PEGUAMBELA SIRUL AZHAR PUN HAIRAN, MASA PERBICARAAN, BEKAS KOPERAL UTK ITU TIDAK PERNAH BAGITAHU DIA DIARAHKAN SESIAPA

Sunday, 22 February 2015 | 18 comments

Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Sirul dalam kes itu berkata, Sirul sebelum ini tidak pernah berkata dia diarahkan sesiapa.

Seorang peguam jenayah, Hafiz Zainal pula berkata, jika polis ingin membuka kes baharu terhadap Sirul, ia perlu diletakkan di bawah kesalahan dan seksyen lain.

Menurutnya, pihak pendakwaan tidak boleh menggunakan tuduhan yang sama kerana konsep double jeopardy dalam undang-undang melarang tuduhan sama dibuat ke atas seseorang tertuduh bagi kes sama selepas mahkamah telah membuat keputusan muktamad.

Sementara itu katanya, kenyataan Sirul itu tidak memberi apa-apa kesan terhadap keputusan kes sedia ada.

"Kes ini sudah sampai kepada Mahkamah Persekutuan. Keterangan pembelaan diri Sirul semasa di Mahkamah Tinggi sebelum ini tidak pernah menyebut ada menerima arahan daripada mana-mana pihak atau sebab-sebab lain semasa perbicaraan.

"Jadi, ia boleh dianggap khabar angin sahaja," katanya.

Menurutnya, kes baharu boleh dibuka untuk menyiasat keterangan terbaharu Sirul itu kerana kes sebelum ini sudah sampai ke peringkat tertinggi, iaitu Mahkamah Persekutuan dan tidak boleh disiasat semula.

"Apa-apa kenyataan Sirul kini tidak boleh diterima pakai dan dijadikan sebagai bukti atau keterangan baharu untuk dikaitkan dengan keputusan mahkamah tempoh hari.

"Sepatutnya, keterangan seperti ini dimasukkan semasa proses membela diri sebelum ini. Apa juga keterangan sekarang hanya berunsur akademik sahaja," katanya.

Menurutnya, dalam sesuatu kes mahkamah, fakta baharu yang dikemukakan pada masa rayuan atau selepas keputusan tidak mempunyai merit.

"Siasatan semula akan memakan masa memandangkan kes ini sudah lama. Biasanya, ia tidak dibuka semula.

"Jika kertas siasatan baharu dibuka, sudah pasti menimbulkan rasa sangsi pelbagai pihak mengapa keterangan ini tidak dinyatakan semasa hari pembelaan sebelum ini. Mengapa setelah dijatuhkan hukuman, baru nak beri kenyataan lain?

"Adakah kata-kata Sirul itu bersandarkan bukti dan akuan bersumpah? Jika ada bukti, mengapa ia tidak diberikan sebelum ini? Selagi tidak dikemukakan di mahkamah, ia hanya dianggap sebagai cerita sahaja," katanya.

sumber: WAKEUP MALAYA

NIK NAZMI RUPA-RUPANYA SAMA BACOL MACAM SAM KETOT!

Ingatkan selepas AMK beralih pucuk pimpinan, rupa-rupanya perangai pengecut sudah sinonim dengan Ketua AMKnya.

Siapa yang tidak kenal dan lupa dengan pengecut, penakut dan dayusnya Sam Ketot yang hanya berani berdegar-degar depan Anwar Ibrahim, tetapi berlari mengalahkan lipas kudung apabila melihat di belakang dan kiri kanannya sudah tidak ada orang. Siapa yang lupa bagaimana Sam Ketot terkepit-kepit di dalam kereta di Merlimau tahun 2010 apabila disergah dan keretanya ditahan sehingga dia akhirnya disatirakan sebagai TERKENCING DI DALAM SELUAR.

Sekarang Sam Ketot bukan lagi Ketua AMK. Walaupun dia pengecut, bacul dan dayus, dia naik pangkat menjadi Naib Presiden PKR.

PKR merupakan satu-satunya parti politik dalam dunia ini yang mempunyai Naib Presiden paling ramai!

Bezanya Nik Nazmi dengan Sam Ketot ialah, Sam Ketot akan lari lintang pukang mengheret punggung besarnya untuk mengelak daripada ditangkap. Seperti Saifuddin Nasution dan Hishamuddin Rais yang akan lari lebih awal setelah mendapat tahu, polis akan mula bertindak, Sam Ketot tidak akan bertangguh.

Manakala Nik Nazmi yang sedang kemaruk untuk menunjuk kuasa dan meyakinkan penyokong muda PKR yang dia adalah seorang ketua yang berwibawa, berselindung dan menarik punggung ahli-ahli yang lain untuk melindunginya.

Itulah yang berlaku di hadapan Sogo dan Kompleks Pertama, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur semalam. Dalam demonstrasi tersebut, Adam Adli telah ditahan oleh polis di hadapan Kompleks Sogo, manakala Fariz Musa dari Jingga 13 yang sedang dalam usaha melarikan diri, berjaya ditahan di hadapan Kompleks Pertama yang terletak hanya lebih kurang 20 meter dari Kompleks Sogo.

Dengan kata lain, Fariz Musa tidak sempat lari!

Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 143, Kanun Keseksaan berhubung ucapannya dalam hiumpunan yang sama minggu lepas.

Nik Nazmi pula yang cuba mempertikaikan tindakan polis menahan Adam Adli, mula terjerit-jerit dan berkeriau-keriau seperti budak cacat akal apabila dia pula dipegang oleh anggota-anggota polis. Ingatkan nak jadi hero, tapi akhirnya dia pula yang hampir ditangkap. Pihak polis akhirnya membebaskan Nik Nazmi setelah Nik Nazmi bersetuju untuk menyuraikan penyokong dan beredar dari situ, sekaligus membiarkan Fariz dan Adam Adli ditahan. Aksinya yang paling menarik ialah apabila Nik Nazmi menarik seorang penyokong untuk melindunginya daripada ditangkap oleh anggota polis.
n
Jam 5:50 petang, bapa si Adam Adli, Abdul Halim Abdul Hamid berdemonstrasi di hadapan Balai Polis Jinjang bagi mendesak anaknya dibebaskan.

Menarik!

Anak berdemonstrasi untuk bebaskan Anwar Ibrahim dan si bapa pula berdemonstrasi untuk bebaskan si anak!!!

Tetapi sesuatu yang lebih menarik ialah, untuk menarik perhatian orang ramai sekaligus membolehkan AMK mendakwa mereka telah berjaya menarik orang ramai, AMK/PKR telah mengupah kumpulan tarian Singa Cina untuk membuat persembahan secara 'percuma' di Sogo sebelum menyerahkan tulisan kaligrafi Cina kepada Nurul Nuha yang menjadi mentor demonstrasi semalam.

Turut hadir adalah ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing.

KUMPULAN ANARKI SEMAKIN BERANI DAN MEREKA ANCAM AKAN BUNUH SESIAPA SAHAJA YANG MENENTANG MEREKA!

Tuesday, 17 February 2015 | 6 comments

Kalau semalam, klip video empat orang pemuda Melayu yang merancang hendak mengebom mahkamah di Malaysia menjadi viral, dan kemudian segera disambut oleh para pecacai Pakatan Rakyat sebagai troll semata-mata, malah mereka menjadikan klip video tersebut untuk memperkecil-kecilkan usaha PDRM menjaga keselamatan dalam negeri dan mencegah pencetus kekacauan.

Bagi mereka, klip video tersebut dan ancaman berkenaan hanyalah satu GURAUAN dan tidak perlu dipandang serius. Samalah seperti mereka menggunakan helah DEMONSTRASI AMAN, memberi bunga kepada anggota polis yang berkawal, occupy dan sebagainya.

Kesemua ini wujud dalam kurikulum Sosialisme dan pergerakan Marxisme yang tidak lagi berjuang menggunakan senjata sebaliknya mengembalikan semula falsafah GENGGAMAN PENUMBUK, PENUKUL dan SABIT yang menjadi lambang mereka.

Dengan menggunakan Facebook, kumpulan anarki ini cuba mencuri tumpuan dan perhatian daripada golongan anti-establishment yang sudah pastinya, majoriti mereka adalah golongan muda.

Gerakan ini harus dibanteras. Kebanyakan daripada mereka bergiat di pusat-pusat pengajian tinggi awam yang menjadikan pelajar-pelajar keciciran Melayu-Bumiputera sebagai anggota dan ahli.

Demonstrasi pada 14 Februari di tengah-tengah Kanauala Lumpur yang menyaksikan kumpulan anarki menyertai March To Freedom dan menyahut seruan Nurul Izzah untuk melakukan keganasan, bukanlah satu gurauan.





Walaupun jumlah mereka semakin mengecil, sama seperti kumpulan-kumpulan subversif lain di seluruh dunia, mereka akan melakukan pelbagai ulah untuk terus menarik perhatian dan sokongan. Tambahan pula, mereka mendapat sokongan dalam bentuk kewangan daripada pihak-pihak tertentu yang amat memerlukan kewujudan mereka, menyaksikan mereka akan bertindak jauh lebih tidak terkawal sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal.

Kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook bukanlah satu jenaka, sekalipun mereka mahu ia dianggap sebagai jenaka. Begitu juga dengan individu yang dicari polis kerana merosakkan harta awam menerusi beberapa keping gambar sekitar hari demonstrasi yang tidak mendapat sambutan itu.

Individu berseluar putih yang dapat dilihat pada gambar itu, merupakan salah seorang daripada mereka. Dia yang menjadi kepala dan dia juga terlibat dalam pengaturan kegiatan anarki pada hari demonstrasi.


ANWAR IBRAHIM JADI BANDUAN PERTAMA DIBENARKAN BAWA TELEFON BIMBIT?

Belum pun sehari Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara mengeluarkan kenyataan yang menafikan Anwar Ibrahim diberikan layanan istimewa di Penjara Sungai Buloh, malah turut menegaskan bahawa Anwar Ibrahim sama seperti banduan-banduan lain yang tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit, gambar di Mahkamah Tinggi Putrajaya hari ini, lain pula ceritanya.

Berbeza dengan banduan-banduan lain yang dikenakan pelbagai sekatan mengikut undang-undang penjara, Anwar Ibrahim, banduan jenayah, tidak pula tertakluk kepada undang-undang berkenaan. Tidak sahaja tangannya tidak bergari, kecuali 'ditemani' oleh dua orang pegawai penjara, sekeping gambar yang sempat dirakamkan juga menunjukkan di tangan Anwar Ibrahim terdapat sebuah telefon bimbit.

Pun begitu, gambar berkenaan turut boleh dipertikaikan kerana beberapa individu yang kelihatan dalam gambar berkenaan, tidak kelihatan di Mahkamah Tinggi hari ini. Malah gambar berkenaan mempunyai persamaan dengan sekeping gambar membabitkan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan tidak lama dahulu.

Mungkin faktor telefon bimbit itu boleh dipertikaikan, tetapi keadaan susuk tubuh, gaya berpakaian Anwar Ibrahim masih lagi perlu dijawab oleh Jabatan Penjara.

Di sebalik tekanan para peguam dan kaum keluarga Anwar Ibrahim agar banduan jenayah itu diberikan keistmewaan berbanding banduan-banduan lain, termasuklah mempunyai bilik sendiri, katil dengan tilam Vonno yang kononnya sesuai untuk tulang belakangnya, kerusi meja, bahkan mungkin juga komputer, televisyen dan perkhidmatan televisyen kabel berbayar, penafian yang dibuat oleh Jabatan Penjara tentang keistimewaan Anwar Ibrahim, tidak cukup meyakinkan.


Banduan jenayah liwat yang lain, walaupun dihadapkan semula ke mahkamah tidak menikmati keistimewaan seperti Anwar Ibrahim. Banduan jenayah liwat lain tidak dibenarkan berjumpa, dipeluk atau berbual dengan ahli keluarga. Tangan mereka bergari dan digiring oleh pegawai-pegawai penjara. Rambut mereka juga tidak berkilat dan dipotong pendek.

Anwar Ibrahim sekarang adalah banduan penjara, bukan lagi tahanan lokap polis. Dia tertakluk sepenuhnya kepada peraturan-peraturan penjara. Mengapa dia perlu dilainkan berbanding banduan-banduan lain? Mengapa perlu dia diberikan keistimewaan sebegitu rupa walaupun sekadar bertemu kaum keluarganya di mahkamah sedangkan banduan-banduan lain tidak mempunyai kebenaran berbuat begitu?

Apakah kerana namanya ANWAR BIN IBRAHIM, maka dia perlu diberikan keistimewaan dan kelainan?

Namun kemunculannya di Mahkamah Tinggi hari ini, membuatkan integriti Jabatan Penjara terutama sekali Penjara Sungai Buloh amat-amat diragui. Maka tidak hairanlah mengapa Anwar Ibrahim memilih Penjara Sungai Buloh untuk tempat bermastautinnya selama lima tahun berbanding penjara-penjara lain.

KIT SIANG SEDAR ATAU TIDAK, INI BUKAN NEGARA KOMUNIS?

Monday, 16 February 2015 | 17 comments


Dengan bangganya, Kit Siang memberitahu bahawa dengan menukar kerajaan, maka barulah dapat Anwar Ibrahim dibebaskan.

Secara tidak langsung, Kit Siang memperkenalkan dua perkara yang mana salah satu daripadanya, sedang dipraktikkan di Pulau Pinang, di bawah DAP pimpinan anak lelakinya, Lim Guan Eng.

Anwar sudah tidak ada cara lain untuk dibebaskan melainkan menerusi pengampunan DYMM Yang Di-Pertuan Agong, proses yang sama diamalkan oleh mana-mana negara, sekalipun negara berkenaan tidak bersultan, beraja mahupun berkhalifah.

Kecuali di Pulau Pinang, sesiapa sahaja yang rapat dan baik serta disayangi oleh Lim Guan Eng, maka mereka bebaslah membuat sekehendak hati, sekalipun merampas harta orang miskin dan cuba membunuh orang marhein dengan menamatkan punca pendapatan dan merampas tanah-tanah mereka untuk diserahkan kepada golongan kaya yang mampu membiayai kehidupan mewah dia dan isterinya.

Kit Siang mahu keadaan di negara ini jadi begitu iaitu semuanya perlu tunduk dan akur kepada keluarganya.

Oleh kerana itulah, Kit Siang tidak mengiktiraf kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang menurutnya, memberikan hak kepada orang Melayu-Bumiputera. Lim Kit Siang juga mahu campurtangan dalam semua hal kerana orang Melayu yang diamanahkan untuk menjaga negara ini tidak cukup pandai berbanding orang-orang Cina DAP.

Barangkali Apek bernama Kit Siang itu terlupa bahawa negara ini namanya MALAYSIA, mengamalkan Demokrasi Raja Berperlembagaan, bukannya sebuah Negara Sosialis atau Komunis yang kuasanya berpusat kepada Setiausaha Agung sepertimana yang diamalkan oleh DAP.

Walau ditukar kerajaan sekalipun, berdasarkan kepada sistem pentadbiran negara ini yang memisahkan kuasa Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman yang mana ketiga-tiga badan tersebut berada di bawah DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Eksekutif dan Legislatif tidak boleh mencampuri urusan Kehakiman.

Di bawah Eksekutif terdapatnya Perdana Menteri/Jemaah Menteri/Kabinet, Kementerian dan Jabatan. Manakala di bawah Legislatif atau Perundangan pula terdapat Parlimen, Dewan Negara/Dewan Rakyat dan Rakyat (Pengundi). Manakala di bawah Kehakiman pula terdapat Ketua Hakim Negara dan Mahkamah.

BN yang telah memerintah negara ini semenjak sekian lama, tidak pernah menyatakan bahawa mereka akan mencampuri urusan mahkamah secara terang-terangan sepertimana yang seringkali dilaung-laungkan oleh DAP (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) serta PKR (Anwar Ibrahim dan Wan Azizah).

Makna kata, kalau DAP dan Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran negara ini menerusi pilihanraya, mereka akan terus menukar sistem yang telah digunapakai semenjak 1957 dan menggantikannya dengan kaedah politburo yang cukup popular di negara-negara sosialis dan komunis.

Bukan satu tuduhan melulu, tetapi Lim Kit Siang sendiri yang membuat kenyataan akan membebaskan Anwar Ibrahim jikalau Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih Kerajaan Malaysia dari Barisan Nasional.

TROLL ATAU SEBALIKNYA, YANG PASTI DAN SAHIH, 'ISIS MALAYSIA 69' SEDANG DIBURU POLIS


Klip video empat orang lelaki Melayu yang mendakwa mereka adalah IS Malaysia mengancam mahu meletupkan mercun di pekarangan mahkamah pada 18 Februari nanti sebelum melakukan keganasan yang lebih dahsyat, menjadi viral. Ada pula pihak yang menggelakkan PDRM apabila PDRM memberikan perhatian serius kepada ancaman berkenaan dengan alasan itu hanyalah TROLL semata-mata.

Ancaman kekacauan tidak boleh sama sekali dianggap sebagai satu perbuatan jenaka meskipun mereka belum melakukannya. Walaupun beralasan kononnya pada malam 18 Februari nanti adalah malam Tahun Baru Cina pembakaran mercun adalah lazim dan tidak ada sesiapa di mahkamah, niat memuatnaikkan video tersebut sebenarnya sudah boleh dibaca.

Barangkali kerana gentar apabila PDRM memberikan perhatian serius kepada perbuatan ancaman tersebut, mereka terpaksa menggunakan alasan troll untuk mengelak daripada dikenakan tindakan.

Siapakah di sebalik topeng-topeng berkenaan?





Nama-nama seperti ADAM ADLI, FAHMI REDZA, AHMAD ABDUL JALIL dan DANIAL HAZIQ MD SAHLAN mempunyai kaitan rapat dengan gerakan anarki di Malaysia. Seorang lagi adalah pemuda dari Pulau Pinang yang terlibat dalam pergaduhan dengan Unit Amal dalam Perhimpunan Anti-GST tidak lama dahulu. Setiap kali demonstrasi jalanan, setiap kali itulah juga mereka akan hadir.

Adakah kesemua mereka terbabit dalam 'troll' ini?


PENGUATKUASA MELAYU YANG DIARAHKAN AHLI MAJLIS CINA-DAP DAN BERMAJIKANKAN KETUA MENTERI CINA-DAP, DIMAKI ANJING PENGUTIP OLEH CINA-DAP PENJAJA!


Satu klip video bagaimana penguatkuasa PBT yang kesemuanya berbangsa Melayu, dimaki hamun dan dilabelkan sebagai ANJING PENGUTIP oleh seorang Cina yang dipercayai pengikut dan penyokong kuat DAP, mula viral di media-media sosial.

Baru hanya Pulau Pinang diperintah oleh DAP, kejadian-kejadian sebegini berlaku dengan sewenang-wenangnya. Menariknya, tiada pula pihak yang menontonnya melabelkan sebagai RASIS tetapi apabila ianya dilakukan oleh orang Melayu, orang terawal yang akan meloncat dengan isu rasis adalah Lim Guan Eng.

Anggota-anggota penguatkuasa tersebut menjalankan tugas setelah diberikan arahan oleh bos mereka. Bos mereka adalah Ahli-Ahli Majlis yang kalau di Pulau Pinang, sama ada Cina-DAP atau India-DAP. Melayu dari PKR dan PAS pula biasanya menjadi Ahli Majlis PBT pasif yang tidak mempunyai sebarang kuasa melainkan untuk melengkapkan kuota semata-mata.

Yang dilabelkan ANJING PENGUTIP adalah Melayu. Yang bagi arahan, biasanya India atau Melayu. Tetapi yang mengeluarkan arahan adalah Ahli Majlis Cina-DAP yang berketua menterikan seorang chauvinist dan hipokrit terbesar, Lim Guan Eng yang sudah pastinya adalah Cina-DAP.

Belum lagi perintah Malaysia. Baru Pulau Pinang tetapi kebiadapan mereka sudah pun keterlaluan. Bayangkanlah jikalau mereka berjaya memerintah Malaysia atau menawan Sarawak dan Sabah. Apa nasib Bumiputera di bawah pentadbiran Cina-Cina-DAP?

Pastinya jauh lebih buruk berbanding nasib bangsa Bosnia di tangan Serbia!

KETULAHAN KERANA MENGAKU DIRI HANDSOME TETAPI TIDAK DILIWAT OLEH ANWAR IBRAHIM, NIK NAZMI GAGAL DAPATKAN SOKONGAN PKR UNTUK DEMONSTRASI BESAR-BESARAN!

Ketika menang jawatan Ketua AMK pun, Nik Nazmi sudah berhadapan dengan masalah. Apakan tidak, apabila sebilangan besar Exco AMK yang baru dilantiknya, bertindak keluar dan memulaukan ucapannya. Nik Nazmi telah mengetuai beberapa perhimpunan menyokong Anwar Ibrahim, tetapi sambutan yang diberikan sangat hambar.

Namun yang paling menarik ialah apabila Nik Nazmi, bukan sahaja dibayangi oleh Rafizi Ramli yang dibawanya masuk PKR, sebaliknya telah dibenam oleh Rafizi Ramli yang bijak menonjolkan diri sebagai BRAINY dalam PKR, walaupun hakikatnya, Rafizi Ramli adalah manusia tolol yang berlagak pandai.

17 Februari, Nik Nazmi mencuba nasib sekali lagi dengan menyeru orang ramai untuk berhimpun di pekarangan Istana Kehakiman apabila buat pertama kali dalam tempoh seminggu, Anwar Ibrahim dibawa keluar dari Penjara Sungai Buloh untuk kes saman fitnahnya ke atas Anifah Aman.

Setakat ini, sambutan dan sahutan yang diberikan kepada seruannya memang tawar dan dingin. Di Facebook, di media-media sosial lain, hampir tiada sambutan diberikan.

Suatu ketika dahulu, nama-nama seperti Sam Ketot, Chegu Bard, Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Hishamuddin Rais, Rafizi Ramli dan Haris Ibrahim adalah nama sinonim dengan pergerakan demonstrasi. Mereka bukan sahaja disokong oleh kumpulan pro-Anwar, tetapi juga oleh kumpulan anarki yang mengambil kesempatan untuk melakukan huru-hara dengan PKR dan DAP kemudiannya menyalahkan PDRM kerana memulakan provokasi walaupun sebenarnya dilakukan oleh kumpulan anarki.

Azmin Ali yang berlagak dan berlakon sebagai Tok Wali tetapi akhirnya terserlah bahawa dia sebenarnya adalah ANJING DAP menerusi pembatalan projek KIDEX hari ini, juga nampaknya tidak begitu berminat dengan gerakan demonstrasi yang dianjurkan oleh Nik Nazmi.

Tidak salah jikalau kita katakan, Nik Nazmi sebenarnya langsung tidak dipandang dan dihormati oleh AMK mahupun PKR. Walaupun dia menang jawatan Ketua AMK, tetapi kemenangan tanpa sokongan menjadikan dia hanyalah seorang lagi Zuraidah Kamaruddin yang khabarnya sekarang sedang menderita keuzuran kerana terlalu banyak makan duit rasuah di Parlimen Ampang, khususnya membabitkan kontrak dan tender MPAJ!

Dari 10 Februari sehinggalah ke saat artikel ini ditulis, tiada satu pun yang Nik Nazmi berjaya. Malah mengumpulkan ahli-ahli demonstrasi lebih dari 1000 orang pun, Nik Nazmi gagal. Barangkali TULAH kerana dia mengakui dirinya handsome tetapi tidak pernah diliwat oleh Anwar Ibrahim, membuatkan dia jadi tidak popular dan ahli-ahli AMK sendiri membencinya!

PEGUAMBELA SIRUL AZHAR PUN HAIRAN, MASA PERBICARAAN, BEKAS KOPERAL UTK ITU TIDAK PERNAH BAGITAHU DIA DIARAHKAN SESIAPA

Sunday, 22 February 2015 · 18 comments

Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Sirul dalam kes itu berkata, Sirul sebelum ini tidak pernah berkata dia diarahkan sesiapa.

Seorang peguam jenayah, Hafiz Zainal pula berkata, jika polis ingin membuka kes baharu terhadap Sirul, ia perlu diletakkan di bawah kesalahan dan seksyen lain.

Menurutnya, pihak pendakwaan tidak boleh menggunakan tuduhan yang sama kerana konsep double jeopardy dalam undang-undang melarang tuduhan sama dibuat ke atas seseorang tertuduh bagi kes sama selepas mahkamah telah membuat keputusan muktamad.

Sementara itu katanya, kenyataan Sirul itu tidak memberi apa-apa kesan terhadap keputusan kes sedia ada.

"Kes ini sudah sampai kepada Mahkamah Persekutuan. Keterangan pembelaan diri Sirul semasa di Mahkamah Tinggi sebelum ini tidak pernah menyebut ada menerima arahan daripada mana-mana pihak atau sebab-sebab lain semasa perbicaraan.

"Jadi, ia boleh dianggap khabar angin sahaja," katanya.

Menurutnya, kes baharu boleh dibuka untuk menyiasat keterangan terbaharu Sirul itu kerana kes sebelum ini sudah sampai ke peringkat tertinggi, iaitu Mahkamah Persekutuan dan tidak boleh disiasat semula.

"Apa-apa kenyataan Sirul kini tidak boleh diterima pakai dan dijadikan sebagai bukti atau keterangan baharu untuk dikaitkan dengan keputusan mahkamah tempoh hari.

"Sepatutnya, keterangan seperti ini dimasukkan semasa proses membela diri sebelum ini. Apa juga keterangan sekarang hanya berunsur akademik sahaja," katanya.

Menurutnya, dalam sesuatu kes mahkamah, fakta baharu yang dikemukakan pada masa rayuan atau selepas keputusan tidak mempunyai merit.

"Siasatan semula akan memakan masa memandangkan kes ini sudah lama. Biasanya, ia tidak dibuka semula.

"Jika kertas siasatan baharu dibuka, sudah pasti menimbulkan rasa sangsi pelbagai pihak mengapa keterangan ini tidak dinyatakan semasa hari pembelaan sebelum ini. Mengapa setelah dijatuhkan hukuman, baru nak beri kenyataan lain?

"Adakah kata-kata Sirul itu bersandarkan bukti dan akuan bersumpah? Jika ada bukti, mengapa ia tidak diberikan sebelum ini? Selagi tidak dikemukakan di mahkamah, ia hanya dianggap sebagai cerita sahaja," katanya.

sumber: WAKEUP MALAYA

NIK NAZMI RUPA-RUPANYA SAMA BACOL MACAM SAM KETOT!

· 3 comments

Ingatkan selepas AMK beralih pucuk pimpinan, rupa-rupanya perangai pengecut sudah sinonim dengan Ketua AMKnya.

Siapa yang tidak kenal dan lupa dengan pengecut, penakut dan dayusnya Sam Ketot yang hanya berani berdegar-degar depan Anwar Ibrahim, tetapi berlari mengalahkan lipas kudung apabila melihat di belakang dan kiri kanannya sudah tidak ada orang. Siapa yang lupa bagaimana Sam Ketot terkepit-kepit di dalam kereta di Merlimau tahun 2010 apabila disergah dan keretanya ditahan sehingga dia akhirnya disatirakan sebagai TERKENCING DI DALAM SELUAR.

Sekarang Sam Ketot bukan lagi Ketua AMK. Walaupun dia pengecut, bacul dan dayus, dia naik pangkat menjadi Naib Presiden PKR.

PKR merupakan satu-satunya parti politik dalam dunia ini yang mempunyai Naib Presiden paling ramai!

Bezanya Nik Nazmi dengan Sam Ketot ialah, Sam Ketot akan lari lintang pukang mengheret punggung besarnya untuk mengelak daripada ditangkap. Seperti Saifuddin Nasution dan Hishamuddin Rais yang akan lari lebih awal setelah mendapat tahu, polis akan mula bertindak, Sam Ketot tidak akan bertangguh.

Manakala Nik Nazmi yang sedang kemaruk untuk menunjuk kuasa dan meyakinkan penyokong muda PKR yang dia adalah seorang ketua yang berwibawa, berselindung dan menarik punggung ahli-ahli yang lain untuk melindunginya.

Itulah yang berlaku di hadapan Sogo dan Kompleks Pertama, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur semalam. Dalam demonstrasi tersebut, Adam Adli telah ditahan oleh polis di hadapan Kompleks Sogo, manakala Fariz Musa dari Jingga 13 yang sedang dalam usaha melarikan diri, berjaya ditahan di hadapan Kompleks Pertama yang terletak hanya lebih kurang 20 meter dari Kompleks Sogo.

Dengan kata lain, Fariz Musa tidak sempat lari!

Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 143, Kanun Keseksaan berhubung ucapannya dalam hiumpunan yang sama minggu lepas.

Nik Nazmi pula yang cuba mempertikaikan tindakan polis menahan Adam Adli, mula terjerit-jerit dan berkeriau-keriau seperti budak cacat akal apabila dia pula dipegang oleh anggota-anggota polis. Ingatkan nak jadi hero, tapi akhirnya dia pula yang hampir ditangkap. Pihak polis akhirnya membebaskan Nik Nazmi setelah Nik Nazmi bersetuju untuk menyuraikan penyokong dan beredar dari situ, sekaligus membiarkan Fariz dan Adam Adli ditahan. Aksinya yang paling menarik ialah apabila Nik Nazmi menarik seorang penyokong untuk melindunginya daripada ditangkap oleh anggota polis.
n
Jam 5:50 petang, bapa si Adam Adli, Abdul Halim Abdul Hamid berdemonstrasi di hadapan Balai Polis Jinjang bagi mendesak anaknya dibebaskan.

Menarik!

Anak berdemonstrasi untuk bebaskan Anwar Ibrahim dan si bapa pula berdemonstrasi untuk bebaskan si anak!!!

Tetapi sesuatu yang lebih menarik ialah, untuk menarik perhatian orang ramai sekaligus membolehkan AMK mendakwa mereka telah berjaya menarik orang ramai, AMK/PKR telah mengupah kumpulan tarian Singa Cina untuk membuat persembahan secara 'percuma' di Sogo sebelum menyerahkan tulisan kaligrafi Cina kepada Nurul Nuha yang menjadi mentor demonstrasi semalam.

Turut hadir adalah ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing.

KUMPULAN ANARKI SEMAKIN BERANI DAN MEREKA ANCAM AKAN BUNUH SESIAPA SAHAJA YANG MENENTANG MEREKA!

Tuesday, 17 February 2015 · 6 comments

Kalau semalam, klip video empat orang pemuda Melayu yang merancang hendak mengebom mahkamah di Malaysia menjadi viral, dan kemudian segera disambut oleh para pecacai Pakatan Rakyat sebagai troll semata-mata, malah mereka menjadikan klip video tersebut untuk memperkecil-kecilkan usaha PDRM menjaga keselamatan dalam negeri dan mencegah pencetus kekacauan.

Bagi mereka, klip video tersebut dan ancaman berkenaan hanyalah satu GURAUAN dan tidak perlu dipandang serius. Samalah seperti mereka menggunakan helah DEMONSTRASI AMAN, memberi bunga kepada anggota polis yang berkawal, occupy dan sebagainya.

Kesemua ini wujud dalam kurikulum Sosialisme dan pergerakan Marxisme yang tidak lagi berjuang menggunakan senjata sebaliknya mengembalikan semula falsafah GENGGAMAN PENUMBUK, PENUKUL dan SABIT yang menjadi lambang mereka.

Dengan menggunakan Facebook, kumpulan anarki ini cuba mencuri tumpuan dan perhatian daripada golongan anti-establishment yang sudah pastinya, majoriti mereka adalah golongan muda.

Gerakan ini harus dibanteras. Kebanyakan daripada mereka bergiat di pusat-pusat pengajian tinggi awam yang menjadikan pelajar-pelajar keciciran Melayu-Bumiputera sebagai anggota dan ahli.

Demonstrasi pada 14 Februari di tengah-tengah Kanauala Lumpur yang menyaksikan kumpulan anarki menyertai March To Freedom dan menyahut seruan Nurul Izzah untuk melakukan keganasan, bukanlah satu gurauan.





Walaupun jumlah mereka semakin mengecil, sama seperti kumpulan-kumpulan subversif lain di seluruh dunia, mereka akan melakukan pelbagai ulah untuk terus menarik perhatian dan sokongan. Tambahan pula, mereka mendapat sokongan dalam bentuk kewangan daripada pihak-pihak tertentu yang amat memerlukan kewujudan mereka, menyaksikan mereka akan bertindak jauh lebih tidak terkawal sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal.

Kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook bukanlah satu jenaka, sekalipun mereka mahu ia dianggap sebagai jenaka. Begitu juga dengan individu yang dicari polis kerana merosakkan harta awam menerusi beberapa keping gambar sekitar hari demonstrasi yang tidak mendapat sambutan itu.

Individu berseluar putih yang dapat dilihat pada gambar itu, merupakan salah seorang daripada mereka. Dia yang menjadi kepala dan dia juga terlibat dalam pengaturan kegiatan anarki pada hari demonstrasi.


ANWAR IBRAHIM JADI BANDUAN PERTAMA DIBENARKAN BAWA TELEFON BIMBIT?

· 4 comments

Belum pun sehari Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara mengeluarkan kenyataan yang menafikan Anwar Ibrahim diberikan layanan istimewa di Penjara Sungai Buloh, malah turut menegaskan bahawa Anwar Ibrahim sama seperti banduan-banduan lain yang tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit, gambar di Mahkamah Tinggi Putrajaya hari ini, lain pula ceritanya.

Berbeza dengan banduan-banduan lain yang dikenakan pelbagai sekatan mengikut undang-undang penjara, Anwar Ibrahim, banduan jenayah, tidak pula tertakluk kepada undang-undang berkenaan. Tidak sahaja tangannya tidak bergari, kecuali 'ditemani' oleh dua orang pegawai penjara, sekeping gambar yang sempat dirakamkan juga menunjukkan di tangan Anwar Ibrahim terdapat sebuah telefon bimbit.

Pun begitu, gambar berkenaan turut boleh dipertikaikan kerana beberapa individu yang kelihatan dalam gambar berkenaan, tidak kelihatan di Mahkamah Tinggi hari ini. Malah gambar berkenaan mempunyai persamaan dengan sekeping gambar membabitkan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan tidak lama dahulu.

Mungkin faktor telefon bimbit itu boleh dipertikaikan, tetapi keadaan susuk tubuh, gaya berpakaian Anwar Ibrahim masih lagi perlu dijawab oleh Jabatan Penjara.

Di sebalik tekanan para peguam dan kaum keluarga Anwar Ibrahim agar banduan jenayah itu diberikan keistmewaan berbanding banduan-banduan lain, termasuklah mempunyai bilik sendiri, katil dengan tilam Vonno yang kononnya sesuai untuk tulang belakangnya, kerusi meja, bahkan mungkin juga komputer, televisyen dan perkhidmatan televisyen kabel berbayar, penafian yang dibuat oleh Jabatan Penjara tentang keistimewaan Anwar Ibrahim, tidak cukup meyakinkan.


Banduan jenayah liwat yang lain, walaupun dihadapkan semula ke mahkamah tidak menikmati keistimewaan seperti Anwar Ibrahim. Banduan jenayah liwat lain tidak dibenarkan berjumpa, dipeluk atau berbual dengan ahli keluarga. Tangan mereka bergari dan digiring oleh pegawai-pegawai penjara. Rambut mereka juga tidak berkilat dan dipotong pendek.

Anwar Ibrahim sekarang adalah banduan penjara, bukan lagi tahanan lokap polis. Dia tertakluk sepenuhnya kepada peraturan-peraturan penjara. Mengapa dia perlu dilainkan berbanding banduan-banduan lain? Mengapa perlu dia diberikan keistimewaan sebegitu rupa walaupun sekadar bertemu kaum keluarganya di mahkamah sedangkan banduan-banduan lain tidak mempunyai kebenaran berbuat begitu?

Apakah kerana namanya ANWAR BIN IBRAHIM, maka dia perlu diberikan keistimewaan dan kelainan?

Namun kemunculannya di Mahkamah Tinggi hari ini, membuatkan integriti Jabatan Penjara terutama sekali Penjara Sungai Buloh amat-amat diragui. Maka tidak hairanlah mengapa Anwar Ibrahim memilih Penjara Sungai Buloh untuk tempat bermastautinnya selama lima tahun berbanding penjara-penjara lain.

KIT SIANG SEDAR ATAU TIDAK, INI BUKAN NEGARA KOMUNIS?

Monday, 16 February 2015 · 17 comments


Dengan bangganya, Kit Siang memberitahu bahawa dengan menukar kerajaan, maka barulah dapat Anwar Ibrahim dibebaskan.

Secara tidak langsung, Kit Siang memperkenalkan dua perkara yang mana salah satu daripadanya, sedang dipraktikkan di Pulau Pinang, di bawah DAP pimpinan anak lelakinya, Lim Guan Eng.

Anwar sudah tidak ada cara lain untuk dibebaskan melainkan menerusi pengampunan DYMM Yang Di-Pertuan Agong, proses yang sama diamalkan oleh mana-mana negara, sekalipun negara berkenaan tidak bersultan, beraja mahupun berkhalifah.

Kecuali di Pulau Pinang, sesiapa sahaja yang rapat dan baik serta disayangi oleh Lim Guan Eng, maka mereka bebaslah membuat sekehendak hati, sekalipun merampas harta orang miskin dan cuba membunuh orang marhein dengan menamatkan punca pendapatan dan merampas tanah-tanah mereka untuk diserahkan kepada golongan kaya yang mampu membiayai kehidupan mewah dia dan isterinya.

Kit Siang mahu keadaan di negara ini jadi begitu iaitu semuanya perlu tunduk dan akur kepada keluarganya.

Oleh kerana itulah, Kit Siang tidak mengiktiraf kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang menurutnya, memberikan hak kepada orang Melayu-Bumiputera. Lim Kit Siang juga mahu campurtangan dalam semua hal kerana orang Melayu yang diamanahkan untuk menjaga negara ini tidak cukup pandai berbanding orang-orang Cina DAP.

Barangkali Apek bernama Kit Siang itu terlupa bahawa negara ini namanya MALAYSIA, mengamalkan Demokrasi Raja Berperlembagaan, bukannya sebuah Negara Sosialis atau Komunis yang kuasanya berpusat kepada Setiausaha Agung sepertimana yang diamalkan oleh DAP.

Walau ditukar kerajaan sekalipun, berdasarkan kepada sistem pentadbiran negara ini yang memisahkan kuasa Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman yang mana ketiga-tiga badan tersebut berada di bawah DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Eksekutif dan Legislatif tidak boleh mencampuri urusan Kehakiman.

Di bawah Eksekutif terdapatnya Perdana Menteri/Jemaah Menteri/Kabinet, Kementerian dan Jabatan. Manakala di bawah Legislatif atau Perundangan pula terdapat Parlimen, Dewan Negara/Dewan Rakyat dan Rakyat (Pengundi). Manakala di bawah Kehakiman pula terdapat Ketua Hakim Negara dan Mahkamah.

BN yang telah memerintah negara ini semenjak sekian lama, tidak pernah menyatakan bahawa mereka akan mencampuri urusan mahkamah secara terang-terangan sepertimana yang seringkali dilaung-laungkan oleh DAP (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) serta PKR (Anwar Ibrahim dan Wan Azizah).

Makna kata, kalau DAP dan Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran negara ini menerusi pilihanraya, mereka akan terus menukar sistem yang telah digunapakai semenjak 1957 dan menggantikannya dengan kaedah politburo yang cukup popular di negara-negara sosialis dan komunis.

Bukan satu tuduhan melulu, tetapi Lim Kit Siang sendiri yang membuat kenyataan akan membebaskan Anwar Ibrahim jikalau Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih Kerajaan Malaysia dari Barisan Nasional.

TROLL ATAU SEBALIKNYA, YANG PASTI DAN SAHIH, 'ISIS MALAYSIA 69' SEDANG DIBURU POLIS

· 6 comments


Klip video empat orang lelaki Melayu yang mendakwa mereka adalah IS Malaysia mengancam mahu meletupkan mercun di pekarangan mahkamah pada 18 Februari nanti sebelum melakukan keganasan yang lebih dahsyat, menjadi viral. Ada pula pihak yang menggelakkan PDRM apabila PDRM memberikan perhatian serius kepada ancaman berkenaan dengan alasan itu hanyalah TROLL semata-mata.

Ancaman kekacauan tidak boleh sama sekali dianggap sebagai satu perbuatan jenaka meskipun mereka belum melakukannya. Walaupun beralasan kononnya pada malam 18 Februari nanti adalah malam Tahun Baru Cina pembakaran mercun adalah lazim dan tidak ada sesiapa di mahkamah, niat memuatnaikkan video tersebut sebenarnya sudah boleh dibaca.

Barangkali kerana gentar apabila PDRM memberikan perhatian serius kepada perbuatan ancaman tersebut, mereka terpaksa menggunakan alasan troll untuk mengelak daripada dikenakan tindakan.

Siapakah di sebalik topeng-topeng berkenaan?





Nama-nama seperti ADAM ADLI, FAHMI REDZA, AHMAD ABDUL JALIL dan DANIAL HAZIQ MD SAHLAN mempunyai kaitan rapat dengan gerakan anarki di Malaysia. Seorang lagi adalah pemuda dari Pulau Pinang yang terlibat dalam pergaduhan dengan Unit Amal dalam Perhimpunan Anti-GST tidak lama dahulu. Setiap kali demonstrasi jalanan, setiap kali itulah juga mereka akan hadir.

Adakah kesemua mereka terbabit dalam 'troll' ini?


PENGUATKUASA MELAYU YANG DIARAHKAN AHLI MAJLIS CINA-DAP DAN BERMAJIKANKAN KETUA MENTERI CINA-DAP, DIMAKI ANJING PENGUTIP OLEH CINA-DAP PENJAJA!

· 1 comments


Satu klip video bagaimana penguatkuasa PBT yang kesemuanya berbangsa Melayu, dimaki hamun dan dilabelkan sebagai ANJING PENGUTIP oleh seorang Cina yang dipercayai pengikut dan penyokong kuat DAP, mula viral di media-media sosial.

Baru hanya Pulau Pinang diperintah oleh DAP, kejadian-kejadian sebegini berlaku dengan sewenang-wenangnya. Menariknya, tiada pula pihak yang menontonnya melabelkan sebagai RASIS tetapi apabila ianya dilakukan oleh orang Melayu, orang terawal yang akan meloncat dengan isu rasis adalah Lim Guan Eng.

Anggota-anggota penguatkuasa tersebut menjalankan tugas setelah diberikan arahan oleh bos mereka. Bos mereka adalah Ahli-Ahli Majlis yang kalau di Pulau Pinang, sama ada Cina-DAP atau India-DAP. Melayu dari PKR dan PAS pula biasanya menjadi Ahli Majlis PBT pasif yang tidak mempunyai sebarang kuasa melainkan untuk melengkapkan kuota semata-mata.

Yang dilabelkan ANJING PENGUTIP adalah Melayu. Yang bagi arahan, biasanya India atau Melayu. Tetapi yang mengeluarkan arahan adalah Ahli Majlis Cina-DAP yang berketua menterikan seorang chauvinist dan hipokrit terbesar, Lim Guan Eng yang sudah pastinya adalah Cina-DAP.

Belum lagi perintah Malaysia. Baru Pulau Pinang tetapi kebiadapan mereka sudah pun keterlaluan. Bayangkanlah jikalau mereka berjaya memerintah Malaysia atau menawan Sarawak dan Sabah. Apa nasib Bumiputera di bawah pentadbiran Cina-Cina-DAP?

Pastinya jauh lebih buruk berbanding nasib bangsa Bosnia di tangan Serbia!

KETULAHAN KERANA MENGAKU DIRI HANDSOME TETAPI TIDAK DILIWAT OLEH ANWAR IBRAHIM, NIK NAZMI GAGAL DAPATKAN SOKONGAN PKR UNTUK DEMONSTRASI BESAR-BESARAN!

· 0 comments

Ketika menang jawatan Ketua AMK pun, Nik Nazmi sudah berhadapan dengan masalah. Apakan tidak, apabila sebilangan besar Exco AMK yang baru dilantiknya, bertindak keluar dan memulaukan ucapannya. Nik Nazmi telah mengetuai beberapa perhimpunan menyokong Anwar Ibrahim, tetapi sambutan yang diberikan sangat hambar.

Namun yang paling menarik ialah apabila Nik Nazmi, bukan sahaja dibayangi oleh Rafizi Ramli yang dibawanya masuk PKR, sebaliknya telah dibenam oleh Rafizi Ramli yang bijak menonjolkan diri sebagai BRAINY dalam PKR, walaupun hakikatnya, Rafizi Ramli adalah manusia tolol yang berlagak pandai.

17 Februari, Nik Nazmi mencuba nasib sekali lagi dengan menyeru orang ramai untuk berhimpun di pekarangan Istana Kehakiman apabila buat pertama kali dalam tempoh seminggu, Anwar Ibrahim dibawa keluar dari Penjara Sungai Buloh untuk kes saman fitnahnya ke atas Anifah Aman.

Setakat ini, sambutan dan sahutan yang diberikan kepada seruannya memang tawar dan dingin. Di Facebook, di media-media sosial lain, hampir tiada sambutan diberikan.

Suatu ketika dahulu, nama-nama seperti Sam Ketot, Chegu Bard, Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Hishamuddin Rais, Rafizi Ramli dan Haris Ibrahim adalah nama sinonim dengan pergerakan demonstrasi. Mereka bukan sahaja disokong oleh kumpulan pro-Anwar, tetapi juga oleh kumpulan anarki yang mengambil kesempatan untuk melakukan huru-hara dengan PKR dan DAP kemudiannya menyalahkan PDRM kerana memulakan provokasi walaupun sebenarnya dilakukan oleh kumpulan anarki.

Azmin Ali yang berlagak dan berlakon sebagai Tok Wali tetapi akhirnya terserlah bahawa dia sebenarnya adalah ANJING DAP menerusi pembatalan projek KIDEX hari ini, juga nampaknya tidak begitu berminat dengan gerakan demonstrasi yang dianjurkan oleh Nik Nazmi.

Tidak salah jikalau kita katakan, Nik Nazmi sebenarnya langsung tidak dipandang dan dihormati oleh AMK mahupun PKR. Walaupun dia menang jawatan Ketua AMK, tetapi kemenangan tanpa sokongan menjadikan dia hanyalah seorang lagi Zuraidah Kamaruddin yang khabarnya sekarang sedang menderita keuzuran kerana terlalu banyak makan duit rasuah di Parlimen Ampang, khususnya membabitkan kontrak dan tender MPAJ!

Dari 10 Februari sehinggalah ke saat artikel ini ditulis, tiada satu pun yang Nik Nazmi berjaya. Malah mengumpulkan ahli-ahli demonstrasi lebih dari 1000 orang pun, Nik Nazmi gagal. Barangkali TULAH kerana dia mengakui dirinya handsome tetapi tidak pernah diliwat oleh Anwar Ibrahim, membuatkan dia jadi tidak popular dan ahli-ahli AMK sendiri membencinya!

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks