1. Tan Sri Mahyuddin cakap soal orang datang kepada beliau untuk tanya mengenai skandal Najib dan isteri.
2. Saya sendiri telah menerangkan segala isu besar berkaitan Isteri PM semenjak sebelum PRU13 hingga sekarang. Antara isu yg besar adalah isu cincin majlis perkahwinan anak.
3. Saya telah jelaskan dan jawab satu persatu fitnah-fitnah yang dilemparkan. Saya ada beri ceramah terbuka, buat kenyataan media dan juga penjelasan tertutup kepada beberapa tingkat pimpinan UMNO dan Wanita. Rata-rata mereka menerima dan berpuas hati dengan jawapan saya.
4. Begitu juga dengan isu2 lain yang telah diberikan penerangan secara terperinci. Saya tidak pasti Mahyuddin sebagai Timbalan Presiden parti pada ketika itu tidak berminat untuk mendengar atau tidak pernah ambil tahu mengenai jawapan yang diberikan.
5. Maka Mahyuddin tidak boleh menyalahkan sesiapa apabila beliau gagal memberikan jawapan mengenai fitnah-fitnah tersebut disebabkan sikap beliau sendiri yang tidak mahu ambil peduli mengenai jawapan yang diberikan. Beliau lebih suka ambil pendekatan membiarkan sahaja Presiden dilanda segala fitnah. Mungkin itu lebih baik untuk kepentingan politik beliau.
6. Adalah satu langkah tepat apabila PM memilih untuk menggugurkan timbalan beliau. Mengapa perlu ada seorang Timbalan yang bebal. Jika isu 1MDB yang telah diterangkan panjang lebar dalam kabinet pun beliau tak faham. Tetapi beliau faham apa yang ditulis dalam The Edge.
Sekian.
Dia BEBALlah sebab itu tak mahu dengar segala apa penjelasan pun. Dia suka DS Najib difitnah, nampaklah kononnya dialah baik, dialah sempurna, dialah Alim. Rupa2nya Allah swt Maha Berkuasa. TMY buka pekong di dada sendiri. Sekarang jelas kita semua lihat warna dia yang sebebarnya! Dia yang tunjukkan! Bukan fitnah orang, kita tahu sekarang betapa busuknya hati beliau. Geli aku tengok dia duduk dekat LKS, hilang segala hormat aku selama ini pada semua yang bersekongkol dengan DAP, Ambiga, Teresa Kok, Azmin Ular pakai kot, nak buang tabiat agaknya semua mereka ni...
ReplyDeleteKAwe nok ghoyat hok sengoti madey,yidden,spei tak sir jawapey,merika nok tok najip serah jawatey pm ko puak2 merika polok.semua orey dah tahu.sajo sajo jah dok gegey.
ReplyDelete