Kalau Isteri Mukhriz Dulu Buat Macam Ni, Mukhriz Takkan Tertungging dan Meroyan Seperti Sekarang

Thursday 17 March 2016

Berita terkini dari Kedah...

Dilaporkan Mukhriz sedang merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua-Ketua Cawangan yang menyokongnya di sebuah kedai makan milik mantan Ketua Pemuda UMNO Sungai Petani.

Berdasarkan sambutan sebelum ini yang amat hambar, jentera saraf Mukhriz dilaporkan sedang mengadakan psywar dengan cara mengatur fitnah, kononnya Menteri Besar Kedah yang baru, Ahmad Bashah telah mengarahkan agar UMNO Bahagian Sungai Petani mengadakan sekatan bagi menghalang Mukhriz daripada bertemu dengan para penyokongnya.

Hakikatnya, pengaruh Mukhriz di Sungai Petani hanya melibatkan beberapa orang individu sahaja. Pada ketika UMNO Sungai Petani yang merupakan Bahagian yang paling bermasalah sepanjang 2008-2013, Mukhriz langsung tidak mengendahkan Bahagian tersebut. Sebaliknya yang bertungkus-lumus untuk menenangkan keadaan adalah Ahmad Bashah.

Sehinggalah pada PRU-13 lalu, Sungai Petani mencatatkan kemenangan biarpun tipis tetapi UMNO Kedah berjaya merampas dua kerusi DUN yang telah jatuh ke tangan PAS pada PRU-12. Majoriti kemenangan Johari Abdul (PKR - Parlimen Sungai Petani) juga menurun secara relatifnya memandangkan jumlah pengundi di Parlimen tersebut pada tahun 2008 adalah 59,243 berbanding 80,771 pada tahun 2013.

Pada tahun 2008, UMNO Kedah kalah 3-0 kepada Pakatan Rakyat (PKR dan PAS) di Parlimen Sungai Petani.

Mukhriz Mahathir tidak memainkan apa-apa peranan di Sungai Petani sepanjang 2008-2013 sebaliknya dia hanya diwakili oleh Ahmad Bashah yang berjaya mengamankan 'kekecohan' UMNO Bahagian Sungai Petani.

Kini UMNO Bahagian Sungai Petani sudah aman dan mulai tersusun serta kukuh. Masa kemelut, tak mahu campur, tetapi selepas aman, Mukhriz datang untuk menyelerakkannya semula.

Bagus ke tu?

Sementara itu, seorang rakan Netizen, Wan Suhaijie AUPN melaporkan,

Setelah DS Ahmad Bashah dilantik menjadi MB Kedah yg baru..antara pembaharuan yg berjaya beliau laksanakan dlm masa tdk sampai 100 hari pemerintahannya adalah..beliau memutuskan yg mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah akan dibuat di setiap daerah dlm Kedah mengikut giliran.
Tahukah hgpa..ketika MB Kedah dan para EXCO sedang bermesyuarat..isteri MB Kedah dan isteri2 para EXCO turut sama melakukan program khidmat bakti di daerah tersebut. Sebagai cth..kelmarin ketika mesyuarat EXCO berlangsung di Pejabat Daerah Kubang Pasu..isteri MB dan isteri2 EXCO pula melakukan kerja bakti di Hospital Jitra dan juga melawat kanak2 istimewa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti PDK Jitra.
Sempoi tak? Satu pembaharuan yg sangat menarik bukan? Hgpa nampak dak penangan org pengalaman mcm mana? Apa2 pun syabas buat Datin Seri Hizam isteri YAB MB Kedah DS Ahmad Bashah dan isteri2 EXCO Kerajaan Negeri Kedah yg berjaya membawa sentuhan ibu dlm program kebajikan dan kemasyarakatan. Ini yg rakyat Kedah tunggu2 selama ini.

Berbeza dengan anak dan isteri Mukhriz yang tidak bermukim, tidak tinggal dan tidak betah berada di Kedah, memaksa Mukhriz berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Kedah, sekaligus menjadikan dia sebagai Menteri Besar di atas angin, malah ada juga yang melabelkannya sebagai Menteri Besar FireFly memandangkan kekerapannya menaiki pesawat FireFly untuk berulang-alik antara Kedah dan Kuala Lumpur. 

Barangkali kalaulah isteri Mukhriz jenis manusia pijak tanah dan memahami tugas-tugas suaminya sebagai Menteri Besar Kedah yang memerlukan komitmen 25 jam sehari dan 8 hari seminggu, dengan memberikan semua bantuan yang diperlukan, Mukhriz sudah pasti menjadi Menteri Besar Kedah lagi. Apatah lagi dengan para penyokong yang menyogok, kononnya rakyat Kedah amat marahkan Bashah kerana merampas jawatan Menteri Besar Kedah, tetapi sambutan dan sokongan yang ditunjukkan kepada Mukhriz pula, amat memalukan dan daif.

Sebahagian besar rakyat Kedah, tidak peduli pun sama ada Mukhriz jatuh atau sebaliknya. Malah tidak memberikan sebarang komen pun kecuali mereka yang ada kepentingan dengan Mukhriz.

2 comments:

  1. dengkinya blog ni. kata tak takut.piirah. rakyat sedang menunggu unuk menhukum BN

    ReplyDelete
  2. Rakyat pun tak takut untuk melihat pembangkang tersungkur...

    ReplyDelete

Kalau Isteri Mukhriz Dulu Buat Macam Ni, Mukhriz Takkan Tertungging dan Meroyan Seperti Sekarang

Thursday 17 March 2016 ·

makhang said...
17 March 2016 at 15:15  

dengkinya blog ni. kata tak takut.piirah. rakyat sedang menunggu unuk menhukum BN

Anonymous said...
21 March 2016 at 18:22  

Rakyat pun tak takut untuk melihat pembangkang tersungkur...

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks