JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR DIMINTA TUKAR AGAMA ZARINA ABDUL MAJID DARI ISLAM KE HINDU!

Monday 9 June 2014

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau akan meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memudahkan urusan pertukaran agama Zarina Abdullah Majid kepada agama Hindu.
 
"Ia masih di dalam proses siasatan. Kita akan minta Jais untuk menolong wanita India terbabit untuk membuat pertukaran yang diperlukannya supaya tidak dikatakan menganut agama Islam," katanya di sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Belanjawan 2015 Negeri Selangor, di Pusat Konvensyen Shah Alam, tengahari tadi.
 
Beliau berkata demikian mengulas status perkembangan terkini kes wanita beragama Islam menurut kad pengenalan tetapi dijadualkan mengahwini lelaki mengikut adat dan agama Hindu.
 
Bagaimanapun menurut Zarina dia telah dibesar dan di didik mengikut agama Hindu setelah bapanya, seorang mualaf bertindak menghilangkan diri.
 
Awal bulan ini, Jais menahan Zarina yang juga seorang kerani ketika dia sedang melangsungkan perkahwinannya di sebuah kuil di Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi.
 
Wanita berusia 32 tahun yang lengkap berpakaian pengantin itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
 
Meskipun begitu kerajaan negeri menyifatkan tindakan Jais sebagai sesuatu yang memalukan dengan alasan agensi itu perlu merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan pemeriksaan jika melibatkan agama dan kaum selain Islam.
 
Zarina seterusnya merayu agar JAIS membantu mengubah status nama dan agamanya dalam Mykad kerana beberapa kali permohonan sebelum ini ditolak disebabkan memerlukan pengesahan daripada bapanya. 
 
Sementara itu Khalid turut diajukan status perlantikan semula 42 calon ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang masih disekat oleh Pejabat Menteri Besar.
 
Ujarnya, perkara berkenaan hanya akan diselesaikan sebaik sahaja pemilihan semula PKR selesai.
 
"Status ia masih lagi dibekukan atas dasar proses pemilihan semula (belum selesai). Nanti timbul pula dakwaan terdapat salah guna sebab ramai pemimpin bertanding.
 
"Nanti ada (kata) tujuan untuk mendapaykan undi. Oleh itu ia dibekukan sementara. Bila sudah selesai kita akan fikirkan semula," katanya.
 
Sebelum ini pelantikan semula 42 calon ahli majlis disekat oleh Pejabat Menteri Besar kerana mereka dikatakan kroni Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. 
 
Khalid berbuat demikian sebagai serangan balas terhadap Azmin kerana sering mengkritik cara urus tadbir beliau termasuk pelbagai isu negeri dan parti.
 
Menteri besar itu terdahulu dituduh mendalangi pengguguran Azmin dari Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akibat perbalahan berpanjangan antara mereka berdua. 
 
Lebih mengejutkan, kelewatan melantik semula 42 ahli majlis dari PKR yang hampir setengah tahun ini didakwa didalangi pegawai kanan menteri besar itu sendiri yang dikenali sebagai Mustapha Mohd Taib.
 
Ia didedahkan oleh bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam setelah menerima ugutan daripada Mustapha untuk menarik diri daripada bertanding mencabar Khalid bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor. (ANTARA POS)

1 comment:

  1. Apa perlu Jais merujuk kepada kerajaan negeri?!

    ReplyDelete

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR DIMINTA TUKAR AGAMA ZARINA ABDUL MAJID DARI ISLAM KE HINDU!

Monday 9 June 2014 ·

1 comments:

Anonymous said...
11 June 2014 at 22:14  

Apa perlu Jais merujuk kepada kerajaan negeri?!

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks