MAHATHIR SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN SESIAPA SAHAJA DEMI UNTUK 'SELAMATKAN MALAYSIA'

Thursday 3 March 2016

Sesuatu yang kurang diperkatakan sekarang tentang Mahathir adalah tentang MALUnya dia, TERCALARNYA EGO, bahkan Mahathir baru sedar bahawa selama ini, ketika dia menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, integriti dan kredibilitinya di kalangan para pemimpin negara Arab, khususnya Arab Saudi tidak setanding langsung dengan Najib Abdul Razak.

Ketika memuncak kepercayaan bahawa Najib Abdul Razak telah menyonglap duit 1MDB sebanyak RM2.6 bilion dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, segala penafian yang diberikan, langsung tidak diterima. Malah pemberitahuan bahawa wang tersebut datangnya dari keluarga diraja Arab Saudi dianggap sebagai satu bahan jenaka terutama apabila Dr Mahathir sendiri menyatakan, TIDAK ADA RAJA ARAB GILA YANG AKAN MEMBERIKAN DERMA BERBILION RINGGIT KEPADA NAJIB ABDUL RAZAK. 

Mahathir cuba menjadikan dirinya sebagai contoh bagaimana kedekutnya raja-raja Arab untuk membantunya dalam bentuk kewangan walaupun dalam beberapa  isu termasuklah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Kuala Lumpur, derma-derma turut datang dari negara-negara Arab.

Tidak seperti Mahathir dalam tempoh 6 tahun pertama sebagai Perdana Menteri, Najib Abdul Razak mempunyai hubungan yang amat rapat, khususnya dengan keluarga Diraja Arab Saudi.

Pengesahan daripada sumber-sumber keluarga diraja Arab Saudi sendiri bahawa derma tersebut datangnya dari mereka, nampaknya cuba diherotkan oleh penyokong Mahathir dan Mahathir sendiri. Sukar untuk mereka menerima kenyataan bahawa Najib menerima dana bantuan untuk pilihanraya bagi pihak UMNO untuk menentang Pakatan Rakyat pada 2009-2013 pada ketika Pakatan Rakyat menerima bantuan mencurah-curah dari pihak asing.

DOSA TERBESAR NAJIB adalah merampas semula kemewahan yang telah dianugerahkan oleh Mahathir kepada kroninya selama lebih dua dekad. 

Kini, Mahathir melahirkan keazamannya untuk bekerja dengan pihak pembangkang untuk tujuan terus menyerang Najib dan membuktikan keegoannya mengatasi segala-galanya. 

"Saya akan bekerja dengan sesiapa sahaja. Malah saya akan bekerja dengan pembangkang sekiranya ia adalah satu kebaikan kepada negara," katanya dalam video interview dengan Bloomberg Business apabila ditanya sama ada dia mahu bekerjasama dengan bekas pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim pada masa hadapan. 

Bekas Perdana Menteri itu juga berasakan pembangkang akan memenangi Pilihanraya Umum 2018. Mahathir juga berkata Barisan Nasional akan kehilangan lebih banyak sokongan pada PRU akan datang sekiranya Najib Abdul Razak kekal sebagai Perdana Menteri.

Semasa temuramah, Mahathir mengulangi pendiriannya bahawa siasatan ke atas 1MDB perlu dibuka semula dan pengakuan Najib yang dia tidak bersalah, tidak boleh diambil kira.

Agak malang kerana kerugian ratusan bilion ringgit wang negara yang dibuat oleh Mahathir sepanjang dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tidak pernah disentuhnya. Malah Mahathir langsung tidak mendesak agar siasatan dibuat termasuklah isu-isu membabitkan penganugerahan projek-projek besar kepada kaum kroninya selain anak-anak lelakinya.

Kata Mahathir, sepanjang dia menjadi Perdana Menteri, memang terdapat masalah politik tetapi tidak seperti mana yang dihadapi oleh negara sekarang ini... SESUATU YANG SEDANG DIDUSTAI OLEH MAHATHIR MEMANDANGKAN MALAYSIA BEBERAPA KALI HAMPIR MUFLIS di bawah Mahathir sepanjang 22 tahun pentadbirannya berbanding isu-isu yang sengaja ditimbulkan oleh Mahathir ke atas Najib Abdul Razak.

Ego Mahathir jelas apabila walaupun terdapat penjelasan dan pengakuan daripada Arab Saudi sendiri bahawa wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah wang derma keluarga diraja tersebut, Mahathir masih tidak dapat mempercayainya kerana dia sendiri bukannya seorang jujur. Sukar untuk orang sepertinya menerima kenyataan apabila ada orang yang menerima wang derma yang cukup banyak, menggunakan sebahagian dan kemudian memulangkan bakinya kepada Arab Saudi semula.

Mahathir kata, dakwaan tersebut perlu dibuktikan dengan bukti-bukti berdokumentasi... sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun apabila ianya membabitkan DERMA! Sama seperti dia menerima derma daripada YTL atau Vincent Tan dan Ananda Krishnan, tidak ada dokumentasi yang dijadikan bukti.

Mahathir semakin jauh daripada realiti. Malah Mahathir semakin malu kerana dia sebenarnya tidaklah sehebat mana berbanding Najib di mata keluarga diraja Arab Saudi yang secara berterus-terang memberitahu, mereka telah menderma sejumlah wang kepada Najib secara peribadi untuk politik UMNO pada PRU-13.

3 comments:

  1. Harghhh ptuihhhhh....
    Tak.blh pkaai punya org tua

    ReplyDelete
  2. Mahathir menjalankan strategi paling dahsyat kali ini melancarkan perang paling 'ganas' dengan UMNO dan Najib.

    Mahathir mengatur pelan dengan mengekalkan anaknya Mukriz dalam UMNO serta Shafie dan Muhyideen. Manakala serangan luar akan diaturkan oleh Mahathir melalui pengaruhnya dengan gabungan beberapa proksi Pakatan Harapan.

    DS Najib akan berhadapan dengan gelombang baru serangan 'ganas' rejim Mahathir selepas episod penggantungan Muhyiddin. Mereka kekal dalam UMNO bermakna duri dalam daging kekal bersama dengan UMNO

    Maka Najib amat sukar untuk satu padukan UMNO dengan mereka bertiga ini akan bertindak sebagai parasit dalaman.

    Hanya Allah SWT Maha Mengetahui siapakah yang akan berjaya!

    Wallahualam

    ReplyDelete
  3. xcrewborcostegas4 March 2016 at 12:47

    aku berserah dan berdoa pada Allah .. moga dirungkaikan kebenaran... dalam dunia yg penuh dgn api fitnah...

    ReplyDelete

MAHATHIR SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN SESIAPA SAHAJA DEMI UNTUK 'SELAMATKAN MALAYSIA'

Thursday 3 March 2016 ·

Anonymous said...
3 March 2016 at 20:50  

Harghhh ptuihhhhh....
Tak.blh pkaai punya org tua

Anonymous said...
3 March 2016 at 23:52  

Mahathir menjalankan strategi paling dahsyat kali ini melancarkan perang paling 'ganas' dengan UMNO dan Najib.

Mahathir mengatur pelan dengan mengekalkan anaknya Mukriz dalam UMNO serta Shafie dan Muhyideen. Manakala serangan luar akan diaturkan oleh Mahathir melalui pengaruhnya dengan gabungan beberapa proksi Pakatan Harapan.

DS Najib akan berhadapan dengan gelombang baru serangan 'ganas' rejim Mahathir selepas episod penggantungan Muhyiddin. Mereka kekal dalam UMNO bermakna duri dalam daging kekal bersama dengan UMNO

Maka Najib amat sukar untuk satu padukan UMNO dengan mereka bertiga ini akan bertindak sebagai parasit dalaman.

Hanya Allah SWT Maha Mengetahui siapakah yang akan berjaya!

Wallahualam

xcrewborcostegas said...
4 March 2016 at 12:47  

aku berserah dan berdoa pada Allah .. moga dirungkaikan kebenaran... dalam dunia yg penuh dgn api fitnah...

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks