ANGGOTA MARIN MANGSA CULIK PULAU MABUL, SELAMAT SAMPAI KE SANDAKAN

Saturday 7 March 2015

Julai tahun lepas, Pulau Mabul telah diserang lanun Sulu. Dalam serangan pada jam 11:10 malam itu, Lans Koperal Zakiah Aliep dan Koperal Ab Rajah Jamuan, 32 telah diserang hendap oleh lanun. Koperal Ab. Rajah Jamuan terkorban dalam serangan tersebut manakala Zakiah Aliep ditawan dan diculik oleh lanun-lanun terbabit.

Semenjak itu, pihak berkuasa telah melakukan usaha-usaha pembebasan Zakiah. Tanpa banyak publisiti, usaha yang tidak mengenal jemu itu akhirnya membuahkan hasil apabila semalam, Zakiah dibebaskan oleh penculik dan selamat sampai ke Sandakan pada jam 7:03 pagi tadi.

Berita pembebasan Zakiah telah diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah yang merupakan antara tenaga penting selain Perdana Menteri, Najib Abdul Razak bersama-sama PDRM dalam usaha membebaskan Zakiah.

Beberapa penculikan melibatkan lanun-lanun Sulu telah berlaku di Sabah sebelum ini. Gerak kerja aktif akhirnya telah membebaskan mereka, sekalipun pada masa yang sama, barisan Pembangkang menuduh Kerajaan telah membazirkan puluhan juta ringgit untuk menebus tebusan-tebusan tersebut dari tangan penculik.

Sempadan Sabah-Filipina merupakan antara yang terumit memandangkan geografi laut. Apatah lagi dengan hubungan tradisi dan kekeluargaan sebahagian daripada suku di Sabah dengan suku di selatan Filipina menambahkan lagi kompleksiti tersebut.

Pada 25 Mac 2013, beberapa hari selepas lanun-lanun Sulu menyerang Sabah, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan ESSZONE (Zon Selamat Sabah Timur) dan ESSCOM. Gelombang kedua serangan lanun-lanun Sulu yang mahu menawan Sabah, berjaya dipatahkan. Bagaimanapun lanun-lanun Sulu bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menceroboh Sabah untuk melakukan penculikan.

Selain rondaan, kuatkuasa undang-undang perintah berkurung di perairan Sabah juga telah mengekang banyak penjarahan lanun-lanun Sulu. Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah memberikan perhatian khusus kepada keselamatan Sabah dan penduduknya dengan kawalan keselamatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

3 comments:

  1. Tak kan pengganas nak lepaskan dia secara percuma . Tak tau laa berapa juta kerajaan bayar wang tebusan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah bebas bising ..
      tak bebas .. bising jugak ..
      kalo ya pun kerajaan bayar juta juta .... duit abah ko ker .. ??
      yang keluarga Nuar Al Jubo tapau duit rakyat dulu ko tak bising pulak ..??

      http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2011/11/akaun-akaun-anwar-dibank-of-israel.html

      tu mana datangnya duit bebanyak tu ... menabung dari bayi lagi ... ??

      Delete
  2. tak pasti la pulak..tp kalo kena byr pun logik gak...takkan nak berperang luar sempadan..tk pasal2 perang lain pulak

    ReplyDelete

ANGGOTA MARIN MANGSA CULIK PULAU MABUL, SELAMAT SAMPAI KE SANDAKAN

Saturday 7 March 2015 ·

Julai tahun lepas, Pulau Mabul telah diserang lanun Sulu. Dalam serangan pada jam 11:10 malam itu, Lans Koperal Zakiah Aliep dan Koperal Ab Rajah Jamuan, 32 telah diserang hendap oleh lanun. Koperal Ab. Rajah Jamuan terkorban dalam serangan tersebut manakala Zakiah Aliep ditawan dan diculik oleh lanun-lanun terbabit.

Semenjak itu, pihak berkuasa telah melakukan usaha-usaha pembebasan Zakiah. Tanpa banyak publisiti, usaha yang tidak mengenal jemu itu akhirnya membuahkan hasil apabila semalam, Zakiah dibebaskan oleh penculik dan selamat sampai ke Sandakan pada jam 7:03 pagi tadi.

Berita pembebasan Zakiah telah diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah yang merupakan antara tenaga penting selain Perdana Menteri, Najib Abdul Razak bersama-sama PDRM dalam usaha membebaskan Zakiah.

Beberapa penculikan melibatkan lanun-lanun Sulu telah berlaku di Sabah sebelum ini. Gerak kerja aktif akhirnya telah membebaskan mereka, sekalipun pada masa yang sama, barisan Pembangkang menuduh Kerajaan telah membazirkan puluhan juta ringgit untuk menebus tebusan-tebusan tersebut dari tangan penculik.

Sempadan Sabah-Filipina merupakan antara yang terumit memandangkan geografi laut. Apatah lagi dengan hubungan tradisi dan kekeluargaan sebahagian daripada suku di Sabah dengan suku di selatan Filipina menambahkan lagi kompleksiti tersebut.

Pada 25 Mac 2013, beberapa hari selepas lanun-lanun Sulu menyerang Sabah, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan ESSZONE (Zon Selamat Sabah Timur) dan ESSCOM. Gelombang kedua serangan lanun-lanun Sulu yang mahu menawan Sabah, berjaya dipatahkan. Bagaimanapun lanun-lanun Sulu bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menceroboh Sabah untuk melakukan penculikan.

Selain rondaan, kuatkuasa undang-undang perintah berkurung di perairan Sabah juga telah mengekang banyak penjarahan lanun-lanun Sulu. Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah memberikan perhatian khusus kepada keselamatan Sabah dan penduduknya dengan kawalan keselamatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

3 comments:

Anonymous said...
7 March 2015 at 15:01  

Tak kan pengganas nak lepaskan dia secara percuma . Tak tau laa berapa juta kerajaan bayar wang tebusan .

Anonymous said...
7 March 2015 at 15:57  

tak pasti la pulak..tp kalo kena byr pun logik gak...takkan nak berperang luar sempadan..tk pasal2 perang lain pulak

Anonymous said...
7 March 2015 at 16:00  

dah bebas bising ..
tak bebas .. bising jugak ..
kalo ya pun kerajaan bayar juta juta .... duit abah ko ker .. ??
yang keluarga Nuar Al Jubo tapau duit rakyat dulu ko tak bising pulak ..??

http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2011/11/akaun-akaun-anwar-dibank-of-israel.html

tu mana datangnya duit bebanyak tu ... menabung dari bayi lagi ... ??

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks