pula dengan Asri Muda dan Nakhaie Ahmad. Begitu juga parti-parti politik di Sabah dan Sarawak, juga mempunyai tradisi yang sama tindakan yang diambil ke atas ahli-ahli mahupun pemimpin-pemimpin parti yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan.

Jadi apa yang dihairankan oleh Muhyiddin?

Muhyiddin cuba menggambarkan dirinya sebagai pejuang rakyat dan pembela keadilan kerana mengkritik Najib Abdul Razak dengan deposit RM2.6 bilion wang derma yang telah disahkan oleh SPRM daripada keluarga diraja Arab Saudi pada tahun 2013. Namun Muhyiddin tidak pula mempersoalkan, desakan ke atasnya yang membabitkan beberapa projek kerajaan yang dibuat dan dikendalikannya seperti Bestari.Net (YTL) selain skandal tanah rezab Melayu di Johor dan pemilikan projek-projek kerajaan serta kekayaan luar biasa anak lelakinya.  

Begitu juga dengan cerita PEJABAT BERHABUK di KEMENTERIAN PELAJARAN. Polisi dan dasarnya yang membebankan para guru, sekaligus menimbulkan tentangan daripada para guru yang terbeban dengan kerja-kerja di luar bidang tugas, turut dikaitkan dengan kegagalan dan kelemahan Muhyiddin. 

Sekarang, Muhyiddin bercakap untuk menyalahkan orang lain?

Mengapa sewaktu ada kuasa dahulu, Muhyiddin tidak sedar?

Muhyiddin atau mana-mana pemimpin seharusnya sedar, ini bukan zaman maklumat hanya diperolehi daripada akhbar-akhbar yang dibenarkan permit penerbitannya, stesen-stesen televisyen dan radio yang dikawal sepenuhnya, majalah atau bahan bacaan yang tertakluk di bawah bidang kuasa KDN. Sumber maklumat terutama daripada media alternatif terlalu banyak. 

Justeru, pembohongan seperti yang dilakukan oleh Muhyiddin seharusnya lebih memalukannya berbanding cubaan untuk membetulkan diri setelah melakukan kesalahan. Sekarang, para pembaca dan orang ramai amat skeptikal, bahkan berkecenderungan untuk mengorek sehingga ke akar umbi.

Tak malukah?


1 comments:

Anonymous said...
13 March 2016 at 22:46  

Ingat kes soalan upsr bocor beberapa tahun lepas? Dari oversea dia arahkan salah seorang dari kerusi lembaga peperiksaan digantung tugas. Peh, dia lupa tu dia ada gantung orang tanpa meneliti sebarang fail di opis atau duduk di meja menteri pendidikan. Main remote dari jauh. Kini bila dia pulak digantung kerana peranan yang bercanggah dengan arahan presiden, dia pulak meroyan. Dia rasa peranan dia mengutuk presiden adalah selaras dengan tugas dia sebagai timbalan presiden... Bukan bantu presiden tapi lawan presiden! Realistik la, siapa tak setuju dengan presiden, pandai2lah bawak diri. Salah seorang wajib dikeluarkan dan yang paling tak kukuh dan akan tersingkir pastinya timbalan presiden. Itu normal beb. Satu lagi lawak bekas timbalan presiden ialah deklarasi dibuat dan ditandatangani adalah untuk mengelakkan pemerintahan bn sekarang jatuh ke tangan pembangkang paska pru14. Kah!kah!kah! Apa punya mabuk da. Kan ke yang hadir tandatangan deklarasi tu termasuk pemimpin pembangkang, dap, pas, pan dan pkr! Adakah pembangkang begitu bodoh untuk pastikan bn kekal berkuasa paska pru14? Tak tahulah siapa ysng bodoh. Adakah bekas tpm yg bodoh atau cuba membodohkan rakyat? Kalau dah tersilap langkah, boleh la u-turn sikit2 atau diamkan diri sementara, daripada terus bersilat berkuntau menegakkan benang basah..

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks