Di Malaysia terutama sekali di kawasan bermajoriti Islam, penduduk bukan Islam tetap diberikan kebebasan untuk membina rumah ibadat masing-masing. Malah banyak rumah ibadat dibina di atas tanah persendirian dan tanah kerajaan secara haram dan apabila rumah ibadat tersebut hendak diruntuhkan, kerajaan bukan sahaja terpaksa membayar pampasan, sebaliknya turut perlu menyediakan tapak yang lain sekalipun status rumah ibadat tersebut adalah haram.
Secara tidak langsung, umat Islam telah diajar untuk menghormati keperluan beragama umat yang lain.
Berbeza dengan PKR dan Pakatan Rakyat yang melihat agama adalah sesuatu yang boleh dipolitikkan terutama sekali bagi membolehkan pecah dan belah berlaku.
Contoh terbaik ialah di Penampang apabila ADUN PKR Moyog, Terence Siambun mengeluarkan satu kenyataan membantah keperluan umat Islam di Penampang untuk sebuah masjid. Dia mendakwa, pembinaan masjid tersebut adalah tidak perlu kerana majoriti penduduk di Penampang adalah beragama Kristian.
Kalaulah alasan itu yang digunakan, bermakna semua rumah ibadat bukan Islam di kawasan-kawasan bermajoriti umat Islam perlu dirobohkan dan diruntuhkan serta tidak dibenarkan beroperasi langsung.
Selain itu, Terence Siambun turut mempertikaikan tindakan JAKIM dan JHEINS yang menaiktarafkan surau IPD kepada masjid. Menurutnya, surau tersebut hanya untuk kegunaan kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang, jadi tidak perlulah dinaiktarafkan menjadi masjid.
Pembinaan Masjid Al-Fattah IPD Penampang mula dinaiktarafkan menjadi masjid pada September 2012. Premis itu telah mendapat pengiktirafan JHEINS untuk solat Jumaat. Selain itu turut mendapat peruntukan daripada pihak JHAEINS sebanyak RM440,000 bagi pembinaan bangunan baru. Kontraktor pembinaan adalah Syarikat Razima Enterprise dan Shah Architect.
Menariknya, Majlis Perbandaran Penampang memberitahu,t iada sebarang surat pemberitahuan berhubung dengan projek pembinaan masjid itu daripada pihak pemaju. Sehubungan itu, pihak Majlis Daerah dikatakan akan mengeluarkan surat untuk memberhentikan sementara pembinaan Masjid Al-Fattah.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Penampang juga dari PKR, Darrell Leiking turut mempersoalkan kewajaran kewujudan masjid di Penampang. Masjid tidak dibenarkan wujud langsung di Penampang dengan alasan, majoriti penduduk adalah beragama Kristian.
PKR dengan kerjasama DAP sudah berjaya menghalang pembinaan masjid di Kampung Kohizan, Jalan Pintas Donggonngon-Kepayan, juga dengan menggunakan alasan yang sama.
Umat Islam di kawasan majoriti tidak dibenarkan mempunyai sebarang hak sepertimana yang ditekankan oleh PKR. Bukan sahaja tidak dibenarkan bersolat, membina sebarang bangunan untuk beribadat dalam Islam juga tidak dibenarkan dan akan dibantah dengan alasan, penduduk majoriti di kawasan tersebut adalah Kristian.
Untuk makluman, masjid yang paling dekat untuk umat Islam di Penampang adalah di Masjid Negeri Sembulan yang terletak jauh dan perlu melalui jalan sesak.
Yang dipersoalkan sekarang ialah, ke mana hilangnya suara PAS Sabah? Mana Lahiru Latigu, Ketua Pemuda PAS Sabah yang sebelum ini cukup menghentam UMNO yang disifatkannya tidak cukup Islam. Di mana Anuar Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah yang bercakap besar kononnya merekalah pejuang Islam di Sabah, sedangkan isu pembinaan Masjid Al-Fattah IPD Penampang dan Masjid Kampung Kohizan telah pun diperjuangkan oleh UMNO Sabah bagi keperluan umat Islam tanpa mengira fikrah politik?
Baru menguasai beberapa DUN dan Parlimen sahaja, tetapi DAP terutama wakilnya yang bukan beragama Islam, sudah menunjukkan taring. Kalaulah mereka berkuasa, jangan hairan jikalau mereka langsung tidak membenarkan Solat Jumaat didirikan kerana beranggapan ia adalah satu demonstrasi besar-besaran dan lubuk menternak pengganas seperti yang dituduh oleh Peguam PKR, Eric Paulsen tidak lama dahulu. Besar kemungkinan juga, Al Quran akan dibakar dan azan tidak lagi dibenarkan kerana dikatakan mengganggu orang bukan Islam sepertimana yang didakwa oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong. (
RUJUK SINI)
Seorang pengundi Islam di Penampang ketika memaklumkan perkara ini, turut berkata:
"Buat kakitangan kerajaan baik Pusat dan Negeri terutama guru-guru dan ustaz yang merupakan pengundi di Penampang pada PRU-13 lalu yang telah mengundi memilih Ahli Parlimen dan ADUN dari PKR, sekarang takkanlah tak sedar lagi. Pemimpin yang mereka pilih dahulu adalah musuh umat Islam. Buat mereka yang beragama dan telah memilih PKR dahulu, bersedialah untuk menjawab di akhirat kelak."