Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan
Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku
Jaafar, Seremban..
Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat
bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat
di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook
friends list anda..
Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia
"dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah
yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,
saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian
semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak
termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun
post di Facebook....
Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan
generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya
atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.
Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan
sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah
fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon
share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...
~~~~~
Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak
Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan
jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola.
Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah
sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan
Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka
kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main
bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah
menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat
urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..
Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.
Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan
Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja
keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut
berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan )
menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian
kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga
ini.
Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor
perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi
dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda
boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan
Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya
Allah.
Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada
Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya
senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak
mampu.
~~~~~
Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang
dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli
NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau
pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut
mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola
adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan
selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung
keluarga.
Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad
kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen
pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik
Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil
"Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya.
Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan
untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula
dengan secepat mungkin, insya Allah.
~~~~~
Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat
bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh
media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap
keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita
semua, insya Allah.
Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik
Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau
parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu
yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak
mampu...
###########
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :
1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas
Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus
jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita
mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu
betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang
OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap
ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.
2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci
terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah.
Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.
Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.
3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO
ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah
dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah
sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat
berkali ganda Allah akan balas.
4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan
belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu.
Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul
dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah
kerana semua ini amalan yang digalakkan agama .Tak rugi pun kita, lagi
untung ada.
5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but
hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab,
kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya
Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.
Walahualam.
Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas