Pemandu Wanita Yang 'Bunuh' Ketua Jabatan Narkotik IPD Baling dan Isteri, Sah Di Bawah Pengaruh Syabu Ketika Kejadian

Wednesday, 19 April 2017 | 0 comments



Wanita yang memandu kenderaan pikap yang terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan seorang pegawai kanan polis dan isterinya semalam di Baling, telah ditahan kerana gagal dalam ujian dadah. 

Wanita berusia 37 tahun yang berasal dari Baling itu telah ditahan selepas dia positif dalam ujian methamphetamine, berdasarkan ujian air kencing. 

Ketua Polis Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof mengesahkan penangkapan tersebut dan berkata, ujian saringan awal telah dibuat sebagai sebahagian daripada proses siasatan kemalangan maut. 

Menurutnya, wanita itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Baling untuk permohonan reman hari ini. 

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Pada jam 7:15 pagi semalam, Ketua Jabatan Narkotik IPD Baling dan isterinya telah terbunuh, manakala empat orang anak mereka mengalami kecederaan dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di satu simpang di Kampung Teluk Teduri. 

ASP Mohd Noor Mat Yaub, 38, dan isterinya Suriya Abdul Rahman, 37, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah. 

Adalah dipercayai kemalangan tersebut berlaku apabila Mohd Noor yang memandu untuk menghantar isterinya, seorang guru di SK Teluk Teduri dan empat orang anak mereka yang berusia antara 6 sehingga 11 tahun ke sekolah. Anak kelima pasangan tersebut, tidak berada di dalam kenderaan berkenaan.

Mohd Noor yang memandu Perodua Myvi bergerak dari Baing ke Kupang apabila keretanya dilanggar pada bahagian belakang oleh sebuah Toyota Hilux ketika dia memperlahankan kenderaannya untuk membelok ke kanan berhampiran Kampung Teluk Teduri.

Hentaman kuat itu menyebabkan Myvi berkenaan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan menyebabkan sebuah kereta Honda City yang menggunakan laluan tersebut melanggarnya pula. 

Pemandu Honda City yang berusia 32 tahun, turut mengalami kecederaan. 

Jenazah Mohd Noor dan Suriya telah dikebumikan di kampung halaman mereka di Kampung Buluh, Tanah Merah, Kelantan petang semalam. 

Langgar Lari Pun Tak Guna, Nombor Pendaftaran Motorsikal Telah Pun Dikenalpasti

Thursday, 6 April 2017 | 0 comments




Satu kejadian langgar lari pada jam 1:20 tengah hari, seorang mangsa yang berusia 58 tahun terpelanting sejauh lapan meter akibat dilanggar motosikal yang ditunggang laju dan enggan berhenti pada lampu merah di Jalan Burmah, Pulau Pinang.

Wanita berkenaan dilanggar ketika menggunakan laluan pejalan kaki.





Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan masih tidak sedarkan diri akibat patah kaki serta cedera pada bahagian kepala. 

Penunggang motosikal tersebut bagaimanapun tidak terselamat apabila polis telah pun mengenalpasti nombor pendaftaran kenderaannya. Usaha-usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai langgar lari.



UPDATE:

Mangsa langgar lari, Foo Swee Wah yang patah kaki dan cedera pada bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia pada jam 8:45 malam tadi selepas tidak sedarkan diri akibat kemalangan terbabit.

Polis memberi amaran kepada suspek kes agar segera menyerah diri sebelum tindakan lebih tegas diambil.

"Kita sudah mengenalpasti nombor pendaftaran dan pemilik motosikal yang ditunggang suspek. Sehingga kini suspek belum menyerah diri dan polis dalam usaha mengesan penunggang terbabit yang dipercayai masih berada di negeri ini," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridaltrash Wahid.

Mangsa Rentung Dalam Kemalangan Di Sandakan Awal Pagi

Thursday, 1 December 2016 | 0 comments



Satu kemalangan ngeri telah berlaku di Jalan Army Camp, Batu 7, Sandakan pada awal pagi tadi. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta dari jenis Saga BLM bernombor pendaftaran SS 7146 N dengan sebuah bas ekspres bernombor pendaftaran SAA 1216K.

Dalam kemalangan tersebut, pemandu Saga BLM, Zulmat bin Ajilani, 41, yang beralamat di Kampung Terusan, Kuala Suan Lamba, Kota Kinabatangan, maut di tempat kejadian.

Manakala pemandu bas ekspres, Chin Taw Shing yang berusia 51 tahun dan beralamat di Kampung Tinosa, Jalan Airport, Sandakan, terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku akibat kereta yang dipandu Zulmat Ajilani dari arah Sandakan menunju ke Kampung Tinosa, Sandakan, secara tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan. Kegagalan pemanduan tersebut mengakibatkan kereta berkenaan melanggar bahagian hadapan bas ekspres yang dipandu Chin Taw Shing.

Pada ketika itu, bas ekspress berkenaan dalam perjalanan dari arah Kampung Tinosa Sandakan menuju ke Sandakan.

Akibat rempuhan kuat, Zulmat tersepit pada bahagian pemandu. Walaupun cuba dibantu oleh orang ramai tetapi kebakaran menghalang mangsa daripada diselamatkan. Ketika ambulans dan bomba tiba di tempat kejadian, mangsa telah pun meninggal dunia.


Jenazah Zulmat kemudiannya telah dibawa ke Hospital Sandakan untuk bedah siasat.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. Cuaca juga cerah manakala jalan dua hala dengan garisan tengah putus-putus tidak sesak tetapi sedikit basah kesan hujan sebelum itu.


TAKZIAH! Pegawai Polis Trafik Wanita Terbunuh Dirempuh Mat Rempit Di Kluang

Sunday, 6 September 2015 | 4 comments



Berita ini kurang mendapat perhatian. Malah tidak dipedulikan oleh sesiapa pun terutama sekali DAP.

Kecualilah kalau terbit berita seorang pegawai polis trafik wanita melanggar mat rempit sampai mati. Masa tu, mungkin DAP akan sanggup berarak di jalan-jalanraya di seluruh negara sambil membuat hasutan kononnya anggota polis trafik adalah pembunuh berlesen, sama seperti yang mereka lakukan dalam beberapa kes membabitkan kematian tahanan dalam lokap.

Subuh tadi, lebih kurang jam 1:30 pagi, Puan Margaret Tagum Anak Goen yang merupakan pegawai penguatkuasa trafik IPD Kluang bersama-sama 5 orang anggota trafik dan 15 orang anggota PVR telah menjalankan Operasi Mat Rempit di Batu 4, Jalan Batu Pahat-Mersing setelah mendapat maklumat daripada orang awam yang mengatakan terdapat aktiviti mat-mat rempit di kawasan tersebut.

Lebih kurang jam 2:40 pagi, semasa mangsa bersama-sama sepasukan anggota trafik dan anggota PVR sedang membuat sekatan jalanraya di lokasi tersebut, sekumpulan mat rempit yang menunggang 4 atau 5 buah motosikal yang melalui jalan itu, cuba meloloskan diri.

Salah sebuah motosikal yang bernombor pendaftaran JQF 4998 telah merempuh Puan Margaret Tagum Anak Goen mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Hasil pemeriksaan dan x-ray mendapati mangsa telah mengalami kecederaan patah tangan kiri dan cedera pada bahagian pinggang.

Penunggang motosikal pula sekadar cedera ringan di kaki dan tangan. Mangsa bersama-sama motosikalnya telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Jam 12:45 tengah hari tadi, doktor yang merawatnya telah mengesahkan kematian Puan Margaret Tagum Anak Goen.

Takziah buat keluarga mendiang Puan Margaret dan PDRM secara keseluruhannya.


AMARAN TANAH RUNTUH DAN BANJIR LUMPUR DI RINGLET, CAMERON HIGHLAND!!!

Wednesday, 5 November 2014 | 6 comments


Ketamakan, kurangnya penguatkuasaan, campurtangan politik dan penyelewengan serta salahguna kuasa, telah menyebabkan kawasan Cameron Highland bakal berhadapan dengan bencana terbesar tahun ini. Selain pembukaan tanah secara haram, kehalobaan penceroboh yang rata-rata merupakan masyarakat Cina yang turut mencemarkan alam sekitar demi industri sayur, buah-buahan dan bunga, tindakan lambat dan penguatkuasaan undang-undang oleh PBT serta Pejabat Daerah dan Tanah serta Galian Cameron Highland, bakal memberikan kesan yang amat buruk di kawasan berkenaan.

Ini adalah kerana berdasarkan laporan yang diterima pada jam 7:03 malam tadi, kawasan Empangan Bertam sedang berhadapan dengan bahaya akibat hujan lebat.


Ketika artikel ini ditulis, sumber melaporkan keadaan di lokasi adalah hujan lebat dan jurutera Empangan Bertam memaklumkan, jikalau hujan lebat berterusan dalam tempoh satu jam lagi, pintu empangan harus dibuka untuk melepaskan air. Laporan juga mengatakan Ringlet sudah pun dilanda banjir kilat. Berhampiran dengan Banchting Plant, sebelum Ringlet, pokok tumbang menyebabkan laluan naik dan turun Cameron Highland terhalang.

Ini bermakna, kemungkinan besar seluruh negaa akan menyaksikan satu banjir lumpur besar berlaku di Bertam.

Ketamakan dan haloba akhirnya mengancam nyawa serta keselamatan mereka sendiri.

PELAJAR 14 TAHUN YANG HILANG DAN DISANGKA DISOROK BUNIAN, AKHIRNYA DITEMUI MENINGGAL TERSEPIT DI CELAH BATU!

Tuesday, 4 November 2014 | 3 comments


Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang tadi.

Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan. Misi pencarian yang memasuki hari ke-4 berjaya memberi petunjuk yang membawa penemuan kepada kehilangan Ahmad Rafiqin setelah lebih ramai anggota penyelamat dikerah serta dengan bantuan sukarelawan dan penduduk setempat.



Daripada keadaan mangsa ditemui, adik Rafikin dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam yang lalu.

Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.
Showing posts with label berita kemalangan. Show all posts
Showing posts with label berita kemalangan. Show all posts

Pemandu Wanita Yang 'Bunuh' Ketua Jabatan Narkotik IPD Baling dan Isteri, Sah Di Bawah Pengaruh Syabu Ketika Kejadian

Wednesday, 19 April 2017 · 0 comments



Wanita yang memandu kenderaan pikap yang terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan seorang pegawai kanan polis dan isterinya semalam di Baling, telah ditahan kerana gagal dalam ujian dadah. 

Wanita berusia 37 tahun yang berasal dari Baling itu telah ditahan selepas dia positif dalam ujian methamphetamine, berdasarkan ujian air kencing. 

Ketua Polis Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof mengesahkan penangkapan tersebut dan berkata, ujian saringan awal telah dibuat sebagai sebahagian daripada proses siasatan kemalangan maut. 

Menurutnya, wanita itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Baling untuk permohonan reman hari ini. 

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Pada jam 7:15 pagi semalam, Ketua Jabatan Narkotik IPD Baling dan isterinya telah terbunuh, manakala empat orang anak mereka mengalami kecederaan dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di satu simpang di Kampung Teluk Teduri. 

ASP Mohd Noor Mat Yaub, 38, dan isterinya Suriya Abdul Rahman, 37, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah. 

Adalah dipercayai kemalangan tersebut berlaku apabila Mohd Noor yang memandu untuk menghantar isterinya, seorang guru di SK Teluk Teduri dan empat orang anak mereka yang berusia antara 6 sehingga 11 tahun ke sekolah. Anak kelima pasangan tersebut, tidak berada di dalam kenderaan berkenaan.

Mohd Noor yang memandu Perodua Myvi bergerak dari Baing ke Kupang apabila keretanya dilanggar pada bahagian belakang oleh sebuah Toyota Hilux ketika dia memperlahankan kenderaannya untuk membelok ke kanan berhampiran Kampung Teluk Teduri.

Hentaman kuat itu menyebabkan Myvi berkenaan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan menyebabkan sebuah kereta Honda City yang menggunakan laluan tersebut melanggarnya pula. 

Pemandu Honda City yang berusia 32 tahun, turut mengalami kecederaan. 

Jenazah Mohd Noor dan Suriya telah dikebumikan di kampung halaman mereka di Kampung Buluh, Tanah Merah, Kelantan petang semalam. 

Langgar Lari Pun Tak Guna, Nombor Pendaftaran Motorsikal Telah Pun Dikenalpasti

Thursday, 6 April 2017 · 0 comments




Satu kejadian langgar lari pada jam 1:20 tengah hari, seorang mangsa yang berusia 58 tahun terpelanting sejauh lapan meter akibat dilanggar motosikal yang ditunggang laju dan enggan berhenti pada lampu merah di Jalan Burmah, Pulau Pinang.

Wanita berkenaan dilanggar ketika menggunakan laluan pejalan kaki.





Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan masih tidak sedarkan diri akibat patah kaki serta cedera pada bahagian kepala. 

Penunggang motosikal tersebut bagaimanapun tidak terselamat apabila polis telah pun mengenalpasti nombor pendaftaran kenderaannya. Usaha-usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai langgar lari.



UPDATE:

Mangsa langgar lari, Foo Swee Wah yang patah kaki dan cedera pada bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia pada jam 8:45 malam tadi selepas tidak sedarkan diri akibat kemalangan terbabit.

Polis memberi amaran kepada suspek kes agar segera menyerah diri sebelum tindakan lebih tegas diambil.

"Kita sudah mengenalpasti nombor pendaftaran dan pemilik motosikal yang ditunggang suspek. Sehingga kini suspek belum menyerah diri dan polis dalam usaha mengesan penunggang terbabit yang dipercayai masih berada di negeri ini," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridaltrash Wahid.

Mangsa Rentung Dalam Kemalangan Di Sandakan Awal Pagi

Thursday, 1 December 2016 · 0 comments



Satu kemalangan ngeri telah berlaku di Jalan Army Camp, Batu 7, Sandakan pada awal pagi tadi. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta dari jenis Saga BLM bernombor pendaftaran SS 7146 N dengan sebuah bas ekspres bernombor pendaftaran SAA 1216K.

Dalam kemalangan tersebut, pemandu Saga BLM, Zulmat bin Ajilani, 41, yang beralamat di Kampung Terusan, Kuala Suan Lamba, Kota Kinabatangan, maut di tempat kejadian.

Manakala pemandu bas ekspres, Chin Taw Shing yang berusia 51 tahun dan beralamat di Kampung Tinosa, Jalan Airport, Sandakan, terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku akibat kereta yang dipandu Zulmat Ajilani dari arah Sandakan menunju ke Kampung Tinosa, Sandakan, secara tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan. Kegagalan pemanduan tersebut mengakibatkan kereta berkenaan melanggar bahagian hadapan bas ekspres yang dipandu Chin Taw Shing.

Pada ketika itu, bas ekspress berkenaan dalam perjalanan dari arah Kampung Tinosa Sandakan menuju ke Sandakan.

Akibat rempuhan kuat, Zulmat tersepit pada bahagian pemandu. Walaupun cuba dibantu oleh orang ramai tetapi kebakaran menghalang mangsa daripada diselamatkan. Ketika ambulans dan bomba tiba di tempat kejadian, mangsa telah pun meninggal dunia.


Jenazah Zulmat kemudiannya telah dibawa ke Hospital Sandakan untuk bedah siasat.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. Cuaca juga cerah manakala jalan dua hala dengan garisan tengah putus-putus tidak sesak tetapi sedikit basah kesan hujan sebelum itu.


TAKZIAH! Pegawai Polis Trafik Wanita Terbunuh Dirempuh Mat Rempit Di Kluang

Sunday, 6 September 2015 · 4 comments



Berita ini kurang mendapat perhatian. Malah tidak dipedulikan oleh sesiapa pun terutama sekali DAP.

Kecualilah kalau terbit berita seorang pegawai polis trafik wanita melanggar mat rempit sampai mati. Masa tu, mungkin DAP akan sanggup berarak di jalan-jalanraya di seluruh negara sambil membuat hasutan kononnya anggota polis trafik adalah pembunuh berlesen, sama seperti yang mereka lakukan dalam beberapa kes membabitkan kematian tahanan dalam lokap.

Subuh tadi, lebih kurang jam 1:30 pagi, Puan Margaret Tagum Anak Goen yang merupakan pegawai penguatkuasa trafik IPD Kluang bersama-sama 5 orang anggota trafik dan 15 orang anggota PVR telah menjalankan Operasi Mat Rempit di Batu 4, Jalan Batu Pahat-Mersing setelah mendapat maklumat daripada orang awam yang mengatakan terdapat aktiviti mat-mat rempit di kawasan tersebut.

Lebih kurang jam 2:40 pagi, semasa mangsa bersama-sama sepasukan anggota trafik dan anggota PVR sedang membuat sekatan jalanraya di lokasi tersebut, sekumpulan mat rempit yang menunggang 4 atau 5 buah motosikal yang melalui jalan itu, cuba meloloskan diri.

Salah sebuah motosikal yang bernombor pendaftaran JQF 4998 telah merempuh Puan Margaret Tagum Anak Goen mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Hasil pemeriksaan dan x-ray mendapati mangsa telah mengalami kecederaan patah tangan kiri dan cedera pada bahagian pinggang.

Penunggang motosikal pula sekadar cedera ringan di kaki dan tangan. Mangsa bersama-sama motosikalnya telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Jam 12:45 tengah hari tadi, doktor yang merawatnya telah mengesahkan kematian Puan Margaret Tagum Anak Goen.

Takziah buat keluarga mendiang Puan Margaret dan PDRM secara keseluruhannya.


AMARAN TANAH RUNTUH DAN BANJIR LUMPUR DI RINGLET, CAMERON HIGHLAND!!!

Wednesday, 5 November 2014 · 6 comments


Ketamakan, kurangnya penguatkuasaan, campurtangan politik dan penyelewengan serta salahguna kuasa, telah menyebabkan kawasan Cameron Highland bakal berhadapan dengan bencana terbesar tahun ini. Selain pembukaan tanah secara haram, kehalobaan penceroboh yang rata-rata merupakan masyarakat Cina yang turut mencemarkan alam sekitar demi industri sayur, buah-buahan dan bunga, tindakan lambat dan penguatkuasaan undang-undang oleh PBT serta Pejabat Daerah dan Tanah serta Galian Cameron Highland, bakal memberikan kesan yang amat buruk di kawasan berkenaan.

Ini adalah kerana berdasarkan laporan yang diterima pada jam 7:03 malam tadi, kawasan Empangan Bertam sedang berhadapan dengan bahaya akibat hujan lebat.


Ketika artikel ini ditulis, sumber melaporkan keadaan di lokasi adalah hujan lebat dan jurutera Empangan Bertam memaklumkan, jikalau hujan lebat berterusan dalam tempoh satu jam lagi, pintu empangan harus dibuka untuk melepaskan air. Laporan juga mengatakan Ringlet sudah pun dilanda banjir kilat. Berhampiran dengan Banchting Plant, sebelum Ringlet, pokok tumbang menyebabkan laluan naik dan turun Cameron Highland terhalang.

Ini bermakna, kemungkinan besar seluruh negaa akan menyaksikan satu banjir lumpur besar berlaku di Bertam.

Ketamakan dan haloba akhirnya mengancam nyawa serta keselamatan mereka sendiri.

PELAJAR 14 TAHUN YANG HILANG DAN DISANGKA DISOROK BUNIAN, AKHIRNYA DITEMUI MENINGGAL TERSEPIT DI CELAH BATU!

Tuesday, 4 November 2014 · 3 comments


Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang tadi.

Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan. Misi pencarian yang memasuki hari ke-4 berjaya memberi petunjuk yang membawa penemuan kepada kehilangan Ahmad Rafiqin setelah lebih ramai anggota penyelamat dikerah serta dengan bantuan sukarelawan dan penduduk setempat.



Daripada keadaan mangsa ditemui, adik Rafikin dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam yang lalu.

Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks